The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ujian Akhir Sesi Akademik Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-08-06 22:55:51

Ujian Akhir Sesi Akademik Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 2

Ujian Akhir Sesi Akademik Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 2

Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.40 Chu Crystal Alexander 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 1 2 3 Judul-judul dalam siri ini: Judul / Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Sejarah Geografi Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi Reka Bentuk dan Teknologi Reka Bentuk dan Teknologi 2 Tingkatan UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Tingkatan 2 9 786297 573335 ISBN 978-629-7573-33-5


ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan untuk setiap bahagian. 5. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 6. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1-10 10 B 1 4 2 4 3 4 4 4 5 4 6 4 7 4 8 4 9 4 10 4 C 1 10 2 10 Jumlah 70 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK NAMA: KELAS: SEKOLAH: SET 4 TINGKATAN 2 Reka Bentuk dan Teknologi 1 jam 30 minit UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 1 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-2 Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. 1 Antara berikut, yang manakah halangan semula jadi yang menjadi punca sebuah meja bergoyang dan tidak stabil? I Hujan II Panas III Graviti IV Kelembapan A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 2 Rajah 1 menunjukkan reka bentuk sebuah meja. Rajah 1 Apakah parameter bagi percanggahan fizikal meja di atas? A Saiz B Suhu C Beban D Ketinggian 3 Apakah fungsi kepingan bar tembaga dalam proses electroplating? A Punca kuasa elektrik B Mengalirkan arus elektrik C Menyaluti objek yang akan disadur D Bertindak balas dengan bahan yang disadur 4 Pilih susunan langkah-langkah pemasangan pen 3D mengikut urutan yang betul. I Tekan butang penyalur bahan mencetak II Panaskan elemen pemanas pada pen III Masukkan bahan mencetak pada pen IV Pilih bahan mencetak A I, IV, III, II B II, IV, III, I C IV, II, III, I D IV, III, II, I UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 2 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-3 5 Pernyataan berikut menerangkan fungsi komponen mekanikal. • Pengantara bagi objek yang berputar • Melancarkan pergerakan Apakah komponen mekanikal yang mempunyai fungsi tersebut? A Takal B Tali sawat C Galas bebola D Aci sesondol 6 Rajah 2 menunjukkan sambungan litar elektrik. Rajah 2 Antara berikut, yang manakah betul tentang sambungan litar tersebut? A Mentol menyala apabila suis ditekan B Menghasilkan nyalaan mentol malap C Mentol tidak menyala kerana wayar bersentuhan D Menyebabkan kebakaran jika kedua-dua wayar yang bocor bersentuhan 7 Antara berikut, aspek manakah perlu diambil kira ketika mereka bentuk litar bagi peralatan elektrik? I Keselamatan II Sambungan litar III Kedudukan peranti IV Reka bentuk produk A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 8 Antara berikut, yang manakah peranti output dalam mikropengawal? I Pembaz II Geganti III Suis mikro IV Lampu LED 12 V A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 3 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-4 9 Rajah 3 menunjukkan sebuah sistem akuaponik. Rajah 3 Apakah komponen yang digunakan untuk membina sistem akuaponik tersebut? I Pam air II Penapis III Tangki ikan IV Loceng sifon A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 10 Rajah 4 menunjukkan pembungkusan sejenis makanan. Rajah 4 Antara berikut, aspek penting yang manakah yang ditonjolkan dalam reka bentuk pembungkusan makanan tersebut? I Saiz II Ilustrasi III Tipografi IV Tanda jenama A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 4 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-5 1 Berikut ialah penerangan fasa penyelesaian masalah inventif. Tandakan (✓) padanan yang betul dan (✗) padanan yang salah pada ruang jawapan. Fasa Penerangan Ruang Jawapan Model masalah Kaedah penyelesaian spesifik Analisis punca masalah Analisis fungsi Kaedah penyelesaian masalah Pilihan kaedah penyelesaian Model penyelesaian Percanggahan fizikal [4 markah] 2 Rajah 5 menunjukkan model 3D. Rajah 5 Tandakan (✓) ciri yang betul mengenai model 3D tersebut dan (✗) ciri yang salah pada ruang jawapan. Ciri Ruang Jawapan Objek terhasil dalam bentuk wireframe Menggunakan bahan mencetak polylactic acid (PLA) Digunakan untuk melindungi produk daripada kesan calar Tidak menggunakan haba untuk mencairkan bahan mencetaknya [4 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 5 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-6 3 Tulis formula pengiraan parameter elektrik berikut menggunakan hukum Ohm. (a) Mengira nilai voltan (Volt) (b) Mengira nilai rintangan (Ohm) (c) Mengira nilai arus (Ampere) (d) Mengira nilai kuasa (Watt) [4 markah] 4 Berikut ialah padanan bagi jenis litar dan arus dalam sistem elektrik dengan cirinya. Tandakan (✓) padanan yang betul dan (✗) padanan yang salah pada ruang jawapan. Jenis Litar/Jenis Arus Ciri Ruang Jawapan Arus terus Dihasilkan daripada sumber bateri, sel solar dan dinamo Arus ulang-alik Arus elektrik yang dibekalkan ke rumah kediaman Litar terbuka Menghasilkan percikan api jika wayar bersentuhan Litar tertutup Mentol menyala jika suis ditutup [4 markah] UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 6 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-7 5 Berikut ialah peranti dalam mikropengawal. A Read Only Memory (ROM) B Random Access Memory (RAM) C Unit Pemproses Pusat (CPU) D Input Padankan peranti yang betul dengan menulis A, B, C dan D pada ruang jawapan. Fungsi Ruang Jawapan Melaksanakan atur cara Menerima dan menghantar isyarat kepada Unit Pemproses Pusat Menyimpan atur cara dan data secara kekal Menyimpan data secara sementara [4 markah] 6 Berikut ialah padanan bagi jenis peranti input dan fungsinya dalam mikropengawal. Tandakan (✓) padanan yang betul dan (✗) padanan yang salah pada ruang jawapan. Peranti Input Fungsi Ruang Jawapan Penderia pergerakan Mengesan pergerakan haba yang dihasilkan oleh manusia atau haiwan Suis mikro Bertindak sebagai suis tekan tutup dan suis tekan buka Suis tekan buka Apabila ditekan, litar akan tertutup dan arus dapat mengalir Penderia cahaya Mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik mengalir melaluinya [4 markah] UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 7 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-8 7 Berikut ialah langkah-langkah membuat penyambungan litar input dan litar output pada papan mikropengawal yang tidak mengikut urutan. A Sediakan komponen, peranti, bahan dan papan elektronik mikropengawal B Sambungkan litar input dan litar output pada papan litar mikropengawal C Semak sambungan litar berdasarkan litar skematik D Pastikan litar input dan litar output dipasang dengan betul pada papan elektronik mikropengawal E Bina litar input dan litar output F Baca dan fahami litar skematik Susun langkah-langkah menyambung litar input dan litar output pada papan litar mikropengawal tersebut mengikut urutan yang betul dengan menulis A, B, C dan F pada ruang jawapan. E dan D telah diberi. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6 E D [4 markah] 8 Berikut ialah ciri-ciri reka bentuk sistem akuaponik. A Dikenali sebagai sistem pasang surut B Tidak menggunakan media penanaman C Air tidak bertakung dan sentiasa mengalir D Tanaman terus diletakkan di atas permukaan air E Akar tumbuhan boleh menyerap nutrien organik secara langsung F Menggunakan loceng sifon untuk mengalirkan air dari media penanaman ke tangki ikan Lengkapkan peta pemikiran berikut dengan menulis A, B, C, D, E atau F pada ruang jawapan. [4 markah] Reka Bentuk Sistem Akuaponik (a) Sistem Ebb & Flow (i) (ii) (b) Sistem NFT (i) (ii) UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 8 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-9 9 Tandakan (✓) bagi empat komponen utama akuaponik. [4 markah] 10 (a) Nyatakan tiga kepentingan reka bentuk makanan kepada keperluan psikologi dan sosial masyarakat. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Nyatakan satu alatan atau mesin yang tercipta hasil daripada perkembangan dan trend semasa dalam dunia reka bentuk makanan. [1 markah] Sistem NFT (c) ________________________ __________ (d) __________________________________ UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 9 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-10 1 Rajah 6 menunjukkan model 3D. Rajah 6 (a) Nyatakan kaedah pembuatan yang sesuai untuk menghasilkan acuan model 3D di atas. [1 markah] (b) Terangkan langkah-langkah menghasilkan model 3D yang menggunakan plaster of paris. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) [8 markah] (c) Berikan satu contoh bahan yang boleh digunakan untuk membuat model 3D menggunakan acuan yang dihasilkan dari 1(b). [1 markah] Bahagian C [20 markah] Jawab semua soalan. UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 10 5/11/23 12:18 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-11 2 Rajah 7 menunjukkan reka bentuk pembungkusan makanan. Rajah 7 (a) Nyatakan dua sifat reka bentuk pembungkusan itu yang menepati keperluan pengguna. (i) (ii) [2 markah] (b) Nyatakan dua kepentingan reka bentuk pembungkusan makanan kepada seseorang peniaga. (i) (ii) [2 markah] (c) Huraikan tiga aspek yang perlu ada pada suatu reka bentuk pembungkusan makanan supaya menepati kehendak pasaran. (i) (ii) (iii) [6 markah] Pandangan hadapan Pandangan tepi UASA RBT Tg2 (4) 5th.indd 11 5/11/23 12:18 PM


ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan untuk setiap bahagian. 5. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 6. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1-10 10 B 1 4 2 4 3 4 4 4 5 4 6 4 7 4 8 4 9 4 10 4 C 1 10 2 10 Jumlah 70 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK NAMA: KELAS: SEKOLAH: SET 3 TINGKATAN 2 Reka Bentuk dan Teknologi 1 jam 30 minit UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 1 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET3-2 Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. 1 Pernyataan berikut menerangkan situasi yang berkaitan dengan pemilihan kaedah pemisahan ruang atau masa. Meja perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan Apakah jenis kaedah pemisahan yang boleh digunakan dalam situasi tersebut? A Masa B Ruang C Pengantara D Pembahagian 2 Rajah 1 menunjukkan produk yang mengaplikasikan prinsip inventif. Rajah 1 Apakah prinsip inventif yang diaplikasikan pada produk tersebut? A Pengantara B Penyarangan C Tidak simetri D Pengekstrakan 3 Apakah maksud teknologi pembuatan produk? A Kaedah menghasilkan produk secara konvensional B Kaedah menghasilkan produk menggunakan jentera moden C Kaedah menghasilkan produk yang dikawal oleh mikrokomputer D Kaedah menghasilkan produk menggunakan alatan tangan atau mesin 4 Apakah kaedah yang digunakan untuk menghasilkan model 3D secara konvensional? A Melakar dengan pen 3D B Mencantumkan komponen C Menggunakan pencetak 3D D Menggunakan acuan dan tuangan UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 2 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-3 5 Rajah 2 menunjukkan komponen mekanikal. Rajah 2 Apakah fungsi komponen mekanikal tersebut? A Membuka dan menutup injap B Menghubungkan takal pemacu dengan takal dipacu C Mengurangkan geseran dan melancarkan pergerakan D Menukarkan gerakan linear kepada gerakan berputar 6 Apakah tujuan melengkapkan reka bentuk peralatan elektrik dengan ciri-ciri keselamatan? A Meningkatkan persaingan produk B Memudahkan pemasaran produk C Melindungi pengguna dan peralatan D Mematuhi akta perlindungan pengguna 7 Rajah 3 menunjukkan sebuah litar elektrik. Rajah 3 Antara berikut, yang manakah akan berlaku jika uji kaji dijalankan ke atas litar tersebut? A Nyalaan mentol lebih terang B Nilai rintangan pada litar menjadi lebih besar C Jika satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak menyala D Jika bilangan mentol bertambah, nyalaan mentol menjadi malap M1 M2 M3 Suis 9 V UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 3 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET3-4 8 Apakah maksud mikropengawal? A Peranti yang mengawal peranti elektronik B Peranti yang memproses data dalam komputer C Peranti yang mengandungi port Input dan Output D Peranti sokongan yang dihubungkan melalui System Bus 9 Rajah 4 menunjukkan sistem akuaponik. Rajah 4 Apakah jenis reka bentuk sistem akuaponik tersebut? A Sistem Raft B Sistem Ebb & Flow C Sistem akuaponik kitaran D Sistem NFT (Nutrient Film Technique) 10 Rajah 5 menunjukkan reka bentuk makanan. Rajah 5 Antara berikut, yang manakah padanan elemen dan prinsip reka bentuk yang diaplikasikan pada reka bentuk makanan di bawah? Elemen Prinsip A Warna Harmoni B Pengulangan Bentuk C Garisan Pembahagian D Rupa Kesatuan UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 4 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-5 1 Berikut ialah simbol garisan interaksi. A B C D Padankan simbol garisan interaksi tersebut berdasarkan maksud yang betul dengan menulis A, B, C dan D pada ruang jawapan. Maksud Ruang Jawapan Bermasalah (Harmful) Berguna (Normal) Berguna tetapi berlebihan Berguna tetapi tidak mencukupi [4 markah] 2 Berikut ialah langkah-langkah penyelesaian masalah inventif. A Mengenal pasti dan menganalisis percanggahan fizikal B Menghasilkan lakaran produk bagi bahagian yang mempunyai masalah inventif C Membina model fungsi dengan menggunakan garisan interaksi D Mencadangkan pemilihan prinsip inventif yang sesuai E Mengenal pasti masalah inventif F Melukis sistem fungsi Susun langkah-langkah penyelesaian masalah inventif tersebut mengikut urutan yang betul dengan menulis B, C, D dan E pada ruang jawapan. A dan F telah diberi. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6 F A [4 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 5 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET3-6 3 Berikut ialah bahan untuk kaedah pembuatan model awal 3D. A Plastik B Plaster of paris C Timah dan tembaga D Acrylonitrile butadiene styrene (ABS) Padankan bahan tersebut berdasarkan kaedah yang betul dengan menulis A, B, C dan D pada ruang jawapan. Kaedah Pembuatan Ruang Jawapan Pen 3D Pencetak 3D Tuangan sejuk Tuangan panas [4 markah] 4 Berikut ialah reka bentuk produk. Tandakan (✓) bagi empat reka bentuk produk yang menggunakan komponen mekanikal untuk berfungsi. [4 markah] UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 6 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-7 5 Berikut ialah elemen utama pada peralatan elektrik. Padankan elemen yang betul dengan menulis A, B, C dan D dalam ruang jawapan. Elemen Ruang Jawapan Medium Beban Kawalan Sumber [4 markah] 6 Berikut ialah jenis-jenis peranti input. Lengkapkan peta pemikiran berikut dengan menulis A, B, C, D, E atau F pada ruang jawapan. [4 markah] [4 markah] Suis tekan tutup A Pembaz D Penderia jarak B Penderia pergerakan E Penderia suhu C Diod pemancar cahaya F Peranti Input (a) Input Analog (i) (ii) (b) Input Digital (i) (ii) B D A C UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 7 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET3-8 7 Berikut ialah komponen untuk membina sistem akuaponik. Padankan komponen tersebut berdasarkan fungsi yang betul dengan menulis A, B, C dan D pada ruang jawapan. Fungsi Ruang Jawapan Menanam tanaman Memegang tanaman supaya dapat tumbuh Memindahkan air dari tangki ke bekas tanaman Tempat tanaman mendapatkan nutrisi dan pembiakan ikan [4 markah] 8 Berikut ialah langkah-langkah membina model sistem akuaponik. A Sediakan komponen utama dan bahan perpaipan B Buat pemasangan sistem perpaipan C Buat pemasangan kerangka sistem akuaponik D Sediakan alatan memotong dan menebuk E Menyediakan bekas penanaman dan membuat lubang pada bekas tersebut F Isi tangki ikan dengan air dan uji sistem akuaponik Susun langkah-langkah membina model sistem akuaponik mengikut urutan yang betul dengan menulis B, C, D dan E pada ruang jawapan. A dan F telah diberi. Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6 A F [4 markah] A B C D UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 8 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-9 9 (a) A, B dan C merupakan istilah dalam teknologi reka bentuk makanan. A Reka bentuk B Makanan C Reka bentuk makanan Padankan istilah tersebut berdasarkan maksud yang betul dengan menulis A, B dan C dalam ruang jawapan. . Maksud Ruang Jawapan Bahan yang dihasilkan daripada haiwan atau tumbuhan dan boleh dimakan dalam bentuk cecair atau pepejal Aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang melibatkan inovasi dan kreativiti Pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk [4 markah] (b) Nyatakan satu kepentingan reka bentuk makanan. [1 markah] 10 Tandakan (✓) bagi empat alatan membentuk dan mengukir dalam proses penyediaan reka bentuk makanan. [4 markah] UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 9 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET3-10 1 Shariq hendak mereka bentuk sebuah meja makan yang besar untuk kegunaan lapan orang ahli keluarganya. Namun, ukuran meja yang dicadangkan seperti dalam Rajah 6 tidak sesuai dengan ruang makan di rumahnya yang sempit. Rajah 6 (a) Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh Shariq sama ada masalah inventif atau masalah bukan inventif dan jelaskan maksudnya. [1 markah] (b) Lengkapkan jadual penentuan kaedah penyelesaian secara pemisahan di bawah bagi menentukan kaedah penyelesaian yang sesuai untuk membantu Shariq. Objek Percanggahan Fizikal Situasi Soalan Penentuan Kaedah Pemisahan Ruang/Masa Soalan: Jawapan: Jenis Kaedah Pemisahan [6 markah] (c) Berdasarkan jenis kaedah pemisahan yang ditentukan dalam jadual di atas, cadangkan prinsip inventif yang sesuai untuk mengatasi masalah Shariq. (i) Cadangan prinsip inventif: (ii) Penerangan konsep: (iii) Contoh produk yang dicadangkan: [3 markah] Bahagian C [20 markah] Jawab semua soalan. UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 10 5/11/23 12:14 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-11 2 Rajah 7 menunjukkan lakaran reka bentuk sistem akuaponik. Rajah 7 (a) Terangkan dua kelemahan reka bentuk sistem akuaponik di atas dan kesan yang akan dihadapi. (i) (ii) [4 markah] (b) Terangkan dua cara untuk menyelesaikan masalah di 2 (a). (i) (ii) [4 markah] (c) Nyatakan dua komponen yang diperlukan untuk membina reka bentuk sistem akuaponik yang dapat berfungsi dengan baik. (i) (ii) [2 markah] UASA RBT Tg2 (3) 5th.indd 11 5/11/23 12:14 PM


Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.40 Chu Crystal Alexander 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 1 2 3 Judul-judul dalam siri ini: Judul / Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Sejarah Geografi Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi Reka Bentuk dan Teknologi Reka Bentuk dan Teknologi 2 Tingkatan UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Tingkatan 2 9 786297 573335 ISBN 978-629-7573-33-5


Click to View FlipBook Version