Digubal oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP EKSKLUSIF dengan izin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia Kertas Percubaan SPM TERBAHARU 2023 PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN SPM KOLEKSI KERTAS SBP SEKOLAH BERASRAMA PENUH kssm PERCUBAAN FORMAT SPM TERKINI EKONOMI 5 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2019 hingga 2023 (SEBENAR) SKEMA PEMARKAHAN LENGKAP KOD QR KOD QR PENERBIT MAHIR SDN BHD
iii KANDUNGAN Format Instrumen Peperiksaan SPM Ekonomi iv Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 Kertas 1 1 – 8 Kertas 2 9 – 18 Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 Kertas 1 19 – 26 Kertas 2 27 – 36 Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Kertas 1 37 – 44 Kertas 2 45 – 56 Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 Kertas 1 57 – 64 Kertas 2 65 – 72 Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 Kertas 1 73 – 80 Kertas 2 81 – 88 SKEMA PEMARKAHAN JAWAPAN rb.gy/1ejq43 PENERBIT MAHIR SDN BHD
3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 5 3767/1 Faktor yang belum diambil kira dalam iklan di atas adalah I upah. II faedah sampingan. III jaminan kerja. IV suasana tempat kerja. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 17 Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan bulanan Puan Rokiah. Puan Rokiah merupakan pesara guru. Beliau mempunyai simpanan sebanyak RM30 000 dalam Amanah Saham Nasional. Anak sulungnya yang telah bekerja memberi RM300 setiap bulan. Selain itu, beliau menyewakan dua buah rumah kedainya dengan kadar RM450 sebulan. Pada hujung minggu, beliau membantu anak keduanya menguruskan butik pakaian. Antara yang berikut, jenis pendapatan yang manakah diperoleh oleh Puan Rokiah? A Upah, sewa dan faedah B Sewa, faedah dan bayaran pindahan C Upah, dividen dan bayaran pindahan D Sewa, dividen dan bayaran pindahan 18 Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan dan potongan wajib Encik Iman bagi tempoh sebulan. Butiran Jumlah (RM) Sewa rumah 400 Insurans 60 Cukai pendapatan perseorangan 25 KWSP 330 Zakat 50 Berapakah jumlah potongan wajib Encik Iman? A RM405 B RM415 C RM460 D RM465 19 Mengapakah kaedah pembayaran kredit lebih digemari berbanding pembayaran secara tunai? I Harga sofa lebih murah II Menikmati diskaun harga yang berpatutan III Meringankan beban kewangan IV Menggalakkan pembeli merancang perbelanjaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 20 Maklumat berikut berkaitan dengan caj kewangan dalam pembelian kredit. Puan Damia membeli sebuah kereta bernilai RM60 000 secara kredit. Beliau telah membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM10 000 dan bakinya dibayar secara ansuran. Selama 5 tahun, kadar faedah yang dikenakan oleh bank perdagangan ialah 5%. Berapakah jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh Puan Damia? A RM416.67 B RM1 041.67 C RM1 416.67 D RM1 666.67 21 Maklumat berikut berkaitan dengan satu rumus dalam ekonomi. X = Pendapatan boleh guna – Tabungan Apakah X? A Pembayaran zakat B Pembelian polisi insurans C Membayar cukai pendapatan individu D Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja 22 Antara yang berikut, manakah kombinasi yang betul? Jenis pelaburan Tahap risiko Tahap pulangan Tahap kecairan A Sekuriti kerajaan Rendah Rendah Sederhana B Saham syarikat Tinggi Tinggi Tinggi C Unit amanah Rendah Rendah Tinggi D Hartanah Rendah Tinggi Tinggi PENERBIT MAHIR SDN BHD
3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 6 3767/1 23 Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran Syarikat Kristal Murni. Butiran Jumlah (RM) Sewa kilang 30 000 Jentera 20 000 Upah buruh 25 000 Bahan mentah 18 000 Bayaran pelbagai bil 7 500 Insurans kilang 2 000 Jadual 4 Berapakah kos berubah? A RM50 000 B RM55 000 C RM52 000 D RM50 500 24 Jadual 5 menunjukkan hasil dan kos Syarikat Cergas Maju Sdn. Bhd. Butiran Jumlah Bahan mentah RM6 000 Buruh RM2 000 Bahan api RM1 750 Sewa kilang RM3 000 Jumlah keluaran RM20 000 unit Harga seunit RM0.80 Jadual 5 Berapakah jumlah untung syarikat? A RM3 250 B RM5 600 C RM8 260 D RM8 890 25 Faktor manakah yang mempengaruhi produktiviti? I Jenis milikan II Saiz organisasi III Kelengkapan modal IV Struktur organisasi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 26 Apakah faedah sosial yang timbul apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalakkan lebih banyak pengguna basikal pada hari Ahad? A Kos pengangkutan yang tinggi B Kadar pengangguran yang rendah C Kadar kesesakan lalu lintas rendah D Kadar pencemaran udara lebih tinggi 27 Manakah yang betul apabila berlaku inflasi di dalam sesebuah ekonomi? A Tabungan meningkat B Kadar faedah meningkat C Kos sara hidup menurun D Pengangguran menurun 28 Antara yang berikut, manakah merupakan contoh pengangguran kitaran? A Syarikat Taman Tema Sunway Bangi mengurangkan bilangan pekerja pada bulan puasa B Industri kraf tangan kain batik mengurangkan bilangan pekerja disebabkan kemelesetan ekonomi dunia C Kekurangan sumber kayu balak menyebabkan ramai pekerja penebang kayu balak diberhentikan D Industri perbankan mengurangkan bilangan kerani kaunter kerana peningkatan sistem perbankan secara dalam talian 29 Bank pusat menaikkan kadar rizab tunai. Antara faktor yang berikut, manakah yang menyebabkan belanjawan defisit membantu memulihkan kemelesetan ekonomi? I Kadar pengangguran menurun II Pendapatan boleh guna meningkat III Menaikkan kadar cukai IV Menurunkan perbelanjaan kerajaan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 30 Pernyataan di bawah menunjukkan suatu keadaan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi menjadi lebih pesat disebabkan peningkatan keluaran dan pendapatan negara. Tindakan kerajaan manakah yang menyebabkan kesan di atas? A Mengetatkan syarat sewa beli B Menjual surat jaminan kerajaan C Menaikkan nisbah rizab berkanun D Menambah perbelanjaan kerajaan PENERBIT MAHIR SDN BHD
3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 12 3767/2 (d) Rajah menunjukkan keluk permintaan bagi dua jenis barang. Harga (RM) Kuantiti (unit) 0 D D Harga (RM) Kuantiti (unit) 0 D D Barang A Barang B Apakah keputusan yang harus diambil oleh firma untuk meningkatkan jumlah hasilnya? [4 markah] 2 (a) (i) Jelaskan dua fungsi bank perdagangan. [4 markah] (ii) Bezakan antara upah dengan pencen. [6 markah] (b) Terangkan dua faktor yang mempengaruhi produktiviti. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 13 3767/2 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT (c) Maklumat di bawah berkaitan dengan pengeluaran keropok dua buah firma. Mengapakah kos purata Perusahaan Keropok Pak Abu lebih tinggi? Berikan alasan anda. Perusahaan Keropok Pak Abu Syarikat Keropok Enak Berhad Menghasilkan 1 000 kg keropok sebulan. Kos purata ialah RM2 per kilogram. Menghasilkan 5 000 kg keropok sebulan. Kos purata ialah RM1 per kilogram. [6 markah] 3 (a) Gambar 1 berkaitan dengan suatu perbelanjaan kerajaan. PR MA PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA Gambar 1 Jelaskan tujuan perbelanjaan tersebut. [5 markah] (b) Terangkan jenis-jenis pengangguran yang berikut. (i) Pengangguran kitaran [2 markah] (ii) Pengangguran berstruktur [2 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 19 3767/1 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan: 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 4. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik. Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. EKONOMI 3767/1 Kertas 1 Oktober 2020 1 1 4 jam Satu jam lima belas minit SULIT PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020 SULIT PENERBIT MAHIR SDN BHD
3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 61 3767/1 17 Pernyataan manakah yang betul tentang input berubah dalam fungsi pengeluaran jangka pendek sesuatu barang? A Tidak wujud apabila output sifar B Wujud dalam jangka pendek sahaja C Contoh input berubah ialah tapak kilang D Tidak berubah secara langsung dengan tingkat keluaran 18 Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran sesebuah firma. Kos yang ditanggung oleh firma untuk menghasilkan output 40 unit ialah RM8 000. Apabila firma menambahkan output menjadi 43 unit, kos pengeluaran meningkat sebanyak RM8 400. Berapakah kos marginal firma? A RM100.00 C RM186.04 B RM133.33 D RM195.34 19 Dalam keadaan manakah firma terpaksa menutup operasi perniagaannya? A Kos berubah lebih tinggi daripada jumlah hasil B Kos pengeluaran lebih rendah daripada jumlah keluaran C Kos berubah purata lebih rendah daripada tingkat harga pasaran D Kos berubah purata lebih tinggi daripada tingkat harga pasaran 20 Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma. Output : 1, 000 unit Harga jualan seunit : RM15.00 Kos purata : RM10.00 Berapakah untung firma tersebut? A RM5000 C RM15 000 B RM10 000 D RM25 000 21 Antara berikut, manakah yang menerangkan tentang eksternaliti? I Kesan yang diterima oleh pihak ketiga II Kesan yang dihadapi oleh pengeluar III Menggambarkan ketidakcekapan pasaran IV Kesan yang terdapat dalam harga pasaran A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 22 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan mencapai objektif mikroekonomi negara. Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan jumlah keluaran negara dan memaksimumkan kebajikan masyarakat. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan tersebut? A Menjaga kesejahteraan antara kaum B Memastikan agihan pendapatan masyarakat sama C Membantu pengeluar dalam memaksimumkan keuntungan D Meningkatkan penggunaan guna tenaga penuh dalam ekonomi 23 Antara berikut, yang manakah menerangkan kesan inflasi? I Pengurangan kuantiti dieksport dalam permintaan barangan tempatan II Inflasi tarikan permintaan mendorong peningkatan dalam pengangguran III Kadar faedah akan ditingkatkan untuk mengawal bekalan wang di pasaran IV Pendapatan benar masyarakat meningkat dengan andaian pendapatan tunai berubah A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 24 Antara berikut, yang manakah betul tentang pengangguran? A Pengangguran geseran merupakan pengangguran jangka panjang B Pengangguran geseran juga dikenali sebagai pengangguran normal C Pengangguran kitaran berlaku disebabkan perubahan struktur ekonomi D Pengangguran berstruktur disebabkan oleh keadaan ekonomi yang lembab 25 Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang dasar fiskal? I Kerajaan akan menurunkan kadar cukai sekiranya berlaku inflasi II Kerajaan akan menurunkan permintaan agregat ketika pengangguran III Kerajaan akan menaikkan kadar cukai sekiranya berlaku inflasi IV Kerajaan akan meningkatkan permintaan agregat ketika pengangguran A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV PENERBIT MAHIR SDN BHD
3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 62 3767/1 26 Maklumat berikut berkaitan dengan ketidakstabilan ekonomi. Kadar faedah pinjaman dijangka naik lagi berikutan kenaikan kadar inflasi telah mencecah paras 2.8%. Sumber: https://www.bharian.com.my, 26 Jun 2022 Apakah tindakan Bank Negara Malaysia dalam mengatasi situasi tersebut? Pelan Tindakan Alat Dasar Kewangan A Dasar kewangan mengembang Melonggarkan syarat sewa beli B Dasar kewangan menguncup Menjual surat jaminan kerajaan C Dasar kewangan mengembang Menaikkan nisbah rizab tunai D Dasar kewangan menguncup Menurunkan nisbah rizab berkanun 27 Situasi manakah yang merupakan faktor penggalak kepada proses globalisasi di Malaysia? I Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) II Nilai mata wang Ringgit Malaysia yang stabil III Pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas (AFTA) IV Jaringan pengangkutan darat, udara dan laut yang sistematik A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 28 Apakah kepentingan perdagangan antarabangsa kepada Malaysia? A Menikmati barangan yang lebih murah B Menggalakkan pelaburan ke luar negara C Meningkatkan pembangunan pendidikan tempatan D Barangan tempatan dapat bersaing dengan barangan import 29 Antara berikut, yang manakah menerangkan bentuk sekatan perdagangan? A Kerajaan mengenakan tarif ke atas barangan keluaran tempatan B Subsidi diberikan kepada pengimport asing untuk berdaya saing C Kuota menyebabkan penawaran barangan import berkurangan di pasaran D Kerajaan tidak mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport tempatan 30 Pasangan maklumat yang manakah betul? Sekatan Perdagangan Liberalisasi Perdagangan A Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan Mengehadkan mobiliti buruh B Mewujudkan monopoli dalam sesuatu sektor ekonomi Menggalakkan pelaburan asing berskala besar C Mengurangkan daya saing pengeluar tempatan Pengeluaran barang dan perkhidmatan berskala kecil D Mengurangkan perbelanjaan ke atas barangan import nampak Menikmati barangan yang lebih murah dan pelbagai 31 Antara berikut, yang manakah menyebabkan berlakunya corak penjajahan baharu ekonomi? A Peningkatan dalam harga barangan dan kos hidup B Dana asing yang boleh keluar dan masuk secara mudah antara negara C Mendedahkan pasaran tempatan kepada kuasa monopoli syarikat multinasional D Lambakan barang import yang dijual dengan harga yang murah dan kurang berkualiti PENERBIT MAHIR SDN BHD
3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT SULIT 68 3767/2 (b) Petikan di bawah berkaitan dengan pengeluaran KWSP. Jualan barangan kemas di Kelantan dikatakan semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Selain didorong oleh sambutan Aildilfitri tidak lama lagi, peniaga di negeri itu percaya ia juga disebabkan pengeluaran khas RM10 000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sumber: Astro Awani, 20 April, 2022 Jelaskan kesan tindakan kerajaan dalam petikan di atas terhadap isi rumah. [6 markah] (c) Bezakan antara faedah sosial dan kos sosial. [4 markah] (d) Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh Safiyya. Safiyya, seorang penjawat awam dengan gaji RM4 500 sebulan telah berhenti bekerja untuk mengusahakan spa kecantikan. Beliau beroperasi dari rumah kediamannya dan dapat menjimatkan bayaran sewa premis perniagaan sebanyak RM2 000 sebulan. Berikut ialah hasil dan kos perniagaan Safiyya untuk bulan Jun: Jumlah hasil = RM15 000 Bahan mentah = RM2 700 Gaji pekerja = RM1 200 Pelbagai bil = RM 1 000 PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 69 3767/2 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT (i) Hitung kos implisit perniagaan Safiyya untuk bulan tersebut. [2 markah] (ii) Hitung untung ekonomi spa kecantikan tersebut. [4 markah] 3 (a) Jelaskan kesan inflasi terhadap ekonomi negara. [5 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan jenis cukai. Duti eksport, duti import dan duti eksais dikutip oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja manakala cukai pendapatan individu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jelaskan jenis cukai dalam maklumat di atas. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 75 3767/1 3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 8 Rajah 3 menunjukkan ketidakseimbangan pasaran. Harga (RM) Kuantiti (unit) D S S D 0 Rajah 3 Kawasan berlorek menunjukkan keadaan ketidakseimbangan pasaran. Apakah reaksi pengguna terhadap pasaran sekiranya situasi ketidakseimbangan itu berlaku? A Menambah penawaran B Menambah permintaan C Mengurangkan permintaan D Mengurangkan penawaran 9 Jadual 2 menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti permintaan daging kambing. Harga (RM) Kuantiti Permintaan Daging Kambing (unit) 6 30 9 20 12 10 Jadual 2 Jika harga meningkat dari RM6 kepada RM12, berapakah nilai keanjalan harga permintaan daging kambing? A 0.50 B 0.67 C 1.33 D 1.50 10 Jadual 3 menunjukkan nilai keanjalan harga permintaan bagi barang K dan barang L. Barang K Barang L 0.5 1.2 Jadual 3 Apakah implikasi terhadap jumlah hasil sekiranya pengeluar menurunkan harga barang K dan barang L? Barang K Barang L A Meningkat Meningkat B Menurun Meningkat C Meningkat Menurun D Menurun Menurun 11 Jadual 4 menunjukkan harga dan kuantiti penawaran bagi suatu barang. Harga (RM) Kuantiti Penawaran (unit) 26 25 71 40 Jadual 4 Hitung keanjalan harga penawaran bagi suatu barang jika harga berubah daripada RM26 kepada RM71. A 0.35 B 0.59 C 1.69 D 2.88 12 Jadual 5 menunjukkan peratus perubahan harga dan kuantiti diminta bagi barang Q. Peratus Perubahan Harga Peratus Perubahan Kuantiti Diminta 40 25 Jadual 5 Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pengeluar untuk meningkatkan hasil jualan bagi barang Q? A Menurunkan harga barang Q B Meningkatkan harga barang Q C Memohon subsidi daripada kerajaan D Meningkatkan teknologi dalam pengeluaran 13 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Ilham. Encik Ilham merupakan seorang Pengurus Kewangan di sebuah bank di Kuala Lumpur dan menerima pendapatan sebanyak RM5 500 sebulan. Namun begitu, beliau meletakkan jawatan dan kembali ke kampung untuk mengusahakan ladang nanas milik keluarganya di Muar. Apakah faktor pemilihan pekerjaan yang mempengaruhi Encik Ilham membuat keputusan tersebut? I Jarak bekerja yang lebih dekat II Waktu bekerja yang lebih fleksibel III Prospek pekerjaan yang lebih cerah IV Memperoleh kepuasan kerja yang tinggi A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 76 3767/1 3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 14 Rajah 4 berkaitan dengan pendapatan individu. Jenis-jenis Pendapatan Individu x Sanggup menangguhkan perbelanjaan semasa dan menanggung risiko Menyumbangkan tenaga fizikal atau mental dalam proses pengeluaran Memberi hak penggunaan kepada orang lain Rajah 4 Apakah jenis pendapatan X? A Upah B Sewa C Faedah D Untung 15 Antara berikut, yang manakah faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna? I Subsidi kerajaan II Barang pengganti III Barang tahan lama IV Cita rasa dan segmen pasaran A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 16 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi? I Mengelakkan inflasi II Meningkatkan pendapatan boleh guna III Mengelak berbelanja melebihi pendapatan IV Mengenal pasti perbelanjaan yang hendak dilakukan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 17 Antara berikut, padanan yang manakah benar mengenai jenis pelaburan? Jenis Pelaburan Tahap Pulangan Tahap Risiko Tahap Kecairan A Simpanan Tetap Tinggi Bebas risiko Tinggi B Sekuriti Kerajaan Rendah Bebas risiko Sederhana C Unit Amanah Rendah Rendah Sederhana D Saham Syarikat Tinggi Tinggi Rendah 18 Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang konsep pengeluaran? A Pengeluaran jangka masa panjang adalah melebihi lima tahun B Jumlah keluaran mencapai maksimum, keluaran purata menjadi sifar C Firma dapat menambahkan modal ketika jangka masa pendek pengeluaran D Firma boleh mengubah semua input ketika jangka masa panjang pengeluaran 19 Antara berikut, pasangan yang manakah betul? Kos Berubah Kos Tetap A Hanya wujud dalam jangka masa pendek Hanya wujud dalam jangka masa panjang B Wujud pada tingkat keluaran sifar Tidak wujud pada tingkat keluaran sifar C Berubah secara langsung dengan perubahan output Tidak berubah mengikut perubahan output D Contoh input ialah insurans kilang Contoh input ialah operator pengeluaran 20 Eksternaliti berlaku dalam ekonomi kerana A pengeluar ingin mengaut keuntungan yang banyak. B kegagalan dalam sistem harga dan ketidakcekapan pasaran. C pengguna membuat pilihan terbaik untuk memaksimumkan kepuasan. D kerajaan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk mencapai kesejahteraan masyarakat. PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 82 3767/2 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT Bahagian A [60 markah] Jawab ketiga-tiga soalan daripada bahagian ini. 1 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan keputusan yang telah diambil oleh kerajaan sebuah negara. Projek Kerajaan Tangguh bagi Biaya Subsidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed memaklumkan kira-kira 30 projek bernilai RM100 juta ditangguh sebagai langkah penjimatan bagi membantu meningkatkan lagi jumlah subsidi ketika ini. Beliau berkata, penangguhan projek-projek berkenaan adalah bagi membiayai sebahagian peningkatan subsidi. Sumber: Diubah suai daripada Sinar Harian, 21 Julai 2022 Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh unit ekonomi tersebut. [5 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan sistem ekonomi yang diamalkan oleh dua buah negara. Kerajaan tidak campur tangan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan di negara P. Rakyatnya juga dapat menikmati pelbagai pilihan barangan yang berkualiti. Manakala di negara Q, kerajaan akan campur tangan jika berlaku penyelewengan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan. (i) Nyatakan sistem ekonomi negara P dan sistem ekonomi negara Q. [2 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 83 3767/2 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT (ii) Terangkan bagaimana negara Q menyelesaikan dua masalah asas ekonomi. [4 markah] (c) Maklumat berikut berkaitan dengan situasi pasaran kereta tempatan. Kemajuan teknologi dalam pembuatan kereta meningkat. Lukiskan keluk berdasarkan situasi tersebut. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 89 3767/2 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT Bahagian B [60 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 4 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan sebuah firma dalam ekonomi. CSR Galak Guna Gula Perang SHAH ALAM: Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), berhasrat mengubah trend penggunaan gula pasir kepada gula perang dalam usaha memupuk orang ramai menikmati gula yang lebih baik pada harga berpatutan. Sumber: Diubah suai daripada Berita Harian, 16 Julai 2018 (a) Jelaskan ciri-ciri bagi barang tersebut. [4 markah] (b) Dengan bantuan rajah, jelaskan tindakan firma tersebut ke atas pasaran gula perang. [7 markah] (c) Kerajaan bercadang menarik semula subsidi ke atas gula pasir. Adakah anda bersetuju dengan cadangan berkenaan? Jelaskan. [9 markah] 5 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam pembangunan negara. SEREMBAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ERCL) yang disambung semula pembinaannya dengan jajaran baharu meliputi Negeri Sembilan diyakini mampu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri itu. Katanya, kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ERCL yang dikurangkan kepada RM44 bilion mencerminkan komitmen kerajaan dalam penyediaan prasarana terbaik untuk rakyat. Sumber: Diubah suai daripada Berita Harian, 28 Mac 2023 (a) Jelaskan faedah sosial yang terlibat. [4 markah] (b) Jelaskan peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif dalam pembinaan tersebut. [7 markah] (c) Tindakan kerajaan membina ERCL dapat meningkatkan kemakmuran negara dan menjaga kebajikan masyarakat. Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut? Kemukakan alasan anda. [9 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 90 3767/2 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 6 Maklumat berikut berkaitan dengan lambakan sayur tempatan. KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedia membantu untuk memasarkan lambakan sayur terutama timun yang dihadapi pengusahanya sejak akhir bulan lalu. Jurucakap FAMA berkata, pihaknya turut menawarkan kerjasama dengan pengusaha menerusi program ladang kontrak dan memberi jaminan mengambil bekalan berkenaan pada harga lantai. Sumber: Diubah suai daripada Berita Harian, 24 April 2023 (a) Mengapakah FAMA perlu membantu pengusaha sayur tempatan bagi mengatasi masalah tersebut? [4 markah] (b) Dengan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan apabila kerajaan mengenakan kuota kepada pengusaha timun import. [7 markah] (c) Antilambakan memberikan kesan kepada pengusaha sayur tempatan. Bincangkan. [9 markah] 7 Jadual 2 berkaitan dengan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding mata wang terpilih bagi tahun 2022 dan tahun 2023. Mata Wang Tahun 2022 Tahun 2023 100 Yen Jepun 3.2040 3.1788 Dolar Australia 3.0742 3.0032 Jadual 2 (a) Terangkan dua kepentingan Yen Jepun kepada ekonomi negara. [4 markah] (b) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Australia ditentukan. [7 markah] (c) Jelaskan kesan kejatuhan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding Yen Jepun kepada imbangan dagangan Malaysia. [9 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT PENERBIT MAHIR SDN BHD
EKONOMI SPM KOLEKSI KERTAS SBP SEKOLAH BERASRAMA PENUH kssm PERCUBAAN FORMAT SPM TERKINI Imbas kod QR untuk mendapatkan Skema Pemarkahan Semenanjung Malaysia : RM9.50 Sabah & Sarawak : RM9.90 Kelebihan Siri Ini: Soalan digubal oleh panel guru pakar dan guru cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh Soalan digubal berdasarkan format peperiksaan SPM terkini Digunakan di sekolah-sekolah yang menghasilkan keputusan yang cemerlang Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Skema pemarkahan lengkap disediakan untuk penskoran A+ Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik (Dwibahasa) Matematik Tambahan (Dwibahasa) Fizik (Dwibahasa) Kimia (Dwibahasa) Biologi (Dwibahasa) Sejarah Pendidikan Islam Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Ekonomi Prinsip Perakaunan Ujian Amali Fizik (Dwibahasa) Ujian Amali Kimia (Dwibahasa) Ujian Amali Biologi (Dwibahasa) 9 786294 711754 ISBN 978-629-471-175-4 KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SPM SBP EKONOMI PENERBIT MAHIR SDN BHD