TOKOH KEMERDEKAAN
DI MALAYSIA
TUN
V.T SAMBANTHAN
OLEH ;
EIRIS DIANA BT AZMAN
SEK KEB TAMAN MUHIBBAH , KULAI
SEPTEMBER ‘2021
PENDAHULUAN :
Melihat kepada landskap kepelbagaian bangsa di
Malaysia, hanya satu ikatan sahaja yang boleh
menyatukan kita iaitu PERPADUAN.
Dan demi memupuk perpaduan itu , semenjak dari
era pra kemerdekaan juga pasca kemerdekaan,
sudah pasti setiap bangsa itu akan diwakili
seseorang yang hebat bagi bangsanya.
Lalu, inilah lagenda hero bangsa India, Tun V. T
Sambanthan yang punya berjuta jasa dalam
memajukan Malaysia amnya dan bangsa India
khasnya.
BIODATA PELAJAR:
Eiris Diana Bt. Azman merupakan seorang pelajar tahun 6 dari Sekolah
Kebangsaan Taman Muhibbah , Kulai.
Seorang pengawas pusat sumber yang berdedikasi juga rajin membaca
dan mencari idea baharu dalam merencana pembelajaran. Walaupun
kekangan waktu PKP, belajar dari rumah sebenarnya membuka banyak
peluang mengasah bakat dalam tatacara pembelajaran wadah baharu
bermediumkan atas talian.
Mempunyai buku cerita sendiri berjudul “Pukulan sukses”, juga telah
memenangi pertandingan dokumentari mini berasaskan “video editing”.
Semoga pengalaman membuat buku skrap digital ini menambah
kemahiran belajar pada alaf baru.
BIODATA TUN V. T SAMBANTHAN :
Membawa nama bapa, Sambanthan dan nama yang diberikan kepada
beliau adalah, Veerasamy Thirunyana.
Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasaan pedalaman di Sungai
Siput,Perak.Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian
memperoleh sarjana muda sastera , dalam jurusan undang-undang
dari Universiti Annamalai di India Utara.
Beliau mempunyai seorang isteri iaitu Toh Puan Umasundari
Sambanthan juga seorang anak yang bernama Deva Kunjari.
Beliau dipilih menjadi presiden MIC pada Mei 1955.
Di bawah kepimpinan beliau MIC telah menjadi parti Tamil namun
beliau banyak membantu mengukuhkan parti dari segi ekonomi
dengan menjual separuh dari ladang getah bapanya yang berkeluasan
2.4 km persegi untuk membantu parti dan komuniti India.
Tahun- tahun berikutnya, beliau telah dilantik menjadi menteri
pelbagai portfolio juga pegawai penasihat kemerdekaan kepada
Perdana Menteri.
Beliau telah meninggal dunia pada 18 Mei 1979 ketika berusia 59
tahun.
.
RASIONALISASI PEMILIHAN TUN V. T
SAMBANTHAN SEBAGAI TOKOH
KEMERDEKAAN:
Pembelaan Tun V.T Sambanthan dalam memerdekakan bangsa
India di Tanah Melayu ini dapat dilihat daripada 2 sudut:
Pertama, MIC diambil alih oleh kumpulan majoriti Tamil yang
dipinggirkan selama beberapa tahun oleh pemimpin elit
(Ceylon, Punjabi dan elit Tamil). Terdapat jurang yang besar
antara kepimpinan golongan elit dengan golongan bawahan.
Beliau merapatkan hubungan pimpinan MIC dengan golongan
bawahan dan memenangi hati para pekerja ladang yang
menjadi 80 peratus penduduk India di Tanah Melayu.
Kedua, beliau menyelamatkan pekerja India yang berhadapan
dengan masalah fragmentasi ladang.Kebanyakan ladang besar
dipecahbelahkan dan dijual oleh pemilik Eropah apabila
Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan. Akibatnya para
pekerja ladang berhadapan dengan kehilangan pendapatan
dan penginapan.
Beliau menubuhkan koperasi ataupun lebih dikenali NLFSC
untuk membeli ladang-ladang yang menghadapi masalah
fragmentasi. Beliau sekali lagi dijulang sebagai wira kaum
pekerja ladang.
KELEBIHAN TUN V.T SAMBANTHAN:
Tun V.T Sambanthan turut terkenal sebagai seorang yang mendapat
kepercayaan kuat daripada Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1968, beliau
telah dihantar ke Fiji sebagai utusan keselamatan dalam usaha perdamaian
masyarakat India dan pribumi di sana.
“Ketua Menteri Fiji mengakui sumbangan Sambanthan dalam sepucuk surat kepada
Tunku mengucapkan terima kasih atas “kejayaan besar” delegasi “di bawah
kepemimpinan Tun Sambanthan yang luar biasa”. – Dipetik dari The Star.
Sebelum itu pada 1966, Tun V.T Sambanthan telah mengikuti deligasi Malaysia
ke Jakarta bagi menjadi saksi perjanjian damai antara Malaysia – Indonesia
selepas konfrontasi.
Malah, beliau pernah menjawat jawatan Perdana Menteri sementara selama
sehari pada 3 Ogos 1973, kerana ketika itu Perdana Menteri, Tun Razak berada
di Kanada.
BUKTI KREDIBILITI TUN V.T SAMBANTHAN:
“Orang India juga diminta agar bersyukur dapat terus tinggal
di Tanah Melayu selepas merdeka. Mereka juga perlu
mengingati bahawa kemenangan Tun Sambanthan adalah
disebabkan oleh 80% undi daripada orang Melayu. Orang
Melayu melihatnya sebagai pemimpin Perikatan.” – Dipetik
dari UM Students’ Repository.
Sepanjang kariernya dalam politik, Tun V. T Sambanthan
telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet seperti
Menteri Buruh (1955 – 1957),
Menteri Kesihatan (1957 – 1959),
Menteri Kerja, Pos dan Telekomunikasi (1959-1971)
Menteri Perpaduan (1972 – 1974).
JASA & SUMBANGAN TUN V.T SAMBANTHAN:
Antara usaha utama yang dilakukan oleh Tun V. T Sambanthan
adalah dengan mempromosikan pendaftaran kerakyatan di kalangan
masyarakat India, yang masa itu masih belum prihatin terhadap isu
tersebut. Beliau juga sudah mengadakan siri-siri jelajah ke estet-estet
untuk menyampaikan hal itu. Malah, adakalanya beliau sendiri yang
mengisi borang-borang permohonan penduduk.
Beliau membuka banyak kelas belajar bahasa Inggeris untuk kaum
India di estet-estet . Ini bagi memastikan mereka dapat bersaing
dengan bangsa lain.
Beliau juga telah menubuhkan sebuah
sekolah Tamil yang bernama Mahatma
Gandhi Kala Salai pada 14 Ogos 1954.
Juga, beliau telah mengasaskan sebuah
akhbar mingguan iaitu Malai Naadu
yang beribu pejabat di Sungai Siput.
PENUTUP:
Tun V.T Sambanthan telah dianugerahkan pingat
kebesaran P.M.S pada Ogos 1959 dan S.S.M pada
Jun 1967 dan telah dikurniakan Doktor Kehormat
Dalam Undang-Undang (Hononary Doctor of Law)
oleh Universiti Malaya pada Julai 1971.
Nama beliau telah diabadikan pada sebatang jalan
di Brickfields, Bangsar,nama sebuah wisma dan satu
stesen monorel.
Beliau dikenang sebagai seorang tokoh yang berjasa
dalam menuntut kemerdekaan. Beliau juga disegani
atas dasar kehebatan menyemai perasaan muhibah
antara kaum di Tanah Melayu.
Nama beliau terus mewangi sebagai lagenda
perpaduan dan kemerdekaan Tanah Melayu
terutamanya bagi kaum India.