BUKU GARIS PANDUAN PENGURUSAN MALARIA KNOWLESI DI MALAYSIA
Menyedari potensi ancaman yang disebabkan oleh malaria knowlesi, pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh KKM dalam mengawal dan mencegah jangkitan ini. Pelbagai aktiviti
dan tindakan yang telah diambil adalah menyediakan perkhidmatan diagnosis molekul
untuk malaria sejak tahun 2009 di Makmal Kesihatan Awam Negeri dan Makmal
Kesihatan Awam Kebangsaan bersama-sama dengan Institut Penyelidikan Perubatan.
Dalam lebih 10 tahun ini, pelbagai intervensi telah dilakukan termasuk mengkaji
keberkesanan semburan residu bagi kawalan vektor P. knowlesi dan pelaksanaan
program survelan molekular malaria. KKM juga berkolaborasi dengan institut tempatan
dan antarabangsa dalam kajian jangkitan malaria knowlesi untuk mengenalpasti langkahlangkah yang boleh dilaksanakan untuk mengawal populasi Macaca bersama pelbagai
agensi
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload