Digubal oleh PANEL AKRAM Negeri Terengganu Format SPM TERKINI Skema Pemarkahan Disediakan dalam KOD QR 2 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dan 2022 2 Set Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021 dan 2022 PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN KERTAS PERCUBAAN SPM MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia PERNIAGAAN HAK CIPTA EKSKLUSIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Format Instrumen Peperiksaan SPM Perniagaan iv Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021 Set 1 Kertas 1 1 – 8 Kertas 2 9 – 26 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 Set 2 Kertas 1 27 – 34 Kertas 2 35 – 54 Peperiksaan Percubaan SPM 2021 Set 3 Kertas 1 55 – 62 Kertas 2 63 – 80 Peperiksaan Percubaan SPM 2022 Set 4 Kertas 1 81 – 88 Kertas 2 89 – 108 SKEMA PEMARKAHAN
3766/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan sahaja. 4. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. PERNIAGAAN Kertas 1 3766/1 1 1 4 Jam Satu jam lima belas minit PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022 SET 1 Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak
SULIT 2 3766/1 3766/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT Jawab semua soalan. 1 Antara berikut, yang manakah bukan kaedah yang digunakan oleh organisasi bukan bermotifkan untung untuk menjalankan perniagaan? A Secara percuma B Jualan pada harga tetap C Jualan pada harga kos D Jualan pada harga di bawah kos 2 Apakah ciri syarikat sendirian berhad? A Liabiliti tidak terhad B Hayat berterusan C Keuntungan diagih dalam bentuk bonus D Pemegang saham tidak terhad 3 Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan perkongsian. Puan Aminah membenarkan kawan-kawannya menggunakan namanya dalam perniagaan restorannya. Beliau tidak mengeluarkan sebarang modal. Apakah jenis rakan kongsi restoran berkenaan? A Rakan kongsi berhad B Rakan kongsi lelap C Rakan kongsi biasa D Rakan kongsi nominal 4 Gambar 1 berkaitan dengan logo sebuah bank. Gambar 1 Antara berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan peranan bank tersebut? I Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan II Menyediakan pelbagai perkhidmatan wang III Mengamal selia sistem pembayaran negara IV Memantau dan mengawal keadaan ekonomi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5 Maklumat berikut berkaitan dengan situasi yang berlaku semasa pandemik COVID-19. Keadaan ekonomi dan politik Malaysia yang tidak menentu dan berlaku perubahan serta cabaran kepada krisis kesihatan dan ekonomi serantau. Apakah cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz besar di Malaysia? A Masalah ketidakstabilan politik B Ketidakpastian pasaran C Kelemahan pengurusan strategi syarikat D Keuntungan syarikat yang tinggi 6 Maklumat berikut berkaitan dengan pelepasan cukai. Syarikat Berjaya dikecualikan membayar cukai selama lima tahun. Apakah jenis pelepasan cukai yang diterima oleh Syarikat Berjaya? A Taraf perintis B Potongan cukai C Pengecualian cukai D Elaun cukai pelaburan 7 Gambar 2 berkaitan dengan logo sebuah agensi kerajaan. Gambar 2 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan agensi di atas? A Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan B Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan C Menyediakan infrastruktur kepada peniaga D Mempromosikan aktiviti perdagangan ke luar negara
SULIT 5 3766/1 3766/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 22 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan sumber manusia yang dilaksanakan oleh Pengurus Sumber Manusia Syarikat QQY Sendirian Berhad. • Pemantapan budaya professional dengan memperkenalkan konsep Total Quality Management (TQM). • Menyediakan program latihan peningkatan kemahiran dari semasa ke semasa. Bagaimanakah peranan di atas dapat membantu Syarikat QQY Sendirian Berhad? A Pekerja bertambah mahir B Motivasi pekerja meningkat C Produktiviti syarikat meningkat D Menggalakkan kreativiti dan inovasi pekerja 23 Maklumat berikut berkaitan dengan sebab pemberhentian pekerja. Puan Siti bercadang untuk bersara lebih awal kerana ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Apakah sebab pemberhentian pekerja tersebut? A Penamatan perkhidmatan secara wajib B Penamatan perkhidmatan secara sukarela C Penamatan perkhidmatan kerana diberhentikan D Penamatan perkhidmatan kerana paksaan 24 Gambar 4 menunjukkan penghargaan yang diberikan kepada pekerja. Gambar 4 Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia berdasarkan gambar di atas? A Prestasi pasukan B Pemberhentian pekerja C Latihan peningkatan kemahiran D Pemberian insentif yang munasabah 25 Maklumat berikut berkaitan dengan jenis kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Puan Munirah. Puan Munirah telah menceburi bidang bakeri sejak 3 tahun yang lepas. Baru-baru ini, beliau telah memohon jawatan kosong di Hotel Raia Kuala Nerus. Apakah jenis kemahiran kobolehkerjaan yang dimiliki oleh Puan Munirah? A Kelayakan B Kecekapan C Keberkesanan D Berpengalaman 26 Rajah 4 menunjukkan sejenis struktur organisasi. Pengurus Besar Pengurus Pemasaran Pengurus Kewangan Pengurus Pengeluaran Rajah 4 Apakah jenis struktur organisasi di atas? A Berdasarkan fungsi B Berdasarkan produk C Berdasarkan wilayah D Berdasarkan pelanggan 27 Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber fizikal yang diperlukan dalam sesebuah organisasi? I Kilang dan mesin II Bangunan dan kelengkapan III Jentera dan mesin IV Bangunan dan kemudahan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 28 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan sebuah agensi kerajaan. Memantau pembangunan harta intelektual di Malaysia. Apakah agensi kerajaan tersebut? A MARA B SIRIM C MyIPO D NPC
SULIT 6 3766/1 3766/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 29 Maklumat berikut berkaitan dengan sumber fizikal dalam sesebuah organisasi. • Pemprosesan pesanan • Kawalan inventori • Pergudangan • Pengangkutan Apakah sumber fizikal tersebut? A Stok B Bahan mentah C Produk siap D Bangunan dan kemudahan 30 Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh harta intelek? I Muzik II Filem III Hak cipta IV Paten A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 31 Antara berikut, yang manakah merupakan sumber teknologi PERODUA? A Peralatan TMK B Kilang pengeluaran kereta C Reka bentuk kereta D Bangunan pameran kereta 32 Maklumat berikut berkaitan dengan sumber fizikal dalam sesebuah organisasi. • Sewa beli • Pajakan • Gadaian Apakah sumber pembiayaan tersebut? A Sumber pembiayaan dalaman B Sumber pembiayaan luaran C Sumber pembiayaan kerajaan D Sumber pembiayaan peribadi 33 Gambar 5 menunjukkan mesin kilang pemproses makanan ternakan haiwan. Gambar 5 Apakah jenis pembiayaan yang sesuai untuk membeli mesin pemprosesan tersebut? A Gadaian B Pajakan C Pemfaktoran D Sewa beli 34 Jenis pembiayaan manakah yang boleh didapati daripada agensi kerajaan? A Pajakan B Pemfaktoran C Overdraf D Geran penyelidikan dan pembangunan 35 Gambar 6 menunjukkan Kedai Runcit Haslina. Gambar 6 Antara berikut, yang manakah merupakan modal perniagaan Kedai Runcit Haslina? I Inventori II Pelanggan III Penghutang IV Premis kedai A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 3766/2 Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Soalan Markah Penuh Markah yang Diperoleh A 1 10 2 10 3 10 4 10 5 10 6 10 B 7 15 8 15 9 15 C 10 20 Jumlah 100 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas peperiksaan ini. 3. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. PERNIAGAAN Kertas 2 3766/2 2 1 4 Jam Dua jam lima belas minit PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022 Kertas peperiksaan ini mengandungi 18 halaman bercetak SET 1
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 10 3766/2 Bahagian A [50 markah] Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini. 1 (a) Rajah 1 menunjukkan dua organisasi yang mempunyai tujuan perniagaan yang berbeza. Organisasi Z Rajah 1 Huraikan kaedah yang digunakan oleh organisasi Z apabila menjalankan perniagaan. [3 markah] (b) Petikan akhbar berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan. Petroleum Nasional Bhd (PETRONAS) dan Saudi Aramco, syarikat minyak kebangsaan Arab Saudi, mengumumkan pembentukan dua usaha sama bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), yang menjadi sebahagian Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor. Sumber: Bernama, 29 Mac 2018 Mengapakah kedua-dua syarikat di atas memilih untuk menjalankan bentuk pemilikan perniagaan di atas? [4 markah] (c) Nyatakan tiga kelebihan perniagaan bersaiz kecil. [3 markah]
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 11 3766/2 2 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan. Pengangguran X berlaku apabila organisasi perniagaan tidak mampu untuk membayar gaji pekerja sedia ada menyebabkan pekerja terpaksa diberhentikan. Jelaskan pengangguran X. [3 markah] (b) Gambar 1 menunjukkan suatu agensi kerajaan di peringkat daerah. Gambar 1 Jelaskan peranan agensi kerajaan tersebut. [3 markah] (c) Kenyataan berikut adalah berkenaan gaya pengurusan di sesebuah organisasi. Gaya pengurusan yang positif boleh membawa perubahan yang menguntungkan kepada persekitaran sesebuah perniagaan. Terangkan dua gaya pengurusan. [4 markah]
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 16 3766/2 Bahagian B [30 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 7 Berdasarkan maklumat di bawah, jawab soalan-soalan berikut. Cik Zanitah merupakan graduan lepasan universiti dalam bidang pemasaran. Baru-baru ini, beliau telah mendapat tawaran kerja sebagai pegawai pemasaran dengan tawaran gaji sebanyak RM2 500 di sebuah syarikat pengeluar penapis air terkemuka di Malaysia. Beliau telah ditempatkan di bahagian pemasaran. Cik Zanitah dibekalkan dengan perisian Customer Relationship Management (CRM) yang dicipta oleh salah seorang pegawai ICT syarikat tersebut untuk menguruskan kerjanya dalam bidang pemasaran. (a) Jelaskan aspek pengelolaan sumber manusia dalam situasi di atas. [5 markah] (b) Terangkan faktor penentu sistem penggajian bagi perniagaan di atas. [6 markah] (c) Berikan empat kepentingan pengurusan sumber manusia kepada perniagaan. [4 markah] 8 Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan sebuah perniagaan. Puan Zara ialah seorang usahawan yang mengeluarkan pakaian sekolah jenama Zaraa Collection. Beliau menyasarkan pengeluaran sebanyak 10 000 pasang pakaian sekolah pada tahun 2022 untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah di seluruh negeri Terengganu. Jumlah ini dijangka meningkat sebanyak 15% pada tahun 2023. Perniagaan ini mempunyai 350 orang pekerja dan 200 buah mesin menjahit pakaian yang berusia lebih 5 tahun. Bangunan kilang beliau juga sudah berusia lebih 7 tahun. (a) Huraikan jenis sumber fizikal perniagaan Zaraa Collection. [6 markah] (b) Bagaimanakah Puan Zara mengurus sumber fizikal perniagaannya? [4 markah] (c) Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan tersebut. [5 markah]
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 40 3766/2 5 (a) Gambar 3 menunjukkan interaksi antara sebuah perniagaan farmasi dengan pihak pembekal. Pembekal X Pembekal Y Gambar 3 Jelaskan kepentingan interaksi bahagian fungsian pembelian dengan pembekal X dan Y. [5 markah] (b) Gambar 4 menunjukkan laman web pemasaran terkenal. Gambar 4 Mengapakah ramai peniaga memilih untuk memasarkan barang melalui laman web di atas? [5 markah]
SULIT 58 3766/1 3766/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 17 Antara berikut, yang manakah merupakan faedah bukan berbentuk kewangan yang diberikan kepada pekerja? A Komisen B Pinjaman C Cuti rehat D Bonus tunai 18 Antara berikut, yang manakah dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987? A Hak cipta B Karya seni C Cap dagang D Petunjuk geografi 19 Gambar 2 menunjukkan bahagian fungsian dalam sebuah syarikat. Gambar 2 Apakah peranan bahagian fungsian yang ditunjukkan oleh gambar berikut? A Mengagihkan sumber kewangan ke bahagian yang memerlukan secara cekap B Mengenal pasti sumber pembiayaan bagi menambahkan modal C Menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan perkhidmatan D Mengemaskini dan mempromosikan barang dan perkhidmatan 20 Bagaimanakah pekerja ditempatkan dalam organisasi perniagaan? I Berdasarkan kemahiran II Mengikut kelayakan akademik III Mengikut keutamaan kemasukan IV Mengikut tempat kelahiran pekerja A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 21 Maklumat berikut berkaitan dengan sistem penggajian. • Ganjaran yang diberi kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan. • Jumlah jualan dibuat akan menentukan jumlah ganjaran. Apakah sistem penggajian yang berkaitan dengan pernyataan di atas? A Elaun B Komisen C Bonus tunai D Pinjaman kewangan 22 Mengapakah kemahiran kebolehkerjaan penting kepada pekerja? A Pekerja tidak memerlukan tunjuk ajar B Memudahkan pekerja untuk naik pangkat C Pekerja akan dibayar dengan gaji yang tinggi D Pekerja dapat melaksanakan kerja yang cekap 23 Rajah 3 menunjukkan sejenis struktur organisasi. Pengurus Besar Pengurus Kewangan Pengurus Pemasaran Pengurus Pengeluaran Rajah 3 Apakah jenis struktur organisasi di atas? A Struktur organisasi berdasarkan pelanggan B Struktur organisasi berdasarkan produk C Struktur organisasi berdasarkan fungsian D Struktur organisasi berdasarkan geografi 24 Gambar 3 menunjukkan sumber fizikal perniagaan. Gambar 3 Bagaimanakah prosedur mengurus sumber tersebut? A Perlindungan insurans dan keselamatan B Penggunaan alatan yang terbiar C Hak eksklusif untuk suatu reka cipta D Mengelakkan ancaman dan cetak rompak
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 72 3766/2 Bahagian C [20 markah] Soalan ini wajib dijawab. 10 Puan Aishah merupakan pemilik NS Bundle yang menjalankan perniagaan jualan kasut terpakai di premisnya berhampiran stadium utama negeri Terengganu. Perniagaannya juga dijalankan secara dalam talian. Terdapat ramai pemborong besar yang menjual kasut terpakai di Malaysia namun syarikat lebih memilih untuk mendapatkan bekalan kasut terpakai daripada Adela Bundle yang terletak di selatan Thailand. Kesemua produk yang dijual merupakan kasut terpakai berjenama terkenal daripada Korea, Jepun dan negara-negara Eropah. Terkini, jualan kasut terpakai mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat melalui dalam talian di seluruh negara termasuklah negara-negara jiran seperti Singapura dan Brunei. Terdapat juga pembeli yang menjual semula kasut terpakai untuk mendapatkan keuntungan. Jualan Kasut Terpakai Tahun 2019 – 2021 Jumlah (RM) Tahun 2019450 000 700 000 900 000 2020 2021 Peperangan yang berlaku di Ukraine telah membawa kesan besar terhadap ekonomi global. Harga kasut terpakai juga meningkat kerana kenaikan kadar pertukaran mata wang asing. NS Bundle bersama rakan strategik niaga sedang memikirkan langkah terbaik bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan berikut. (a) Mengapakah Puan Aishah memilih Adela Bundle sebagai pemborong utama mereka? [5 markah] (b) Huraikan trend persekitaran bagi perniagaan ini. [3 markah] (c) Huraikan dua faktor luaran yang mempengaruhi perubahan kepada perniagaan. [6 markah] (d) Mengapakah ramai pengguna memilih untuk membeli produk terpakai bagi kegunaan harian mereka? [3 markah] (e) Jelaskan peranan rakan strategik niaga dalam membantu perniagaan Puan Aishah. [3 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 73 3766/2 RUANG JAWAPAN UNTUK SOALAN BAHAGIAN B SOALAN 7
SULIT 87 3766/1 3766/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 32 Maklumat berikut berkaitan dengan kelemahan sejenis pembiayaan. Barang akan ditarik balik jika penyewa gagal menjelaskan ansuran. Apakah jenis pembiayaan tersebut? A Sewa beli B Pinjaman C Gadaian D Pajakan 33 Antara berikut, yang manakah terkandung dalam penyata pendapatan? I Aset semasa II Overdraf III Jualan IV Untung kasar A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 34 Berikut ialah penyata pendapatan Perniagaan Zafeesha dari tahun 2017 hingga 2019. Butiran 2017 2018 2019 RM RM RM Jualan 90 000 90 000 90 000 Tolak: Kos jualan (45 000) (46 000) (45 000) Untung kasar 45 000 44 000 45 000 Tolak: Belanja operasi (25 000) (22 000) (20 000) Untung bersih 20 000 22 000 25 000 Apakah faktor yang menyumbang kepada peningkatan untung bersih dari tahun 2017 hingga 2019? A Jualan semakin meningkat dari tahun ke tahun B Kegiatan promosi membantu meningkatkan untung C Perniagaan semakin cekap mengurus perbelanjaan D Perniagaan menjual produk pada harga yang lebih tinggi 35 Gambar 9 menunjukkan beberapa barang di kedai perabot. Gambar 9 Apakah kategori barang-barang tersebut? A Stok bergerak pantas B Stok bergerak perlahan C Stok segera D Stok statik 36 Berikut menunjukkan agensi yang memberi bantuan profesional kepada usahawan. • Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MECD) Apakah bantuan profesional yang disediakan oleh agensi tersebut? A Kewangan B Pengurusan C Pelaburan D Khidmat nasihat dan rundingan 37 Akta berikut adalah berkaitan dengan penubuhan sebuah milikan perniagaan, kecuali A Akta Syarikat 2016. B Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. C Akta Kontrak 1950. D Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. 38 Pernyataan manakah yang paling tepat menerangkan fungsi resit? A Menyatakan jumlah bayaran B Sebagai bukti bayaran telah dibuat C Menyatakan jumlah penerimaan D Merekod pembelian kredit
SULIT 3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 3766/2 Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Soalan Markah Penuh Markah yang Diperoleh A 1 10 2 10 3 10 4 10 5 10 6 10 B 7 15 8 15 9 15 C 10 20 Jumlah 100 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas peperiksaan ini. 3. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. PERNIAGAAN Kertas 2 3766/2 2 1 4 Jam Dua jam lima belas minit PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022 Kertas peperiksaan ini mengandungi 20 halaman bercetak SET 4
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 90 3766/2 Bahagian A [50 markah] Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini. 1 (a) Gambar berikut berkaitan dengan dua buah perniagaan. Gambar A Gambar B Terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua gambar di atas. [5 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Cekap Sendirian Berhad. Nama perniagaan: Syarikat Cekap Sendirian Berhad Alamat: Lot 2021 Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu Jualan tahun 2020: RM10 juta Bilangan pekerja tetap: 50 orang Aktiviti pasaran: Menyediakan perkhidmatan penghantaran barang ke seluruh negara (i) Apakah saiz perniagaan Syarikat Cekap Sendirian Berhad? [1 markah] (ii) Terangkan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan di 1(b)(i). [4 markah]
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 91 3766/2 2 (a) Bagaimanakah inflasi boleh berlaku? [2 markah] (b) Dialog berikut menunjukkan gaya pengurusan Encik Amin dan Puan Shira. Encik Amin: Saya sentiasa memberi peluang dan kebebasan sepenuhnya kepada pekerja saya untuk memberi idea dan membuat keputusan dalam kerja. Saya percaya dan yakin bahawa pekerja saya boleh melakukan kerja dengan cemerlang. Puan Shira: Saya tidak begitu, Encik Amin. Saya lebih suka membuat keputusan sendiri dan pekerja hanya perlu ikut arahan sahaja. Saya ingin pastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai tepat pada masanya. Terangkan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Amin dan Puan Shira. [4 markah] (c) Rajah 1 menunjukkan perubahan tingkat jualan yang berlaku kepada Syarikat Smentari Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk minuman kesihatan. 2019 – 2020 Rajah 1 Jelaskan faktor-faktor luaran yang membawa kepada perubahan persekitaran perniagaan tersebut. [4 markah]
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 98 3766/2 Bahagian C [20 markah] Soalan ini wajib dijawab. 10 Haziq & Haiqal Cleaning Services telah memulakan operasi perniagaan pada 1 Januari 2016 dengan aktiviti utama sebagai pusat cucian kereta sahaja. Pusat cucian ini beroperasi di kawasan perindustrian Chendering, Kuala Terengganu. Setelah dua tahun beroperasi, perniagaan ini mencatatkan peningkatan keuntungan yang memberangsangkan. Haziq dan Haiqal telah membuka satu cawangan di kawasan perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus dan satu lagi di bandar Marang. Mereka juga meluaskan skop perniagaan kepada perkhidmatan cucian yang lain seperti perkhidmatan cucian ke premis pelanggan yang merangkumi proses sanitasi, cucian karpet, longkang, potong rumput dan membasmi anai-anai. Selain itu, perniagaan ini juga telah mendapat kontrak mencuci kenderaan jabatan kerajaan. Berikut merupakan maklumat jualan bersih, untung bersih dan pekerja Haziq & Haiqal Cleaning Services. 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 2018 2019 2020 Jualan bersih Untung bersih Jualan bersih dan Untung bersih Haziq & Haigal Cleaning Services Pekerja Bilangan Pengurusan 2 orang Staf sokongan 9 orang Pekerja operasi 45 orang Encik Haziq mengemukakan cadangan untuk menambah bilangan pekerja operasi kepada 70 orang. Namun, cadangan ini tidak dipersetujui oleh Encik Haiqal. Encik Haziq terus berusaha untuk meyakinkan Encik Haikal.
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 99 3766/2 Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan berikut. (a) Mengapakah Encik Haziq dan Encik Haiqal memilih jenis pemilikan perniagaan tersebut? [4 markah] (b) Terangkan prosedur mengurus sumber fizikal perniagaan yang dijalankan oleh Haziq & Haiqal Cleaning Services bagi tahun 2020. [4 markah] (c) Jelaskan kelebihan saiz perniagaan mereka. [4 markah] (d) Kirakan peratus margin untung bersih Haziq & Haiqal Cleaning Services bagi tahun 2020. [3 markah] (e) Kemukakan cadangan kepada Encik Haiqal supaya beliau bersetuju dengan cadangan Encik Haziq. [5 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
3766/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 3766/2 SOALAN 7 100 RUANG JAWAPAN UNTUK SOALAN BAHAGIAN B
Dengan Kerjasama: KERTAS PERCUBAAN SPM MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia KERTAS PERCUBAAN SPM TERENGGANU AKRAM PERNIAGAAN Semenanjung Malaysia : RM9.90 Sabah & Sarawak : RM10.90 9 786294 710320 ISBN 978-629-471-032-0 Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Matematik Matematik Tambahan Sejarah Geografi Pendidikan Islam Fizik Kimia Biologi Bahasa Arab Ekonomi Prinsip Perakaunan Perniagaan Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Moral Siri Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM digubal oleh ahli panel AKRAM Negeri Terengganu. AKRAM ialah singkatan kepada Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan murid khususnya di negeri Terengganu dengan menyediakan soalansoalan latih tubi untuk digunakan oleh murid. Hasil daripada usaha AKRAM, Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai pencapaian terbaik dalam peperiksaan di sekolah mahupun peperiksaan awam. Kertas Percubaan SPM Terengganu yang dihasilkan ini digubal berdasarkan format SPM terkini dengan menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Kertas Percubaan SPM ini diharap dapat membantu murid di seluruh negara untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.