The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azrelsyahmi05, 2021-09-11 21:01:54

Kerbau Balar

Kerbau Balar

Keywords: PSS SJKT GEMAS

KERBAU
BALAR

SELAMAT MEMBACA

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau
balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-
kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza
warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau
lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama
dan tidur sekandang.

“Rupa kamu tidak sama dengan kami,” kata kerbau
yang lain itu. Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih
kerana mereka selalu disisihkan. Pada suatu musim,
kerbau merah dan kerbau balar itu mendengar tuan
mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan
dihantar ke kandang lain dan akan dipakaikan gelang
merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat
ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar
melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan
di kawasan itu. Maka secara tidak langsung, tahu lah
mereka apa sebenarnya yang terjadi.

Ketika kerbau lain ditangkap, kedua-dua ekor kerbau
balar itu melarikan diri ke dalam hutan yang berhampiran.
Kerbau-kerbau yang lain semuanya disembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu, lalu kedua-duanya
menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi
sehingga sekarang.

AKTIVITI NILAM

1. Ceritakan semula apa yang telah kamu baca bersama

guru dan rakan-rakan.

2 Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam cerita yang

telah kamu baca.

3. Beri pendapat kamu, mengapa kerbau balar disisih

daripada kerbau-kerbau yang lain………………………………….(
Kemahiran Aras Tinggi)


Click to View FlipBook Version