1103/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S5–1 [Lihat halaman sebelah Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 2 jam Dua jam 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN 5 K SET ERTAS MODEL 05_KM SPM BM 2023 (Set 5).indd 1 2/6/2023 3:42:27 PM
1103/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S5–2 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel tersebut. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Makanan seimbang baik untuk kesihatan Dania Amran, Apa khabar Dania di sana sekarang? Saya mengharapkan Dania dan keluarga sihat sejahtera. Bagaimanakah kehidupan Dania setelah berpindah ke Singapura? Semoga Dania seronok menetap di sana. Dania, tahniah atas kenaikan pangkat dan menjadi ikon sihat bagi program ‘Jom, sihat!’ di sana. Banyak manfaat yang bakal kita peroleh jika kita mengamalkan makanan seimbang. Oleh itu, saya mohon agar Dania dapat menerangkan dan menjelaskan kebaikan-kebaikan mengambil makanan seimbang dalam kehidupan kepada saya. Saya akan menanti e-mel daripada Dania. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Yang benar, Ika E-mel 2 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Amalan gaya hidup sihat Azib Azman, Apa khabar Azib Azman yang kini berada di Kelantan? Saya berharap agar saudara dan keluarga sihat sejahtera. Maaf kerana sudah agak lama saya tidak menghantar e-mel kepada saudara. Sebenarnya, saya sedang menyiapkan satu kerja kursus tentang amalan gaya hidup sihat. Kebetulan pula, keluarga saudara terlibat dalam bidang kesihatan dan telah berjaya menjadi konsultan produk kesihatan yang dikagumi. Bolehkah saya mengetahui cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat yang dilakukan oleh keluarga saudara sehingga menjadi konsultan yang berjaya dalam bidang in? Saya sangat menanti e-mel daripada saudara. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Yang benar, Jay Asmadi 05_KM SPM BM 2023 (Set 5).indd 2 2/6/2023 3:42:27 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S5–5 [Lihat halaman sebelah Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit 1. Kertas ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN 5 K SET ERTAS MODEL 05_KM SPM BM 2023 (Set 5).indd 5 2/6/2023 3:42:27 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S5–6 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sebagai penunggang motosikal, patuhilah peraturan, tanda-tanda jalan raya, dan had laju yang ditetapkan. Jadilah penunggang motosikal yang berawas-awas di jalan raya. Anda perlu memastikan keadaan lampu-lampu motosikal dalam keadaan baik. Keadaan lampu yang tidak berfungsi dengan baiknya membahayakan nyawa anda terutamanya jika menunggang pada waktu malam yang gelap-gelita. Anda mungkin memiliki penglihatan yang tajam dan tidak memerlukan bantuan lampu motosikal, tetapi pengguna jalan raya lain tidak mempunyai kuasa seperti anda. Mereka belum tentu dapat memastikan kelibat anda. Sikap halai-balai anda meletakkan diri anda dalam keadaan bahaya. Dipetik dan diubah suai daripada “Elakkan Kemalangan Motosikal” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hal: 148 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Aku hampir gagal kerana rumah burung walit tersebut tidak disinggahi burung walit sejak dibina. Situasi yang amat perit, mengecewakan, dan mengundang putus asa menyebabkan aku hampir gulung tikar. Puncanya tidak lain daripada perakam suara burung walit dan kemudahan bekalan elektrik. Bukan mudah untuk aku meraih keyakinan jawatankuasa pemilihan di agensi kewangan ketika ingin mendapatkan bantuan modal. Bersungguhsungguh aku berhujah bahawa akulah bumiputera yang berupaya mendepani cabaran dalam bidang ini. Antara cabarannya ialah pengedar atau pembeli tidak mempercayai kebaikan sarang burung walit ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Saudagar Burung Walit” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hal: 120 [6 markah] 3 Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Akbar berbahasa Melayu pertama yang diterbit pada tahun 1876 di Singapura ialah Jawi Peranakan. Akhbar ini diterbitkan dalam 4 halaman di setiap hari Isnin dengan jumlah cetakan sekitar 250 naskah. Bagi tahun pertama, penerbit menggunakan cop litograf tetapi setelah mesin cetak Melayu (Jawi) diperoleh dari England, akhbar ini dicetak dengan gaya cetakkan yang jelas dan mudah. Antara tokoh penting dalam penerbitan akhbar ini termasuklah Munsyi Muhammad Said Dada Muhyiddin yang asal dari Pulau Pinang. Beliau dilahirkan daripada keluarga peranakkan Tamil di Pulau Pinang. Keadaan ini bukan sahaja menunjukkan peranan masyarakat Jawi Peranakan dalam pembangunan Pulau Pinang tetapi juga dalam pembangunan dunia melayu Nusantara. Dipetik dan diubah suai daripada “Akhbar Berbahasa Melayu Pertama” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hal: 183 [9 markah] BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 05_KM SPM BM 2023 (Set 5).indd 6 2/6/2023 3:42:27 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S5–7 [Lihat halaman sebelah 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua keling itu.” Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian bina satu ayat bagi setiap peribahasa tersebut. … Ketika itu, hujan halau mentua pun turun. Tanpa banyak soal, adik mengambil beg plastik yang agak besar lalu menyarungkan beg kak long ke dalamnya. Kak long berasa kagum dengan tindakan adik. “Wah, kecil-kecil cili padi!” Kembang hidung adik dipuji kak long. “Itulah kak long. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.” Sindir aku mengingatkan kak long tentang peristiwa semalam. Kak long menjeling tajam lalu menjawab, “Ala, masalah kecil sahaja! Bukankah peribahasa ada mengingatkan, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai?” Dipetik dan diubah suai daripada “Panggilan Tahan” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hal: 74 [6 markah] 05_KM SPM BM 2023 (Set 5).indd 7 2/6/2023 3:42:27 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S5–8 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Disiplin merupakan kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan baik dari aspek keagamaan, etika sosial mahupun dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah, disiplin menjadi satu peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk memastikan murid bertingkah laku baik. Perlakuan murid yang baik akan mencerminkan tahap disiplin sesebuah sekolah. Sekolah yang terkawal disiplinnya menjadi pilihan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Dengan adanya disiplin, murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Penerapan nilai murni dalam diri murid pula memberikan persepsi positif dalam kalangan ibu bapa terhadap tingkah laku anak-anak mereka. Malah, murid yang berdisiplin kelihatan berkeperibadian tinggi dan berketerampilan. Seorang murid yang mempunyai personaliti yang baik lazimnya bersedia untuk belajar. Disiplin juga dapat mengawal murid daripada melakukan perkara-perkara negatif. Murid akan dikawal daripada merosakkan harta benda sekolah dan terlibat dalam pergaduhan di kawasan sekolah. Dipetik dan diubah suai daripada “Disiplin Perisai Kawalan Diri”, oleh Izani Hj. Daud, Wadah Siswa, Januari 2013 Bahan 2 Amat sukar untuk menanam disiplin yang tinggi dalam diri seseorang murid. Namun, sekiranya murid tersebut telah dididik dan diasuh oleh ibu bapa dengan disiplin yang tinggi, tidak mustahil murid tersebut mampu mencipta kejayaan dalam akademik. Masyarakat juga perlulah cakna dengan situasi bagi mewujudkan sesebuah negara yang bertamadun dan melahirkan masyarakat yang mampu mencorak masa depan negara yang baik. Tidak cukup dengan itu, disiplin turut dapat memupuk jati diri yang ampuh dalam diri murid. Disiplin mengajar murid supaya tegas dengan prinsip dan nilai moral yang ada pada diri. Sebagai contoh, murid hendaklah berdisiplin supaya mereka menjadi seorang yang rajin, tekun, berkeyakinan tinggi dan gemar menyahut cabaran. Hal ini jelas menunjukkan disiplin merupakan kunci kejayaan bagi setiap murid yang sentiasa berusaha dalam kehidupan mereka. Dipetik dan diubah suai daripada “Disiplin kunci kejayaan”, oleh Ayuni Jamil, usimnews.weebly.com (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menyahut cabaran. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan disiplin dalam diri seseorang. [3 markah] (iii) Seseorang yang berdisiplin akan sentiasa berketerampilan baik. Namun, terdapat segelintir murid yang tidak mahu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pada pendapat anda, apakah punca seseorang murid itu tidak mahu mengikut peraturan sekolah? [4 markah] (iv) Amran ialah rakan sekuliah anda di universiti. Dia kelihatan sangat murung dan pada suatu ketika dia terpengaruh dengan gejala negatif. Amran semakin tidak mempunyai hala tuju dalam pembelajarannya dan hampir dibuang dari universiti. Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu Amran untuk menangani masalahnya? [4 markah] 05_KM SPM BM 2023 (Set 5).indd 8 2/6/2023 3:42:27 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S5–11 [Lihat halaman sebelah 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Kau rapat dengan See Hwa, Zim?” Lazim memandang ke arahnya. “Adalah setakat kawan sekolah saja. Dia tu pendiam sikit tetapi boleh juga diajak berbual-bual. Yang kau tanya fasal See Hwa ni, kenapa? Ada apa-apa ke, Qal?” ujar Lazim dengan nada mengusik. “Apa kau mengarut ke situ pula, Zim. Bukan apa, dia yang menghantar manuskrip novel tulisan ayah aku tu kepada aku. Jadi, aku dapat rasakan, tentu dia sangat rapat dengan ayah aku. Kalau tidak, masakan dia yang menyimpan manuskrip tu,” ujar Haiqal. Lazim kembali melabuhkan mata kailnya. Sekali-sekala dia menampar betisnya yang dijamah oleh agas dan nyamuk. Kemudian digaru-garunya pula, meninggalkan bekas-bekas merah. Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan sebab-sebab Haiqal bertanyakan tentang See Hwa kepada Lazim. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang pada pendapat anda menimbulkan konflik dalam masyarakat. [6 markah] 05_KM SPM BM 2023 (Set 5).indd 11 2/6/2023 3:42:27 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S5–12 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Amalan menabung amat penting dalam diri anak-anak. Ibu bapa tidak wajar memanjakan anak-anak dengan wang ringgit sehingga mereka tidak mengendahkan amalan menabung yang dapat dijadikan simpanan masa depan. Amalan menabung dalam kalangan remaja pula dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin dan bermaruah. Mereka dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi batas keperluan sehingga berlakunya pembaziran. Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkala tangan mereka memegang wang yang banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik golongan remaja untuk merancang perbelanjaan dengan bijak. Hal ini demikian kerana duit simpanan amat penting terutamanya untuk digunakan pada masa-masa kecemasan, misalnya untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak atau hilang terutamanya bagi remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga. Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung pada ibu bapa. Tambahan pula, kos belajar di institusi pengajian tinggi agak mahal. Remaja yang mempunyai wang tabungan sudah tentu mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan yang terpaksa ditanggung selepas mereka menamatkan pengajian kelak. Amalan murni ini wajar diterapkan dalam diri anak-anak. Amalan menabung dapat dipupuk dengan cara ibu bapa membelikan tabung untuk anak-anak menyimpan sebahagian daripada wang mereka. Wang tabungan itu hendaklah disimpan dalam akaun simpanan apabila sudah penuh. Di samping itu, ibu bapa boleh juga menunjukkan teladan yang baik dengan mengajar anak-anak membuat senarai semak perbelanjaan agar wang lebihan boleh disimpan. Berbelanja secara berhemat perlu diajarkan agar anak-anak dapat membuat rancangan masa depan dengan baik dan sempurna. Dipetik dan diubah suai daripada ”Budaya Menabung Masih Rendah”, oleh Mohd. Khairul Mohd. Ali, Utusan Malaysia, 22 April 2015 Bahan 2 KERTAS SOALAN TAMAT Memberikan pendedahan tentang amalan menabung Membuka akaun simpanan untuk anak Menerangkan kepentingan amalan menabung AMALAN MENABUNG Peranan Ibu Bapa 05_KM SPM BM 2023 (Set 5).indd 12 2/6/2023 3:42:27 PM
1103/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–1 [Lihat halaman sebelah Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 2 jam Dua jam 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN 2 K SET ERTAS MODEL 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 1 2/6/2023 3:29:08 PM
1103/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–2 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Maklumat di bawah berkaitan dengan kepupusan hidupan liar. Huraikan pendapat anda tentang kepupusan hidupan liar. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pembakaran hutan Pembakaran hutan secara terbuka menyumbang kepada peningkatan suhu. Haiwan liar semakin terancam disebabkan perubahan cuaca dunia. Pembalakan haram Aktiviti menebang spesies pokok yang dilindungi seperti meranti dan cengal turut memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekeliling dan menyebabkan haiwan lari atau mati. Perdagangan dan perburuan hidupan liar bukan sahaja merosakkan ekosistem, bahkan berpotensi menularkan penyakit termasuk yang baru ditemui, tetapi mampu mengancam manusia. Walaupun hidupan liar sangat penting untuk mengekalkan ekosistem, namun dunia menghadapi kepupusan hidupan liar yang sangat serius akibat kegiatan pemburuan haram. Sumber: Diubah suai daripada “Ekosistem, Manusia Rosak Jika Hidupan Liar Musnah”, oleh Jamari Mokhtar & Chia Chu Lang, www.bharian.com.my, 5 Mac 2020 HIDUPAN LIAR PERLU DILINDUNGI Kepupusan Hidupan Liar Menyebabkan Ekosistem Terjejas Pencemaran alam Tumpahan minyak dan longgokan sampah di lautan menjadikan hidupan akuatik semakin pupus. Sumber: Diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hal. 132. 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 2 2/6/2023 3:29:09 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–5 [Lihat halaman sebelah Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit 1. Kertas ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN 2 K SET ERTAS MODEL 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 5 2/6/2023 3:29:09 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–6 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am manusia dan dua kata ganti nama diri. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Amin : Assalamualaikum Tok Batin. Tok sihat? Tok Batin : Waalaikumussalam. Alhamdulillah, saya sihat. Amin : Bolehkah Tok ceritakan serba sedikit tentang adat perkahwinan kaum Temuan? Tok Batin : Adat perkahwinan orang Temuan ini lebih kurang sama dengan adat perkahwinan orang Melayu. Si teruna akan memberitahu keluarganya jika dia berkenan kepada seseorang gadis. Bapa saudara lelaki akan merisik si gadis melalui bapa saudara gadis untuk mendapatkan persetujuan. Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju, maka hari pertunangan ditetapkan. Amin : Bagaimanakah tatacara pertunangan, Tok? Dipetik daripada “Adat Perkahwinan Suku Kaum Temuan” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hal: 161 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. Saudara Hasnun, Paru-paru berair ialah keadaan terdapatnya cecair di dalam paru-paru. Dalam istilah perubatan, keadaan ini disebut sebagai pleural effusion. Antara puncanya ialah kegagalan jantung, jangkitan tuberkulosis, atau masalah paru-paru. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Jadi, tidak benar pendapat sahabat saudara itu. Encik Ashokkumar, Adakah tindakan mengambil air tulang belakang selamat? Air tulang belakang diambil dengan cara mencucuk jarum pada tulang belakang. Kebiasaannya, ruang antara tulang lumbar ketiga dan keempat, atau keempat dan kelima akan dicucuk untuk mengambil cecair yang mengelilingi saraf tunjang. Dipetik dan diubah suai daripada “Tanyalah Doktor Anda” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hal: 192 [6 markah] BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 6 2/6/2023 3:29:09 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–7 [Lihat halaman sebelah 3 Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Dengki, Chikungunya, dan Zika disebabkan oleh virus yang disebarkan mengikuti gigitan nyamuk Aedes. Pesakit yang mengidap denggi akan mengalami gejala seperti demam panas, pening, sakit ke belakang bola mata, sakit otot dan sendi, loya dan muntah, serta ruam. Demam denggi terdiri dari demam denggi biasa dan demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Gejala demam denggi berdarah ialah mudah lebam, pendarahan dibawah kulit, hidung atau gusi, dan boleh diikuti dengan pedarahan pada seluroh badan. Gejala Chikungunya pula ialah pening, demam, keletihan, loya dan muntah, sakit otot dan sendi, serta ruam. Dalam keadaan tentu, sakit sendi akan terusan selama berapa bulan dan ada yang bertahun-tahun. Kompilasi ini jarang berlaku tetapi sangat merbahaya kerana boleh membawa maut. Dipetik dan diubah suai daripada “Situasi semasa Demam Denggi, Zika, dan Chikugunya di Malaysia” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hal: 201 [13 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka kata penjurit itu, “Apa tipunya aku masuk ini, kerana senjata ini ada bertikam. Jika aku masuk nescaya kalahlah aku oleh senjata ini?” Maka penjurit itu pun kembali pula pergi pada tempat yang lain. Maka dicurinya lalu dibawanya pada tempat itu. Maka haripun sianglah. Maka laksamana pun kembali. Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, dalam Jaket Kulit Kijang dari Istambul, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Amalan bergotong-royong semasa majlis keraian di tempat kediaman kita perlulah dipertahankan kerana amalan ini merupakan warisan generasi terdahulu. Pelbagai faedah yang akan kita peroleh menerusi amalan murni ini. Antaranya, penduduk di kawasan kediaman akan bekerjasama dan saling membantu seperti menyediakan hidangan serta membersihkan kawasan. Malangnya, budaya ini semakin terhakis kerana masyarakat moden hari ini lebih gemar menggunakan khidmat katering atau sajian. [4 markah] 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 7 2/6/2023 3:29:09 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–8 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting untuk semua orang. Hal ini demikian kerana kita memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal. Kita juga akan lebih cergas menjalani aktiviti harian. Amalan penjagaan pemakanan dan kesihatan mempunyai kaitan yang rapat. Kebanyakan kita beranggapan bahawa aspek pengambilan makanan berkhasiat merupakan suatu perkara yang tidak penting. Sebenarnya, kita mesti memastikan bahawa jadual makan kita teratur dan kita wajar makan dalam kuantiti yang sedikit untuk kekal sihat. Kegemukan atau obesiti merupakan kesan daripada sikap tidak mengawal makan. Makan setelah kita berasa lapar seharusnya menjadi amalan. Ibu bapa harus menanam sikap tersebut ketika anakanak masih kecil lagi. Kita perlu mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk memastikan bahawa kita mengamalkan diet yang seimbang. Namun, ada dalam kalangan kita pula yang menggemari makanan yang telah diproses seperti mi segera dan makanan di dalam tin. Dipetik dan diubah suai daripada “Makanan Seimbang & Berkhasiat, Faishah Ramlee”, Fokus Januari 2006 Bahan 2 Pemakanan sihat perlu diberikan penekanan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Perkara ini adalah untuk membantu menguatkan sistem imunisasi badan. Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), menyatakan bahawa tumpuan serius perlu diberikan terhadap kemerosotan status pemakanan kanak-kanak ketika pandemik global COVID-19 melanda kerana kebergantungan mereka terhadap golongan dewasa. Langkah pertama yang wajar diberikan perhatian adalah dengan membantu kanak-kanak memahami kepentingan memilih makanan berkhasiat. Ibu bapa bukan sekadar berperanan menyediakan hidangan sihat kepada anak, tetapi perlu menerangkan manfaat dan khasiat di sebalik makanan yang dihidangkan. Kita digalakkan mengambil sayur-sayuran. Sudah pasti sayur dan buah yang mengandungi vitamin serta mineral, penting dan perlu dititikberatkan selain pengambilan hidangan karbohidrat seperti nasi dan mi serta protein seperti lauk-pauk. Ketika ini, sangat penting untuk memastikan anak makan sayur dan buah dengan mencukupi bagi membantu meningkatkan tahap imuniti mereka. Dipetik dan diubah suai daripada “Diet Sayur, Buah-buahan Benteng Awal, Anak Atasi COVID-19” oleh Intan Farahana Abdul Rani, www.bharian.com.my, 27 Oktober 2020 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud tahap imuniti. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan pengambilan makanan berkhasiat dalam kedua-dua bahan itu. [3 markah] (iii) Disebabkan kesibukan kerja harian, seseorang itu gemar mengambil makanan segera. Keadaan ini boleh mengakibatkan kesihatannya terjejas. Pada pendapat anda, apakah kesan pengambilan makanan segera dalam kehidupan seseorang? [4 markah] 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 8 2/6/2023 3:29:09 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–9 [Lihat halaman sebelah (iv) Hayati ialah rakan anda yang berazam untuk menguruskan badan dengan cara makan mengikut jadual seperti yang disarankan oleh pakar diet. Malangnya, dia tidak dapat mengawal cara pemakanannya sehingga dietnya tidak berjaya. Dia meluahkan rasa kecewanya kepada anda. Sebagai rakan yang baik, cadangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh rakan anda untuk mencapai hasratnya itu. [4 markah] 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Cerita 1 Tuk Ketua Nasmi baik orangnya. Segala macam masalah anak buah akan cuba diselesaikannya sebaik mungkin. Pada suatu petang nan permai, datang Muthu menemuinya. “Sawah saya tidak begitu menjadi tahun ini, Tuk Ketua. Siput gondang datang menyerang, habis musnah padi saya. Anak saya yang di universiti pula hendak guna duit. Baru semalam saya masukkan duit dalam akaunnya. Sekarang ini, saya satu sen pun tak ada, Tuk Ketua,” Muthu mengadu kepada Tuk Ketua Nasmi. Cerita 2 Pulang dari bandar, Tuk Ketua Nasmi terus ke surau untuk solat asar berjemaah. Selain di rumah, anak buah boleh berjumpa dengan Tuk Ketua Nasmi di surau. Tuk Ketua Nasmi sebenarnya boleh dibawa berbincang di mana-mana sahaja. Setibanya di tangga surau, Zali memberikan salam dan menyapa Tuk Ketua Nasmi. “Tadi Lebai Alang terbang, Tuk Ketua,” kata Zali. “Hah, Lebai Alang terbang ke mana?” Tuk Ketua Nasmi terkejut. “Tidak lama tadi, lebai tertidur sebab keletihan. Tiba-tiba, dia tersedar dan sangkanya telah masuk waktu asar. Lebai pun terus bangun ambil wuduk lalu bang. Lebai Alang terbang. Sebenarnya, waktu asar belum masuk lagi.” “Ish ... kamu ini Zali, saya ingatkan betul-betul Lebai Alang terbang,” kata Tuk Ketua Nasmi lantas tertawa. Dipetik dan diubah suai daripada “Tuk Ketua Nasmi” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hal: 224 Bahan 2 Dikir Pemimpin Unggul Seluas ilmu tekun direncana, Negara maju transformasi dijana, Pemimpin berilmu berakhlak mulia, Menjadi teladan wawasan dilaksana. (awak-awak ulang Rangkap 1) Menjadi idola harapan bangsa, Negara dijulang seantero dunia, Maju gemilang merentas masa, Rakyat cemerlang pencetus idea. (awak-awak ulang Rangkap 1) Janganlah angkuh membangga diri, Kelak jatuh menyembah bumi, Biarlah teguh jati diri, Baru kukuh pimpinanmu nanti. (awak-awak ulang Rangkap 1) Tumbuh subur julang mentari, Dijaga elok tegak berdiri, Pekerti luhur cerminan diri, Pemimpin jujur tetap disegani. (awak-awak ulang Rangkap 1) Amsyar Sukri Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hal: 224 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 9 2/6/2023 3:29:09 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–10 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata transformasi dijana. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut. [3 markah] (iii) Seseorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang baik dalam sesebuah organisasi. Ciriciri yang ada pada seseorang pemimpin akan menggambarkan wajah kesepaduan dalam kemakmuran tampuk pentadbirannya. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin? [3 markah] (iv) Di kawasan tempat tinggal anda berlaku satu kes kecurian. Kes ini melibatkan anak ketua kampung sebagai pesalahnya. Ketua kampung anda tidak pernah membela anaknya sendiri kerana baginya salah tetap salah. Malangnya, segelintir penduduk di kawasan anda meragui ketua kampung anda kerana tingkah laku anaknya. Sebagai seorang penduduk yang prihatin, cadangkan cara-cara yang boleh dilakukan untuk membantu ketua kampung anda bagi mengekalkan dirinya sebagai ketua kampung yang disegani. [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Keesokan harinya Adnan bangun lebih awal daripada biasa. Selepas solat subuh, dia pun sudah siap berpakaian kemas. Dia tidak mahu terlewat tiba di sekolah pada hari pertamanya. Dia memakai baju kemeja kotak-kotak berlengan pendek berwarna kuning cair dan berseluar panjang berwarna hitam yang dibelinya di pekan dua hari lepas. Dia kelihatan segak. Kemudian dia duduk bersarapan dan hanya menjamah sedikit makan. Tekaknya tidak berselera. Hanya berdebar-debar. Sesudah itu dia bingkas bangun. “Nan, kenapa sikit saja kamu makan?” tanya ibunya yang berasa hairan. “Pagi-pagi tak ada selera nak makan, mak,” jawabnya ringkas. Beg galas berwarna hitam dicapai lalu disandang ke bahu sebelum dia turun ke beranda. Dipetik daripada Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Karya Abdul Latip bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh Adnan sebelum bergerak ke sekolah. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan perasaan gembira kepada anda. [6 markah] 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 10 2/6/2023 3:29:09 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–11 [Lihat halaman sebelah BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Tahukah anda bahawa terdapat lebih kurang 7000 bahasa masih dituturkan di seluruh dunia pada masa ini? Sepuluh daripada bahasa tersebut dituturkan oleh lebih 3.6 bilion penduduk di dunia. Bahasa Melayu tergolong dalam kumpulan sepuluh bahasa tersebut. Bahasa Melayu telah didaulatkan dan berdaulat sejak 2000 tahun dahulu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayu awal. Antaranya termasuklah kerajaan Funan, Champa atau Kembayat Negara sehinggalah zaman kerajaan dan Kesultanan Melayu Pasai, Perlak, Inderagiri, Melaka, Johor serta Johor-Riau, Patani, Brunei, dan Acheh. Bahasa Melayu bahasa berdaulat yang didaulatkan oleh raja-raja dan rakyat Melayu di alam Melayu. Bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu menjadi tonggak perpaduan. Bahasa ini digunakan dalam segenap lapangan kehidupan yang merangkumi pentadbiran, undang-undang, diplomasi, perdagangan, ilmu, dan pendidikan. Pada zaman Kesultanan Melayu, bahasa Melayu mempunyai tulisan yang benar-benar luas penggunaannya, iaitu tulisan Jawi. Tulisan ini telah digunakan sehingga melahirkan tradisi bahasa Melayu persuratan yang menjadi asas bahasa Melayu baku. Bahasa Melayu berkembang sebagai lingua franca, wahana pengantara yang merentas sempadan kaum dan sempadan geografi. Bahasa menunjukkan bangsa dan merupakan jiwa kepada bangsanya. Bahasa itu sebahagian daripada roh bangsanya, mencerminkan sejarah, adab tertib, etika, dan etiket bangsa dalam sesuatu peradaban. Perkembangan tamadun sesuatu bangsa, dari segi keupayaan dan pencapaian intelek, tergambar dalam bahasa. Perbendaharaan kata sesuatu bahasa menggambarkan khazanah tamadun, hubungan silang budaya yang berlaku, kisah-kisah pengembaraan, sifat-sifat keterbukaan, dinamisme, kemajuan dan tahap teknologi sesuatu bangsa pada sesuatu masa. Bahasa-bahasa utama di dunia memiliki adukan perbendaharaan kata daripada pelbagai bahasa. Dalam hal ini, bahasa Melayu juga telah mengasimilasikan perkataan daripada pelbagai kaum di gugusan Melayu, serta perkataan-perkataan dari Barat dan Timur Arab, Parsi, Portugis, Inggeris, China, dan India. Elemen pengaruh-mempengaruhi telah memperkaya bahasa Melayu, menjadikannya bahasa yang dinamik, bahasa yang hidup, dan bahasa yang terus berkembang. Dipetik dan diubah suai daripada “Bahasa Melayu Bahasa Berdaulat” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hal: 191 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 11 2/6/2023 3:29:09 PM
1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S2–12 Bahan 2 Bahasa Melayu, Bahasa Ibunda Mari kita genggam dengan seeratnya agar bahasa Melayu, bahasa ibunda dapat diperjuangkan dengan seadanya kerana bahasa ini yang memerdekakan negara dari sebarang anasir dan penjajahan agar tanah air yang bertuah ini mampu mengibarkan bendera keamanan untuk rakyat hidup dalam kesejahteraan. Inilah bahasa yang indah dan sempurna yang menjadikan kita sebagai warganegara erti makna seteguh kudrat di jiwa agar bumi yang kita diami ini mampu menguntum serimbun bahagia untuk kita warisi selamanya kerana di sebalik bahasa itu terungkap madah yang indah atas nama semurni seuntai wadah pada serumpun bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa ibunda. Wadiassofi Jaafar Sumber: www.pendidik.com.my KERTAS SOALAN TAMAT 02_KM SPM BM 2023 (Set 2).indd 12 2/6/2023 3:29:09 PM