6 set Kertas Model SPM Format Instrumen Peperiksaan SPM Sejarah Jawapan Lengkap WM RM4.90 EM RM5.40 KSSM SPM KERTAS MODEL Rosle Yasin FORMAT Terkini SPM Sejarah Kertas 1 (1249/1)
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024 SEJARAH 1249/1 Kertas 1 1 jam Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu, A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda hendak menukar jawapan, sila padamkan lorekan yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. KERTAS MODEL SET 4
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 4-2 1 Maklumat berikut merujuk kepada kawasan yang dianugerahkan sultan kepada pembesar tempatan di Melaka. Sultan Melaka memberi kuasa memerintah kepada Pembesar Berempat mentadbir wilayah sungai atau pulau Kawasan anugerah yang dimaksudkan ialah A kawasan warisan B kawasan naungan C kawasan pegangan D kawasan pemakanan 2 Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, golongan yang diperintah terdiri dari golongan merdeka dan hamba. Hamba terdiri dari I hamba berhutang II hamba perang III hamba abdi IV hamba biasa A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3 Karya berikut merupakan hasil kesusasteraan yang mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah. Novel Melor Kuala Lumpur Karya tersebut telah dihasilkan oleh A Abdul Rahim Kajai B Harun Aminurrashid C Ishak Haji Muhammad D Muhammad Rakawi Yusof 4 Gambar berikut merupakan tokoh yang mengasaskan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan pada tahun 1926. Mohammad Eunos bin Abdullah Apakah tujuan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan? A Bergerak aktif dalam pentadbiran British B Menentang pentadbiran British C Bekerjasama dengan British D Menuntut kemerdekaan [40 markah] Jawab semua soalan.
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 4-3 [Lihat halaman sebelah 5 Bagaimanakah cara British membendung pengaruh idea gerakan Islam dari Timur Tengah di Tanah Melayu? A Menangkap golongan nasionalis Islam B Memperkenalkan Undang-undang British C Memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam D Mahkamah diletakkan di bawah Pesuruhjaya Tinggi 6 Maklumat berikut merupakan slogan yang digunakan oleh Jepun untuk menguasai Tanah Melayu. • Semangat Asia • Asia untuk Orang Asia Iktibar yang boleh kita pelajari daripada peristiwa tersebut ialah A bersatu memartabatkan maruah bangsa B berhati-hati terhadap propaganda C berani menentang musuh negara D bijak menyusun strategi 7 Antara tujuan British Military Administration (BMA) dihantar ke Tanah Melayu pada September 1945 ialah A menjadi asas sistem pentadbiran B menguatkuasakan undang-undang C melatih pegawai perkhidmatan awam D mengembalikan kestabilan dan keamanan 8 Berikut ialah slogan pada sepanduk yang digunakan semasa bantahan besar-besaran yang dianjurkan oleh UMNO. “Kami Berkehendak Naungan, Bukan Penaklukan. Jangan Kecewakan Kami.” Di manakah bantahan tersebut diadakan? A Ipoh, Perak C Alor Setar, Kedah B Klang, Selangor D Kota Bharu, Kelantan 9 Apakah latar belakang warna bendera kebangsaan Tanah Melayu yang dicadangkan dalam draf Perlembagaan Rakyat? I Biru III Merah II Putih IV Kuning A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 10 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948 di A King’s House, London B King’s House, Kuala Lumpur C Kelab Sultan Selangor, Kuala Lumpur D Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur 11 Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India pada bulan Mac dan Februari 1948. Apakah gesaan yang dibuat dalam persidangan tersebut? A Menakutkan orang awam B Memutuskan perhubungan C Memecahbelahkan penduduk D Melancarkan perjuangan bersenjata
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 4-4 12 Kerajaan Persekutuan terpaksa membelanjakan wang yang banyak lebih daripada $7 juta antara tahun 1950 hingga tahun 1953. Perbelanjaan ini bertujuan A mengukuhkan pertahanan B meningkatkan sumber makanan C membangunkan kampung baharu D membangunkan kawasan luar bandar 13 Laporan Barnes 1951 dipengerusikan oleh L.J. Barnes. Antara syor laporan Barnes ialah I sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar II sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar III bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah menengah IV sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 14 Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada bulan Ogos 1954. Apakah resolusi konvensyen tersebut? A Mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan B Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran C Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya D Pembentukan Parti Perikatan 15 Rajah berikut menunjukan satu keputusan pilihan raya Majlis Perbandaran. • Perikatan UMNO-MCA – 9 kerusi • IMP – 2 kerusi • BEBAS – 1 kerusi X X ialah pilihan raya A Majlis Perbandaran Kuala Lumpur B Majlis Perbandaran George Town C Majlis Perbandaran Kuching D Majlis Perbandaran Ipoh 16 Siapakah yang dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perundangan Persekutuan setelah kemenangan Parti Perikatan pilihan raya pada tahun 1955? A Raja Abdullah B Raja Muhammad Ali C Raja Muhammad Uda D Raja Muhammad Kasim 17 Tokoh-tokoh berikut antara telah dilantik dalam Suruhanjaya Reid. Sir William Mckell Mr. B. Malik Mr. Abdul Hamid
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 4-5 [Lihat halaman sebelah Tugas mereka dalam suruhanjaya tersebut ialah A memajukan kegiatan ekonomi B mencadangkan undang-undang C merangka Perlembagaan Merdeka D menasihati raja dalam pentadbiran 18 Bagaimanakah kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka? A Agama persekutuan B Agama rasmi C Dilindungi D Diiktiraf 19 Siapakah pencipta lirik lagu Negaraku yang menjadi lagu kebangsaan negara kita? A Encik Mohamed Hamzah B Encik Yaacob Abdul Latif C Encik Saiful Bahari D Encik Ali Ahmad 20 Tujuan kerajaan menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ialah A memasarkan hasil pertanian B menggalakkan kegiatan industri desa C meningkatkan pengeluaran tanaman makanan D memajukan tanah baharu secara besar-besaran 21 Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara. Mengapakah kedaulatan penting kepada sesebuah negara? A Menjadi kuasa politik yang unggul di dunia B Menunjukkan kekuatan pasukan bersenjata C Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran D Membuktikan dasar luar yang berkesan dan berwibawa 22 Pemerintah dan rakyat mempunyai tanggungjawab bersama untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Pertahanan negara penting bagi A mengekalkan kedaulatan negara B meningkatkan taraf hidup rakyat C menaikkan imej negara di mata dunia D mengawal kemasukan pendatang asing 23 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah titik penting pembentukan sebuah Persekutuan yang terdiri daripada negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang. Antara kandungan yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah I kewarganegaraan II kuasa Raja-raja Melayu III Undang-undang negeri IV kedudukan bahasa Melayu A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 4-6 24 Siapakah yang membawa usul pindaan perlembagaan di Parlimen pada 7 Ogos 1965? A Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj B Tun Haji Abdul Razak C Tun Dr. Ismail D Tun H.S. Lee 25 Kerajaan yang terawal diasaskan di negara kita dan mengakui pertuanan Kesultanan Melayu Melaka ialah A Negeri Sembilan C Kedah B Pahang D Perak 26 Apakah bukti yang menunjukkan keabsahan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya? A Parti politik dibenarkan mengemukakan manifesto B Pengundi berdaftar sahaja layak mengundi C Diberi peluang berkempen D Undi adalah rahsia 27 Selepas tahun 2005, kerjasama sosioekonomi dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan. Apakah yang diberi tumpuan dalam projek Pembangunan Koridor Wilayah? A Pembangunan negeri B Pembangunan daerah C Memulihkan tanah terbiar D Membuka kawasan baharu 28 Apakah faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan di negara kita? I Keluhuran Perlembagaan II Sistem demokrasi berparlimen III Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri IV Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 29 Apakah sumbangan parti-parti politik berikut dalam perkembangan politik di Sabah pada tahun 1962? • UNKO • USNO • United Pasok Momogun A Menentang pentadbiran British B Menggubal perlembagaan Sabah C Menyokong penubuhan Malaysia D Membantah penubuhan Kalimantan Utara 30 Maklumat berikut berkaitan satu perjanjian antara Malaysia dengan Indonesia. Tun Abdul Razak Hussein menandatangani Perjanjian Indonesia-Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966 Apakah tujuan perjanjian tersebut ditandangani? A Meningkatkan ekonomi B Menamatkan konfrontasi C Memantapkan pertahanan D Mengatasi ancaman komunis
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 4-7 [Lihat halaman sebelah 31 Gerakan komunis di Sarawak telah bermula sejak zaman pendudukan Jepun. Gerakan komunis yang terlibat dalam politik untuk membentuk republik komunis di Sarawak ialah A Parti Komunis Sarawak (PKS) B Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) C Parti Komunis Kalimantan Selatan (PKKS) D Pasukan Gerila Kalimantan Utara (PGKU) 32 Dalam usaha menangani isu pembangunan dan ekonomi negara, kerajaan memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama. Apakah tujuan Rancangan Malaysia Pertama dilaksanakan oleh kerajaan? A Penyediaan bantuan kewangan B Menggerakkan aktiviti perkilangan C Mempelbagaikan kegiatan ekonomi D Meningkatkan taraf hidup ekonomi rakyat 33 Dasar pentadbiran British menyebabkan munculnya sistem pendidikan vernakular Melayu, Cina, India dan Inggeris di negara kita. Apakah kesan pendidikan vernakular dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita? A Wujud perbezaan bahasa B Wujud perbezaan ekonomi C Wujud perbezaan cara hidup D Wujud perbezaan pemikiran 34 Slogan “Malaysia Boleh” menunjukkan patriotisme rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya ketika menyokong pasukan Malaysia. Slogan ini mula digunakan dalam A Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 B kempen Piala Thomas dan Uber 1992 C Sukan SEA di Kuala Lumpur 2001 D Sukan Olimpik Sydney 2000 35 Antara tujuan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah meningkatkan taraf hidup melibatkan penduduk di luar bandar dan di bandar. Antara program yang dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar ialah A program rumah murah B Rancangan Buku Hijau C bekalan air dan elektrik D penerokaan tanah baharu 36 Gambar berikut ialah Menara Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Kuala Lumpur.
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 4-8 Apakah tujuan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 17 Mac 1978? A Melabur modal dalam industri skala besar B Menambah pemilikan modal saham bumiputera C Memupuk semangat melabur dalam kalangan bumiputera D Mengurangkan pemilikan modal saham bukan bumiputera 37 Dasar luar negara memasuki era baharu setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengamalkan dasar luar berbentuk probarat pada awal kemerdekaan negara? A Kepentingan negara B Persamaan ideologi C Ancaman penjajah D Sikap diskriminasi 38 Rajah berikut merujuk misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pernah disertai oleh Malaysia. United Nations Protection Force (UNPROFOR) dari tahun 1992 hingga tahun 1995 Negara X X merujuk negara A Somalia B Ethiopia C Kemboja D Bosnia dan Herzegovina 39 Kelantangan Malaysia dalam usaha memerangi dadah telah disuarakan dalam forum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1988. Tokoh yang menyuarakan cadangan memerangi dadah tersebut ialah A Tan Sri Muhyiddin Yassin B Tun Dr. Mahathir Mohamad C Dato’ Sri Najib bin Abdul Razak D Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi 40 NGO Malaysia yang telah menubuhkan “Sekolah KITA”, iaitu program pendidikan percuma untuk anak-anak pelarian Syria ialah A Cinta Syria Malaysia (CSM) B Global Peace Mission (GPM) C Humanitarian Care Malaysia (MyCare) D Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) KERTAS SOALAN TAMAT
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024 SEJARAH 1249/1 Kertas 1 1 jam Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu, A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda hendak menukar jawapan, sila padamkan lorekan yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. KERTAS MODEL SET 5
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5-2 1 Maklumat berikut adalah upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya. Air dituang ke atas inskripsi Telaga Batu dan mengalir di corong di bawahnya. Air tersebut akan ditadah dan diminum oleh rakyat. Apakah tujuan air tersebut diminum oleh rakyat? A Menunjukkan kehebatan pembesar B Menunjukkan keluasan empayar kerajaan C Menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah D Menunjukkan kedaulatan raja yang memerintah 2 Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, golongan pemerintah terdiri daripada I kerabat raja II ulama III Imam IV Bilal A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3 Para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan gerakan Islah di Mesir. Perjuangan Gerakan Islah ialah A menentang amalan perhambaan B menggalakkan pendidikan Inggeris C mengkritik kelemahan orang Melayu D menentang imperialisme Barat di negara Islam 4 Gambar berikut merupakan tokoh intelektual berpendidikan Inggeris. Apakah tuntutan beliau ke atas kerajaan British? A Memperbaik taraf hidup orang Melayu B Memperketatkan syarat kewarganegaraan C Memberikan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu D Membuka peluang pelajaran kepada orang Melayu [40 markah] [Masa dicadangkan : 1 jam] Jawab semua soalan
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5-3 [Lihat halaman sebelah 5 Maklumat berikut merupakan kesan Perang Dunia di Eropah dan di Asia Pasifik. • Mengorbankan hampir 75 juta nyawa manusia • Kemusnahan harta benda Iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa Perang Dunia Kedua di Eropah dan di Asia Pasifik ialah A bersatu untuk mencapai kemajuan B bertoleransi untuk keharmonian kaum C berusaha untuk mengelak penjajahan asing D belajar untuk hidup bersama dalam keamanan 6 Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) di Tanah Melayu? A Kekejaman tentera Jepun B Kelemahan pertahanan British C Kekurangan sumber kewangan D Kelewatan penubuhan kerajaan 7 Apakah peranan akhbar berikut semasa Malayan Union diperkenalkan? • Majlis • Warta Negara • Utusan Melayu A Menyuarakan bantahan keras B Menganjurkan kongres nasional C Menyebarkan ideologi demokrasi D Memulaukan upacara pelantikan gabenor 8 Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British. Mengapakah beliau bertindak demikian? I Kebangkitan rakyat Sarawak II Permintaan pelabur Eropah III Desakan kerajaan British IV Masalah kewangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9 Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Raja-raja Melayu kepada Gabenor Malayan Union semasa mengadakan pertemuan di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946? A Raja berkuasa dalam perundangan B Kewarganegaraan berdasarkan konsep jus soli C Penubuhan persekutuan bertaraf tanah jajahan D Singapura dimasukkan dalam Persekutuan Tanah Melayu 10 Mengapakah orang Melayu menerima Persekutuan Tanah Melayu sebaliknya menolak rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British? A Raja berkuasa mutlak B Kuasa raja dikembalikan C Syarat kerakyatan longgar D Pengagihan kuasa ditamatkan
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5-4 11 Maklumat berikut menunjukkan keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). • Merosakkan pokok getah • Merosakkan kilang dan estet • Merosakkan rumah asap PKM bertindak demikian kerana A mendapatkan sokongan rakyat B menuntut pilihan raya yang adil C ingin menubuhkan kerajaan sendiri D berhasrat melumpuhkan ekonomi negara 12 Apakah seruan Majlis Perundangan Persekutuan dalam kempen “Bulan Rakyat Melawan Penjahat”? A Menjadi anggota sukarelawan B Memberi maklumat kepada kerajaan C Memujuk komunis meletakkan senjata D Melarang penduduk keluar dari rumah 13 Antara isu politik yang menjadi fokus utama Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ialah A sukatan pelajaran yang berlainan B persediaan ke arah berkerajaan sendiri C menuntut kemerdekaan daripada British D syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu 14 E.W. Woodhead, Ketua Pegawai Pelajaran dari Britain diundang untuk meninjau perkembangan pendidikan di Sarawak dan Sabah. Antara cadangan beliau ialah I bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama II mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur III memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah IV kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 15 Amalan sistem demokrasi masih terus diamalkan di negara kita sehingga kini kerana A menghalang pemusatan kuasa B kekayaan individu boleh dikawal C rakyat berpeluang terlibat dalam politik D Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara 16 Wanita pertama yang dilantik menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 ialah A Halimaton Abd Majid B Datin Puteh Mariah C Zaharah Abdullah D Aishah Ghani 17 Maklumat berikut menunjukkan sambutan bersejarah di Melaka. Rakyat yang membanjiri padang Banda Hilir, Melaka, melaungkan “Merdeka” dengan bergemuruh. Iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut ialah A berbudi bahasa C perpaduan kaum B bersifat amanah D tolong-menolong
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5-5 [Lihat halaman sebelah 18 Pada 9 Mei 1957, wakil kerajaan Persekutuan berlepas sekali lagi ke London. Apakah isu yang dibincangkan dengan kerajaan British? A Kewarganegaraan B Hak istimewa orang Melayu C Kemerdekaan Tanah Melayu D Kedudukan Raja-raja Melayu 19 Gambar berikut ialah bendera Jalur Gemilang yang menjadi lambang kemegahan dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Bendera tersebut mula dikibarkan dengan rasminya di A Stadium Merdeka B padang Banda Hilir C Istana Sultan Selangor D padang Kelab Selangor 20 Pada tahun 1960, Malaysia menyertai misi pengaman PBB yang menunjukkan pengiktirafan tertinggi PBB kepada negara kita. Di manakah pasukan pengaman negara kita dihantar? A Iran B Congo C Anggola D Afrika Selatan 21 Negara kita mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen. Apakah maksud Demokrasi Berparlimen? A Pemerintahan secara warisan B Perwakilan dilantik oleh raja C Perwakilan melalui pilihan raya D Pemerintahan raja berkuasa mutlak 22 Bagaimanakah rakyat boleh memainkan peranan mengekalkan perpaduan kaum? A Menghayati prinsip Rukun Negara B Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan C Menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan D Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara 23 Pada peringkat negeri, raja merupakan ketua negeri dan mempunyai kuasa eksekutif. Apakah bidang kuasa yang ada pada raja? A Menjatuhkan hukuman B Melantik pengganti raja C Menangguhkan hukuman D Melantik pegawai undang-undang
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5-6 24 Pembentukan Malaysia telah membawa kepada pindaan perlembagaan bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Perkara utama yang berlaku dalam pindaan perlembagaan 1963 ialah I struktur Mahkamah Atasan II jawatan Yang di-Pertuan Agong III kedudukan Yang di-Pertuan Agong IV jawatan Yang di-Pertuan Negeri A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 25 Apakah kesan kesepakatan Raja-raja Melayu menentang Malayan Union? A Penubuhan Majlis Raja-Raja B Pelaksanaan sistem penasihat C Penyelarasan sistem pewarisan takhta D Pengenalan sistem Raja Berpelembagaan 26 Perlembagaan Malaysia telah menetapkan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Apakah kuasa budi bicara tersebut? I Melantik ketua kerajaan II Memilih ahli Dewan Rakyat III Menggubal undang-undang IV Membubarkan Parlimen A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 27 Apakah yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan in situ? A Menambah peluang pekerjaan B Menekankan pembangunan fizikal C Memperkemaskan sistem pemasaran D Memulihkan kawasan berproduktif rendah 28 Antara berikut, apakah majlis yang ditubuhkan untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri? A Majlis Air Negara B Majlis Kewangan Negara C Majlis Perumahan Negara D Majlis Keselamatan Negara 29 Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan pembentukan Malaysia di Singapura. Mengapakah beliau bertindak demikian? A Memperkasa sistem beraja B Memperkukuh politik negara C Mengimbangi komposisi penduduk D Mengimbangi pengaruh kuasa pembesar 30 Rajah berikut merujuk satu badan yang ditugaskan meninjau pandangan terhadap pembentukan Malaysia. Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia X X ialah A Majlis Eksekutif C Suruhanjaya Reid B Majlis Undangan D Suruhanjaya Cobbold
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5-7 [Lihat halaman sebelah 31 Maklumat berikut merupakan antara bukti ancaman Parti Komunis Malaya di Semenanjung Malaysia. • 13 November 1975 • Menembak mati Ketua Polis Negeri dan pemandunya Peristiwa berikut berlaku di A Ipoh B Raub C Seremban D Kuala Lumpur 32 Terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu peluang pekerjaan yang terhad dan kadar pengangguran meningkat? A Menggerakkan aktiviti perkilangan B Mempelbagaikan bidang pertanian C Menubuhkan pusat latihan vokasional D Memperkenalkan program kemahiran belia 33 Rukun Negara yang diperkenalkan menjadi tunjang rakyat berbilang kaum terhadap bangsa dan negara. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Rukun Negara? A Menanamkan taat setia B Membentuk identiti bangsa C Memberi kebebasan mutlak D Mewujudkan semangat kekitaan 34 Berikut merupakan petikan ucapan dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kita mesti menggubal satu identiti bangsa Malaysia dengan mengambil kira semua kaum dan agama Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut? A Tun Abdul Razak B Prof. Ungku Abdul Aziz C Tunku Abdul Rahman Putra D Dato’ Muhammad Haji Salleh 35 Pembukaan tanah baharu untuk penduduk luar bandar yang miskin dilakukan secara teratur di bawah FELDA. Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh FELDA? A Nanas dan kopi B Kelapa dan koko C Tembakau dan teh D Getah dan kelapa sawit 36 Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dengan menggunakan beberapa pendekatan bertujuan membasmi kemiskinan masyarakat. Antara langkah yang dilaksanakan sebagai usaha membasmi kemiskinan ialah I menyediakan peluang pekerjaan II menambah pendapatan petan III pemilikan modal saham IV pembangunan wilayah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV
1249/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5-8 37 Malaysia turut menyertai Rancangan Colombo di bawah Komanwel yang dilaksanakan sejak tahun 1951. Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel? A Memberi bantuan kewangan B Menggalakkan aktiviti pelancongan C Menyediakan kemudahan perubatan D Memberi khidmat nasihat pendidikan 38 Gambar berikut ialah logo Bank Pembangunan Islam. Apakah faedah yang diperoleh oleh Malaysia dengan menyertai Bank Pembangunan Islam (IsDB)? A Bantuan kewangan B Pinjaman daripada IsDB C Penubuhan Bank Islam Malaysia D Mencorak dasar kewangan Malaysia 39 Maklumat berikut ialah slogan yang digunakan oleh NGO Malaysia. “Ramalan Bulan Berkongsi Kebahagiaan” NGO X NGO X ialah A Cinta Gaza Malaysia (CGM) B Global Peace Mission (GPM) C Muslim Care Malaysia D Aman Palestin 40 Dalam Sidang Kemuncak NAM ketujuh di New Delhi, India, Malaysia telah mendesak PBB mengambil langkah isu warisan manusia sejagat. Apakah isu yang ditimbulkan oleh Malaysia? A Antartika B Keganasan C Globalisasi D Alam sekitar KERTAS SOALAN TAMAT
Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM4.90 : RM5.40 Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu (Kertas 1 & Kertas 2) Bahasa Inggeris (Kertas 1, Kertas 2, Kertas 3 & Kertas 4) Matematik (Kertas 1) Matematik (Kertas 2) Matematik Tambahan (Kertas 1) Matematik Tambahan (Kertas 2) Sains (Kertas 1) Sains (Kertas 2) Fizik (Kertas 1) Fizik (Kertas 2 & Kertas 3) Kimia (Kertas 1) Kimia (Kertas 2 & Kertas 3) Biologi (Kertas 1) Biologi (Kertas 2 & Kertas 3) Sejarah (Kertas 1) Sejarah (Kertas 2) Geografi (Kertas 1) Geografi (Kertas 2) Pendidikan Islam (Kertas 1 & Kertas 2) KSSM SPM KERTAS MODEL Sejarah Kertas Model SPM Kertas 1 Kertas 1 (1249/1) Sejarah Siri Kertas Model SPM ditulis berdasarkan Format Instrumen Peperiksaan SPM terkini yang memenuhi piawaian daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 9 786294 853126 ISBN 978-629-485-312-6