The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ujian Akhir Sesi Akademik B.Melayu Tahun 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-05-10 22:33:41

Ujian Akhir Sesi Akademik B.Melayu Tahun 5

Ujian Akhir Sesi Akademik B.Melayu Tahun 5

Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 3 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM4.50 Sabah & Sarawak : RM4.90 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Bahasa Melayu Tahun 5 5 TAHUN Bahasa Melayu Judul-judul dalam siri ini: Judul/Tahun 4 5 6 Bahasa Melayu • • • Bahasa Inggeris • • • Matematik (Dwibahasa) • • • Sains (Dwibahasa) • • • Sejarah • • • Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 UJIAN AKHIR UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SESI AKADEMIK UJIAN AKHIR UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SESI AKADEMIK Md. Ramli Sabran 3 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan disediakan 9 789670 089812 ISBN 978-967-0089-81-2 GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 5 SET 1 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 11 4 jam 1 jam 15 minit JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas ujian ini mengandungi 8 halaman bercetak. Nama : _______________________________________________ Kelas : _______________________________________________ Sekolah : _______________________________________________ UASA BM Thn 5 Global (SET 1).indd 1 10/4/2023 10:57:49 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 1-2 Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Kejayaan yang ________ oleh Suzi itu ialah berkat usahanya yang bersungguh-sungguh. A diraih C dibentuk B dilakar D ditempah 2 Muzium Negara banyak menyimpan khazanah silam yang tinggi ________ nilainya untuk rakyat Malaysia. A agak C paling B amat D terlalu Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Puan Mona menghidangi suaminya sepinggan mi kari dan secawan kopi. B Encik Richard Lee susah agak untuk membelah buah durian bukit itu. C Daun rambutan kering bertaburan kepada halaman rumah Mak Cik Liza. D Para pekerja sedang memperdalamkan longkang di kawasan taman perumahan itu. Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada minggu lepas, Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu melancarkan Program Senam Sihat. Program ini akan diadakan pada hari Selasa dan Khamis setiap minggu. Program ini melibatkan semua warga sekolah. Program ini akan dijalankan selama tiga puluh minit di dataran arena sekolah sebelum pembelajaran bermula. Cikgu Azida yang memimpin program ini telah menunjukkan cara pergerakan yang amat menarik. Murid-murid bersemangat datang awal ke sekolah kerana tidak mahu ketinggalan untuk menyertai program tersebut. Selepas bersenam, badan menjadi sihat dan cergas. Murid-murid juga menjadi lebih fokus ketika belajar. 4 Bilakah Program Senam Sihat ini dijalankan? A Hari Selasa yang lepas B Pada setiap petang Khamis C Sebelum pembelajaran bermula D Ketika murid keluar dari dewan sekolah Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Thn 5 Global (SET 1).indd 2 10/4/2023 10:57:49 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 5 SET 2 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 11 4 jam 1 jam 15 minit JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas ujian ini mengandungi 8 halaman bercetak. Nama : _______________________________________________ Kelas : _______________________________________________ Sekolah : _______________________________________________ UASA BM Thn 5 Global (SET 2).indd 1 10/4/2023 10:58:16 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 2-2 Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Majlis ________ hadiah Anugerah Pelajar Cemerlang diadakan secara sederhana di dewan sekolah pagi tadi. A kesampaian C penyampaian B bersampaian D disampaikan 2 Tin-tin kosong yang terbiar dan menakung air boleh menjadi tempat ________ membiak. A kekura C lelabah B rerama D jejentik Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Panggilan kecemasan yang diterima oleh pihak bomba sebentar tadi adalah palsu. B Hadiah yang diterima oleh Raihan adalah wang tunai dan sijil penyertaan. C Puan Nora suka berbelanja mewah kerana suaminya adalah seorang jutawan. D Nasi lemak ayam berempah adalah makanan kegemaran Cikgu Faiz. Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pulau Langkawi terkenal kerana keindahan alam sekitarnya. Makam Mahsuri, Pantai Cenang, Underwater World Langkawi, Air Terjun Telaga Tujuh dan kereta kabel Langkawi yang terletak di Gunung Mat Chinchang merupakan antara tempat menarik yang boleh dikunjungi. Keindahan pulau dan pantai yang bersih dapat memberikan ketenangan kepada pengunjung. Mereka dapat menikmati percutian yang amat sempurna. Selain menjimatkan wang serta masa, budaya dan warisan negara juga dapat dikenali. 4 Mengapakah Pulau Langkawi terkenal kepada pelancong? A Terdapat warisan negara B Mempunyai Telaga Tujuh C Keindahan alam sekitarnya D Menjimatkan wang dan masa Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Thn 5 Global (SET 2).indd 2 10/4/2023 10:58:16 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


SET 2-3 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut. A Pantai Cenang merupakan warisan negara. B Makam Mahsuri boleh dikunjungi oleh pelancong. C Melancong memerlukan belanja yang sangat tinggi. D Bermalam di Gunung Mat Chinchang amat menenangkan. 6 Berikut merupakan tempat menarik yang boleh dikunjungi, kecuali A Pantai Cenang. B Air Terjun Telaga Tujuh. C Underwater World Langkawi. D Memorial Gunung Mat Chinchang. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1 Hadif dan keluarganya pergi ke kedai jam. Dia melihat pekerja sedang sibuk melayan beberapa orang pengunjung dengan mesra. Hadif amat teruja melihat jam pelbagai jenama yang dipamerkan di kedai tersebut. Harga jam yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Ayah Hadif setuju membelikan jam tangan pintar untuknya. Dia berasa sangat gembira dapat memiliki jam yang diidamidamkannya selama ini. Bahan 2 Keistimewaan Jam Pintar: Merakam suara/ Mendengar muzik/ Pembelian dalam talian/ Memantau tahap kesihatan PAMERAN JAM TANGAN PINTAR DATARAN MENARA CONDONG, TELUK INTAN Tarikh: 24 hingga 26 Februari 202_ Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam PROMOSI HARGA HEBAT! 50 hadiah misteri disediakan kepada pengunjung yang bertuah. 7 Muhammad Hadif sangat teruja melihat A kedai jam pintar. C harga jam yang berpatutan. B jenama pelbagai jam. D hadiah misteri yang disediakan. UASA BM Thn 5 Global (SET 2).indd 3 10/4/2023 10:58:16 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 5 SET 3 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 11 4 jam 1 jam 15 minit JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas ujian ini mengandungi 8 halaman bercetak. Nama : _______________________________________________ Kelas : _______________________________________________ Sekolah : _______________________________________________ UASA BM Thn 5 Global (SET 3).indd 1 10/4/2023 10:08:52 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 3-2 Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Walaupun usia Amirul semakin meningkat dewasa, namun perangainya masih lagi ____________. A ketua-tuaan C besar-besaran B kecil-kecilan D kebudak-budakan 2 Barang yang dikumpulkan oleh murid-murid tersebut boleh ____________ semula. A dikitar C mengitar B berkitar D mengitarkan Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Di atas dahan pokok rambutan itu terdapat dua burung merpati yang cantik. B Mereka-mereka yang hadir semasa kejohanan olahraga itu sangat berpuas hati. C Kebanyakan barang yang dijual di pasaraya itu lebih murah dan amat berkualiti. D Sesetengah murid suka mengulang kaji di perpustakaan kerana suasana yang senyap. Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kuih limas merupakan kuih tradisional negeri Perak yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Kuih limas ini seakan-akan kuih tepung pelita, kuih sampan, dan kuih tako. Perbezaannya adalah dari segi penggunaan tepung. Kuih limas diperbuat daripada tepung gandum sahaja. Kuih ini juga menggunakan santan dan gula. Kuih limas mempunyai struktur yang lembut dan rasanya yang lemak manis menjadikan kuih ini sangat enak dan sesuai sebagai hidangan minum petang. Kebiasaannya kuih limas ini menggunakan kelongsong daripada daun pisang sebagai acuannya. Acuan daripada daun pisang ini pula mampu menambah aroma wangi kuih limas tersebut. 4 Apakah nama kuih tradisional yang sangat digemari oleh masyarakat Melayu negeri Perak? A Kuih tako C Kuih sampan B Kuih limas D Kuih tepung talam Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Thn 5 Global (SET 3).indd 2 10/4/2023 10:08:52 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


SET 3-3 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut. A Kuih tepung pelita sangat digemari oleh masyarakat Malaysia. B Kuih limas menggunakan tepung gandum sebagai bahan utamanya. C Kuih limas yang dibungkus dengan daun pandan menjadi sangat wangi. D Kuih limas, kuih tepung pelita, kuih sampan, dan kuih tako berasal dari Perak. 6 Berikut merupakan ciri-ciri kuih limas berdasarkan petikan, kecuali A menggunakan acuan daun pisang. B strukturnya lembut dan rasanya lemak manis. C kuih ini menggunakan tepung, santan, dan gula. D acuan plastik digunakan sebagai kelongsong kuih tersebut. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1 Adam dan keluarganya melawat ke pusat kraf tangan di Bandar Hilir, Melaka. Adam tertarik melihat tabung yang diperbuat daripada buluh. Dia ingin membuatnya sendiri. Adam mencari pokok buluh di kebun kelapa sawit neneknya dengan bantuan bapanya. Bapa Adam menebang dan memotong buluh menggunakan gergaji. Selepas itu, Adam menebuk lubang pada buluh itu supaya wang boleh dimasukkan ke dalam tabung tersebut. Adam teringat akan pesanan gurunya supaya menyimpan lebihan wang saku. Dia juga dapat berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian. Adam berharap agar dia dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapanya. Bahan 2 Menabung wang Membawa bekal ke sekolah Mengumpul barang kitar semula Merancang perbelanjaan Menanam sayur-sayuran CARA-CARA MEMBANTU KELUARGA BERJIMAT CERMAT 7 Tujuan utama Adam menggunakan buluh adalah untuk membuat A tabung. C joran. B pagar. D lemang. UASA BM Thn 5 Global (SET 3).indd 3 10/4/2023 10:08:52 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


J2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 1 Bahagian A 1 A 2 B 3 A 4 C 5 D 6 B 7 C 8 C 9 D 10 A Bahagian B 1 (a) maksud (b) Perkara yang diterapkan kepada warga sekolah lestari ialah amalan pendidikan alam sekitar. (c) kedua-dua (d) Persekitaran yang indah sangat dipentingkan oleh sekolah lestari. 2 Amar haruslah berehat terlebih dahulu di tempat yang terbuka untuk menyejukkan badan dan mengeringkan peluh. Kemudian, Amar perlu mandi sebelum berehat di biliknya supaya bilik tidak berbau hapak akibat peluhnya. Bahagian C Idea/ Isi: – hidup berjimat-cermat dan berdisiplin – memasukkan wang ke dalam tabung pada setiap hari – pergi ke bank untuk menyimpan wang tabungan – membuka akaun simpanan – lebih selamat dan terjamin – kegunaan masa hadapan dan waktu kecemasan (Terima idea lain yang sesuai) Bahagian D Pendahuluan: – mengisi masa lapang dengan beriadah Idea/ Isi: – berkenalan dengan kawan berbilang kaum – pelbagai alat permainan – bermain papan gelongsor – bermain buaian – bermain tali skip – berkejar-kejaran – melakukan senaman ringan – duduk bersantai di bawah pokok Penutup: – pulang ke rumah apabila sudah hampir senja – rasa gembira dan ingin beriadah lagi (Terima idea lain yang sesuai) JAWAPAN BM Thn 5 GLOBAL UASA.indd 2 10/4/2023 10:57:11 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


J4 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 3 Bahagian A 1 D 2 A 3 D 4 B 5 B 6 D 7 A 8 C 9 B 10 D Bahagian B 1 (a) seekor ular (b) Si Obu mengiau-ngiau dan bertindak menyerang serta mengusir ular tersebut. (c) baik (d) Di bawah timbunan daun-daun kering di bawah pokok rambutan itu, ada seekor ular. 2 Saya akan segera mengambil wang tersebut dan memanggil wanita itu. Kemudian, saya akan terus menyerahkan wang itu kepada tuannya. Saya juga akan beringat-ingat untuk sentiasa menyimpan wang di tempat yang selamat. Bahagian C Idea/ Isi: – membasuh kasut/ baju – mandi pada setiap hari – memasak – menyiram tanaman – tidak boleh membazirkan air (Terima idea lain yang sesuai) Bahagian D Pendahuluan: – bercucuk tanam di belakang rumah bersama dengan keluarga Idea/ Isi: – membuat batas – menanam biji benih/ anak pokok – menabur baja – menyiram air dengan secukupnya – menyembur racun perosak tanaman – menebas rumput/ lalang yang panjang Penutup: – membantu ekonomi keluarga – berpeluh menyihatkan badan (Terima idea lain yang sesuai) JAWAPAN BM Thn 5 GLOBAL UASA.indd 4 10/4/2023 10:57:11 AM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 3 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM4.50 Sabah & Sarawak : RM4.90 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Bahasa Melayu Tahun 5 5 TAHUN Bahasa Melayu Judul-judul dalam siri ini: Judul/Tahun 4 5 6 Bahasa Melayu • • • Bahasa Inggeris • • • Matematik (Dwibahasa) • • • Sains (Dwibahasa) • • • Sejarah • • • Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 UJIAN AKHIR UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SESI AKADEMIK UJIAN AKHIR UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SESI AKADEMIK Md. Ramli Sabran 3 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan disediakan 9 789670 089812 ISBN 978-967-0089-81-2 GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version