The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODULE PERFECT BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2022-11-30 20:52:46

MODULE PERFECT BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

MODULE PERFECT BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM11.90 : RM12.90 Siri Module PERFECT dihasilkan sesuai untuk penggunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahanbahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid seperti video, audio serta bahan digital yang bersesuaian selain daripada jawapan yang disediakan. Subjek 1 2 3 4 5 TINGKATAN Judul-judul dalam siri ini Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi MODULE MODULE MODULE MODULE Nota Latihan & Aktiviti PBD Peta Pemikiran KBAT CIRI EKSKLUSIF KOD QR Bacaan Tambahan Pengetahuan Am Jawapan BAHASA MELAYU KSSM 4 TINGKATAN Hanijah Selamat TINGKATAN 4 BAHASA MELAYU MODULE PERFECT 9 789670 057507 ISBN 978-967-0057-50-7 BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) iv Jadual Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tajuk Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan Tema 1: Merealisasikan Impian Kitalah Juara! Mendengar dan Bertutur 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. Menawan Samudera Membaca 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. Tatabahasa 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. Jutawan Sukan Menulis 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. Lautan Api Kurenangi Mendengar dan Bertutur 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul. Tangan yang Menggoncang Dunia Membaca 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. Seni Bahasa 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. Tema 2: Insan Terdidik, Negara Sejahtera Nutrien untuk Minda Mendengar dan Bertutur 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. Bahasa Melayu di Persada Dunia Membaca 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat Menulis 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. Seni Bahasa 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. Malaysia Membaca Mendengar dan Bertutur 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul. Membawa Dunia ke Bilik Darjah Membaca 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. Tatabahasa 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks. Tema 3: Memetik Bintang Kerjaya di Awan Biru Mendengar dan Bertutur 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betul. Saksi Senyap Rungkai Misteri Membaca 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. Dari Titik ke Titik Menulis 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. Seni Bahasa 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tadisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. Module Perfect BM Tg4_Jadual.indd 4 1/9/23 4:33 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) B Jawab soalan di bawah. SP 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. TP A Dengar dan kenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan menerusi audio Imbas Saya pada halaman 2 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, kemudian persembahkan. KITALAH JUARA - Mendengar & Bertutur matahari lautan bumi matahari suria segara buana purnama pantang kalah bagai aur dengan tebing jangan takut dilambung ombak bangkit semula lautan berapi merebut piala diam seribu bahasa putih tulang jangan putih mata onak dan duri pasti ditempuhi gagah berani berlari sini sana berani melawan usaha tangga jaya puncak jaya terus mara bunga bangsa Apakah pendapat anda tentang pasukan sorak bagi rumah sukan? KBAT Pada pendapat saya – Membangkitkan semangat juang peserta rumah sukan – Menggerunkan pasukan lawan – Menambahkan kemeriahan hari sukan TEMA 1 MEREALISASIKAN IMPIAN Module Perfect BM Tg4_Tema 1-3 2nd.indd 1 1/9/23 4:56 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 2 B Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam teks syarahan tersebut. Kemudian, berikan satu contoh bagi setiap bentuk kata di bawah berdasarkan teks syarahan tersebut. A Sampaikan syarahan pada halaman 4 dan 5 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, kemudian nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam perenggan keempat. MENAWAN SAMUDERA - Membaca - Tatabahasa Pantun Patriotik Sebutan 5 Intonasi 5 Nada 5 Kepantasan 5 Nilai Murni dalam Perenggan Keempat – Mematuhi arahan – Mengutamakan keselamatan – Saling mempercayai, persefahaman, perpaduan – Keberanian, yakin diri – Menghargai masa Satu Suku Kata dan Dua Suku Kata sukan Tiga Suku Kata sahaja Empat atau Lebih Suku Kata adrenalina Kata Tunggal Kata Majmuk ⎫ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎬ ⎪ ⎪ ⎪ ⎪ ⎭ Rangkai Kata Bebas udara segar Istilah Khusus selam skuba Maksud Kiasan membuka mata Mantap olahraga SP 2.1.1 Membaca secara mekanis pengumuman, ikrar, iklan dan promosi dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar TP SP 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. Module Perfect BM Tg4_Tema 1-3 2nd.indd 2 1/9/23 4:56 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


3 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Rujuk bahan pada halaman 6 dan 7 Buku Teks Bahasa Melayu Tigkatan 4. Kemudian, bina ayat untuk membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan di bawah dengan betul. SP 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. TP E-sukan JUTAWAN SUKAN - Menulis E-sukan semakin diminati oleh golongan belia pada masa ini seiring dengan perkembangan teknologi. 1 e-sukan Ayah melarang abang bermain permainan video sehingga mengabaikan pelajarannya. 2 permainan video Beberapa orang atlet e-sukan diundang oleh stesen televisyen untuk program sembang santai. 3 sembang santai Fahmi dan rakan sepasukannya sedang menggempur kubu pertahanan pihak lawan dengan serangan yang bertubi-tubi. 4 kubu pertahanan Aplikasi permainan video itu mempunyai berpuluh-puluh mod permainan yang boleh dipilih oleh pemain. 5 mod permainan Sebanyak 32 buah pasukan akan berentap secara liga pada pusingan kelayakan dalam pertandingan e-sukan itu. 6 berentap “Kita perlu menggandakan latihan untuk memantapkan prestasi kerana pertandingan sudah tidak lama lagi,” kata Iqbal kepada pasukannya. 7 prestasi Menurut Cikgu Azman, disiplin umpama akar tunjang yang akan membentuk keperibadian yang unggul dalam diri seseorang. disiplin umpama akar tunjang 8 Module Perfect BM Tg4_Tema 1-3 2nd.indd 3 1/9/23 4:56 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 4 Dengar dan fahami bahan menerusi audio Imbas Saya pada halaman 8 dan 9 Buku Teks Bahasa Melayu Tigkatan 4. Kemudian, terangkan panduan asas berenang secara lisan. LAUTAN API KURENANGI - Mendengar & Bertutur Perkara yang perlu diketahui sebelum belajar berenang: 1 Mengambil perhatian terhadap aspek keselamatan. 2 Belajar tentang cara-cara untuk masuk ke dalam air. 3 Belajar bernafas dengan betul di dalam air. 4 Perlu tahu tatacara berjalan di dalam air. 5 Belajar cara mengapungkan diri di dalam air. Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai. Peribahasa ini bermaksud sekiranya kita hendak belajar sesuatu perkara atau kemahiran, kita mestilah belajar dengan orang yang mahir dalam bidangnya. Panduan Asas Berenang SP 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul. TP Module Perfect BM Tg4_Tema 1-3 2nd.indd 4 1/9/23 4:56 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


5 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Persoalan dalam Drama Baca skrip drama pada halaman 10 dan 11 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian, nyatakan pandangan peribadi anda mengenai persoalan yang terdapat dalam drama tersebut. KBAT TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA - Membaca - Seni Bahasa Ibu bapa perlu memberikan sokongan, dorongan dan nasihat kepada anak supaya dapat membuat keputusan yang terbaik dalam permasalahan yang dihadapi. Setiap atlet atau pemain harus berani menghadapi cabaran dalam sukan yang diceburi kerana cabaran itu akan menjadikan mereka lebih kuat untuk bertanding pada peringkat yang lebih tinggi. Seseorang pemain atau atlet tidak boleh berputus asa dan menyerah kalah sebelum berjuang hingga pengakhirannya. Ejekan dan sindiran tidak seharusnya menjadi pematah semangat. Sukan dan pelajaran sama penting. Murid yang aktif bersukan perlu bijak membahagikan masa untuk belajar dan bersukan agar mereka tidak ketinggalan dalam kedua-dua bidang. Persoalan kasih sayang dalam keluarga. Persoalan cabaran dalam bersukan. Persoalan tidak berputus asa. Persoalan kepentingan pelajaran. 1 3 2 4 Drama Sebutan 5 Nada 5 SP 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. TP SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. Module Perfect BM Tg4_Tema 1-3 2nd.indd 5 1/9/23 4:56 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 6 SP 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. TP A B Dengar dan kenal pasti perbezaan sebutan perkataan homograf dan homofon menerusi audio Imbas Saya pada halaman 16 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian, berikan maksud bagi perkataan homograf dan homofon tersebut. Berbual dengan rakan anda menggunakan rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam bahan pada halaman 16 dan 17 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. NUTRIEN UNTUK MINDA - Mendengar & Bertutur TEMA 2 INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA Ada beberapa jenis vitamin yang mampu meningkatkan keupayaan otak untuk mengingat iaitu… Vitaminvitamin itu… Tiamin Pirodoksin Kobalamin Tokoferol Kalsiferol Niasin Makna Perkataan Homograf 1 menyemak memeriksa atau meneliti mengganggu atau mengusutkan fikiran 2 rendang banyak daun dan cabang/ rimbun lauk daripada ayam atau daging yang dimasak dengan rempah dan santan 3 pelekat kain sarung yang bercorak jalur-jalur atau berpetak-petak plastik atau kertas yang bertulis atau bergambar yang boleh dilekatkan Makna Perkataan Homofon 1 bina membuat 2 bena peduli 3 duit wang 4 duet dua orang menyanyikan lagu 5 menonton melihat; menengok 6 tuntun bimbingan; ajaran Module Perfect BM Tg4_Tema 1-3 2nd.indd 6 1/9/23 4:56 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


7 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Keistimewaan Mempelajari Bahasa Melayu SP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. TP Baca kedua-dua bahan pada halaman 18 dan 19 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian, jelaskan maklumat berdasarkan bahan-bahan tersebut. BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA - Membaca 1 Berdasarkan petikan “Bahasa Melayu Mekar di Bumi Uzbekistan”, lengkapkan gambar rajah di bawah. Terdapat beberapa persamaan bahasa Melayu dengan bahasa Uzbek. Mudah dipelajari berbanding dengan bahasa asing yang lain. Bahasa Melayu masih belum terkenal di rantau Asia Tengah. Bahasa yang menarik. 2 Berikan dua sebab Erkin Bekkulov Raimovich menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa yang menarik? (a) Penggunaan kata kerja bahasa Melayu tidak berubah mengikut masa. (b) Kata kerja yang sama boleh digunakan tanpa mengira masa lalu, masa sekarang, atau masa hadapan. 3 Bagaimanakah sambutan pelajar di Jepun dan di Uzbekistan terhadap bahasa Melayu? 4 Berikan pendapat anda tentang pengajaran bahasa Melayu di sekolah dan institusi pengajian tinggi di luar negara. Berdasarkan jawapan murid Tidak begitu ramai orang Jepun mempelajari bahasa Melayu. Jumlah pelajar yang mempelajari bahasa Melayu selepas Perang Dunia kedua merosot. Sambutan pelajar Uzbekistan terhadap bahasa Melayu amat menggalakkan. Mereka komited untuk bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Melayu. Jepun Uzbekistan KBAT Module Perfect BM Tg4_Tema 1-3 2nd.indd 7 1/9/23 4:56 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 8 Teliti bahan-bahan pada halaman 20 dan 21 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Kemudian, tulis ramalan tentang cara manusia menuntut ilmu pada masa hadapan dengan alasan yang sesuai. EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT - Menulis - Seni Bahasa Masyarakat tradisional dahulu mencari guru yang berwibawa untuk menuntut ilmu yang sesuai pada zaman tersebut. Mereka begitu menghormati guru dan menuruti nasihat guru. Zaman sentiasa berubah begitu juga dengan ilmu yang dipelajari. Kaedah pembelajaran juga berubah seiring dengan kemajuan teknologi. Kini, proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas di sekolah. Guru dan murid bersemuka dalam proses tersebut. Pelbagai kaedah dan alat bantu mengajar yang moden turut digunakan. Namun, apabila negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, maka kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pula digunakan. Penyesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran sangat penting untuk memastikan murid tidak tercicir daripada menuntut ilmu. Pada masa ini, cara menuntut ilmu bukan sahaja dengan berguru malah boleh dilakukan tanpa berhadapan dengan guru. Ada ilmu dan pengetahuan yang boleh dipelajari menerusi Internet sahaja. Berdasarkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, saya meramalkan cara menuntut ilmu pada masa hadapan Berdasarkan jawapan murid Cara menuntut ilmu pada masa hadapan? Module Perfect BM Tg4_Tema 1-3 2nd.indd 8 1/9/23 4:56 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


9 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. TP SP 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. Module Perfect BM Tg4_Tema 1-3 2nd.indd 9 1/9/23 4:56 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 100 Bahasa Melayu Standard A Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.” Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Sembah Kertala Sari, “Apalah sangat tugas membunuh Sultan Melaka dan Laksamana itu? Diturutkan hati patik, jika negerinya dapat patik kalahkan seorang diri, semua anak isteri orang Melaka pun akan patik ambil. Jika patik tidak dapat membunuh Sultan Melaka dan Laksamana, patik tidak mahu menjadi penggawa.” Setelah Patih Gajah Mada mendengar kata-kata itu, baginda berasa sangat gembira lalu mereka dijamu dengan makan dan minum, bergembira dan dihadiahkan pakaian. B Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.” Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Setelah mengetahuinya, Kertala Sari menyamar menjadi orang Patih Karma Wijaya. Ketika itu, Kertala Sari masuk seorang diri mengikut Patih Karma Wijaya. Mereka pergi menghadap sultan bersama-sama orang Jawa yang lain. Kertala Sari melihat semua hulubalang yang turut menghadap itu seorang demi seorang. Kertala Sari memandang Laksamana; dia berfikir di dalam hatinya, “Dialah hulubalang Sultan Melaka yang bernama Laksamana itu. Jika demikian rupanya, patutlah dia dapat membunuh bapaku kerana dia perajurit yang besar dan licik.” Module Perfect BM Tg4_BM Standard 2nd.indd 100 1/9/23 4:42 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 110 Peribahasa A Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Sejak seminggu yang lalu, mereka berempat telah berpakat untuk pergi melawat ke Pulau Pinang tetapi tidak berhasil kerana terdapat beberapa halangan seperti hotel untuk mereka menginap telah penuh dan tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapa masing-masing. Sepatutnya, mereka perlu membuat persiapan awal dengan memberitahu tujuan mereka pergi ke sana kepada ahli keluarga masing-masing dan menempah hotel lebih awal. Tambahan pula, mereka wajar memikirkan bahawa banyak faedah yang dapat diperoleh daripada lawatan itu untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka. 1 Batu penghalang 2 Sediakan payung hujan 3 Jauh perjalanan luas pemandangan B Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Marina: Aini dan Wahab memang sepadan. Ketika di atas pelamin mereka seumpama pasangan yang secocok. Aku gembira melihat mereka begitu. Sally : Memang betul tetapi pada majlis persandingan mereka tempoh hari, makanan dan pinggan tidak mencukupi. Banyak tetamu yang balik dengan kelaparan. Ada juga tetamu yang berbisik-bisik mengatakan bahawa muka Wahab seperti lelaki yang ditangkap kerana cuba menipu orang ramai dalam skim cepat kaya tempoh hari. Marina: Aku tidak percaya semua itu, mungkin kebetulan rupa Wahab sama dengan lelaki itu. Aku kenal Wahab, dia baik orangnya. Sally : Entahlah, aku harap semua cerita itu tidak benar. Kasihan Wahab. 1 Bagai cincin dengan permata 2 Rumah siap pahat berbunyi 3 Pelanduk dua serupa C Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai. 1 “Janganlah terikut-ikut cara kawan kamu itu berbelanja, lebih baik kamu ukur baju di badan sendiri kerana gaji kamu tidak sebesar gaji dia,” pesan ibu kepada kakak. 2 Mereka bekerja seperti lipas kudung untuk menyiapkan pentas teater itu kerana masa sudah suntuk. 3 Encik Rahman menasihati anaknya sulungnya agar tidak berputus asa dan berlatih bersungguhsungguh untuk memenangi pertandingan badminton kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya . Module Perfect BM Tg4_Peribhs 2nd.indd 110 1/9/23 4:41 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 112 Pemahaman Petikan Umum A Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bencana dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu bencana yang berlaku secara semula jadi dan bencana yang berlaku akibat daripada perbuatan manusia. Sejarah membuktikan bahawa bencana memusnahkan kehidupan, mengorban nyawa, merosakkan kediaman dan menjejaskan aktiviti ekonomi. Apabila berlakunya bencana, pengurusan yang cekap diperlukan untuk mengurus situasi yang sukar. Penggunaan sumber yang berkesan, penglibatan pelbagai agensi, dan tenaga manusia dalam jangka masa yang panjang diperlukan untuk memulihkan keadaan kesan daripada bencana. Pengurusan bencana yang berkesan turut melibatkan tiga tahap yang utama, iaitu persediaan sebelum bencana, semasa bencana dan selepas bencana. Pada tahap sebelum bencana, sistem amaran awal memainkan peranan yang cukup penting. Hal ini demikian kerana komunikasi amaran awal boleh membantu mengurangkan risiko bencana sekiranya maklumat dapat dihebahkan dan diterima awal oleh penduduk yang berisiko mengalami bencana. Maklumat yang diterima membantu mereka mengambil tindakan yang sewajarnya. Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Berkesankah Komunikasi Amaran Awal Bencana?”, Dewan Kosmik, Julai 2015 Bahan 2 PERMAISURI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengenal pasti 192 lokasi berisiko banjir sepanjang monsun Timur Laut tahun ini. Pengarah JBPM Terengganu berkata pihaknya dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi segala kemungkinan dengan melakukan pemantauan dan rondaan secara berkala, terutama di kawasan yang berisiko. “Sebagai agensi penyelamat, kita sentiasa bersiap siaga dari sudut kekuatan anggota dan aset yang mencukupi untuk memastikan operasi menyelamat berjalan lancar,” katanya selepas Majlis Penutup Kursus Pemantapan Pasukan Khas JBPM Terengganu bersama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hutan Lipur Lata Changkah di sini, hari ini. “Kita ada 50 unit bot dan dijangka jumlah ini cukup untuk kerja-kerja menyelamat. Untuk melancarkan tugas menyelamat pula, hanya 10 peratus daripada 800 orang anggota yang dibenarkan bercuti. Jika diperlukan, anggota yang sedang bercuti boleh dipanggil bertugas untuk menyelamatkan nyawa,” katanya. Dipetik dan diubah suai daripada berita “JBPM Terengganu Kenal Pasti 192 Lokasi Berisiko Banjir”, BERNAMA, 4 Oktober 2022 1 Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud siap siaga. Maksud siap siaga ialah sudah bersiap sedia. 2 Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persediaan-persediaan awal yang dilakukan untuk menghadapi bencana. Persediaan awal dalam Bahan 1 ialah sistem amaran awal dengan menghebahkan maklumat kepada penduduk yang berisiko mengalami bencana agar mereka dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Module Perfect BM Tg4_PPU 2nd.indd 112 1/9/23 4:41 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


113 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Dalam Bahan 2 pula Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa bersiap siaga dari sudut kekuatan anggota dan aset yang mencukupi untuk memastikan operasi menyelamat berjalan lancar serta hanya sedikit anggota yang dibenarkan bercuti. 2 Kebiasaannya beberapa buah negeri di Malaysia akan menghadapi bencana banjir pada hujung tahun. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa untuk mengurangkan risiko banjir? Pada pendapat saya, cara-cara yang boleh dilakukan ialah pihak berkuasa mendalamkan sungai-sungai agar air tidak melimpah apabila hujan lebat. Selain itu, projek tebatan banjir boleh dijalankan di kawasan- kawasan yang sering berlaku banjir. Seterusnya, sistem perparitan perlu diselenggarakan dengan baik supaya air dapat mengalir tanpa tersekat. 3 Datuk dan nenek anda yang sudah tua tinggal berdua sahaja di kampung. Anda dan keluarga pula tinggal di negeri lain. Anda mendapat berita bahawa kampung nenek anda telah dinaiki air secara mendadak pada waktu awal pagi akibat hujan yang berterusan. Anda berasa risau akan keadaan mereka. Sebagai cucu yang bertanggungjawab, apakah tindakan anda untuk memastikan keselamatan datuk dan nenek anda? Sebagai cucu saya akan menghubungi jiran nenek atau saudara mara yang tinggal di kampung nenek untuk meminta tolong mereka menyelamatkan nenek. Selain itu, saya akan menghubugi badan penyelamat di sana untuk memberitahu mereka tentang keadaan dan lokasi rumah datuk dan nenek. Seterusnya, saya akan menghubungi datuk dan nenek untuk meminta mereka agar mengikut arahan pihak berkuasa jika perlu berpindah. B Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Malaysia ialah sebuah negara yang unik dengan kepelbagaian agama, bangsa dan etnik. Puluhan etnik di Sabah dan Sarawak turut mewarnai landskap sosiologi negara. Kepelbagaian ini sebenarnya untuk diraikan dan bukannya untuk rakyat berkelahi sesama sendiri. Dalam usaha meraikan kepelbagaian dari aspek sosiologi di negara ini adalah penting agar kepelbagaian tersebut ditemukan menerusi satu titik persamaan, iaitu menerusi satu bahasa. Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting sebagai bahasa penyatuan kaum di Malaysia. Dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu digunakan untuk memupuk perpaduan dalam setiap sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun ideologi politik. Penggerak perpaduan yang terbaik adalah dari awal persekolahan dengan penggunaan bahasa Melayu. Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Bahasa Penyatuan Bangsa”, Dewan Masyarakat, Januari 2015 Module Perfect BM Tg4_PPU 2nd.indd 113 1/9/23 4:41 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 120 Pemahaman Petikan Sastera A Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya Kaduk, yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa. Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada semua umat Melayu agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain.” “Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu dalam kampung ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” tanya Azam. Dipetik daripada “Kaduk, Ayam dan Raja”, oleh Zurinah Hassan , dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. Bahan 2 Leha berkeras ada sebab. Tanah ini mahu dijual kepada orang asing. Adakah pembangunan hanya boleh dicapai dengan menjual tanah air kepada orang luar? Tidak bolehkah tanah ini dibangunkan dengan titis keringat anak bangsa sendiri? Lebih-lebih lagi, Leha dengar dari mulut Imam Bakar harga tanah yang ditawarkan lebih rendah daripada harga pasaran. Bermakna orang kampung akan rugi. Namun begitu, orang kampung sudah gelap mata. Mereka tidak kisah akan harga yang rendah. Mana tidaknya, seorang boleh dapat berpuluh-puluh ribu. Ada yang beratus-ratus ribu. Mana pernah seumur hidup orang kampung memegang duit sebanyak itu. Membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah berpuluh-puluh tahun pun tidak akan dapat mengumpulkan duit sebanyak itu. Jauh sekali hendak mengharapkan pulangan daripada menoreh getah. “Kalau Imam Perang Subuh masih ada, dia pun mungkin akan jual tanahnya. Kalau betul sayang akan negara, dia tidak akan menentang jika negara mahu dibangunkan.” Dipetik dan diubah suai daripada “Nyawa Musleha”, oleh Maslinah Abdul Malek, Dewan Sastera, Oktober 2020. 1 Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud titis keringat. Titis keringat bermaksud titik peluh/ penat lelah/ usaha yang bersungguh-sungguh. 2 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah pendirian watak utama terhadap tanah? Berdasarkan Bahan 1, Hakim mahu umat Melayu berhati-hati dengan tanah mereka dan menjaga hak agar tidak terlepas ke tangan orang lain. Seterusnya berdasarkan Bahan 2, Leha tidak mahu tanahnya dijual kepada orang asing sebaliknya dia mahu tanahnya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri. Module Perfect BM Tg4_PPS 2nd.indd 120 1/9/23 4:41 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


121 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 3 Terdapat banyak tanah terbiar yang berstatus tanah pertanian di seluruh negara. Tanah tersebut dibiarkan bersemak samun tanpa diusahakan oleh pemiliknya. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tanah terbiar tersebut? Pada pendapat saya, langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah kerajaan memberikan suntikan modal atau insentif kepada pemiliknya agar tanah tersebut diusahakan dengan tanaman atau penternakan. Selain itu, kerajaan juga boleh membeli atau menyewa tanah tersebut seterusnya diusahakan untuk memastikan kelestarian agromakanan negara terjamin. 3 Abang anda yang telah tamat pengajiannya di universiti mahu mengusahakan tanah keluarga anda yang telah lama terbiar. Dia berhasrat untuk mengusahakan penanaman jagung dan tebu. Namun, ayah anda tidak bersetuju sebaliknya menyuruh abang anda mencari pekerjaan di bandar yang bersesuaian dengan kelulusannya. Sebagai seorang anak, bagaimanakah anda hendak meyakinkan ayah anda supaya bersetuju dengan hasrat abang anda? Saya akan menyakinkan ayah saya bahawa pertanian moden mampu membawa pulangan yang lumayan kepada pengusahanya. Selain itu, saya akan menerangkan kepada ayah bahawa kerajaan kini menggalakkan anak muda menceburi bidang pertanian untuk mengurangkan import makanan negara. Seterusnya, saya akan menunjukkan beberapa contoh usahawan tani yang telah berjaya. B Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Mira mungkin masih tertanya-tanya tentang keputusan ibu menghantar Mira dan adik-adik untuk tinggal bersama-sama nenek di kampung. Hampir setahun ibu menyimpan jawapan untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Kini tibalah masa yang sesuai, setelah ibu meneliti dan menilai keadaan Mira sekarang. Mira sayangku, Gejala sosial yang hebat melanda masyarakat kota seperti dadah, budaya lepak, bohsia atau lebih teruk sekali kes buang bayi begitu menghantui dan menakutkan ibu. Biarpun ibu dan ayah telah berusaha mendidik Mira dengan didikan agama, tetapi perasaan bimbang masih bersarang dalam hati ibu. Ibu takut angin keruntuhan moral ini akan mempengaruhi Mira secara perlahanlahan. Pengaruh rakan-rakan sebaya dalam pergaulan seharian, atau suasana persekitaran ialah satu sebab gejala ini boleh berlaku. Mira masih terlalu muda untuk membuat pertimbangan baik buruknya suatu keadaan. Corak pergaulan dan persekitaran di kampung ternyata masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Dipetik daripada “Warkah daripada Ibu”, oleh Rohani Deraman , dalam Antologi Gema Sepi Gadis Genius. Module Perfect BM Tg4_PPS 2nd.indd 121 1/9/23 4:41 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 128 Novel A Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Daerah itu pada dasarnya mempunyai kedudukan strategik untuk dimajukan dalam sektor pertanian dengan mengambil kira faktor geografi dan bentuk muka bumi serta tanah yang subur, sehingga membolehkan semua jenis tanaman tumbuh subur, termasuklah buah-buahan, getah, dan kelapa sawit. Kesuburan tanah ini menjadikan penduduk Tenom berupaya memperoleh pendapatan lumayan apabila mengusahakan pertanian. Banyak pekebun di daerah ini nampaknya begitu gembira kerana melalui pertanian, mereka mampu untuk menyara kehidupan harian dengan hasil jualan pertanian mencecah ribuan ringgit pada setiap bulan. Malah ada antara penoreh getah, penjual buah-buahan seperti pisang, betik, kelapa sawit, dan tanaman lain kelihatan hidup mewah dan kejayaan ini dinikmati terutamanya oleh mereka yang memiliki tanah sendiri untuk diteroka dan ditanam dengan tanaman sendiri. Dipetik daripada Novel Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Matdarin Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Apakah faktor yang membolehkan penduduk daerah Tenom berjaya dalam bidang pertanian? Faktor-faktor yang membolehkan penduduk daerah Tenom berjaya dalam bidang pertanian ialah daerah itu mempunyai kedudukan strategik untuk dimajukan dalam sektor pertanian di samping faktor geografi dan bentuk muka bumi serta tanah yang subur. Pekebun di situ mendapat hasil jualan pertanian mencecah ribuan ringgit pada setiap bulan terutamanya bagi mereka yang memiliki tanah sendiri untuk diteroka dan ditanam dengan tanaman sendiri. Sudah seminggu berlalu. Perintah kawad dalam bahasa Inggeris sudah berjaya dikuasai mereka. Tidak ada lagi berlaku kucar-kacir mahu pun hentakan kasut but yang memekakkan telinga. Hayunan tangan dan kaki sudah seiring. Tangan yang dulu longlai dan bengkok kini sudah lurus tajam. Gerakan dan hentakan 25 pasang kaki sudah seragam dan kemas. Berlatih di bawah bahang matahari bukan lagi halangan sukar seperti yang dialami pada permulaannya. Dalam cuaca panas begitu, mereka tetap tegar berlatih dengan penuh semangat dan dedikasi. Segala-galanya sudah menjadi sebati. Mereka juga turut diajar ilmu akademik tentang undang-undang, etika dalam melaksanakan tugas, dan pelbagai perkara berkaitan aspek ketenteraan. Tidak ketinggalan ilmu agama turut diberi perhatian dengan menerapkan nilai-nilai kerohanian agar jati diri mereka bertambah cekal dan kental. Dipetik daripada Novel Leftenen Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip bin Talib Kementerian Pendidikan Malaysia 2 Huraikan cabaran yang dilalui oleh “mereka” dalam menguasai ilmu ketenteraan. Module Perfect BM Tg4_Novel 2nd.indd 128 1/9/23 4:41 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


129 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Cabaran yang dilalui oleh mereka ialah menguasai perintah kawad dalam bahasa Inggeris. Selain itu, mereka perlu berlatih di bawah bahang matahari dengan penuh semangat dan dedikasi. Seterusnya, mereka juga diajar ilmu akademik tentang undang-undang, etika dalam melaksanakan tugas, dan pelbagai perkara berkaitan aspek ketenteraan serta penerapan nilai-nilai kerohanian untuk mengentalkan jati diri. Raiha mendengar desas-desus yang diperkatakan oleh orang kampung tentang latar belakang Felicia yang menyayat hati itu, telah mengambil Jurusan Kejururawatan. Waktu itu, Raiha baru mula bertugas di Hospital Kinabalu. Namun begitu, beberapa tahun kemudian, Raiha mendapat perkhabaran bahawa ibu tua Felicia telah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, mereka bertemu semula, bertemu secara rasmi di Hospital Kinabalu, tempat Raiha menjalani latihan kedoktorannya di samping Doktor Sadiz. Pernah beberapa kali, pada waktu Felicia masih belum mampu lagi memiliki kereta sendiri, Raiha menawarkan khidmatnya kepada Felicia. Raiha yang secara kebetulan tinggal di daerah Inanam itu, menghantar Felicia pulang, sebelum memandu pulang ke kondominium yang dikongsi bersama-sama Dr. Sadiz. Dipetik daripada Novel Pantai Kasih Karya Azman Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia 3 Apakah cabaran hidup yang dihadapi oleh Felicia yang menyayat hati Raiha? Cabaran hidup yang dihadapi oleh Felicia yang menyayat hati Raiha ialah latar belakang Felicia menjadi buah mulut orang kampung ketika dia mengambil Jurusan Kejururawatan. Beberapa kemudian, ibu tua Felicia pula meninggal dunia. Felicia juga masih belum mampu memiliki kereta sendiri untuk berulang-alik ke tempat kerja. Di sepanjang terowong itu, angin dingin berhembus kuat dari lubang-lubang kecil dikiri dan di kanan dinding. Setelah sampai di hujung Dr. Maxi membuka satu lagi pintu dan mereka menyaksikan satu ruang yang agak aneh. Serba-serbi berwarna putih; dinding, lantai, siling, perabot, dan perhiasan. Semuanya putih. Seorang lelaki berkot biru labuh hingga ke lutut menyambut mereka dan memakai tanda nama “Rasul”. Rasul menyarungkan kot biru ke tubuh empat orang pengunjung yang baru memasuki ruang itu. Setiap seorang diberikan penutup kepala plastik berwarna biru juga. Kemudian mereka diminta pergi ke singki berwarna putih untuk mencuci tangan dengan sabun cecair yang disediakan. “Ini prosedur biasa,” kata Dr. Maxi apabila melihat reaksi hairan pada wajah Farisha dan Rosman. Dipetik daripada Novel Di Sebalik Dinara Karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia 4 Apakah prosedur yang harus dilalui oleh empat orang pengunjung tersebut sebelum memasuki ruang? Prosedur yang harus dilalui ialah mereka perlu memakai kot biru dan mereka juga diberikan penutup kepala plastik berwarna biru. Kemudian mereka perlu mencuci tangan dengan sabun cecair yang disediakan di singki berwarna putih. Module Perfect BM Tg4_Novel 2nd.indd 129 1/9/23 4:41 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 132 Kertas Model SPM Maklumat di bawah berkaitan dengan bidang pendidikan masa kini. Huraikan pendapat anda tentang bidang pendidikan masa kini. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KERTAS 1 Bahagian A [30 markah] Cabaran pendidikan pada masa sekarang dan akan datang cukup getir. Tidak seperti sebelum ini yang banyak bergantung pada guru dan buku teks sebagai panduan utama pengajaran dan pembelajaran. Kini, murid-murid boleh menimba ilmu pengetahuan dengan kemudahan teknologi terkini. Sistem pembelajaran dan pengajaran tidak boleh lagi berada pada takuk lama, penggunaan teknologi perlulah sesuai dengan keperluan generasi masa kini. Mengapakah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa ini untuk murid-murid? PAK-21 penting kerana proses pembelajaran dapat dilakukan dengan berpusatkan murid. Selain itu, elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika dapat diterapkan. Proses pembelajaran juga lebih berfokus kepada murid berbanding dengan guru dan menggalakkan interaksi antara murid. Module Perfect BM Tg4_KM 2nd.indd 132 1/9/23 4:41 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


133 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Bahagian B [30 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Saolan 1 KUALA LUMPUR – Manusia dan robot Kecerdasan Buatan (AI) kedua-duanya boleh memanfaatkan kemahiran intrinsik masing-masing untuk saling menyokong satu sama lain dan bekerjasama untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik, itulah antara kata-kata penting Sophia, robot humanoid sosial. Dipetik dan diubah suai daripada “Manusia, Robot Boleh Bekerjasama Bina Dunia Lebih Baik”, Sinar Harian, 18 Julai 2019 Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa manusia dan robot boleh bekerjasama dengan berkongsi kebolehan masing-masing pada suatu masa kelak. Berdasarkan penyataan di atas, huraikan kepentingan robot kepada manusia pada masa hadapan. Saolan 2 Makanan yang terdapat di sesebuah destinasi pelancongan berpotensi besar untuk meningkatkan pengalaman para pengunjung di kawasan berkenaan. Makanan dalam aspek pelancongan ini berfungsi untuk menghubungkan pengunjung dengan budaya dan warisan yang terdapat di destinasi berkenaan serta menjadi sebahagian daripada pengalaman pelancongan itu sendiri. Dipetik dan diubah suai daripada “Neofilia Makanan: Mempopularkan Pelancongan Gastronomi”, www.thepatriots.asia, 27 September 2020. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa makanan sangat penting dalam industri pelancongan. Semua pihak harus mengambil peluang untuk meningkatkan industri makanan ini. Sebagai seorang pemandu pelancong, huraikan kepentingan memperkenalkan pelancongan gastronomi kepada pelancong tempatan dan pelancong asing. Saolan 3 Dalam dunia sekarang yang saling berkaitan dan saling bergantungan, penguasaan dalam bahasa lain merupakan kemahiran penting yang dapat memberi anda peluang untuk berinteraksi dengan dunia dengan cara yang lebih cepat dan bermakna. Dipetik dan diubah suai daripada “9 Kepentingan Menguasai Bahasa Asing”, www.xpresi.org, Januari 2021 Petikan di atas menunjukkan bahawa bahasa asing sangat penting dalam dunia tanpa sempadan ini sebagai bahasa perhubungan. Berdasarkan penyataan di atas, huraikan kepentingan mempelajari bahasa asing kepada generasi masa hadapan. Module Perfect BM Tg4_KM 2nd.indd 133 1/9/23 4:41 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM11.90 : RM12.90 Siri Module PERFECT dihasilkan sesuai untuk penggunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahanbahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid seperti video, audio serta bahan digital yang bersesuaian selain daripada jawapan yang disediakan. Subjek 1 2 3 4 5 TINGKATAN Judul-judul dalam siri ini Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi MODULE MODULE MODULE MODULE Nota Latihan & Aktiviti PBD Peta Pemikiran KBAT CIRI EKSKLUSIF KOD QR Bacaan Tambahan Pengetahuan Am Jawapan BAHASA MELAYU KSSM 4 TINGKATAN Hanijah Selamat TINGKATAN 4 BAHASA MELAYU MODULE PERFECT 9 789670 057507 ISBN 978-967-0057-50-7 BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version