The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-09-25 03:02:44

Module Perfect 2.0 Geografi Tingkatan 5

Module Perfect 2.0 Geografi Tingkatan 5

2.0 GEOGRAFI TINGKATAN 5 Kertas Model SPM Jawapan KOD QR Rizky Abd Jalil Sabaruddin Abdul Rahman Nota Praktis DSKP Aktiviti PAK-21 Praktis SPM Setiap Bab CIRI EKSKLUSIF TINGKATAN5GEOGRAFIMODULEPERFECT20BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) iii KANDUNGAN KEMAHIRAN GEOGRAFI BAB 1 GRAF BAR BERGANDA, GRAF GARISAN BERGANDA DAN CARTA PAI 1 BAB 2 FOTO 14 GEOGRAFI FIZIKAL BAB 3 FENOMENA CUACA DAN IKLIM 25 BAB 4 CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA 44 BAB 5 TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR 64 BAB 6 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR 82 GEOGRAFI MANUSIA BAB 7 SUMBER TENAGA 101 BAB 8 KESAN PENEROKAAN DAN PENGURUSAN SUMBER TENAGA 115 BAB 9 KEGIATAN EKONOMI UTAMA 129


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1 BAB 1 1.1 Graf Bar Berganda, Graf Garisan Berganda dan Carta Pai Graf Bar Berganda 1 Graf bar berganda merupakan graf yang mempunyai dua atau lebih bar yang berlainan maklumat bagi menunjukkan perbandingan nilai sesuatu data. Hasil tangkapan (‘000 tan metrik) Tahun 40— 35— 30— 25— 20— 15— 10— 5— 0 Hasil Tangkapan Ikan Negara X dari Tahun 2012 hingga 2015 Skala: 1 cm mewakili 5 000 tan metrik 2012 2013 2014 2015 PETUNJUK Ikan air laut    Ikan air tawar Rajah 1.1 Graf Bar Berganda 2 Ciri-ciri graf bar berganda adalah mempunyai: (a) Tajuk: Menjelaskan maklumat yang hendak disampaikan. (b) Skala: Menentukan skala yang bersesuaian. (c) Paksi menegak: Satu garisan yang dilukis secara menegak. (d) Paksi mendatar: Satu garisan yang dilukis secara mendatar atau melintang. (e) Petunjuk: Paparan maklumat yang diwakili oleh setiap bar. (f) Bar: Ketinggian bar menunjukkan kuantiti atau nilai. Graf Garisan Berganda 1 Graf garisan berganda merupakan graf yang terdiri daripada dua atau lebih garisan yang mempunyai maklumat yang berbeza. 2 Titik-titik disambung bagi menunjukkan perbandingan dan perubahan nilai sesuatu data. Tahun 2000— 1800— 1600— 1400— 1200— 1000— 800— 600— 400— 200— 0 Pengeluaran Hasil Pertanian Negara X antara Tahun 2008 hingga 2012 Skala: 1 cm mewakili 200 tan metrik | | | | | 2008 2009 2010 2011 2012 PETUNJUK Getah Kelapa sawit Padi Tan metrik Pengeluaran hasil pertanian X X X X X X X X X X X X X Rajah 1.2 Graf Garisan Berganda NOTA APA YANG AKAN ANDA PELAJARI? • Mengenal pasti graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai • Menghuraikan kegunaan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai • Menghasilkan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai • Menganalisis graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai BAB Graf Bar Berganda, Graf Garisan Berganda dan Carta Pai 1 Tema: Kemahiran Geografi


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 3 BAB 1 (c) Tuliskan tajuk yang sesuai. (d) Tuliskan skala graf di bahagian bawah graf. 2 Langkah-langkah membina graf garisan berganda: Langkah 1 (a) Lukis paksi menegak dan paksi mendatar. (b) Labelkan kedua-dua paksi tersebut, contohnya paksi menegak mewakili nilai eksport dan paksi mendatar mewakili tahun. (c) Menentukan skala yang bersesuaian berdasarkan data yang diperoleh, contohnya 1 cm mewakili 5 000 tan metrik. Langkah 2 (a) Tandakan ‘X’ bagi menunjukkan nilai eksport ke negara China untuk setiap tahun. (b) Sambungkan semua titik tersebut. (c) Langkah (a) dan (b) diulang semula bagi menunjukkan nilai eksport ke negara Jerman. Langkah 3 (a) Pastikan kedua-dua garisan yang diplot mempunyai garisan yang berbeza seperti warna atau corak garisan. (b) Lengkapkan graf tersebut dengan tajuk dan petunjuk yang sesuai. (c) Tuliskan skala graf di bahagian bawah graf. 3 Langkah-langkah membina carta pai: Langkah 1 (a) Gunakan jejari 5 cm, lukis bulatan dengan menggunakan jangka lukis di atas sehelai kertas graf. (b) Lukis garisan tegak dari pusat bulatan sebagai jejari 5 cm bagi saiz bulatan tersebut. Langkah 2 (a) Letakkan jangka sudut secara menegak di atas garisan jejari bulatan. (b) Ukur saiz sudut bermula dengan 0º mengikut arah putaran jam. (c) Lukis garisan setiap sudut sektor berdasarkan nilai sudut sektor. Langkah 3 (a) Lorek dan warnakan setiap sudut sektor yang telah dibuat. (b) Lengkapkan dengan nilai peratus setiap sektor dan tulis petunjuk. (c) Nyatakan jumlah keseluruhan. (d) Tulis tajuk carta pai bagi menunjukkan maklumat yang hendak dipaparkan. 1.4 Menganalisis Graf Bar Berganda, Graf Garisan Berganda dan Carta Pai 1 Langkah-langkah menganalisis graf bar berganda dan graf garisan berganda adalah seperti berikut: (a) Baca dan fahami tajuk graf. (b) Perhatikan label paksi menegak dan paksi mendatar. (c) Telitikan nilai pada skala dan bar atau titik garisan. (d) Kenal pasti nilai paling tinggi dan paling rendah serta nilai bagi bar atau titik garisan yang lain. (e) Perhatikan perubahan atau perbezaan nilai yang nyata. (f) Huraikan isi tersirat berdasarkan data yang diwakili. (g) Buat satu rumusan bagi mentafsir graf tersebut. 2 Langkah-langkah menganalisis carta pai adalah seperti berikut: (a) Baca dan fahami tajuk carta pai. (b) Perhatikan tajuk dan label yang terdapat pada carta pai. (c) Telitikan petunjuk dan nilai sektor yang terlibat. (d) Kenal pasti nilai setiap sektor melibatkan sektor terkecil dan terbesar. (e) Perhatikan perbezaan peratus bagi setiap sektor dalam carta pai. (f) Huraikan isi tersirat berdasarkan data yang diwakili. (g) Buat satu rumusan terperinci berkaitan perkara yang telah anda kaji. Graf dan carta adalah kaedah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dan data dalam bentuk yang menarik, jelas dan tepat. Penggunaan graf dan carta juga dapat mengelakkan huraian yang panjang dan mengelirukan. Setiap jenis graf dan carta sesuai digunakan untuk kegunaan tertentu. INFO


BAB 1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 4 PRAKTIS DSKP 1.1 Graf Bar Berganda, Graf Garisan Berganda dan Carta Pai Buku Teks m.s. 4–6 1 Nyatakan jenis graf yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. SP 1.1.1 TP 1 (a) Graf bar berganda (b) Graf garisan berganda Jumlah Pelancong Singapura dan Indonesia ke Malaysia dari Tahun 2005 hingga 2010 30— 25— 20— 15— 10— 0 Bilangan (ribu orang) | | | | | | 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Pengeluaran Baju dan Seluar di Kilang Atami antara Tahun 2013 hingga 2017 Pengeluaran (ribu helai) 50— 40— 30— 20— 10— 0 Tahun 2013 2014 2015 2016 2017 PETUNJUK Baju Seluar Tahun PETUNJUK Pelancong Singapura Pelancong Indonesia (c) Carta pai Kedatangan Pelancong Mengikut Negara Asal ke Negeri Pahang pada Tahun 2015 PETUNJUK Jepun Thailand Australia Amerika Syarikat 3% 69% 7% 21% X X X X X X X X X X X Jumlah pelancong: 347 197 orang


BAB 1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 5 2 Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan maksud graf dan carta di bawah. SP 1.1.1 TP 1 (a) Graf bar berganda Merupakan graf yang mempunyai dua atau lebih bar yang berlainan maklumat bagi menunjukkan perbandingan nilai sesuatu data. (b) Graf garisan berganda Merupakan graf yang terdiri daripada dua atau lebih garisan yang mempunyai maklumat yang berbeza. Titik-titik disambung bagi menunjukkan perbandingan dan perubahan nilai sesuatu data. (c) Carta pai Sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik untuk memaparkan pembahagian atau pecahan data dan maklumat dalam bentuk bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sektor. 1.2 Kegunaan Graf Bar Berganda, Graf Garisan Berganda dan Carta Pai Buku Teks m.s. 7–9 1 Lengkapkan jadual di bawah tentang kegunaan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai. SP 1.1.2 TP 2 (a) Kegunaan graf bar berganda • Digunakan untuk menunjukkan perbandingan antara dua atau lebih maklumat. • Digunakan untuk membuat perbandingan tentang pelbagai komponen yang hendak dikaji yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain. • Setiap jenis graf dan carta sesuai digunakan untuk kegunaan tertentu. (b) Kegunaan graf garisan berganda Digunakan untuk membandingkan perubahan nilai atau kuantiti beberapa unsur yang dikaji mengikut skala masa tertentu. (c) Kegunaan carta pai • Digunakan untuk mewakilkan data dalam bentuk bulatan yang terdiri daripada beberapa sektor. • Carta pai boleh menunjukkan taburan atau kadar peratusan sesuatu aspek yang dikaji. TP 1 Menyatakan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai. Menguasai Belum Menguasai TP 2 Menjelaskan kegunaan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai.


BAB 1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 6 1.3 Menghasilkan Graf Bar Berganda, Graf Garisan Berganda dan Carta Pai Buku Teks m.s. 10–13 1 Berdasarkan jadual di bawah, lukis graf bar berganda untuk menunjukkan nilai eksport kayu balak dan kayu gergaji dari tahun 2011 hingga 2014. Gunakan skala 1 cm mewakili RM250 juta. SP 1.1.3 TP 3 5 Jadual 1 Nilai Eksport Kayu Balak dan Kayu Gergaji dan Tahun 2011 hingga 2014 (RM juta) Jenis Kayu Tahun 2011 2012 2013 2014 Kayu balak 2300 1880 2350 2400 Kayu gergaji 2250 2150 2450 2500 Nilai Eksport Kayu Balak dan Kayu Gergaji dari Tahun 2011 hingga 2014 Nilai eksport (RM juta) Tahun 2750— 2500— 2250— 2000— 1750— 1500— 1250— 1000— 750— 500— 250— 0 PETUNJUK Kayu balak Kayu gergaji 2011 2012 2013 2014 Skala: 1 cm mewakili RM250 juta


BAB 1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 7 2 Murid dikehendaki menjalankan aktiviti berikut secara berkumpulan. SP 1.1.3 TP 3 5 PAK-21 Kolaboratif Tajuk: Membina graf garisan berganda Objektif: Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mendapatkan maklumat dan melukis graf garisan berganda. Alatan: Komputer dan kertas graf Langkah-langkah (a) Murid dikehendaki mencari data dan maklumat terlebih dahulu sebelum membina graf garisan berganda. (b) Layari laman web agensi kerajaan yang berkaitan untuk memperoleh data dan maklumat yang sesuai mengikut tajuk kumpulan anda. (c) Pastikan data atau maklumat yang dicari boleh digunakan untuk membandingkan perubahan nilai atau kuantiti beberapa unsur yang dikaji mengikut skala masa tertentu. (d) Contohnya, perbandingan kadar pengangguran mengikut kumpulan umur terpilih untuk lima tahun, perbandingan jangkaan hayat ketika lahir di Malaysia untuk beberapa tahun dan lain-lain yang bersesuaian. (e) Bina graf garisan berganda berpandukan maklumat dan langkah yang telah anda pelajari. (f) Anda boleh menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Excel dan Microsoft Word untuk membina graf garisan berganda anda. (g) Sebagai rujukan dan panduan, murid boleh melayari laman web berikut untuk mengetahui cara-cara membina carta pai: https://www.youtube.com/watch?v=GUp5jxDvMt4 (h) Setiap kumpulan dikehendaki mempamerkan graf garisan berganda yang telah dibina di papan kenyataan di dalam kelas anda.       Microsoft Excel Microsoft Word


BAB 1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 8 3 Berdasarkan Jadual 2, buat justifikasi bahan grafik yang sesuai untuk menunjukkan peratus keluasan kawasan tanaman terpilih tersebut. Murid juga digalakkan menggunakan panduan yang diberi dalam nota berkenaan bahan grafik yang anda pilih. SP 1.1.3 TP 3 5 Jadual 2 Peratus Keluasan Tanaman Terpilih Negara P pada Tahun 2000 Tanaman Peratus Keluasan Kelapa sawit 60 Getah 24 Padi 14 Koko 2 Jumlah 100 TP 3 Membina graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai. Menguasai Belum Menguasai TP 5 Membuat justifikasi pemilihan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai yang sesuai untuk dibina berdasarkan maklumat yang diberi. Peratus Keluasan Kawasan Tanaman Terpilih Negara P pada Tahun 2000 PETUNJUK Kelapa sawit Getah Padi Koko 2% 14% 24%


BAB 1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 10 TP 4 Mentafsir graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai. Menguasai Belum Menguasai TP 6 Merumuskan graf bar berganda, graf garisan berganda dan carta pai yang dibina. 2 Berdasarkan cara menganalisis graf garisan berganda yang telah anda pelajari, tafsirkan graf garisan berganda di bawah. SP 1.1.4 TP 4 6 KBAT Menganalisis Suhu Tahunan di Bandar A dan Bandar B pada Tahun 2015 Suhu (oC) 28— 24— 20— 16— 12— 8— 4— 0 | | | | | | | | | | | | Bulan J F M A M J J O S O N D PETUNJUK Bandar A Bandar B x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x Skala: 1 cm mewakili 4oC (Jawapan cadangan) Graf garisan berganda menunjukkan suhu tahunan di Bandar A dan Bandar B pada tahun 2015. Suhu di Bandar A lebih tinggi berbanding dengan Bandar B. Suhu Bandar A mengalami suhu yang agak stabil berbanding dengan suhu Bandar B. Suhu paling minimum yang dialami Bandar A adalah pada bulan Disember, iaitu kira-kira 27o C. Suhu paling maksimum Bandar A adalah pada bulan Jun, iaitu kira-kira 29o C. Bandar A mengalami julat suhu yang agak kecil. Suhu bagi Bandar B pula mengalami perubahan suhu yang agak ketara. Suhu semakin meningkat dengan ketara dari bulan Januari hingga bulan Jun. Suhu paling minimum dialami pada bulan Januari, iaitu kira-kira 4o C. Suhu paling maksimum Bandar B pula dialami pada pertengahan tahun, iaitu bulan Jun kira-kita 24o C. Selepas bulan Jun, suhu Bandar B mengalami penurunan suhu yang ketara selepas bulan Jun sehingga mencapai suhu minimum pada bulan Disember, iaitu kira-kira 5o C. Bandar B mengalami julat suhu yang agak besar. Sebagai rumusan, suhu Bandar A menunjukkan suhu yang agak stabil yang menunjukkan bandar ini terletak di zon panas dan tidak mengalami musim. Manakala Bandar B menunjukkan perubahan suhu yang agak ketara. Hal ini kerana Bandar B terletak di Zon Sederhana Dunia dan mengalami empat bermusim.


BAB 1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 11 KERTAS 2: Soalan Subjektif Bahagian A Praktis SPM 1 Jadual 1 menunjukkan jumlah kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke Cameron Highlands antara tahun 2012 hingga 2014. Kemasukan Pelancong Tahun 2012 2013 2014 Domestik 510 000 550 000 445 000 Antarabangsa 180 000 160 000 145 000 Jadual 1 (a) Berdasarkan Jadual 1, bina sebuah graf bar yang menunjukkan kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke Cameron Highlands antara tahun 2012 hingga 2014 dengan menggunakan skala 1 cm mewakili 50 ribu orang. Kemasukan Pelancong Domestik dan Antarabangsa ke Cameron Highlands antara Tahun 2012 hingga 2014 Pelancong (‘000) Tahun 550— 500— 450— 400— 350— 300— 250— 200— 150— 100— 50— 0 PETUNJUK Domestik Antarabangsa 2012 2013 2014 Skala: 1 cm mewakili 50 ribu orang [7 markah]


BAB 1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 12 (b) Merujuk kepada graf bar berganda yang telah anda bina, huraikan kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke Cameron Highlands antara tahun 2012 hingga 2014. • Pelancong domestik ke Cameron Highlands turun naik sepanjang 2012 hingga 2014. • Pelancong antarabangsa menunjukkan trend menurun sepanjang tahun 2012 hingga 2014. • Kemasukan pelancongan domestik paling maksimum pada tahun 2013. • Kemasukan pelancongan domestik paling minimum pada tahun 2014. • Kemasukan pelancong antarabangsa paling maksimum pada tahun 2012. • Kemasukan pelancong antarabangsa paling minimum pada tahun 2014. (Terima mana-mana jawapan munasabah) [4 markah] (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia? • Mempromosikan tapak warisan sejarah, contohnya, Sungai Batu Merbok, Kedah. • Membangunkan/Mempromosikan pantai dan pulau yang indah, contohnya, Pulau Langkawi. • Mempromosikan tapak warisan sejarah bertaraf antarabangsa, contohnya bandar Melaka. • Membangunkan ekopelancongan yang bercirikan alam sekitar/Malaysia kaya dengan pelbagai ciri fizikal yang indah, unik dan menarik. • Mempromosikan destinasi pelancong yang menarik/unik/berpotensi di Malaysia. • Mempromosikan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan di hotel dan pusat beli belah. [4 markah] 2 Jadual 2 menunjukkan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mengikut sektor ekonomi pada tahun 2019. Sektor Ekonomi Nilai KDNK (bilion) Peratus KDNK Perkhidmatan 121.6 35.6 Pertanian 110.7 32.4 Pembuatan 55.0 16.1 Perlombongan 34.9 10.2 Pembinaan 18.5 5.7 Jumlah 340.7 100 Jadual 2


BAB 1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 13 (a) Berdasarkan Jadual 2, bina sebuah carta pai yang menunjukkan peratus KDNK Malaysia mengikut sektor ekonomi pada tahun 2019 dengan menggunakan jejari 5 cm untuk carta pai anda. Nilai Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia Mengikut Sektor Ekonomi pada Tahun 2019 PETUNJUK Perkhidmatan Pertanian Pembuatan Perlombongan Pembinaan 5.7% 35.6% 10.2% 16.1% 32.4% Jumlah eksport: RM340.7 bilion [7 markah] (b) Merujuk kepada carta pai yang telah anda bina, huraikan peratus KDNK Malaysia mengikut sektor ekonomi pada tahun 2019. • Sektor perkhidmatan yang menyumbang peratus KDNK tertinggi sebanyak 35.6 peratus. • Sektor pertanian menyumbang peratus KDNK kedua tertinggi sebanyak 32.4 peratus. • Sektor pembuatan menyumbang peratus KDNK ketiga tertinggi/sebanyak 16.1 peratus. • Sektor perlombongan menyumbang peratus KDNK keempat tertinggi sebanyak 10.2 peratus. [4 markah] (c) Pada pendapat anda, bagaimanakah faktor kemanusiaan mempengaruhi perkembangan sektor pembuatan di Malaysia? • Teknologi – Melibatkan penggunaan peralatan canggih/teknik pengurusan yang cekap dan maju/nanoteknologi/ robotik/polimer/kimia/jentera atau mekanikal. • Dasar kerajaan – Pelan Induk perindustrian/merangka kegiatan sektor perindustrian dan sektor industri kecil untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum. Dasar Pendidikan Negara/memenuhi keperluan tenaga tenaga kerja mahir/selaras Revolusi Industri 4.0. [4 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 14 BAB 2 2.1 Foto Aras Bumi, Foto Udara dan Foto Satelit 1 Foto boleh digunakan untuk menggambarkan pelbagai aspek geografi seperti: (a) bentuk muka bumi; (b) kegiatan ekonomi dan sebagainya. 2 Terdapat tiga jenis foto dalam geografi, iaitu: (a) foto aras bumi; (b) foto udara; (c) foto satelit. Foto Aras Bumi 1 Foto yang diambil secara mendatar pada paras tanah. Foto 2.1 Foto Aras Bumi di Perkarangan KLCC, Kuala Lumpur BAB 2 Foto Tema: Kemahiran Geografi NOTA APA YANG AKAN ANDA PELAJARI? • Mengenal pasti foto aras bumi, foto udara dan foto satelit • Menghuraikan kepentingan foto • Menganalisis maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto 2 Menunjukkan apa yang dilihat di hadapan jurufoto. 3 Digunakan untuk menjalankan kajian terperinci tentang manusia dan tempat di dunia. 4 Menunjukkan pandangan tentang kawasan tertentu dan bukan keseluruhan kawasan. Foto Udara 1 Foto udara ialah foto yang diambil dari udara, sama ada dari kapal terbang, helikopter, belon udara atau dron. 2 Terdapat dua jenis foto udara, iaitu: (a) Foto udara menegak Foto 2.2 Contoh Foto Udara Menegak


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 15 BAB 2 (i) Dirakam dengan kamera yang dipasang di bahagian bawah kapal terbang, helikopter atau dron pada sudut sekitar 90o . (ii) Dapat menunjukkan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang lebih jelas. (b) Foto udara menyerong (i) Dirakam dari kapal terbang, helikopter, belon udara atau dron pada sudut antara 30o hingga 60o . (ii) Dapat menunjukkan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya dengan latar belakang yang lebih luas. Foto 2.3 Contoh Foto Udara Menyerong Foto Satelit Foto 2.4 Foto Satelit Kuala Lumpur/Selangor 1 Foto yang diambil dari satelit yang berada jauh di ruang angkasa bumi. 2 Foto satelit dapat menunjukkan kawasan yang lebih luas dan terperinci berbanding dengan foto udara. 2.2 Kepentingan Foto 1 Kepentingan foto termasuklah: (a) Maklumat geografi boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. (b) Menunjukkan perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa. (c) Menunjukkan perbandingan ciri-ciri geografi antara kawasan ataupun fenomena yang berlainan. (d) Perbandingan ciri-ciri geografi antara kawasan dapat dibuat. (e) Menunjukkan saling kaitan antara ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya. (f) Pelengkap kepada peta, rajah, graf dalam memaparkan ciri-ciri geografi. (g) Bahan asas untuk melakar dan melukis peta dan rajah. 2 Kepentingan foto aras bumi termasuklah: (a) Memudahkan kajian tentang ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya sesuatu kawasan. (b) Membolehkan perbandingan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya antara kawasan tertentu. (c) Melihat perbezaan atau perubahan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya sesuatu kawasan dalam satu tempoh.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 17 BAB 2 PRAKTIS DSKP 2.1 Foto Aras Bumi, Foto Udara dan Foto Satelit Buku Teks m.s. 22–23 1 Nyatakan jenis foto berdasarkan foto yang diberikan. SP 1.2.1 TP 1 (a) Foto satelit (b) Foto udara menegak (c) Foto aras bumi (d) Foto udara menyerong 2 Nyatakan maksud jenis foto yang disenaraikan di bawah ini. SP 1.2.1 TP 1 Jenis Foto Maksud (a) Foto aras bumi Foto yang diambil secara mendatar pada paras tanah yang dapat dilihat di hadapan jurufoto. Digunakan untuk menjalankan kajian terperinci tentang manusia dan tempat di dunia. Menunjukkan pandangan tentang kawasan tertentu dan bukan keseluruhan kawasan. (b) Foto udara Foto yang diambil dari udara, sama ada dari kapal terbang, helikopter, belon udara atau dron. Terdapat dua jenis foto udara, iaitu foto udara menegak yang diambil pada sudut sekitar 90o dan foto udara menyerong yang diambil pada sudut antara 30o hingga 60o . (c) Foto satelit Foto yang diambil dari satelit yang berada jauh di ruang angkasa bumi. Dapat menunjukkan kawasan yang lebih luas dan terperinci berbanding dengan foto udara. TP 1 Menyatakan foto aras bumi, foto udara dan foto satelit. Menguasai Belum Menguasai


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 18 BAB 2 2.2 Kepentingan Foto Buku Teks m.s. 24–26 1 Berdasarkan pengalaman anda, jelaskan kepentingan foto. SP 1.2.2 TP 2 (a) Maklumat geografi boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. (b) Menunjukkan perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa. (c) Menunjukkan perbandingan ciri-ciri geografi antara kawasan ataupun fenomena yang berlainan. (d) Perbandingan ciri-ciri geografi antara kawasan dapat dibuat. (e) Menunjukkan saling kaitan antara ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri budaya. (f) Pelengkap kepada peta, rajah, graf dalam memaparkan ciri-ciri geografi. (g) Bahan asas untuk melakar dan melukis peta dan rajah. 2 Jelaskan jenis maklumat yang dapat disampaikan berdasarkan jenis foto yang disenaraikan. SP 1.2.2 TP 3 Jenis Foto Maklumat yang Ingin Disampaikan (a) (i) Mengenal pasti ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya yang lebih luas dan tepat. (ii) Taburan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya sesebuah kawasan. (iii) Menentukan jarak di antara dua tempat. (b) (i) Kajian tentang ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya sesuatu kawasan. (ii) Perbandingan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya antara kawasan tertentu. (iii) Perbezaan atau perubahan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya sesuatu kawasan dalam satu tempoh. (c) (i) Rakaman kawasan muka bumi yang lebih luas dan terperinci. (ii) Pola guna tanah yang berbeza bagi satu kawasan yang luas. (iii) Memaparkan arah aliran sungai, jalan raya, lebuh raya dan jalan kereta api. TP 2 Menjelaskan kepentingan foto. Menguasai Belum Menguasai TP 3 Menggunakan foto untuk menyampaikan maklumat.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 19 BAB 2 2.3 Mentafsir Foto Buku Teks m.s. 27–30 1 Tafsirkan maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto aras bumi di bawah. SP 1.2.3 TP 4 KBAT Menganalisis Foto Aras Bumi – Gunung Keriang, Daerah Alor Setar (Jawapan cadangan) Foto aras bumi di atas menunjukkan kawasan pertanian di Gunung Keriang, Daerah Alor Setar. Ciri pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan ini ialah bentuk muka bumi tanah pamah, bukit dan hutan. Manakala ciri pandang darat budaya yang terdapat di kawasan ini ialah sawah padi, petempatan, tali air dan bangunan muzium padi. Latar belakang foto menunjukkan bentuk muka bumi berbukit dengan hutan yang masih terpelihara. Manakala kawasan di bahagian latar tengah foto telah diteroka dengan pembinaan kawasan petempatan, jaringan jalan raya dan tanaman pokok baka. Pembinaan bangunan Muzium Padi berhampiran Gunung Keriang juga terdapat di latar tengah foto. Kegiatan ekonomi yang diusahakan oleh penduduk dalam foto ialah pertanian, iaitu penanaman padi sawah. Penanaman padi diusahakan secara meluas oleh penduduk menggunakan sumber air dari tali air yang dibina. Berdasarkan foto tersebut, penduduk turut berpotensi memajukan kegiatan ekonomi tertier dengan memajukan ekonomi berasaskan agropelancongan dan ekopelancongan. Aktiviti ini secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. TP 4 Mentafsir maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto. Menguasai Belum Menguasai


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 20 BAB 2 2 Buat justifikasi maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto udara di bawah. SP 1.2.3 TP 5 Foto Udara Kundasang di Sabah (a) Berdasarkan bukti dari foto udara di atas, jelaskan maklumat ciri pandang darat fizikal yang terdapat di sekitarnya. KBAT Menganalisis • Terdapat kawasan kaki bukit/tanah pamah beralun di latar hadapan foto. • Terdapat kawasan beralun-alun di latar tengah foto. • Terdapat kawasan pergunungan di latar belakang foto. • Bentuk muka bumi bergunung-ganang yang diliputi hutan gunung/pokok renek. (b) Berdasarkan bukti dari foto udara di atas, jelaskan maklumat ciri pandang darat budaya yang terdapat di sekitarnya. KBAT Menganalisis • Petempatan berjajar dan berkelompok terdapat di latar hadapan foto. • Petempatan berkelompok dan berselerak terdapat di latar tengah foto. • Tiada petempatan dibina di latar belakang foto. • Terdapat jaringan jalan raya di latar hadapan foto. • Terdapat lorong kecil/laluan pejalan kaki dan lorong berkereta motor di latar tengah foto. • Tiada jaringan jalan raya kelihatan di latar belakang foto. • Berdasarkan latar hadapan dan tengah foto, kegiatan ekonomi utama ialah pertanian hawa sederhana dan aktiviti rekreasi dan pelancongan. TP 5 Membuat justifikasi maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto. Menguasai Belum Menguasai


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 21 BAB 2 3 Murid dikehendaki menjalankan aktiviti berikut secara berkumpulan. SP 1.2.3 TP 3 6 PAK-21 Pembentangan Tajuk: Mencetak dan mentafsir foto satelit Objektif: Mentafsir maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya dalam foto satelit yang dipilih. Alatan: (a) Komputer (b) Pencetak berwarna (c) Kertas putih A4 Langkah-langkah: (a) Guru memberikan taklimat tentang tugasan yang perlu dibuat. (b) Bahagikan kelas kepada empat kumpulan kecil yang terdiri daripada empat hingga lima orang murid. (c) Guru akan menunjukkan cara kepada murid untuk menggunakan laman yang menawarkan peta atau imej satelit di laman web berikut: Google Earth di http://earth.google.com/download-earth.html. (d) Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki mencari lokasi yang bersesuaian mengikut pilihan kumpulan masing-masing. (e) Setiap kumpulan dikehendaki mencetak foto bagi lokasi yang telah dipilih. (f) Kemudian, setiap kumpulan dikehendaki mentafsir foto satelit tersebut berdasarkan pengetahuan dengan pengawasan guru. (g) Akhir sekali, setiap kumpulan dikehendaki membuat pembentangan tafsiran foto kumpulan di hadapan kelas. (h) Setiap hasil kerja setiap kumpulan akan dinilai oleh guru geografi anda. TP 6 Merumuskan maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto. Menguasai Belum Menguasai


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 24 BAB 2 (b) Terangkan langkah-langkah untuk mentafsir foto di 2(a). • Perhatikan foto secara keseluruhan untuk mendapatkan gambaran umum kawasan yang dirakam. • Kenal pasti ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya dalam foto. • Kaitkan ciri pandang darat fizikal dengan ciri pandang darat budaya. • Buat tafsiran foto berdasarkan maklumat yang dikenal pasti. • Buat rumusan. [4 markah] (c) Tafsirkan maklumat pandang darat fizikal dan pandang darat budaya yang terdapat dalam foto tersebut. KBAT Menganalisis • Foto satelit menunjukkan kawasan di Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. • Ciri pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan ini ialah sungai, muara sungai, kawasan pinggir pantai, hutan paya air masin dan kawasan tanah pamah. • Ciri pandang darat budaya yang terdapat di kawasan ini ialah jalan raya, jambatan, petempatan, bangunan, kilang/ perindustrian dan sawah padi. • Keseluruhan muka bumi dalam foto ini terdiri daripada kawasan tanah pamah yang rata. • Kawasan tanah pamah ini dibangunkan dengan kawasan petempatan, jaringan pengangkutan, perindustrian, ekopelancongan dan aktiviti pertanian. • Sungai Selangor merupakan saliran utama di kawasan ini yang mengalir ke arah barat daya. • Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian, perikanan, perkilangan dan pekerja sektor awam. [7 markah]


2.0 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21, peta pemikiran dan STEM akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi 9 786294 850132 ISBN 978-629-485-013-2 TINGKATAN 5 GEOGRAFI MODULE PERFECT 2.0 Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM12.90 : RM13.90 MGF5


Click to View FlipBook Version