The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minggu 5 penulisan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlidanordin, 2022-05-09 22:42:30

tirani

minggu 5 penulisan

Cikgu Roslan Daud

KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Standard Pembelajaran
3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Rampanau popular dalam kalangan masyarakat Dusun terutamanya
di daerah Tambunan, Keningau, dan Ranau di Sabah. Walaupun
fungsinya pada zaman dahulu untuk merentasi parit, sungai atau
kawasan becak, alat ini juga mempunyai unsur hiburan dan
keseronokan. Ketika Pesta Kaamatan, rampanau merupakan acara
wajib yang dipertandingkan dan sangat ditunggu-tunggu oleh
penduduk tempatan. Bermain permainan ini dapat meningkatkan
kecerdasan kinestetik. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan
ini memerlukan pemain mengawal keseimbangan badan, kekuatan dan
kelenturan otot. Pemain yang jatuh lebih daripada tiga kali dianggap
, kalah. Bagi memastikan pemain ini tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas permainan ini telah dijadikan sebagai
permainan rasmi yang disenaraikan dalam sukan rakyat di Sabah.

Tarik upih ialah permainan yang menggunakan pelepah daun pokok
pinang. Selain pelepah pinang, pelepah kelapa juga boleh digunakan.
Permainan ini mesti dimainkan oleh dua orang atau lebih. Terdapat
tukang tarik dan orang yang duduk di atas upih. Upih akan dinaiki oleh
dua orang atau lebih bergantung pada saiz upih. Peserta yang sampai
di garisan penamat akan dikira sebagai pemenang. Jika
penunggangnya jatuh sebelum garisan penamat, mereka perlu
mengulangi semula permainan. Apabila sampai ke garisan penamat,
mereka akan bertukar peranan. Permainan ini diulang oleh ahli
kumpulan yang lain. Kini, pelepah daun pinang amat sukar didapati
kerana pokok pinang tidak lagi ditanam. Permainan ini memerlukan kekuatan tenaga untuk menarik.

Permainan yoyo Cina berasal dari China yang terdiri daripada
dua cakera yang sama saiz disambungkan dengan gandar yang
panjang. Satu gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan dengan
menggunakan dua batang kayu. Setiap batang kayu dipegang oleh
sebelah tangan membolehkan yoyo berputar pada tali yang diikat
pada batang kayu. Permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai
gaya seperti melambungnya ke udara atau melambung di sekitar
belakang pemain. Pemain perlu mengimbangi yoyo daripada
terjatuh dan memutarkan yoyo dengan laju sambil melakukan aksi
yang mengagumkan. Yoyo yang ringan mudah digunakan tetapi
putarannya hanya seketika. Yoyo Cina mudah dipelajari tetapi mengambil masa yang panjang untuk menjadi mahir.

Permainan wau atau layang-layang dimainkan di kawasan lapang
seperti pantai, sawah padi, padang dan sebagainya. Permainan ini
mengandungi unsur budaya Melayu yang boleh dilihat melalui bentuk
dan rekaan corak pada wau tersebut. Di negeri Kelantan, Terengganu,
Perlis dan Kedah, nama wau digunakan. Namun begitu, perkataan
layang-layang digunakan di kebanyakan negeri di Pantai Barat dan
Selatan Semenanjung Malaysia seperti Johor, Selangor dan Melaka.
Hal ini dapat dibuktikan dengan catatan Tun Sri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang, tidak pula
disebut sebagai wau. Terdapat pelbagai jenis wau dan yang paling
terkenal ialah wau bulan. Nama wau diperoleh daripada bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau.

1

Cikgu Roslan Daud

LATIHAN
Tulis karangan yang lengkap berdasarkan rangka karangan yang diberikan. Panjangnya setiap perenggan perlulah antara 70
hingga 100 patah perkataan.

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Permainan
tradisional seperti congkak, gasing, galah panjang, batu seremban, tingting, tarik upih dan konda kondi diamalkan masyarakat
dahulu sebagai pengisi masa lapang. Secara umumnya, permainan tradisional bukan sahaja memberikan hiburan, malah
memberikan manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani ketika bermain di luar rumah.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Lupakan gajet buat seketika’
oleh Zaitie Satibi,
Harian Metro, 31 Julai 2019

Sebagai respons daripada maklumat di atas, permainan tradisional perlu dipelihara kerana mendatangkan pelbagai kepentingan.
Huraikan kepentingan-kepentingan permainan tradisional.

Malaysia ialah negara yang kaya dengan kebudayaan nasional, salah satu daripadanya ialah permainan tradisional.
Walaupun begitu, permainan tradisional semakin terpinggir disebabkan kewujudan pelbagai alat telekomunikasi yang menyajikan
permainan video kerana dianggap lebih menyeronokkan. Tambahan pula, tanggapan bahawa bermainan permainan tradisional
sebagai ketinggalan zaman dan kolot menjadikan warisan ini dipandang sepi. Contohnya, generasi muda tidak tahu tentang
permainan tradisional seperti congkak, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, tarik upih dan konda-kondi, apatah lag
untuk bermain permainan berkenaan. Impaknya, warisan berharga ini akan menjadi lenyap jika tidak dipertahankan dan
dipopularkan kembali. Sesungguhnya, terdapat pelbagai kepentingan permainan tradisional.

Ayat Topik permainan tradisional dapat menjadi identiti bangsa
Ayat Huraian permainan ini diwarisi oleh nenek moyang kepada generasi berikutnya untuk dipertahankan
Ayat Contoh permainan gasing dan wau dikatakan amat dekat dengan rakyat Kelantan, Kedah dan Terengganu
Ayat Kesan generasi muda akan berbangga dengan warisan budaya yang ditinggalkan – dapat diwarisi secara turun
temurun untuk tatapan generasi akan datang

Ayat Topik permainan tradisional dapat menjadi produk pelancongan
Ayat Huraian pelancong yang bertandang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya masyarakat kita
Ayat Contoh pelancong atau orang dari luar negara khususnya kini mula berminat dengan permainan layang-layang atau
wau yang dibuktikan melalui penyertaan mereka pada Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang
Ayat Kesan pengaliran mata wang asing berlaku apabila pelancong asing makan angin ke Malaysia – menjadikan ekonomi
negara menjadi stabil

Ayat Topik permainan tradisional dapat menjadi hiburan yang mengisi masa lapang
Ayat Huraian masyarakat moden khususnya remaja lebih gemar menonton televisyen, melayari Internet atau bermain
permainan video berbanding dengan bermain permainan tradisional
Ayat Contoh pada waktu petang atau cuti sekolah, penganjuran pertandingan sukan rakyat seperti terompah gergasi,
tarik tali atau permainan guli boleh diadakan dengan melibatkan remaja
Ayat Kesan remaja dapat mengelakkan waktu yang ibarat emas terbuang dengan aktiviti yang tidak berfaedah –
mengelakkan mereka terlibat dalam gejala sosial yang semakin membimbangkan

Kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan permainan tradisional jika dilestarikan daripada ambang kemusnahan.
Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk memelihara permainan
tradisional daripada kepupusan. Maka, pendedahan awal tentang permainan tradisional hendaklah diberikan sama ada oleh ibu
bapa atau pihak sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tambahan pula, kerajaan hendaklah menganjurkan
pameran, karnival mahupun pertandingan permainan tradisional secara kerap kerana tindakan ini dapat menggalakkan
penyertaan masyarakat. Moga-moga dengan usaha yang bukannya ibarat melepaskan batuk di tangga ini permainan tradisional
terus hidup dalam arus kemodenan.

2


Click to View FlipBook Version