KANDUNGAN Bahagian 1 Pemahaman Tema 1 Kesihatan dan Kebersihan 1 Tema 2 Keselamatan 4 Tema 3 Perpaduan 8 Tema 4 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 11 Tema 5 Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan 14 Tema 6 Sains, Teknologi dan Inovasi 18 Tema 7 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 21 Tema 8 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 24 Tema 9 Sukan dan Rekreasi 27 Bahagian 2 Sistem Bahasa Topik 1 Kata Nama 30 Topik 2 Kata Kerja 34 Topik 3 Kata Adjektif 36 Topik 4 Kata Tugas 37 Topik 5 Kata Majmuk 45 Topik 6 Kata Ganda 48 Topik 7 Pengimbuhan 51 Topik 8 Ayat 66 Bahagian 3 Karangan Umum Topik 1 Cerita 73 Topik 2 Pendapat 77 Topik 3 Ucapan 80 Topik 4 Syarahan 84 Topik 5 Laporan 88 Topik 6 Dialog/ Wawancara 92 Topik 7 Surat Kiriman Tidak Rasmi 96 Topik 8 Surat Kiriman Rasmi 101 Jawapan 107 GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1 PRAKTIS 1 Baca petikan di bawah dengan intonasi yang betul. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Catatan Sue Ann Sebelum ke Sekolah Pada pukul 6.00 pagi, jam meja berbunyi. Sue Ann segera bangun. Sebelum ke bilik air, dia akan mengemas katil terlebih dahulu. Dia mengamalkan sikap berdikari kerana sudah berusia 13 tahun. Ketika mandi, Sue Ann akan membersihkan badan dengan sabun dan mensyampu rambutnya. Dia mahu tubuhnya dalam keadaan bersih. Selepas itu, dia akan menggosok gigi. Sue Ann memakai uniform sekolah yang lengkap. Rambutnya dibubuh minyak sebelum disisir rapi. Kemudian, dia memakai minyak wangi. Sue Ann bersarapan bersama-sama ayah dan ibu. Sue Ann akan memakan buah dan roti bakar. Air minumannya pula segelas susu. Sue Ann mengutamakan pemakanan seimbang supaya tubuhnya sihat dan otaknya cerdas. Kereta Proton Persona milik ayah Sue Ann meninggalkan pekarangan rumah menuju ke sekolah. Sue Ann berpeluang berbual-bual dengan ayahnya sepanjang perjalanan. Apabila hampir tempat yang dituju, terlihat kereta begitu banyak. Ayah memberhentikan kereta berhampiran pintu utama sekolah. Sebelum keluar dari kereta, Sue Ann mencium pipi ayahnya. Sue Ann melangkah masuk ke pekarangan sekolah. Hatinya penuh semangat memulakan sesi persekolahan baharu. Dia tidak sabar untuk masuk ke Tingkatan Peralihan Intelek dan bertemu dengan kawan-kawan baharu. 1 Apakah yang dilakukan oleh Sue Ann setelah bangun daripada tidur? 2 Nyatakan sarapan yang diambil oleh Sue Ann. 3 Siapakah yang menghantar Sue Ann ke sekolah? 4 Sue Ann dianggap murid yang berdisiplin. Berikan dua contoh yang membuktikan Sue Ann seorang yang berdisiplin. KBAT (a) (b) BAHAGIAN 1 PEMAHAMAN TEMA 1 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Aktiviti PAK-21 Dalam dan Luar Bulatan 1 Murid mencari pasangan masing-masing. 2 Murid membentuk dua bulatan, iaitu Bulatan 1 dan Bulatan 2. 3 Murid berdiri menghadap pasangan. 4 Guru memberikan soalan atau tugasan kepada murid dalam Bulatan 1 berkaitan aktiviti pada hari minggu. 5 Murid dalam Bulatan 2 hanya menjawab dan rakannya hanya mendengar. PRAKTIS 2 Baca petikan di bawah dengan intonasi yang betul. Kemudian, isi tempat kosong dengan kosa kata yang diberikan. persekitaran melanda berbahaya pencegahan berlarutan penyebaran mengutamakan longgokan Wabak penyakit berjangkit yang (1) negara ini seperti penyakit taun, malaria, denggi, dan selesema babi telah mengorbankan nyawa penduduk Malaysia. Wabak penyakit ini merebak disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak (2) kebersihan dalam kehidupan seharian mereka. Sesetengah masyarakat membiarkan sahaja longkang di kawasan rumah bertakung sehingga beberapa bulan. Air yang bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang berbahaya. Pembiakan nyamuk ini telah membawa kepada (3) demam denggi. Jika lambat dihantar ke hospital boleh menyebabkan kematian. Wabak penyakit seperti demam denggi akan terus merebak kerana masyarakat kita tidak membersihkan kawasan (4) kediaman. Amalan membuang sampah merata-rata juga menjadi punca merebaknya penyakit berjangkit. Apabila amalan ini (5) sudah pasti terdapat (6) sampah di kawasan perumahan yang menjadi tempat pembiakan tikus dan lalat. Sikap membuang sampah tanpa kawalan ini menyebabkan negara kita terus mengalami pelbagai jenis wabak penyakit yang (7) . Sikap tidak peduli masyarakat ini bolehlah disamakan dengan peribahasa “sudah terhantuk baru tengadah” kerana hanya mengambil langkah (8) setelah penyakit itu merebak atau berlaku dalam kalangan keluarga sendiri. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 3 PRAKTIS 3 Tulis ayat berdasarkan kosa kata dan frasa yang diberikan. 1 mandi 2 makanan seimbang 3 sarapan 4 kebersihan 5 kesihatan PRAKTIS 4 Padankan frasa-frasa di bawah supaya menjadi ayat yang lengkap. 1 Setiap hari, saya akan tiba 3 Di tapak perhimpunan, saya akan mendengar dengan 2 Sebelum sesi persekolahan bermula, 4 Ketika guru mengajar, 5 Saya akan menegur rakan yang saya akan membersihkan kelas. awal di sekolah. saya akan memberikan sepenuh perhatian. berbual ketika guru sedang mengajar. teliti kata-kata yang diucapkan oleh guru. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
4 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) TEMA 2 KESELAMATAN PRAKTIS 1 Teliti gambar di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jangan mengejar bola sehingga ke jalan raya. Bermainlah di tempat yang selamat seperti di taman permainan. Pastikan anda sentiasa ditemani oleh ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai pada setiap masa. Jangan bermain di jalan raya, lorong pejalan kaki, tempat letak kenderaan, dan laluan masuk kenderaan. 1 Mengapakah kita dilarang mengejar bola sehingga ke jalan raya? 2 Mengapakah ibu bapa perlu menemani anak-anak pada setiap masa? 3 Jalan raya ialah kawasan larangan. Terangkan sebab larangan tersebut. 4 Pada pendapat anda, mengapakah jalan raya penting kepada kita? KBAT GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 5 PRAKTIS 2 Baca petikan berita di bawah. Kemudian, isi tempat kosong dengan kosa kata yang diberikan. Kemalangan Maut pemandu terlibat mengakibatkan kejadian dikeluarkan dihantar kecederaan menunggang KUALA PILAH, 12 Jun − Seorang lelaki maut, manakala tujuh orang lagi cedera parah selepas (1) _________________ dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Kampung Inas, pada pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa berusia 50-an, yang merupakan (2) ____________________ kereta Proton Preve meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala empat orang lelaki dalam kenderaan itu cedera. Difahamkan, dua orang wanita yang menaiki kereta Proton Exora mengalami (3) ___________________ parah. Kemalangan turut melibatkan seorang wanita yang (4) ___________________ motosikal. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Adnan Yaacob berkata, seramai tujuh orang anggota bergegas ke tempat (5) ____________________ bersama dua buah jentera sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.27 pagi. “Setibanya di lokasi kejadian, semua mangsa dalam dua buah kenderaan itu telah (6) _________________ oleh orang awam. Kemalangan itu telah (7) __________________ kereta jenis Proton Preve terbakar 30 peratus di bahagian enjin. Seorang daripada lapan orang mangsa nahas disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini. Adnan berkata, mayat dan mangsa yang cedera (8) _____________________ ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Aktiviti PAK-21 Jelajah Galeri 1 Murid secara berkumpulan diberikan tugasan mengenai tanda isyarat jalan raya dan mencatat maklumat pada kertas mahjung dan sebagainya. 2 Murid menampal hasil kerja pada dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain. 3 Murid daripada kumpulan lain akan memberikan komen tentang hasil kerja kumpulan yang lain pada nota pelekat dan menampal pada hasil kerja tersebut. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
6 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 3 Teliti gambar di bawah. Kemudian, sambungkan frasa yang diberikan dengan frasa anda sendiri agar menjadi ayat yang lengkap. Ciri-ciri Sekolah Selamat Alat Pemadam Api Pelan Kecemasan Kawalan Keselamatan Keselamatan Jalan Raya 1 Alat pemadam api yang terdapat di sekolah akan digunakan . 2 Pelan kecemasan bertujuan mengingatkan murid laluan yang perlu digunakan . 3 Kawalan keselamatan di pintu masuk sekolah bertujuan memastikan . 4 Laluan keselamatan jalan raya adalah untuk memastikan keselamatan murid . 5 Ciri-ciri sekolah selamat yang dijalankan di sekolah bertujuan memastikan murid-murid . PELAN KECEMASAN GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 7 PRAKTIS 4 Teliti gambar di bawah. Kemudian, bina ayat yang lengkap berdasarkan gambar tersebut. 1 Berjalan mendekati lampu isyarat sebelum melintas. 2 Tekan butang melintas pada lampu isyarat. 3 Kenali maksud isyarat: Isyarat lampu untuk kenderaan • Lampu Hijau MAJU Bergerak ke hadapan • Lampu Merah BERHENTI Kenderaan mesti berhenti • Lampu Kuning PERLAHAN Kenderaan mesti diperlahankan dan bersedia untuk berhenti Isyarat lampu untuk pejalan kaki • Lampu Orang Merah Berterusan Jangan melintas • Lampu Orang Merah Berkelip Tunggu! Belum boleh melintas. Lampu akan bertukar hijau sebentar lagi • Lampu Orang Hijau Berterusan Mula melintas, perhatikan kenderaan • Lampu Orang Hijau Berkelip Lampu akan bertukar merah sebentar lagi 4 Hanya melintas semasa Lampu Orang Hijau Berterusan. Lihat ke kanan, ke kiri, dan ke kanan semula untuk memastikan tiada kenderaan yang bergerak ke arah anda. 5 Jangan melintas semasa Lampu Orang Merah Menyala. 1 2 3 4 5 GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
8 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Perpaduan Kaum Rakyat Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, dan Iban dapat hidup dalam keadaan harmoni. Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama, dan budaya. Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling melengkapkan kehidupan. Mereka saling bekerjasama, menghormati, dan bertolak ansur kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Pelbagai keunikan cara hidup masyarakat berbilang kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, dan kesenian kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah, Timur Tengah, dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kebudayaan ini. GLOSARI unik – berlainan, berbeza berbilang – bagai-bagai prasangka – anggapan buruk ditonjolkan – ditunjukkan PERIBAHASA pisang berbuah dua kali kejadian berlaku buat kali kedua 1 Nyatakan kaum-kaum utama di Malaysia. 2 Masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dapat hidup bersatu padu kerana 3 Mengapakah pelancong asing berkunjung ke Malaysia? 4 Pada pendapat anda, apakah kelebihan kepada negara apabila pelancong datang ke negara kita? KBAT TEMA 3 PERPADUAN Aktiviti PAK-21 Sama dan Berbeza 1 Dua orang murid dalam setiap kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua keping gambar berkaitan dengan kaum yang ada pada setiap orang daripada mereka. 2 Kemudian, mereka membandingkan jawapan masing-masing. 3 Akhir sekali, tukar pasangan dalam kumpulan. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 9 PRAKTIS 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan frasa yang paling sesuai. Rumah Terbuka Perdana Menteri Malaysia segenap ruangan menzahirkan rasa sudah balik Kompleks Sri Perdana sambutan Aidilfitri berpakat dengan tanda menghormati demi mengeratkan Kuala Lumpur, 15 Jun − Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Anggota Kabinet 2018 sempena (1) yang diadakan di (2) , Putrajaya hari ini menerima lebih 50 ribu orang pengunjung. Walaupun majlis tersebut dijadualkan bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 4.30 petang, namun orang ramai sudah mula beransur-ansur memenuhi (3) di situ seawal pukul 8.00 pagi. Ketika ditanya kepada seorang pengunjung, Zahirin Haikal yang merupakan seorang kerani, dia yang kali pertama berkunjung ke Kompleks Sri Perdana (4) yang cukup teruja. “Sebenarnya, rumah keluarga mertua saya di Kuala Lumpur. Alang-alang (5) ke sini dan tidak jauh pula dari Putrajaya, saya pun (6) isteri untuk singgah ke sini sekejap.” “Sambutan perayaan ini sudah lama dikongsikan bersama-sama. Walaupun saya bukan orang Melayu atau beragama Islam, tidak salah bagi saya untuk meraikan perayaan ini sebagai (7) kaum lain (8) perpaduan,” kata seorang lagi pengunjung, Wong Teck Eng, yang datang dari Tanjung Malim. PRAKTIS 3 Lengkapkan dialog di bawah dengan ayat yang paling sesuai. ALLEN : Selamat sejahtera, Kumar. Jangan lupa datang ke rumah saya pada minggu depan. Saya dan keluarga akan mengadakan majlis. KUMAR: Selamat sejahtera. Keluarga kamu mengadakan majlis apa? ALLEN : Sudah lupakah kamu, minggu depan saya sekeluarga mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina? KUMAR: Oh, maaf. Saya hampir terlupa. (1) . Rakan kelas yang lain kamu undang? ALLEN : Semua saya undang. Guru-guru pun saya undang. (2) KUMAR: Majlis itu akan bermula pada pukul berapa? ALLEN : (3) KUMAR: Bolehkah saya pergi bersama-sama keluarga saya? ALLEN : (4) KUMAR: (5) GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
10 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, padankan frasa-frasa yang berikutnya dengan meletakkan nombor dalam petak di sebelah kanan supaya menjadi ayat yang lengkap. Hidup dalam Masyarakat Berbilang Kaum 1 Penduduk kampung bergotong-royong akan berbasikal pergi ke taman permainan. 2 Murid-murid berbilang kaum Puan Dewi apabila bertemu dalam perjalanan pulang ke rumah. 3 Pada waktu petang, Wong, Nabil, dan Subra untuk membersihkan balai raya di kampung mereka. 4 Puan Anita bertegur sapa dengan jirannya, dipertahankan agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang. 5 Kemerdekaan negara perlu belajar dalam suasana yang harmoni. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 11 PRAKTIS 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan. Kebudayaan Kaum Rakyat Malaysia Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Melayu dan bumiputera merupakan kaum terbesar dengan komposisi 68.8 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Kaum Cina pula mewakili 23.2 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian. Kaum Cina bertutur dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Toechew. Kaum India pula membentuk 7.0 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Kebanyakannya beragama Hindu dan kaum ini bertutur dalam bahasa Tamil, Malayalam, dan Hindi. Kaum bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban, iaitu berjumlah 600 000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang serta menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula berjumlah 170 000 orang dan tinggal di barat daya Sarawak. Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung pada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan, dan kematian. Kepentingan adat resam dalam hidup masyarakat tidak kira apa-apa kaum sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat sesuatu kaum. GLOSARI menetap − tinggal adat resam – peraturan kebiasaan pantang larang – sesuatu yang ditegah persekitaran − sekeliling tilik − ramalan 1 Kebanyakannya kaum Cina berbahasa . 2 Di manakah tempat tinggal kebanyakan masyarakat Iban? 3 Apakah peranan tukang tilik dalam masyarakat Cina? 4 Adat resam yang diamalkan dapat menggambarkan TEMA 4 KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA Aktiviti PAK-21 Pilih dan Jawab 1 Setiap ahli mempunyai peranan berkaitan hari perayaan di Malaysia. 2 Setiap peranan dimainkan secara bergilir-gilir. • Murid 1 − Susun kad seperti kipas. • Murid 2 − Pilih kad dan bacakan soalan. • Murid 3 − Jawab soalan. • Murid 4 − Beri respons dan pujian kepada jawapan yang diberikan oleh rakan. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
12 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 2 Lengkapkan jadual di bawah mengenai kaum Melayu, Cina, dan India yang anda tahu. Anda boleh memberikan lebih daripada satu contoh. KBAT Mengenali Kaum di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang rakyatnya hidup dengan harmoni. Kaumkaum utama di Malaysia iaitu Cina, Melayu, dan India telah pun menetap di tanah ini selama lima abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan Dusun, dan Iban. Kaum Melayu 1 Pakaian 2 Makanan 3 Permainan 4 Alat muzik 5 Perayaan 6 Tarian 7 Kepercayaan 8 Bahasa Kaum Cina 1 Pakaian 2 Makanan 3 Permainan 4 Alat muzik 5 Perayaan 6 Tarian 7 Kepercayaan 8 Bahasa Kaum India 1 Pakaian 2 Makanan 3 Permainan 4 Alat muzik 5 Perayaan 6 Tarian 7 Kepercayaan 8 Bahasa GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 13 PRAKTIS 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan kosa kata yang paling sesuai. Usaha-usaha untuk Melestarikan Warisan Seni Budaya diagungkan kesedaran melancarkan informasi pengawalan ditakrifkan menubuhkan risiko Kebudayaan warisan bangsa boleh (1) sebagai kebudayaan sesuatu bangsa yang amat dihargai oleh rakyat. Kebudayaan warisan bangsa merujuk budaya yang sudah diamalkan sejak berkurunkurun lamanya oleh sesuatu bangsa. Kebudayaan warisan termasuklah pakaian, makanan, dan bahasa yang begitu (2) oleh setiap kaum yang mewarisinya. Langkah awal untuk melestarikan warisan seni budaya adalah dengan mengadakan kempen (3) yang berkesan oleh pihak berkuasa. Kempen ini perlu disiarkan melalui media massa dengan menggunakan tokoh budaya sebagai jurucakap kempen itu. Jurucakap kempen akan memberikan (4) yang lengkap tentang kebudayaan masyarakat negara kita. Kaedah ini dapat memastikan remaja memahami dan mengetahui kebudayaan sendiri dengan mudah. Selain itu, pihak berkuasa boleh (5) pelbagai agensi dan institusi latihan yang berkaitan dengan kebudayaan ini. Peranan agensi ini adalah untuk merancang serta (6) program kebudayaan sepanjang tahun. Langkah ini akan menggalakkan para remaja terlibat dalam seni warisan seperti tarian, pertukangan, lukisan corak batik, dan nyanyian dondang sayang. Tambahan pula, kebudayaan warisan negara ini boleh diteruskan melalui (7) masuk budaya asing ke negara ini. Maksudnya, semua program televisyen yang berunsur budaya luar hendaklah dipantau oleh pihak berkuasa. Kesukaran untuk melihat budaya luar mengurangkan (8) buat remaja untuk mengikuti budaya yang tidak sesuai itu. PRAKTIS 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan nama permainan tradisional tersebut. Permainan Tradisional (a) (b) GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
14 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) (c) (d) TEMA 5 JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN PRAKTIS 1 Perhatikan peta di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan nama negeri yang tepat. Mengenali Nama Negeri 1 8 2 9 3 10 4 11 5 12 6 13 7 13 12 8 11 10 9 2 1 3 7 6 5 4 GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 15 PRAKTIS 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan kosa kata yang paling sesuai. Meningkatkan Semangat Patriotik dalam Kalangan Masyarakat mewara-warakan kepentingan mengharapkan menitikberatkan mengingatkan kepahlawanan dipupuk sambutan Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita. Orang ramai sibuk dengan urusan sendiri. Masyarakat tidak (1) __________________ semangat patriotik dan tidak mempedulikan sambutan Hari Kebangsaan. Malah, ada yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Sebagai usaha untuk melahirkan semangat patriotik, setiap bulan Ogos, pihak sekolah perlu mengadakan (2) __________________ Bulan Kebangsaan. Kalau hendak melentur buluh, biarlah waktu rebung. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti ceramah, mendeklamasikan sajak, dan kempen mengibarkan Jalur Gemilang. Sekiranya semangat patriotik dapat (3) __________________ sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Kerajaan pula hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa dan media sosial. Kempen akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang (4) __________________ semangat patriotik. Oleh itu, kita mengharapkan televisyen dan radio menyiarkan program berkaitan dengan sejarah (5) __________________ tokoh-tokoh negara agar masyarakat tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Seterusnya, kita (6) __________________ pihak stesen televisyen menyiarkan filem “Sarjan Hassan”, “Bukit Kepong”, dan “Paloh” semula. Kita juga mengharapkan pemimpin menjadi suri teladan kepada anak-anak muda. Para pemimpin perlulah selalu (7) __________________ dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan. Biarlah masyarakat tahu bahawa kemerdekaan lahir hasil daripada perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu. Kita mengharapkan para pemimpin sentiasa (8) __________________ tentang kepentingan perpaduan dan semangat patriotik kepada masyarakat. Aktiviti PAK-21 Kerusi Panas 1 Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian secara individu atau kumpulan. 2 Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi watak tersebut. 3 Sebagai watak, murid itu akan menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh murid lain berkaitan negeri-negeri di Malaysia. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
16 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 3 Baca lirik lagu Jalur Gemilang dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diajukan. Lirik: Jalur Gemilang Merahmu bara semangat waja, Putihmu bersih budi pekerti, Kuning berdaulat payung negara, Biru perpaduan kami semua. Puncak dunia telah kautawan, Lautan luas telah kauredah, Membawa semangat jiwa merdeka, Semarak jaya kami warganya, Empat belas melintang jalurnya, Semua negeri dalam Malaysia, Satu suara satu semangat, Itu sumpah warga berdaulat. Jalur Gemilang … di bawah naunganmu, Jalur Gemilang … kami semua bersatu, Perpaduan, ketaatan, Amalan murni rakyat Malaysia, Jalur gemilang … megah kami terasa, Jalur gemilang … kibarkanlah wawasan, Merah putih biru kuning, Jalur semangat kami semua. Berkibarlah! Berkibarlah! Berkibarlah! Jalur Gemilang! 1 Sebutkan warna yang terdapat pada Jalur Gemilang. 2 Berapakah jumlah negeri yang terdapat di Malaysia? 3 Apakah amalan murni rakyat Malaysia? 4 Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengibarkan Jalur Gemilang? KBAT GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 17 PRAKTIS 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, bina ayat yang paling sesuai. 1 2 3 4 5 GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
18 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Teknologi Maklumat Dunia tanpa sempadan, era globalisasi, dan era siber merupakan beberapa nama yang diberikan kepada zaman sekarang, iaitu abad ke-21. Era siber yang bermula di Amerika Syarikat pada awal abad ke-21 telah melahirkan budaya siber yang begitu berbeza. Konsep budaya siber mula diperkatakan oleh William Gibson pada tahun 1984. Salah satu perkara yang mengalami perubahan dalam dunia siber ini ialah teknologi maklumat. Teknologi maklumat mula bertapak di Malaysia menjelang era 1990-an. Teknologi maklumat ialah suatu ilmu penggunaan dan satu bentuk komunikasi antara pelbagai pihak. Teknologi ini berfungsi sebagai medan rangkaian maklumat yang merangkumi semua dimensi kehidupan manusia. Era ini juga memperkenalkan kita kepada sistem perhubungan komunikasi yang semakin canggih. Menerusi telefon pintar, kita dapat berhubung ke serata dunia dalam sekelip mata. Teknologi komunikasi membolehkan kita berkomunikasi pada jarak jauh dan mendapatkan maklumat yang dahulunya mungkin sukar didapati dengan cepat dan cekap. Kehadiran telefon pintar yang mengandungi pelbagai perisian berkebolehan menghantar mesej dengan keupayaan e-mel dan Internet. Malah, semua maklumat diperoleh tanpa sebarang tapisan. Pengguna yang bijak akan memilih bahan yang bermutu dan mempunyai nilai-nilai murni. Bagi mereka yang masih belajar, telefon pintar boleh dimanfaatkan untuk melengkapkan nota pelajaran. GLOSARI era – jangka masa tertentu globalisasi – peringkat antarabangsa siber – berkaitan komputer komunikasi − perhubungan serata – semua tempat sekelip mata− pantas 1 Di manakah dan bila bermulanya era siber? 2 Apakah teknologi maklumat? 3 Nyatakan kelebihan teknologi komunikasi. 4 Pengguna yang bijak akan memanfaatkan teknologi maklumat TEMA 6 SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Aktiviti PAK-21 Peta i-THINK 1 Murid menggunakan peta i-Think sebagai alat untuk menjana idea. 2 Guru meminta murid melukis peta buih berganda (membanding beza) untuk membandingkan era sebelum dan selepas wujudnya teknologi maklumat. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 19 PRAKTIS 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan kosa kata yang paling sesuai. Kepentingan Sains dan Teknologi produktiviti memudahkan membantu pengeluaran peralatan menjimatkan menggantikan berurusan Manusia mempunyai naluri dan keinginan untuk meningkatkan taraf hidup. Pelbagai ciptaan sains dan teknologi telah (1) _______________ manusia dalam kehidupan seharian. Menerusi kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk (2) _______________ kerja manusia seperti mesin basuh dan ketuhar gelombang mikro. Peralatan ini juga dapat (3) _______________ masa kerana proses yang dilakukan lebih cepat. Di samping itu, tahap kesihatan manusia juga dapat ditingkatkan. Hal ini demikian kerana kemajuan sains dan teknologi membolehkan pakar-pakar perubatan menghasilkan ubat yang lebih berkesan. Seterusnya, mencipta (4) _______________ canggih untuk menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya pada masa ini. Selain itu, perkembangan sains dan teknologi juga telah membantu meningkatkan (5) _______________ sektor perindustrian dan perladangan. Penciptaan jentera canggih dan robot-robot dapat (6) _______________ tenaga manusia, seterusnya melakukan kerja dengan lebih pantas. Impaknya, kos dapat dikurangkan dan ekonomi semakin bertambah baik. Seterusnya, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi juga memudahkan urusan penyimpanan data. Komputer digunakan dengan meluas dalam sektor perbankan untuk memudahkan urusan penyimpanan dan pengeluaran wang. Mesin (7) _______________ wang secara automatik yang disediakan oleh pihak bank pula memudahkan pelanggan (8) _______________ selepas waktu pejabat. Jelaslah kepada kita bahawa sains dan teknologi banyak memberikan sumbangan untuk memudahkan urusan harian manusia. Malah, taraf hidup kita akan lebih baik. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
20 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 3 Baca pernyataan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan idea untuk mengatasi isu tersebut. Mengatasi Kesan Buruk Sains dan Teknologi Kesan Negatif Usaha Mengatasinya 1 Murid leka dengan media sosial sehingga mengabaikan pelajaran. 2 Pengawet dalam makanan untuk memastikan makanan tahan lama mengandungi bahan kimia yang berbahaya. 3 Hasil kemajuan teknologi mampu memindahkan genetik sehingga disalahgunakan untuk tujuan pengklonan manusia. 4 Kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. PRAKTIS 4 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, bincangkan hasil inovasi tersebut. Lima Idea Inovasi Anak Muda Malaysia 1 Kamera inframerah kereta (Car Infrared Camera) Ciptaan ini dihasilkan oleh murid-murid sekolah menengah. Alat ini diilhamkan melalui pemerhatian terhadap kes kemalangan yang berlaku akibat pemandu yang kurang cekap semasa pemanduan dalam keadaan kabus, hujan atau pada waktu malam. 2 Bijak Sifir Teknik menguasai asas sifir telah menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dan Sains. Bijak Sifir Alif disusun dengan modul yang mudah merangkumi teknik menguasai sifir melalui pola dan nyanyian serta penyelesaian operasi mendarab dan bahagi teknik “bina dan capai”. 3 Penapis Asap Bio (Bio Smock Filter) Alat yang digunakan untuk menapis asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang industri atau aktivitiaktiviti yang mengeluarkan asap. Sistem penapisan alat ini menggunakan prinsip tindak balas kimia antara wap asap dengan wap air. Wap asap yang dilepaskan akan diperangkap oleh kabus air dan dibantu oleh beberapa sistem tapisan lain seperti penapis karbon atau arang bagi menghilangkan bau asap. 4 Alat Kawalan Nyamuk Biologikal (Biological Mosquito Control) Alat ini berfungsi untuk mengawal dan menghapuskan pembiakan nyamuk dari peringkat telur dan jentik-jentik terutamanya nyamuk Aedes di rumah dan persekitaran komuniti serta agensi-agensi kerajaan atau swasta. 5 Penghasilan Biotanol daripada Ubi Kayu (Bi-Ethanol Feul From Ubi Kayu) Kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan kepada glukosa. Glukosa tersebut ditukarkan kepada etanol melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian ataupun penambahan kepada, bahan bakar gasolin, dan diesel. Berdasarkan pemerhatian anda, bincangkan inovasi yang boleh dicipta berdasarkan ciptaan yang sedang anda gunakan. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 21 PRAKTIS 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Memanfaatkan Bahan Terbuang Penggunaan bahan terbuang mempunyai banyak kelebihannya. Bekas-bekas barang terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baharu. Sebagai contohnya, kita menggunakan bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding dengan bateri yang tidak boleh dicas semula. Apabila mengamalkan kitar semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera dapat dikurangkan. Penggunaan semula barang-barang terpakai dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baharu. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semula jadi untuk pemprosesan barang baharu. Usaha yang dijalankan juga berkait rapat dengan ekonomi negara. Apabila peniaga menghasilkan barang-barang yang kurang pembungkusan ketika pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Seterusnya, boleh dialirkan terus kepada pengguna dengan harga barang yang rendah. GLOSARI pengganti − bertukar dicas – diberikan tenaga sekerap − sebanyak pemprosesan − pembuatan atmosfera – lapisan udara melingkungi bumi dialirkan − salurkan 1 Apakah kegunaan bekas-bekas barang yang terpakai? 2 Nyatakan kelebihan penggunaan kitar semula. 3 Apakah kelebihan kitar semula kepada pengguna dalam jangka masa panjang? 4 Berikan tiga jenis barang di rumah anda yang boleh dikitar semula. TEMA 7 ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU Aktiviti PAK-21 Pusingan Serentak 1 Dalam pasukan, murid menulis respons mengenai masalah sampah pada kertas masing-masing. 2 Kemudian, murid mengedarkan catatan masing-masing mengikut pusingan jam supaya setiap ahli kumpulan dapat menambah atau membetulkan apa-apa yang ditulis. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
22 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 2 Baca lirik lagu di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan kosa kata yang sesuai berdasarkan lirik lagu yang diberikan. Bumiku Telah Tercemar Bumi yang tiada rimba, Seumpama hamba, Dia dicemar manusia, Yang jahil ketawa. Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa, Pasti hilang suatu hari, Tanpa disedari. Bumi tanpa lautan, Akan kehausan, Pasti lambat laun hilang, Duniaku yang malang. Dewasa ini kita saling merayakan, Kejayaan yang akhirnya membinasakan, Apalah gunanya kematangan fikiran, Bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah, Kulihat hijau. Bumiku yang kian pudar, Siapa yang melihat, Di kala kita tersedar, Mungkinkah terlewat. Lirik lagu “Hijau” Nyanyian Zainal Abidin 1 Bumi telah musnah akibat perbuatan manusia yang . 2 Bumi yang tiada udara, terasa hidup ini tidak . 3 Kita sering merayakan kejayaan yang akhirnya diri kita sendiri. 4 Sesuatu tindakan itu perlu menggunakan dengan matang. 5 Bumi telah pudar dan apabila kita sedar hakikat tersebut, semuanya telah . GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 23 PRAKTIS 3 Lihat peta bulatan dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan ayat yang paling sesuai berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang anda peroleh. Strategi Menjayakan Teknologi Hijau Mewujudkan peluang pekerjaan berkaitan dengan teknologi hijau. Mewujudkan peluang aktiviti ekonomi berkaitan dengan teknologi hijau. Promosi dan pelaksanaan pembangunan tenaga yang efektif boleh diperbaharui dalam sektor tenaga dan sektor air. Buku teks Guru Internet Rakan Memanfaatkan semula industriindustri sedia ada untuk mempraktikkan amalan teknologi hijau. Peningkatan pembangunan tenaga kerja dalam bidang teknologi hijau. Pembangunan penyelidikan dalam teknologi hijau dan menjual semula hasil kepada pasaran tempatan. Teknologi Hijau Berdasarkan strategi tersebut, nyatakan faedahnya kepada masyarakat. KBAT Faedah Teknologi Hijau kepada Masyarakat 1 Air 2 Barang 3 Pekerjaan 4 Hutan 5 Ekonomi negara GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
24 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 4 Tulis ayat berdasarkan frasa yang diberikan. 1 kitar semula 2 rawatan kumbahan 3 rawatan air 4 bumi hijau 5 rawatan sisa pepejal TEMA 8 EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN PRAKTIS 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Amalan Menabung Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberikan banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekal air dan makanan ke sekolah. Baki wang yang diberikan oleh ibu bapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan diri sendiri. Selain itu, menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Wang ini boleh digunakan untuk kos rawatan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah pada setiap tahun. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan pada masa hadapan. Sesungguhnya, menabung ialah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, “Ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis”. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana sedikitsedikit, lama-lama jadi bukit. GLOSARI dipupuk − diajar ditimpa − mengalami mulia – baik PERIBAHASA ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis beringat sebelum menghadapi kesusahan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit bersabar dalam melakukan usaha, akhirnya memperoleh kejayaan GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 25 1 Apakah yang anda tahu tentang maksud menabung? 2 Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan terhadap baki wang yang ada di tangan anda. 3 Berikan bukti amalan menabung dapat membantu keluarga yang kesusahan. 4 Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah orang gagal untuk menabung? KBAT PRAKTIS 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan kosa kata yang paling sesuai. Usahawan OKU yang Berjaya penanda membiayai roda menjenamakan berkembang membaca mengambilnya populariti Thiam Wah ialah lelaki berkerusi (1) yang dilahirkan pada tahun 1964. Beliau disahkan menghidap polio dan lumpuh bahagian kaki ketika berusia lapan bulan. Bapanya pekerja binaan manakala ibunya penjaja. Pasangan suami isteri ini tidak mampu (2) pengajian Thiam Wah. Oleh sebab itu, Thiam Wah hanya bersekolah selama enam tahun sahaja. Untuk mengisi masa, Thiam Wah banyak (3) buku yang dipinjam daripada jiran dan menjual makanan ringan di gerai tepi jalan. Hidupnya penuh dengan kesedihan. Beliau sedar bahawa beliau perlu membantu diri sendiri kerana tidak ada sesiapa mahu (4) bekerja kerana kecacatannya. Dengan nekad dan semangat, beliau berusaha memajukan diri sendiri untuk masa depannya. Berbekalkan wang simpanan sebanyak RM17 000 ketika berumur 23 tahun, Thiam Wah yang juga merupakan Pengarah Urusan 99 Speedmart berjaya membuka sebuah kedai runcit yang merupakan (5) permulaan kerjaya dalam sektor kedai runcit, iaitu Pasar Raya Hiap Hoe. Pasar Raya Hiap Hoe terus (6) dan kedai pertama yang menggunakan nama “99” dibuka pada 1992 di Klang Utama, iaitu Pasar Mini 99 dalam usahanya membangunkan kedai runcit. Pada 2000, dengan peningkatan (7) kedai Pasar Mini 99, Thiam Wah (8) semula kedai runcit itu kepada 99 Speedmart di Batu Belah, Klang. Pada 2 Ogos 2017, 99 Speedmart berjaya membuka cawangannya yang ke-1 000. Aktiviti PAK-21 Main Peranan 1 Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang sesuatu peranan berkaitan dengan individu yang kaya kerana gemar menabung. 2 Murid diberikan masa untuk membuat persediaan. 3 Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan atau watak yang telah diberikan. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
26 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, lengkapkan jadual dengan jawapan yang paling sesuai. Kedai Koperasi Sekolah Saya Koperasi merupakan perniagaan yang dibangunkan oleh pihak sekolah yang terdiri daripada guru dan murid. • Koperasi memudahkan murid memperoleh barangan keperluan sekolah. • Barang yang dijual lebih murah dan berpatutan daripada harga di pasaran. • Pelibatan murid dalam koperasi merupakan proses pembelajaran di luar bilik darjah. • Keuntungan diperoleh akan diberikan kepada pihak sekolah supaya kewangan sekolah bertambah untuk digunakan murid. • Koperasi membawa semangat muhibah dalam kalangan guru dan murid. • Murid-murid juga dapat menimba ilmu daripada guru mengenai selok-belok perniagaan. Cadangan Memajukan Koperasi Barangan yang Patut Dijual Sebab-sebab Murid Tidak Membeli di Koperasi 1 1 1 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5 PRAKTIS 4 Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan tindakan anda dalam kehidupan seharian. Tip Pengurusan Perbelanjaan Cadangan Sikap Anda 1 Membeli barang keperluan sahaja. 2 Lebihan wang saku hendaklah disimpan. 3 Kurangkan makan di luar. 4 Ke sekolah membawa air kosong. 5 Mengutamakan menyimpan daripada berbelanja. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 27 PRAKTIS 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kepentingan Riadah Masyarakat Malaysia kurang mengambil berat tentang kepentingan aktiviti riadah. Kaji Selidik Kesihatan Morbiditi Nasional (NHSM) menunjukkan kira-kira 5.6 juta orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Malah, Malaysia dikatakan menduduki tempat pertama kadar obesiti di rantau Asean. Antara kepentingan aktiviti riadah ialah kita dapat memupuk kasih sayang antara ahli keluarga. Apabila melakukan aktiviti riadah bersama-sama ahli keluarga, hubungan antara ahli keluarga dapat dieratkan menerusi perbualan dan kemesraan. Seterusnya, kita dapat memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Jika masa terluang tidak dipenuhi dengan aktiviti riadah sudah pasti masa tersebut dihabiskan dengan perkara sia-sia seperti tidur dan bermain permainan video. Selain itu, aktiviti riadah juga dapat mencerdaskan minda. Terdapat banyak murid yang tekun membaca sehingga mengabaikan aktiviti riadah. Sikap tersebut menyebabkan mereka keletihan, seterusnya ilmu yang dipelajari sukar untuk kekal lama dalam fikiran. Oleh itu, kita hendaklah mengambil bahagian dalam setiap aktiviti riadah. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia perlu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup. Perkara ini boleh diterapkan sejak kecil lagi kerana melentur biarlah waktu rebung. GLOSARI dieratkan − dirapatkan mencerdaskan – memandaikan PERIBAHASA melentur biarlah waktu rebung mendidik sejak kecil 1 Nyatakan bukti masyarakat Malaysia kurang mengambil berat berkaitan aktiviti riadah. 2 Apakah yang akan dilakukan oleh remaja apabila tidak beriadah? 3 Apakah yang akan terjadi bagi murid yang tekun belajar tetapi tidak mahu beriadah? 4 Pada pendapat anda, di manakah tempat yang paling menarik untuk melakukan riadah? KBAT TEMA 9 SUKAN DAN REKREASI GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
28 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) PRAKTIS 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan kosa kata yang paling sesuai. berhampiran meluncur senggang sekumpulan menjengah memapah peluang mengimbangi Pada suatu petang hujung minggu, di taman awam berhampiran pinggir laut Kuala Ibai, Kuala Terengganu, kelihatan seorang bapa (1) anaknya yang menghadapi kesukaran untuk (2) badan menggunakan sepasang kasut roda. Walaupun si anak itu masih takut-takut untuk melepaskan pegangan tangan bapanya, namun dia akhirnya berjaya (3) bersendirian, perlahan-lahan menuju ke arah (4) remaja lain yang sedang riang bermain di laluan yang disediakan. Meskipun fenomena kasut roda telah lama (5) negara kita, iaitu sejak hampir 20 tahun lalu, namun aktiviti riadah bagi mengisi waktu (6) yang seakan-akan bermusim kini kembali popular di sekitar bandar raya ini termasuk di Taman Awam Batu Burok dan Taman Syahbandar. Ramai peniaga tidak melepaskan (7) untuk menyewakan kasut roda masingmasing kepada remaja yang tidak memiliki alatan itu, selain membuka gerai makanan dan minuman di kawasan (8) . Aktiviti PAK-21 Padanan 1 Empat orang murid dalam satu kumpulan. 2 Setiap dua orang murid mencari pasangan dalam kumpulan tersebut. 3 Setiap pasangan diberikan kad untuk memisahkan mereka. 4 Setiap pasangan membincangkan murid sihat dan murid kurang sihat. 5 Murid 1 mengarahkan Murid 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Murid 1 (Murid 2 tidak dapat melihat apa-apa yang dipegang oleh Murid 1). 6 Apa-apa yang ditulis atau diteka bergantung pada kefahaman daripada arahan atau mesej yang disampaikan oleh Murid 1. 7 Murid 1 melihat hasil yang dibuat oleh Murid 2 dan mereka saling mengukuhkan hasil tersebut. 8 Kemudian, kedua-duanya bertukar peranan. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 29 PRAKTIS 3 Baca pernyataan di bawah dengan teliti. Kemudian, berikan cadangan anda terhadap isu tersebut. Obesiti Sebab Obesiti Cadangan Anda Mengatasinya 1 Pengambilan makanan yang tidak seimbang Orang yang mengalami obesiti hobinya suka makan dan cenderung terhadap makanan. Apabila mereka rasa ingin makan, mereka akan makan walaupun sebenarnya perut tidak berasa lapar. 2 Kurang bersenam atau kurang melakukan aktiviti luar Ramai yang kurang bersukan ataupun tidak pernah langsung melakukan senaman ringan. Mereka memberikan alasan sibuk belajar atau menyiapkan tugasan. 3 Stres atau tekanan Obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi seperti dahaga akan kasih sayang. Masalah tekanan perasaan diatasi dengan mengambil makanan secara seimbang. 4 Pengambilan makanan segera Makanan segera tidak berkhasiat dan mengandungi zat makanan yang tidak seimbang. Makanan segera mengandungi garam yang berlebihan dan bahan kimia yang membahayakan kesihatan. PRAKTIS 4 Tulis ayat berdasarkan kosa kata yang diberikan. 1 berjoging 2 menunggang kuda 3 bermain badminton 4 gimnastik 5 berenang GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
30 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Kata Nama Am 1 Kata nama am merujuk sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum. 2 Kata nama am ditulis dengan huruf kecil, kecuali pada permulaan ayat. Kata Nama Khas 1 Kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara khusus. 2 Setiap huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. PRAKTIS 1 Garisi kata nama am yang terdapat dalam ayat di bawah. 1 Arnab peliharaannya bernama Si Comel. 2 Fatimah berjoging di taman permainan. 3 Ayah akan membawa kami sekeluarga berkelah ke air terjun pada cuti sekolah ini. 4 Kakak memotong sayur di dapur. 5 Saya pergi ke stor kerana hendak menyimpan bola. PRAKTIS 2 Garisi kata nama khas yang terdapat dalam ayat di bawah. 1 Pada minggu depan, murid-murid Kelas Peralihan Gigih akan melawat ke Pusat Sains Negara. 2 Kami sekeluarga menghantar kakak yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. 3 Kejayaan atlet dalam Sukan Paralimpik telah menggembirakan rakyat Malaysia. 4 “Saya meminta kamu semua berkumpul di Dewan Gemilang selepas waktu rehat nanti,” kata Cikgu Ashikin. 5 Kejohanan sukan sekolah saya ditunda ke bulan Oktober. BAHAGIAN 2 SISTEM BAHASA TOPIK 1 KATA NAMA Contoh: Kata Nama Am Kata Nama Khas Bernyawa murid (manusia), lembu (binatang), pokok (tumbuhtumbuhan) Liang Guang (manusia), Si Jalak (binatang), Putrajaya (tempat), Pilot (benda) Tidak Bernyawa buku (benda), negeri (tempat) Tatabahasa Dewan (judul buku), Perak (tempat) GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 31 (b) Kata ganti diri kedua – perkataan yang digunakan untuk menggantikan perkataan orang yang dilawan bercakap. Contohnya awak, anda, engkau, kamu, encik, tuan, saudari, kalian, dan awak semua. (c) Kata ganti diri ketiga – perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan. Contohnya dia, beliau, ia, baginda, nya, dan mereka. Kata Ganti Nama Diri 1 Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang. 2 Ada tiga jenis kata ganti nama diri, iaitu: (a) Kata ganti diri pertama – perkataan yang menggantikan nama orang yang bercakap. Contohnya aku, saya, hamba, patik, dan kita. PRAKTIS 1 Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri pertama, kedua, dan ketiga yang paling sesuai. beliau kamu patik kalian saya tuanku kami 1 “Segala titah akan junjung,” kata Tun Perak. 2 mestilah menyerahkan buku itu kepada pada pagi esok. 3 “ tidak mahu berkumpul di sini lagi,” kata pegawai polis itu kepada anakanak muda itu. 4 Datuk Abdullah seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab. juga prihatin terhadap kebajikan para penduduk di kawasannya. 5 “Bolehkah pergi ke kedai buku, cikgu?” tanya Fakhrul dan Chee Meng. PRAKTIS 2 Betulkan penggunaan kata ganti nama yang bergaris dalam ayat di bawah, kemudian tulis ayat tersebut semula. 1 Saya telah bersepakat untuk bergotong-royong membersihkan kawasan kampung. 2 Banyak kanak-kanak berada di taman permainan. Dia bermain dengan riangnya. 3 “Kami akan berlatih dengan bersungguh-sungguh,” kata Kamaruddin kepada jurulatihnya. 4 Budak nakal itu telah ditangkap kerana mencuri. Beliau telah dibawa berjumpa dengan guru disiplin. 5 “Rusila, mengapakah dia tidak datang semalam untuk latihan sukan?” tanya guru kelas. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 107 BAHAGIAN 1 PEMAHAMAN 1 Selepas bangun daripada tidur, Sue Ann mengemas katil. 2 Sue Ann bersarapan buah, roti bakar, dan segelas susu. 3 Ayah Sue Ann yang menghantar Sue Ann ke sekolah. 4 (a) Sue Ann seorang yang berdisiplin dapat dibuktikan menerusi amalannya yang memakai uniform sekolah yang lengkap. (b) Sue Ann datang awal ke sekolah. Praktis 2 1 melanda 5 berlarutan 2 mengutamakan 6 longgokan 3 penyebaran 7 berbahaya 4 persekitaran 8 pencegahan Praktis 3 1 Setiap hari, saya akan mandi supaya tubuh saya bersih. 2 Saya mengutamakan makanan seimbang dalam menu harian saya. 3 Sarapan penting untuk mengelakkan kita berasa lapar ketika di sekolah. 4 Saya mengutamakan kebersihan dalam kehidupan seharian saya. 5 Kita perlulah menjaga kesihatan agar tidak terkena sebarang penyakit. Praktis 4 1 3 2 4 5 Tema 2 Praktis 1 1 Kita dilarang mengejar bola sehingga ke jalan raya untuk mengelakkan daripada dilanggar kenderaan. 2 Ibu bapa perlu menemani anak-anak pada setiap masa untuk memastikan anak-anak selamat daripada kemalangan dan jenayah. 3 Jalan raya ialah kawasan larangan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. 4 Pada pendapat saya, jalan raya penting sebagai laluan untuk mempercepat kita ke sekolah. Selain itu, memudahkan orang ramai untuk ke sesuatu tempat. Praktis 2 1 terlibat 5 kejadian 2 pemandu 6 dikeluarkan 3 kecederaan 7 mengakibatkan 4 menunggang 8 dihantar Praktis 3 1 apabila berlakunya kebakaran 2 sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau kemalangan 3 sekolah tidak dimasuki oleh orang yang tidak dikehendaki 4 selamat ketika melintas jalan 5 sentiasa dalam keadaan selamat Praktis 4 1 Kita perlu melintas jalan raya apabila kereta betul-betul sudah berhenti. 2 Kenderaan perlu perlahan apabila lampu isyarat berwarna kuning. 3 Kita dilarang melintas jalan ketika lampu isyarat berwarna merah. 4 Kita hendaklah menekan butang pada lampu isyarat sebelum melintas. 5 Sebelum melintas jalan, perlu menoleh ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu. Tema 3 Praktis 1 1 Kaum-kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Kadazan, dan Iban. 2 saling bekerjasama, menghormati, dan bertolak ansur antara satu sama lain. 3 Pelancong asing berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara kita. 4 Pada pendapat saya, apabila pelancong asing datang ke negara kita, negara boleh memperoleh wang kerana mereka akan berbelanja ketika di Malaysia. Praktis 2 1 sambutan Aidilfitri 5 berpakat dengan 2 Kompleks Sri Perdana 6 demi mengeratkan 3 segenap ruangan 7 tanda menghormati 4 menzahirkan rasa Praktis 3 1 Saya pasti akan datang jika tiada aral melintang. 2 Saya harap mereka sudi datang ke rumah saya. 3 Majlis akan bermula pada pukul 11.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. 4 Oh, sudah tentu boleh! Datanglah bersama-sama keluarga kamu sekali. 5 Terima kasih atas jemputan kamu itu, Allen. Praktis 4 1 3 2 4 3 1 4 5 5 2 Tema 4 Praktis 1 1 Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Toechew 2 Kebanyakan masyarakat Iban tinggal di rumah panjang serta menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. 3 Tukang tilik dalam masyarakat Cina berperanan sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan, dan kematian. 4 corak budaya masyarakat sesuatu kaum. Praktis 2 Kaum Melayu 1 Pakaian − baju Melayu, kebaya, kurung, songkok 2 Makanan − laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak 3 Permainan − congkak, gasing, wau 4 Alat muzik − kompang, gong, rebana, gambus 5 Perayaan − Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha 6 Tarian − Tarian Keris, Tarian Inai, Tarian Piring, Tarian Lilin 7 Kepercayaan − agama Islam 8 Bahasa − bahasa Melayu JAWAPAN GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
108 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) Kaum Cina 1 Pakaian − ceongsam, sam fu 2 Makanan − kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dim sum 3 Permainan − catur cina 4 Alat muzik − gitar bulan, dram 5 Perayaan − Tahun Baharu Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan 6 Tarian − tarian kipas, tarian singa, tarian payung 7 Kepercayaan − Agama Buddha, Taoisme, Kristian 8 Bahasa − Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Toechew Kaum India 1 Pakaian − sari, serban, kurta, dhoti, sarung 2 Makanan − tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu 3 Permainan − kaudu 4 Alat muzik − veena, sitar, ukulele, sapei 5 Perayaan − Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Krismas, Onam 6 Tarian − bharata natyam 7 Kepercayaan − Hindu, Kristian, Islam 8 Bahasa − Telugu, Tamil, Hindi, Malayalam Praktis 3 1 ditakrifkan 5 menubuhkan 2 diagungkan 6 melancarkan 3 kesedaran 7 pengawalan 4 informasi 8 risiko Praktis 4 1 Congkak 3 Wau/ layang-layang 2 Sepak raga 4 Gasing Praktis 4 1 Warna yang terdapat pada Jalur Gemilang ialah merah, putih, biru, dan kuning. 2 Jumlah negeri yang terdapat di Malaysia ialah sebanyak 14 buah. 3 Amalan murni rakyat Malaysia ialah perpaduan dan ketaatan. 4 Pada pendapat saya, kita perlu mengibarkan Jalur Gemilang untuk melahirkan semangat patriotik. Tema 5 Praktis 1 1 Perlis Indera Kayangan 2 Kedah Darul Aman 3 Pulau Pinang Pulau Mutiara 4 Perak Darul Ridzuan 5 Selangor Darul Ehsan 6 Negeri Sembilan Darul Khusus 7 Melaka Bandaraya Bersejarah 8 Johor Darul Takzim 9 Kelantan Darul Naim 10 Terengganu Darul Iman 11 Pahang Darul Makmur 12 Sarawak Bumi Kenyalang 13 Sabah di Bawah Bayu Praktis 2 1 menitikberatkan 5 kepahlawanan 2 sambutan 6 mengharapkan 3 dipupuk 7 mengingatkan 4 kepentingan 8 mewara-warakan Praktis 3 1 Warna yang terdapat pada Jalur Gemilang ialah merah, putih, biru, dan kuning. 2 Jumlah negeri yang terdapat di Malaysia ialah sebanyak 14 buah. 3 Amalan murni rakyat Malaysia ialah perpaduan dan ketaatan. 4 Pada pendapat saya, kita perlu mengibarkan Jalur Gemilang untuk melahirkan semangat patriotik. Praktis 4 1 Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali di Stadium Merdeka. 2 Para murid gembira menyambut Hari Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang. 3 Masyarakat membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan. 4 Para pahlawan yang terkorban diabadikan perjuangan mereka melalui pembinaan Tugu Negara. 5 Seorang warga emas yang mempunyai semangat patriotik sedang meletakkan Jalur Gemilang pada kereta kesayangannya. Tema 6 Praktis 1 1 Era siber bermula di Amerika Syarikat pada awal abad ke-21. 2 Teknologi maklumat ialah suatu ilmu penggunaan dan satu bentuk komunikasi antara pelbagai pihak. 3 Teknologi komunikasi membolehkan kita berkomunikasi pada jarak jauh dan mendapatkan maklumat yang dahulunya mungkin sukar didapati dengan pantas, cekap, dan banyak. 4 untuk memilih bahan yang bermutu dan mempunyai nilai-nilai murni. Praktis 2 1 membantu 5 produktif 2 memudahkan 6 menggantikan 3 menjimatkan 7 pengeluaran 4 peralatan 8 berurusan Praktis 3 1 Ibu bapa menasihati anak agar fokus terhadap pelajaran. 2 Elakkan membeli makanan yang mengandungi bahan pengawet. 3 Memastikan kemajuan sains tidak disalahgunakan. 4 Badan dunia (PBB) mengawal penggunaan senjata berbahaya. Praktis 4 Hasil kreativiti murid Tema 7 Praktis 1 1 Bekas-bekas barang yang terpakai digunakan sebagai pengganti produk baharu. 2 Kelebihan penggunaan kitar semula dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. 3 Kelebihan kitar semula dalam jangka masa panjang ialah pengguna dapat membeli barang dengan harga yang rendah. 4 Tiga jenis barang di rumah yang boleh dikitar semula ialah kertas, botol, dan bekas plastik. Praktis 2 1 jahil 4 fikiran 2 bernyawa 5 terlewat 3 membinasakan Praktis 3 1 Bekalan air mencukupi dan bersih. 2 Harga barang daripada barangan terpakai lebih murah. 3 Memberikan peluang pekerjaan. 4 Kekal dipenuhi pokok. 5 Peluang memajukan ekonomi negara. Praktis 4 1 Barang yang tidak digunakan perlu dihantar ke pusat kitar semula. 2 Rawatan kumbahan dapat mengurangkan pencemaran air dan bau. 3 Rawatan air menjadikan air bersih dan boleh digunakan dalam kegunaan sehari-harian. 4 Apabila bumi hijau, pemandangan akan lebih indah dan menarik. GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.