Syarat Penuh
Pertandingan
Nyanyian
Menggunakan
Bahasa Isyarat
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
DIWAJIBKAN kepada setiap unit untuk menghantar sekurang-
kurangnya satu penyertaan. Penghantaran lebih penyertaan amat
digalakkan.
Penyertaan adalah secara individu, berpasangan atau
berkumpulan.
Penghantaran video di tapak Google Classroom yang disediakan.
Tarikh akhir penghantaran video: 15 Oktober 2021
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini merupakan nyanyian menggunakan bahasa
isyarat secara solo, duet atau berkumpulan menggunakan apa
saja lagu pilihan sendiri.
2. Video nyanyian bahasa isyarat yang dihasilkan mestilah karya
ASLI peserta.
3. Lagu yang dipilih tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan
negatif mana-mana pihak.
4. Video yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur
berhak menyunting, mencetak dan menerbitkan karya tersebut.
5. Peserta hendaklah menulis nama penuh, kursus dan semester
bersama-sama video yang dihantar.
6. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 26 Oktober 2021
(Semasa Program Minggu Pendidikan Khas berlangsung)
7. Keputusan panel juri adalah muktamad.
SPESIFIKASI VIDEO DAN PANDUAN MENDENDANGKAN SYAIR
1. Durasi video nyanyian Bahasa isyarat secara keseluruhannya
mesti tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 5 minit.
2. Format video yang dibenarkan adalah MOV, FLV dan MP4.
3. Resolusi minima video adalah 720p dan maksima 1080p dengan
saiz ratio video 16:9.
4. Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu atau peralatan
muzik semasa merakam nyanyian lagu menggunakan Bahasa
isyarat mengikut kreativiti masing-masing.
5. Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang
bersesuaian.