SKRIP DEBAT USUL: TEKNOLOGI PENDIGITALAN MENYEMARAKKAN PENDIDIKAN ABAD KE-21 MODERATOR/SPEAKER DEWAN: SITI HAMIZAH BINTI MOHD HANIM PENJAGA MASA: NUR FAREZ ATHIFAH BINTI MOHAMAD AHLI KERAJAAN: 1. NAZRINA BINTI PREM. NASIR (PERDANA MENTERI) 2. NUR MADIIHAH BINTI ISHAK (MENTERI 2) 3. NUR ALYAA NATASHA BINTI MOHD PAUZI (MENTERI 3) AHLI PEMBANGKANG: 1. NUR BATRISYA ALIA BINTI ZAKARIA (KETUA PEMBANGKANG) 2. FARHAH AFIQAH BINTI AZAHAR NOR ARIFIN (PEMBANGKANG 2) 3. NORSUHANA BINTI NORIHAKIM (PEMBANGKANG 3) (PERDANA MENTERI- NAZRINA BINTI PREM NASIR) SKRIP DEBAT PB KETERAMPILAN BERBAHASA Pendigitalan pendidikan seharusnya perlu disegerakan.Menyegerakan proses mendigitalkan bidang pendidikan akan memudahkan lagi guru, murid juga ibu bapa berdasarkan situasi semasa. Ia juga harus dibuat dengan menyeluruh merangkumi capaian internet terutamanya di kawasan pedalaman selain penyediaan peranti yang bersesuaian.Demikian petikan ucapan yang amat berhormat mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Maka dengan itu, Kerajaan mempersembahkan gagasan usul Teknologi Pendigitalan Menyemarakkan Pendidikan abad ke21 Teknologi telah merevolusikan setiap aspek kehidupan kita, dari cara hidup kita hinggalah ke sistem pendidikan. Dengan adanya teknologi, pendidikan telah menjadi lebih mudah diakses, menarik, disesuaikan, kolaboratif dan berkesan. Teknologi tidak dinafikan telah membawa anjakan paradigma dalam sistem pendidikan tradisional, dan ia telah mengubah cara pelajar belajar dan guru mengajar. Frasa pertama, teknologi didefinisikan sebagai aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan. Kementerian Pendidikan mendefinisikan PAK21 sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Inti utama PAK21 ialah orientasi proses pembelajaran yang lebih berfokus kepada pelajar berbanding guru. Dalam PAK21, guru bertindak sebagai pemudah cara yang menggalakkan penyertaan aktif pelajar di dalam kelas. Pada masa ini, pendigitalan pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Idea pendigitalan pendidikan diterima pada hampir semua peringkat pembelajaran, dari tadika hingga ke institusi pengajian tinggi. Idea ini adalah transformasi sistem pendidikan di Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan barisan pendidik serta murid yang kreatif, inovatif, cekap dan bersemangat sejajar dengan keperluan zaman dan seiring juga
dengan kehendak Revolusi Industri 4.0. Pendigitalan pendidikan ini sangat penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidik serta masyarakat agar seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital adalah satu usaha kerajaan bagi memperkasa ekonomi digital. Dasar ini merupakan satu langkah kerajaan untuk menyediakan generasi fasih digital yang dapat melonjakkan kualiti pendidikan negara serta menjadi yang terbaik di dunia. Tiga tujuan utama Dasar Pendidikan Digital adalah 1) menyediakan generasi fasih digital, 2) meningkatkan kompetensi dan pembangunan professional pihak berkepentingan serta 3) merapatkan jurang digital. Dengan perkembangan penggunaan Information dan Communication Technology (ICT) dalam Pendidikan, telah mengubah daripada sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional kepada E-Pembelajaran (Electronic Learning) seterusnya M-Pembelajaran (Mobile Learning). Bahan-bahan interaktif yang diaplikasikan dalam PdP adalah seperti CD Interaktif, muzik, video, laman web serta aplikasi-aplikasi pendidikan yang boleh diakses melalui telefon pintar dan tablet dapat menarik perhatian serta meningkatkan tahap kefahaman murid untuk sesuatu mata pelajaran. Sehubungan itu, guru perlu sentiasa meneroka serta mengemaskini pengetahuan pendidikan digital mereka agar lebih terkehadapan berbanding murid sekolah. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad ke21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti google. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Contohnya, kebanyakan pelajar pada zaman sekarang mempunyai akaun laman sosial seperti facebook, melalui laman ini guru boleh memuat turun nota atau latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih menarik minat pelajar untuk belajar. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Kemahiran teknologi maklumat dan inovasi turut melahirkan pelajar kreatif dan inovatif yang dapat mengembangkan pemikiran mereka dan amat berguna apabila berada di dunia pekerjaan. Dengan adanya aspek ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar. Misalnya, dengan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar dapat mengakses maklumat tanpa had dengan hanya menggunakan enjin carian seperti google atau yahoo mereka dapat memperoleh banyak maklumat dengan hanya menggunakan hujung jari. Namun satu hal yang perlu difahami, pembelajaran dalam talian bukan hanya mengenai penggunaan teknologi. Walaupun capaian internet adalah faktor penting dalam menjayakan pembelajaran dalam talian tetapi mendigitalkan pendidikan itu jauh lebih besar dari istilah 'belajar dalam talian'. Dalam menjayakan agenda pendigitalan pendidikan, komponen terpenting adalah guru. Apabila Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan, guru tidak banyak pilihan selain memindahkan persekitaran pembelajaran fizikal kepada ruang maya. Guru juga dituntut untuk menjadi lebih aktif berinovasi, memainkan peranan penting mengaplikasikan pembelajaran dan pengajaran dalam talian demi mencapai objektif pengajaran mereka. Justeru, guru bukan hanya mengajar tetapi juga mereka bertindak sebagai perancang, pembangun iklim pembelajaran, pembimbing dan menjadi pakar rujuk kepada pelajar untuk mentafsirkan dan melaksanakan kurikulum. Lalu, tidak harus dinafikan dalam pengajaran dan pembelajaran secara digital menjadi salah satu agenda yang sangat signifikan dalam kalangan pendidik. Jika disemak semula, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menetapkan akses, kualiti, keadilan, kesatuan dan kecekapan sebagai aspirasi utama untuk sistem pendidikan negara kita. Dalam mencapainya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memainkan peranan penting untuk melestarikan ekosistem pendidikan selari dengan pelan pembangunan pendidikan itu menerusi platform pendidikan digital. Sehubungan itu, KPM sebelum ini telah menyediakan platform pembelajaran digitalnya untuk guru dan pelajar melalui DELIMa, atau 'Digital Educational Learning Initiative Malaysia'. Platform ini adalah puncak usaha KPM semenjak beberapa tahun yang lalu bersama-sama dengan pihak Google, Microsoft dan Apple. Ia menawarkan semua aplikasi dan perkhidmatan yang diperlukan oleh guru dan pelajar dalam sistem persekolahan Malaysia, termasuk teknologi dan sumber yang memperkasa pembelajaran digital seperti Google Classroom, Microsoft 365 dan Apple Teacher Learning Center. Setakat ini, itu debat di meja kerajaan.Kita nantikan jawapan pembangkang.Assalamualaikum.
(KETUA PEMBANGKANG- NUR BATRISYA ALIA BINTI ZAKARIA) Salam aspresiasi, salam Malaysia Madani dan salam perdebatan buat Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan deligasi kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan sekalian. Sebentar tadi Yang Berhormat Perdana Menteri telah membentangkan satu usul iaitu Teknologi Pendigitalan Menyemarakkan Pendidikan Abad Ke-21. Baiklah, memegang mandat selaku ketua pembangkang pada hari ini, akan saya mulakan rentak bangkangan saya pada dengan semakan definisi yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan. Tuan Yang Dipertua Dewan, setelah dibentangkan definisi usul oleh pihak kerajaan yang saya kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil bulat-bulat daripada Kamus Dewan, kami dari legasi pembangkang faham tentang usul yang dikemukakan. Namun, setelah kami kaji, kami teliti, kami dapati terdapat kelemahan dan ketidakrelevan usul kerajaan pada hari ini. Berdasarkan penelitian, saya kira perwakilan kerajaan hanya mengatakan definisi separuh jalan. Hal ini kerana pada akhir penghujahan perwakilan kerajaan sebentar tadi hanya menyatakan tindakan-tindakan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam pendidikan tanpa memperincikan hal-hal ehwal dan persekitaran pelajar. Namun tidak mengapa tuan yang dipertua, selaku ketua pembangkang, kami di perwakilan pembangkang akan membangkang dengan lebih baik. Kami akan menunjukkan kepada anda bahawa pada akhirnya teknologi pendigitalan gagal untuk membangunkan pendidikan abad ke-21. Selesai membuat semakan definisi. Baiklah Tuan Yang Dipertua Dewan, bergerak kepada gerak kerja kedua, di perwakilan pembangkang. Mari kita menilai apakah masalah penghujahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam dewan perdebatan. Tuan Yang Dipertua, saya kira jujukan pembuktian hujah yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini cukup bersepah. Yang Berhormat Perdana Menteri ada mengatakan teknologi telah merevolusi setiap aspek dalam kehidupan kita termasuk bidang pendidikan. Maksudnya di sini, penggunaan alat digital akan menjadikan kita terbiasa dengan teknologi. Adakah sidang hadirin sedar bahawa dengan penggunaan teknologi ini murid-murid bakal kehilangan iaitu kemahiran menulis. Apabila semua tugasan yang diberikan oleh guru hanya perlu ditekan pada papan kekunci Sahaja, sudah pasti kemahiran menulis akan semakin ditinggalkan. Bagaimanakah motor halus dan koordinasi mata serta tangan mereka ingin diasah jika semua berlandaskan ditulis dengan menekankan papan kekunci komputer sahaja. Tuan Yang Dipertua, memang tidak saya nafikan pendigitalan ini membolehkan pendidikan mudah diakses pada bila-bila masa. Namun, semuanya memerlukan capaian internet yang mencukupi. Pernahkah kita terfikir bagaimana nasib pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan
pedalaman tanpa capaian internet? Bagaimana mereka ingin mengakses pendidikan di dalam dunia maya ini? Warga dewan yang bersidang, menyemak semula hujah yang dibawakan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, Tuan Yang Dipertua, apakah alternatif bangkangan kami di perwakilan pembangkang. Kami akan menunjukkan kepada anda kelemahan metode penggunaan teknologi pendigitalan dalam pembangunan pendidikan abad ke-21. Yang Berhormat Perdana Menteri ada mengatakan teknologi telah merevolusi setiap aspek dalam kehidupan kita termasuk bidang pendidikan. Maksudnya di sini, penggunaan alat digital akan menjadikan kita terbiasa dengan teknologi. Adakah sidang hadirin sedar bahawa dengan penggunaan teknologi ini murid-murid bakal kehilangan iaitu kemahiran menulis. Apabila semua tugasan yang diberikan oleh guru hanya perlu ditekan pada papan kekunci Sahaja, sudah pasti kemahiran menulis akan semakin ditinggalkan. Bagaimanakah motor halus dan koordinasi mata serta tangan mereka ingin diasah jika semua berlandaskan ditulis dengan menekankan papan kekunci komputer sahaja. Tuan yang dipertua, memang tidak saya nafikan pendigitalan ini membolehkan pendidikan mudah diakses pada bila-bila masa. Namun, semuanya memerlukan capaian internet yang mencukupi. Pernahkah kita terfikir bagaimana nasib pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman tanpa capaian internet? Bagaimana mereka ingin mengakses pendidikan di dalam dunia maya ini? Bukankah mereka akan ketinggalan? Disini boleh saya simpulkan bahwa perwakilan kerajaan gagal menghayati konsep sebenar pendidikan abad ke-21. Dalam konsep pendidikan abad ke21, guru berperanan sebagai pemudahcara kepada para pelajar. Maka gurulah yang harus dipersiapkan bekalan ilmu yang mencukupi agar boleh membimbing para pelajar. Pelajar pula dilatih untuk memahirkan kemahiran berkomunikasi, bekerja secara kolaboratif dan kreatif. Dengan izin Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan saya membentang hujah pertama pembangkang iaitu, “Penggunaan teknologi pendigitalan dalam pendidikan abad ke-21 akan membudayakan sifat kebergantungan kepada kemudahan internet dalam kalangan murid-murid”. Seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat membangun, keupayaan penyediaan maklumat secara maya atau secara atas talian semakin hebat dikongsi dan digunakan. Walaupun perkara ini dilihat sebagai ruang dan peluang yang baik, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian kerana mungkin boleh mendatangkan keburukan bak kata pepatah, jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
Baiklah Tuan Yang Dipertua, dapat saya tegaskan di sini bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam menyemarakkan pendidikan abad ke-21 akan menjadi penyumbang kepada sifat malas untuk berusaha. Dalam konteks ini, memandangkan capaian maklumat secara atas talian amat meluas sehingga tiada batasan, justeru apabila diberikan tugasan atau soalan-soalan yang memerlukan pemikiran secara kreatif dan kritis, maka murid-murid lebih terarah untuk terus menekan papan kekunci komputer atau telefon pintar bagi mencari jawapan kepada permasalahan yang diberi oleh guru-guru. Hal ini dibuktikan apabila, menurut laporan International Seminar on Learning and Motivation, Institut Kemajuan Pendidikan dan Pembangunan Remaja dan Kanak-kanak menunjukkan bahawa 74.1% penilaian kognitif dan daya fikir murid-murid lebih tertumpu kepada kemudahan internet berkomputer apabila ingin menyelesaikan sesuatau perkara berbanding memulakan dengan proses berfikir secara berkumpulan sebelum mencari apa-apa sumber daripada Internet. Tuan Yang Dipertua, saya teruskan lagi dengan membangkitkan isu perilaku plagiatrisme yang berleluasa kesan daripada penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan abad ke-21. Isu plagiatrisme ini merupakan suatu pengamalan yang perlu dielakkan daripada kecil, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun, perkara ini agak menyedihkan apabila bermula dari generasi muda ini, isu plagiatrisme sudah pun dilaporkan apabila menurut laporan daripada beberapa orang guru di sekitar Terengganu dan Kelantan, mendapati murid-murid sering meniru dan menyalin jawapan tanpa mengubah apa-apa daripada laman sesawang yang mereka layari. Hal ini bukanlah suatu perkara yang baik untuk diamalkan. Nilai kebergantungan secara penuh dan tertumpu semata-mata kepada jawapan dari Internet akan menjadikan cara berfikir tidak berkembang dengan baik lantas tidak mampu melahirkan murid yang kreatif. Dalam kenyataan mantan menteri pendidikan Malaysia, Dato’ Mahadzir Khalid menegaskan murid pada peringkat sekolah rendah perlu dididik dengan baik tanpa mengubah maksud asal dan hendaklah lahir daripada diri murid tersebut demi memastikan bahawa mereka benar-benar memahami dan mencerap pengetahuan tersebut dengan baik. Tuan Yang Dipertua, kami pertegaskan kembali pendirian kami di perwakilan pembangkang kami katakan “Teknologi dan Maklumat Tidak Mampu Menyemarakkan Pendidikan Abad Ke-21 atas rasional “Penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan abad ke-21 akan membudayakan sifat kebergantungan kepada kemudahan internet dalam kalangan murid-murid” Sekian mohon untuk terus membangkang.
(MENTERI 2- NUR MADIIHAH BINTI ISHAK) Bismillahirrahmanirrahim, Terima kasih kepada Tuan Yang-di Pertua, Perwakilan Kerajaan, Perwakilan Pembangkang serta seisi Dewan yang sudi bersidang kesemuanya. Assalamualaikum dan salam perdebatan. Hadirin, sebelum memulakan mauduk bicara saya pada hari ini, suka untuk saya memetik satu kata-kata daripada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana beliau ada mengatakan bahawa teknologi memainkan peranan yang besar dalam kehidupan dan pastinya akan menjadi lebih penting di masa hadapan. Beliau juga pernah mencadangkan kerajaan menggunakan teknologi moden dalam sistem pendidikan secara bersemuka di dalam kelas semasa beliau menjadi ahli pembangkang. Oleh sebab itu, saya kira usul pada hari ini wajar diterima lantaran melihat kepada peranan Teknologi Pendigitalan dalam Menyemarakkan Pendidikan Abad ke-21. Selaku Menteri Kedua pada hari ini, saya akan melakukan dua gerak kerja utama. Gerak kerja pertama, pembidasan di meja perwakilan pembangkang. Yang kedua, penghujahan di meja perwakilan Kerajaan pada hari ini. Baik, kita beralih kepada analisis daripada perwakilan pembangkang. Pertama, mereka hanya melontarkan masalah dan masalah tanpa memberikan cadangan atau langkah penyelesaian. Hal ini menunjukkan pihak pembangkang hanya seperti buruk muka cermin dibelah. Seterusnya, pihak perwakilan pembangkang suka membesarkan isu yang kecil sesuai dengan peribahasa air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan sedangkan pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam mengatasi isu tersebut dan menggariskan kepentingan teknologi digital dalam pembangunan pendidikan negara Malaysia. Dan yang ketiga, mereka suka menyalahkan usaha Kerajaan dalam membangunkan pembangunan pendidikan negara. Dapat kita lihat bahawa, pemikiran yang cetek dan tidak membangun yang ditunjukkan oleh perwakilan pembangkang ini, dapat meyakinkan bahawa usul yang dibentang pada hari ini mesti diterima warga Dewan sekalian. Kita terus pergi kepada rangkuman hujah di meja pembangkang. Yang pertama, beliau mengatakan bahawa teknologi digital membudayakan sifat kebergantungan kepada kemudahan Internet. Soalan saya, bagaimanakah teknologi digital membudayakan sifat kebergantungan kepada kemudahan Internet sedangkan tidak semua teknologi digital yang digunakan dalam pembelajaran perlu bergantung kepada kemudahan Internet. Sebagai contoh, Pengajaran Melalui Buku Teks Digital. Buku teks digital adalah alternatif yang baik kepada peranti digital.
Guru boleh menghasilkan bahan pengajaran dalam format digital yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih tanpa memerlukan kemudahan Internet. Sebagai contoh, bahan tersebut disimpan dalam bentuk pdf. Dengan cara itu, pelajar dapat mengakses bahan tersebut di dalam peranti-peranti digital mereka tanpa memerlukan kemudahan Internet. Seterusnya, Pelajaran Dalam Talian Melalui Papan Putih Interaktif. Papan putih interaktif adalah alat yang sangat berguna dalam pengajaran digital, tetapi ia juga boleh digunakan dalam pengajaran tanpa menggunakan kemudahan Internet. Guru boleh menggunakan papan putih ini untuk mengajar dengan lebih berkesan dan menjelaskan konsep-konsep yang rumit. Jadi saya ingin bertanya sekali lagi kepada meja perwakilan pembangkang, adakah teknologi digital membudayakan sifat kebergantungan kepada kemudahan Internet. Tidak sama sekali warga dewan sekalian. Inilah perkara yang tidak dapat difahami oleh pembangkang pada hari ini. Saya beralih kepada hujah yang ingin saya ketengahkan dalam usul pada hari ini, Pertama sekali saya sangat menyokong hujah YAB Perdana Menteri dalam menyokong Teknologi Pendigitalan Menyemarakkan Pembelajaran Abad ke-21. Dengan adanya teknologi pendigitalan dalam pembelajaran abad ke-21, kita dapat mendepani jurang digital dengan negara lain seiring dengan usaha membina masyarakat bermaklumat serta berkemahiran warga dewan sekalian. Tidak dinafikan kaedah pengajaran yang lama memang efektif. Namun, sekiranya teknologi pendigitalan ini terus diamalkan dalam bidang dan institusi tertentu pastinya membuka ruang lebih luas untuk penglibatan pihak tertentu dan akan membantu kemajuan sistem pendidikan kita. Ia menjadikan kita setaraf dengan sistem pendidikan di negara maju yang jauh ke hadapan dalam penggunaan teknologi ICT dalam pendidikan. Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian, Tambahan lagi, Teknologi memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dari mana-mana sahaja dan memberi cara alternatif untuk pelajar yang mungkin tidak mempunyai akses kepada mereka. Contohnya, pembelajaran dalam talian, buku teks digital dan video pendidikan telah membolehkan pelajar mengakses bahan pendidikan dari mana-mana lokasi. Ini amat berguna di kawasan terpencil atau kurang mendapat perkhidmatan di mana peluang pendidikan tradisional mungkin tidak tersedia. Teknologi dalam pendidikan juga telah membolehkan pelajar kurang upaya mengakses bahan pendidikan yang sebelum ini tidak boleh diakses oleh mereka. Dengan wujudnya teknologi dalam sistem pembelajaran kita, pendidikan telah menjadi lebih inklusif dan mudah diakses.
Secara keseluruhannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa teknologi memberi kesan yang besar terhadap pendidikan, dan dapat mengubah cara pelajar belajar dan guru mengajar menjadi lebih baik. Daripada peningkatan akses kepada pendidikan kepada pembelajaran yang diperibadikan dan kerjasama yang lebih baik, teknologi telah membawa banyak faedah kepada pendidikan. Memandangkan teknologi akan terus maju di era kini dan di masa hadapan, penting untuk kita terus meneroka cara baharu untuk menggunakan teknologi untuk meningkatkan pengalaman pendidikan sambil menangani cabaran ini. Dengan berbuat demikian, kita boleh memastikan bahawa semua pelajar mempunyai akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, dan bahawa mereka bersedia untuk masa depan dalam dunia yang semakin dipacu teknologi. Saya telah membuktikan kepada anda bahawa Teknologi Pendigitalan sememangnya dapat Menyemarakkan Pendidikan Abad ke-21. Sekian daripada saya. Mohon untuk terus mencadang.
(PEMBANGKANG 2- FARHAH AFIQAH BINTI AZAHAR NOR ARIFIN) Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatu, Salam Sejahtera, Salam Lestari, dan salam perdebatan buat semua. Marilah kita melihat dan meneliti bersama-sama di manakah kesilapan pihak Kerajaan sepanjang perdebatan ini berlangsung. Baiklah, nampaknya pihak keraja telah menyalahkan pihak pembangkang kerana membesarkan masalah dalam usaha Kerajaan. Namun, dalam penghujahan beliau , beliau sendiri tergagap-gagap dalam menghujahkan konteks beliau. Yang pertama, beliau mengatakan bahawa pihak Kerajaan akan memberikan gajet kepada muridmurid sebagai contoh telefon pintar. Jika kita lihat dari sudut lain, pemberian gajet ini akan meningkatkan lagi perbelanjaan negara. Hal ini demikian kerana, Kerajaan perlu menyediakan gajet tersebut dalam kuantiti yang banyak. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir golongan yang sepatutnya layak mendapat gajet tersebut tetapi mereka tidak dapat bukan sahaja tidak dapat malahan tidak layak. Lantas mengapakah golong ini tidak layak? Fikir-fikirkanlah wahai ahli dewan sekalian. Kita teruskan dengan hujah di meja pembangkang pula. Yang dipertua, memberi gajet kepada murid-murid ini akan memberikan banyak kesan buruk kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana, murid-murid akan menyalahgunakan gajet yang diberikan seperti murid-murid akan leka dan berasa selesa dengan gajet yang diberikan. Mungkin pada awalnya, murid-murid akan menggunakan dengan berhemah tetapi lama-kelamaannya mereka pasti akan mula menyalahgunakan gadjet yang diberikan dengan melihat benda-benda yang tidak sepatutnya dilihat, memuat turun permainan yang bertujuan untuk hiburan mereka. Seperti yang kita tahu, lumrah murid-murid ialah menyukakan hiburan berbanding mengikuti pembelajaran. Hal ini sekali gus dapat menyebabkan murid-murid semakin kurang bersosial atau tidak bersosial dengan orang lain kerana mereka akan banyak meluangkan masa mereka dengan bermain gajet sahaja. Buktinya, dapat dilihat pada masa kini kanak-kanak lebih gemar menggunakan telefon pintar mahupun tablet sepanjang masa berbanding meluangkan masa bersama keluarga mereka sendiri hal ini sekali gus menyebabkan mereka tidak menghargai masa yang ada bersama orang yang tersayang. Yang DiPertua, alat elektronik juga mampu merenggangkan hubungan antara murid-murid dengan orang yang lebih berusia berbanding mereka. Selain itu, murid-murid juga tidak menghargai gajet yang diberikan oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana, murid-murid mendapat gadjet tersebut secara percuma, maka mereka tidak tahu nilai gadjet yang diberikan. Hal ini menyebabkan mereka tidak akan menjaga gadjet tersebut dengan baik dan meletakkannya di merata tempat. Perkara ini akan menyebabkan mereka mampu menghilangkan
gajet yang diberikan. Yang Dipertua, untuk menguatkan lagi hujah saya, saya telah mengambil kata-kata dari penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Norlisa binti Jamil yang berumur 21 tahun mengatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan individu yang menjual semula gajet yang diberikan oleh Kerajaan. Hal ini membuktikan tingkah laku individu yang tidak bertanggungjawab ke atas amanah yang diberikan. Bukan itu sahaja, Untuk menguatkan hujah, seorang Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad berkata bahawa terdapat beberapa alasan yang digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan iaitu mereka menjual atas sebab memerlukan wang kerana wang yang diberikan oleh ibu bapa tidak mencukupi. Tetapi yang dipertua, mereka boleh mencari atau menjual benda lain untuk mendapatkan duit, bukan dengan menjual gajet tersebut. Sebagai contoh, mereka boleh membantu ibu bapa di rumah. Beliau berkata lagi bahawa matlamat tidak menghalalkan cara .
(MENTERI 3- NUR ALYAA NATASHA BINTI MOHD PAUZI) Terima kasih tuan speaker dewan. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani . Yang dihormati tuan yang dipertua,rakan-rakan perwakilan kerajaan,barisan kontradiksi yang kelihatan goyah dipondok usang seberang sana,seterusnya sidang dewan sekalian. Salam sejahtera dan selamat bersidang kesemuanya. Tuan yang dipertua,selaku Menteri Pendidikan menteri k3 pada hari ini, Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pembangkang kerana Yang pertama , barisan yang berhormat pihak pembangkang telah gagal membidas isi serta definisi konsep sebenar tajuk perbahasan kita pada hari ini iaitu Perpaduan dan Pendidikan Seiring tetapi tidak Sehaluan Kedua , barisan yang berhormat hanya membidas diatas angin sepoi- sepoi bahasa yang telah disuarakan oleh pihak kami. Yang Ketiga , ternyata yang berhormat barisan pembangkang hanya menyatakan hujah berdasarkan pandangan sendiri tanpa bukti berkualiti serta hanya menyatakan hujah berdasarkan bukti-bukti yang tidak relevan Tuan yang dipertua,serta sidang dewan sekalian,berkat keamanan dan keharmonian dibawah .kepimpinan kerajaan pada hari ini,maka dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu isu yang saya kira amat penting iaitu di bawah gagasan usul yang berbunyi Teknologi Perdigitalan menyemarakkan Pendidikan Abad ke -21. Namun begitu tuan yang dipertua,sebelum meneguhkan hujah-hujah yang kukuh daripada pihak kerajaan pada hari ini,pertamanya saya akan meremukkan hujah-hujah yang dibawa pembangkang. Tuan yang dipertua,terlebih dahulu saya akan membidas hujah-hujah rapuh yang telah dibawa oleh YB menteri kedua. pertamanya YB mengatakan bahawa pembangkang berkaitan penggunaan alat teknologi menyebabkan murid terleka serta mengakibatkan mereka tidak suka bersosial. Sebenarnya tuan yang dipertua, usul yang dibawa oleh YAB ahli pembangkang sangat tidak relatif mengenai penggunaan peranti mudah alih yang menyebabkan kelekaan kepada murid murid. Usaha kerajaan dalam menerapkan pembelajaran yang berasaskan teknologi digital adalah bertujuan bagi menyelaraskan pembelajaran sejajar abad ke -21. Jika dilihat kajian berdasarkan sistem Pendidikan Malaysia , Malaysia sendiri melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang bertujuan meningkatkan taraf pendidikan supaya mencapai standard antarabangsa. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) adalah cetusan ilham, merangkap mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menggariskan 5 aspirasi yang terdapat dalam sistem Pendidikan yang mempunyai objektif dalam mempertingkatkan kemenjadian seseorang individu melalui Pendidikan dalam usaha melahirkan generasi muda yang mampu berdaya saing terhadap negara luar agar Malaysia dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dalam pelan Pembangunan ini telah menyebut usaha kerajaan dalam melahirkan modal insan yang bertaraf dunia iaitu mempunyai kualiti standing antarabangsa. Tuan yang dipertua , kerajaan hanya menjalankan tugasan mereka dalam meningkatkan mutu sistem Pendidikan dengan menerapkan pembelajaran teknologi digital disamping melahirkan generasi yang celik teknologi yang mampu membawa negara kearah kemajuan. Seperti yang kita tahu , di dalam bilik darjah , kerajaan tidak mewajibkan sama sekali penggunaan teknologi perdigitalan dalam aktiviti pengagajaran dan pembelajaran malahan kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi perdigitalan yang mampu membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dalam mencapai objektif pembelajaran. Seiring abad ke -21 ini , guru memerlukan kebijaksaan dan ketelitian yang mantap dalam mendapatkan idea kreatif dalam strategi menarik minat murid untuk belajar. Pembelajaran dalam talian didefinasikan sebagai pengajaran menggunakan internet dan teknologi berkaitan untuk pembangunan dan penyediaan bahan pengajaran, penyampaian dan juga pengurusan kursus menggunakan platform bersesuaian. Oleh sebab demikian , kerajaan menyediakan insiatif yang pelbagai dalam menjayakan pembelajaran seiring abad ke -21. Tuan yang dipertua , pihak pembangkang memetik mengenai pengggunaan gajet menyebabkan murid terleka serta mengakibatkan mereka tidak suka bersosial , tidak dinafikan lagi dalam kalangan murid mereka merupakan golongan yang mudah terpengaruh dan mempunyai sifat mudah ketagihan dalam penggunaan peranti teknologi canggih ini misalnya peranti mudah alih sudah menjadi keperluan harian dalam hidupan mereka dengan tidak memaksimumkan pengunaannya yang menjadi punca utama ketagihan dan kelalaian . Pihak kerajaan memperkenalkan teknologi perdigitalan dalam Pendidikan adalah bertujuan untuk menyelaraskan pembelajaran yang seiring dengan dunia moden sekang iaitu abad ke 21. Kerajaan sama sekali tidak mewajibkan penggunaan teknologi digital Penggunaan teknologi digital yang ditekankan dalam perkara ini ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru – guru dalam proses pembelajara berjalan dengan baik
dalam usaha guru mencapai objektif pembelajaran secara berkesan. Namun begitu,, jika dikaji secara mendalam apakah sebab serta punca berlakunya perkara ini ? Perkara ini berlaku adalah disebabkan ketidakcaknaan ibu bapa serta orang sekeliling yang hanya memandang enteng mengenai penggunaan peranti tersebut yang secara terang terangan jika tidak terkawal penggunaannya akan memberikan impak negatif kepada anak – anak mereka jika tidak dibendung dari awal secara serius . Penggunaan peranti dalam era teknologi perdigitalan ini mempunyai pencarian yang terlalu luas yang menyebabkan semua maklumat / kehendak seseorang dapat diperolehi di hujung jari. Tanpa kawalan yang dihadkan oleh pihak ibubapa mahupun orang sekeliling kepada penggunaan peranti ini akan mengakibatkan mereka akan hanyut dibuai oleh arus teknologi kini. Sudah tidak asing lagi bagi kita semua mengenai kebanyakkan daripada mereka mengalami ketagihan yang melampau sehinggakan tidak mahu bersosial ialah lazimnya mereka terlalu leka bermain permainan video dalam talian dan bukanlah menggunakan peranti tersebut bertujuan dalam pembelajaran. Perkara ini juga telah menjadi satu penyalahgunaan peranti tersebut yang sewajarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran namun disebabkan Keasyikkan serta keseronokkan yang dirasai membuatkan mereka berasa sangat obsess terhadap permainan video tersebut sehingga mereka terleka justeru tidak menghiraukan perkara yang berlaku di keadaan sekelilingnya dan lebih teruk lagi sehingga menyebabkan penyakit dalam diri yang berpunca dari penggunaan gajet yang melampau memberi kesan kepada mata . Dalam aspek ini ibu bapa harus memainkan peranan penting bagi mengelakkan anak – anak terus terjebak dengan virus ketagihan gajet ini dengan mengambil Langkah bijak untuk membanteras perkara ini sehabis baik. Ibu bapa perlu memantau penggunaan gajet anak – anak dengan turut bersama mereka ketika menggunakan gajet . Ibu bapa juga perlu lebih cakna dan tegas berkaitan dengan perkara ini kerana sudah pasti jika dibiarkan , ianya hanya kan mendatangkan padah dikemudian hari Baiklah tuan yang dipertua,setelah hujah dibidas,setelah hujah dicantas , kini tiba masanya untuk saya mengukuhkan kes kami dimeja kerajaan dan membuktikan bahawa sesungguhnya pada hari ini kami yang berdiri dibarisan kerajaan tidak bercakap diatas angin seperti pihak pembangkang diseberang sana tuan yang dipertua. Tuan yang dipertua, Pengenalan kepada teknologi kepada pendigitalan dalam pendidikan menyumbang kepada usaha kerajaan dalam mencapai aspirasi pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 sejajar dengan pembelajaran abad ke 21. Banyak negara berusaha menampilkan
kepentingan kemahiran ini dalam dasar dan rancangan pendidikan mereka. Malaysia sendiri melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang bertujuan meningkatkan taraf pendidikan supaya mencapai standard antarabangsa. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Dalam kurikulum sekolah di Malaysia, dinyatakan antara hasrat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya berteraskan amalan nilai murni. Arus globalisasi membentuk hala tuju baharu pendidikan dunia. Sehubungan itu, guru perlu mempunyai pengetahuan kandungan pedagogi abad ke-21 kerana dalam bilik darjah, guru memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk mengubah tingkah laku murid. Satu kerangka mengenai pedagogi abad ke-21 untuk generasi digital hari ini diperkenalkan dan diguna pakai dalam banyak kajian di seluruh dunia. Ia mengandungi lapan komponen utama, meliputi pembelajaran kolaboratif, mengupayakan teknologi, pengembangan kemahiran penyelesaian masalah, pembelajaran berasaskan projek, mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai sumber maklumat, menggalakkan amalan refleksi, mengembangkan kemahiran berfikir dan pentaksiran. Tuan dipertua , murid hari ini memerlukan lebih banyak pemahaman dalam pelbagai perkara untuk berjaya dalam zaman yang pesat berubah. Disebabkan itu , pembelajaran secara kolaboratif amat penting. Peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, tablet dan pelbagai alatan ICT lain boleh dijadikan platform meningkatkan pembelajaran kolaboratif. Penekanan teknologi sebenarnya mula diperkenalkan dalam kurikulum sejak 1990-an. Hari ini media sosial, blog, wiki, skype dan dunia maya adalah sebahagian alat sosial kolaboratif yang membolehkan komunikasi dan kerjasama berlaku. Di Malaysia, pembelajaran dalam talian melalui Massive Open Online Course (MOOC) adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 bagi menyokong agenda Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global. Usaha ini juga boleh dilihat sebagai salah satu inisiatif pihak kerajaan dalam menjayakan transformasi digital yang diusahakan sejak 2017 dan mula mendapat perhatian serius dan meluas dengan pengambilalihan stesen tv NTV7 dengan penjenamaan semula sebagai Didik TV untuk menjadikannya saluran pendidikan perdana dalam talian. Dengan melahirkan genarasi muda yang lebih berkualiti dalam perkara yang tertentu pasti akan membawa negara lebih maju serta berupaya dalam bersaing dengan negara luar. Sesebuah negara maju memerlukan seseorang individu serta lebih mempunyai kelebihan dan kualiti yang tertentu antaranya keupayaan dalam menyelesaikan masalah secara kreatif , kritis dan inovatif.
Teknologi pendigitalan ini amatlah diperlukan dalam mencapai objektif ini , dimana dalam tempoh 13 tahun sepanjang yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperbaharui sistem Pendidikan yang membolehkan negara Malaysia melahirkan modal insan yang terbaik berbanding dengan kualiti kemenjadian individu yang berpandukan sistem Pendidikan yang kurang berkesan jika dibandingkan dengan sistem pendidikan sekarang . Seperti yang kita tahu , pada tahun ini 2024 merupakan tahun dalam gelombang ke3 dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mana dalam gelombang ini Kementerian Pendidikan Malaysia menyasarkan pelaksanaan program dan inovasi ICT bagi kumpulan keperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran. Dasar Pendidikan Digital (DPD) dilancarkan hari ini, dalam usaha kerajaan melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing membabitkan pendidik dan murid.Ia dilancarkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Bangi Avenue di sini.Dasar itu menggariskan empat objektif yang mencakupi usaha KPM untuk membangunkan murid fasih digital untuk memenuhi keperluan era digital serta mengupayakan pendidikan dan pemimpin pendidikan untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan.
(PEMBANGKANG 3- NORSUHANA BINTI NORIHAKIM) Salam sejahtera dan salam perdebatan buat semua. Mari kita bersama-sama meneliti dimanakah kesilapan pihak kerajaan sepanjang perdebatan ini berlangsung. Yang pertama, beliau mengatakan bahawa usaha kerajaan mencapai aspirasi dalam pelan pembangunan pendidikan mampu melahirkan generasi yang berkualiti dan serbaboleh, mahir dalam pelbagai aspek yang melibatkan teknologi yang semakin canggih. Namun begitu, perkara yang ingin kita capai adalah untuk membentuk murid yang mampu menyemarakkan pendidikan. Maka, apakah usaha kerajaan yang boleh dilakukan melalui teknologi yang canggih untuk menyemarakkan pendidikan ?. Ini membuktikan hujah ini tidak sesuai dalam debat hari ini yang bertujuan untuk menyemarakkan pendidikan. Kita teruskan dengan hujah di meja pembangkang pula. Yang Dipertua, penggunaan teknologi dan maklumat yang semakin canggih menyebabkan kos perbelanjaan sara hidup dan keluarga semakin meningkat. Hal ini demikian kerana, apabila kerajaan mengesyorkan untuk menggunakan teknologi yang semakin canggih untuk menyemarakkan pendidikan, secara tidak langsung ibu bapa perlu membelanjakan wang untuk membeli barangan elektronik yang akan digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran seperti komputer riba dan tablet. Selain itu, ibu bapa juga perlu membelanjakan wang mereka membeli capaian internet untuk anak-anak menggunakan peranti supaya mereka dapat mengakses bahan-bahan yang diberikan oleh guru secara dalam talian sama ada melalui platform ’Google Classroom’, ’Telegeram’ dan ’Whatsapp’. Oleh itu, ibu bapa dari golongan B40 terpaksa berkerja keras untuk mencari hasil pendapatan yang lebih lumayan untuk membelikan barangan keperluan persekolahan anak mereka. Misalnya, ibu bapa mungkin mencari jalan penyelesaian dengan melakukan kerja yang haram seperti terlibat dengan penjualan dadah, pelacuran dan perlumbaan haram. Maka, dapat dibuktikan bahawa penggunaan teknologi yang canggih mendatangkan beban kepada ibu bapa. Hal ini jauh berbeza dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada suatu ketika dahulu yang jauh lebih berkesan dan menjimatkan kos perbelanjaan. Yang Dipertua memandangkan kos pada masa kini jauh lebih tinggi berbanding dahulu menyebabkan ibu bapa berkemungkinan tidak mampu untuk membeli barangan elektronik. Hal ini akan memberikan kesan kepada murid kerana apabila mereka tidak mempunyai alat elektronik yang digunakan untuk sesi pembelajaran maka mereka tidak dapat mengikuti kelas yang dijalankan serta mereka juga akan ketinggalan berbanding rakan-rakan yang mempunyai gadjet. Yang DiPertua, selaras dengan permintaan kerajaan untuk menggunakan teknologi supaya mampu menyemarakkan pendidikan menyebabkan guru-guru akan menggunakan kos
perbelanjaan untuk menjalani latihan menggunakan teknologi. Hal ini demikian kerana, guru-guru perlu memastikan mereka memenuhi kehendak kerajaan. Seperti yang kita sedia maklum, guruguru sebelum ini hanya menggunakan kaedah pengajaran tradisional sahaja, maka mereka memerlukan latihan yang mampan untuk menggunakan teknologi maklumat yang canggih ini. Maka, jenis-jenis perbelanjaan dalam latihan masih kurang dititikberatkan oleh kerajaan sehingga berlakunya pembaziran dalam penyediaan latihan yang berkesan. Hujah ini disokong juga oleh Isa et.al (2013) bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan latihan seperti jenis perbelanjaan harus diambil kira agar pembaziran tidak akan berlaku. Jelaslah bahawa disini, penggunaan teknologi maklumat akan menyebabkan pembaziran berlaku. Sekian. Mohon untuk terus membangkang.
PENGGULUNGAN (PEMBANGKANG) Assalammualaikum dan selamat Sejahtera. Terima Kasih sekali lagi yang berhormat , Tuan yang dipertua, rakan-rakan pembangkang, yang berhormat Perwakilan kerajaan, seterusnya ahli-ahli dewan yang dihormati. Bertemu kita sekali lagi di arena penggulungan. Tuan yang dipertua dan ahli-ahli dewan. Usul pada hari ini berbunyi teknologi pendigitalan menyemarakkan pendidikan abad ke-21. Kami pihak pembangkang yang prihatin lagi cakna serta bertanggungjawab untuk memberikan kesejahteraan serta keselesaan kepada rakyat telah memberikan definisi yang begitu padu dan jitu untuk menegakkan kebenaran. Dari awal perdebatan pihak Kerajaan melakukan banyak kesilapan yang dilakukan secara individu mahupun secara berkumpulan. Pihak Kerajaan gagal yang memberikan definisi secara konsep yang mantap. Pihak Kerajaan juga telah memberikan penerangan yang goyah dan tidak tepat dengan usul kita pada hari ini. Untuk menyokong usul pada hari ini, pihak Kerajaan telah memberikan 3 hujah iaitu 1. Pengaplikasian teknologi dan inovasi dalam pendidikan 2. Pemberian gajet kepada murid-murid untuk mendepani jurang digital seiring dengan usaha membina masyarakat bermaklumat serta berkemahiran. 3. Usaha Kerajaan mencapai aspirasi dalam pelan Pembangunan pendidikan melahirkan generasi yang berkualiti dan serba boleh, tinggi, mahir dalam pelbagai aspek yang melibatkan teknologi yang semakin canggih. Namun, mereka tidak meneliti dengan lebih mendalam dan memfokuskan keperluan murid di kawasan pedalaman semenanjung , sabah dan Sarawak . Buktinya, Kerajaan hanya memfokuskan sekolah-sekolah di bandar, sedangkan murid-murid di kawasan pedalaman masih bersusah – payah untuk menggunakan teknologi. Hal ini demikian kerana, kawasan pedalaman sukar untuk mendapat capaian internet. Bukan itu sahaja, kebanyakan alat elektronik seperti projector tidak disediakan di kawasan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman, sabah dan Sarawak. Malah bekalah elektrik juga sering tidak mencukupi di
sana, bagaimana pula dengan teknologi pendigitalan ini ingin dibangunkan. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak Kerajaan tidak melaksanakan pelan Pembangunan tersebut dengan adil dan saksama. Namun tuan yang dipertua, ketiga-tiga hujah pihak Kerajaan dapat saya simpulkan bahawa hujah-hujah tersebut amat tidak relevan untuk menyokong usul. Ketiga-tiga hujah mereka ini telah gagal menunjukkan bahawa penggunaan teknologi pendigitalan dapat menyemarakkan pendidikan abad ke-21 iaitu usul yang mereka bentangkan wajar dilaksanakan. Nampaknya, Kerajaan kita pada hari ini, tidak membuat persediaan yang cukup untuk membentangkan usul ini. Hujah-hujah yang dibentangkan umpama menanam tebu di bibir sahaja. Janganlah ahli-ahli yang berhormat terpedaya dengan janji-janji manis yang dilemparkan oleh mereka Akhirnya, saya menyeru kepada ahli-ahli dewan untuk menggunakan kebijaksanaan dan kewarasan untuk bersama dengan pihak kami di meja pembangkang pada hari ini demi membangunkan sebuah sistem pendidikan yang bukan sahaja mampu melahirkan generasi muda yang berkualiti malah turut berperanan dalam pembentukan modal insan bertaraf dunia yang menjadi pemacu kejayaan negara. Marilah bersama-sama pihak pembangkang untuk menolak usul pada hari ini iaitu penggunaan teknologi pendigitalan tidak menyemarakkan pendidikan abad ke-21. Sebulat suara tanpa kompromi. Sekian, mohon membangkang.
PENGGULUNGAN (KERAJAAN) Assalamualaikum dan salam sejahtera, berdirinya saya kali kedua ingin menggulung hujah kami pihak kerajaan yang mengatakan teknologi pendigitalan menyemarakkan pendidikan abad ke21. Pertama sekali, hujah pihak pembangkang berubah-ubah.Tadi, hujah yang dikemukakan adalah kos perbelanjaan kerajaan meningkat jika hendak menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dalam pendidikan.Gulungan mereka mengatakan kerajaan tidak menyediakan kemudahan pada pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman sedangkan kos perbelanjaan akan meningkat jika kerajaan menyediakan semua kemudahan itu untuk mereka.Seterusnya,antara hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang adalah penggunaan teknologi dalam pendidikan membudayakan sifat kebergantungan kepada kemudahan internet.Pada pandangan saya, kanak-kanak zaman kini diajar untuk menggunakan telefon bimbit ketika masih kecil sama seperti diajar abc.Jadi bukan disebabkan oleh penggunaan teknologi dalam pendidikan mereka akan bergantung kepada kemudahan internet.Secara keseluruhannya, saya ingin menegakkan bahawa teknologi menyemarakkan pendidikan abad-ke 21.