The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Kertas Percubaan Bahasa Melayu SPM SBP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-06-14 02:54:39

Koleksi Kertas Percubaan Bahasa Melayu SPM SBP

Koleksi Kertas Percubaan Bahasa Melayu SPM SBP

BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU 2 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2022 & 2021 (SEBENAR) 3 Set Kertas Model Peperiksaan SPM SBP Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Imbas kod QR untuk mendapatkan Skema Pemarkahan FORMAT SPM TERKINI Skema Pemarkahan Lengka Disediakan dalam p KOD QR Semenanjung Malaysia : RM8.90 Sabah & Sarawak : RM9.80 9 789670 045870 ISBN 978-967-0045-87-0 PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN PENERAJU KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Digubal oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP dengan izin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Biologi (Dwibahasa) Bahasa Inggeris Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Sejarah Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Islam Prinsip Perakaunan Matematik (Dwibahasa) Ekonomi Matematik Tambahan (Dwibahasa) Ujian Amali Fizik (Dwibahasa) Fizik (Dwibahasa) Ujian Amali Kimia (Dwibahasa) Kimia (Dwibahasa) Ujian Amali Biologi (Dwibahasa) KERTAS PERCUBAAN SPM SPM SEKOLAH BERASRAMA PENUH KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SBP K S S M SPM SEKOLAH BERASRAMA PENUH KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SBP K S S M Kelebihan Siri Ini: Soalan digubal oleh panel guru pakar dan guru cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh Soalan digubal berdasarkan format peperiksaan SPM terkini Digunakan di sekolah-sekolah yang menghasilkan keputusan yang cemerlang Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Skema pemarkahan lengkap disediakan untuk penskoran A+ TERBAHARU 2022 TERBAHARU 2022 KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SPM SBP BAHASA MELAYU


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 1 1103/1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 01_KMP SPM SBP BM (2022)3rd.indd 1 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 2 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang penjagaan alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK 2021-2025 Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah Oleh Magendran Rajagopal PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyiapkan kertas cadangan bagi memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar dari peringkat tadika, sekolah rendah hingga menengah. Pihak kementerian akan mengadakan perbincangan terperinci dengan Kementerian Pendidikan sebelum memuktamadkan cadangan dan kaedah pelaksanaannya. Pendekatan ini untuk memastikan generasi yang bakal mewarisi negara ini diterapkan dengan tanggungjawab dan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar serta tahu cara menjaga atau melindungi sumber alam semula jadi negara. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah”, oleh Magendran Rajagopal, Berita Harian, 2 November 2017 Tema: Penghijaun Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita Denda RM10 Juta Menanti Pelaku Jenayah Alam Sekitar “Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) mencadangkan untuk mewujudkan denda minimum tidak kurang daripada RM5000 dan denda maksimum tidak lebih RM10 juta kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar.” 01_KMP SPM SBP BM (2022)3rd.indd 2 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 3 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Aktiviti kemasyarakatan seperti sukan, gotong-royong dan rumah terbuka perlu dipergiat bagi mengelakkan anak muda daripada terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Datuk Mazlan Aliman menyeru masyarakat agar menghidupkan program berkenaan di kawasan kediaman masing-masing untuk membendung masalah ini daripada terus menjadi lebih serius. Sumber: Dewan Masyarakat, Bil.10/2020 Selain kepentingan yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan kepentingan-kepentingan aktiviti kemasyarakatan yang lain. 2 Menurut Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor, sektor penternakan merekodkan pengeluaran berjumlah lebih RM20 bilion bagi tahun 2021. Pencapaian ini berkait rapat dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti mengubah persepsi golongan muda terhadap bidang penternakan, mengadakan kursus penternakan dan memberikan pinjaman modal kepada para siswazah yang ingin menceburi bidang ini. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Sektor Penternakan Rekod Pengeluaran Lebih RM20 Bilion”, oleh Mohd Amin Jalil, Berita Harian, 25 Januari 2022 Petikan di atas menyatakan bahawa bidang penternakan boleh dimajukan dengan pelbagai usaha. Bincangkan. 01_KMP SPM SBP BM (2022)3rd.indd 3 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 4 1103/1 KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT 3 Panggilan telefon daripada sindiket penipuan dalam talian semakin berani menggunakan pelbagai modus operandi untuk memperdayakan masyarakat. Misalnya, mereka berpura-pura menyamar sebagai pihak bank, meminta data peribadi, memaklumkan kononnya anda telah memenangi hadiah pertandingan dan anda mempunyai bayaran tertunggak atau saman. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Patuhi 10 Etika Siber Elak Jadi Mangsa ‘Scammer’”, oleh Nadiah Suki, Berita Harian, 24 Ogos 2022 Sebagai individu yang prihatin, apakah tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan sekiranya situasi di atas berlaku kepada diri anda? 4 Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 dalam Akta Pendidikan 1996, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dengan guru. Lantaran itu, PIBG perlu mengadakan pelbagai aktiviti demi kecemerlangan murid dalam bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Dana PIBG Perlu Ambil Kira Beban Ibu Bapa”, oleh Dr. Ghazali Din, Berita Harian, 23 Mac 2021 Tulis teks syarahan tentang peranan PIBG untuk membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan sesebuah sekolah selengkapnya. 01_KMP SPM SBP BM (2022)3rd.indd 4 4/10/23 3:10 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 5 1103/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 01_KMP SPM SBP BM (2022)3rd.indd 5 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 13 1103/1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 13 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 14 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Maklumat di bawah berkaitan dengan sukan paralimpik. Huraikan pendapat anda tentang sukan paralimpik. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Untuk memperkasakan sukan paralimpik di Malaysia, kerajaan telah membina Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Para atlet juga berpeluang menjalani latihan yang sistematik bersama dengan jurulatih yang dilantik. Selain itu, setiap atlet paralimpik yang meraih pingat emas, perak atau gangsa akan ditawarkan insentif dan ganjaran melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). ATLET PARALIMPIK YANG MEMPEROLEH PINGAT DALAM SUKAN PARALIMPIK TOKYO 2020 ATLET CEMERLANG NEGARA TERBILANG Harum kemboja di hujung pekan, Tepi halaman tumbuh melati; Semangat waja di medan sukan, Sedia berkorban menabur bakti. Pohon akasia berdaun lebat, Berdahan keras tumbuh di hutan; Atlet Malaysia cekal dan hebat, Perak dan emas jadi rebutan. Jong Yee Khie Cheah Liek Hou Pingat emas dan perak acara angkat berat Pingat emas acara badminton Pingat emas acara olahraga Pingat perak acara boccia Bonnie Bunyau Gustin Abdul Latif Romly Chew Wei Lun 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 14 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 15 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Pandemik COVID-19 bukan sahaja telah mengubah landskap global malah turut menjejaskan ekonomi negara serta meninggalkan kesan mendalam bagi kehidupan masyarakat di Malaysia. Situasi ini amat merisaukan terutamanya kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan akibat pengurangan gaji atau pemberhentian kerja. Pengetahuan kewangan yang dimiliki membantu individu menguruskan kewangan masing-masing dengan lebih baik pada waktu sukar ini. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Pandemik Ajar Kepentingan Urus Kewangan” oleh Suraya Zainudin, Berita Harian, 24 September 2020 Petikan di atas menyatakan bahawa pengurusan kewangan yang sistematik sangat penting dalam situasi pandemik COVID-19. Lantaran itu, setiap individu perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk pengurusan kewangan yang bijak. Bincangkan langkah-langkah tersebut. 2 Penyelidik dan Pakar Sosiologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nur Hafeeza Ahmad Pazil berpendapat bahawa pemilihan sahabat sangat penting bagi pembentukan sahsiah diri. Beliau turut menyatakan bahawa kejujuran dalam persahabatan dan sentiasa berfikiran terbuka juga antara elemen utama dalam pemilihan sahabat. Namun begitu, remaja pada hari ini didapati sukar untuk memilih sahabat yang baik. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Individu Tiada Sahabat Mungkin Ada Masalah” oleh Halina Mohd Noor, Berita Harian, 3 Julai 2019 Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa sahabat amat penting dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, setiap individu perlu bijak memilih sahabat agar tidak terlibat dengan perkara-perkara yang negatif. Huraikan ciri-ciri sahabat pilihan anda. 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 15 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 16 1103/1 KERTAS SOALAN TAMAT 3 Dalam tempoh 64 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia telah melalui beberapa cabaran hebat dalam isu perpaduan kaum hingga melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa, iaitu tragedi 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut memberikan pengajaran kepada rakyat di negara ini agar menitikberatkan aspek perpaduan dan membelakangkan kepentingan kaum masing-masing. Sebarang isu kaum perlu diselesaikan dengan semangat bermusyawarah demi kepentingan bersama. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Menjiwai Perpaduan Selepas 64 Tahun Merdeka” oleh Azman Mohd Hashim, Utusan Malaysia, 30 Ogos 2021 Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa pelbagai cabaran dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk memupuk perpaduan kaum. Bagi mengelakkan sebarang konflik, setiap rakyat perlu menyedari bahawa pentingnya perpaduan kaum. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menyediakan sebuah rencana yang bertajuk, “Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia”. Sediakan rencana tersebut selengkapnya. 4 Perkembangan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah berjaya menganjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Bidang ini telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Pelbagai teknologi telah dimanfaatkan oleh guru dan murid di sekolah agar ilmu dan kemahiran dapat dijana. Petikan di atas menyatakan bahawa perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) membawa pelbagai kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, guru dan murid sewajarnya mengambil peluang untuk menguasai kemahiran TMK. Huraikan kebaikan menguasai kemahiran tersebut. 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 16 4/10/23 3:10 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 17 1103/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 17 4/10/23 3:10 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 18 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata kerja terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membabitkan semua negara menunjukkan bahawa Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat daripada kemalangan jalan raya. Berdasarkan 25 kes kematian bagi setiap 100 ribu orang penduduk pada tahun 2017, kadar kematian kerana kemalangan di Malaysia adalah tinggi berbanding dengan Singapura, Sweden dan Belanda. Oleh itu, jika pemanduan rakyat di negara ini masih tidak berubah dan masih banyak pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya, tidak mustahil kita akan menyaksikan lebih banyak kes kemalangan dan kematian dicatatkan. Dipetik dan diubah suai daripada “Nahas Jalan Raya Meningkat: Salah Siapa?” oleh Suraya Samsuddin Dewan Masyarakat, Bil 9/2018 [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang bergaris. Subjek : Predikat : Sebagai usaha berterusan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan program dan aktiviti kesedaran serta pendidikan alam sekitar dan penyebaran maklumat untuk pelbagai peringkat masyarakat. JAS telah meningkatkan perkongsian pintar dan strategik dalam pelaksanaan program kesedaran alam sekitar. Perkongsian pintar ini merupakan satu langkah proaktif untuk menangani masalah alam sekitar mulai tahun 2018. Program atau aktiviti yang dianjurkan oleh JAS dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar melibatkan agensi kerajaan dan sektor swasta. Selain itu, JAS telah mengadakan pelbagai program berkaitan dengan alam sekitar yang meliputi pelbagai kumpulan sasaran. Dipetik dan diubah suai daripada “Pemulihan Ekosistem Tanggungjawab Bersama”, oleh Zuraini Ahmad Tajudin dan Shazana Mohd. Ibrahim, Dewan Kosmik, Bil. 07/2021 [6 markah] 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 18 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 25 1103/1 KERTAS MODEL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SET 1 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 2 jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 03_KKP SPM SBP BM (1)2nd.indd 25 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 26 1103/1 Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan amalan membaca. Huraikan pendapat anda tentang amalan membaca. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Membaca Membuka Minda “Buku yang kubaca selalu memberikan sayap-sayap baharu. Membawaku terbang ke taman-taman pengetahuan paling menawan, melintasi waktu dan peristiwa, berbagi cerita cinta, menyapa semua tokoh yang ingin kujumpai, sambil bermain di lengkung pelangi.” (Abdurahman Faiz, Aku Ini Puisi Cinta, 2005) Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 185 Menjadikan Malaysia sebagai negara membaca serta bangsa Malaysia yang berilmu dan bertaraf dunia menjelang tahun 2030. Tahap pencapaian pembacaan rakyat Malaysia yang aktif membaca meningkat kepada 25 peratus daripada jumlah penduduk pada lima tahun pertama pelaksanaan program. DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN 2021 – 2030 Aspek pendidikan yang semakin baik di negara ini menjadi pendorong kepada peningkatan kesedaran, tindakan dan minat membaca dalam kalangan generasi muda seperti melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Pelaksanaan program NILAM pada peringkat sekolah sangat bagus kerana mampu meningkatkan kesedaran, memupuk minat membaca dan menggalakkan pengetahuan para murid apabila usaha mereka dihargai serta diiktiraf. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Program NILAM Tingkatkan Kesedaran, Pupuk Minat Membaca”, Berita Harian, 17 Julai 2019 Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 184 03_KKP SPM SBP BM (1)2nd.indd 26 4/10/23 3:10 PM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 28 1103/1 3 SASTERA PENCETUS MINDA MASYARAKAT Pembinaan sesebuah negara bukan sahaja terletak pada kemajuan material. Pembangunan negara perlu seiring dengan kematangan pemikiran rakyat dan pembangunan jati diri bangsa. Salah satu cara untuk mencapai kematangan fikiran adalah dengan penulisan karya sastera. Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hlm. 181 Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan karya sastera. Sehubungan dengan itu, elemen komponen sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan di sekolah menengah sejak tahun 2000 untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Bincangkan kebaikan-kebaikan yang diperoleh apabila mempelajari komponen sastera (KOMSAS) di sekolah. 4 Pemimpin sememangnya diiktiraf sebagai faktor penting yang menerajui organisasi bagi menuju wawasan, matlamat dan objektif yang ditetapkan. Keupayaan pemimpin dalam menerajui organisasi boleh menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan. Pemimpin melaksanakan pelbagai fungsi kepimpinan yang membawa kepada kecemerlangan, keberkesanan dan kecekapan organisasi. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi”, oleh Dato’ Mokhtar bin Abas, Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bil. 1, Julai 2005 Anda mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan ialah “Ciri-ciri Pemimpin Berkesan”. Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya. KERTAS SOALAN TAMAT 03_KKP SPM SBP BM (1)2nd.indd 28 4/10/23 3:10 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 29 1103/2 KERTAS MODEL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SET 1 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 03_KKP SPM SBP BM (1)2nd.indd 29 4/10/23 3:10 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 30 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tiga kata kerja aktif transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja aktif transitif yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Malaysia merupakan destinasi pelancongan pilihan ramai kerana keindahan pantai yang bersih, laut yang membiru, kehijauan hutan, dan kemakmuran yang dikecapi. Selain pelancong dari dalam negara, pelancong dari luar negara juga begitu ghairah untuk menikmati keindahan di negara ini. Disebabkan oleh potensi yang ditonjolkan industri pelancongan kesihatan, Malaysia berhasrat untuk memanipulasikan bidang ini demi kejayaan bidang perubatan pula. Malaysia kini sudah bersedia menjadi sebuah pusat rawatan dan perubatan kepada pelancong-pelancong luar negara melalui industri pelancongan kesihatan. Pihak kerajaan dan swasta haruslah berganding bahu agar industri pelancongan kesihatan ini menjadi kenyataan. [6 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Amalan membaca sangat penting untuk mendidik intelektual, rohani dan emosi. Pembacaan dapat mengukuhkan kemahiran berkomunikasi seseorang untuk menyampaikan idea masing-masing kepada orang lain. Seseorang dapat mempertajam daya fikir menerusi kemahiran menganalisis. Seseorang akan lebih memahami perkara yang kompleks bagi membantu menyelesaikan masalah hidup. Oleh itu, sudah tentulah seseorang itu memerlukan pembacaan yang luas dan pelbagai bagi mendapatkan lebih banyak fakta dan maklumat. [6 markah] 3 Dalam Bahan 1, terdapat tujuh kesalahan bahasa manakala Bahan 2 terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Bahan 1 Roti canai berupa hidangan sarapan paling popular yang di nikmati oleh masyarakat Malaysia. “Canai” sebenarnya berasal daripada perkataan “saanai” dalam bahasa Tamil yang bermaksud sejenis kueh bulat yang sudah dimasak. Kini, roti canai dipunyai pelbagai variasi seperti roti canai telur, roti canai sadin, roti canai banjir dan roti canai telur bawang di kedai pemakanan pada seluruh negara. Bahan 2 Keperluan kenderaan berteknologi hijau dalam sektor otomotif semakin diutamakan. Atas keperihatinan itu, bilangan kenderaan berteknologi hijau dalam pasaran global meningkat oleh sektor permotoran. Pelbagai usaha berlaku oleh Malaysia untuk dikuasai teknologi pembuatan kenderaan altenatif ini. [13 markah] 03_KKP SPM SBP BM (1)2nd.indd 30 4/10/23 3:10 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 41 1103/2 KERTAS MODEL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SET 2 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH 04_KKP SPM SBP BM (2)2nd.indd 41 4/10/23 3:11 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 42 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. Subjek pengucapan awam dapat memudahkan para pelajar untuk mencari pekerjaan suatu hari nanti. Kini, banyak pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan status mereka selaku graduan. Hal ini berlaku demikian kerana mereka gagal meyakinkan pengurus sesebuah syarikat untuk memilih mereka selaku pekerja. Di samping itu, subjek ini juga dapat mencungkil bakat dan potensi pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Dipetik dan diubah suai daripada “Wujudkan Subjek Pengucapan Awam dalam Sistem Pendidikan Negara”, oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 1/2020 [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut. Subjek : Predikat: Pembuat kek lapis Sarawak juga telah melakukan pelbagai inovasi dari segi rasa dan rupa agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan. Namun demikian, hanya mereka yang mempunyai kesabaran dan daya kreativiti yang tinggi mampu menghasilkan corak kek lapis yang unik serta menarik. Industri kek lapis Sarawak mampu berkembang dengan pesatnya. Badan kerajaan bersedia untuk membantu usahawan yang berminat. MARDI telah menghasilkan mesin yang berfungsi untuk menggantikan tenaga kerja manusia. Dipetik dan diubah suai daripada “Kek Lapis Sarawak”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019 [6 markah] 3 Dalam bahan 1, terdapat empat kesalahan bahasa manakala bahan 2 terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikanpetikan tersebut. Bahan 1 Ada orang menganggap bahawa diet ialah usaha mengurangkan berat badan. Anggapan ini tidak tepat kerana konsep diet yang sebenarnya ialah amalan pemakanan yang seimbang dari segi mengambil zat makanan. Kebanyakkan individu mengamalkan cara diet yang tidak betul untuk kurang berat badan, iaitu dengan cara menahan lapar dan mengurangkan pengambilan makanan. Individu yang mengamalkan cara pemakanan yang demikian akan mengalami masaalah akibat pengurangan berat badan yang terlalu. Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Nutrien”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020 04_KKP SPM SBP BM (2)2nd.indd 42 4/10/23 3:11 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 44 1103/2 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Jika tekanan darah tinggi tidak dirawat, penyakit ini dapat menyebabkan arteriosklerosis dan kegagalan jantung kongestif. Penyakit jantung menyumbang sebanyak 75 peratus daripada semua serangan jantung dan strok. Tanda dan gejala tekanan darah tinggi ialah sakit kepala dan pening kepala. Secara biasanya, sakit kepala atau pening kepala berlaku pada waktu pagi pada bahagian belakang kepala. Pesakit darah tinggi perlu mengawal tekanan darah tinggi dengan cara memeriksa tekanan darah secara berkala, iaitu dua kali setahun jika kadarnya normal dan pemeriksaan lebih kerap jika kadarnya tinggi atau ada ahli keluarga yang menghidap tekanan darah tinggi. Makan secara sihat dengan mengurangkan pengambilan garam dan lemak serta mengawal emosi. Dipetik dan diubah suai daripada “Waspada Tekanan Darah Tinggi” oleh Rehanah Mohd. Zain, Dewan Kosmik, Bil. 3 2016, Dewan Bahasa dan Pustaka Bahan 2 Demam Zika ialah demam baharu yang seakan-akan demam denggi yang melanda Amerika Selatan. Persamaan antara kedua-duanya adalah dari segi gejala yang ditunjukkan dan vektor pembawa serta penyebarnya iaitu spesies nyamuk yang sama. Perbezaannya pula ialah demam Zika dapat menjejaskan kelahiran bayi bagi wanita mengandung yang dijangkiti. Biasanya, demam ini menyebabkan gejala ringan sehinggakan banyak orang yang dijangkitinya tidak perasan. Antara gejala penyakit ini termasuklah demam, ruam, konjunktivitis, sakit belakang dan sakit kepala. Kadang-kadang demam ini dapat menyebabkan keadaan neurologi walaupun jarang-jarang berlaku. Dipetik dan diubah suai daripada “Demam Zika Berlaku Semula” oleh Azri Adzhar, Dewan Kosmik Bil. 3/ 2016, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud rangkai kata mengawal emosi? [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 2, pengarang ada menyatakan persamaan dan perbezaan demam Zika dengan demam denggi. Jelaskan persamaan dan perbezaan tersebut. [3 markah] (iii) Kesihatan merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah penjagaan kesihatan yang baik? [3 markah] (iv) Adik anda yang masih bersekolah rendah enggan mengamalkan kebersihan diri hingga mengganggu orang di sekelilingnya. Walaupun sering kali dinasihati oleh orang lain, dia masih tidak mahu berubah. Sebagai anak yang lebih tua, anda dikehendaki mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengubah sikapnya. Nyatakan tindakan anda. [4 markah] 04_KKP SPM SBP BM (2)2nd.indd 44 4/10/23 3:11 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 46 1103/2 Bahan 2 Aku anak merdeka bangkit dari persada luka berdiri megah di pentas wira inginku tebus maruah bangsa. Aku anak merdeka terjaga dari ranjang kecewa berpaksi gagah di panggung perkasa ingin kubela nasib bangsa. Aku anak merdeka harapan nusa dan bangsa akan kutentang petualang negara yang tegar membuat angkara Aku anak merdeka di hati semangat waja di dada penuh satria ini Tuah akan membela untuk kubalut luka lama Serunai Faqir Wangsa Maju penyair.wordpress.com (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud kesan positif. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perubahan positif yang terdapat dalam bahan. [4 markah] (iii) Jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di tangan remaja pada masa ini kerana mereka pewaris kepimpinan negara. Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat menunjukkan perasaan cinta akan negara? Kemukakan cadangan anda. [3 markah] (iv) Adik anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai kem jati diri selama satu minggu di luar kawasan. Adik anda enggan menyertai kem tersebut dan memberikan alasan tidak mahu berjauhan dengan keluarga tetapi takut untuk menyuarakannya kepada ibu bapa anda. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat memujuknya untuk menyertai kem tersebut? [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ... Duduk dekat jendela, aku mengeluarkan buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Kubaca halaman yang kutandai: Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folik, dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayursayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang, dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran. Apabila pembangunan rancak dilaksanakan, banyak kawasan hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman turut pupus. Berikutan itu, ulam-ulaman sukar diperoleh di kampungkampung dan pasar-pasar termasuk pasar tani. Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia Sumpah Anak Merdeka 04_KKP SPM SBP BM (2)2nd.indd 46 4/10/23 3:11 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 47 1103/2 Nyatakan khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan keistimewaan novel itu sehingga dapat menarik minat pembaca. [6 markah] BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] Bahan 1 Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Kesihatan merupakan aset terpenting seseorang remaja. Seorang remaja yang sihat bukan sekadar bebas daripada penyakit tetapi sihat dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritualnya. Namun begitu, masalah kesihatan seperti obesiti dan diabetes dalam kalangan remaja hari ini bukan jenaka tetapi merupakan realiti kehidupan. Kaedah yang paling mudah bagi remaja untuk menjalani gaya hidup sihat adalah dengan mencari informasi tentang kesihatan dengan melayari laman sesawang, membaca buku dan bertanya kepada pakar kesihatan. Remaja juga boleh bertanya sendiri hal kesihatan dengan pakar dalam bidang ini. Tindakan bertanya amat digalakkan sebelum remaja mencuba sendiri menjalani kehidupan sihat. Kecenderungan remaja untuk memilih makanan segera mewujudkan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Lebih memburukkan keadaan, mereka terdedah dan tertarik dengan iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan pada setiap hari. Kunci seterusnya untuk hidup secara sihat adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat. Remaja memerlukan lebih kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan lemak dalam badan. Seterusnya, remaja perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri. Hal ini bukan sahaja penting bagi memastikan badan remaja tidak berbau dan disenangi oleh orang lain, malahan bagi memastikan remaja tidak terdedah kepada sebarang punca penyakit, seperti bakteria bahaya, kutu dan kulat. Aktiviti sihat tidak hanya berfokus kepada senaman untuk fizikal semata-mata. Otak juga perlu menjalani kehidupan yang sihat. Sehubungan dengan itu, remaja perlu menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti negatif seperti menagih dadah dan merokok yang boleh menjejaskan masa depan mereka. Selain itu, aktiviti lain yang perlu dilakukan oleh remaja untuk hidup lebih sihat ialah mereka perlu mempunyai masa rehat yang cukup. Dalam menjalani kehidupan yang sihat, keseimbangan dalam hidup sangat penting. Pendek kata, cara hidup sihat bukan sahaja dapat membantu remaja berfikir dengan lebih matang, tetapi dapat memberikan keyakinan diri dan daya kreativiti akan semakin bertambah. Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja Prihatin Remaja Sihat”, Dewan Siswa, Bil 9/2011 04_KKP SPM SBP BM (2)2nd.indd 47 4/10/23 3:11 PM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 48 1103/2 Penjagaan Kesihatan Diri KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Bahan 2 04_KKP SPM SBP BM (2)2nd.indd 48 4/10/23 3:11 PM


BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU 2 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2022 & 2021 (SEBENAR) 3 Set Kertas Model Peperiksaan SPM SBP Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Imbas kod QR untuk mendapatkan Skema Pemarkahan FORMAT SPM TERKINI Skema Pemarkahan Lengka Disediakan dalam p KOD QR Semenanjung Malaysia : RM8.90 Sabah & Sarawak : RM9.80 9 789670 045870 ISBN 978-967-0045-87-0 PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN PENERAJU KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Digubal oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP dengan izin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Biologi (Dwibahasa) Bahasa Inggeris Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Sejarah Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Islam Prinsip Perakaunan Matematik (Dwibahasa) Ekonomi Matematik Tambahan (Dwibahasa) Ujian Amali Fizik (Dwibahasa) Fizik (Dwibahasa) Ujian Amali Kimia (Dwibahasa) Kimia (Dwibahasa) Ujian Amali Biologi (Dwibahasa) KERTAS PERCUBAAN SPM SPM SEKOLAH BERASRAMA PENUH KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SBP K S S M SPM SEKOLAH BERASRAMA PENUH KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SBP K S S M Kelebihan Siri Ini: Soalan digubal oleh panel guru pakar dan guru cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh Soalan digubal berdasarkan format peperiksaan SPM terkini Digunakan di sekolah-sekolah yang menghasilkan keputusan yang cemerlang Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Skema pemarkahan lengkap disediakan untuk penskoran A+ TERBAHARU 2022 TERBAHARU 2022 KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SPM SBP BAHASA MELAYU


Click to View FlipBook Version