Karangan Tahun 4,5 dan 6 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) ii KANDUNGAN BAHAGIAN 1 Karangan Situasi Kaedah Pemarkahan 2 Topik 1 Saya dan Keluarga 4 Topik 2 Saya dan Masyarakat 7 Topik 3 Saya dan Rakan 10 Topik 4 Saya dan Sekolah 13 Topik 5 Saya dan Haiwan 16 Praktis Kendiri 19 BAHAGIAN 2 Karangan Pendapat Kaedah Pemarkahan 24 Model 1 Kelebihan Pokok Kelapa 26 Model 2 Kelebihan Bersenam 27 Model 3 Kelebihan Telefon Pintar 28 Model 4 Kebaikan Kempen Membaca 29 Model 5 Kelebihan Bilik Darjah dalam Keadaan Bersih 30 Model 6 Cara-cara Pembelajaran Berkesan 31 Model 7 Aktiviti Memanfaatkan Masa Terluang 32 Model 8 Usaha Memupuk Semangat Kejiranan 33 Model 9 Kebaikan Buah-buahan Tempatan 34 Model 10 Usaha-usaha Membendung Vandalisme 35 Model 11 Kebaikan Bersukan 36 Model 12 Kebaikan Memiliki Rakan Sebaya Berakhlak Mulia 37 Model 13 Kelebihan Aktiviti Gotong-royong di Sekolah 38 Model 14 Faedah-faedah Rumah Terbuka 39 Model 15 Manfaat Amalan Berbudi Bahasa 40 Model 16 Keperluan Mangsa Banjir 41 Model 17 Usaha Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya 42 Model 18 Faedah-faedah Sambutan Hari Kebangsaan 43 Model 19 Cara-cara Menghargai Jasa Guru 44 Model 20 Kelebihan Membeli Buku di Pesta Buku 45 Model 21 Kelebihan Aktiviti Kokurikulum 46 Model 22 Cara-cara Mengekalkan Kesihatan Badan 47 Model 23 Sebab-sebab Kanak-Kanak Menggemari Rancangan Kartun 48 Model 24 Keburukan Merokok 49 Model 25 Kebaikan Aktiviti Hari Keluarga di Taman Perumahan 50 Praktis Kendiri 51 HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) iii Karangan Tahun 4,5 dan 6 BAHAGIAN 3 Karangan Umum Ciri-ciri Karangan yang Baik 62 Idea Sama Tetapi Format Berbeza 66 Modul 1 Kemeriahan di Majlis Hari Lahir 66 Cerita 66 Laporan 67 Surat Kirirman Rasmi 68 Modul 2 Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan 70 Fakta 70 Dialog 71 Syarahan 72 Teknik Menghafal Fakta (Teknik PaMah) 74 Teknik Mudah Mengarang Karangan Hari Perayaan 76 Topik 1 Cerita 77 Model 1 Pengalaman di Kampung 78 Model 2 Peristiwa di Sekolah Pada Awal Pagi 80 Model 3 Kucing Membalas Jasa 82 Model 4 Pengalaman Pahit Ketika di Hutan 84 Topik 2 Autobiografi/Biografi 86 Model 5 Saya Sebuah Kereta 87 Model 6 Saya Seekor Burung Kakaktua 89 Model 7 Saya Sebuah Sekolah 91 Model 8 Saya Seorang Doktor 93 Topik 3 Diari/Catatan 96 Model 9 Pengalaman Hari Pertama di Sekolah Baharu 96 Model 10 Catatan Lawatan ke Melaka 99 Model 11 Percutian di Kampung Rakan 101 Model 12 Catatan Minggu Bahasa Inggeris 103 Topik 4 Fakta 106 Model 13 Faedah-faedah Membaca Buku Cerita 106 Model 14 Faedah-faedah Internet 108 Model 15 Cara Selamat Menunggang Basikal 111 Topik 5 Wawancara/ Dialog 114 Model 16 Rahsia Menjadi Murid Cemerlang 115 Model 17 Membantu Keluarga yang Memerlukan 117 Model 18 Faedah-faedah Menyertai Pasukan Pakaian Seragam 119 Model 19 Meraikan Sambutan Hari Pahlawan 121 Topik 6 Laporan 124 Model 20 Kempen Kebersihan Sekolah 125 Model 21 Laporan ke Pusat Sains Negara 127 Model 22 Perkhemahan Unit Beruniform 130 Model 23 Aktiviti Persatuan Sains di Sekolah 132 HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) iv Topik 7 Surat Kiriman Rasmi 135 Model 24 Surat Kebenaran Lawatan ke Sebuah Penerbitan 137 Model 25 Sebab-sebab Tidak Hadir ke Sekolah 139 Topik 8 Surat Kiriman Tidak Rasmi 142 Model 26 Surat kepada Ayahanda 144 Model 27 Surat kepada Guru 146 Model 28 Membalas Surat Sahabat Pena 148 Topik 9 Ucapan 150 Model 29 Persaraan Guru Besar 151 Model 30 Ketua Pengawas Berucap 153 Model 31 Ucapan Sempena Hari Kanak-kanak 155 Topik 10 Syarahan 157 Model 32 Kelebihan Menyertai Kelas Tuisyen 158 Model 33 Faedah-faedah Menguasai Lebih daripada Satu Bahasa 160 Model 34 Cara-cara Melahirkan Sikap Berjimat Cermat 162 Model 35 Cara Belajar yang Berkesan 164 Topik 11 Berita 167 Model 36 Murid Keracunan Makanan 168 Model 37 Perasmian Pusat Sumber Sekolah 170 Model 38 Juara Pidato Peringkat Negeri 172 Model 39 Pertandingan Bola Sepak 174 Topik 12 Perbincangan 176 Model 40 Melahirkan Murid Cemerlang Menerusi Pusat Tuisyen 176 Model 41 Menjaga Kemudahan Awam 178 Model 42 Kebaikan Mempunyai Kawan yang Ramai 181 Model 43 Sikap Menentukan Kejayaan 183 Topik 13 Peribahasa 185 Model 44 Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi 186 Model 45 Harimau Mati Meninggalkan Belang 188 Manusia Mati Meninggalkan Nama Model 46 Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan 190 Dapat Sagunya Model 47 Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana 192 Muafakat Topik 14 Perbahasan 195 Model 48 Kebaikan Membaca daripada Menonton Televisyen 196 Model 49 Kebaikan Memiliki Kawan yang Rapat 198 Model 50 Ibu Bapa Lebih Utama Mendidik Anak-anak 201 Berbanding Guru Model 51 Kebaikan Membawa Makanan ke Sekolah 203 Prakis Kendiri 205 Ujian Akhir Sesi Akademik 207 Jawapan 215 HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 1 Karangan Tahun 4,5 dan 6 BAHAGIAN 1 Karangan Situasi HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) KAEDAH PEMARKAHAN 1 Format Pentaksiran 1.1 Kamu akan diajukan soalan yang meminta kamu mengambil tindakan berdasarkan situasi yang diajukan. 1.2 Arahan sudah menetapkan menulis sebuah karangan tidak lebih 30 patah perkataan. 1.3 Perhatikan kehendak soalan sebelum menjawab. 1.4 Jawapan situasi kamu perlu logik (berdasarkan usia) dan mempunyai nilai murni. 1.5 Soalan ini membawa 5 markah. 2 Pengiraan Perkataan [Dikira sebagai 1 perkataan] (a) Nama khas [Kementerian Pendidikan] (b) Kata majmuk [Atur cara] (c) Kata depan [Di belakang / ke rumah] (d) Tarikh [12 Julai 2024] (e) Kata ganda [bersama-sama] (f) Angka [Lima ratus dua puluh] (g) Gelaran [Datuk Seri Anwar Ibrahim] 3 Pemarkahan Kriteria Menilai/Kemahiran Menilai KRITERIA DESKRIPSI Bahasa (i) Kegramatisan (penggunaan kata dan ayat) (ii) Ejaan dan tanda baca (iii) Kosa kata Idea Penghuraian idea HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 3 Karangan Tahun 4,5 dan 6 PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang 04 - 05 Idea Idea releven dengan tugasan. Huraian idea jelas dan menarik. Bahasa Ayat gramatis. Kosa kata luas dan tepat. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang tepat. Penanda wacana yang tepat. Kesalahan bahasa yang minimum. Baik 02 - 03 Idea Idea masih releven dengan tugasan. Huraian idea masih jelas dan menarik. Bahasa Ayat masih gramatis. Kosa kata luas. Penggunaan ejaan dan tanda baca masih betul. Penanda wacana yang masih betul. Kesalahan bahasa yang masih minimum. Penguasaan 01 Idea Minimum Idea kurang releven dengan tugasan. Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik. Bahasa Ayat kurang gramatis. Kosa kata terhad. Kesalahan bahasa yang ketara. HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 4 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SAYA DAN KELUARGA TOPIK 1 Kemahiran Aplikasi Bahasa Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Hujan berterusan sejak malam tadi. Halaman rumah sudah dinaiki air. Berdasarkan ramalan kaji cuaca, kemungkinan daerah tempat saya tinggal akan dilanda banjir. Nyatakan tindakan yang akan kamu lakukan untuk menghadapi situasi tersebut. Saya memaklumkan ayah akan kemungkinan berlakunya banjir. Ayah meminta saya memasukkan barangan penting di dalam beg. Dalam beberapa minit, suasana menjadi kelam-kabut. Kemudian, kami berkereta menuju ke pekan untuk mencari rumah tumpangan. [30 patah perkataan] MODEL 1 MODEL 2 Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Jam sudah melewati pukul 11:15 malam. Ketika Zahid berusaha mahu melelapkan mata, tiba-tiba loceng pintu pagar berbunyi. Siapakah yang datang? Hatinya tertanya-tanya. Ayah dan ibunya balik ke kampung kerana datuk sakit kuat. HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5 Karangan Tahun 4,5 dan 6 Pada pendapat kamu, apakah yang perlu Zahid lakukan? Zahid mengintai dari celah tingkap. Terlihat kereta BMW warna putih. Zahid menceritakan hal itu kepada ayahnya. Kata ayah, itu Pak Cik Hamid, dari Kuala Lumpur mahu membawa saya pulang kerana datuk sudah meninggal dunia. [31 patah perkataan] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Saya pergi ke tandas selepas meminta izin dari ayah. Ketika saya tiba di tempat kami berkumpul, saya mendapati ayah dan ibu tiada. Nyatakan tindakan yang akan kamu lakukan ketika menghadapi situasi tersebut. Saya tidak perlu panik. Saya segera menghubungi ayah tetapi tidak berjawab. Kemudian, saya teringat pesan ayah supaya bergerak ke tempat letak kereta sekiranya ayah tiada di situ. Saya tersenyum kerana nampak ayah sedang menunggu. [32 patah perkataan] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. MODEL 3 MODEL 4 HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 6 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Rumah 100 meter di depan. Sebelum sampai rumah, akibat cuai, tayar terlanggar ketulan batu menyebabkan basikal yang saya naiki terhumban ke parit. Saya berusaha bangun, tetapi badan terasa sakit. Nyatakan tindakan yang akan kamu lakukan apabila menghadapi situasi tersebut. Saya menjerit untuk meminta pertolongan. Seorang pejalan kaki terdengar jeritan itu lalu segera menarik keluar dari parit. Lelaki itu melihat kecederaan di lengan saya. Setelah menunjukkan rumah saya, saya dipapah menuju ke rumah. [31 patah perkataan] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ketika saya tiba di halaman rumah sekembalinya daripada mengikuti aktiviti kokurikulum, saya terlihat ayah dan ibu sedang mencantas pokok dan menyusun pasu pokok bunga. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Saya segera mengutip ranting dan daun-daun kering. Kemudian saya memasukkannya ke dalam plastik sampah. Seterusnya saya membantu ibu mengangkat pasu. Ayah dan ibu tersenyum melihatkan tindakan saya. Saya tahu mereka gembira. [30 patah perkataan] MODEL 5 HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 23 Karangan Tahun 4,5 dan 6 BAHAGIAN 2 Karangan Pendapat HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 24 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 1 Format Pentaksiran 1.1 Kamu akan diajukan bahan grafik (sekeping gambar atau beberapa gambar). 1.2 Arahan sudah menetapkan menulis sebuah karangan tidak lebih 50 patah perkataan. 1.3 Perhatikan kehendak soalan sebelum menjawab. 1.4 Soalan ini membawa 10 markah. 2 Pengiraan Perkataan [Dikira sebagai 1 perkataan] (a) Nama khas [Kementerian Pendidikan] (b) Kata majmuk [Atur cara] (c) Kata depan [Di belakang / ke rumah] (d) Tarikh [12 Julai 2024] (d) Kata ganda [Bersama-sama] (e) Angka [Lima ratus dua puluh] (f) Gelaran [Datuk Seri Anwar Ibrahim] 3 Pemarkahan Kriteria Menilai/Kemahiran Menilai KRITERIA DESKRIPSI Bahasa (i) Kegramatisan (penggunaan kata dan ayat) (ii) Ejaan dan tanda baca (iii) Kosa kata Idea Penghuraian idea KAEDAH PEMARKAHAN HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 25 Karangan Tahun 4,5 dan 6 PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang 08 - 10 Idea Idea releven dengan tugasan. Huraian idea jelas dan menarik. Bahasa Ayat gramatis. Kosa kata luas dan tepat. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang tepat. Penanda wacana yang tepat. Kesalahan bahasa yang minimum. Baik 06 - 07 Idea Idea masih releven dengan tugasan. Huraian idea masih jelas dan menarik. Bahasa Ayat masih gramatis. Kosa kata luas. Penggunaan ejaan dan tanda baca masih betul. Penanda wacana yang masih betul. Kesalahan bahasa yang masih minimum. Penguasaan 03 - 05 Idea Idea kurang releven dengan tugasan. Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik. Bahasa Ayat kurang gramatis. Kosa kata terhad. Kesalahan bahasa yang ketara. HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 26 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Grafik di bawah menunjukkan produk daripada pokok kelapa. Tulis pendapat kamu tentang produk daripada pokok kelapa. Jawapan kamu hendaklah dalam satu perenggan. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. KELEBIHAN POKOK KELAPA MODEL 1 Pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan. Buah kelapa yang tua boleh diambil isinya untuk dibuat santan. Santan digunakan untuk menjadikan masakan lebih berlemak. Jika isi kelapa digoreng akan menjadi minyak. Batang kelapa pula boleh dibuat titi untuk menyeberangi parit. Manakala tempurung kelapa boleh dijadikan hasil kraf tangan. Lidi daripada daun kelapa boleh dijadikan penyapu. [50 patah perkataan] HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 27 Karangan Tahun 4,5 dan 6 Setiap hari kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit. Menerusi senaman, badan akan mengeluarkan peluh menyebabkan tubuh akan berasa segar. Malah bersenam menyebabkan hilang kelesuan badan akibat banyak belajar. Bersenam bersama-sama keluarga pula dapat mengeratkan silaturahim. Otot-otot badan kita pula akan lebih cergas. Otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang sihat. [49 patah perkataan] Grafik di bawah menunjukkan aktiviti bersenam. Tulis pendapat kamu tentang kelebihan bersenam. Jawapan kamu hendaklah dalam satu perenggan. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. KELEBIHAN BERSENAM MODEL 2 HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 28 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) MODEL 3 Grafik di bawah menunjukkan telefon pintar. Tulis pendapat kamu tentang kelebihan memiliki telefon pintar. Jawapan kamu hendaklah dalam satu perenggan. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. KELEBIHAN TELEFON PINTAR Telefon pintar mempunyai banyak kelebihannya. Menerusi telefon pintar kita boleh menghubungi ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bertanya khabar. Kita juga boleh memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber dengan lebih cepat. Maklumat tersebut kita boleh gunakan untuk melengkapkan nota pelajaran. Kita juga boleh mendengar lagu dan bermain permainan untuk menghiburkan hati kita. [50 patah perkataan] HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 61 Karangan Tahun 4,5 dan 6 BAHAGIAN 3 Karangan Umum HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 62 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Penyatuan Idea Setiap ayat dan setiap perenggan perlu ada kaitan. Sebagai contohnya, ayat pertama dalam sesebuah perenggan, perlu dilengkapkan dalam ayat kedua dan ketiga, atau ayat kedua dan ketiga menghuraikan dengan lebih lanjut berserta contoh. Begitu juga setiap perenggan ada kaitan dengan penanda wacana yang sesuai seperti “selanjutnya”, “namun demikian”, dan sebagainya. Ketepatan Sebelum menulis karangan perlu memahami kehendak soalan. Faktafakta jangan terkeluar daripada tajuk. Karangan yang baik biasanya menjawab soalan, manakala karangan yang lemah menulis apa-apa sahaja tanpa memikirkan kehendak soalan. Lengkap Karangan perlu lengkap; mempunyai pendahuluan, empat idea/isi, dan penutup. Tanpa ciri-ciri tersebut, kamu sukar mendapat A. PANDUAN SEWAKTU MENULIS Pendahuluan Kamu perlu mendekati pembaca (pemeriksa) dengan memadai tiga ayat dan ditulis dalam satu perenggan. Kamu boleh menerangkan tajuk, menggunakan ayat tanya, atau kaitkan dengan isu semasa. Idea/Isi Setiap karangan memerlukan empat idea/isi. Setiap idea/isi perlu ditulis di perenggan yang berlainan. Kemukakan idea/isi dahulu, barulah huraikan. Ayat kedua atau ketiga perlu contoh dan kesan. Boleh juga idea/isi, huraian lebih lanjut, dan contoh. Manakala teknik cerita, ayat berikutnya ialah perkembangan lanjut terhadap idea/isi(tindakan) yang dilakukan. Penutup Bahagian ini ditulis dalam sebuah perenggan dan memadai tiga ayat. Penutup perlu membina rasa puas hati kepada pemeriksa dengan CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 63 Karangan Tahun 4,5 dan 6 memberi kesimpulan atau rumusan. Boleh menyertakan peribahasa, kata-kata hikmat, dan pantun, dan mengikut sesuatu jenis karangan. Pemerengganan Isi Setiap perenggan mempunyai idea/isi, contoh atau kesan dan ditulis dalam tiga ayat. Perenggan itu mesti berkesinambungan dengan perenggan yang sebelumnya. Untuk memperoleh markah yang cemerlang, keseluruhan sebuah karangan perlu mempunyai enam perenggan (pendahuluan, empat idea dan penutup). Gaya Bahasa Gaya bahasa berkaitan dengan persembahan, pengolahan sesebuah ayat dan jenis karangan. Bagi karangan berunsur cerita, gaya bahasanya lebih berbunga-bunga, tetapi karangan berunsur fakta, gunakan gaya bahasa yang tepat dan padat. Elakkan menggunakan perkataan bahasa Inggeris, kecuali perkataan tersebut tiada dalam bahasa Melayu. Seelokeloknya kamu menggunakan perkataan baharu yang sudah diterima umum. Elakkan menggunakan ayat-ayat yang panjang dan berbelitbelit. Untuk memberi kelebihan dan memikat hati pemeriksa, digalakkan menyertakan peribahasa atau kata-kata hikmat. Kepanjangan Karangan Arahan soalan yang dicatatkan kepanjangan karangan antara 50 hingga 80 patah perkataan, kamu boleh menulis lebih daripada jumlah tersebut asal sahaja tahu membahagikan masa. KELEMAHAN KARANGAN Kesalahan Memilih Tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana kamu tidak memahami kehendak soalan dan ditambah lagi keinginan menyudahkan sesebuah karangan secepat yang mungkin. Sesetengah kamu tidak memahami jenis karangan tetapi oleh sebab tiada pilihan lain, mereka menulis karangan asalkan siap sahaja. Kekurangan Idea/Isi Oleh sebab kekurangan idea/isi, tetapi mahukan panjang karangan melebihi 120 patah perkataan, menyebabkan kamu menghuraikan isi secara meleret-leret. Ada antara kamu yang menulis secara mendatar dan luaran sahaja. Hal ini berlaku kerana terhadnya pembacaan kamu. HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 66 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) IDEA SAMA TETAPI BERBEZA FORMAT MODUL 1 Kemahiran Aplikasi Bahasa Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjang karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Cerita KEMERIAHAN DI MAJLIS HARI LAHIR Pada hari Khamis yang lalu, saya diundang menghadiri majlis hari lahir rakan baik saya, Asyraf yang ke-12. Ketika saya tiba pukul 2:35 petang, ramai rakan saya yang telah datang. Asyraf menyambut kedatangan saya di muka pintu. HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 67 Karangan Tahun 4,5 dan 6 “Selamat hari lahir,” kata saya, sambil menghulurkan sebungkus hadiah. “Terima kasih,” balas Asyraf, sambil tangannya mengambil buah tangan yang saya beri. Kemudian, saya dibawa ke ruang tamu, bersama rakan-rakan yang menanti majlis bermula. Sepuluh minit kemudian, majlis bermula dan Asyraf meniup lilin yang diletakkan di tengah- tengah kek. Kemudian, rakan-rakan menyanyikan lagu “Selamat Panjang Umur” dan bertepuk tangan. Asyraf memotong kek dengan dibantu oleh ayah dan ibunya. “Saya berasa bangga kerana anak-anak sudi datang ke majlis hari lahir Asyraf. Majlis ini diadakan bukan sahaja sempena sambutan hari lahir Asyraf yang ke-12, tetapi merapatkan hubungan sesama rakan. Sepanjang majlis ini diharapkan kamu semua berasa gembira,” kata ayah Asyraf dalam ucapan ringkasnya. Kami menikmati juadah yang dihidangkan seperti mi goreng, laksa, nasi himpit, dan kacang goreng. Muzik yang rancak diputarkan untuk mengelakkan majlis terasa sunyi. Sambil makan, kami berbual-bual untuk mewujudkan suasana ceria sekaligus ia mengeratkan hubungan silaturrahim. Ayah Asyraf begitu peramah melayan kami. Hal ini menyebabkan masa selama dua jam terasa pendek. Saya pulang pada pukul 4:50 petang dengan perasaan gembira dan berasa bangga memiliki rakan yang baik. Laporan LAPORAN MENGHADIRI MAJLIS HARI LAHIR Pada hari Khamis, 10 Ogos 202 yang lalu, saya diundang menghadiri majlis hari lahir rakan baik saya, Asyraf yang ke-12. Ketika saya tiba pukul 2:35 petang, ramai rakan saya yang telah datang. Asyraf menyambut kedatangan saya di muka pintu. Saya menghulurkan hadiah kepadanya. Asyraf menyambut pemberian saya dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sambil tangannya mengambil buah tangan yang saya beri, saya dibawa ke ruang tamu, bersama rakan-rakan yang menanti majlis bermula. Sepuluh minit kemudian, majlis bermula dan Asyraf meniup lilin yang diletakkan di tengah-tengah kek. Kemudian, rakan-rakan menyanyikan lagu “Selamat Panjang Umur” dan bertepuk tangan. Asyraf memotong kek dengan dibantu oleh ayah dan ibunya. HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 70 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) IDEA SAMA TETAPI BERBEZA FORMAT MODUL 2 Kemahiran Aplikasi Bahasa Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjang karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Fakta CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN BADAN HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 71 Karangan Tahun 4,5 dan 6 Badan yang sihat datangnya daripada otak yang cerdas. Sebagai seorang murid, kita perlu memiliki badan yang cergas dan otak yang cerdas. Terdapat beberapa usaha yang perlu kita lakukan untuk memastikan badan kita sihat. Pada pendapat saya, untuk menjaga kesihatan badan, kita perlu menjaga pemakanan kita. Sebagai contoh, kita perlu memakan makanan seimbang; makanan yang mengandungi daging, sayur, dan buah-buahan. Hal ini penting untuk memastikan badan kita sentiasa bertenaga dan minda pula cerdas. Selain itu, kita perlu banyak bersenam. Sebagai contoh kita berjoging di sekitar rumah lebih kurang 30 minit setiap hari. Impaknya, jantung lebih sihat, otot badan semakin kuat dan berat badan menurun. Orang dewasa disarankan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berskala iaitu enam bulan sekali. Doktor akan mengesan tubuh seseorang sama ada menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi atau barah. Kita selalu diingatkan, mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Kita juga digalakkan memakan ubat-ubatan kesihatan yang diperakui oleh doktor. Sebagai contoh, kita boleh mengambil vitamin tambahan untuk melengkapkan pemakanan yang kita ambil. Sekiranya badan mempunyai vitamin yang cukup, kita tidak mudah jatuh sakit. Secara keseluruhannya, penjagaan kesihatan adalah sangat penting. Amalan menjaga kesihatan perlu dipupuk kepada setiap generasi bagi melahirkan rakyat yang sihat. Bak kata peribahasa ‘badan sihat, otak cerdas’. Dialog CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN BADAN Rakan baik saya selalu tidak datang ke sekolah. Apabila rakan saya itu datang, saya segera menyapanya. Yusri: Apa khabar, Alisa? Sudah dua hari saya tidak nampak kamu. Kenapa tidak datang ke sekolah? Alisa: Saya kurang sihat. Puncanya saya kurang bersenam. Ini menyebabkan badan saya lemah. Yusri adakah awak tahu bagaimana cara menjaga kesihatan badan? HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 72 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Yusri: Pada pendapat saya, kita perlu menjaga pemakanan kita. Sebagai contohnya, kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang; makanan yang mengandungi daging, sayur, dan buah-buahan. Hal ini penting untuk memastikan badan kita sentiasa bertenaga dan minda sentiasa cerdas. Alisa: Oh ya. Betul. Kita perlu banyak bersenam sekitar 30 minit setiap hari. Impaknya jantung lebih sihat, otot badan semakin kuat dan pembakaran membantu menurunkan berat badan. Yusri: Saya juga difahamkan bahawa orang dewasa disarankan melakukan pemeriksaan kesihatan enam bulan sekali. Doktor akan mengesan tubuh seseorang sama ada menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, atau barah. Kita selalu diingatkan, mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Alisa, adakah awak ada mengambil vitamin tambahan? Alisa: Buat masa sekarang tiada lagi tetapi selepas ini saya perlu mengambil vitamin tambahan bagi melengkapkan vitamin yang diperlukan oleh badan. Jadi, saya tidak mudah jatuh sakit lagi. Yusri: Bagus betul tindakan kamu. Loceng kelas sudah berbunyi, marilah kita masuk ke kelas. Alisa: Mari! Selepas itu, kami masuk ke kelas. Syarahan CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN BADAN Yang Berusaha Puan Munirah binti Bakri. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Baginda, guru-guru penolong kanan, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan”. Hadirin yang dimuliakan, Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan badan. Pertama, kita perlu menjaga pemakanan kita. HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 73 Karangan Tahun 4,5 dan 6 Sebagai contoh, kita mengamalkan makanan seimbang; makanan yang mengandungi daging, sayur, dan buah-buahan. Hal ini penting untuk memastikan badan kita sentiasa bertenaga dan minda yang cerdas. Kedua, kita perlu banyak bersenam. Kita disarankan untuk melakukan senaman atau berjoging lebih kurang 30 minit setiap hari. Impaknya, jantung lebih sihat, otot badan semakin kuat dan pembakaran lemak membantu menurunkan berat badan. Cara menjaga kesihatan yang ketiga ialah, bagi orang dewasa, disarankan melakukan pemeriksaan kesihatan enam bulan sekali. Doktor akan mengesan tubuh seseorang sama ada menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, atau barah. Kita selalu diingatkan, mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Hadirin yang dikasihi, Hujah keempat untuk syarahan saya pada hari ini ialah kita juga digalakkan makan ubat-ubatan kesihatan yang diperakui oleh doktor. Sebagai contoh, kita boleh mengambil vitamin tambahan untuk melengkapkan pemakanan yang kita ambil. Sekiranya badan mempunyai vitamin yang cukup, kita tidak mudah jatuh sakit. Secara tuntasnya, penjagaan kesihatan badan adalah sangat penting. Amalan menjaga kesihatan perlu dipupuk kepada setiap generasi bagi melahirkan rakyat yang sihat. Bak kata peribahasa, ‘badan sihat, otak cerdas’. Saya akhiri syarahan saya dengaan ucapan terima kasih. HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 207 Karangan Tahun 4,5 dan 6 Tahun Enam Bahasa Melayu (011) [Masa: I jam 25 minit] UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada ruangan yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Nama Murid: Kelas: Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Markah Penuh Diperoleh A 1–10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 JUMLAH 50 /50 HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 208 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan Soalan 2 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Ibu _____________ bahu saya untuk memberitahu sesuatu. A menggamit C mencuit B mencubit D menyentak 2 Lukisan yang tergantung pada dinding itu sungguh . A cantik C lawa B comel D elok Soalan 3 3 Pilih ayat yang betul. A Suzana berasa lapar kerana tidak sempat bersarapan. B Kita hendaklah rajin belajar agar supaya berjaya dalam hidup. C Semua murid dan guru berhimpun di padang sekolah pada tiap hari Isnin. D Lain-lain perkara berbangkit adalah berkaitan masalah kedatangan murid. Soalan 4 hingga Soalan 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Menjelang hari perayaan akan diadakan Jualan Mega. Ketika Jualan Mega berlangsung, pasar raya akan berusaha menurunkan harga untuk menarik perhatian orang ramai agar membeli barang yang dijual. Barangan terutamanya pakaian yang masih baharu diberi potongan sekitar 10 peratus tetapi barangan yang lama, lusuh dan sukar untuk dijual diberi potongan sehingga 70 peratus. Kami sekeluarga antara ribuan orang yang akan mengambil kesempatan untuk membeli barangan yang diberi potongan harga. “Kalau tak mahu beli, jamu mata pun cukup. Asal sahaja jangan rambang mata,” kata ayah ketika kami masuk ke sebuah pasar raya di Shah Alam. Kami melangkah masuk ke kawasan jualan tanpa diikuti oleh 2 orang adik kerana mereka mengikut abang ke kolam renang. HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 211 Karangan Tahun 4,5 dan 6 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Perlu membaca nota pelajaran setiap hari. B Ujian menjadi penentu kecemerlangan seorang murid. C Masa yang terluang perlu dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah. D Agensi pelancong kurang menawarkan percutian di Pulau Tioman. Bahagian B [10 markah] Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Sebagai seorang murid, walaupun banyak masa dihabiskan di sekolah, tetapi apabila di rumah, perlu melakukan sesuatu untuk menggembirakan ibu dan ayah kita. Oleh hal yang demikian, masa yang terluang perlu dimanfaatkan dengan mengulang kaji pelajaran dan selebihnya hendaklah ringan tulang membantu ibu bapa. Pada hari minggu, banyak aktiviti yang boleh menggembirakan mereka. Salah satu daripadanya membantu ibu membasuh pinggan mangkuk di dapur. Sekiranya ibu dan ayah membersihkan halaman rumah, kita ikut serta mencantas pokok bunga, merumput, atau memindahkan pasu bunga. Sikap yang kita tunjukkan mampu memperteguh ikatan kekeluargaan. 1 (a) Apabila di rumah, kita perlu bersikap [1 markah] (b) Apakah yang dilakukan oleh penulis pada hari minggu? [2 markah] HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 213 Karangan Tahun 4,5 dan 6 Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan gambaran di jalan raya. Tulis pendapat kamu tentang cara-cara mengurangkan kemalangan di jalan raya. Jawapan kamu hendaklah dalam satu perenggan. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. CARA-CARA MENGURANGKAN KEMALANGAN DI JALAN RAYA HAKCIPTA NUSAMAS
Karangan Tahun 4,5 dan 6 214 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjang karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN HAKCIPTA NUSAMAS
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 215 Karangan Tahun 4,5 dan 6 JAWAPAN Praktis Karangan Situasi Praktis 1 Alina segera memeriksa denyutan jantung ibunya. Denyutan jantungnya normal. Alina yakin ibunya dalam keadaan letih sahaja. Dia kemudian menghubungi ayahnya yang berada di rumah. Ayahnya memaklumkan akan segera datang. [28 patah perkataan] Praktis 2 Saya segera memujuk anak kecil itu. Saya yakin pembantu rumah itu melarikan diri. Saya segera menghubungi jiran saya, Encik Aziz dan menerangkan kejadian yang berlaku. Encik Aziz menjelaskan akan segera pulang. [29 patah perkataan] Praktis 3 Saya menghubungi Anita. Anita memaklumkan dia berada di kampung kerana datuknya meninggal dunia. Esok akan ke sekolah semula. Saya mengucapkan takziah dan memintanya bersabar. Anita mengucapkan terima kasih atas keprihatinan saya. [29 patah perkataan] Praktis 4 Murid itu memberitahu Lily bahawa dia kehilangan wang saku. Lily memujuknya, kemudian membelikan dua bungkus nasi lemak. Dia kemudiannya makan bersama-sama murid itu. Murid itu tersenyum dan mengucapkan terima kasih. [30 patah perkataan] Praktis 5 Saya segera mengambil sebatang kayu dan meletakkan bersebelahan anak anjing itu. Anak anjing itu dengan kudrat yang ada, naik ke atas kayu, kemudian bergerak ke atas. Anak anjing segera berlalu pergi. [29 patah perkataan] Praktis 6 Selepas makan, saya akan mengutip pinggan mangkuk dan hantar ke singki. Kemudian saya akan membasuh dan menyusun di tempat meletak pinggan mangkuk. Meja makan pula saya lap hingga bersih. [27 patah perkataan] Praktis 7 Saya segera merakamkan kejadian itu menerusi telefon pintar. Video itu kemudian saya hantar ke Jabatan Alam Sekitar. Dua hari kemudian, menerusi plat nombor lori, dua orang lelaki itu berjaya diberkas. [27 patah perkataan] Praktis 8 Saya menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian pengunjung pantai. Saya menuding ke arah kanak-kanak yang terkapai-kapai ditelan ombak. Seorang pemuda segera menyelamatkan kanakHAKCIPTA NUSAMAS