Latihan Topikal Berdasarkan Format DSKP Terkini HANIJAH SELAMAT PRAKTIS EM RM5.30 WM RM4.90 BERBALOI! JIMAT ! 4 Tingkatan KSSM Bahasa Melayu
1 Arahan: Seorang murid membaca petikan di bawah dan murid lain mendengar dengan teliti. Kenal pasti perkataan yang mempunyai sebutan yang sama tetapi berbeza makna. Kemudian, berikan makna bagi setiap perkataan berkenaan. Kebanjiran pil yang kononnya boleh membantu manusia khususnya kanak-kanak menjadi pintar dan genius dalam pelajaran semakin berlambak. Secara saintifiknya, makanan minda tidak memberikan maksud secara langsung boleh mencerdaskan tetapi lebih kepada memperbetul fungsi badan. Pil-pil minda mengandungi bahan yang mengaktifkan beberapa neurotransmiter di dalam otak manusia. Amalan mengambil pil vitamin ini dapat mengekalkan komposisi kandungan berkhasiat yang diperlukan oleh otak. Sebagai contoh, buah-buahan sitrus mengandungi vitamin C yang baik untuk peredaran oksigen ke otak. Secara tidak langsung oksigen ini tersebar begitu banyak terutama ke otak. Apa-apa pun, kanak-kanak masih memerlukan pemakanan seimbang seperti cukup karbohidrat, protein, buah dan sayur. Pil minda hanya membantu ke arah kecerdikan itu. Pil minda lebih kepada membantu aliran darah dan oksigen terutamanya ke otak dan organ-organ penting. Seterusnya, keadaan ini menyebabkan organ-organ tersebut berfungsi lebih baik dan menghasilkan prestasi lebih tinggi pada anak-anak kita. Dipetik dan diubah suai daripada “Pil Minda: Karut atau Realiti?”, oleh Azimah Ghazali, www.sinarharian.com.my, 27 Mac 2019 Perkataan Makna 1 Makna 2 1 Kebanjiran 2 Badan 3 Kandungan 4 Darah 5 Organ BAHAGIAN 1 MENDENGAR DAN BERTUTUR PRAKTIS 1: TEMA 2
2 Arahan: Seorang murid membaca petikan di bawah dan murid lain mendengar dengan teliti. Kemudian, lengkapkan jadual di bawah. Bandar Taiping yang terletak di utara Perak memiliki keunikan tersendiri sehingga diisytiharkan sebagai Bandar Warisan, sekali gus menjadikan Taiping destinasi pelancongan warisan. Taiping berada di lokasi strategik di antara Pulau Pinang dengan Ipoh yang senang dilawati, menawarkan pakej alam semula jadi, air terjun, taman tasik, Bukit Larut, kelip-kelip, hutan paya, muzium, kampung tradisi, kraf tangan, makanan tradisi serta penginapan yang memberikan keselesaan kepada pelancong. Taiping berasal daripada perkataan Cina yang bermaksud “aman selama-lamanya”. Uniknya Taiping bukan hanya pada nama, tetapi juga sejarahnya. Taiping menjadi lokasi pelbagai prasarana yang dibina sesuai dengan statusnya sebagai ibu negeri Perak pada suatu ketika dahulu dan kepesatan perkembangan ekonominya. Seorang pembesar Melayu yang bernama Che Long Jaafar telah terjumpa pasir yang bersinar ketika mandi di sungai. Pasir yang bersinar itu dikenal pasti sebagai bijih timah. Berikutan penemuan itu, beliau telah mengambil 20 orang pekerja Cina dari Pulau Pinang untuk membuka lombong di Kalian Pao (Kelian Pauh, tempat terletaknya Penjara Taiping sekarang). Dipetik dan diubah suai daripada “Keunikan Taiping Bandar Warisan”, oleh Hafizah Iszahanid, www.bharian.com.my, 27 Mac 2017 Bandar Taiping Keunikan Asal-usul Lokasi pelancongan PRAKTIS 2: TEMA 6
3 Hayati karya di bawah. Kemudian, ulas kekuatan dan kelemahan karya tersebut secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. Pantun baja kompos Tanaman subur selepas dibaja, Baja kompos sudahlah pasti; Sayuranku subur berbuah saja, Kujual di pasar terhibur hati. Sambil membaja bergurau senda, Buah-buahan segar membuai cinta; Tanaman hasilnya meningkat berganda, Itulah penangan cik kompos kita. Pagi hari menjemur tikar, Sambil menjemur menjeling dia; Membuat kompos tidaklah sukar, Bahan mereput jadilah ia. Kekuatan Karya Kelemahan Karya PRAKTIS 3: TEMA 4
4 Baca, analisis dan cari persamaan serta perbezaan maklumat dalam bahan. Kemudian, catat maklumat dalam bentuk pengurusan grafik banding beza. Modus Operandi Penipuan Pekerjaan Penipu yang menyamar sebagai wakil sumber manusia atau ejen pekerjaan, menyiarkan tawaran kerja palsu di media sosial dan laman web pencarian kerja yang sah. Selain itu, mereka memperdaya mangsa untuk berkongsi maklumat peribadi, wang atau menyelesaikan tugasan palsu. Mereka juga mungkin meminta butiran perbankan peribadi mangsa untuk penipuan seterusnya. Untuk menarik perhatian mangsa, mereka menjanjikan gaji atau ganjaran yang tinggi untuk “tugasan mudah” tanpa apa-apa temu duga terlebih dahulu. Mereka mungkin meminta bayaran pendahuluan untuk pemprosesan permohonan kerja, bahan-bahan latihan kerja atau perkhidmatan lain yang berkaitan. Kemudian, mereka akan terus hilang selepas menerima bayaran. Modus Operandi Penipuan Panggilan Telefon Mangsa akan menerima panggilan daripada orang yang mendakwa dirinya wakil pihak berkuasa, menggunakan nombor peribadi, atau dari negara yang tidak diketahui. Mereka mungkin memberitahu bahawa mangsa mempunyai bungkusan yang tidak dituntut, sedang dalam siasatan, atau mempunyai bayaran tertunggak. Seterusnya, mereka akan membuat ugutan palsu untuk menakutkan mangsa dengan perintah mahkamah atau mengatakan pihak berkuasa telah membekukan akaun mangsa. Kemudian, mereka akan menghubungkan mangsa dengan agensi penguatkuasaan palsu yang akan mendesak mangsa untuk berkongsi kod keselamatan bank atau memindahkan wang ke akaun pihak ketiga. Mereka mungkin juga akan menipu mangsa supaya meluluskan transaksi perbankan mudah alih yang tidak dilakukan oleh mangsa. Persamaan Modus Operandi Perbezaan Modus Operandi Penipuan Pekerjaan Penipuan Panggilan Telefon BAHAGIAN 2 MEMBACA PRAKTIS 1: TEMA 7
5 Baca maklumat yang terkandung dalam bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Peristiwa Bukit Kepong merupakan pertempuran bersenjata yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dengan Parti Komunis Malaya. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling Balai Polis Bukit Kepong. Balai polis yang dibuat daripada kayu ini terletak di tebing Sungai Muar, sekitar 59 kilometer dari bandar Muar, Johor. Dalam kejadian tersebut Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh 180 orang pengganas komunis bermula sekitar pukul 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Kejadian ini bermula sebelum waktu Subuh apabila pihak komunis melancarkan serangan gerila terhadap balai polis. Serangan ini berakhir dengan tragik apabila pihak komunis membunuh hampir kesemua anggota polis yang bertugas di situ. Dalam kejadian tersebut, anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban. Mereka terus bertempur bersama-sama anggota polis yang lain sehingga kehabisan peluru. Dalam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, 17 orang anggota polis telah terkorban. Dipetik dan diubah suai daripada “Peristiwa Bukit Kepong”, kgraja.pjk.com.my 1 Apakah kejadian yang berlaku pada pagi 23 Februari 1950 di Bukit Kepong? 2 Di manakah lokasi Balai Polis Bukit Kepong? 3 Mengapakah dua orang isteri anggota polis turut mengangkat senjata? 4 Berapakah bilangan anggota polis yang terkorban? 5 Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan peristiwa tersebut? PRAKTIS 2: TEMA 8
6 Baca bahan di bawah. Kemudian, ulas pandangan penulis secara rasional. Salam sejahtera doktor. Saya mempunyai badan yang terlalu kurus. Jika saya berjoging dan bersenam, adakah badan saya akan menjadi semakin kurus atau sebaliknya? Harap doktor dapat menjawab persoalan saya. Terima kasih. – Nadia Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Saya akan cuba membantu. Bagi anda yang ingin menambah berat badan dan jisim otot, anda mungkin sering dinasihatkan agar tidak melakukan senaman kardio seperti berjoging. Walau bagaimanapun, anda masih perlu melakukan senaman kardio untuk mengekalkan tahap lemak dalam badan dan menjaga kesihatan jantung anda. Walaupun berjoging telah terbukti memberikan manfaat kepada mereka yang ingin menambah jisim otot dan berat badan, joging juga boleh memberikan kesan-kesan negatif terhadap kesihatan anda jika dilakukan terlalu kerap. Oleh itu dapatkan nasihat daripada doktor atau jurulatih kecergasan untuk mencapai matlamat anda. – Doktor Jaffar PRAKTIS 3: TEMA 14 Anda Tanya, Doktor Jawab
7 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Filem animasi pendek Malaysia yang pertama iaitu, Hikayat Sang Kancil telah mula ditayangkan pada tahun 1983. Pasukan juruanimasi mengambil masa selama 16 tahun untuk menyiapkan animasi yang berdurasi tiga belas minit ini. Juruanimasi melukis karakter dengan banyak di atas kertas secara lukisan tangan. Lukisan yang banyak ini kemudiannya dirakamkan dengan menggunakan kamera animasi untuk dijadikan seluloid atau kepingan filem. Sejajar dengan penekanan terhadap penggunaan teknologi digital di Malaysia, siri animasi televisyen pertama, Usop Sontorian telah dihasilkan pada tahun 1995. Kemudian, filem cereka animasi pertama, Silat Legenda dihasilkan pada tahun 1998. Karakter animasi moden dalam bentuk dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) dibina menggunakan perisian komputer berteknologi tinggi seperti perisian Autodesk Maya, Logic Pro, dan Adobe Creative Suite. Dengan kecanggihan perisian teknologi digital, karakter animasi boleh dilukis dengan sempurnanya walaupun juruanimasi tiada kemahiran melukis. Dipetik dan diubah suai daripada “Daripada Kartun kepada Animasi”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan 2 Perkembangan industri animasi di negara ini menyaksikan semakin banyak syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan untuk produksi animasi sama ada di dalam mahupun di luar negara. Syarikat animasi bukan hanya menghasilkan siri animasi televisyen atau filem, sebaliknya turut menawarkan perkhidmatan lain seperti mencipta animasi iklan untuk syarikat terkemuka, seni bina, permainan dan aplikasi dalam media sosial. Ada syarikat terbabit yang mendapat tawaran menghasilkan animasi untuk saluran popular dari luar negara. Bagi menghasilkan siri animasi yang berkualiti, produksi memerlukan antara satu hingga dua bulan untuk menyiapkan sebuah episod. Jika siri animasi itu mempunyai 13 episod, secara keseluruhan dua tahun diperlukan untuk menyiapkannya dengan mengambil kira tenaga kerja dan kemudahan yang ada. Dipetik dan diubah suai daripada “Kerjaya Bidang Animasi Kian Berkembang”, www.bharian.com.my, 1 Julai 2017 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata mengambil masa. (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan penghasilan animasi dari aspek masa yang diperlukan. (iii) Dunia animasi semakin berkembang pesat. Filem animasi Malaysia sudah mula menembusi pasaran antarabangsa. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan oleh kerajaan untuk menyertai pertandingan filem animasi peringkat antarabangsa? PRAKTIS 4: FORMAT SPM
10 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata memfokuskan kaedah. (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan usaha-usaha memperoleh pendidikan secara tidak formal. (iii) Sebahagian daripada masyarakat beranggapan bahawa tugas mendidik anak murid terletak di bahu guru semata-mata. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyedarkan masyarakat bahawa usaha mendidik anak murid merupakan tanggungjawab bersama? (iv) Sahabat anda selalu menggunakan kata-kata yang kasar kerana sudah terbiasa menggunakannya di rumah. Sebagai seorang sahabat, apakah langkah yang boleh anda lakukan untuk menyedarkan kesilapannya itu? Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bunyi deruan ombak dari kejauhan dan nyaman deru angin pantai, membuai ketenangan. Membuat aku leka melayan menungan panjang sambil menghadap ke luar jendela. Selama tiga tahun aku akan berada di universiti ini untuk menuntut ilmu. Jauh dari kampung halaman dan keluarga tercinta. Saat-saat begini pastinya menggamit rindu pada keluarga tersayang. Teringat wajah mama dan abah yang tidak jemu memberikan amanat. Jangan tunjuk belang di negeri orang. Hidup berpegang atas dasar merantau. Amanat itulah yang aku pahat kukuh di hati. Namun, kadang-kadang hati sering diburu cemas berpanjangan kerana bimbang diri akan terleka hingga terabai segala cita-cita. Inilah yang dinamakan dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu. Aku jadi pasrah dan setiap kali aku menghadap tikar sembahyang, aku tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah agar diriku dipelihara daripada sebarang anasir negatif dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Surat dari Kampus”, oleh Dea Asmaria, deasmaria.blogspot.com PRAKTIS 7: FORMAT SPM
11 Bahan 2 Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuning bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal dari tangga gading. Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib dan waras akal Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti. Pandai-pandailah kau terbang menongkah awan mulus dan kabus dingin jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka di sayapmu yang patah Sazalee Yacob Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata diburu cemas? (ii) Berdasarkan semua bahan, jelaskan pesanan yang diberikan kepada anak yang belajar di universiti. (iii) Pulang dengan kejayaan menjadi impian mahasiswa dan ibu bapa mereka. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menjadi mahasiswa yang berjaya?
12 (iv) Anda baru sahaja berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang jauh dari kampung halaman anda. Itulah pertama kali anda berjauhan dengan ahli keluarga dalam tempoh yang lama. Bagaimanakah anda menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di universiti? Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Dipetik daripada cerpen “Munsyi”, oleh Husna Nazri, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan 2 Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di bawah tangga; Makan sirih mengenyang tidak, Tapi tanda budi dan bahasa. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata kerapuhan jiwa. PRAKTIS 8: FORMAT SPM
13 (ii) Berdasarkan semua bahan, mengapakah bahasa perlu dimartabatkan? (iii) Bahasa Melayu kian dipinggirkan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan di sekolah untuk memartabatkan bahasa Melayu semula? (iv) Anda mempunyai seorang kawan yang baru berpindah ke sekolah anda. Sejak kecil dia dibesarkan di luar negara menyebabkan dia tidak begitu fasih berbahasa Melayu. Bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda itu untuk fasih berbahasa Melayu?
14 Bina pelbagai jenis perenggan pendahuluan berdasarkan contoh yang diberikan. 1 Pendahuluan Jenis Sejarah Contoh Di Kampung Permatang Raja, Pantai Remis, Perak yang dulunya dikenali sebagai “Kampung Sungai Hut” terdapat sebuah kawasan perkuburan lama yang sangat misteri. Tiada papan tanda dan keterangan tentang kubur ini. Kewujudan kubur ini sangat sinonim dengan kisah sebuah kerajaan lama yang pernah bertapak di sini pada suatu ketika dahulu. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan pelancongan arkeologi? 2 Pendahuluan Jenis Peribahasa Contoh Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Peribahasa ini membawa maksud apabila seseorang itu meningggal dunia, perkara yang dikenang orang ialah pekerti yang baik atau perilakunya yang buruk. Pelancongan arkeologi boleh dijadikan sumber untuk mengenang sejarah silam. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan pelancongan arkeologi? BAHAGIAN 3 MENULIS PRAKTIS 1: TEMA 6 Kehendak soalan: Huraikan langkah untuk memajukan arkeopelancongan di Malaysia.
37 Nyatakan empat peribahasa yang sesuai berdasarkan kandungan bahan. Kemudian, bina ayat dengan peribahasa tersebut. Pereka fesyen merupakan salah satu daripada pelbagai pekerjaan yang wujud dalam industri fesyen. Hakikatnya, bukan semua pencinta fesyen dikurniakan bakat menjadi pereka fesyen yang baik. Ramai individu kreatif yang meminati dunia fesyen juga harus berusaha untuk menjadi pengikut setia trend terkini, pengurus pemasaran dan promosi, ejen jualan pakaian, wartawan, jurugambar, penata gaya, dan pelukis ilustrasi. Mereka yang mahu berkecimpung dalam industri ini perlu mengenal pasti kepakaran dan kemampuan yang dimiliki sendiri untuk mencorakkan hala tuju kerjaya mereka dalam industri ini. Untuk maju, pereka fesyen perlu sentiasa membuat revolusi diri, menambah ilmu, sealiran dengan masa, demi kepentingan industri fesyen yang menjadi antara penyumbang utama sebahagian daripada ekonomi negara. Pereka fesyen bukan hanya duduk di meja untuk melakar rekaan pakaian yang cantik. Industri ini bukan hanya berkiblatkan glamor semata-mata tetapi sebenarnya memerlukan pelbagai kebolehan, bakat, kemahiran, pengetahuan luas, aset serta kefahaman tentang pergerakan industri. Oleh itu, latar belakang pendidikan fesyen, dedikasi, kemahuan menghadapi cabaran dan rintangan ialah kunci kejayaan atau pengiktirafan dalam bidang ini. Perlu juga diingat bahawa rekaan fesyen bukan sekadar bersandarkan intuisi, malah merangkumi keampuhan penyelidikan, strategi perancangan, eksperimentasi, inspirasi dan kecekapan. Dipetik dan diubah suai daripada “Cabaran Pereka Fesyen Masa Kini”, oleh Faizal Hamid, www.kosmo.com.my, 11 Julai 2023 1 Peribahasa Ayat 2 Peribahasa Ayat 3 Peribahasa Ayat 4 Peribahasa Ayat PRAKTIS 2: TEMA 3
38 Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Aqram dan Khairul Anwar berlari pantas menuruni tangga menuju ke arkib syarikat Soft Lab. Pintu arkib dibuka lalu angin dingin menerpa ke wajah masing-masing. Suhu di dalam arkib lebih sejuk berbanding ruang pejabat. Mungkin kerana tidak ramai manusia yang berada di situ. Kelihatan seorang wanita berambut ikal dan berbaju kemeja oren sedang tertunduk-tunduk membaca sesuatu di meja hujung. Ada dua orang lagi wanita sedang mencari bahan di rak yang berderetan di sebelah kanan. “Ha, itu dia Shida!” kata Khairul Anwar kepada Aqram sambil menunjuk ke arah wanita berbaju oren. Mereka berdua terus mempercepatkan langkah untuk menghampirinya. Dua buah kerusi di hadapan Shida ditarik serentak oleh dua orang lelaki yang tiba-tiba muncul. Seorang ialah Khairul Anwar manakala seorang lagi tidak pula dikenalinya. Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara, oleh Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia Gambarkan suasana di dalam arkib syarikat Soft Lab. 2 Tentera Jepun berusaha untuk memusnahkan kubu kecil pertahanan pasukan British di tepi pantai. Mereka yakin bahawa dengan memusnahkan kubu-kubu itu, barulah pasukan British dapat dikalahkan. Tentera Jepun terus melancarkan serangan hebat terhadap kubu-kubu pertahanan British bagi menguasai kawasan pendaratan. Jeneral Tomoyuki Yamashita yang merancang pergerakan tenteranya telah mengaturkan pendaratan tentera-tentera Jepun itu dalam tiga kumpulan atau tiga gelombang. Jarak masa selama satu jam bagi tiaptiap satu gelombang pendaratan. Mereka menggunakan kapal-kapal pengangkut bagi membolehkan tenteratentera dan juga kenderaan-kenderaan tentera mendarat di pantai. Gelombang pertama mengandungi 20 buah bot pendarat yang diketuai Leftenan Kolonel Nakamura. Dipetik daripada novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, oleh Abdul Latip Bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah strategi tentera Jepun yang dipercayai mampu mengalahkan pasukan tentera British? PRAKTIS 3: FORMAT SPM
39 3 Dengan izin Tuhan, bukan satu atau dua pesakitnya yang sembuh hasil daripada tangannya yang merawat. Bukan satu atau dua yang memuji tangan datuk mujarab apabila menyentuh tubuh mereka, tetapi banyak. Kini, kata datuk, dengan adanya bantuan perubatan moden, satu demi satu telah pergi daripadanya. Langkah mereka besar tanpa menoleh ke belakang. Selepas ibu meninggalkan kampung, datuk terus melihat mereka pergi melalui jendela menghadap jalan. Jendela itu menampakkan bayangan perubahan, beca digantikan motosikal, perigi digantikan pili air, lampu minyak tanah digantikan lampu kalimantang, gajah sang perosak tanaman digantikan oleh si pencuri yang memeras hasil tanaman dengan galah dan penyair digantikan oleh radio. Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, oleh Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah bayangan perubahan yang dilihat menerusi jendela yang menghadap jalan itu? 4 Derap langkah resah para pengawal keselamatan di koridor di luar sana, kembali mengingatkan Felicia kepada pemuda yang menceroboh dan menyamar sebagai doktor di PRPK tempoh hari itu. Serentak dengan itu, gambaran Doktor Raiha pula menerjah benaknya. Diekori pantas oleh gambaran kereta mewah jenis Porsche milik Doktor Sadiz yang telah terbakar sehingga hangus rentung akibat dijilat oleh api yang besar di tepi sebuah rumah tumpangan dahulu. Api besar itu menjulurkan lidahnya yang bersemarak tinggi itu ke arah seorang kanak-kanak perempuan, anak Doktor Raiha, perempuan yang angkuh itu. Dengan tidak semena-mena, Felicia merasakan kulit mukanya hangat bagaikan terkena bahang api dalam jarak yang amat hampir. Dipetik daripada novel Pantai Kasih, oleh Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah perkara-perkara yang terlintas dalam fikiran Felicia ketika dia mendengar derap langkah pengawal keselamatan di koridor?
40 Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin 1 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menarik tentang watak utama bagi setiap novel. 2 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa tentang kepincangan masyarakat dalam novel. 3 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain. 4 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan semangat kerjasama dalam novel ini. PRAKTIS 4: FORMAT SPM
41 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata bantu. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Sorakan penuh bangga itu antara yang jelas kedengaran di medan Sukan SEA ke-29 ketika penyokong melihat aksi yang dipamerkan oleh atlet kesayangan mereka pada temasya yang sedang berlangsung itu. Sorakan gembira yang bergema di segenap ruang itu menggamatkan suasana sekali gus membangkitkan semangat atlet untuk menampilkan aksi terbaik mereka. Gelagat pasukan sorak Sukan SEA Kuala Lumpur kelolaan Kementerian Belia dan Sukan ternyata telah mencuri tumpuan penyokong ketika mereka disajikan dengan aksi atlet atau pasukan yang bertanding. Dipetik dan diubah suai daripada “Sorakan Tiup Semangat Atlet Negara Berjuang”, www.hmetro.com.my, 20 Ogos 2017 Perkataan Ayat 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat akronim. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap akronim tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Sebuah filem pecah panggung sedang diperkatakan oleh masyarakat sejak beberapa minggu ini. Menurut seorang pengkritik filem, genre patriotik itu merupakan adaptasi daripada sebuah cerpen yang diterbitkan beberapa tahun lalu. Sejak kejayaan filem tersebut, beberapa penerbit filem berusaha untuk membawa genre yang sama ke pawagam. Secara purata filem itu telah mendapat kutipan jualan tiket melebihi RM5 juta. Barubaru ini, rombongan kanak-kanak tadika telah ditaja untuk menonton filem itu secara percuma. Perkataan Ayat BAHAGIAN 5 SISTEM BAHASA PRAKTIS 1: MORFOLOGI
44 Ayat Perintah Jenis (i) (ii) (iii) (iv) PRAKTIS 3: PENYUNTINGAN 1 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Ketamadunan dan kemahsyuran sesebuah negara lahir dari manifestasi seni dan budaya. Tamadun Islam dan Eropah seperti Yunani dan Rom adalah di antara contoh tamadun besar yang memperolehi kegemilangan dalam kontek kesenian dan kebudayaan. Sejarah telah membuktikan akan hal ini. Seni dan budaya tradisi mempunyai peranan yang cukup besar untuk menyumbang kepada pembangunan sesebuah masyarakat terutama dalam membentuk sebuah negara bangsa yang beridentiti. Dipetik dan diubah suai daripada “Seni dan Budaya Tradisi Perlu Anjakan Paradigma”, oleh Mohammad Haris Abd Azis, www.bernama.com, 2 April 2021 Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bahan 2 Alam sekitar merupakan amanah kepada umat manusia yang berperanan sebagai khalifah di atas mukabumi ini. Pelbagai manfaat akan diperoleh menerusi penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan baik. Oleh itu, alam sekitar seharusnya dijaga dengan sebaik mungkin kerana alam dan manusia saling bergantunggantungan. Di Malaysia, terdapat pelbagai-bagai kes yang membabitkan pencemaran alam sekitar dilaporkan seperti kes pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor yang wajar dijadikan iktibar. Pecemaran ini dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa toksik yang ditanam di dalam tanah oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Dipetik dan diubah suai daripada “Kerosakan di Muka Bumi Hasil Kerakusan Manusia”, oleh Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki, www.hmetro.com.my, 16 Januari 2020 Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v)
45 2 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Terarium iaitu perhiasan tanaman dan pelbagai aksesori dalam bekas atau balang yang dibuat daripada kaca atau plastik lutsinar semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat hiasan dalaman. Permintaan terhadap terarium sebagai sebahagian daripada hiasan dalaman rumah amat memberansangkan. Kelebihan terarium termasuklah penjagaannya yang mudah dan hanya perlu siram sebulan sekali. Kedudukan terarium juga penting bagi memastikannya hidup dengan segar. Letakannya di lokasi yang tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari. Dipetik dan diubah suai daripada “Hiasan Tanaman dalam Balang”, oleh Muhamaad Razis Ismail, www.hmetro.com.my, 3 April 2021 Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) Bahan 2 Ikan patin sememangnya terkenal samada dalam aspek perikanan rekreasi, industri ternakan mahupun di meja makan. Pendek kata, ikan patin memiliki kelebihan tersendiri yang membuatkannya menjadi pilihan ramai berbanding ikan-ikan lain. Salah satu kelebihan ikan patin adalah tekstur dagingnya yang lembut dan enak. Hal ini membuat ikan patin menjadi kegemaran ramai. Ikan patin merupakan ikan yang mudah dijumpa. Hampir setiap pasar basah ada menjual ikan patin. Ikan patin juga merupakan salah satu jenis ikan yang dapat diternak dengan cukup mudah. Harganya pula agak berpatutan kerana ikan ini telah banyak diternak di dalam sangkak. Dipetik dan diubah suai daripada “Khasiat Ikan Patin”, oleh Amang, www.umpan.com.my, 11 Mei 2018 Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Membayar cukai merupakan tanggungjawab rakyat sesebuah negara. Cukai yang dikenakan terhadap perbelanjaan mahu pun pendapatan kita merupakan satu intrumen ekonomi yang teramat penting bagi negara
46 untuk memperoleh pendapatan. Cukai digunakan untuk membiayai perbelanjaan pentadbiran negara termasuk projek-projek pembangunan umum seperti sekolah, universiti, hospital, klinik kesihatan, jalanraya, lapangan terbang dan sebagainya. Cukai juga digunakan oleh kerajaan untuk mengekang pertumbuhan ekonomi negara agar stabil terutama ketika berlaku kelembapan ekonomi. Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Pengurusan Cukai”, www.akpk.org.my, 14 Februari 2023 Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Bahan 2 Tujuan utama penubuhan koperasi sekolah adalah untuk memberikan dedahan dan pengalaman tentang pengurusan dan aktiviti koperasi dikalangan murid sekolah. Para murid-murid yang terlibat dalam koperasi akan dikurniakan latihan amali mengenai perjalanan sesebuah perniagaan terutama yang melibatkan pengurusan. Mereka juga dididik dengan semangat kerja sama yang menjadi kunci kejayaan sesebuah koperasi. Apabila tamat persekolahan, murid-murid ini boleh melibatkan diri dengan mana-mana koperasi yang terdapat di negara ini. Dipetik dan diubah suai daripada “Koperasi Sekolah”, oleh Dato Hj. Zazali, zazaliharon.blogspot.com Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) PRAKTIS 4: BAHASA MELAYU STANDARD 1 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?” Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.” Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?” Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
47 2 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia 3 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka hari pun sianglah. Maka Laksamana pun kembali. Maka kata Laksamana pada orang yang bertunggu itu, “Adakah tuan-tuan dengar bunyi kayu dan senjata itu lain daripada bunyi sedia kala?” Maka sahut orang itu, “Adapun pada pendengaran sahaya, kayu itu memalu kayu lainlah.” Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
48 PRAKTIS 5: PERIBAHASA 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Azizan sangat pandai membaiki kenderaan. Hal ini disebabkan dia sering membantu bapanya membaiki kenderaan sejak kecil kerana (i) . Dia juga selalu membaiki basikal kawan-kawannya. Semua kawannya mengakui kebolehannya membaiki basikal yang rosak kerana (ii) . Namun begitu, cara pembuatan basikal dahulu dengan sekarang sudah jauh berbeza kerana (iii) . 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Pak Lah sangat sedih kerana botnya telah rosak. Bot itulah yang menjadi punca rezekinya sekeluarga. Anakanaknya masih belajar di universiti. Nasib anak-anaknya sangat membimbangkannya kerana mereka tidak dibenarkan mengambil peperiksaan jika tidak membayar yuran pengajian. Namun begitu, dia tidak mengalah. Pak Lah membuat pekerjaan yang lain. Pada masa yang sama, Pak Lah berniaga secara kecil-kecilan. Pak Lah percaya kalau tidak melakukan perubahan, sampai bila-bila pun nasibnya sekeluarga tidak akan berubah. (i) (ii) (iii) 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Cik Imah dan Cik Inam sudah bertahun-tahun tidak bertegur sapa walaupun mereka merupakan saudara kandung. Pada suatu hari, mereka terserempak di sebuah pasar raya. Tanpa disangka-sangka mereka berpelukan. Betul kata peribahasa iaitu air dicencang takkan putus. Semuanya bermula apabila Cik Imah dikatakan mengganggu rumah tangga orang. Cik Inam berasa malu, ibarat peribahasa sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Namun begitu, mereka berjanji untuk bertemu pada hujung minggu ini. Cik Inam tidak mahu memasak pada hari tersebut kerana Cik Imah berjanji hendak memasak masakan istimewa untuknya. Suami Cik Inam berpesan kepadanya supaya tidak menjadi burung terbang dipipiskan lada. (i) (ii) (iii)
BAHASA MELAYU PRAKTIS ECO TINGKATAN 4 KSSM Siri Praktis ECO mengandungi pelbagai soalan dan aktiviti bagi mengukuhkan pemahaman murid-murid serta kemahiran dalam setiap subjek yang dipelajari. Judul-judul dalam siri ini: BAHASA MELAYU ENGLISH MATEMATIK SAINS SUBJEK TINGKATAN 1 2 3 4 5 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM4.90 : RM5.30 PRAKTIS Bahasa Melayu 9 786294 851672 ISBN 978-629-485-167-2