2.0 Hanijah Selamat BAHASA MELAYU KOD QR Maklumat Tambahan Pengetahuan Am Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Nota Latihan & Aktiviti PBD Peta Pemikiran KBAT CIRI EKSKLUSIF UASA TINGKATAN 2 TINGKATAN2BAHASAMELAYUMODULEPERFECT20BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) ii Jadual Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 2 iv TEMA 1 Kesihatan dan Kebersihan 1-9 UNIT 1 Anda Sihat Anda Ceria 1 UNIT 2 Kebersihan Lambang Keperibadian 6 TEMA 2 Menimba Ilmu 10-19 UNIT 3 Indahnya Menuntut Ilmu 10 UNIT 4 Ilmu Penyuluh Hidup 15 TEMA 3 Kerjaya ke Mercu Impian 20-27 UNIT 5 Cita-Cita Setinggi Bintang 20 UNIT 6 Budi Disemai, Bakti Dituai 24 TEMA 4 Integriti Amalan Kita 28-36 UNIT 7 Remaja Berintegriti 28 UNIT 8 Integrasi Teras Kehidupan 32 TEMA 5 Bahasa dan Sastera 37-46 UNIT 9 Bahasaku di Persada Dunia 37 UNIT 10 Indah Sastera, Cantik Bahasa 42 TEMA 6 Teladani Sejarah Hargai Warisan 47-55 UNIT 11 Sejarah Kita 47 UNIT 12 Pusaka Tanah Air 51 TEMA 7 Indah Seni Gah Budaya 56-64 UNIT 13 Warna-Warni Budaya 56 UNIT 14 Segalanya Bermula di Sini 61 TEMA 8 Utamakan Keselamatan 65-74 UNIT 15 Keselamatan Diri 65 UNIT 16 Anda Prihatin, Anda Selamat 70 TEMA 9 Sukan dan Rekreasi 75-82 UNIT 17 Sukan Milik Semua 75 UNIT 18 Seronoknya Beriadah 79 TEMA10 Selamat Datang ke Malaysia 83-91 UNIT 19 Kenali Malaysia 83 UNIT 20 Cintai Malaysia 87 KANDUNGAN
21 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang TP Rujuk halaman 30 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, bina kerangka karangan tentang kerjaya sebagai doktor gigi. Kemahiran Menulis (Kerangka karangan mesti merangkumi pendahuluan, isi dan penutup) Berdasarkan jawapan murid Ciri-ciri Seorang Doktor Gigi 1 Mempunyai kemahiran yang baik dalam komunikasi dan interpersonal. 2 Sentiasa ingin menghadapi cabaran. 3 Boleh bekerja dengan cepat dan cekap. 4 Keinginan yang tinggi untuk membantu orang. 5 Sangat meminati bidang sains.
27 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Aspek Tatabahasa A B Berdasarkan teks pada halaman 38 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, senaraikan kata bilangan mengikut jenis yang betul. Dengan menggunakan kata bilangan yang betul, bina ayat dalam perenggan berkaitan dengan konteks di bawah. Kata Bilangan Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Terdapat lima jenis kata bilangan iaitu: 3 Kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya: beratus-ratus, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya. 4 Kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya: masing-masing, tiaptiap, setiap dan sebagainya. 5 Kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya. 1 Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan cardinal. Contohnya: dua, dua puluh, dua ratus dan sebagainya. 2 Kata bilangan yang menunjukkan bilangan yang tak tentu. Contohnya: segala, semua, para, beberapa dan sebagainya. Jenis Kata Bilangan 1 Tentu lima, tiga, satu 2 Tak tentu beberapa 3 Himpunan ketiga-tiga 4 Pisahan satu-satunya 5 Pecahan satu perdua Minat dan Pontensi Saya Dalam Bidang Penulisan Nama samaran saya ialah Puteri Aqish. Saya sangat meminati bidang penulisan. Saya sudah menghasilkan sebanyak tiga buah novel remaja. Dua daripada novel tersebut diterbitkan oleh syarikat penerbitan yang sama. Beberapa buah novel lagi masih dalam proses penyuntingan. Ketiga-tiga buah novel saya telah mendapat jualan yang tinggi. Saya gembira kerana sayalah satu-satunya murid di sekolah saya yang telah berjaya menjadi seorang penulis novel. Satu perdua daripada murid sekolah minat membaca novel cinta dan satu perdua lagi minat membaca komik. SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata prafrasa iaitu, kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan serta kata pascakata iaitu kata penekanan dan kata pembenda dengan betul mengikut konteks
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 48 SP 3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan ayat yang gramatis TP Berdasarkan bahan pada halaman 70 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, tulis puisi yang sesuai dengan dialog di bawah. Sekolah ini dibuka pada tahun 1826. Jika dihitung usianya, sekolah ini sudah dibina hampir 200 tahun dan merupakan sekolah Melayu yang tertua di negara kita. Sekolah itu, berdiri seiring dengan waktu 200 tahun usianya menghampiri sekolah Melayu setua bangsaku. Pada asalnya, bangunan sekolah ini sebuah bangsal yang berbumbungkan dan berdindingkan atap nipah serta berlantaikan papan. Sekolah itu, walau asalnya bangsal sepi bumbung dan dindingnya atap nipah lantainya papan namun di situ ilmunya menggunung tempat datuk nenekmu membina erti bangsa. Namun, yang lebih penting ialah sumbangannya kepada bangsa dan negara. Bayangkan jasa yang telah ditabur oleh guru-guru di sekolah ini kepada anak bangsa sejak sekian lama. Saya rasa sekolah ini perlulah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Sekolah itu, jasanya tidak terperi sejak sekian lama jasa-jasa guru tidak terbayar namun satu pintaku letakkan sekolah itu dimercu. Dialog Puisi Kemahiran Menulis 1 2 3
49 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul A B Berdasarkan bahan pada halaman 71 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, deklamasikan sajak dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai. Kemudian, senaraikan perkara baik yang terkandung dalam sajak tersebut. Padankan rangkap sajak di bawah dengan pengajaran yang betul. Aspek Seni Bahasa 1 Sejarah menyimpan kenangan dalam kehidupan seseorang 2 Sejarah mencerminkan diri seseorang yang berjaya melalui kehidupan yang berliku hingga berjaya. 3 Sejarah memberikan kita pengalaman supaya kita menjadi dewasa. 4 Pejuang negara mengalirkan keringat dan air mata demi mempertahankan. Sejarah ialah lukisan diri yang memaparkan wajah kita bangsa bertamadun berdiri di mercu tanda setelah melewati liku peristiwa dan onak perjuangan. Kita hendaklah menjadikan sejarah sebagai pengalaman yang mematangkan. Kita hendaklah mengenang dan menghargai jasa tokoh negara. Kita hendaklah menjadi bangsa yang berjaya selepas melalui pelbagai ujian. Sejarah ialah wajah kita yang didewasakan oleh pengalaman. Ayuh, mari kita angkat jasa gemulah negara yang rela mengalirkan keringat dan maruah bangsa yang rela menitiskan air mata demi cinta akan tanah pusaka. 1 2 3
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 70 SP 1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis TP A B Kenal pasti cara penduduk Taman Sejahtera menjaga keselamatan kejiranan yang terdapat pada halaman 99 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2. Kemudian, sampaikan kepada rakan-rakan anda. Berdasarkan gambar, tulis peranan anda untuk menjamin keselamatan di tempat tinggal anda. Kemahiran Mendengar dan Bertutur UNIT 16 ANDA PRIHATIN, ANDA SELAMAT TEMA 8: UTAMAKAN KESELAMATAN Skim rondaan sukarela. Program pengawasan kejiranan. Sistem kamera litar tertutup. Cara Penduduk Taman Sejahtera Menjaga Keselamatan Kawasan Kejiranan Menelefon pihak berkuasa jika berlaku sesuatu yang mencurigakan di rumah jiran. Bergotong-royong untuk memastikan kebersihan kawasan persekitaran. Memasang kamera litar tertutup untuk memantau situasi tempat tinggal. Berbuat baik sesama jiran agar suasana jadi aman dan harmoni. 1 2 3 4 1 2 3
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 76 SP 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat TP Kemahiran Membaca Baca dan analisis petikan pada halaman 107 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2. Kemudian lengkapkan jadual dengan mengenal pasti dan memilih idea utama dan idea sampingan di bawah berdasarkan petikan. Idea Utama: Idea Sampingan: Tip keselamatan sukan panjat tembok. Proses perpeluhan dan pembakaran kalori mampu menghasilkan badan yang sihat dan cergas. Sukan ini dapat memupuk sifat keberanian dan kekuatan diri peserta. Tidak memaksa diri memanjat di luar keupayaan kerana bimbang mendapat kecederaan. Membantu remaja menangani masalah dalam kehidupan mereka. Sukan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental peserta. Mendaki dengan cara tidak konsisten membuatkan peserta cepat letih. Sukan ini mampu melatih peserta bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Kesan-kesan sukan panjat tembok. Faedah sukan panjat tembok. Idea Utama Faedah sukan panjat tembok. Idea Sampingan 1 Sukan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental peserta. 2 Proses perpeluhan dan pembakaran kalori mampu menghasilkan badan yang sihat dan cergas. 3 ukan ini dapat memupuk sifat keberanian dan kekuatan diri peserta. 4 Sukan ini mampu melatih peserta bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. 5 Membantu remaja menangani masalah dalam kehidupan mereka.
97 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Berdasarkan bahan pada halaman 136 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, betulkan kesalahan kata ganti nama diri di bawah. Aspek Tatabahasa SP 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat Kesalahan kata ganti nama Pembetulan 1 Kalian memang berbakat, Nadia. Awak/ Kamu memang berbakat, Nadia. 2 Lakonan kita memang mantap. Lakonan awak/ kamu memang mantap. 3 mana-mana aktiviti dalam bulan kemerdekaan apa-apa aktiviti dalam bulan kemerdekaan 4 Perpaduan antara kami dapat dieratkan lagi. Perpaduan antara kita dapat dieratkan lagi. 5 Benar kata-kata dia Benar kata-kata awak/ kamu 6 masyarakat di negara itu masyarakat di negara ini 7 Dia selesa bergaul sesama sendiri Mereka selesa bergaul sesama sendiri 8 diamalkan oleh mana pihak pun diamalkan oleh mana-mana pihak pun 9 Kami sudah lama hidup bersama-sama Kita sudah lama hidup bersama-sama 10 Negara ini milik kami bersama Negara ini milik kita bersama 11 Wah, anda seperti Perdana Menterilah! Wah, awak/ kamu seperti Perdana Menterilah! 12 Dia selalu menasihati Beliau selalu menasihati 13 menyarankan mereka agar bersatu padu menyarankan kita agar bersatu padu 14 kami bertiga mesti menjadi dayang awak bertiga/ kalian mesti menjadi dayang 15 saya mahu semua dayang bersatu padu beta mahu semua dayang bersatu padu 16 Awak, siapkan kerja dengan cepat. Tuan hamba, siapkan kerja dengan cepat. 17 Usah diingkari titah beliau. Usah diingkari titah baginda. 18 mengapa pula aku mengapa pula hamba 19 Andalah yang patut lakukan Tuan hambalah yang patut lakukan 20 Ampunkan hamba berdua, tuan. Ampunkan patik berdua, tuanku.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 98 SP 1.3.2 Mendengar dan menyusun panduan, tunjuk cara dan arahan dengan memberikan respons yang sesuai dan bermakna TP A B Dengar bahan pada halaman 137 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 dengan teliti. Kemudian susun panduan dengan betul. Berdasarkan maklumat di bawah, berbuallah dengan rakan anda tentang peranan rukun tetangga. Kemahiran Mendengar dan Bertutur UNIT 22 TERAS KEHARMONIAN TEMA 11: PERPADUAN Panduan Menahan Orang yang Memasuki Kawasan Perumahan Ketika Menjalankan Rondaan 1 Kita hendaklah memperkenalkan diri semasa menghentikan dan memeriksa mana-mana orang yang memasuki kawasan rondaan. 2 Kita meminta untuk melihat kad pengenalan untuk kepastian identiti seseorang semasa membuat pemeriksaan. 3 Semasa pemeriksaan, jika kita mendapati orang tersebut membawa apa-apa bahan atau barang yang salah di sisi undang-undang, barang itu hendaklah direkodkan dan diserahkan kepada polis. 4 Jika kita menghentikan dan memeriksa kenderaan, pemandu kenderaan hendaklah bersama-sama dengan kita melakukan pemeriksaan. 5 Jika pemandu enggan bekerjasama atau melakukan kesalahan, laporkan kepada ketua peronda, pihak polis atau jawatankuasa perumahan. Melaksanakan aktiviti yang dapat meningkatkan semangat kejiranan. Peranan Rukun Tetangga Menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan yang berlaku dalam anggota masyarakat. Menyiasat sebarang masalah yang telah dikenal pasti dan melaporkannya kepada pihak yang berkuasa. Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh ketua pengarah. 1 3 2 4
119 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat A B Berdasarkan bahan pada halaman 165 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, kenal pasti kesalahan kata dan frasa dalam petikan berikut. Kemudian, senaraikan dalam jadual di bawah beserta pembetulannya. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong. Aspek Tatabahasa Kesalahan Kata dan Frasa Pembetulan 1. adakah apa adakah apa-apa 2. Sejak dari dahulu Sejak dahulu 3. dibelanjakan oleh saya saya belanjakan 4. ingin pinjam wang ingin meminjam wang 5. beberapa barang-barang beberapa barang 6. oleh kerana kerana/oleh kerana 7. sangat mahal benar sangat mahal 8. wang tabung wang tabungan 9. di tahun ini pada tahun ini 10. baru baharu 11. dari semasa ke masa dari semasa ke semasa 12. lain-lain tujuan tujuan-tujuan lain 13. demi untuk memenuhi demi memenuhi 14. menyelesai menyelesaikan 15. ini kerana hal ini demikian kerana 1 Bebanan hutang boleh mengakibatkan seseorang menjadi tertekan sehingga . hilang pertimbangan diri hilang pertimbangan pendirian 2 Semenjak diberhentikan kerja COVID-19 yang lalu, Azmer sering meminjam wang daripada rakan-rakannya. sehingga pandemik semasa pandemik 3 Syahmira tidak disukai oleh rakan-rakan untuk membeli barang kemahuannya. kerana sering berhutang lalu sering berhutang
125 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 1.7.2 Berunding untuk mendapatkan persetujuan tentang sesuatu perkara secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun TP Berdasarkan bahan pada halaman 175 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, isi tempat kosong dalam dialog di bawah. Kemudian, lakonkan. Kemahiran Mendengar dan Bertutur UNIT 28 DI TANAH DAN DI AIR TEMA 14: BERBUDI KEPADA ALAM Aswad: Abang, tahukah abang tentang perancangan ibu dan ayah untuk menternak ayam? Abang : Tahu, Aswad. Setahu abang, mereka masih ragu-ragu sama ada hendak menternak ayam kampung ataupun ayam organik. Aswad: Pada pendapat abang, ayam apa yang lebih bagus dan sesuai untuk mereka ternak? Abang : Abang rasa, menternak ayam kampung lebih mudah. Ayam kampung boleh diberikan sisa makanan seperti (1) nasi, hampas, kelapa, ubi dan lain-lain lagi . Kita hanya perlu pastikan makanan dan minuman itu bermutu dan diberikan secukupnya. Pendapat kamu pula bagaimana, Aswad? Aswad: Saya juga bersetuju dengan abang kerana makanan dan minuman ayam kampung lebih mudah diperoleh. Jika ibu ayah menternak ayam organik, mereka tidak boleh memberikan (2) sembarangan makanan . Ayam organik perlukan makanan dan minuman yang dibuat daripada (3) herba . Abang : Benarkah, Aswad? Apakah contoh makanan dan minuman itu? Aswad: Betul, abang. Makanannya perlu kaya dengan (4) bahan antioksida seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut . Minuman pula seperti (5) halia bara, temulawak dan serai yang dikisar. Abang : Walau bagaimanapun, ayam organik juga ada bagusnya. Tempoh untuk menternak ayam organik tidak terlalu lama iaitu hanya (6) sebulan . Setelah itu, ayam ini boleh terus dijual. Aswad: Wah, cepatnya! Anak ayam kampung pula mengambil masa yang lebih lama untuk diternak. Abang : Mari kita beritahu maklumat ini kepada ibu dan ayah! Semoga pendapat kita membantu mereka untuk buat keputusan. Ayam Kampung ATAU Ayam Organik
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 146 A B Berdasarkan bahan pada halaman 200 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, baca dan fahami petikan. Kemudian, cari perkataan dan rangkai kata di bawah dengan menggunakan kamus atau glosari. Tulis sebuah berita tentang biojisim dengan menggunakan perkataan dan rangkai kata di atas. Kemahiran Membaca SP 2.2.1 Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat TP Perkataan dan Rangkai Kata Maksud 1 komersial Bersifat perdagangan 2 tenaga yang boleh diperbaharu Sumber tenaga yang boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat 3 kesan rumah hijau Pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas 4 melestarikan Mengekalkan 5 pengkomposan Cara semula jadi kitar semula bahan organik 6 arang teraktif Serbuk halus berwarna hitam tanpa bau dan rasa digunakan untuk pelbagai jenis rawatan 7 sekam Kulit padi yang tertanggal setelah ditumbuk 8 jerami Batang padi yang sudah kering yang padinya sudah dituai 9 dandang Tangki yang dipanaskan untuk mengeluarkan wap dalam enjin KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghadapi kekurangan tenaga dalam tempoh lima tahun akan datang jika terus bergantung pada sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Risiko itu boleh diatasi dengan meneroka sumber tenaga yang boleh diperbaharu secara berterusan seperti penggunaan biojisim. Teknologi biojisim juga telah membantu kerajaan dalam usaha melestarikan alam. Bahan buangan daripada industri kelapa sawit boleh dimanfaatkan sebagai sumber biojisim sekali gus mengurangkan kesan rumah hijau. Penggunaan biojisim secara komersial boleh membantu TNB mencapai sasarannya memiliki sumber tenaga yang maksimum. Penerokaan biojisim boleh mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
147 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik TP Kemahiran Menulis Berdasarkan bahan pada halaman 201 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, tulis karangan berkaitan dengan perkara yang terdapat dalam peta pemikiran tersebut. Usaha-usaha untuk Merealisasikan Konsep “Hijaukan Bumi” Dewasa ini, isu hijaukan bumi sering diperkatakan. Hijaukan bumi bermaksud menjadikan bumi ini hijau dengan cara melakukan penanaman pokok. Usaha ini dapat menghidupkan kembali bumi dengan diliputi tumbuh-tumbuhan. Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk merealisasikan konsep hijaukan bumi. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan kitar semula. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui kitar semula, bahan buangan dapat dikurangkan malah boleh digunakan semula. Sebagai contoh bahan yang boleh dikitar semula ialah botol plastik dan surat khabar. Jelaslah kitar semula dapat membantu menghijaukan bumi. Selain itu, usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan kempen 60 minit tanpa cahaya lampu. Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa penggunaan cahaya kita dapat membantu mengatasi masalah kenaikan suhu dunia. Sebagai contoh, setiap orang di dunia menutup lampu di rumah mereka selama sejam. Jelaslah usaha ini dapat membantu menghijaukan semula dunia kita yang semakin tua ini. Di samping itu, anugerah boleh diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menghijaukan bumi. Hal ini dikatakan demikian kerana anugerah ini boleh menjadi motivasi dan galakan untuk semua penduduk dunia. Sebagai contoh, mereka diberikan anugerah Industri Hijau, Sekolah Lestari atau Wira Alam. Jelaslah, anugerah dapat memberikan motivasi untuk menjaga alam. Kesimpulannya, pelbagai usaha boleh dilakukan untuk menghijaukan dunia. Semua pihak hendaklah berganding bahu supaya usaha ini menjadi kenyataan. Jika tidak, bumi kita ini akan menjadi tempat yang tidak lagi selamat untuk dihuni. Diharapkan bumi dapat dihijaukan dan selamat untuk dihuni.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 168 Komsas dan Novel A Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KOMSAS: Antologi Baik Budi, Indah Bahasa Pantun Kasih Sayang Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan. Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi kupandang rendah. Anak udang meniti batang, Berasa dahan terlampai; Melihat bulan dipagar bintang, Bagaikan rasa hendak dicapai. Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara) Antologi Baik Budi, Indah Bahasa 1 Apakah maksud rangkap ketiga puisi tersebut? A Menggunakan tipu muslihat untuk mengurat anak dara B Rupa seseorang yang cantik kerana mempunyai senyuman yang menawan C Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita yang cantik serta tiada bandingannya D Harapan yang tinggi terhadap seseorang 2 Maksud baris puisi “Pura-pura mencari ayam, ekor mata di anak orang” ialah A perpisahan yang berlaku tidak semestinya terpisah untuk selama-lamanya. B berpura-pura melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu tujuan. C perwatakan yang menarik akan menyebabkan kita disukai oleh ramai orang. D cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar dianggap mustahil kerana adanya kekurangan diri. 3 Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam puisi tersebut kecuali A kejujuran. B kesungguhan. C rasional. D kasih sayang. 4 Pada pendapat anda, apakah adab pergaulan yang baik antara lelaki dengan perempuan? A Tidak menutup aurat B Bersentuh-sentuhan tanpa batasan C Mengeluarkan kata-kata yang kesat D Tidak berdua-duaan di tempat sunyi
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 174 G Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Menurut Sidek, beratus-ratus ekor haiwan itu menyertai setiap satu serangan. Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem balak menetak mati kesemua yang terperangkap itu. Tindakannnya itulah yang menjerut manusia lain dengan hukuman mati. “Qadqad … qrakkk!” Bunyi itu tiba-tiba kedengaran dari arah laluan kereta api. Sejurus kemudian, deru loncatan tinggi muncul dari hutan, mengiringi objek-objek bagaikan bola bertanduk yang terbang laju. Kawasan itu seolah-olah diserbu lingkaran reben gergasi hijau kuning yang diliukkan angin. “Lari! Lari!” Sidek menjerit. Para pekerja bertempiaran meninggalkan tugas masing-masing. Pekerja yang berdekatan kapal korek terjun ke dalam lombong. Talia sempat melihat seorang lelaki tumbang dirodok Qadqad. Dodo dan Misa berlari terkontang-kanting mendukung anak-anak mereka. Melihat orang lain berlari ke arah dua bangunan di tepi lombong, mereka juga menuju ke situ. Kira-kira dua puluh meter di hadapan, Binjah dan kebanyakan pekerja termasuk Sidek, berlari memasuki salah satu bangunan. Bangunan yang satu lagi sudah ditutup. “Cepat! Cepat!” Sidek menahan pintu untuk mereka. Namun mendadak pula dia ditolak ke tepi oleh majikannya. Pintu itu ditutup pantas. (Dipetik daripada cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad”, oleh Zaniffa Azzura Abdullah, dalam antologi Baik Budi, Indah Bahasa) 1 Berdasarkan petikan cerpen tersebut, mengapakah Qadqad menyerang manusia? Qadqad menyerang manusia kerana marah kepada mandur kem balak yang telah membunuh semua keluarga Qadqad yang terperangkap dalam kejadian balak menghempap sarang tempat tinggal mereka. 2 Nyatakan perwatakan Sidek yang boleh dilihat menerusi petikan berikut. (a) baik hati (b) prihatin 3 Apakah nilai yang boleh dicontohi berdasarkan watak Dodo dan Misa? Nilai yang boleh dicontohi berdasarkan watak Dodo dan Misa ialah mereka sentiasa mengutamakan keselamatan anak-anak mereka. Contohnya, ketika kejadian diserang Qadqad, mereka berlari dengan pantas sambil mendukung anak-anak mereka. 4 Pada pendapat anda, apakah kepentingan nilai baik hati dalam kehidupan? Pada pendapat saya, nilai baik hati akan mengelakkan kita daripada menganiaya orang lain. Selain itu, orang yang mempunyai nilai baik hati juga akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. KBAT
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 176 B Latar masyarakat memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan dua latar masyarakat dan contoh peristiwa yang berlaku di tempat tersebut. Novel yang saya kaji ialah Darah Titik di Semantan. Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang berjiwa patriotik. Contohnya, Datuk Bahaman dan anak-anak buahnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air yang tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orang matamata Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah tidak boleh diberi muka di bumi Semantan. Seterusnya ialah latar masyarakat yang mengamalkan budaya bekerjasama ketika bekerja. Contohnya, Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad membina kubu di Teluk Sengarat bersama-sama. Apabila tempat itu siap, Datuk Bahaman, Mat Lela serta Tuk Selampit mengawal tempat tersebut. Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar kerana mereka bakal menghadapi 50 orang mata-mata lnggeris yang diketuai oleh Desborough manakala satu lagi pasukan terdiri daripada 300 askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali.
15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM11.90 : RM12.90 Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan peta pemikiran akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. 2.0 Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi TINGKATAN 2 BAHASA MELAYU MODULE PERFECT 2.0 9 786297 573809 ISBN 978-629-7573-80-9 MGF2