PORTFOLIO CHILDREN'S INDUSTRY AND ENTERPRENEURSHIP DECE 4303 INDUSTRI MAKANAN /MINUMAN NAMA: AIN NORFATIHA BINTI MOHD AMIR NO MATRIK: DEC09210001
PENGENALAN ● Scott's Emulsion merupakan makanan/minuman tambahan yang mempunyai pelbagai khasiat untuk perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Selain itu, Scott's Emulsion juga merupakan suplemen minyak ikan kod yang merupakan sumber asid lemak omega-3 (DHA+EPA), kalsium, vitamin A, dan vitamin D. Bahan aktif dalam produk ini ialah minyak hati ikan kod, yang dipercayai empat kali ganda lebih mudah dihadam berbanding minyak ikan kod yang biasanya. KEBAIKAN ● DHA amat penting untuk pertumbuhan otak yang sihat, penglihatan yang baik serta pertumbuhan saraf-saraf yang baik. ● Minyak Ikan Kod & Vitamin A dapat membantu membina daya tahan terhadap jangkitan penyakit serta pertumbuhan otot dan memelihara kesihatan dan kecergasan kanak-kanak. ● Vitamin D untuk memelihara pertumbuhan gigi dan tulang agar sihat dan kuat. ● Kalsium & Fosforus untuk memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna. KENAPA PENTINGNYA INDUSTRI KANAK- KANAK ? ● Industri ini menyediakan produk makanan/minuman yang bersesuaian dengan kanak-kanak yang mampu memberikan keperluan vitamin yang secukupnya kepada kanak-kanak. ● Industri ini menyediakan 2 perisa iaitu oren dan ikan kod yang asli dan kanak-kanak boleh meminumnya mengikut citarasa dan selera mereka. ● Industri ini juga telah berjaya menghasilkan produk makanan/minuman yang dapat membantu tubuh badan kanakkanak mendapat keperluan harian seperti Vitamin A, Vitamin D, Kalsium dan Fosforus dengan cara yang mudah.