2.0 TINGKATAN 1 Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan KOD QR Dr.Mahdi Shuid RoslizaArifin CikguAdies Nota Latihan & Aktiviti PBD Peta Pemikiran Praktis Bab Sudut KBAT Tugasan Kerja Projek/Kajian Kes Komik Sejarah CIRI EKSKLUSIF SEJARAH UASA BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) iii KANDUNGAN MENGENALI SEJARAH BAB 1 1.1 Pengertian Sejarah 1 1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan 1 1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah 2 1.4 Sumber Sejarah 2 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah 3 1.6 Tafsiran dalam Sejarah 4 1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah 5 Praktis Bab 1 6 ZAMAN AIR BATU BAB 2 2.1 Dunia Kita 12 2.2 Zaman Air Batu 13 2.3 Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir 14 2.4 Perubahan Zaman Air Batu Akhir 15 2.5 Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara 15 Praktis Bab 2 16 ZAMAN PRASEJARAH BAB 3 3.1 Maksud Zaman Prasejarah 22 3.2 Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia 23 3.3 Ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah 24 3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia 26 3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia 27 Praktis Bab 3 29 MENGENALI TAMADUN BAB 4 4.1 Maksud Tamadun 36 4.2 Konsep Tamadun 38 4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia 38 Praktis Bab 4 41
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 22 NOTA BESTARI 3.1 Maksud Zaman Prasejarah 1 Zaman Prasejarah boleh didefinisikan sebagai zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan. 2 Zaman ini terbahagi kepada dua zaman, iaitu: (a) Zaman Batu, dan (b) Zaman Logam. 3 Zaman Prasejarah BAB Untuk mengetahui sejarah Zaman Prasejarah dengan lebih lanjut, rujuk laman web berikut: http://farah9f199801.blogspot.my/2012/03/zamanprasejarah-manusia-purba.html Kiosk Sejarah Zaman Batu 1 Zaman Batu merujuk kepada penggunaan teknologi batu dalam kehidupan manusia pada ketika itu. 2 Terdapat tiga tahap Zaman Batu, iaitu: Zaman Batu Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu) 3 Ciri-ciri tiga tahap Zaman Batu ditunjukkan di peta buih di bawah. THINK Ciri-ciri Zaman Batu Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik • Zaman Paleolitik dianggap sebagai zaman yang mencabar kerana manusia perlu menggunakan peralatan batu yang serba ringkas dalam meneruskan kehidupan mereka. • Mereka juga menggunakan peralatan yang diperbuat daripada tulang haiwan dalam aktiviti seharian selain peralatan batu. • Cara hidup manusia semakin berkembang pada Zaman Mesolitik. • Cuaca pada zaman ini tidak terlalu sejuk. • Manusia menjalankan aktiviti memburu binatang dan menangkap ikan untuk mendapatkan makanan. • Pada zaman ini, perkembangan teknologi dan corak kehidupan manusia semakin baik dan berkembang. • Manusia mula mewujudkan kawasan petempatan dan mengamalkan aktiviti bercucuk tanam, membuat tembikar dan menternak binatang.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 23 BAB 3 Zaman Logam 1 Zaman Logam merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi. 2 Manusia telah melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam penggunaan peralatan mereka. 3 Selain itu, mereka juga telah melakukan aktiviti pelayaran. 4 Mereka juga menjalankan kegiatan pertukaran barangan dan peralatan berasaskan gangsa yang dapat dikesan di rantau Asia Tenggara. 5 Contoh peralatan besi yang digunakan ialah kapak, tulang mawas, beliung dan mata lembing yang digunakan untuk berburu, bertani dan untuk menjalankan kegiatan harian mereka. Menjelaskan keupayaan manusia Zaman Prasejarah meneruskan kelangsungan hidup. EKNS Tempoh Masa Zaman Prasejarah 1 Zaman Paleolitik (2.5 juta tahun – 8,000 SM) 2 Zaman Mesolitik (12,000 – 4,000 SM) 3 Zaman Neolitik (10,000 – 2,000 SM) 4 Zaman Logam (3,500 SM – 500 M) Memahami kronologi Zaman Prasejarah berdasarkan corak kemajuan kehidupan manusia zaman itu. KPS 3.2 Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia 1 Penemuan pelbagai artifak atau ekofak telah membuktikan kewujudan lokasi prasejarah di dunia. 2 Lokasi prasejarah wujud di dua kawasan, iaitu: (a) kawasan terdedah seperti di lembah sungai, dan (b) kawasan tertutup seperti di dalam gua. 3 Selain itu, lokasi prasejarah juga boleh ditentukan sama ada wujud di darat atau di air. 4 Fungsi lokasi dan tapak boleh dibahagikan kepada tapak petempatan, perkuburan, bandar, kawasan perburuan atau pembuatan alatan batu. Tiang-tiang batu raksasa di Gobekli Tepe di tenggara Turki didirikan untuk kegunaan ritual oleh masyarakat Zaman Awal Neolitik. Galeri Info Lokasi Zaman Prasejarah di Asia Tenggara 1 Di Asia Tenggara juga, terdapat beberapa lokasi prasejarah ditemui. 2 Bahan tinggalan manusia yang ditemui menunjukkan keupayaan manusia pada ketika itu menjalani kehidupan seharian. 3 Penemuan ini juga menjadi bukti ketinggian pencapaian mereka setanding dengan manusia Zaman Prasejarah di kawasan lain di dunia. 4 Antara lokasi prasejarah yang terdapat di Asia Tengara ialah Ban Ching (Thailand), Lenggong (Malaysia), Gua Liang Bua (Pulau Flores, Indonesia), Gua Padah-lin (Myanmar), Sa Hyun (Vietnam) dan Gua Tabon (Filipina). 5 Lokasi prasejarah ini amat penting dan perlu dipelihara serta dipulihara agar generasi akan datang dapat mengetahui serta memahami sejarah dan tamadun yang telah dilalui oleh manusia pada ketika itu. Mencadangkan kepentingan memelihara dan memulihara tinggalan Zaman Prasejarah. EKNS THINK Lokasi Zaman Prasejarah di Asia Tenggara Ban Chiang (Thailand) Lenggong (Malaysia) Gua Tabon (Filipina) Gua Liang Bua, Pulau Flores (Indonesia) Sa Hyun (Vietnam) Gua Padah-lin (Myanmar) Untuk mengetahui tentang jenis dan ciri-ciri manusia prasejarah dengan lebih lanjut, rujuk laman web berikut: http://www.gurupendidikan. com/pengertian-jenis-dan-ciri-manusia-purba/ Kiosk Sejarah Meneroka bukti kewujudan manusia prasejarah berdasarkan penemuan tinggalan mereka. KPS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 24 BAB 3 3.3 Ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah 1 Terdapat beberapa ciri kehidupan manusia zaman prasejarah. Antaranya ialah: Ciri-ciri Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Logam Tempat kediaman • Gua dan lubang bawah tanah • Berlindung di bawah pokok • Tempat berlindung diperbuat daripada ranting kayu • Sungai dan laut jadi tumpuan petempatan kerana mudah untuk mereka mendapatkan bekalan air dan makanan • Masih mendiami gua, lubang bawah tanah serta tempat berlindung yang diperbuat daripada ranting kayu • Tinggal secara menetap di kawasan lembah sungai dan pesisir pantai • Membina rumah daripada batu, tanah liat dan kayu • Menetap dan membina tempat kediaman dengan lebih baik • Bahan binaan terdiri daripada batu, tanah liat dan kayu • Lebih tersusun • Tinggal di kawasan lembah sungai, pesisir pantai dan tanah tinggi Peralatan • Terdiri daripada batu, kayu dan tulang haiwan • Bentuk sedia ada • Ringkas dan kasar buatannya • Terdiri daripada batu, kayu dan tulang haiwan • Lebih halus dan kemas buatannya • Alatan lebih kecil dikenali sebagai mikrolit • Menggunakan panah untuk berburu • Guna perangkap untuk menangkap ikan • Peralatan lebih halus dan kemas • Pelbagai peralatan seperti alat menggali dan roda • Manusia mampu mencipta alat daripada logam • Seiring dengan teknologi peleburan dan pembuatan acuan • Tahap kehidupan lebih tinggi • Peralatan terdiri daripada gangsa, tembaga dan besi Pengumpulan makanan • Pengumpulan makanan penting selain berburu • Mengumpul buah-buahan, cendawan, bijirin dan pucuk tumbuhan hutan • Masih menjalankan aktiviti mengumpul makanan • Kerang dan siput juga dikumpul • Manusia mula tahu bertani dan menternak binatang • Aktiviti mengumpul makanan makin berkurang • Aktiviti ini makin pupus • Maju dalam bidang pertanian, penternakan dan perdagangan tukar barang • Bekalan makanan mencukupi Kegiatan ekonomi • Bergantung sepenuhnya kepada sumber alam semula jadi • Masih mengutip hasil hutan, berburu dan menangkap ikan • Tidak lagi bergantung kepada sumber alam • Aktiviti utama adalah pertanian, penternakan, dan perdagangan tukar barang
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 25 BAB 3 Ciri-ciri Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Logam • Hidup secara nomad dan berkongsi makanan • Ekonomi bersifat sara diri • Masih berkongsi makanan • Menghasilkan makanan melalui kegiatan pertanian dan penternakan • Bermula perdagangan sistem barter • Bermula pengkhususan kerja • Aktiviti pembuatan dan pertukangan turut berkembang Organisasi sosial • Hidup dalam kelompok kecil • Gabungan beberapa keluarga • Hidup secara nomad • Masih hidup dalam kelompok kecil • Hidup secara nomad • Organisasi sosial belum tersusun • Hidup menetap • Sistem sosial lebih baik • Pemilihan ketua • Wujud golongan kelas atasan atau pemimpin dan kelas bawahan • Aturan kehidupan lebih baik dan tersusun • Lebih tersusun • Pemimpin bertanggungjawab menyelesaikan masalah • Membawa kepada pembentukan sistem pentadbiran Kepercayaan • Mengamalkan animisme dan kepercayaan alam semula jadi yang menentukan kehidupan mereka • Percaya kepada kuasa alam seperti kilat, petir, angin, hujan dan matahari • Percaya kepada batu, pokok, bukit, sungai dan laut • Masih mengamalkan kepercayaan animisme • Melakukan ritual bagi mewujudkan perdamaian dengan kuasa alam • Amalan penyembahan • Percaya kehidupan selepas mati • Mayat diurus dan dikebumi dengan teliti dan sempurna • Penyembahan terhadap kuasa alam semakin jelas • Membina binaan khusus untuk upacara ritual Kesenian dan Kebudayaan • Menghasilkan lukisan gua • Bersifat realisme • Masih melukis lukisan gua • Masih melukis lukisan gua • Lukisan corak geometri pada alat tembikar dikenali sebagai simbolisme • Mementingkan nilai estetika • Ditemui pada gendang gangsa yang mempunyai pola hiasan yang menarik Membuat interpretasi terhadap kewujudan manusia Zaman Prasejarah berdasarkan bukti tinggalan mereka. KPS Membuat imaginasi tentang kehidupan Zaman Prasejarah. KPS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 26 BAB 3 3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia 1 Manusia zaman prasejarah banyak memberi sumbangan kepada kehidupan manusia masa kini. 2 Antara sumbangan manusia zaman prasejarah termasuklah: Sumbangan Penerangan 1 Aktiviti pertanian (a) Giat dijalankan pada Zaman Neolitik. (b) Tanaman yang dtanam ialah gandum, barli dan padi. (c) Bahan bekalan makanan utama membolehkan mereka hidup menetap di sesebuah kawasan. (d) Sehingga kini, aktiviti pertanian masih dijalankan dan amat penting. (e) Dahulu pertanian dijalankan untuk sara diri secara kecil-kecilan. (f) Kini diusahakan secara besar-besaran dalam bentuk ladang, menggunakan peralatan moden dan untuk tujuan komersial. 2 Memburu binatang (a) Merupakan aktiviti tertua diamalkan oleh manusia untuk mendapatkan makanan. (b) Dahulu manusia prasejarah menggunakan alatan batu, tulang, kayu, gangsa dan besi untuk berburu selain tombak, panah dan sumpit. (c) Sumpit masih diamalkan hingga kini. (d) Kini, aktiviti berburu dijadikan sebagai hobi menggunakan senjata canggih, berlesen dan berdaftar. Lesen berburu dikeluarkan oleh Perhililitan. 3 Menternak binatang (a) Manusia mahir menternak binatang sejak Zaman Neolitik lagi. (b) Sumber makanan diperoleh secara berterusan. (c) Kini, penternakan binatang dijalankan secara komersial bagi menampung keperluan daging dan tenusu untuk sesebuah negara. 4 Peralatan (a) Diperbuat daripada batu, kayu dan tulang haiwan untuk kegunaan harian. (b) Alatan logam dicipta apabila manusia mempunyai pengetahuan tentang campuran logam, acuan dan suhu pembakaran. – Peralatan gangsa dan besi adalah ciptaan inovasi yang banyak membantu manusia sehingga kini seperti cangkul, kapak, parang, tombak, pedang dan keris. – Kini, peralatan berubah apabila mesin dan jentera digunakan contohnya untuk memotong dan menghiris daging. 5 Tembikar (a) Tembikar dibuat sebagai bekas makanan dan peralatan masakan selain peralatan ritual semasa Zaman Prasejarah. (b) Tembikar dijadikan sebagai barangan dagangan penting pada abad ke-14 dan ke-15 M, contohnya tembikar buatan China seperti tembikar Dinasti Ming dan buatan Vietnam. (c) Industri tembikar yang masih wujud hingga hari ini ialah tembikar labu sayong di Kuala Kangsar, Perak. 6 Ideofak (a) Merupakan hasil tinggalan manusia zaman prasejarah yang berkaitan dengan ideologi atau kepercayaan. (b) Manusia prasejarah sangat menghormati mayat. (c) Terdapat pelbagai kaedah mayat dikebumikan dan disertakan dengan pelbagai peralatan. (d) Di Gua Cha, Kelantan, kepala mayat diletakkan di atas bantal batu dan terdapat bekalan makanan. (e) Di Sabah, mayat diletakkan dalam keranda kayu dan disimpan dalam gua batu kapur. 7 Monumen dan seni bina (a) Kebolehan dan kepakaran dalam pembinaan monumen dan seni bina wujud sejak Zaman Neolitik. (b) Terdapat binaan yang masih kekal hingga ke hari ini. (c) Pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) adalah salah satu contoh kesinambungan binaan Zaman Prasejarah.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 27 BAB 3 3 Kita perlu menghargai pencapaian manusia Zaman Prasejarah yang telah melahirkan pelbagai idea dan tindakan yang berguna kepada manusia masa kini. Menjelaskan penghargaan terhadap kemajuan dalam masyarakat Zaman Prasejarah. EKNS 3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia 1 Manusia prasejarah menetap di Malaysia sejak 40,000 tahun yang lalu dengan penemuan tinggalan manusia Zaman Prasejarah. 2 Zaman Prasejarah di Malaysia dimulai dengan Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik (Hoabinhian) dan Zaman Neolitik. Zaman Epi-Paleolitik muncul kerana alatan kerikil repihan yang digunakan pada Zaman Paleolitik banyak ditemui. Lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia 1 Penemuan lokasi-lokasi tinggalan manusia menjadi bukti kewujudan Zaman Prasejarah di Malaysia. 2 Lokasi ini wujud dalam dua keadaan, iaitu: (a) di kawasan gua, dan (b) di kawasan terbuka. 3 Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan kewujudan Zaman Prasejarah di negara ini seperti penemuan peralatan batu, logam, tembikar, manik, lukisan gua dan ukiran batu. Melahirkan rasa bersyukur dalam memanfaatkan alam ciptaan Tuhan. EKNS 4 Peta pokok berikut merupakan zaman dan tapak lokasi manusia Zaman Prasejarah di Malaysia. Untuk mengetahui tentang Zaman Prasejarah di Malaysia dengan lebih lanjut, rujuk laman web berikut: http://https://ms.wikipedia.org/wiki/ Zaman_Prasejarah_di_Malaysia Kiosk Sejarah THINK Lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia • Tingkayu (Sabah) • Gua Niah (Sarawak) • Kota Tampan (Perak) • Lembah Mansuli (Sabah) Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Logam • Jenderam Hilir (Selangor) • Gua Madai (Sabah) • Gua Cha (Ulu Kelantan) • Bukit Tegun Lembu (Perlis) • Gua Kecil (Pahang) • Sungai Tembeling (Pahang) • Lubang Angin (Sarawak) • Gua Tapadong (Sabah) • Jenderam Hilir (Selangor) • Sungai Tembeling (Selangor) • Lembah Bernam (Selangor) 40,000 SM 12,000 SM – 2800 SM 2800 SM – 500 SM 500 SM – 500 M Selain lokasi prasejarah di atas, terdapat kawasan prasejarah yang tidak diketahui umum, iaitu Gua Kota Gelanggi di Jerantut dan Gua Bewan di Tasik Kenyir. Di kawasan Endau-Rompin, Gua Bintong di Perlis, Kota Balai di Jerantut, Pergunungan Kenderong dan Kerunai di Gerik, Pulau Buluh (Pulau Kalumpang) di Perak, Gua Bukit di Hulu Terengganu. Galeri Info Teknologi 1 Penemuan pelbagai jenis peralatan batu dan logam merupakan bukti wujudnya manusia Zaman Prasejarah di Malaysia. 2 Penemuan ini menunjukkan kemahiran manusia Zaman Prasejarah dalam mencipta pelbagai alatan batu dan logam. 3 Alatan ini digunakan untuk memotong, menetak atau memecahkan tulang. 4 Wujud bengkel membuat peralatan batu di Kota Tampan, Perak dan Tingkayu, Sabah. 5 Di Hulu Perak pula, penemuan alatan batu Zaman Neolitik menunjukkan manusia sudah pandai menggilap alatan tersebut. 6 Penemuan peralatan logam di Klang, Selangor membuktikan kewujudan Zaman Logam di Malaysia.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 29 BAB 3 Bahagian A (Soalan Struktur) Jawab soalan-soalan di bawah ini dengan betul. S.P. 3.1.1 Menyatakan maksud Zaman Prasejarah. S.P. 3.1.2 Menerangkan lokasi Zaman Prasejarah. S.P. 3.1.3 Membandingkan ciri-ciri kehidupan pada Zaman Prasejarah. S.P. 3.1.4 Menyatakan kesinambungan sumbangan Zaman Prasejarah kepada kemajuan kehidupan manusia. K 3.1.6 Menjelaskan keupayaan manusia prasejarah meneruskan kelangsungan hidup 1 Zaman Prasejarah ialah zaman sebelum manusia mengenal tulisan. Nyatakan tiga tahap Zaman Batu yang wujud di dunia. (a) (b) (c) (3 markah) TP 1 Murid mengetahui Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 TP 4 Murid boleh menganalisis maklumat berkaitan Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 2 Lokasi manusia prasejarah biasanya tertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sumber alam. Di manakah biasanya lokasi prasejarah ini wujud? (a) (b) (2 markah) TP 1 Murid mengetahui Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 2 TP 2 Murid memahami Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 2 TP 3 Murid boleh menerangkan dengan contoh tentang Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 2 3 Asia Tenggara juga menjadi tapak atau lokasi kewujudan masyarakat Zaman Prasejarah. Nyatakan tiga lokasi dan bukti penemuan di lokasi-lokasi tersebut. (a) (b) (c) (3 markah) TP 1 Murid mengetahui Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 TP 4 Murid boleh menganalisis maklumat berkaitan Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 Praktis Bab 3 Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Kawasan terdedah seperti di lembah sungai Kawasan tertutup seperti dalam gua Ban Chiang – penemuan peralatan logam dan tembikar Lenggong – penemuan rangka Perak Man Gua Liang Bua – penemuan Flores Man, fosil
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 31 BAB 3 PERUBAHAN KESAN Perubahan dan Kesan Ciri-ciri Kehidupan Masyarakat Prasejarah (14 markah) TP 4 Murid boleh menganalisis maklumat berkaitan Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 14 Membina rumah sebagai tempat kediaman Manusia mula hidup menetap di sesebuah kawasan Mencipta pelbagai peralatan yang halus dibuat daripada logam dan besi Memudahkan kehidupan seharian dan meningkatkan produktiviti Perubahan dalam kegiatan harian daripada berburu kepada menternak dan bertani Sumber atau bekalan makan tidak akan terputus Aktiviti perdagangan yang dikenali sebagai sistem barter Membolehkan masyarakat memperoleh barang-barang keperluan dengan lebih mudah Pembentukan organisasi sosial masyarakat Kehidupan masyarakat lebih tersusun dan sistematik di bawah pimpinan seorang ketua Masyarakat mula mengamalkan pelbagai amalan dan kepercayaan • Terhasilnya pelbagai binaan ritual yang unik • Pengurusan mayat lebih sistematik Menghasil kesenian dan kebudayaan bermutu tinggi Setiap peralatan yang dicipta disertakan dengan hiasan yang berestetika tinggi
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 32 BAB 3 2 Penemuan ideofak terutamanya di tanah perkuburan merupakan bukti peninggalan penting berkaitan amalan kepercayaan bagi masyarakat Zaman Prasejarah di Malaysia. Namakan ideofak tersebut. BUKU TEKS hal 69 Ideofak Pengebumian tempayan Pengebumian memanjang Kubur kepingan batu Pengebumian keranda kayu Pengebumian perahu Pengebumian melentur (5 markah) TP 2 Murid boleh memahami Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 5 Bahagian C (Sudut KBAT) Jawab soalan-soalan di bawah ini. Menjelaskan keupayaan manusia prasejarah meneruskan kelangsungan hidup dan menjelaskan penghargaan terhadap kemajuan dalam masyarakat Zaman Prasejarah. K 3.1.6 K 3.1.8 S.P. 3.1.5 Membincangkan bukti tinggalan Zaman Prasejarah. S.P. 3.1.4 Menyatakan kesinambungan sumbangan Zaman Prasejarah kepada kemajuan kehidupan manusia. S.P. 3.1.7 Mencadangkan kepentingan memelihara dan memulihara tinggalan Zaman Prasejarah. S.P. 3.1.9 Mewajarkan kepentingan bersyukur dalam memanfaatkan alam ciptaan Tuhan. 1 Mengapakah artifak berupa peralatan yang ditemui oleh para arkeologi pada Zaman Prasejarah menjadi salah satu ciri penting bagi menentukan tahap zaman dalam Zaman Prasejarah? (3 markah) TP 4 Murid boleh menganalisis maklumat berkaitan Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 Ciri fizikal peralatan seperti bentuk, kualiti dan bahan yang digunakan untuk membuat alatan tersebut dapat menentukan tahap Zaman Prasejarah.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 33 BAB 3 2 Bagaimanakah masyarakat zaman prasejarah berusaha untuk menjelmakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh mereka? (3 markah) TP 5 Murid boleh membuat penilaian tentang Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 3 Kerjasama dalam sesebuah organisasi sosial amat penting bagi mencapai matlamat bersama. Mengapakah organisasi sosial amat penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat? (3 markah) TP 4 Murid boleh menganalisis maklumat berkaitan Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 4 Masyarakat Zaman Prasejarah telah memberi banyak sumbangan terhadap kehidupan manusia pada masa kini dalam pelbagai aspek kehidupan. Buktikan bahawa manusia pada masa kini bijak memanfaatkan sumbangan masyarakat Zaman Prasejarah. (3 markah) TP 4 Murid boleh menganalisis maklumat berkaitan Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 TP 5 Murid boleh membuat penilaian tentang Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 Membuat ukiran pada dinding gua dan batu, menggambarkan idea melalui lakaran dan lukisan. Mewujudkan rasa taat setia kepada pemimpin, sistem pentadbiran lebih teratur dan sistematik, mewujudkan semangat bersatu padu, kehidupan masyarakat lebih maju, aman dan makmur. • Peralatan – mencipta peralatan yang lebih canggih dan pelbagai guna • Tempat tinggal – membina tempat kediaman yang lebih baik dan selesa • Organisasi sosial – sistem pentadbiran negara lebih tersusun dan sistematik • Kegiatan/Aktiviti – hasil pertanian dan penternakan diimport ke luar negara untuk meningkatkan ekonomi negara
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 34 BAB 3 Bahagian D (Komik Sejarah) Jawab soalan-soalan di bawah ini dengan berpandukan komik sejarah yang diberikan. S.P. 3.1.4 Menyatakan kesinambungan Zaman Prasejarah kepada kemajuan kehidupan manusia. K 3.1.6 Menjelaskan keupayaan manusia prasejarah meneruskan kelangsungan hidup 1 Nyatakan nilai yang ditunjukkan oleh masyarakat Zaman Prasejarah yang boleh diamalkan oleh masyarakat zaman sekarang. (3 markah) TP 4 Murid boleh menganalisis maklumat berkaitan Zaman Prasejarah. Belum Menguasai Menguasai 3 Bahagian E (Soalan Objektif) Jawab soalan-soalan di bawah ini. 1 Zaman Prasejarah juga dikenali sebagai kerana masyarakat pada zaman itu kebanyakannya menggunakan peralatan yang diperbuat daripada . A Zaman Ais, kayu B Zaman Besi, besi C Zaman Batu, batu D Zaman Penjajahan, plastik 2 Rajah 1 menunjukkan garis masa Zaman Prasejarah. 2.5 juta tahun – 8000 SM 12,000–4000 SM X 3500 SM – 500 M Rajah 1 Apakah zaman yang bertanda X? A Logam C Paleolitik B Mesolitik D Neolitik 3 Pernyataan berikut menunjukkan ciri-ciri manusia Zaman Prasejarah. Tinggal secara menetap di kawasan lembah sungai dan pesisiran pantai. A peralatan B kepercayaan C tempat kediaman D pengumpulan makanan 4 Masyarakat Zaman Prasejarah terbukti memberi banyak sumbangan kepada kemajuan kehidupan manusia pada masa kini. Pilih pernyataan yang betul berkaitan sumbangan masyarakat Zaman Prasejarah. I Penggunaan jentera moden • Gigih meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan serba kekurangan • Berdikari dan berusaha memenuhi keperluan kehidupan mereka • Kreatif mencipta peralatan yang boleh memudahkan kehidupan mereka
NOTA BESTARI 7.1 Tamadun India Pengenalan 1 Tamadun India merupakan tamadun setara dengan tamadun lain seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir dan Tamadun China. 2 Tamadun India telah mengalami peningkatan yang sangat mengagumkan dalam pelbagai bidang sehingga meletakkan Tamadun India antara tamadun terunggul di dunia. Antara bidang tersebut termasuklah: © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 69 7 Peningkatan Tamadun India dan China BAB (a) pemerintahan, (b) perluasan kuasa, (c) ekonomi, (d) kebudayaan, (e) teknologi, dan (f) keagamaan. Memahami kronologi dan peristiwa sejarah yang berlaku dalam Tamadun India dan Tamadun China. KPS Lokasi dan Perkembangan Selepas Tamadun Indus berakhir. Berlaku perubahan dalam perkembangan Tamadun India. Bermulanya tahap baharu dalam Tamadun India. Perkembangan ini membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil (janapada) Ketiga-tiga dinasti berjaya menonjolkan kehebatan memperluas kuasa sehingga membentuk kerajaan dan empayar yang luas. Perkara tersebut menjadi asas kepada kewujudan kerajaankerajaan lain seperti Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta. Kemunculan Magadha memainkan peranan penting dalam tahap perubahan sistem politik di India melalui perluasan kuasa. Kejayaan ini dikaitkan dengan kedudukan Magadha yang strategik di Lembah Ganges (dapat mengawal laluan perdagangan utama di Sungai Ganges). Peralihan pusat tamadun ke Lembah Ganges. (Sebelum ini berpusat di Lembah Indus) Perubahan tahap kedua dalam Tamadun India. Kerajaan-kerajaan ini kemudian mewujudkan kerajaan yang lebih besar (mahajanapada). Magadha yang terletak di timur laut India muncul sebagai kuasa penting yang berjaya menguasai kerajaan lain di India (tahun 540–490 SM).
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 70 BAB 7 Perluasan Kuasa dalam Tamadun India 1 Kemunculan pelbagai kerajaan dalam Tamadun India menyebabkan wujudnya persaingan antara kerajaan untuk memperluas kuasa masing-masing. 2 Perluasan kuasa bermaksud usaha yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan atau raja bagi menguasai dan memperluas pengaruh di sesebuah kawasan atau usaha untuk mengatasi pihak lain. 3 Pada permulannya, perluasan kuasa dilakukan secara fizikal. 4 Namun begitu, cara perluasan kuasa ini telah berubah kepada perluasan secara keagamaan demi memastikan kesejahteraan dan perdamaian wujud dalam Tamadun India. Mempunyai keterikatan emosi kepada negara • Bertindak wajar • Berlaku adil dan bertimbang rasa EKNS Faktor Perluasan Kuasa Terdapat lima faktor perluasan kuasa yang saling berkait. Faktor tersebut termasuklah kekuatan ketenteraan, dasar pemerintahan, sumber manusia, diplomasi keagamaan dan kewangan. THINK Faktor Perluasan Kuasa Kekuatan Ketenteraan Dasar Pemerintahan Sumber Manusia • Sesebuah kerajaan perlu mempunyai pasukan tentera yang kuat. • Pasukan tentera juga digunakan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh. • Pemerintahan yang diketuai oleh raja menentukan dasar perluasan kuasa sesuatu kerajaan. • Sumber manusia yang mencukupi, menjamin sesebuah kerajaan ditadbir dengan baik dan berkesan. Diplomasi Keagamaan Kewangan • Pemerintah yang bijak tidak hanya bergantung pada aspek ketenteraan semata-mata. • Aspek keagamaan dan kemanusiaan turut berperanan dalam memperluas kuasa dan pengaruh kerajaan. • Setiap perluasan kuasa perlu mendapat pembiayaan secukupnya daripada perbendaharaan kerajaan. • Tanpa kewangan yang kukuh, usaha ini menghadapi kesukaran. Bentuk Perluasan Kuasa Terdapat dua bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India, iaitu perluasan fizikal dan perluasan keagamaan. Fizikal 1 Perluasan fizikal bermakna perluasan kuasa yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan menguasai wilayah-wilayah yang lain. 2 Sesebuah kerajaan mampu membentuk sebuah empayar dengan menguasai kerajaan-kerajaan lain. 3 Selain itu, perluasan kuasa dapat dilaksanakan apabila sesebuah kerajaan mengakui taklukan dan akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan yang menang dan lebih berkuasa. 4 Dalam aspek ini, kekuatan ketenteraan dan disiplin pasukan tentera merupakan syarat yang paling penting. 5 Selain itu, dasar yang diambil oleh seorang raja menjadi faktor perluasan kuasa ini dilaksanakan. Membuat interpresi tentang aspek perluasan kuasa dalam Tamadun India dan aspek pendidikan dalam Tamadun China. KPS Mengukuhkan semangat patriotik • Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara • Berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara EKNS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 72 BAB 7 Nama Asoka bererti “tanpa kesedihan”. Asoka mengamalkan ahimsa (ketakganasan), kasih sayang, kebenaran, toleransi, vegetarianisme. Beliau dikenang dalam sejarah sebagai seorang pentadbir kedermawanan. (Sumber: https:// ms.wikipedia.org/wiki/Asoka) Galeri Info Keagamaan dalam Tamadun India 1 Selepas Perang Kalinga, Asoka menghentikan sebarang usaha perluasan secara fizikal, sebaliknya menumpukan kepada pengembangan agama Buddha. 2 Bagi mengukuhkan pembinaan negara, peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam pemerintahannya telah diukir pada tiang batu yang diletakkan di kawasan strategik. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka. 3 Di bawah naungan Asoka, misi pengembangan agama Buddha telah giat dilakukan ke Tibet, Nepal, Alexandria, Antioch, Bactria dan Burma. 4 Misi penyebaran agama Buddha ke Sri Lanka diketuai oleh Mahendra, sementara ke Asia Tenggara oleh Sona dan Uttara. 5 Ketika zaman Gupta pula, penekanan diberikan kepada agama Hindu hingga agama ini mengalami perkembangan yang sangat pesat. 6 Pemerintah Gupta menekankan hal-hal berkaitan kebudayaan, kesesusasteraan, seni bina, perdagangan dan pemerintahan yang berasaskan kepada agama Hindu. 7 Raja Samudragupta (335 M – 376 M) meminati puisi-puisi berbentuk keagamaan sehingga beliau dikenali sebagai Kaviraja (raja penyair). Penekanan kepada agama Hindu dalam dinasti ini membolehkan zaman Gupta dikenali sebagai zaman keemasan dalam agama Hindu. • Berbangga dengan sejarah negara • Berbangga dengan tradisi dan budaya bangsa EKNS Zaman Gupta merupakan dinasti di utara India yang memerintah dari tahun 320–550 M. Pemerintahan dinasti ini maju dengan seni halus dan kesusasteraan. Kuasa dinasti ini berkembang dari sebuah kawasan kecil di Lembah Ganges hingga menguasai sebahagian besar India. Di bawah Chandragupta II (385–414 M) intelektual, undang-undang dan kesenian sangat maju. Akibat penaklukan Hun Putih, empayar ini menjadi kecil dan hanya menguasai Bengal. Galeri Info 7.2 Tamadun China Pengenalan 1 Tamadun China telah menunjukkan peningkatan yang begitu mengkagumkan dalam pelbagai bidang seperti pemerintahan dan pentadbiran, sistem ekonomi, teknologi, intelektual dan pendidikan. 2 Aspek pendidikan mengalami peningkatan yang pesat semasa zaman pemerintahan Dinasti Qin dan Dinasti Han. 3 Pendidikan menjadi asas penting dalam kemajuan yang dicapai oleh Tamadun China hingga membolehkannya menjadi antara tamadun teragung di dunia. Lokasi dan Perkembangannya 1 Tamadun China pada era peningkatan ini masih lagi muncul di sekitar Lembah Sungai Huang He. Sian (Ibu negeri Chin) SZECHUAN Canton Keluasan asal negeri Chin semasa pemerintahan Dinasti Chao Timur Petunjuk: Tembok Besar Sg. Hwang Ho Yangtze Kiang U Peta 7.2 Lokasi Tamadun China dan peluasan Dinasti Qin Shih Huang Ti (259–210 SM) juga dikenali sebagai Shi Huangdi. Beliau ialah maharaja bagi empayar China yang pertama dan penubuh Dinasti Chin atau Qin. Beliau menjadi raja kerajaan Qin pada tahun 246 SM. Selepas menakluki negeri-negeri yang menjadi saingan kepada kerajaan Qin, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja pada tahun 221 SM. Galeri Info
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 73 BAB 7 2 Kawasan yang subur serta kedudukannya yang strategik menjadikan Lembah Sungai Huang He sebagai kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat kerajaan seperti pada zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han. Ketika ini, Dinasti Qin muncul sebagai kerajaan paling utama di China semasa pemerintahan Raja Zheng yang kemudiannya memakai gelaran Maharaja Shi Huangdi. (Kerajaan ini berpusat di Xianyang) Dinasti Qin wujud antara tahun 221 SM hingga tahun 206 SM dan mempunyai wilayah yang luas meliputi bahagian utara sehingga ke Gurun Gobi dan selatan China bersempadan dengan Vietnam. Maharaja Shi Huangdi merupakan pemimpin Dinasti Qin yang bertanggungjawab menyatukan China. (Kestabilan politik ini membolehkan perkembangan bidang ekonomi dan sosial) Akhirnya, Dinasti Qin digantikan oleh Dinasti Han antara tahun 206 SM hingga tahun 220 M. THINK Dinasti Han diasaskan oleh Liu Bang yang kemudiannya memakai gelaran Maharaja Gaozu. Dinasti ini membentuk empayar yang luas meliputi utara China, sempadan Vietnam di selatan dan bahagian utara Korea di sebelah timur serta Turkestan di bahagian barat. Dinasti Han telah menunjukkan peningkatan dalam bidang perdagangan melalui pembukaan Laluan Sutera, bidang pentadbiran dan bidang sosial ketika zaman pemerintahan Maharaja Han Wu Di yang memerintah antara tahun 140 SM – 87 SM. Laluan Sutera merupakan laluan perdagangan daratan yang terpanjang di dunia melibatkan China hingga empayar Rom. Dinasti Han juga terkenal kerana melaksanakan sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada perkembangan dalam sistem pendidikan. Dinasti ini terbahagi kepada dua tahap, iaitu Han Awal antara tahun 8 M dan Han Akhir antara tahun 25 M hingga tahun 220 M. Ketika zaman Han Awal, pusat pemerintahan terletak di Chang’an, manakala pada zaman Han Akhir, pusat pemerintahan terletak di Loyang. Liu Bang ialah nama peribadi Maharaja Gao yang hidup sejak 256 SM atau 247 SM – 195 SM. Beliau dikenali umum di seluruh China sebagai Gaozu. Liu Bang merupakan maharaja pertama Dinasti Han dan memerintah seluruh China dari 202 SM hingga 195 SM. Liu Bang lahir dari keluarga petani. Beliau adalah antara segelintir pencipta dinasti dalam sejarah China yang muncul dari kelas petani. Untuk maklumat lebih lanjut layari: http://totallyhistory.com/liu-bang/ Kiosk Sejarah Perkembangan Pendidikan Tamadun China Sewaktu Dinasti Shang, pendidikan di China bermula dan semakin berkembang semasa Zaman Dinasti Zhou. Hal ini dibuktikan melalui kehadiran ahli falsafah seperti Konfusius. Konfusius yang hidup dari tahun 551 SM hingga tahun 479 SM menjadi perhatian masyarakat pada ketika itu dan ajarannya kekal sehingga kini. Antara karya beliau yang terkenal ialah Lun Yu atau Analects. Meneroka bukti tentang keunggulan Tamadun India dan Tamadun China berdasarkan peningkatan tamadun mereka. KPS Dinasti Qin Tokoh: Han Fei Zi 1 Pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 74 BAB 7 2 Mengutamakan ketegasan undang-undang bagi mengawal tingkah laku manusia. 3 Sistem pendidikan menjadi lebih tersusun apabila Maharaja Shi Huangdi menyeragamkan sistem tulisan. Dinasti Han Tokoh: Cai Lun 1 Sistem pendidikan diperkukuh melalui penubuhan sekolah tinggi Chang’an. 2 Penekanan diberikan kepada pembelajaran ajaran Konfusianisme yang diikuti dengan penubuhan sekolah yang sama pada peringkat daerah dan wilayah. 3 Sistem pendidikan semakin bertambah baik dengan adanya teknologi pembuatan kertas daripada campuran kulit pokok, serpihan rami kain dan jaring oleh Cai Lun. 4 Hal ini telah meningkatkan pendidikan di sekolah apabila kertas tersebut digunakan secara meluas. Mempunyai jati diri • Berilmu dan berketrampilan • Rajin dan gigih • Tabah menghadapi cabaran • Kreatif dan inovatif EKNS Han Fei Zi Beliau adalah antara ahli falsafah undang-undang di China. Antara hasil penulisan beliau ialah The Hanfeizi yang terdiri daripada sintesis teori undang-undang sehingga zamannya. Untuk mendapat maklumat lanjut tentang Cai Lun layari https://global.britannica.com/biography/Han-Feizi Cai Lun Cai Lun (Ts’ai Lun) dilahirkan di Guiyang semasa Dinasti Han Timur. Beliau pernah mencipta proses pembuatan kertas dengan menggunakan bahan-bahan seperti kulit kayu, rami, sutera dan jala. Hasilnya, penciptaan kertas memberi sumbangan besar kepada Tamadun China sehingga beliau menerima gelaran bangsawan. Maklumat lanjut layari http://www.biographyonline.net/business/cai-lun.html Kiosk Sejarah Matlamat Sistem Pendidikan China THINK • Membuat imaginasi tentang kehidupan masyarakat dalam Tamadun India dan Tamadun China. • Membuat rasinalisasi terhadap tindakan pemerintah India dan pemerintah China dalam usaha meningkatkan kemajuan tamadun mereka. KPS Matlamat Sistem Pendidikan China Membezakan golongan elit dengan golongan rakyat Lulus peperiksaan perkhidmatan awam Memupuk nilai moral etika Memilih pegawai kerajaan Mengekalkan ajaran Konfusianisme Mempunyai perasaan kekitaan • Berganding bahu membangunkan negara • Mendukung prinsip dan nilai demokrasi • Menyanjungi corak pemerintahan EKNS Kepentingan perkembangan pendidikan yang pesat dalam Tamadun China termasuklah: (a) Negara boleh ditadbir dengan cekap dan berkesan. (b) Dari segi kedudukan sosial, seseorang yang terpelajar akan berada pada hierarki teratas dalam masyarakat di China, diikuti oleh golongan petani, artisan dan pedagang.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 76 BAB 7 Bahagian A (Soalan Struktur) Jawab soalan-soalan di bawah ini dengan betul. S.P. 4.2.4 Membincangkan peningkatan Tamadun India dari aspek perluasan kuasa. S.P. 4.2.5 Membincangkan peningkatan Tamadun China dari aspek pendidikan. K 4.2.6 Merumuskan kepentingan pendidikan sebagai agen perubahan kepada kemajuan negara. Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta berjaya menonjolkan kehebatan memperluaskan kuasa sehingga membentuk kerajaan dan empayar yang luas. 1 (a) Apakah faktor perluasan kuasa dalam Tamadun India? (i) (ii) (iii) (3 markah) (b) Jelaskan perbezaan konsep perluasan kuasa melalui kaedah fizikal dengan kaedah keagamaan. (i) (ii) (ii) (2 markah) TP 2 Murid boleh memahami peningkatan tamadun. Belum Menguasai Menguasai 5 (c) Pada pendapat anda, mengapakah perlunya pemimpin yang bertanggungjawab terhadap sesebuah negara? (i) (ii) (2 markah) TP 4 Murid boleh membuat analisis maklumat yang berkaitan dengan peningkatan tamadun. Belum Menguasai Menguasai 2 Praktis Bab 7 Kekuatan ketenteraan Dasar pemerintahan Sumber manusia / Diplomasi keagamaan / Kewangan Kaedah fizikal bermakna perluasan kuasa dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan menguasai wilayah-wilayah lain. Kaedah keagamaan tidak bergantung kepada sempadan wilayah yang tetap, sebaliknya merentas sempadan dengan memberi penekanan kepada aspek keagamaan. Perlulah berusaha megekalkan tradisi dan budaya Menegakkan keadilan negara Memastikan keamanan negara terpelihara / Memastikan kelancaran pentadbiran
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 77 BAB 7 2 (a) Jelaskan matlamat sistem pendidikan Tamadun China. (i) (ii) (iii) (3 markah) (b) Mengapakah peperiksaan merupakan komponen penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat China? (i) (ii) (2 markah) TP 2 Murid boleh memahami peningkatan tamadun. Belum Menguasai Menguasai 5 (c) Apakah pengajaran yang boleh dipelajari daripada peningkatan Tamadun China? (i) (ii) (iii) (3 markah) TP 4 Murid boleh membuat analisis maklumat yang berkaitan dengan peningkatan tamadun. Belum Menguasai Menguasai 3 Lulus peperiksaan perkhidmatan awam Mengekalkan ajaran Konfusianisme / Memupuk nilai moral dan etika Memilih pegawai kerajaan / Membezakan golongan elit dengan golongan rakyat Untuk membolehkan seseorang menerima penghormatan Bagi meningkatkan taraf sosial ke arah kehidupan yang lebih baik Kita hendaklah memajukan diri melalui pendidikan / Perlulah berusaha mengekalkan tradisi dan budaya Setiap orang perlulah berusaha mencapai tahap pendidikan yang baik Perlu berusaha mengekalkan tradisi dan budaya
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 78 BAB 7 Bahagian B (Penguasaan i-Think) Jawab soalan-soalan di bawah ini dengan mengisi jawapan pada ruangan yang disediakan. S.P. 4.2.4 Membincangkan peningkatan Tamadun India dari aspek perluasan kuasa. S.P. 4.2.5 Membincangkan peningkatan Tamadun China dari aspek pendidikan. 1 Buat perbandingan peningkatan antara Tamadun India dan Tamadun China dalam peta buih berganda yang berikut. BUKU TEKS hal 169 Tamadun India Tamadun China Peningkatan Tamadun India dan Tamadun China Contoh Kerajaan: Magadha Kashi Merupakan tamadun awal di dunia Mempunyai tokoh pemimpin Lokasi: Lembah Ganges Sumbangan: Penyebaran agama Contoh Kerajaan: Dinasti Qin Dinasti Han Lokasi: Lembah Sungai Huang He Sumbangan: Perkembangan pendidikan (8 markah) TP 2 Murid boleh memahami peningkatan tamadun. Belum Menguasai Menguasai 8 2 Kenal pasti tahap perkembangan pendidikan dalam Tamadun China mengikut dinasti. BUKU TEKS hal 148 Perkembangan Pendidikan dalam Tamadun China Dinasti Zhou (a) (b) Dinasti Qin (a) (b) Dinasti Han (a) (b) Mempunyai ahli falsafah seperti Konfusius Karya yang terkenal era ini adalah Lun Yu atau Analects Pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan Diasaskan oleh Han Fei Zi Sistem pendidikan diperkukuh melalui penubuhan sekolah tinggi Penekanan diberikan kepada pembelajaran Konfusianisme (6 markah) TP 1 Murid boleh mengetahui peningkatan tamadun. Belum Menguasai Menguasai 6
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 80 BAB 7 1 “Undang-undang yang ketat perlu bagi mengawal tingkah laku manusia”. Pandangan tersebut ada kebenarannya. Mengapa? (3 markah) TP 4 Murid boleh menganalisis maklumat yang berkaitan peningkatan tamadun. Belum Menguasai Menguasai 3 Bahagian E (Soalan Objektif) Jawab soalan-soalan di bawah ini. 1 Rajah berikut menunjukkan perubahan Tamadun Indus kepada Tamadun India. Tamadun Indus Tamadun India Bagaimanakah perkembangan atau perubahan tamadun tersebut boleh berlaku? A Peralihan pusat tamadun ke Lembah Ganges B Kemunculan kerajaan-kerajaan kecil, iaitu janapada C Kewujudan kerajaan besar seperti mahajanapada D Kedudukan Magadha yang strategik 2 Sumbangan Magadha terhadap Tamadun India dapat dilihat melalui A penyebaran agama Hindu. B kewujudan kerajaan baharu. C pemerintahan yang kukuh. D penyatuan masyarakat India. 3 Asoka menghentikan usaha peluasan kuasa secara fizikal sebaliknya menumpukan kepada pengembangan agama Buddha. Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan kaedah perluasan kuasa itu berlaku? A Desakan rakyat B Perang Kalinga C Rampasan kuasa D Gabungan ketenteraan 4 Jadual berikut menunjukkan nama tokoh dalam Tamadun India dan Tamadun China. Tamadun Tokoh India Chandragupta Maurya China X Siapakah X? A Asoka C Shih Huangdi B Bindusara D Kautilya 5 Matlamat sistem pendidikan Tamadun China ialah membezakan golongan elit dengan golongan rakyat. Manakah antara yang berikut merupakan kelebihan seseorang yang terpelajar dalam Tamadun China? A Mendapat gaji lumayan B Bantuan pendidikan C Tawaran latihan ketenteraan D Menduduki hierarki teratas 6 Sistem peperiksaan Tamadun China dikawal ketat dan mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman. Apakah langkah yang diambil untuk memastikan ketelusan dalam proses peperiksaan Tamadun China? A Calon dikurung sebelum menghadapi peperiksaan B Kertas peperiksaan dikawal ketat dalam penjara C Penggubal kertas peperiksaan dikurung D Kawasan peperiksaan ditutup Naluri manusia suka melakukan perkara yang dilarang. Hukuman mudah dijalankan berdasarkan peraturan. Senang mengawal tingkah laku manusia jika bertindak tegas.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 81 BAB 7 7 Pada pendapat anda, apakah kesan perluasan kuasa jika diamalkan pada masa kini? I Meruntuhkan perpaduan II Melanggar hak asasi manusia III Mengurangkan kemusnahan awam IV Memupuk keamanan sejagat A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV 8 Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh menjadi panduan kepada rakyat untuk membina negara yang lebih berdaulat? A Perang antara wilayah adalah berkesan untuk meluaskan kuasa B Kekuatan kepemimpinan tidak menjamin kestabilan negara C Pematuhan undang-undang adalah penting diamalkan D Sistem peperiksaan yang telus tunjang perpaduan kaum Bahagian F (Kajian Kes/Tugasan Kerja Projek) Baca petikan berikut dengan teliti dan lakukan tugasan yang diberikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Salah satu anjakan tersebut ialah anjakan ketiga, iaitu: Anjakan Ketiga: Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai Rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–2025) dengan melayari http://www.moe.gov.my/ index.php/my/dasar/pelan–pembangunan–pendidikan–malaysia–2013–2025, kemudian buat kajian dan hasilkan rencana berkaitan Anjakan Ketiga. Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang 150 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 1 Tajuk rencana 2 Nama penulis 3 Isi kandungan (a) Pengenalan (b) Menyatakan tujuan Anjakan Ketiga diperkenalkan (c) Membincangkan pelaksanaan anjakan tersebut (d) Menilai kejayaan dan kelemahan anjakan berkenaan (e) Membuat rumusan (f) Menyenaraikan sumber rujukan
TINGKATAN 1 SEJARAH MODULE PERFECT 2.0 2.0 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan peta pemikiran akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM8.90 : RM9.80 9 786294 850040 ISBN 978-629-485-004-0 MGF1