The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-12-08 04:04:38

MYSOLUSI 2.0 BM TINGKATAN 4

MYSOLUSI 2.0 BM TINGKATAN 4

KSSM BAHASA MELAYU Kumpulan Guru Berprestasi Tinggi BERTERASKAN DSKP PRAKTIS MUDAH LULUS (MuLus) NOTA KOMSAS AKTIVITI PAK-21 Berdasarkan Format SPM Terkini Memudahkan PdPc 2 MySOLUSI MySOLUSI 2.0 S E LANGKAH DI HADAPA N KHAIRUDDIN AYIP TINGKATAN 4 KHAIRUDDIN AYIP HASLINDAR NOR ISMAIL SAHARUDDIN ABDULLAH MOHAMAD JALIL YUNUS SET KERTAS MODEL SPM HAK CIPTA NUSAMAS


Kertas 1 Bahagian A Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ..................................................... 1 Kertas 1 Bahagian B Karangan Umum............................................................................................ 17 Kertas 2 Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa ........................................................................... 55 Kertas 2 Bahagian B Pemahaman [Petikan Umum] ...................................................................... 107 Kertas 2 Bahagian B Pemahaman [Petikan Sastera]...................................................................... 120 Kertas 2 Bahagian B Pemahaman [Novel]..................................................................................... 136 Kertas 2 Bahagian C Rumusan ...................................................................................................... 158 Kertas Model SPM 1 .......................................................................................................................... 176 Kertas Model SPM 2 .......................................................................................................................... 186 Kata-kata Hikmat dan Peribahasa Sejagat .................................................................................... 196 KANDUNGAN Jawapan HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1 KERTAS 1 BAHAGIAN A KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN DSKP TINGKATAN 4 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila. 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila. 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun. 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. KEMAHIRAN MEMBACA 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat. 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul. 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan. 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis. 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. ASPEK SENI BAHASA 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks. 4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan bertatasusila. ASPEK TATABAHASA 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks. Pengenalan 1 Karangan berdasarkan bahan rangsangan atau karangan berpandu bermaksud bahan untuk menulis karangan telah disediakan dan calon diminta mengembangkan idea asas (berdasarkan bahan) untuk menjadi sebuah karangan yang lengkap. 2 Bahan berpandu berdasarkan gambar (satu atau beberapa gambar), graf, data, kartun, dialog, petikan rencana, atau berita daripada surat khabar. 3 Soalan ini akan diajukan dalam Kertas 1, Soalan Bahagian A. Hanya satu soalan diberikan dan calon wajib menjawabnya. 4 Soalan ini diperkenalkan untuk membantu calon memperoleh markah yang tinggi dalam bahagian karangan. 5 Sebanyak 30 markah akan diberikan. 6 Kepanjangan karangan sekitar 150 patah perkataan hingga 200 patah perkataan. Cara Menjawab 1 Calon digalakkan menjawab soalan ini dahulu sebelum menulis karangan di Bahagian B. 2 Sebelum menjawab, perhatikan dengan teliti kata kunci yang diberikan. Maklumat yang terdapat dalam bahan perlu disertakan. HAK CIPTA NUSAMAS


2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) MODEL GRED A Tema 1: Merealisasikan Impian Grafik dan dialog di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan sukan lasak. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang faedah sukan lasak dalam kalangan remaja. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 3 Calon dicadangkan menulis lima perenggan dan setiap perenggan sebanyak 40 patah perkataan. 4 Idea sendiri berupa cadangan boleh dimasukkan dalam bahagian penutup. 5 Karangan ini seperti karangan biasa yang memerlukan pendahuluan, isi, dan penutup. 6 Letakkan sekurang-kurangnya satu slogan, peribahasa, ataupun kata-kata hikmat. Skor Cemerlang [26 hingga 30 markah] 1 Tema/ Tugasan: Karangan menepati tema bahan rangsangan. 2 Idea: Idea relevan dengan bahan rangsangan. Huraian jelas dan matang. 3 Bahasa: • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. • Penggunaan ungkapan menarik yang sesuai dan tepat (peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, hadis, maksud ayat al-Quran). • Ejaan betul mengikut Ejaan Rumi Baharu. • Penggunaan tanda baca betul dan tepat. • Pengolahan menarik dan berkesan. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. • Wacana lengkap. • Pemerengganan sesuai. REMAJA DAN SUKAN LASAK Gemarnya awak bermain papan selaju. Bukankah ia sukan yang agak lasak? Memang benar sukan ini lasak tetapi saya mahu meningkatkan ketahanan mental melalui aktiviti seperti ini. Lebih berani menghadapi cabaran Memupuk semangat berpasukan Memahami dan membina keyakinan [Pendahuluan] Kebanyakan remaja gemar mencuba melakukan sesuatu perkara yang baharu dan mencabar. Sukan lasak seperti berbasikal bukit, mendaki gunung, go-kart dan berakit meredah jeram menjadi pilihan remaja. Aktiviti ini dijalankan bersama-sama rakan sebaya yang mempunyai minat yang sama tanpa mengira latar belakang. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 3 [Idea 1] Sukan lasak dapat menjadikan seseorang remaja itu lebih berani menghadapi cabaran. Sebagai contohnya, aktiviti memanjat dinding atau luncur keluang dapat meningkatkan keberanian sekali gus dapat mengatasi rasa gayat. Keberanian ini dapat diaplikasikan oleh mereka dalam dunia sebenar. [Idea 2] Pada waktu yang sama sukan lasak boleh meningkatkan kecerdasan dan kekuatan mental remaja. Sesungguhnya, minda yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat. Remaja akan lebih berkeyakinan untuk membentuk personaliti yang positif dan seterusnya melahirkan modal insan berkelas tinggi untuk negara. [Idea 3] Aktiviti sukan lasak juga dapat memupuk semangat berpasukan apabila remaja menyertai aktiviti sukan lasak secara berkumpulan. Dalam aktiviti berkayak meredah jeram misalnya, mereka perlu berganding bahu, belajar untuk memahami dan membina kepercayaan antara satu sama lain untuk menjayakan aktiviti yang dilakukan. [Penutup] Sesungguhnya, remaja merupakan generasi pemangkin negara untuk masa depan. Oleh itu, mereka perlu mempunyai sikap sofistikated, komited dan efisien. Maka, sukan lasak merupakan satu daripada kaedah yang terbaik untuk menghasilkan remaja yang berani terutama apabila mereka berdepan dengan situasi yang menakutkan dan mendebarkan. [203 patah perkataan] Praktis 1 MuLus Tema 2: Insan Terdidik, Negara Sejahtera Pantun dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan pembelajaran sepanjang hayat. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kebaikan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Usia Bukan Penghalang Cabarlah Diri Mencari Kepuasan Menerusi Pendidikan Pantun Pembelajaran Sepanjang Hayat Pokok kelapa menjulang tinggi, Hendak dipanjat sungguhlah gayat; Masyarakat profesional berkemahiran tinggi, Kesan pembelajaran sepanjang hayat. Budak bermain kejar-mengejar, Seorang terjatuh kakinya luka; Sudah berumur masih belajar, Jadi pendorong kepada yang muda. MuLus: Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan. mana-mana membina pembangunan tanggungjawab pelajaran menyambung diterjemahkan meningkat halangan mengubah [Pendahuluan] Pembelajaran sepanjang hayat ialah konsep pendidikan yang penting dalam (1) pembangunan diri manusia. Pembelajaran sepanjang hayat membawa pengertian belajar sepanjang hidup tanpa mengira usia. Menerusi kemajuan teknologi komunikasi dan Internet, seseorang itu boleh meneruskan pembelajaran di (2) mana-mana sahaja. [Idea 1] Pembelajaran sepanjang hayat juga merupakan proses untuk (3) membina masyarakat yang profesional dan berkemahiran tinggi. Sesetengah majikan memberikan peluang kepada pekerja yang berpendidikan rendah untuk (4) menyambung pelajaran bagi meningkatkan potensi diri. Mereka boleh belajar secara separuh masa di institusi pendidikan atau kemahiran yang terpilih. [Idea 2] Orang yang sudah berusia tetapi memilih untuk meneruskan (5) pelajaran akan menjadi teladan kepada anak-anak muda. Tindakan mereka boleh mendorong anak-anak muda mengikut langkah mereka kerana HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 17 KARANGAN UMUM DSKP TINGKATAN 4 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila. 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila. 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun. 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. KEMAHIRAN MEMBACA 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat. 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul. 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan. 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis. 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. ASPEK SENI BAHASA 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks. ASPEK TATABAHASA 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks. 5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks. 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks. 5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut konteks. 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks. 5.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan betul mengikut konteks. 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang, dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan yang betul mengikut konteks. KERTAS 1 BAHAGIAN B HAK CIPTA NUSAMAS


18 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Keperluan SPM 1 Kertas SPM 1103/1 Bahasa Melayu Bahagian (B) mengandungi empat soalan dan calon diminta memilih salah satu daripada tajuk tersebut. 2 Calon diminta menulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Calon tidak boleh melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan (pemeriksa akan menyemak sehingga 500 patah perkataan dan ayat terakhir yang membawa makna). Bentuk dan Jenis Karangan 1 Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan, iaitu: (a) Karangan berformat khusus (b) Karangan tidak berformat 2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, laporan, ucapan/ syarahan/ ceramah/ perbahasan, wawancara, ulasan, dan rencana. Persediaan Awal Sebelum Mengarang 1 Sebagai persediaan awal, calon perlu mengemaskinikan pengetahuan tentang isu-isu semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, televisyen, mahupun Internet. 2 Sejak tingkatan empat lagi, calon sewajarnya sudah menyediakan fail berdasarkan sesuatu topik dan setiap kali memperoleh maklumat yang berkaitan, calon perlu memasukkan ke dalam fail tersebut. 3 Topik yang perlu diketahui ialah pendidikan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, akhlak dan disiplin remaja, alam sekitar, kesihatan, kebudayaan dan pelancongan, perindustrian, isu semasa, dan halhal berkaitan dengan antarabangsa. 4 Calon juga perlu menguasai asas-asas penulisan supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang kukuh, sekali gus memperlihatkan kematangan calon berfikir. Strategi Mengarang 1 Memilih soalan yang tepat (a) Soalan yang hendak dipilih bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan calon agar karangan yang ditulis tepat, padat, dan bernas. (b) Calon perlu memahami kehendak soalan berdasarkan petikan yang diberikan dan arahan soalan. Kemudian, cari kata kunci dalam soalan. (c) Contohnya: bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan. (c) Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digarisi agar kehendak soalan difahami. 2 Menyediakan rangka karangan (a) Bahan yang diperoleh jangan terus ditulis. Catatkan pada kertas, kemudian susun; idea yang penting didahulukan, kemudian cari contoh yang berkaitan bagi memantapkan idea tersebut. (b) Aspek bahasa perlu diberikan perhatian, termasuklah aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan, dan pemilihan kata yang tepat. 3 Perenggan pendahuluan (a) Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan rangka pendahuluan yang disediakan. (b) Perenggan ini amat penting untuk menarik perhatian pemeriksa agar terus membacanya. (c) Pelbagai bentuk pendahuluan boleh ditulis untuk menarik perhatian pemeriksa. (d) Dicadangkan menulis enam perenggan (pendahuluan, empat idea dan penutup). Had minimum idea ialah tiga idea. Calon boleh menulis lebih daripada empat idea, tetapi penghuraian idea akan kurang padat. 4 Perenggan idea (a) Setiap idea perlu ditulis dalam satu perenggan. Untuk memantapkan idea, perlu ada huraian dan contoh yang bersesuaian. Masukkan peribahasa, kata-kata hikmat, hadis dan puisi. (b) Setiap idea perlu ada wacana yang bersesuaian agar keterangan setiap idea tidak terputus dan dapat memperlihatkan kesatuan idea yang mantap. 5 Menyemak karangan (a) Sebelum menyerahkan karangan kepada pemeriksa, calon perlulah menyemak karangan tersebut terlebih dahulu. (b) Pastikan tiada idea-idea penting tertinggal dan penggunaan penanda wacana yang bersesuaian. (c) Semak aspek bahasa yang meliputi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dan penggunaan kata yang tepat. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 19 FORMAT KARANGAN [MAKSIMUM DITOLAK 2 MARKAH] Bil Jenis Karangan Format 1 Wawancara (a) Tanpa keterangan awal ditolak 2 markah (b) Tanpa keterangan akhir ditolak 2 markah 2 Ucapan Syarahan Ceramah Perbahasan (Pertandingan) (a) Tanpa kata-kata penghadap majlis ditolak 2 markah (b) Tanpa lafaz hadirin di tengah-tengah ayat ditolak 1 markah (c) Tanpa kata-kata penutup ditolak 1 markah 3 Rencana Ulasan (Buku) Laporan (a) Tanpa tajuk ditolak 2 markah (b) Tanpa nama penulis ditolak 2 markah 4 Surat Kiriman Rasmi (a) Tanpa alamat di sebelah kiri ditolak 1 markah (b) Tanpa tarikh ditolak 1 markah (c) Tanpa penghadap surat ditolak 1 markah (d) Tanpa perkara ditolak 1 markah (e) Tanpa penutup ditolak 1 markah (f) Tanpa tandatangan ditolak 1markah 5 Surat Kiriman Tidak Rasmi (a) Tanpa alamat di sebelah kanan ditolak 1 markah (b) Tanpa penghadap surat ditolak 1 markah (c) Tanpa perenggan ditolak 1 markah (d) Tanpa penutup ditolak 1 markah (e) Tanpa tandatangan ditolak 1 markah FORMAT [Pada dasarnya kesalahan format akan ditolak 4 markah. Namun, kadang-kadang Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan kesalahan format ditolak 2 markah sahaja.] PENILAIAN BAHASA KRITERIA DESKRIPSI BAHASA (Mekanis) Kegramatisan – kata (morfologi), ayat (sintaksis), tanda baca, dan ejaan LARAS (Dinamis) Pemilihan kosa kata IDEA Tema, idea utama, pengembangan (huraian/ bahasa/ hujahan/ contoh), dan kerelevanan PENGOLAHAN Wacana, logik, pemerengganan, dan format GAYA BAHASA Keindahan bahasa, ungkapan, dan peribahasa CEMERLANG [membawa 64 hingga 70 markah] (68 – 70) dan (64 – 67) Tugasan • Karangan menjawab tugasan. Idea • Idea relevan mengikut tugasan. • Huraian jelas dan matang. • Contoh yang sesuai. Bahasa • Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis. • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Ejaan dan tanda baca yang betul. • Penggunaan unsur bahasa bervariasi. • Gaya bahasa amat menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Pengolahan • Pengolahan sangat menarik dan berkesan. • Pemerengganan yang sesuai dan seimbang. • Wacana lengkap dan terdapat keseimbangan idea yang jelas antara perenggan. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 55 DSKP TINGKATAN 4 Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang. Standard Pembelajaran 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks. 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul mengikut konteks. BENTUK KATA Bentuk kata ialah binaan sesuatu perkataan yang terdiri daripada satu morfem atau beberapa morfem. Kata Tunggal 1 Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses pemajmukan atau penggandaan. (a) Satu suku kata: yu, am, wang, draf, skru, straw (b) Dua suku kata: aku, ais, usang, angka, ombak (c) Tiga suku kata: cuaca, ziarah, urea, mulia, tempua (d) Empat suku kata dan lebih: anugerah, universiti Kata Majmuk 1 Kata majmuk merupakan proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang khusus. 2 Kata majmuk dieja terpisah tetapi bertindak sebagai satu unit, iaitu kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. 3 Terdapat beberapa kategori kata majmuk, iaitu: (a) Kata majmuk rangkai kata bebas. Contohnya: jam tangan, nasi minyak, bom tangan, meja tulis, kipas angin, gambar rajah, luar biasa, tengah hari, kapal terbang, bandar raya, alat tulis, terima kasih, jalan raya, merah muda Kategori ini termasuk juga gelaran seperti: Perdana Menteri, Ketua Menteri, Raja Muda, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Penolong Pendaftar, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara (b) Kata majmuk istilah khusus. Contohnya: garis pusat, kertas kerja, cari gali, segi tiga, pita suara, reka bentuk, atur cara, model linear, mata pelajaran, kanta lekap, kemas kini (c) Kata majmuk kiasan (peribahasa). Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, duit kopi, kaki bangku, makan angin, buah tangan, manis mulut, anak emas, buah hati, berat tangan 4 Namun begitu, terdapat 15 kata majmuk yang sudah mantap penggunaannya dan dieja sebagai satu perkataan. KATA MAJMUK MANTAP [DITULIS RAPAT] Dijadikan Petikan Memudahkan Menghafal (1) SETIAUSAHA bahagian (2) SURUHANJAYA atas arahan (3) PESURUHJAYA, membuat catatan, kemudian (4) TANDATANGAN borang lalu (5) BERITAHU semua (6) KAKITANGAN akan perlunya (7) KERJASAMA menjalankan (8) TANGGUNGJAWAB sebagai seorang (9) WARGANEGARA dalam kalangan (10) BUMIPUTERA. Seterusnya, (11) JAWATANKUASA memutuskan peserta (12) OLAHRAGA berlatih secara (13) SUKARELA di bawah cahaya (14) MATAHARI untuk pemilihan peringkat (15) ANTARABANGSA. Penggandaan Kata Majmuk Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sesuatu kata sahaja. Contohnya: alat-alat tulis, gambargambar rajah, balai-balai raya, kapal-kapal terbang, Menteri-menteri Besar, suku-suku kata, garis-garis pusat Kata Tunggal Kata Majmuk Kata Terbitan Kata Ganda Bentuk Kata KERTAS 2 BAHAGIAN A SISTEM DAN APLIKASI BAHASA HAK CIPTA NUSAMAS


56 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Praktis MuLus Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau nama khas. 1 kota metropolitan Kuala Lumpur merupakan sebuah kota metropolitan yang serba maju dan mempunyai prasarana yang canggih setanding dengan negara maju yang lain. 2 hutan belantara Kawasan hutan belantara di Amazon dihuni oleh pelbagai spesies flora dan fauna yang masih terpelihara. 3 laut lepas Kehidupan para nelayan sangat rapat dengan laut lepas kerana di situlah mereka meraih rezeki untuk meneruskan kehidupan. 4 belas kasihan Perasaan belas kasihan muncul dalam hatinya apabila dia melihat kanak-kanak yang menghidap tumor otak itu. 5 tanah hitam Harga tanah hitam semakin naik kerana ramai yang mula bercucuk tanam bagi menghadapi kegawatan ekonomi hari ini. 6 arena sukan Pihak swasta diseru agar memberikan sumbangan terutama dalam bentuk kewangan untuk memajukan arena sukan negara. Penggandaan Kata Majmuk Mantap Melibatkan penggandaan keseluruhan perkataan. Contohnya: pesuruhjaya-pesuruhjaya, warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, jawatankuasa-jawatankuasa, setiausaha-setiausaha Pengimbuhan Kata Majmuk 1 Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya: campur aduk (bercampur aduk), ambil alih (mengambil alih), daya serap (daya serapan), ulang kaji (mengulang kaji) 2 Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya dieja secara bercantum. Contohnya: campur aduk (mencampuradukkan), ambil alih (pengambilalihan), daya serap (kedayaserapan), ulang kaji (pengulangkajian) Pengecualian Selain kata majmuk, terdapat sebilangan perkataan yang bukan kata majmuk tetapi secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya: Kata nama: peribadi, peribahasa, perikemanusiaan, dinihari, hulubalang Kata adjektif: sukacita, dukacita Kata sendi nama: kepada, daripada Kata hubung: apabila, barangkali, manakala, darihal, apakala, padahal, walhal, kadangkala Kata tanya: bagaimana HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 57 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Aktiviti riadah seperti sukan dan senaman dapat menyihatkan tubuh badan serta melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Selain menguatkan otot, aktiviti ini dapat membakar lemak yang berlebihan di dalam badan. Oleh itu, kita akan memperoleh berat badan yang ideal. Sukan dan senaman juga membantu proses perpeluhan dan pembuangan toksin. Masyarakat perlu menggunakan masa lapang untuk melakukan aktiviti riadah agar terhindar daripada pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, darah tinggi dan diabetes. (i) Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat di samping melakukan senaman untuk memiliki tubuh badan yang sihat. (ii) Shahir dan kawan-kawannya gemar bermain futsal pada masa lapang terutamanya pada hujung minggu. (iii) Daud sudah menghidap penyakit darah tinggi walaupun umurnya baru 30 tahun kerana dia gemar makan makanan segera. 2 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Setelah melalui jalan raya yang sesak, akhirnya dia tiba di tempat yang dituju. Dia meletakkan keretanya di tempat parkir, lalu menuju ke lorong yang menempatkan pasar malam. Dia bergegas mencari rakan lamanya yang mengusahakan gerai buah-buahan. Dia dapat menemui Halim, pemuda yang dicari-cari selama ini. Halim mengajaknya ke kedai kopi yang tidak jauh dari situ, setelah berpesan kepada rakan niaganya. Sambil melangkah ke tempat yang dituju, dia menjelaskan tujuannya datang bertemu dengan rakannya itu. (i) Penduduk kampung berasa gembira apabila jalan raya yang luas telah dibina berhampiran dengan kampung mereka. (ii) Penduduk Kampung Sentosa lebih selesa membeli makanan di pasar malam kerana terdapat pelbagai juadah yang dijual dengan harga yang berpatutan. (iii) Rahim berasa selesa bersembang dengan rakan-rakan di kedai kopi itu kerana persekitarannya yang bersih. Praktis @SPM KATA TERBITAN 1 Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan. 2 Kata terbitan terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar sama ada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan atau imbuhan sisipan. Kata Nama Terbitan 1 Terdapat empat jenis imbuhan yang membentuk kata nama terbitan iaitu, awalan, akhiran, apitan dan sisipan. (a) Awalan kata nama iaitu, peN-, pe-, peR-, ke- dan juru-. Bentuk Varian Contoh peNpe- penyanyi, pemandu, pelayan, perampas pem- pembuka, pemfatwa, pemproses, pemvaksin pen- pencuri, pendakwa, penziarah, pentadbir peng- / pengepenggubal, penghantar, pengukir, pengolah pengecat, pengelap, pengemop, pengesah pel- pelajar HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 107 DSKP TINGKATAN 4 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila. 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila. 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun. 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. KEMAHIRAN MEMBACA 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat. 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul. 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan. 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. KERTAS 2 BAHAGIAN B PEMAHAMAN [Petikan Umum] FORMAT PEPERIKSAAN 1 Calon akan diberikan dua petikan yang mempunyai tema yang hampir sama. 2 Petikan akan diambil daripada majalah, akhbar dan Internet. 3 Calon akan diajukan empat soalan. Kemungkinan soalan ialah: (a) Maksud frasa (b) Persamaan dan perbezaan daripada dua petikan (c) Soalan KBAT (pemikiran kritis) berdasarkan petikan (d) Soalan KBAT, (penyelesaian masalah) berdasarkan petikan PANDUAN MENJAWAB 1 Calon akan diajukan empat soalan yang membawa sama ada 12 markah dengan pecahan [2:3:3:4] atau 13 markah dengan pecahan [2:3:4:4]. 2 Calon diminta membaca petikan dan membuat perbandingan sebelum menjawab soalan yang diajukan. 3 Calon perlu melihat markah untuk menentukan jumlah isi yang patut disertakan. 4 Sekiranya 3 markah, perlu kemukakan dua isi. Sekiranya 4 markah, perlu kemukakan empat isi atau 2 isi (dengan huraian). Huraian yang baik perlu menyatakan SUKA (supaya / untuk / kerana / agar). 5 Pemarkahan bahasa akan dinilai secara impression. 6 Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, calon hanya mendapat separuh daripada markah yang diperuntukkan. HAK CIPTA NUSAMAS


108 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Praktis 1 MuLus Alam Sekitar Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Perancangan dan pembangunan negara perlu meletakkan peranan serta fungsi alam sekitar sebagai indikator utama, lebih-lebih lagi ketika kita menghadapi fenomena perubahan iklim seperti hujan lebat tanpa henti yang mengakibatkan banjir besar dengan musim tengkujuh melampau hingga menjejaskan semua aspek kehidupan rakyat dan negara. Oleh itu, kesedaran dan kesungguhan pihak berkuasa tempatan (PBT) sangat diperlukan untuk menangani isu sebegini yang pastinya akan berterusan hingga masa hadapan, sekali gus memberikan noktah penting kepada keseluruhan perancangan dan pembangunan lestari yang akan dilaksanakan. Malaysia juga memerlukan pelan tindakan khas yang boleh dijadikan undang-undang mandatori supaya pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar menjadi keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan. Dipetik dan diubah suai daripada “Pelan Khas Pembangunan Jamin Kelestarian Alam Sekitar Berkekalan”, oleh Dr Mohd Ramzi Mohd Hussain, www.bharian.com.my, 14 Januari 2023 Bahan 2 Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memulihara alam sekitar demi menyejahterakan rakyat. Hal ini demikian kerana alam sekitar sering menjadi mangsa kepada pembangunan industri, perumahan, infrastruktur dan lain-lain. Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaik alam sekeliling, selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Seterusnya, kerajaan menubuhkan Dasar Alam Sekitar Negara untuk mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar dalam setiap aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia dalam jangka masa panjang, dan melindungi serta memperbaik alam sekitar. Dipetik dan diubah suai daripada “Jabatan Alam Sekitar”, Wikipedia (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata indikator utama. Rangkai kata indikator utama bermaksud pentunjuk penting. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan berkaitan dengan isu alam sekitar. Usaha-usaha yang diperlu dilakukan ialah pihak berkuasa tempatan perlu mempunyai kesedaran dan kesungguhan untuk menangani isu ini . Seterusnya, pelan tindakan khas yang boleh dijadikan undang-undang mandatori perlu diwujudkan. Selanjutnya, Jabatan Alam Sekitar mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaik alam sekeliling. Akhir sekali, penubuhan Dasar Alam Sekitar Negara untuk mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar. [2 isi mencukupi untuk markah maksimum merangkumi kedua-dua bahan]. [3 markah] HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 109 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Tema “Kesihatan untuk Semua” dipilih oleh kerajaan bagi menzahirkan komitmen tiada diskriminasi kesihatan kepada seluruh rakyat negara ini sempena ulang tahun ke-75 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kerajaan akan memastikan setiap individu mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan tanpa mengambil kira latar belakang. Pada hari ini, Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa meraikan Hari Kesihatan Sedunia. Tema yang dipilih pada tahun ini selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia Madani. Kerajaan mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan yang bermaruah. Kerajaan menekankan soal maruah kerana semua rakyat berhak menikmati kesihatan yang baik. Kesihatan bukan sahaja dinikmati oleh orang yang berwang. Oleh sebab itulah kemajuan ekonomi perlu dimantapkan agar wang negara boleh disalurkan dalam sektor kesihatan. Dipetik dan diubah suai daripada “‘Kesihatan untuk Semua’ Tema Hari Kesihatan Sedunia”, oleh Zareen Humairah Sejahan, www.utusan.com.my, 7 April 2023 (iii) Alam sekitar sering menjadi mangsa kepada pembangunan industri, perumahan, insfrastruktur dan lain-lain. Pada pendapat anda, mengapakah alam sekitar terus rosak walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan? Alam sekitar terus rosak walaupun pelbagai usaha telah dilakukan kerana hukuman yang dikenakan tidak menakutkan pesalah alam sekitar . Seterusnya, penguat kuasa yang tiada integriti menerima rasuah untuk meluluskan sesuatu projek walaupun menjejaskan alam sekitar . Selain itu, pelaksanaan projek-projek pembangunan yang mengorbankan alam sekitar . Akhir sekali, tiadanya kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar yang bersih dan terpelihara terhadap kehidupan [3 isi dengan ayat yang gramatis memperoleh markah maksimum] . [4 markah] (iv) Lokman seorang graduan yang bercita-cita memajukan tanah pusakanya yang terletak di kaki bukit. Sewaktu dia meninjau tanah pusakanya itu, dia mendapati banyak lori yang keluar masuk di kawasan itu. Dia melihat kawasan hutan di atas bukit telah ditarah. Jika anda ialah Lokman, apakah yang akan anda lakukan? Tindakan pertama yang saya lakukan adalah dengan merakamkan pergerakan lori tersebut dan kawasan hutan yang musnah untuk memudahkan saya membuat laporan. Seterusnya, saya akan ke Jabatan Alam Sekitar untuk membuat aduan rasmi dengan video yang lengkap. Jika tindakan tersebut lambat mendapat respons, saya akan tularkannya di media sosial untuk mengejutkan pihak yang berkuasa. Saya juga akan memaklumkan ketua kampung tentang masalah tersebut dan langkah awal yang boleh dilakukan sebelum pihak berkuasa datang. [3 isi dengan ayat yang gramatis memperoleh markah maksimum]. [4 markah] KBAT KBAT Praktis 2 @SPM Kesihatan HAK CIPTA NUSAMAS


120 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) KERTAS 2 BAHAGIAN B PEMAHAMAN [Petikan Sastera] Format Peperiksaan 1 Calon akan diberikan dua atau tiga petikan yang mempunyai tema yang hampir sama. 2 Petikan akan diambil daripada antologi, majalah, akhbar dan Internet. 3 Calon akan diajukan empat soalan. Kemungkinan soalan ialah: (a) Maksud frasa (b) Soalan berdasarkan semua petikan (c) Soalan KBAT (pemikiran kritis) berdasarkan petikan (d) Soalan KBAT (penyelesaian masalah) berdasarkan petikan Panduan Menjawab 1 Calon akan diajukan empat soalan yang membawa sama ada 12 markah dengan pecahan [2:3:3:4] atau 13 markah dengan pecahan [2:4:3:4]/ [2:3:4:4]. 2 Calon diminta membaca petikan dan membuat perbandingan sebelum menjawab soalan yang diajukan. 3 Calon perlu melihat markah untuk menentukan jumlah isi yang patut disertakan. 4 Sekiranya 3 markah, perlu kemukakan dua isi. Sekiranya 4 markah, perlu kemukakan empat isi atau 2 isi (dengan huraian). Huraian yang baik perlu menyatakan SUKA (supaya/ untuk/ kerana/ agar). 5 Pemarkahan bahasa akan dinilai secara impression. 6 Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, calon hanya mendapat separuh daripada markah yang diperuntukkan. DSKP TINGKATAN 4 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. KEMAHIRAN MEMBACA 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan. ASPEK SENI BAHASA 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan menarik. 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik. 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai menggunakan pelbagai media secara kreatif. 4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik. ASPEK TATABAHASA 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai NOTA KOMSAS HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 121 Syair Bidasari, diselenggara oleh Jamilah Haji Ahmad Rangkap Maksud 1 Penyair ingin menyampaikan sebuah cerita tentang seorang raja di Negeri Kembayat untuk dijadikan teladan. 2 Raja tersebut seorang sultan yang perkasa dan bijak bestari dalam pentadbirannya sehingga menarik perhatian pedagang asing. 3 Penulis berasa hairan kerana raja perkasa itu tidak pernah merasai kesusahan sepanjang pentadbirannya. 4 Raja yang bijak bestari itu sudah beristeri dan isterinya sedang mengandung. 5 Setelah menduduki takhta kerajaan sekian lama, baginda ditimpa kesukaran sehingga memaksa baginda turun daripada takhta kerajaan. 6 Pada suatu hari, seekor burung geroda yang gagah perkasa terbang dari langit lalu merosakkan Negeri Kembayat. 7 Kemunculan geroda diiringi bunyinya yang kuat sehingga menggemparkan setiap lapisan masyarakat di negeri itu lalu memaksa penduduk negeri itu yang dalam keadaan risau melarikan diri. 8 Raja yang dihadap oleh rakyat jelata mendengar peristiwa tergempar itu seperti berlakunya perang di dalam negeri. Dengan tegas, baginda bertanya tentang keadaan gempar itu sudah reda atau belum. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga), diselenggara oleh Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh Rangkap Maksud 1 Penyair menasihati kita agar mengawal penglihatan daripada melihat sesuatu yang boleh menggoda nafsu. 2 Penyair menasihati kita supaya menjaga pendengaran daripada mendengar berita palsu atau khabar angin yang tidak berasas. 3 Penyair mengingatkan kita agar menjaga pertuturan daripada bercakap tentang perkara yang negatif. 4 Penyair mengingatkan kita supaya menjaga perlakuan dengan membezakan perbuatan yang betul dan salah. Kajian Teks Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 5 Penyair menyeru kita agar tidak makan terlalu kenyang supaya dapat mengelakkan diri daripada berkelakuan tidak senonoh. 6 Penyair menyeru agar kita sentiasa bersemangat tinggi dalam menghadapi cabaran tanpa mudah berputus asa. 7 Penyair menasihati kita supaya berhatihati dalam setiap perjalanan dan langkah kehidupan agar tidak mendatangkan kerugian pada diri sendiri. Sajak Sang Gembala Kuda, karya Mohd Hashim Othman Rangkap Maksud 1 Gembala kuda seorang lelaki yang gagah perkasa dan berani menghadapi cabaran dalam tugasannya menghalau kuda-kuda masuk ke kandang dengan menggunakan cemeti. 2 Gembala kuda amat sayang akan kudakudanya dengan memberikan makanan berbentuk jerami dan rumput kepada kudanya yang sedang kelaparan. 3 Gembala mempunyai suara yang kuat dan berani menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha melindungi kuda-kudanya daripada menjadi mangsa perburuan. 4 Gembala kuda itu menunggang kuda dengan pantas tanpa mempedulikan kesukaran yang dihadapinya kerana dia sedar akan tanggungjawabnya. Sajak Aku Membaca Lagi, karya Razali Mohd. Yussof Rangkap Maksud 1 Penyajak memandang langit lalu membayangkan kebesaran Tuhan yang mencipta keindahan awan biru sambil menikmati hembusan angin dan melihat keindahan gunung. 2 Penyajak memerhatikan alam semula jadi seperti mendengar kicauan burung dan desiran ombak serta melihat keindahan pelangi yang mewarnai kehidupan manusia. 3 Penyajak mendongak ke langit sekali lagi untuk memerhatikan pokok-pokok yang rantingnya rapuh dan dedaunnya gugur sehelai demi sehelai di tanah airnya yang makmur. HAK CIPTA NUSAMAS


122 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 4 Penyajak melihat langit dengan perasaan sayu apabila dia mendapati bulan dan bintang pun berasa sedih mengenangkan nasib bangsanya. 5 Penyajak terus mendongak ke langit lalu menitiskan air mata kerana dia berasa amat sedih akan nasib yang menimpa bahasa kebangsaannya yang semakin parah. www.sibermerdeka.com.my, karya Abdul Ghaffar Ibrahim Rangkap Maksud 1 Penyajak mempunyai banyak perancangan bagi membebaskan segala masalah atau kesusahan yang terpaksa ditempuhinya. 2 Penyajak berusaha mencari jalan penyelesaian dengan kebijaksanaannya berkata-kata agar kehidupannya tidak mudah dipergunakan. 3 Dalam kehidupan, penyajak sering berdepan dengan dugaan dan rintangan yang menguji kesabaran dan keimanannya. 4 Walaupun berasa dirinya hebat dalam mendepani cabaran, namun penyajak sering terperdaya dengan godaan nafsu. Dia akhirnya sedar dan insaf bahawa semuanya dugaan Tuhan. 5 Penyajak sentiasa berusaha untuk membaiki kelemahan dirinya dengan tekad untuk berubah ke arah kebaikan. 6 Dalam meniti usia yang semakin dewasa, penyajak semakin matang dan tidak mudah panik serta tidak terpengaruh oleh katakata yang berbaur serangan terhadapnya. 7 Pada era globalisasi ini, penyajak sentiasa muhasabah diri dengan mencari erti kehidupan agar perjuangannya menghadapi cabaran hidup tidak mudah tewas oleh anasir jahat. 8 Apabila tibanya waktu, penyajak sedar bahawa dia harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Kenangan demi kenangan berlalu begitu sahaja, nasihat penyajak agar kita tidak mensia-siakan hidup dengan mengabdikan diri kepada Tuhan. Sajak Gelanggang, karya Onn Malini Rangkap Maksud 1 Penyajak berkata bahawa negara tercinta kita terbentuk oleh generasi terdahulu sejak lima dekad yang lalu untuk didiami oleh generasi yang akan datang. Semangat perpaduan juga dimulakan oleh generasi terdahulu untuk diteruskan oleh generasi kini. 2 Generasi kini ialah pewaris negara yang terbentuk daripada jerih perih dan pengorbanan generasi terdahulu. Dengan negara yang makmur, rakyat hidup bersatu padu. Rakyat perlu memelihara kedaulatan negara daripada serangan anasir jahat agar dapat hidup bersatu padu walaupun berbeza keturunan dan agama. 3 Pemimpin negara harus berani menghadapi fitnah pihak luar demi mempertahankan maruah negara. Khabar angin tentang keburukan negara mampu mempengaruhi minda rakyat. Kita haruslah berani membantah kenyataan yang buruk tentang negara kita supaya tidak membinasakan negara sendiri. 4 Pemimpin mahupun rakyat haruslah menjalinkan hubungan persaudaraan demi mengelakkan perselisihan faham sesama sendiri. 5 Generasi kini merupakan waris bangsa yang harus memikul amanah untuk mencipta kejayaan di pentas dunia. Apabila memperoleh kejayaan, kita dapat mempertahankan maruah dan memperteguh jati diri demi membina negara yang rakyatnya hidup harmoni dan dihormati. Rakyat Malaysia haruslah taat dan setia kepada negara sehingga akhir ayat. HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 123 Sinopsis Penjurit ketujuh berkata kepada Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada untuk mengalahkan Melaka seorang diri. Namun, Laksamana Melaka telah membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina. Berita tentang kematian penjurit yang dititahkan oleh Seri Betara Majapahit ke Melaka itu sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada tidak beberapa lama kemudian. Patih Gajah Mada berfikir cara untuk mengalahkan negeri Melaka lalu teringat akan Petala Bumi. Patih Gajah Mada bertanyakan isteri Petala Bumi sama ada anaknya, Kertala Sari yang mencuri di Daha sudah pulang atau belum. Kertala Sari pulang dari Daha dengan membawa banyak harta hasil curiannya. Kemudian, Kertala Sari pulang ke rumah dan bertanya kepada ibunya tentang ayahnya yang tidak kelihatan. Ibunya menjelaskan bahawa ayah Kertala Sari telah mati dibunuh oleh Laksamana Melaka. Penerangan ibunya telah menimbulkan kemarahan Kertala Sari, lalu dia menemui Patih Gajah Mada. Dia berjanji pada Patih Gajah Mada bahawa dia tidak akan mahu menjadi penggawa selagi belum membunuh Ratu Melaka dan Laksamana. Apabila Kertala Sari tiba di Melaka, dia singgah di sebuah perkampungan yang didiami penduduk keturunan Jawa. Dia menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Pada satu hari, ketika Kertala Sari mengikut Patih Kerma Wijaya masuk menghadap bersama-sama hulubalang, dia memandang wajah Laksamana. Kertala Sari dapat merasakan bahawa Laksamana merupakan pahlawan yang hebat. Pada satu malam, Kertala Sari masuk ke dalam kota. Dia mencuri harta seorang saudagar dan isteri saudagar itu dicabulnya. Pada malam yang lain, dia mencuri di rumah saudagar yang lain. Saudagar-saudagar yang menjadi mangsa kecurian mengadu kepada raja. Raja menitahkan Temenggung mengawal sekitar Melaka untuk mengelakkan kecurian daripada terus berleluasa. Apabila kawalan di rumah saudagar semakin ketat, Kertala Sari menggunakan jampi untuk masuk ke rumah saudagar. Kecurian terus berlaku, lalu Temenggung mengadu hal tersebut kepada raja. Raja menemui Laksamana. Menurut Laksamana, kecurian dilakukan oleh orang luar. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana yakin, pencuri akan masuk ke istana pada malam itu. Atas persetujuan raja, Laksamana mengawal istana. Laksamana membuat persiapan yang lengkap; membuat jampi serapah dan memakai pakaian serba hitam. Laksamana terlihat seorang lelaki masuk ke dalam istana, lalu dia berselindung di suatu tempat. Kertala Sari mahu merampas harta raja, kemudian akan membakar istana dan mengamuk. Dia berhasrat menculik isteri-isteri raja yang masih muda. Oleh sebab Kertala Sari merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia tidak jadi mencuri. Pada malam berikutnya, Kertala Sari masuk ke kota. Laksamana yang tidur di tengah pasar menyedari akan kedatangan Kertala Sari apabila terdengar langkah kaki Kertala Sari yang terlalu kuat. Ketika Kertala Sari jalan di tengah pasar, dia tertendang kaki Laksamana. Dia berdiri di atas kepala Laksamana. Laksamana segera menghunuskan keris ke dada Kertala Sari menyebabkan Kertala Sari rebah. Menjelang siang, mayat Kertala Sari dijumpai oleh orang ramai. Ada yang mengerat telinga Kertala Sari dan dibawa menghadap raja untuk dijadikan bukti dirinyalah yang telah membunuh pencuri itu. Tubuh Kertala Sari dikerat-kerat; kepala, tangan dan kakinya oleh orang ramai dan dibawa menghadap raja untuk membuktikan diri masing-masing membunuh pencuri zalim itu. Ketika raja dan Bendahara kehairanan melihat situasi tersebut, Laksamana datang membawa keris dan kemaluan Kertala Sari. Kemudian raja menitahkan segala harta hasil rompakan Kertala Sari yang disimpan di Bukit Cina dibawa ke balairung. Selama tujuh hari tujuh malam masa digunakan untuk mengangkut harta-harta tersebut. Gong mong-mongan dipalu. Rakyat datang ke balairung untuk mengenal pasti harta mereka yang dicuri oleh Kertala Sari. Raja membahagikan harta tersebut kepada tiga bahagian; dua bahagian untuk Laksamana dan satu bahagian untuk tuan punya harta tersebut kerana Laksamana yang berusaha mendapatkan harta itu. Rakyat tidak membantah, sebaliknya bersyukur kerana sebahagian daripada harta mereka dapat ditemui semula. Namun Laksamana cuma mengambil satu bahagian, manakala dua bahagian untuk pemilik harta. Kemudian harta satu bahagian tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian untuk didermakan kepada fakir miskin, diberikan kepada pegawai yang tiada kuasa dan diberikan kepada orang-orangnya. Berita kematian Kertala Sari sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak berpuas hati. Dia tetap berusaha untuk membunuh Laksamana pada suatu hari nanti. Dia sentiasa berusaha mencari orang yang boleh membunuh Laksamana. Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan, diselenggara oleh Mohd Yusof Md Nor dan Inon Shaharuddin Abdul Rahman HAK CIPTA NUSAMAS


136 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) KERTAS 2 BAHAGIAN B PEMAHAMAN [Novel] Format Peperiksaan 1 Calon akan diajukan dua soalan: (a) Soalan (i) pemahaman berdasarkan petikan yang membawa 4 markah (b) Soalan (ii) pemikiran kritis berdasarkan novel yang dikaji yang membawa 6 markah 2 Soalan (i) tidak bergantung pada novel, sebaliknya terikat dengan petikan. Tidak boleh menyertakan jawapan daripada pemahaman terhadap keseluruhan novel yang dibaca. 3 Untuk menjawab Soalan (ii), calon perlu menguasai topik penting yang berkaitan dengan novel seperti sinopsis, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, unsur saspens dan kejutan, nilai murni/kemanusiaan, dan pengajaran. Panduan Menjawab 1 Untuk Soalan (i), calon perlu membaca soalan terlebih dahulu, kemudian membaca petikan. Calon perlu menyertakan 3 isi untuk memperoleh markah maksimum. 2 Untuk Soalan (ii), calon perlu memahami kehendak soalan dan menulis jawapan sekitar 50 hingga 100 patah perkataan. 3 Bagi kedua-dua soalan, markah bahasa akan dinilai secara impression. DSKP TINGKATAN 4 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. KEMAHIRAN MEMBACA 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan. ASPEK SENI BAHASA 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik. ASPEK TATABAHASA 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. NOTA NOVEL HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 137 Soalan (i) Petikan Novel [4 markah] Zon 1 Jendela Menghadap Jalan Praktis 1 MuLus Praktis 2 @SPM “Ke manakah hilangnya benda tu?” nenek bergumam, membuatku tahu benda yang dicarinya itu sungguh penting baginya. Tanpa mengetahui bentuk benda yang dicari oleh nenek, aku ikut serta mencarinya. “Bekas kemenyan yang satu tu dari India, pemberian seorang pesakit atuk kamu beberapa bulan lepas. Di manakah agaknya atuk kamu letak?” “Tunggu atuk pulanglah nek, mungkin atuk yang simpan,” kataku. Namun di benakku tercetus keinginan untuk mengetahui, perihal kemunculan bekas kemenyan dari India itu. Apakah pesakit yang datang berubat ke sini telah melepasi sempadan bangsa dan negara? Timbul perasaan kagum dan banggaku terhadap datuk. “Tak mungkin, nenek yang simpan bekas kemenyan tu, memang di bawah almari ni,” ujar nenek dengan nada suaranya ditenggelami bunyi hujan yang menimpa bumbung rumah. Aku dapat merasakan semangat nenek yang berkobar-kobar untuk mendapatkan bekas kemenyan itu semula. Nyatakan keistimewaan bekas kemenyan di mata nenek dan di manakah bekas kemenyan itu. Bekas kemenyan begitu istimewa di mata nenek kerana bekas kemenyan itu dari India yang diberi oleh pesakit datuk penulis beberapa bulan lepas . Bekas kemenyan itu, menurut penulis ada dalam simpanan datuk . Namun menurut nenek pula, bekas kemenyan itu tersimpan di bawah almari . Ketika aku bangkit daripada tidur, datuk sedang mengerjakan sesuatu di ruang tamu. Dia menurunkan semua barang perhiasan di dalam almari kayu yang sudah puluhan tahun terletak di situ. Dia menyusun barang yang bertaburan di lantai; piring hitam, cawan batu, bingkai gambar, wang syiling perak, tepak sirih, model-model bangunan, dan beberapa lagi yang aku sendiri tidak tahu barang tersebut. Akan tetapi aku pasti, ketika datuk menyusun peralatan tersebut, dia juga turut sama menyusun fikiran dan perasaannya yang bertaburan. Menjelang makan tengah hari, datuk masih dengan kerja-kerjanya menyusun barang di ruang tamu. Kali terakhir aku menjenguknya dari muka pintu dapur apabila nenek menyuruh aku memanggil datuk, dia sedikit pun tidak mengendahkan panggilanku. Aku bimbang datuk akan jatuh pengsan kerana bekerja tanpa henti. Nenek tidak berkata sepatah pun apabila kuluahkan rasa bimbangku tentang datuk yang tubuhnya dilencuni peluh dek bekerja tanpa henti, seolah-olah dia dilumuri minyak tanah. Aku takut dia terbakar jika dia menyalakan api pada rokok tembakaunya itu. Datuk di mata penulis ialah seorang yang rajin. Berikan bukti kerajinan datuk seperti yang dilihat oleh penulis. Penulis melihat sendiri kerajinan datuk menurunkan semua barang perhiasan di dalam almari kayu. Kemudian datuk menyusun barang yang bertaburan di lantai; piring hitam, cawan batu, bingkai gambar, wang syiling perak, tepak sirih, model-model bangunan, dan beberapa lagi barang lain. Menjelang makan tengah hari, datuk masih dengan kerja-kerjanya menyusun barang di ruang tamu. HAK CIPTA NUSAMAS


138 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Praktis 3 @SPM Praktis 4 @SPM “Macam mana awak tahu saya di sini?” “Saya tahu tempat persembunyian Rafik dan Haziq sejak dulu lagi. Cuma siang tadi masanya tak sesuai untuk saya selamatkan awak. Sebab tu saya tak galakkan orang mencari awak tadi, nanti keadaan akan menjadi lebih buruk.” “Terima kasih banyak,” kataku, meskipun aku berasa terkilan mendengar dia tidak menggalakkan orang mencariku sepanjang siang tadi demi mengelak keadaan menjadi lebih buruk. Walau bagaimanapun aku patut bersyukur, strateginya berhasil. Sesungguhnya, yang betul-betul aku perlukan adalah untuk pulang ke rumah, muncul di depan datuk dan nenek untuk menghilangkan perasaan bimbang mereka. Aku berharap agar mereka tidak memaklumkan perkara itu kepada ibu dan ayah. Aku takut percutianku akan disingkatkan kerana aku ingin berada lebih lama di sini. Aku belum lagi melihat matahari terbit bersama-sama Geetha, dan datuk serta nenek belum lagi menceritakan sejarah jendela menghadap jalan secara terperinci. “Mereka tak akan selama-lamanya bebas. Pasti sedikit masa lagi mereka tertangkap atau ditangkap,” kata Danel. Nyatakan alasan-alasan penulis perlu diselamatkan segera dan harapan penulis. Penulis mahu segera diselamatkan kerana mahu pulang ke rumah menemui datuk dan neneknya. Penulis tidak mahu datuk dan neneknya berasa bimbang. Penulis berharap kejadian yang dilaluinya tidak dimaklumkan kepada ayah dan ibunya kerana bimbang percutiannya kelak disingkatkan sedangkan penulis mahu lebih lama berada di kampung. Mengikut pemahamanku proses pembesaran bermaksud bercakap dan meluahkan perkara yang terlintas di fikiran, jika dipendamkan perkara itu akan menjadi barah. Aku pun menegaskan hasratku kepada nenek sekali lagi betapa aku benar-benar ingin keluar dari halaman rumah ini. Akan tetapi, nenek tetap berkata, waktu pagi ialah hari yang paling baik untuk berdiam diri dan aku kata baiklah; kita tamatkan isu ini. Tamat di sini untuk mengelakkan nenek bising. Danel tiba-tiba datang seperti satu rahmat. Pemuda itu membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasaknya sendiri, dan pesanan daripada ayahnya yang hanya datuk sahaja yang tahu. Pasti pesanan itu akan menyelamatkan masa depan keupayaanku bersosial. Berita kenaikan harga minyak telah menggantikan isu kubah. Keluhan terdengar di mana-mana tentang harga seliter petrol dan seliter diesel akan melambung, sehingga mengakibatkan Abang Rashid memilih basikal tua untuk ke pekan dan melupakan kereta buruknya. “Susahlah pak cik,” kata Danel. “Harga minyak naik mendadak pak cik.” Aroma ikan masin membuka seleraku. Mereka sibuk berkata tentang kenaikan harga minyak, aku pula sibuk makan. Nyatakan masalah yang dihadapi oleh penulis dan penduduk kampung. Masalah yang dihadapi oleh penulis ialah dia mahu keluar dari halaman rumah tetapi nenek menegahnya dengan menyatakan waktu pagi sesuai untuk berdiam diri. Penduduk kampung pula risau akan kenaikan harga minyak yang terus melambung. Manakala Abang Rashid yang hidup dalam kesusahan terpaksa menaiki basikal tua ke mana-mana, tanpa menggunakan kereta buruknya. HAK CIPTA NUSAMAS


158 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) DSKP TINGKATAN 4 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. KEMAHIRAN MEMBACA 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat. KEMAHIRAN MENULIS 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan. ASPEK TATABAHASA 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. KERTAS 2 BAHAGIAN C RUMUSAN STRATEGI MENJAWAB 1 Calon diberikan dua atau tiga bahan. Calon perlu menulis rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan. 2 Bahan 1: Baca petikan untuk mencari dua fokus yang berlainan tetapi daripada tema yang sama. Fokus utama mengandungi empat hingga lima isi. 3 Bahan 2: Biasanya isi tambahan berdasarkan fokus sampingan daripada Bahan 1. 4 Bahan 3: Boleh sahaja isi tambahan daripada fokus Bahan 1 atau Bahan 2. 5 Tulis isi dengan ayat yang lengkap untuk memperoleh 2 markah. MENULIS PENDAHULUAN [2 MARKAH] 1 Pendahuluan rumusan ditulis dalam sebaris ayat sahaja. 2 Pendahuluan menulis tentang fokus utama dan fokus sampingan yang terdapat daripada Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 (jika tiga bahan). MENULIS ISI (16 MARKAH) 1 Calon perlu mengambil sekurang-kurangnya 1 isi daripada setiap fokus dan daripada setiap bahan. 2 Jumlah isi maksimum yang diterima daripada semua fokus dan semua bahan ialah 8 isi sahaja (calon boleh menulis lebih, tetapi pemeriksa akan mencari isi yang betul). MENULIS KESIMPULAN RUMUSAN 1 Tulis cadangan dan kesan daripada cadangan (dengan perkataan agar atau supaya). 2 Cadangan tidak boleh sama dengan fokus. Panduan Mengira Perkataan Nama khas Gelaran Perkataan berganda Penanda wacana Penggunaan kata sendi “di” dan “ke” Angka yang ditulis dengan nombor atau Tarikh perkataan HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 159 PEMARKAHAN ASPEK BAHASA Peringkat Markah Bahasa Huraian Bahasa Cemerlang 08 – 10 markah • Kesinambungan ayat sangat baik. • Bahasa sangat gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat serta mengikut hukum sistem ejaan rumi baharu. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Pengolahan sangat menarik dan berkesan. Baik 05 – 07 markah • Kesinambungan ayat baik. • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat serta mengikut hukum sistem ejaan rumi baharu. • Penggunaan kosa kata masih luas dan tepat. • Pengolahan masih menarik dan berkesan. Sederhana 03 – 04 markah • Kesinambungan ayat kurang baik. • Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat serta mengikut hukum sistem ejaan rumi baharu. • Penggunaan kosa kata kurang luas dan tepat. • Pengolahan kurang menarik dan berkesan. Lemah 01 – 02 markah • Pada keseluruhannya serba kekurangan / tidak memuaskan / kurang atau tidak difahami. Nota ✥ Jika menjawab dalam bentuk poin/ fakta, markah bahasa diletakkan pada peringkat lemah. ✥ Jika markah isi 6 markah dan ke atas, markah bahasa perlu dinilai seperti biasa. ✥ Jika markah isi 5 markah dan ke bawah tetapi sangat baik, markah maksimum bahasa ialah 5 markah. ✥ Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan kurang 120 patah perkataan, beri 0 markah bahasa. ✥ Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah bahasa dinilai seperti biasa. HAK CIPTA NUSAMAS


160 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Belakangan ini, masyarakat sering dihidangkan dengan beberapa kejadian yang melibatkan murid berkelakuan kurang sopan terhadap gurunya, walhal guru merupakan susuk tubuh yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat. Profesion guru juga dipandang tinggi dan buah fikiran mereka sering diperlukan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu, setiap murid perlu berhemah apabila berkomunikasi dengan guru. Kita mengharapkan murid mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh sekolah seperti beratur dan tidak membuat bising. Keadaan ini merupakan satu beban yang telah ditambah ke bahu para guru untuk mengurus sahsiah murid. Sebagai tanda menghormati guru, murid sewajarnya menjaga kebersihan dan kebajikan kawasan sekolah. Malah, cara menghormati guru adalah dengan memberikan kejayaan dalam akademik dan kokurikulum yang disertai. Apabila kita berjaya mendapat keputusan cemerlang atau memenangi sesebuah pertandingan yang disertai, pasti dapat memberikan kelegaan dan perasaan gembira kepada guru. Sebenarnya, selain perlu menjaga adab ketika bertemu dengan guru, guru sendiri mengharapkan mereka memperoleh murid yang cemerlang. Hal ini berlaku jika murid yakin akan potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberikan suntikan semangat pada diri murid itu sendiri. Malah, murid cemerlang tidak putus harapan dan tidak mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu. Dipetik dan diubah suai daripada “Menjaga Adab dengan Guru Menjamin Keberkatan Ilmu”, oleh Amirah Syazawani Baderon Sham, Dewan Siswa, Jun 2023 Bahan 2 TAHUKAH ANDA? • Murid yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai murid yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. • Murid yang cemerlang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di dalam kelas. Murid yang suka bermain-main di dalam kelas semasa guru mengajar ialah murid yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan ‘terpelajar’ pada suatu masa kelak. • Murid yang cemerlang membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal ini termasuklah mengulang kaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya. • Murid yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian. Murid yang berjaya ialah murid yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa sahaja. Praktis 1 MuLus Adab dengan Guru HAK CIPTA NUSAMAS


176 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Kertas Model SPM 1 KERTAS 1 Masa: 2 jam Arahan: Anda dikehendaki menjawab soalan Bahagian A dan satu soalan Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Maklumat di bawah berkaitan dengan Internet. Huraikan pendapat anda tentang Internet. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Nenek di dapur menanak nasi, Datuk di laman menarik galah; Internet mudahkan kita komunikasi, Menjadi wadah penyelesaian masalah. Mencari terendak di luar kota, Hendak dibawa balik ke rumah; Internet memudahkan hidup kita, Boleh berurusan hanya di rumah. Di hujung halaman pohon bidara, Angin bertiup daunnya gugur; Internet tingkatkan ekonomi negara, Perniagaan asing mudah melabur. Pembelian dalam talian Pembelajaran maya Perbankan Internet ⎧ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎨ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎩ HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 177 Bahagian B [70 markah] Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Jadual perlawanan padat menanti atlet badminton kebangsaan dengan sebahagiannya mungkin berada di luar negara hingga akhir tahun ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membentangkan perancangan kejohanan yang kebanyakannya berlangsung berturut-turut. Atlet hanya ada masa tiga tahun untuk menghadapi Olimpik Paris 2024. Atlet memerlukan masa untuk meningkatkan ranking masing-masing dan perlu bermain di kejohanan lebih tinggi tahapnya. Jadi kita mahu bermula seawal mungkin, bermakna mereka perlu mula bertanding tahun ini juga. Dipetik dan diubah suai daripada “Olimpik Paris 2024: Jadual Padat Menanti Skuad Badminton Negara”, Sinar Harian, 19 September 2021 Maklumat di atas berkaitan dengan keseriusan skuad sukan negara kita untuk meraih kejuaraan di pentas dunia. Walaupun saban tahun jutaan ringgit dicurahkan untuk kemajuan sukan negara, namun mutu sukan negara belum begitu membanggakan. Bincangkan pendapat anda mengenai langkah-langkah meningkatkan mutu sukan negara agar atlet Malaysia lebih banyak meraih kejayaan di pentas antarabangsa. 2 Gurindam 12 Fasal yang Keenam Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tiap seteru. Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setiawan. Sumber: Antologi Harga Remaja, Kementerian Pendidikan Malaysia Gurindam di atas menekankan keperluan kita mencari sahabat. Sehubungan dengan itu, sahabat anda yang berlainan agama dan budaya telah mengundang anda menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarganya. Ceritakan pengalaman anda semasa majlis tersebut. HAK CIPTA NUSAMAS


178 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) KERTAS SOALAN TAMAT 3 STEM ialah akronim kepada Science (Sains), Technology (Teknologi), Engineering (Kejuruteraan) dan Mathematics (Matematik). Dalam sistem persekolahan, murid menengah atas diberikan peluang untuk memilih aliran mengikut kecenderungan mereka. STEM merupakan satu pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid bertanya dan meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar ke arah membudayakan amalan STEM. Sumber: Pengenalan STEM, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021 Dalam menangani cabaran Industri 4.0, STEM penting untuk melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang teknologi pada masa hadapan, sekali gus melahirkan generasi berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi yang lebih kompleks. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menarik minat murid mengikuti aliran sains dan teknologi sejak di bangku sekolah lagi. 4 Kerajaan menganggarkan lebih 160 000 pekerjaan baharu bakal diwujudkan pada tahun ini melalui komitmen pelaburan bersama dengan pihak industri. Kerajaan mengalu-alukan tawaran Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) serta Persatuan SME Malaysia untuk bekerjasama bagi mengatasi kadar pengangguran menerusi inisiatif Belanjawan 2021, terutama peningkatan kemahiran dan pendigitalan. Dipetik dan diubah suai daripada “160 000 Peluang Kerjaya Baharu Diwujudkan Tahun Ini” oleh Mohd Nasaruddin Parzi, Berita Harian, 9 Februari 2021 Sebagai seorang yang mempunyai kemahiran dan berpengetahuan tinggi, tiada sebab untuk anda menganggur. Berikan pendapat anda untuk mengisi masa terluang dengan pekerjaan yang boleh memberikan manfaat kepada diri dan keluarga. HAK CIPTA NUSAMAS


186 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Kertas Model SPM 2 KERTAS 1 Masa: 2 jam Arahan: Anda dikehendaki menjawab soalan Bahagian A dan satu soalan Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Maklumat di bawah berkaitan dengan industri kecil dan sederhana. Huraikan pendapat anda tentang industri kecil dan sederhana. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. SHAH ALAM – Platform SME Smart Selangor yang dibangunkan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menyasarkan untuk melahirkan 200 000 orang usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan digital menjelang 2025. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, platform itu dibangunkan untuk memacu pertumbuhan perniagaan dan peningkatan prestasi pengusaha IKS di Selangor. Menurutnya, dalam usaha memajukan IKS, pengusaha digalakkan menggunakan penggunaan teknologi moden seiring dengan kemajuan semasa. Kerajaan pula melalui agensi yang dilantik akan berterusan memberikan sokongan dan bantuan. Malah, pasaran produk IKS perlu diperluas pada peringkat antarabangsa. Dipetik dan diubah suai daripada “Selangor Sasar Lahir 200 Ribu Usahawan IKS Berasaskan Digital” dalam Sinar Harian, 16 Disember 2020 SEMINAR PEMASARAN 8 – 10 Mac Hotel Palma Shah Alam Mahu Menjadi Usahawan Berjaya? LUASKAN PEMASARAN PRODUK ANDA • Tembusi pasaran antarabangsa • Pelajari teknik pemasaran berkesan Jangan lepaskan peluang. Maklumat lanjut & pendaftaran sila layari: www.usahawanjaya.com.my HAK CIPTA NUSAMAS


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 187 Bahagian B [70 markah] Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 hingga patah perkataan. 1 Agenda kelestarian alam sekitar akan membawa lebih banyak faedah dan kestabilan kepada tahap pemulihan negara. Amalan kelestarian alam sekitar membantu untuk memastikan keperluan penduduk masa ini dapat dipenuhi tanpa menjejaskan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka. Pada dasarnya, definisi standard kelestarian alam sekitar dunia ialah pembangunan lestari yang juga berkait rapat dengan pertumbuhan dan kestabilan ekonomi yang mampan. Tiada bentuk pertumbuhan ekonomi dapat diteruskan selama-lamanya, jika sumber alam sekitarnya tercemar dan rosak. Dipetik dan diubah suai daripada “Kelestarian Alam Sekitar Petunjuk Kestabilan Ekonomi” oleh Dr. Mohd Ramzi Mohd Hussain, Berita Harian, 23 Julai 2021 Isu berkaitan dengan alam sekitar selalu menjadi perhatian kerajaan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan pertandingan syarahan bersempena dengan sambutan Minggu Alam Sekitar. Anda ingin menyertai pertandingan itu dengan memilih tajuk “Usaha Mengekalkan Alam Sekitar yang Indah untuk Generasi akan Datang”. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya. 2 KUALA LUMPUR – Seramai 41 orang ditahan dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Kota Damansara, malam tadi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam serbuan pada pukul 11.10 malam itu, seramai 21 orang lelaki warga tempatan yang merupakan pelanggan di pusat hiburan itu sedang berhibur dan mereka dikompaun RM1000 seorang kerana kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Dipetik dan diubah suai daripada “Pusat Hiburan Beroperasi Secara Haram, 41 Orang Ditahan Polis”, projekmm.com, 3 Februari 2021 Berkaitan dengan berita di atas, terdapat sebuah kedai yang dijadikan pusat hiburan dan pusat permainan video haram berdekatan dengan tempat anda tinggal. Golongan muda mudi yang bertumpu di tempat tersebut sehingga jauh malam telah menimbulkan suasana bising dan mengganggu ketenteraman penduduk. Sebagai penduduk yang prihatin, anda bercadang mengadukan masalah tersebut kepada pihak berkuasa. Tulis surat aduan itu selengkapnya. HAK CIPTA NUSAMAS


188 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) KERTAS SOALAN TAMAT 3 TVET ialah singkatan bagi Technical and Vocational Education Training atau lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET ialah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. TVET bertujuan menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Dipetik dan diubah suai daripada “TVET Malaysia: Apa Itu?”, Penjana, Kementerian Sumber Manusia, 2021 Selain menekankan akademik, kerajaan tidak mengabaikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Hal ini penting dalam usaha menggilap potensi setiap individu. Setiap individu perlu mempunyai pelbagai kemahiran untuk memasuki pasaran kerja. Bincangkan kemahiran-kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap remaja. 4 SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memperuntukkan RM500 000 untuk membeli lambakan hasil pertanian di seluruh negeri susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Menerusi Program Agro Prihatin Selangor itu, urusan pembelian akan dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Selangor, FAMA serta seluruh jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Pertanian dan Perladangan dan Industri Makanan. Dipetik dan diubah suai daripada “Selangor Peruntukan RM500,000 Beli Lambakan Hasil Pertanian” oleh Norzamira Che Noh, Berita Harian, 2 Jun 2021 Pertanian merupakan salah satu sektor yang diberikan perhatian oleh kerajaan. Banyak peluang pekerjaan yang boleh dilakukan oleh remaja dalam sektor pertanian. Namun, kebanyakan remaja kurang berminat untuk melibatkan diri secara serius dalam sektor ini. Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja melibatkan diri dalam sektor pertanian. HAK CIPTA NUSAMAS


196 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1 AKHLAK DAN ADAB (a) Dalam kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi terdapat banyak kera dalam kalangan manusia. George Bernard Shaw (1856 – 1950), sasterawan kelahiran Republik Ireland (b) Pembohong akan membohongi orang lain buat pertama kalinya dan akhirnya akan menipu diri sendiri. Griffith Taylor (1880 – 1963), pakar antropologi kelahiran England (c) Semikin-miskin manusia ialah mereka yang kekurangan budi pekerti. Prof. Dr. Hamka (1908 – 1981), ulama dan sasterawan tersohor dari Indonesia (d) Orang yang budiman ialah orang yang mengakui akan kelebihan kawannya. Confucius (551 SM – 479 SM), ahli fikir dan ahli falsafah sosial yang termasyhur dari China (e) Jika anda dalam keadaan marah, janganlah anda menginginkan kebijaksanaan. Ibnu Sina (980 – 1037), filsuf, ilmuwan, dan doktor dilahirkan di Persia (kini Iran) (f) Untuk kebahagiaan hidup, seseorang itu mestilah menolak godaan. Mahatma Gandhi (1869 – 1948), pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India (g) Hamba-hamba Allah yang jahat ialah mereka yang sentiasa membuat fitnah dan memecahbelahkan persaudaraan. Nabi Muhammad SAW (570 – 632), rasul yang terakhir umat Islam (h) Tiada satu anugerah yang lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik. Imam Al-Tirmidzi (822 – 892), ahli hadis dan pengarang kitab agama yang masyhur 2 AGAMA (a) Agama tanpa ilmu ibarat buta, ilmu tanpa agama menjadi lumpuh. Albert Einstein (1879 – 1955), pakar fizik kelahiran Jerman (b) Agama apabila benar-benar dihayati, membuat manusia menjadi pengawas dirinya sendiri. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia (c) Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan jika tidak berpenjaga, binasalah hayat. Pepatah Arab 3 BAKTI (a) Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah. Abu Bakar As-Siddiq (572 – 634), khalifah Islam pertama KATA-KATA HIKMAT DAN PERIBAHASA SEJAGAT [Manfaatkan dalam Karangan] (b) Janganlah takut bahawa hidup anda akan berakhir tetapi takutlah bahawa hidup anda tidak pernah dimulakan. John Henry Newman (1801 – 1890), sasterawan tersohor dari London 4 BANGSA DAN NEGARA (a) Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan dirinya sebagai suatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia (b) Tidak ada manusia yang berhati batu hingga tidak sedikit pun mencintai tanah tumpah darahnya. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh (1981-2003 dan 2018-2020) (c) Apabila sesuatu bangsa tidak mempercayai diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh (1981-2003 dan 2018-2020) (d) Orang yang tidak mencintai tanah airnya sendiri tidak akan mencintai apa-apa. Bryron Lord (1788 – 1824), penyair Inggeris yang berperanan dalam kemerdekaan Yunani (e) Apabila sesuatu bangsa itu menghina dirinya, ketika itulah bangsa lain turut menghinanya. Meng Tze (372 SM – 289 SM), seorang filsuf dari Tiongkok (f) Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16 (dari 1861 hingga 1865) (g) Beri aku sepuluh orang pemuda, nescaya akan aku menggoncangkan dunia. Soekarno (dari 1945 hingga 1967), Presiden pertama Indonesia (h) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [walau bagaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri.] Pepatah Melayu 5 CINTA DAN KASIH SAYANG (a) Membenci orang adalah seperti membakar rumah sendiri untuk mendapat kebebasan daripada tikus. Henry Emerson (1856 – 1936), fotografi terkenal kelahiran Britain (b) Sayangkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan [jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi.] Pepatah Melayu 6 CITA-CITA (a) Hidup ini tidak akan berguna jika tidak ditujukan kepada cita-cita luhur. Jose Rizal (1861 – 1896), negarawan ulung dari Filipina (b) Cintailah pelajaranmu sebagaimana engkau mencintai seseorang kerana pelajaran akan bersama-sama ketika sedih dan gembira. Lord Chesterfield (1694 – 1773), tokoh politik yang masyhur dari Britain (c) Cita-cita atau kemahuan seperti beliung yang tajam, dapat membuat jalan melalui hutan rimba. Charles Dickens (1812 – 1870), sasterawan terkenal dari London (d) Orang yang tidak mempunyai citacita bagaikan burung tanpa sayap. Pepatah Inggeris 7 ILMU PENGETAHUAN (a) Fikiran hanya tumbuh jika digunakan dan surut kalau dibiarkan begitu sahaja. Imam Syafie (767 – 820), pengasas mazhab Syafii (b) Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup. Thomas Edison (1847 – 1931), pereka dan usahawan Amerika Syarikat (c) Semakin banyak kita belajar, semakin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui. Confucius (551 SM – 479 SM), ahli fikir dan ahli falsafah sosial yang termasyhur dari China (d) Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau [Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah.] Pepatah Melayu (e) Jika seseorang itu membaca buku tetapi tidak mengamalkan pengajaran daripada buku itu, orang itu ibarat tidak tahu membaca. Pepatah Cina 8 KOMUNIKASI (a) Kata-kata yang ditulis dapat memenangi hati lebih banyak orang jika dibandingkan dengan kata-kata yang diucap. Setiap gerakan yang besar di dunia lebih terhutang budi kepada tokoh-tokoh penulis daripada tokoh-tokoh pidato. Adolf Hitler (1889 – 1945), diktator Jerman Nazi (b) Bagi orang muda, perkara yang paling penting ialah jangan berhenti bertanya. Albert Einstein (1879 –1955), pakar fizik kelahiran Jerman (c) Cintailah musuhmu kerana mereka akan menunjukkan kesalahanmu. Benjamin Franklin (1705 – 1790), sasterawan tersohor Amerika Syarikat HAK CIPTA NUSAMAS


MySOLUSI MySOLUSI 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM12.90 : RM13.90 Praktis berteraskan DSKP dan tema buku teks Praktis MuLus turut disediakan Soalan KBAT untuk menguji kefahaman murid CIRI-CIRI ISTIMEWA CIRI-CIRI ISTIMEWA 9 786297 573700 ISBN 978-629-7573-70-0 2 set Kertas Model SPM MySOLUSI ialah buku latihan khusus untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Praktis dalam buku ini disediakan mengikut format SPM terkini sebagai persediaan murid-murid menghadapi peperiksaan sebenar. Nota dan latihan disediakan oleh guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), serta berpengalaman sebagai penulis, penceramah dan penggubal soalan. Aktiviti PAK-21 untuk menjana kemahiran berfikir secara kritis dalam suasana yang kreatif MGF4 HAK CIPTA NUSAMAS


Click to View FlipBook Version