The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Module Perfect 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-09-25 02:59:49

Module Perfect 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 3

Module Perfect 2.0 Bahasa Melayu Tingkatan 3

2.0 Hanijah Selamat BAHASA MELAYU KOD QR Maklumat Tambahan Pengetahuan Am Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Nota Latihan & Aktiviti PBD Peta Pemikiran KBAT CIRI EKSKLUSIF UASA TINGKATAN 3 TINGKATAN3BAHASAMELAYUMODULEPERFECT20BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) ii Jadual Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 3 vii TEMA 1 Suluh Masa Depan 1 – 8 Selamat Kembali ke Sekolah 1 Berkreativiti di Alam Simfoni 2 Ke Manakah Kita? 3 Alam Terbentang Menjadi Guru 4 PIPOA 7 TEMA 2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 9 – 17 Bantu Diri Anda! 9 Pesan Doktor 11 Bersihkan Hatimu 12 Fobia Tanpa Telefon Bimbit? 13 Harum Memikat Hati 16 TEMA 3 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 18 – 26 Kayuhan Ria untuk Sejahtera 18 Larian Bendang 19 Memacu Mutu Sukan Negara 21 Chinlone, Oh Chinlone! 23 Sebutir Permata di Persada Dunia 25 KANDUNGAN


13 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) A Berdasarkan audio Imbas Saya yang terdapat pada halaman 22 dan 23 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, kenal pasti dan senaraikan perkataan, istilah, rangkai kata, kata nama, kata pinjaman dan ungkapan yang didengari. Kemudian, cari maksud setiap perkataan tersebut. FOBIA TANPA TELEFON BIMBIT? Perkataan Maksud 1 penyakit Sesuatu yang menyebabkan badan menjadi sakit 2 moden Berkaitan dengan masa kini/ yang terbaru 3 remeh-temeh Tidak mustahak/ tidak penting 4 alat Barang yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu 5 risiko Kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian Istilah Maksud 1 telekomunikasi Komunikasi jarak jauh melalui telefon, telegraf, radio dan lain-lain 2 komunikasi Perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat/ radio/ telefon 3 netizen Pengguna internet yang memberi sumbangan untuk mengembangkan dan menggalakkan pertumbuhan internet 4 berinteraksi Bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain 5 gajet Alat telekomunikasi 6 dosa Perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama 7 pahala Ganjaran yang diterima daripada Tuhan kerana berbuat baik Rangkai Kata Maksud 1 telefon bimbit Telefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi menggunakan isyarat gelombang 2 komunikasi tanpa sempadan Perhubungan melalui internet yang merentasi negara 3 tingkah laku Kelakuan - Mendengar & Bertutur - Tatabahasa


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 14 Berdasarkan jawapan murid B Dengan menggunakan perkataan, istilah, rangkai kata, kata nama, kata pinjaman dan ungkapan tersebut, hasilkan dialog yang bersesuaian dan lakonkan. Kata Nama Maksud 1 kawan Sahabat/ teman 2 murid Orang atau anak yang sedang belajar atau berguru/ pelajar/ penuntut Kata Pinjaman Maksud 1 nomofobia Fobia tanpa telefon bimbit 2 insomnia Keadaan tidak dapat tidur atau sukar untuk tidur Ungkapan Maksud 1 cegah sebelum parah Menghalang sesuatu perbuatan yang tidak baik sebelum berlakunya perkara buruk 2 nasi telah menjadi bubur Perkara yang telah terjadi akibat keterlanjuran 3 berganding bahu bekerjasama


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 28 A Berdasarkan bahan grafik pada halaman 44 dan 45 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, jawab soalan-soalan yang berikut. BERIADAH DENGAN SELAMATNYA - Membaca 1 Apakah tanda-tanda fenomena kepala air? 2 Berikan amaran yang perlu dipatuhi ketika melakukan aktiviti beriadah di air. 3 Jelaskan cara untuk memastikan keselamatan diri ketika melakukan aktiviti beriadah di air. ⎫ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎬ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎭ ⎫ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎬ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎭ ⎫ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎬ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎭ (i) Langit menjadi gelap di hulu sungai (i) Awasi anak anda (i) Mandi di kawasan yang selamat (ii) Bunyi guruh yang kuat (ii) Pakai pakaian renang (ii) Berhati-hati di kawasan yang berbatu Bunyi dentuman gerakan batu-batu dan air dari hulu sungai (iii) (iii) Basahkan badan (iii) Usah berenang jauh ke tengah laut tanpa pengawasan (iv) Air sungai berbuih (iv) Dilarang berlari (iv) Gunakan pelampung jika tidak tahu berenang (v) Air sungai meningkat secara tiba-tiba


29 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) B Tulis ulasan keseluruhan tentang keselamatan beriadah di air dengan merujuk bahan yang disediakan. Pendahuluan: Semasa berada di kolam renang awam, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Isi Tersurat: Isi Tersirat: 1 Awasi anak anda 1 Kanak-kanak biasanya akan lupa menjaga keselamatan ketika mereka sedang berseronok. 2 Pakai pakaian renang 2 Pakaian renang direka khas supaya tidak tersangkut dan terselak. 3 Dilarang berlari 3 Lantai yang licin akan menyebabkan terjatuh dan cedera. 4 Dilarang terjun jika kolam cetek 4 Orang dewasa dilarang terjun di kawasan kanak-kanak kerana kolam yang cetek boleh mengakibatkan kecederaan kepala. Penutup: Kita hendaklah sentiasa menjaga keselamatan di kolam renang supaya tiada nyawa yang melayang. Ulasan Keseluruhan:


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 34 menjadi lebih curiga kerana nama datuk Danial tidak seperti yang diketahuinya. Danial mula mengesyaki bahawa ini satu penipuan. Dia cuba untuk memancing dengan bertanya soalan seterusnya. Anaqi bertanyakan tarikh akhir mereka bertemu pada hujung bulan lepas. Danial tidak dapat menjawab soalan tersebut. Sekarang Anaqi sedar bahawa akaun nombor telefon sahabatnya Danial telah digodam. Anaqi bergegas ke balai polis untuk membuat laporan supaya tidak ada orang lain yang dianiaya dan terperdaya.


43 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Isi 3 Ayat Topik Melawat tempat-tempat bersejarah Ayat Huraian Melihat khazanah lampau negara Ayat Usaha Muzium Negara Ayat Rumus Belajar daripada sejarah supaya tidak berulang Isi 4 Ayat Topik Meletakkan lambang negara di tempat yang sewajarnya Ayat Huraian Kebanggaan negara Ayat Usaha Jata negara Ayat Rumus Lambang negara melambangkan identiti negara Penutup Ayat Topik Pelbagai usaha boleh dilakukan Ayat Huraian Kerajaan hendaklah komited Ayat Usaha Jika tidak, semangat akan luntur Ayat Rumus Diharapkan perasaan cinta kepada negara terus subur Karangan Lengkap: Isu perasaan cinta akan negara sering diperkatakan oleh masyarakat. Isu ini menjadi perbualan hangat di media massa. Namun begitu usaha untuk memupuk rasa cinta akan negara masih belum berjaya. Pelbagai usaha harus dilakukan untuk memupuk perasaan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat. Antara usaha untuk memupuk perasaan cinta akan negara adalah dengan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Mereka berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Sebagai contoh Tunku Abdul Rahman bersama-sama pemimpin yang lain telah berusaha untuk menuntut kemerdekaan negara kita. Jelaslah bahawa pemimpin terdahulu sangat besar jasanya kepada negara.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 48 KISAH TELADAN A Baca petikan cerita yang terdapat pada halaman 62 dan 63 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 dengan teliti, kemudian jelaskan perwatakan yang ditunjukkan oleh watak-watak di bawah. - Membaca - Tatabahasa Cerita: Dodol Kesedaran Watak Perwatakan Aswad 1 Gigih menjual dodol 2 Tidak mengeluh dan sentiasa tersenyum walaupun dodolnya tidak laku 3 Tidak jemu mencuba menjual dodolnya 4 Seorang yang taat pada agama 5 Mendermakan wang pemberi Fazli kepada tabung masjid 6 Berpegang pada pesan ibunya supaya tidak meminta sedekah Fazli 1 Seorang yang pemurah 2 Taat kepada agama 3 Suka bersedekah Cerita: Pak Belalang Watak Perwatakan Pak Belalang 1 Berjanji perkara yang tidak diketahuinya 2 Menggunakan akal fikiran untuk mendapatkan jawapan kepada masalahnya 3 Mengintip perbualan Juragan dengan isterinya Juragan 1 Gemar bertaruh 2 Tidak boleh menyimpan rahsia


49 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) B C Senaraikan kata hubung yang terdapat dalam kedua-dua petikan cerita. Kemudian bina empat ayat menggunakan kata hubung tersebut. Banding dan bezakan dua daripada watak di atas dengan menggunakan kata hubung. SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata tugas dalam ayat mengikut konteks SP 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat TP Dodol kesedaran Pak Belalang tetapi untuk bahawa agar yang supaya kerana dan lalu 1 Aswad bekerja makan gaji manakala Fazli menjual dodol. 2 Aswad hendak mendermakan wangnya kepada Fazli tetapi Fazli memasukkan wang tersebut ke dalam tabung surau. 3 Fazli dan Pak Belalang mempunyai matlamat yang hendak dicapai. 4 Fazli dan Aswad bertemu semula di surau. 5 Pak Belalang menjadi ahli nujum tetapi Fazli menjual dodol untuk menyara kehidupan mereka. 1 bahawa Ayat: Mereka menyatakan bahawa kejadian tanah runtuh tersebut tidak disedari kerana berlaku ketika mereka sedang tidur lena. 2 kerana Ayat: Mereka tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka kerana secara tiba-tiba kereta mereka rosak. 3 yang Ayat: Azrul mendermakan sebahagian daripada wang yang diperoleh hasil keuntungan perniagaannya. 4 untuk Ayat: Puan Hasnah membeli semua nasi lemak di gerai Mak Esah untuk diberikan kepada anak-anak yatim.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 62 Baca bahan pada halaman 86 dan 87 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, kemudian buat ulasan untuk setiap bahan tersebut. BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT - Membaca - Seni bahasa Ulasan Kerana Seekor Arnab Ulasan Gurindam Hidup Berjiran Ulasan Kota Mimpi SP 4.4.2 Mempersembahkan puisi dalam pelbagai media secara kreatif SP 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat TP Encik Adli menyangka Encik Selva melanggar arnabnya, Labun. Sejak itu, dia memusuhi Encik Selva. Encik Selva menjelaskan bahawa dia tidak melanggar arnab tersebut. Dia hanya mengangkatnya selepas dilanggar. Akhirnya, Encik Selva dan Encik Adli berbaik semula. Berdasarkan jawapan murid Berdasarkan jawapan murid


63 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) A Analisis maklumat yang terkandung dalam bahan pada halaman 94 dan 95 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, kemudian berikan respons yang kritis tentang isu tersebut. DIRGAHAYU BAHASAKU - Mendengar & Bertutur TEMA 8 SUBUR BAHASA, MEKAR SASTERA Isu: Bahasa Melayu dalam Kalangan Guru • Guru mengadakan program berkaitan dengan bahasa di sekolah Isu: Bahasa Melayu dalam Kalangan Pekerja Asing • Pekerja asing mempelajari bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh Isu: Bahasa Melayu bagi Pelajar Institut Pengajian Tinggi • Bahasa Melayu perlu digunakan dalam apa-apa jua bidang Isu: Bahasa Melayu bagi Murid Sekolah • Penggunaan bahasa Melayu bukan untuk tujuan peperiksaan sahaja malah harus digunakan selepas tamat persekolahan SP 1.3.2 Mendengar dan menganalisis maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana serta memberikan respons yang betul, tepat dan bermaknan TP 1 2 3 4


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 64 Baca bahan pada halaman 96 dan 97 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 menggunakan teknik SQ4R. Kemudian, buat ulasan lengkap. KENALI DAN HARGAI TULISAN JAWI - Membaca Teknik Bacaan Dapatan Survey/ Meninjau 1 Petikan 1 ialah jurnal yang ditulis oleh seseorang ketika dia pulang ke kampung. Dia terpesona dengan surat yang ditulis dengan tulisan Jawi dan khat di dinding rumah datuknya. 2 Petikan 2 ialah rencana tentang tulisan Jawi. Question/ Menyoal 1 Di manakah penulis jurnal berada? 2 Apakah keistimewaan Pak Cik Abror? 3 Mengapakah penulis seronok bercuti di kampung? 4 Bagaimanakah caranya hendak mempopularkan tulisan Jawi? Reading/ Membaca 1 Keistimewaan tulisan Jawi dan khat. 2 Penulis jurnal pulang ke kampungnya. 3 Pak Cik Abror menulis surat dalam tulisan Jawi dan menulis khat. 4 Penulis seronok bercuti di kampung kerana dapat membaca surat dalam tulisan Jawi dan mencuba khat. 5 Cara mempopularkan tulisan Jawi. 6 Fungsi tulisan Jawi. Record/ Mencatat 1 Tulisan Jawi boleh dipopularkan dengan cara: – penerbitan buku panduan – bengkel dan pameran – khat dan kaligrafi didedahkan di sekolah – tulisan Jawi pada papan tanda 2 Peranan tulisan Jawi: – mempelajari agama Islam – menulis kanun, warkah – menulis akhbar dan majalah Recite/ Menyatakan Kembali 1 Pengalaman penulis jurnal di kampung datuknya. 2 Rencana tentang peranan tulisan Jawi dan cara mempopularkannya. Reflect/ Membuat Refleksi 1 Tulisan Jawi harus dihidupkan semula SP 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat TP


77 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) CITA RASA RAKYAT MALAYSIA - Membaca A B Senaraikan maklumat yang diperoleh berdasarkan bahan pada halaman 114 dan 115 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 dengan menggunakan teknik ACID. Kenal pasti dan jelaskan panduan yang terdapat dalam bahan berdasarkan pengalaman anda. Teknik Contoh Ayat Agree/ Bersetuju Oleh hal yang demikian, adalah sangat penting untuk kita memastikan bahawa sumber produk dari laut atau yang diternak secara komersial benarbenar berkualiti, segar, dan selamat. Confusing/ Mengelirukan Tahukah anda bahawa pengambilan makanan berasaskan ikan dan hidupan laut yang lain telah menjadi budaya rakyat di negara kita? Interesting/ Menarik Sehubungan dengan itu, semasa memilih ikan, pastikan kesegarannya dengan cara melihat mata ikan tersebut, sisiknya, dinding perutnya, keadaan dagingnya apabila ditekan, warna kulitnya, warna insangnya, dan baunya. Disagree/ Tidak Bersetuju Oleh itu, pakar pemakanan mengesyorkan agar ikan dimakan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Mata 1 2 Berwarna cerah, jernih dan segar Permukaan matanya terasa menonjol dan kenyal ketika diraba Isi 1 2 3 Teksturnya lembut tetapi kenyal Isi melekat kuat pada tulang Jika ditekan, kembali ke bentuk asal Bau 1 Tidak mengganggu deria bau kita Insang 1 2 Berwarna merah, segar dan bersih Teksturnya basah Sisik 1 2 Sisiknya tidak tertanggal Melekat pada isi dan susah ditanggalkan Cara Mengenali Kesegaran Ikan


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 78 Panduan Ikan Masak Ampap SP 2.2.2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan respons peribadi yang sesuai TP Jika tiada bunga kunyit guna daun kunyit 1 Untuk menjadikannya lebih pedas dan masam tambah cili dan asam belimbing atau asam jawa 5 Supaya bahan ditumbuk cepat lumat campur garam 2 Sebab air dimasukkan sedikit kerana ikan mengeluarkan air 6 Minyak masak yang lebih baik guna minyak kelapa buatan sendiri 3 Supaya ikan cepat masak tutup periuk supaya wap tidak keluar 7 Jika tidak mahu menggunakan ikan kembung guna ikan tenggiri, ikan basung, ikan kayu dan atau ikan lengkunis 4 Untuk menjadikannya lebih sedap dimasak lebih lama 8


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 92 B Tulis ringkasan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Pendahuluan: Petikan membincangkan kegunaan filem X-ray. Isi Tersurat Isi Tersirat 1 Dijadikan kompang bagi menggantikan kompang tradisional. 1 Membantu mengekalkan seni warisan tradisional. 2 Medium perak dalam filem X-ray dapat dijadikan zarah nano yang diaplikasikan menjadi produk antibakteria. 2 Membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia. 3 Diproses menjadi hablur perak dan jongkong perak. 3 Dijadikan sumber ekonomi. 4 Dijadikan barang perhiasan wanita. 4 Menghasilkan produk dengan kos yang rendah dan boleh dijual dengan harga yang murah. 5 Dijadikan kraf tangan. 5 Sumber pendapatan sampingan. Penutup: Kesimpulannya, bahan kitar semula boleh dijadikan produk yang berguna supaya alam terus terpelihara. Ringkasan Lengkap: Berdasarkan jawapan murid


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 98 Tonton dan dengar bahan Imbas Saya pada halaman 146 dan 147 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 dan analisis isu berikut. Kemudian, jalankan sesi forum di dalam kelas. TERBAIK DARI LADANG Mendengar dan Bertutur - Mendengar & Bertutur TEMA 12 TUAH DI BUMI PERMATA SP 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila TP Pengerusi: Selamat datang ke sesi forum pada pagi ini. Forum pada pagi ini bertajuk kegunaan kerbau. Saya ingin memperkenalkan ahli forum pada pagi ini, iaitu panel pertama , Pegawai Pertanian Daerah Muar. Ahli panel kedua ialah dan . 1 Kita mulakan dengan panel pertama, bolehkah tuan jelaskan peranan Jabatan Pertanian Muar dalam usaha memajukan penternakan kerbau di daerah ini? 2 Seterusnya, kita beralih kepada panel kedua. Bolehkah saudara ceritakan pengalaman yang pernah saudara lalui berkaitan kerbau? 3 Baiklah, kita tanya pendapat panel ketiga pula. Pada pendapat saudara, apakah kegunaan lain kerbau selain yang dinyatakan oleh panel kedua tadi? Catatkan isi di sini Panel: Berdasarkan jawapan murid


111 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) ERA BAHARU INDUSTRI SUKAN A B Teliti bahan dan kenal pasti maklumat pada halaman 164 dan 165 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3. Berdasarkan maklumat tersebut, hasilkan sebuah penulisan baharu yang kreatif. - Menulis Jenis-jenis Sukan Mengikut Golongan Manusia 1 Golongan kanakkanak Kanak-kanak gemar melakukan aksi akrobatik dan bermain trampoline. 2 Golongan remaja Anak muda gemar melakukan aktiviti sukan lasak. 3 Golongan lelaki dewasa Lelaki dewasa mengunjungi pusat gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. 4 Golongan wanita dewasa Wanita juga mengunjungi gimnasium untuk melakukan senaman aerobik dan zumba. Berdasarkan jawapan murid


113 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) A B Berdasarkan bahan pada halaman 166 dan 167 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, analisis dan ulas maklumat tersurat dan tersirat yang anda peroleh. Hasilkan cerpen yang mengandungi aspek yang lengkap seperti permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian. KECIL-KECIL CILI API - Mendengar & Bertutur - Seni Bahasa Isi Tersurat Isi Tersirat 1 Percetakan dan pembungkusan Rekaan yang menarik dan kreatif mendapat permintaan yang memberangsangkan. 2 Industri komponen automatif Membolehkan harga kereta tempatan lebih murah. 3 Industri pemprosesan makanan Ramai pengusaha menggunakan platform media sosial berjaya mengubah nasib keluarga. 4 Industri berasaskan plastik Pertumbuhan industri makanan seperti di pasar malam menggalakkan pertumbuhan industri berasaskan plastik. Permulaan Saya tidak dapat tidur lena malam itu. Berbagai-bagai masalah bermain-main di ruang minda saya. Anak saya memerlukan duit tambahan kerana hendak mengikuti aktiviti di universiti. Sewa rumah belum dibayar. Stok jualan sambal saya belum berkurangan sejak seminggu yang lalu. Perniagaan ini mata pencarian utama, tetapi seakan-akan tiada masa depan. Perkembangan Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Saya menjawab salam dan membuka pintu. Kelihatan seorang perempuan membawa dua kotak barang. Ya, saya pasti itu sambal yang dibelinya daripada saya minggu lepas. Semua dikembalikan semula kerana basi katanya. Saya terduduk. Apakan daya, saya terpaksa menerimanya. Saya menelefon anak saya di universiti. Hanya dia yang memahami masalah saya. Anak-anak yang lain masih bersekolah dan ada yang masih kecil. Sukar untuk mereka memahami masalah saya. Kalau dahulu,


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 126 KEAJAIBAN DASAR LAUT Berdasarkan maklumat pada halaman 192 dan 193 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, tulis sebuah karangan yang bertemakan taman laut dengan menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif. - Menulis Mutakhir ini isu berkaitan dengan kepentingan taman laut kepada negara sering diperkatakan. Isu ini sering dipaparkan di media massa. Kerajaan sedang berusaha untuk menjaga taman laut negara kita. Terdapat pelbagai kepentingan taman laut kepada negara. Antara kepentingan taman laut adalah sebagai agen penyederhanaan suhu. Hal ini dikatakan demikian kerana suhu panas kian meningkat di seluruh dunia. Sebagai contoh, perairan Sabah yang sangat luas ialah aset untuk membantu menurunkan suhu dunia. Impaknya, bumi semakin indah untuk dihuni. Jelaslah, agen penyederhanaan suhu merupakan kepentingan taman laut. Selain itu, taman laut ialah tempat pembiakan pelbagai spesies hidupan marin. Hal ini dikatakan demikian kerana taman laut mengandungi karang keras dan karang lembut yang menjadi tempat tinggal spesies hidupan marin. Sebagai contoh, terdapat 1619 spesies ikan marin di perairan Malaysia. Impaknya, taman laut membekalkan sumber makanan kepada negara. Jelaslah, menjadi tempat pembiakan pelbagai spesies hidupan marin merupakan kepentingan taman laut. Di samping itu, taman laut menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana pelancong akan tertarik untuk melihat pelbagai hidupan marin di dalam laut. Sebagai contoh, tahun 2014 mencatatkan kedatangan pelawat ke taman laut seramai 600,000 orang. Impaknya, aktiviti ekonomi akan meningkat berikutan kedatangan pelancong. Jelaslah, menggalakkan kedatangan pelancong ke negara kita merupakan kepentingan taman laut. Kesimpulannya, taman laut perlu dipelihara. Kerajaan hendaklah mengambil inisiatif ini supaya khazanah negara terus terjaga. Jika tidak generasi akan datang tidak dapat menikmati kekayaan negara ini. Diharapkan taman negara akan menjadi tarikan utama negara pada masa hadapan. Tajuk: Kepentingan Taman Laut kepada Negara Tema: Taman Laut Kata Kunci: Kepentingan


141 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) F Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hari itu, setelah tiga tahun setengah berlalu, Kondo Jaya tegak. Mereka yang melalui jalan itu terpaksa mendongakkan kepala untuk melihat puncaknya. Sebahagian besar pembeli mengambil kunci hari itu. Semua 21 lot kedai disewakan. Harun terkinja-kinja di celah-celah orang ramai menuju ke kaunter. Dia ingin melihat pemilik kondo itu. Matanya terbeliak melihat adiknya Hisyam dan Halimah menyambut para pembeli sambil menyerahkan kunci. Wajah Hisyam sangat ceria dan puas pada mata Harun. Raut wajah Halimah amat gembira dan bersyukur pada mata Harun. Selepas seketika, dia berundur dengan memendam rasa. Dia memandu dengan rasa ngilu pada kalbunya. Wangnya yang dua juta lebih sudah tinggal sejuta lebih sahaja. Malam itu Hisyam menerima panggilan. Dia melihat nombor pemanggilnya. Abang Harun. “Helo, bang.” “Sampai hati kamu, Syam…?” “Sampai hati apa, bang? Apa yang saya buat pada abang?” “Kamu mainkan aku ya? Kamu tubuhkan syarikat dengan Halimah kemudian beli tanah ayah. Apa, itu bukan main?” “Astaghfirullah…! Abang…! Kenapa abang cakap macam tu? Bukankah dulu saya dah sebut tentang syarikat tu. Abang tak setuju, abang mati-mati nak jual tanah itu. Harga itu abang juga yang tetapkan. Saya dengan Kak Halimah ikut saja.” “Hm... Yalah tu. Tapi kenapa kamu tak beritahu abang?” “Saya adik. Saya tak mahu nanti bertegang urat dengan abang, nanti saya tinggikan suara dengan abang. Saya tak mahu derhaka pada abang seperti juga saya tak mahu derhaka pada mak dan ayah.” “Pandai kamu cakap.” Dipetik daripada cerpen “Sekeping Tanah”, antologi Bintang Hati 1 Berdasarkan petikan, mengapakah Harun sangat marah kepada Hisyam dan Halimah? Harun sangat marah kerana berasa tertipu apabila Hisyam dan Halimah bersepakat membeli tanah pusaka arwah ayah mereka dan membangunkan sebuah kondo di atas tanah tersebut. 4 Penyakit kanser payudara merupakan pembunuh utama kaum wanita. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah pencegahan awal penyakit kanser payudara yang boleh dilakukan? Pada pendapat saya, langkah-langkah pencegahan awal penyakit kanser payudara adalah dengan melakukan pemeriksaan awal di hospital supaya kita dapat mencegah sebelum terlambat. Selain itu, kaum wanita juga boleh melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), terutamanya bagi golongan wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk.


15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM11.90 : RM12.90 Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan peta pemikiran akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. 2.0 Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi TINGKATAN 3 BAHASA MELAYU MODULE PERFECT 2.0 9 786297 573816 ISBN 978-629-7573-81-6 MGF3


Click to View FlipBook Version