Hanijah Selamat (1103/1 & 1103/2) WM RM4.90 EM RM5.40 SPM KERTAS RAMALAN Bahasa Melayu 4 Set Kertas Model SPM Jawapan Lengkap TERKINI FORMAT
Format Instrumen Peperiksaan SPM Bahasa Melayu 2021 iv KERTAS MODEL SPM SET 1 1 – 10 KERTAS MODEL SPM SET 2 11 – 20 KERTAS MODEL SPM SET 3 21 – 30 KERTAS MODEL SPM SET 4 31 – 40 Jawapan KANDUNGAN
iv Kertas Bahasa Melayu SPM KSSM mengandungi: 1 Kertas 1 (1103/1) Kemahiran Menulis – Jumlah Markah [100 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertulis Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan Bahagian A: • 1 soalan – kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan • 30 markah Bahagian B: • 4 soalan – jawab 1 soalan • 70 markah Tempoh Ujian 2 jam 2 Kertas 2 (1103/2)Kemahiran Membaca – Jumlah Markah [100 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertulis Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan (9 soalan) Bahagian A: • Sistem dan Aplikasi Bahasa – 5 soalan • 35 markah Bahagian B: • Pemahaman – 3 soalan • 35 markah Bahagian C: • Rumusan – 1 soalan • 30 markah Tempoh Ujian 2 jam 30 minit FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU 2021
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Buku elektronik menjadi satu alternatif bagi buku fizikal. Buku elektronik selalunya lebih murah daripada harga buku fizikal kerana kos pencetakan buku yang selalu ada pada penghasilan buku fizikal telah ditiadakan. Anda hanya memerlukan memori dalam peranti seperti telefon pintar atau komputer riba sebagai ruang simpanan. Dengan hanya 1GB, anda boleh bawa hampir seluruh buku elektronik yang ada dalam koleksi anda ke mana-mana. Dengan buku elektronik, semua buku anda itu boleh disimpan secara maya. Anda tidak perlu risau tentang ruang fizikal. Dipetik dan diubah suai daripada “5 Sebab Kenapa E-book Semakin Menjadi Pilihan”, blog.imanshoppe.com Berdasarkan petikan di atas, bincangkan kebaikan-kebaikan buku elektronik kepada masyarakat hari ini. 2 Isu kenaikan harga barangan dan kos sara hidup kebelakangan ini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan rakyat, terutama golongan B40. Melalui penguatkuasaan undang-undang, kerajaan perlu melakukan pemantauan lebih kerap atau menyediakan medium yang mudah untuk masyarakat melaporkan sebarang kenaikan harga barangan. Bagaimanapun, masalah kenaikan harga barangan mampu diatasi dengan baik sekiranya semua pihak turut memberikan perhatian, kerjasama dan lebih cakna terhadap isu ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Rakyat Perlu Main Peranan Tangani Kenaikan Harga Barang”, oleh Nur Mawaddah Zainon, www.bharian.com.my, 27 Mei 2023 Sebagai rakyat, apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan bagi membantu kerajaan mengatasi masalah kenaikan harga barangan?
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 3 [Lihat halaman sebelah 3 Keadaan ekonomi negara yang masih tidak stabil kini memungkinkan rakyat berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih baik. Berdasarkan alternatif tersebut, hal ini bukan satu pilihan yang teruk kerana negara luar seperti Singapura, Australia, Jepun, United Kingdom dan Arab Saudi menawarkan pendapatan yang lumayan sehingga mencecah tiga kali ganda berbanding dengan gaji di negara ini. Menariknya, tawaran gaji tersebut bukan hanya melibatkan golongan profesional semata-mata malah turut merangkumi pelbagai sektor termasuk sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar). Dipetik dan diubah suai daripada “Trend Rakyat Kerja Luar Negara Semakin Membimbangkan”, oleh Mukhriz Mat Husin, www.sinarharian.com.my, 26 Ogos 2022 Sebagai respons kepada petikan di atas, sarankan usaha-usaha yang harus dilakukan untuk menghindarkan rakyat negara ini daripada berhijrah ke luar negara. 4 Trend semakin membimbangkan apabila empat daripada 10 orang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru tamat sesi persekolahan 2022 yang ditemui tidak berhasrat untuk menyambung pengajian ke universiti awam. Hal ini demikian kerana kos sara hidup yang tinggi selain kecenderungan untuk bekerja dan memiliki wang sendiri. Dalam pada itu, lepasan sekolah menengah swasta yang turut menduduki SPM baru-baru ini merasakan lambakan graduan universiti tidak memberikan impak positif kepada mereka. Program pengajian di universiti disifatkan terlalu panjang dan menelan kos yang tinggi. Dipetik dan diubah suai daripada “Mengapa Lepasan SPM Tidak Mahu Sambung Belajar?”, oleh Nur Hasliza Mohd Salleh, www.malaysianow.com.my, 27 Mei 2023 Berdasarkan petikan di atas, huraikan punca-punca lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran di universiti.
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 4 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif pancaindera. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Suasana di kantin sekolah pada waktu rehat selalunya riuh-rendah. Suasana bising ini tidak dapat dielakkan kerana mereka sudah penat berada di dalam kelas selama setengah hari. Murid-murid gemar membeli kuih-muih yang manis. Tambahan pula, makanan yang rasanya masam tidak digalakkan dijual di kantin sekolah. Perut yang sangat lapar menyebabkan mereka makan sehingga licin. [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian cerakinkan ayat-ayat dalam petikan supaya menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Kekurangan bekalan beras putih tempatan menjadi lebih ketara selepas kenaikan harga beras import yang menyebabkan pengguna beralih kepada beras putih tempatan. Cuaca tidak menentu dan penyakit padi sepanjang musim tuaian menyebabkan bekalan beras putih tempatan berkurangan dalam pasaran. Pihak dalam rantaian pengeluaran beras itu mungkin menyorokkannya tetapi mereka juga mendakwa tiada bekalan. Dipetik dan diubah suai daripada “Faktor Bekalan Beras Tempatan Terganggu”, www.bernama.com, 21 September 2023 [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 [6 markah] Kertas ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. KERTAS 2 Masa : 2 Jam 30 minit 100 Rantaian di dalam pengeluaran beras Sharikat pembekal benih padi sah Kilang memperoses padi/ pembungkusan beras Penanaman/ penuaian oleh pertanian Pengedar beras berlesan Tempat simpankan padi Perniaga/ peruncit Pengguna
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 5 [Lihat halaman sebelah Bahan 2 Sesi persekolahan akan bermula pada minggu hadapan. Namun begitu, terdapat beberapa kerosakkan bangunan sekolah yang perlu diperbaiki. Cuaca pula terlalu panas hingga menyebabkan aktiviti kokurikulum diarahkan supaya tidak dijalankan. Keadaan ini merisaukan pihak pengurusan sekolah kerana kejohanan olah raga akan dijalankan pada bulan hadapan. Namun begitu, kebimbangan dapat diredakan bila melihat kebersihan sekolah telah terjaga. Setiap orang murid tentu akan berasa gembira apabila hadir ke sekolah nanti. [5 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpemanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak terpemanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Iskandar seorang pekerja yang sangat dedikasi dalam melakukan tugas sehariannya. Namun demikian, (i) _____________________ apabila dia telah dibuang kerja kerana syarikatnya menghadapi masalah kewangan. Dia cuba mencari (ii) ________________________ dengan melakukan kerja sampingan di kebun bapa saudaranya. Hidup Iskandar sekeluarga tidaklah begitu susah kerana dia mengamalkan (iii)________________________. Dia mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menyara keluarganya. [6 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 9 [Lihat halaman sebelah BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) dalam pendidikan semakin popular dalam kalangan guru dan murid. Dalam dunia moden hari ini, penyepaduan teknologi AI berkembang pesat dalam pendidikan. AI dapat membantu dan menjadikan tugasan seharian kita lebih ringan. Menerusi alatan AI, pendidik boleh menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih interaktif untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi murid di dalam kelas. Satu lagi kepentingan kecerdasan buatan dalam pendidikan ialah ia boleh membantu meningkatkan prestasi murid dengan peningkatan maklum balas. Sistem yang dikuasakan oleh AI boleh menilai kemajuan murid, memberikan mereka maklum balas yang disasarkan dan mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan. Selain itu, AI boleh memantau corak tingkah laku murid, menilai tahap perhatian mereka dan menentukan sama ada mereka memerlukan bantuan tambahan dalam mata pelajaran tertentu. Penggunaan AI dalam pendidikan juga boleh mengurangkan kos pendidikan. AI boleh mengautomasikan beberapa tugas yang diberikan kepada pentadbiran, guru dan banyak lagi. Sebagai contoh, AI boleh menjalankan tugas harian seperti penggredan, penjadualan, pengurusan data dan juga tunjuk ajar. Dengan AI dalam pendidikan, institusi pendidikan boleh menjimatkan belanjawan dengan mengurangkan sumber yang diperlukan untuk beroperasi. Namun begitu, cara AI terus mengautomasikan lebih banyak aspek proses pendidikan menyebabkan permintaan terhadap keperluan pendidik berkurangan yang boleh membawa kepada potensi kehilangan pekerjaan. Memandangkan sekolah semakin bergantung pada penyelesaian yang dikuasakan AI, terdapat risiko guru dan murid mungkin menjadi terlalu bergantung pada teknologi. Pergantungan ini boleh mengakibatkan pengabaian kaedah pengajaran tradisional yang mementingkan pembangunan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Dipetik dan diubah suai daripada “Kebaikan dan Keburukan AI dalam Pendidikan dan Bagaimana Ia akan Memberi Kesan kepada Guru pada 2023” oleh Dianne Adlawan, www.classpoint.io, 1 November 2023
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 10 Bahan 2
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 11 [Lihat halaman sebelah BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan perkembangan bidang perindustrian. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang perkembangan bidang perindustrian. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Pembangunan perindustrian yang pesat turut membawa impak negatif terhadap persekitaran. Antara masalah persekitaran yang kerap dialami ialah pencemaran udara dari kilang-kilang perindustrian, pencemaran bunyi bising, pencemaran daripada pembuangan sisa pepejal, peningkatan kejadian banjir kilat dan kenaikan suhu. Jika tidak dibendung, pencemaran ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap kesejahteraan dan kesihatan masyarakat. Selain itu, kepesatan pembangunan industri terutama di kawasan bandar turut mengundang peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat dan keluarga seperti keruntuhan moral dan jenayah. Dipetik dan diubah suai daripada “Mengungkap Makna dan Aspirasi Pembangunan dalam Konteks Kemampanan Persekitaran”, oleh Haliza Abdul Rahman, Asian Journal of Environment, History and Heritage, Jun 2018 Pencemaran alam Kemusnahan alam IMPAK NEGATIF PERKEMBANGAN BIDANG PERINDUSTRIAN KERTAS 1 Masa : 2 jam 100 KERTAS MODEL SPM 2
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 16 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Seni bina rumah limas Johor banyak dipengaruhi oleh budaya luar ekoran penjajahan Belanda dan British di Tanah Melayu, serta pengaruh kemasukan agama Islam dan seni bina rumah Indonesia. Limas atau “bumbung lima” ini bentuk asasnya sama dan dibina dengan ketinggian sederhana. Rumah ini juga bertangga seperti rumah Melayu tradisional yang lain. Rumah limas Johor boleh dikenali melalui bumbungnya yang ada perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas. Rumah limas Johor juga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu depan, tengah dan belakang. Pengasingan ruangan ini untuk menjaga privasi tuan rumah tetapi tidak meminggirkan tetamu. Misalnya, bahagian depan dikhususkan untuk melayan tetamu, marhaban dan mempamerkan kemakmuran kehidupan tuan rumah. Dipetik dan diubah suai daripada, “5 Rumah Melayu Tradisional yang Boleh Dijadikan Inspirasi”, oleh Tramizi Hussin, www.propertyguru.com.my, 8 Mei 2021 Bahan 2 Kebudayaan luar khususnya dari Kepulauan Melayu seperti Patani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi seni bina dan reka bentuk rumah Melayu tradisional. Oleh sebab itu, wujudnya rumah berbentuk Minangkabau, Bugis dan sebagainya. Namun, kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris telah menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya. Boleh dikatakan rumah Melayu tradisional di setiap negeri terdiri daripada rumah bumbung panjang tetapi selepas kedatangan penjajah Barat bentuknya berubah kepada bentuk limas atau bumbung Belanda. Dipetik dan diubah suai daripada, “Seni Bina Rumah Melayu Tradisional”, bicarasenivisual.blogspot.com, 15 September 2014 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga privasi. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu tradisional. [3 markah] (iii) Pembinaan rumah Melayu tradisional mempunyai banyak keistimewaannya. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara hendak mempopularkan rumah Melayu tradisional? [3 markah] (iv) Rumah datuk anda sudah semakin reput dan usang. Rumah itu memberikan banyak kenangan kerana anda pernah membesar di dalam rumah itu. Sebagai cucu, cadangkan cara-cara yang boleh anda lakukan agar rumah itu boleh didiami dan tahan lama. [4 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 17 [Lihat halaman sebelah 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah warga kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota. Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan kepentingan diri masing-masing. Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing, bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri. Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri dalam Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Gurindam Anak Kota Oleh Mohd Sukri bin Salleh Jikalau kota bangunannya tinggi, Tiada tentu menjunjung jati. Di kota itu duduknya musibah, Akal manusia sentiasa berubah. Andai anak kota jiwanya meledak, Wang disaku tiada turuti kehendak. Jikalau bijak memilih kawan, Bonda di desa tiadalah rawan. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mengundang resah. [2 markah] (ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan perkara-perkara negatif yang berlaku di kota. [4 markah] (iii) Golongan muda di luar bandar mempunyai impian untuk tinggal di kota besar yang penuh dengan pancaroba kehidupan. Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang harus ada pada golongan muda di luar bandar sebelum mengambil keputusan untuk tinggal di kota? [3 markah] (iv) Bapa saudara anda mengajak anda untuk membantunya mengusahakan gerai menjual burger di sebuah bandar raya. Anda belum mempunyai keyakinan untuk tinggal di bandar besar. Huraikan alasan-alasan yang akan anda berikan kepada bapa saudara anda untuk menolak ajakan tersebut. [4 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 18 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sewaktu ayahnya meninggal dunia kira-kira tujuh tahun yang lalu, dia tidak dapat mengikut umi dan walid menziarahinya. Ketika itu dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Dia masih ingat lagi tangannya menggigil dan matanya basah semasa menjawab soalan sehingga terpaksa ditenteramkan oleh pengawas peperiksaan yang bertugas. Dia merayu-rayu kepada umi agar dapat ikut pulang ke Johor untuk menziarahi jenazah ayahnya. Sekurang-kurangnya untuk dia menatap wajah ayah kandungnya buat kali terakhir. Mungkin juga itulah nanti kenangan yang boleh disimpan hingga akhir hayat. Umi langsung tidak memberikannya ruang. Perkara yang mampu dilakukannya ketika itu hanyalah menangis. Sedih hatinya bukan kepalang. Dia tahu peperiksaan itu penting, tetapi bukankah memberi penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting? Sesuatu yang tidak akan terulang sampai bila-bila. Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia Mengapakah “dia” merayu untuk mengikut umi dan walid menziarahi jenazah ayahnya? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (f) Tirani karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina karya Nizar Parman Konflik sengaja digarap oleh seseorang penulis untuk menjadikan karya novelnya itu lebih menarik. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang memaparkan konflik yang dihadapi oleh masyarakat dan cara konflik tersebut diselesaikan. [6 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 19 [Lihat halaman sebelah BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Malaysia memiliki lebih 15 000 spesies tumbuh-tumbuhan dengan 2000 daripadanya dilaporkan mempunyai nilai perubatan yang masih belum diterokai sepenuhnya. Setiap tumbuhan ini berpotensi dibangunkan, dipelbagaikan kegunaan dan dibuat produk bernilai tinggi yang berkesan, selamat serta berkualiti. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sentiasa memberikan fokus kepada aspek penyelidikan, pembangunan, pengkormersialan dan inovasi sumber biodiversiti negara. FRIM membangunkan kepakaran untuk mengenal pasti, menghasilkan bukti saintifik dan formulasi serta mendokumentasi sumber semula jadi dari hutan di Malaysia ke arah penghasilan ramuan aktif dan produk yang dapat dikomersialkan. FRIM juga berperanan membantu industri herba untuk menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan bahan mentah serta produk herba. Kajian yang dijalankan di FRIM merangkumi peringkat huluan dan hiliran. Penyelidik FRIM umpamanya membuktikan tongkat ali yang dihasilkan daripada kaedah pengekstrakan khas boleh membunuh sel barah ovari dan kini sedang dalam proses pengiktirafan paten. Kajian berkenaan masih perlu dilengkapkan pada peringkat praklinikal dan klinikal jika ingin digunakan serta dipasarkan sebagai ubatan antibarah. Bagi kacip fatimah pula, usaha untuk menghasilkan klon elit (dari segi pertumbuhan dan penghasilan bahan bioaktif) juga menampakkan hasil yang positif. Ketum juga antara spesies yang perlu diberi perhatian walaupun spesies ini tersenarai bawah Akta Racun 1952 kerana penggunaannya sering disalahgunakan. Secara tradisi, ketum boleh digunakan untuk mengatasi masalah keletihan dan meningkatkan produktiviti kerja. Oleh itu, kajian dan penyelidikan yang menyeluruh sangat diperlukan supaya kegunaan spesies ketum dapat dimanfaat sepenuhnya. Dipetik dan diubah suai daripada “Teroka Manfaat Herba” oleh Mohamad Hussin, www.hmetro.com.my, 26 Oktober 2018
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 23 [Lihat halaman sebelah 3 Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran dalam talian merupakan suatu keperluan. Kebanyakan universiti termasuk sekolah-sekolah di Malaysia menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya bagi memastikan silibus pengajaran tidak ditangguhkan. Tidak dapat dinafikan melalui kaedah pembelajaran dalam talian banyak manfaat yang diperoleh seperti aktiviti pembelajaran lebih fleksibel dan menjimatkan kos seperti kos pengangkutan. Namun begitu terdapat beberapa masalah yang dihadapi seperti kekurangan capaian Internet dan kesukaran untuk fokus terhadap pembelajaran. Dipetik dan diubah suai daripada, “COVID-19 : Pembelajaran Atas Talian Suatu Keperluan ke arah menuju Malaysia Maju”, oleh Mohamad Idham Md Razak, www.astroawani.my 19 April 2020 Bincangkan kesan-kesan pendidikan secara maya kepada murid sekolah. 4 Bidang animasi bukan hanya menghasilkan siri animasi untuk siaran televisyen atau filem, malahan turut menawarkan perkhidmatan lain seperti mencipta animasi iklan untuk syarikat terkemuka, seni bina, permainan dan aplikasi dalam laman sosial seterusnya memperkenalkan negara kepada dunia. Mereka yang ingin menceburi bidang animasi juga perlu kreatif dan memiliki kemahiran tinggi supaya mampu bersaing dengan graduan lain kerana kerjaya ini menuntut kebolehan dan mengambil kira portfolio yang pernah dihasilkan. Dipetik dan diubah suai daripada “Kerjaya Bidang Animasi Kian Berkembang”, Berita Harian, 1 Julai 2017 Berdasarkan petikan di atas, jelaskan peranan bidang animasi untuk memajukan negara.
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 24 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Malaysia dibangunkan daripada komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai budaya dan kaum. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuh kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian menjadi sebahagian daripada elemen perpaduan antara rakyat Malaysia. Hal ini merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita. Secara umumnya, menyimpan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Dipetik dan diubah suai daripada “Negara Akan Terus Maju Jika Perpaduan Kaum Dapat Dikekalkan”, oleh Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri mstar.com.my, 13 Mac 2013 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan tiga ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Jabatan Kesihatan melakukan semburan kabus untuk membunuh nyamuk sahaja dan bukannya jentik-jentik. Pelbagai pihak lain harus membetulkan persepsi ini bagi mengelakkan masyarakat terus salah faham mengenai usaha pembasmian nyamuk Aedes. Kita harus meningkatkan usaha untuk membasmi nyamuk Aedes menerusi pelbagai pendekatan lain. Setakat ini masih tiada pengumuman terdapatnya vaksin yang boleh mencegah penyakit demam denggi. Dipetik dan diubah suai daripada “Semburan Hanya Bunuh Nyamuk dan Bukan Jentik-jentik”, oleh Afiq Ariffin, mstar.com.my, 11 Februari 2019 [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah pada masa kini boleh merentas negara dengan pembukaan semula sepadan negara. Rakyat Malaysia juga dibenarkan pergi ke mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembaraan luar. Pada masa yang sama, rakyat luar negara dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakkan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan digugurkan nanti – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dipetik dan diubah suai daripada “IATA Sambut Baik Pembukaan Semula Sempadan Malaysia”, Astro Awani, 9 Mac 2022 [6 markah] Kertas ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. KERTAS 2 Masa : 2 Jam 30 minit 100
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 25 [Lihat halaman sebelah Bahan 2 Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani akhirnya merangkul kejuaraan pertama mereka di dalam siri Jelajah Dunia bila muncul sebagai juara badminton Terbuka Jerman di Mulheim. Pasangan dunia itu dipaksa berhempas pulas dalam perlumbaan selama sejam, sebelum menumpaskan Ou Xuanyi dan Liu Yuchen dari China untuk mengungguli saingan beregu lelaki. Ketiadaan beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang memaksa menarik diri pada saat-saat akhir kerana positif COVID-19 telah mereka galas dengan sempurna. Dipetik dan diubah suai daripada “Sze Fai – Nur Izzuddin rangkul kejuaraan pertama di Jerman” oleh Meja Sukan, Utusan Malaysia, 14 Mac 2022 [5 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa yang terdapat dalam petikan, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Perak FC dikatakan baru sahaja pulih daripada kemelut dalaman dan masalah tunggakan gaji. Pasukan ini juga ibarat antan patah lesung hilang apabila kemungkinan besar tidak boleh mendaftarkan pemain mereka untuk musim 2022 selepas gagal menjelaskan hutang berjumlah RM1.7 juta. Kegagalan Perak FC menyelesaikan hutang ibarat telur di hujung tanduk kerana pasukan terbabit tidak boleh mendaftar untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana. Namun begitu, para pemain masih mengharapkan usaha mendapatkan hak mereka diteruskan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dipetik dan diubah suai daripada “Apa Sudah Jadi dengan Perak?” oleh Syazwan Msar, Harian Metro, 12 Februari 2022 [4 markah]
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 32 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Pereka fesyen merupakan salah satu daripada pelbagai pekerjaan yang wujud dalam industri fesyen. Hakikatnya, bukan semua pencinta fesyen dikurniakan bakat menjadi pereka fesyen yang baik. Mereka yang mahu berkecimpung dalam industri ini perlu mengenal pasti kepakaran dan kemampuan yang dimiliki untuk mencorakkan hala tuju kerjaya dalam industri ini. Industri ini memerlukan pelbagai kebolehan, bakat, kemahiran, pengetahuan luas, aset serta kefahaman tentang pergerakan industri. Paling penting perlu sentiasa menambah ilmu, mengasah kemahiran, mengetahui kehendak pasaran, demi kepentingan industri fesyen yang menjadi antara penyumbang utama sebahagian ekonomi negara. Dipetik dan diubah suai daripada, “Cabaran Pereka Fesyen Masa Kini”, oleh Faizal Hamid, www.kosmo.com.my 11 Julai 2023 Berdasarkan petikan di atas, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang harus dilakukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam bidang fesyen. 2 Golongan gelandangan merupakan kelompok masyarakat yang tiada tempat tinggal dan mereka biasanya ada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kewujudan golongan ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak, antaranya kemiskinan bandar, disisihkan keluarga, bekas banduan, gangguan mental, dan penagih arak atau dadah. Di Malaysia, isu ini juga diletakkan dalam laporan statistik negara. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM, 2012) melalui pembentangan di Parlimen menunjukkan jumlah golongan gelandangan di Malaysia yang telah diselamatkan oleh JKM bagi tahun 2007 hingga tahun 2011 seramai 7 833 orang. Dipetik dan diubah suai daripada “Gelandangan Oh Gelandangan”, oleh Johari Yap, Sinar Harian, 18 Mei 2020 Sebagai respons kepada petikan di atas, bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu golongan tersebut.
1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 33 [Lihat halaman sebelah 3 Pelbagai perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 telah banyak mengganggu sistem pendidikan termasuklah masalah keciciran murid yang sangat ketara. Kesan keciciran murid dalam pelajaran amat besar kepada negara dan akan memberikan masalah terutamanya bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja yang berkualiti pada masa akan datang. Lantaran itu pelbagai langkah perlu diambil seperti mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid yang perlu dibantu, memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan khidmat kaunseling. Dipetik dan diubah suai daripada, “Jangan Biar Lebih Ramai Pelajar Tercicir”, oleh Muhammad Zakwan Nazaraly, www.sinarharian.com.my 8 Disember 2021 Huraikan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah keciciran murid dalam pelajaran. 4 Antara binatang yang sedang diancam kepupusan tahap kritikal di Malaysia ialah harimau Malaya, badak Sumatera, tenggiling, penyu, orang utan, gajah Borneo, dan tapir. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 2018, kematian hidupan liar dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 7 451 ekor pada tahun 2017, berbanding dengan 6 767 ekor pada tahun 2016 dan 6 258 ekor pada tahun 2015. Penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi hidupan liar perlu ditingkatkan di samping mewartakan hutan simpan serta memberikan kesedaran kepada masyarakat amat penting untuk mengatasi masalah ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Punca-punca Kepupusan Haiwan”, www.majalahsains.com, 8 Disember 2019 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan usaha-usaha untuk menangani masalah tersebut.
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 37 [Lihat halaman sebelah 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kini, Hatiku terguris kesedihan Ketika terucapnya salam perpisahan Walau air mataku tak berlinang Bukan bererti suatu kerelaan Saat langkah kaki terayun Jarak kita pun semakin membentang Akankah semuanya jadi terkenang? Atau hanyut terbawa gelombang? Bahkan mungkin, terkubur oleh waktu dan keadaan Sahabat, Dalam hatiku ini Akan tetap membekas suatu kenangan Kau sungguh baik Yang mengenalimu pasti akan merindu Namun untukku janganlah kaubiarkan Aku terkulai lemas dalam kehampaan Kerana rasa rinduku yang tak kauharapkan Dipetik dan diubah suai daripada puisi “Salam Perpisahan” oleh Doni Andeskap changdoni9.blogspot.com, 24 Februari 2014 Bahan 2 Dia menaikkan wajahku, “Dengarkan aku Cha. Aku ada untukmu, untuk menjagamu. Aku ada untukmu, untuk melindungimu. Kamu tak akan kehilanganku Cha. Aku ada di dalam hatimu, aku selalu ada di sana. Aku menjagamu dari sana. Zaman sudah canggih, kamu boleh menghubungiku nanti. Pasti, aku pasti kembali ke sini, ke hadapanmu Cha. Aku ingatkan, kamu harus terus bermimpi untuk meraih cita-citamu walau aku tak ada di sampingmu pada saat itu. Aku di sana juga akan berusaha meraih cita-citaku. Kamu boleh, aku boleh, kita boleh! Satu lagi, jangan pernah terlintas di fikiranmu, bahawa aku akan melupakanmu dan mendapatkan sahabat yang lebih baik darimu. Aku yakinkan, tak ada! Ingat, lapan tahun kita bersama, kamu tahu kelemahanku, kelebihanku, begitu juga sebaliknya. Sejak kecil kita bersama, mengawasi hari bersama. Kamulah sahabat terbaik yang pernah ada.” Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Kau Aku dan Hati” oleh Beertlhie cerpenmu.com, 13 Mac 2015 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata hatiku terguris. [2 markah]
1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 38 (ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, apakah perkara yang diharapkan apabila berlaku perpisahan antara sahabat? [3 markah] (iii) Setiap orang pasti mempunyai sahabat yang akan berkongsi susah dan senang ketika menjalani kehidupan. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk persahabatan supaya kekal selamalamanya? [4 markah] (iv) Dalam kejadian banjir di Hulu Langat baru-baru ini, sahabat baik anda telah mengalami musibah yang sangat besar. Keseluruhan rumahnya tenggelam dan peralatan rumah tidak dapat diselamatkan. Sebagai sahabat sejati, apakah tindakan yang wajar anda lakukan untuk membantunya? [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku benar-benar bimbang akan Haziq dan Rafiq, meskipun kedua-duanya tidak pernah aku kenali. Aku takut jika orang kampung terlalu marah, dua beradik itu akan mati dipukul atau dibunuh oleh ibu bapa mereka sendiri. Kemudian suami isteri itu pula yang saling berbunuhan, orang kampung hanya ketawa. Akan tetapi, andaian tentang kematian ngeri itu tidak akan berlaku sebab datuk mengheret Rafiq dan Haziq di halaman rumah, sambil dibantu oleh dua orang pemuda. Di belakang mereka, orang kampung masih marah, menuduh, dan memaki. “Pulanglah, solat Subuh. Pukul 10:00 nanti datang ke balai raya, kita akan bermesyuarat!” teriak datuk. “Biar budak berdua ini saya simpan di sini,” sambung datuk lagi. Kedua-duanya kelihatan lemah, ada kesan dibelasah. Wajah Haziq lebam, hidung Rafiq pula berdarah. Aku bersimpati melihat keadaan mereka. Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah yang dirasai oleh “aku” terhadap masalah yang menimpa Haziq dan Rafiq? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab pengakhiran cerita dalam novel tersebut menyentuh hati anda. [6 markah]
KERTAS RAMALAN Bahasa Melayu SPM Semenanjung Malaysia: RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.40 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] Siri Kertas Ramalan SPM disediakan sebagai latihan untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kertas model ini ditulis mengikut format dan piawaian SPM sebenar untuk membantu murid membuat persediaan awal agar dapat mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar. Bahasa Melayu KERTAS RAMALAN SPM Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Pendidikan Islam 9 786294 711402 ISBN 978-629-471-140-2