The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-59072201, 2022-05-27 11:45:09

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-9 SK TAMAN MUTIARA

BUKU PROGRAM

MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-9

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA
09700 KARANGAN, KEDAH DARUL AMAN.

TEMPAT: SK TAMAN MUTIARA
TARIKH: 28 MEI 2022
HARI: SABTU
MASA: 8.30 PAGI

i\ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA - PERKARA MUKA
SURAT
1. Aturcara Majlis
2. Sekapur Sireh Seulas Pinang Penasihat PIBG 1
3. Secalit Tinta YDP PIBG 2
4. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 3
5. Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 4
6. Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 5
7. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 6
8. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 7
9. Penyata Kewangan PIBG 2021 10
10. Usul dan Cadangan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 14
11. Laporan Aktiviti dan Sumbangan PIBG 15
12. Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 16
17

ATURCARA MAJLIS

Hari : Sabtu
Tarikh : 28 Mei 2022
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Al-Farabi

8.30 pagi : Ahli jawatankuasa, guru-guru dan waris berkumpul di Dewan Al-Farabi

9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
❖ Bacaan Doa oleh Al-Fadhil Ustaz Ismail Bin Mohamad Saad
❖ Ucapan Tuan Yang Dipertua PIBG
❖ Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar

10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9
❖ Aluan Tuan Pengerusi
❖ Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke-8
❖ Perkara Berbangkit
❖ Membentangkan dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG

Berakhir 31 Disember 2021
❖ Membentang dan Membahaskan Usul
❖ Laporan Aktiviti PIBG
❖ Laporan Aktiviti Surau Al-Falah
❖ Hal - Hal Lain

1.00 petang : Ucapan Penangguhan

1

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
GURU BESAR SK TAMAN MUTIARA

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t.
Salam dan rahmat bagiMu Allah, dengan keizinanNya dapatlah kita bertemu semula
bagi merealisasikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 pada tahun 2022 ini. Saya
merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, para waris yang sentiasa sudi
meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

Keunggulan dan kehebatan sesebuah organisasi institusi pendidikan akan
terserlah dengan bertunggakkan semangat kerjasama dan saling membantu antara
satu sama lain. Pihak sekolah, murid dan para waris merupakan input yang sangat
penting dalam melahirkan seorang insan yang berjaya. Oleh itu, kesepakatan antara
para waris dan pihak sekolah disatukan dengan wujudnya PIBG bagi melancarkan
setiap program yang melibatkan tiga kompenan ini.

Kecemerlangan akan terserlah sama ada dalam bidang Kurikulum mahu pun
Kokurikulum seandainya semangat kekitaan disapa bersama. Insya Allah kejayaan
demi kejayaan akan diraih.

Akhir kalam, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat terutamanya barisan AJK PIBG yang sering memberi kerjasama dan
sokongan untuk meningkatkan kecemerlangan anak - anak didik serta
memartabatkan imej sekolah ini.

ZAITON BINTI ZAKARIA
Guru Besar
SK Taman Mutiara

2

SECALIT TINTA
YDP PIBG SK TAMAN MUTIARA

Alhamdulillah dan syukur dengan IzinNya dapatlah saya menulis sebait ayat dalam
buku program Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Mutiara Kali Ke-9 ini.

Kesempatan yang ada ini, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi
ruang kepada saya untuk meluahkan bait-bait kata. Tahniah dan syabas saya
ucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru dan semua warga sekolah yang banyak
memberi sokongan dan kerjasama dengan PIBG sekolah ini.

Saya yakin dan percaya, kegigihan dan kerjasama yang diberikan akan
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan kepada anak-anak didik sekolah ini.
Kegemilangan dalam bidang Kurikulum mahupun Kokurikulum akan tergapai
sekiranya kebersamaan sentiasa dihati. Slogan “Sederap Bersama” akan menjadi
nyata andainya sokongan semua pihak dapat dicapai. Tanggungjawab serta
sokongan kepada PIBG amat dialu-alukan demi amanah yang diberi.

Akhir kata, harapan saya agar kebersamaan akan terus dipupuk dan terus kekal
bagi meningkatkan kecemerlangan SK Taman Mutiara.

Sekian, terima kasih.

ZOLKAFLI BIN MD [email protected] ARIFFIN
YDP PIBG
SK Taman Mutiara

3

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-9

BIL. AGENDA
1. Aluan Pengerusi Mesyuarat
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-8
3. Perkara Berbangkit
4. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Berakhir
31 Disember 2021
5. Membentang dan Membahaskan Usul
6. Laporan Aktiviti PIBG
7. Laporan Aktiviti Surau Al-Falah
8. Hal-Hal Lain

4

NOTIS MESYUARAT

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA
No. Tel: 04-4031598 No. Fax : 04-4031159 Email : [email protected]

Ruj. Kami : 60/002/2) (

Tarikh : 24 Mei 2022

Tuan/ Puan, Ibu Bapa/ Penjaga
Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara,
09700 Karangan, Kedah.

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI
KE-9 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dengan sukacitanya dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan
pada ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 28 Mei 2022 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan A-Farabi

Kerjasama daripada pihak tuan / puan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………
(ZOLKAFLI BIN MD NAWI @ MAT ARIFFIN)
Yang Dipertua PIBG,
SK Taman Mutiara

5

JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
SK TAMAN MUTIARA

PENASIHAT
PUAN ZAITON BINTI ZAKARIA

YANG DIPERTUA
ENCIK ZOLKAFLI BIN MD NAWI @ MAT ARIFFIN

NAIB YANG DIPERTUA
ENCIK KAMALRUDZAMAN BIN MAT SARIPAT

SETIAUSAHA KEHORMAT
ENCIK MUHAMMAD ALIF BIN MOHD KASSIM

BENDAHARI KEHORMAT
PUAN SYARIFAH AINE BINTI SYED ZAINAL ABIDIN

AHLI JAWATANKUASA

GURU:
ENCIK ABD SAMAT BIN ISMAIL
ENCIK MOHD FIRDAUS BIN MOHD FAUZI
PUAN NORAINI BINTI DERANI

WARIS/ PENJAGA:
PUAN NOOR SALWANI BINTI ABD RAZAK

PUAN FARAH HANIM BINTI MUKHTAR
ENCIK AHMAD SYUKRI BIN ZAINAL

PEMERIKSA KIRA-KIRA
PUAN MAIDATUL AKMAM BINTI AWANG SAMAT

JURUAUDIT LUAR
ENCIK AHMAD HUMAIZI BIN ZAINUDIN

6

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9

Penasihat : Puan Zaiton Binti Zakaria

Guru Besar SK Taman Mutiara

Yang Dipertua : Encik Zolkafli Bin Md [email protected] Ariffin

Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Kamalrudzaman Bin Mat Saripat

Setiausaha : Encik Muhammad Alif Bin Mohd Kassim

Bendahari : Puan Syarifah Aine Binti Syed Zainal Abidin

Jawatankuasa Kerja

Pengelola dan : Puan Zaiton Binti Zakaria

Penyambut Tetamu Puan Noorfaralina Binti Ramli

Puan Fouziah Binti Mat

Encik Mohamad Nazri Bin Basirun

Yang Dipertua PIBG

Naib Yang Dipertua PIBG

AJK PIBG

Pengurus Program : Puan Fouziah Binti Mat (GPK Hal Ehwal Murid)

Encik Muhammad Alif Bin Mohd Kassim (SU

PIBG).

Pengurusan : Encik Anuar Bin Md Noor

Mesyuarat dan Encik Fauzi Bin [email protected]
Siaraya

Teks Ucapan : Puan Zaiton Binti Ahmad
Puan Bimah Binti Abdullah

Pencatat Minit : Puan Norizan Binti Md Saman
Mesyuarat Puan Norsuhana Binti Othman
Puan Norsyidawati Binti Salim
Puan Siti Hajar Binti Musa

7

Pendaftaran : Puan Najwa Hidayah Binti Izhar
Pengacara Majlis Puan Rosilawati Binti Hashim
Bacaan Doa Puan Musrifah Binti Hasan
Buku Program
: Encik Mohd Ridzuan Bin Ismail
Semakan Akhir Cik Suhaily Binti Saad
Buku Program
: Encik Ismail Bin Mohamad Saad
Publisiti Encik Mohamad Fuad Bin Ahmad

Jamuan : Puan Cik Noraza Haziqah Binti Cik Azli
Puan Noorsadina Binti Hamid
Sijil dan Puan Nurliyana Binti Muhammad Khir
Cenderamata Puan Siti Hajar Binti Othman
Puan Sholeha Binti Ariffin

: Puan Siti Juriana Binti Mohd Sanusi
Puan Umi Normizan Binti Shafie
Puan Azizah Binti Abdullah
Puan Manisah Binti Che Nawi
Puan Siti Nur ‘Atifah Binti Ismail

: Puan Fatimah Binti Musa
Puan Hasnin Binti Ab Wahab
Puan Zuriata Binti Mohd Darus
Puan Azmila Binti Awang
Puan Julia @ Nur Mashitah Zulaikha

: Encik Mohd Firdaus Bin Mohd Pauzi
Encik Mohd Mustaqim Bin Mat Ali
Encik Azmannuddin Bin Mohd Ali
Encik Rosle Bin Mohd Noh

: Puan Kiron Latha A/P Balakrishnan
Puan Mageswary A/P Ponnusamy
Puan Rathika A/P Enkaih
Puan Yarneswari A/P Kuppusamy
Puan Rengammal A/P Veerasamy
Puan Puvanaswary A/P Vadivelu
Puan Thanapakkiam A/P Govinda Rajoo

8

Cabutan Bertuah : Puan Nasibah Binti Abdul Razak
Cik Noorhayaty Binti Zainon
Puan Nor Azliza Binti Che Ahmad
Puan Norhani Binti Romli
Puan Noraini Binti Derani

Dokumentasi : Encik Muhammad Mansuri Bin Abdul Aziz
Encik Mohd Burhan Bin Shuib
Encik Roslandi Bin Mhd Arof

Kawalan Lalu Lintas : Encik Muhd Fauzi Bin Jamaluddin
Encik Noor Azam Bin Harun
Encik Abdul Aziz Bin Jusoh
Encik Abdul Samat Bin Ismail
Encik Wan Azmi Bin Wan Zi

Persiapan Tempat : Encik Mohd Rafizi Bin Mahmud
dan Dewan Encik Mohd Kamal Husni Bin Khairi
Encik Muhammad Sariy Syazani Bin Kamarudin
Encik Mohamad Bismil Basir bin Yahaya Basir

Persiapan Pentas : Puan Nooridhan Binti Mohamad
Puan Robiatul Adawiyah Binti Mustafa
Puan [email protected] Binti Ghozali
Puan Saryaty Binti Saari
Puan Shereena Binti Abdullah

9

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-8
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA

09700 KARANGAN, KULIM
KEDAH DARUL AMAN

Tarikh : 24 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Secara Google Meet
Kehadiran : 266 orang

Agenda :

I. Perutusan dan Aluan Tuan Pengerusi

1. Tuan Pengerusi merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua yang hadir di dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-8 bagi sesi persekolahan Tahun 2021.

II. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7

1. Encik Muhammad Alif Bin Mohd Kassim selaku Setiausaha Kehormat PIBG
2020/2021 SK Taman Mutiara membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-7 untuk disemak dan disahkan.

2. Puan Maidatul Akmam Binti Awang Samat mencadangkan minit mesyuarat
disahkan dan disokong oleh Encik Wira Bin Mad Darus.

III. Perkara-Perkara Berbangkit

1. Tiada sebarang perkara berbangkit yang disuarakan di dalam Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-7.

IV. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG Berakhir
31 Disember 2020

1. Puan Syarifah Aine Binti Syed Zainal Abidin selaku Bendahari Kehormat PIBG
2020/2021 SK Taman Mutiara membentangkan Penyata Kewangan PIBG berakhir
31 Disember 2020 untuk disemak dan disahkan.

10

2. Puan Norhafizah Binti Abdul Syafie mencadangkan Penyata Kewangan PIBG
berakhir 31 Disember 2020 disahkan dan telah disokong oleh Puan Nor Haslina
Binti Zakaria.

V. Pembentangan dan Pembahasan Usul

a) Usul / cadangan 1: Puan Noor [email protected] Binti Md. Sabri

Mencadangkan pihak sekolah untuk menyelesaikan isu baju sukan yang
belum diterima oleh murid walaupun pembayaran telah dilakukan.

Jawapan / respon : Pihak Pemberi usul tidak hadir dan usul digugurkan

b) Usul / cadangan 2: Encik Mohammad Bismil Bin Yahaya Basir

Mencadangkan pihak sekolah untuk membina Gelanggang Sepak Takraw
dan Gelanggang Badminton berhampiran kawasan tempat meletak
basikal murid-murid.

Jawapan / respon : Guru Besar meminta wakil daripada pihak penjaga, ibu
bapa serta guru-guru untuk memberikan pendapat berkenaan dengan usul
yang telah dikemukakan. En Wira Mohd Darus mencadangkan usul ini
diterima. Puan Nurul Hazani Binti Abdul Halim turut menyokong usul ini.
Berikutan persetujuan dan sokongan ini, Guru Besar menyatakan bahawa usul
pembinaan Gelanggang Sepak Takraw dan Gelanggang Badminton diterima.
Guru Besar juga menyatakan bahawa gelanggang tersebut akan dibina dalam
tempoh satu tahun ini sehingga tamat sesi 2022. Guru Besar juga menyatakan
hasrat bahawa usaha ini akan dijayakan dengan sedaya mampu sebagai
seluruh warga PIBG SK Taman Mutiara.

VI. Laporan Aktiviti PIBG

1. Encik Muhammad Alif Bin Mohd Kassim selaku Setiausaha Kehormat PIBG
2020/2021 membentangkan laporan aktiviti hasil sumbangan PIBG SK Taman
Mutiara.

Perkara 1
Menambah baik tempat menunggu murid, mengecat tempat menunggu,
membina pagar memasang lima buah kipas di tempat menunggu berhampiran
dengan pondok pengawal sekolah.
Perkara 2
Menambah baik tempat meletak basikal berserta sengkuap (awning) yang
terletak bersebelahan dengan tempat menunggu murid.

11

VII. Laporan Kewangan PIBG sehingga Oktober 2021
1. Puan Syarifah Aine Binti Syed Zainal Abidin selaku Bendahari Kehormat PIBG
2020/2021 SK Taman Mutiara membentangkan Laporan Perbelanjaan
Kewangan PIBG sehingga Oktober bagi tahun 2021.

2. Puan Syarifah Aine memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 11 (sebelas)
perbelanjaan telah dikeluarkan sehingga Oktober 2021.

3. Puan Syarifah Aine menyatakan bahawa Laporan Lengkap Penyataan Kewangan
Tahun 2021 akan dibentangkan pada Mesyuarat Agung PIBG Ke-9 (Tahun
hadapan).

VIII. Laporan Aktiviti Surau Al-Falah

1. Encik Wan Azmi Wan Zi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Kekal
(Surau Al-Falah) membentangkan laporan perkembangan dan perjalanan
pembinaan surau sepanjang Tahun 2021.

2. Encik Wan Azmi telah menyatakan bahawa Surau Al-Falah telah siap dibina.
Bermula pada penghujung Tahun 2020, Jawatankuasa Surau telah memulakan
proses hiasan dalaman surau. Antaranya termasuklah memasang plug dan frame,
memasang kipas tambahan untuk keselesaan para pelajar, menyediakan almari
untuk simpanan telekung dan sejadah, membeli dan menyediakan vakum untuk
kegunaan surau serta kerja-kerja mengecat bahagian dalaman surau.

3. Encik Wan Azmi turut memaklumkan bahawa kerja dan kos hiasan dalaman ini
adalah menggunakan sumber kewangan daripada wakaf tunai yang diperolehi
daripada kutipan sumbangan guru dan staf sekolah serta sumbangan orang
perseorangan.

4. En Wan Azmi turut membentangkan perkembangan dan projek melengkapkan
surau bagi Tahun 2021. Antara projek yang dilakukan pada Tahun 2021
termasuklah memasang langsir pemisah saf di antara bahagian lelaki dan
perempuan, membaiki bumbung yang bocor yang menggunakan wang hasil
daripada projek recycle, pemasangan langsir tingkap yang baharu dan projek
pemasangan pendingin hawa surau.

5. En Wan Azmi turut memaklumkan bahawa pendawaian elektrik tiga fasa telah
dilakukan bagi pemasangan 10 unit pendingin hawa. Beliau turut menyatakan
bahawa kini sedang berada di dalam proses untuk memasang tiang wayar hitam
dan meter khusus oleh pihak TNB. Beliau turut menyatakan bahawa kini sedang
berurusan dengan pihak PPD, JPN dan KPM bagi mendapat kelulusan
pemasangan 10 unit pendingin hawa di dalam surau.

12
15. En Wan Azmi telah mengemukakan beberapa projek yang masih berada di dalam perancangan

Jawatankuasa Pembinaan Surau Kekal. Antaranya, pembinaan awning penuh dan tiles pada

6. En Wan Azmi telah mengemukakan beberapa projek yang masih berada di dalam
perancangan Jawatankuasa Pembinaan Surau Kekal. Antaranya, pembinaan awning
penuh dan tiles pada Tahun 2022, perancangan mengecat bahagian luar surau
dengan menggunakan wang kutipan recycle dan pemasangan karpet baharu.

7. En Wan Azmi membentangkan perkembangan terkini pemasangan pendingin hawa
surau berserta dengan bajet dan turut memaklumkan perkembangan terkini
berkenaan dengan kebenaran daripada pihak PPD dan JPN.

8. En Wan Azmi turut membentangkan berkenaan dengan program Surauton yang
dilakukan. Beliau turut menyatakan terima kasih terhadap penglibatan orang ramai
di dalam kutipan dana tersebut.

IX. Hal-Hal Lain

1. Puan Maziah bertanyakan berkenaan dengan penggunaan aplikasi Google Meet
semasa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) yang boleh
dikatakan agak sedikit jika dibandingkan kekerapan pelaksanaan Google Meet yang
dilakukan oleh sekolah-sekolah lain.

2. Guru besar menyatakan bahawa kekerapan pelaksanaan Google Meet adalah
rendah disebabkan penglibatan murid yang amat tidak memberangsangkan di
SKTM.

X. Mesyuarat di tangguhkan pada jam 11.00 pagi

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

................................................ ................................................. ................................................

EN. MUHAMMAD ALIF BIN MOHD KASSIM EN. ZOLKAFLI BIN MD [email protected] ARIFFIN PN.ZAITON BINTI ZAKARIA

Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG Penasihat PIBG

SKTM 2020/2021 SKTM 2020/2021 SKTM 2020/2021

13

PENYATA KEWANGAN PIBG SK TAMAN MUTIARA

14

USUL DAN CADANGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN MUTIARA KALI KE-9

BIL. USUL DAN CADANGAN NAMA PENCADANG

1. Penambahan ruang makan murid di Waris:
kantin. Puan Maidatul Akmam binti
Awang Samat

2. Cadangan membeli dua buah Guru:
‘watercooler’ untuk kegunaan murid. Encik Ismail Bin Mohamad
Saad

15

LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN
PIBG SK TAMAN MUTIARA 2021
KE-9

Aktiviti 1:
Menambah baik tempat menunggu murid.

Aktiviti 2:
Menambah baik tempat meletak basikal murid.

16

JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023
SK TAMAN MUTIARA

Penasihat : Puan Zaiton Binti Zakaria
Yang Dipertua : _________________________________________
Naib Yang Dipertua : _________________________________________
Setiausaha Kehormat : _________________________________________
Bendahari Kehormat : _________________________________________

Ahli Jawatankuasa : 1. _______________________________________
Guru 2. _______________________________________
3. _______________________________________
4. _______________________________________
5. _______________________________________

Waris / Penjaga : 1. _______________________________________
2. _______________________________________
3. _______________________________________
4. _______________________________________
5. _______________________________________
6. _______________________________________
7. _______________________________________
8. _______________________________________

Pemeriksa Kira-Kira : _________________________________________
Juruaudit Luar : _________________________________________

17

PENGHARGAAN

Pohon sireh pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman;

Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG dan warga Sekolah Kebangsaan
Taman Mutiara mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan terima kasih

kepada:

❖ Yang Dipertua PIBG SK Taman Mutiara

❖ Naib Yang Dipertua PIBG SK Taman Mutiara

❖ Ibu bapa, waris dan semua jemputan

❖ Serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9

Semoga sumbangan dan pengorbanan yang dihulurkan
akan diberkati Allah s.w.t.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Modul 1.4. Angkatan 5 Reguler. Budaya Positif - Final
Next Book
AL-QURAN PELITA KEHIDUPAN-KELUARGA BUTA AL QURAN