The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ujian Akhir Sesi Akademik Sejarah Tingkatan 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-05-26 23:41:03

Ujian Akhir Sesi Akademik Sejarah Tingkatan 2

Ujian Akhir Sesi Akademik Sejarah Tingkatan 2

Sejarah 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Rosle bin Yasin Tingkatan KSSM 2 Format Terkini UASA UJIAN AKHIR


ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C. 5. Jawapan Bahagian B dan Bahagian C hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 2 TINGKATAN 2 Sejarah 2 jam NAMA: KELAS: SEKOLAH:


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-2 Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. 1 Maklumat berikut merujuk kepada sebuah kerajaan Alam Melayu. • Diasaskan oleh Jayavarman II • Terletak di Lembah Sungai Mekong Apakah kerajaan Alam Melayu yang berkaitan dengan maklumat tersebut? A Funan B Angkor C Champa D Srivijaya 2 Di manakah pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya? A Dai Viet B Janaputra C Inderagiri D Palembang 3 Kerajaan Kedah Tua mempunyai bentuk pentadbiran yang mudah dengan adanya seorang ketua. Antara berikut, yang manakah tanggungjawab ketua di Kedah Tua? I Mengawal keamanan II Menjaga keselamatan III Memajukan perdagangan IV Menguruskan keagamaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4 Gaharu merupakan hasil hutan masyarakat kerajaan Alam Melayu. Apakah kegunaan gaharu? A Bahan pewangi B Bahan makanan C Produk kesihatan D Barang perhiasan 5 Tulisan masyarakat Funan berasaskan tulisan orang A Hu. B China. C Champa. D Vietnam. 6 Penemuan batu bersurat Karang Brahi dan Palas Pasemah kerajaan Srivijaya bertarikh abad ketujuh memerihalkan tentang A aspek keagamaan. B aspek pemerintahan. C kepentingan taat setia kepada raja. D kisah pemerintahan Jayavarman II.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-3 7 Antara berikut, yang manakah manfaat hubungan diplomatik kepada kerajaan Alam Melayu? I Mendapatkan perlindungan II Mengukuhkan persahabatan III Meningkatkan ekonomi kerajaan IV Memelihara kedaulatan kerajaan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8 Maklumat berikut berkaitan dengan pelabuhan awal di Asia Tenggara. Wujud pusat pentadbiran di pelabuhan tersebut Apakah jenis pelabuhan tersebut? A Pelabuhan pembekal B Pelabuhan tempatan C Pelabuhan kerajaan D Pelabuhan bebas 9 Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau. Antara berikut, yang manakah kepentingan bentuk muka bumi tersebut? I Menjadi benteng pertahanan II Memajukan bidang pertanian III Memudahkan urusan jual beli IV Menjadi panduan kapal dagang A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 10 Petikan berikut menggambarkan suasana di pelabuhan Melaka pada kurun ke-15. “ ... di pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa dituturkan, tiap-tiap satunya berlainan...” Sumber: The Suma Oriental of Tome Pires Mengapakah suasana tersebut berlaku di pelabuhan Melaka? A Perkembangan kegiatan intelektual B Peningkatan hubungan diplomatik C Kegiatan penyebaran agama D Tumpuan pedagang asing 11 Pelabuhan Batu Sawar menjadi pusat perdagangan untuk barangan yang dibawa oleh pedagang China. Apakah barangan yang dibawa oleh pedagang China? A Beras B Manik C Seramik D Wangian 12 Apakah isi kandungan karya Sulalatus Salatin yang ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612? A Menceritakan adat istiadat kerajaan Johor B Menceritakan asal usul keturunan raja Melaka C Menceritakan sejarah Kesultanan Melayu Johor D Menceritakan asal usul kemerosotan Melaka


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-4 13 Apakah faktor kewujudan Kesultanan Pahang yang baharu pada tahun 1884? A Perang saudara B Sultan digulingkan C Persengketaan pembesar D Sultan tidak meninggalkan zuriat 14 Siapakah pemimpin yang bertanggungjawab menggubal Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dikenali sebagai Itqan al-muluk bi ta’dil al-suluk? A Sultan Zainal Abidin III B Sultan Muzaffar Shah C Sultan Ala’iddin Suleiman Shah D Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah 15 Mengapakah putera Daeng Chelak bernama Raja Lumu menghadap Sultan Perak, Sultan Mahmud Shah? A Mendapatkan pengiktirafan B Mengendalikan perdagangan C Menghantar rombongan meminang D Menjalinkan hubungan persahabatan 16 Semasa Kedah di bawah pengaruh Siam pada tahun 1839, wilayah Kedah dipecahkan kepada empat unit pentadbiran. Antara berikut, yang manakah unit pentadbiran tersebut? I Setul III Alor Setar II Perlis IV Kuala Kedah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 17 Sistem pemerintahan raja yang berdaulat terpancar menerusi warisan istiadat pertabalan diraja. Mengapakah istiadat pertabalan diraja diadakan? I Lambang kemegahan raja II Hanya protokol sistem beraja III Memaklumkan kepada rakyat IV Mengabsahkan kedaulatan raja A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 18 Apakah karya menyelitkan kisah alat kebesaran diraja? A Hikayat Seri Kelantan B Detik2 Sejarah Kelantan C Hikayat Merong Mahawangsa D Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah 19 Apakah bukti yang menunjukkan Santubong muncul sebagai kerajaan yang mempunya pelabuhan di lembah sungai Sarawak? A Penemuan peralatan tembikar zaman Dinasti T’ang dan Sung B Peralatan logam yang ditemui di Sungai Rajang C Jumpaan gendang jenis Moko di Santubong D Penemuan artifak di Gua Niah 20 Perayaan Pesta Kaamatan diraikan oleh penduduk Kadazandusun dan Murut. Upacara kesyukuran semangat padi bagi penduduk Kadazandusun dijalankan oleh A Bambarayon. B Kinoingan. C Bobohizan. D Bambaazon.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-5 Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1 Terdapat ramai tokoh tempatan yang membincangkan konsep Alam Melayu. (a) Senaraikan tokoh-tokoh tempatan yang membincangkan konsep Alam Melayu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Jelaskan latar belakang kerajaan Srivijaya. [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin yang mahu melihat kemajuan kerajaannya? [4 markah] 2 Masyarakat kerajaan Alam Melayu mempunyai asas struktur sosial, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. (a) Senaraikan golongan bangsawan yang tergolong sebagai golongan pemerintah. (i) (ii) (iii) [3 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-6 (b) Senaraikan golongan hamba yang terdapat dalam struktur sosial masyarakat Alam Melayu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah sistem hamba tidak sesuai pada masa kini? [4 markah] 3 Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan kedaulatannya. (a) Apakah cabaran yang dihadapi oleh Johor Riau? (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Mengapakah tercetusnya Perang Tiga Segi antara Johor-Acheh-Portugis? [3 markah] (c) Sekiranya anda merupakan pemimpin Kesultanan Johor Riau, bagaimanakah anda menghadapi cabaran yang menggugat kedaulatan negara? [4 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-7 4 Sistem pemerintahan beraja dalam sesebuah negeri kekal diwarisi sehingga hari ini. (a) Jelaskan kedudukan raja dalam kerajaan negeri-negeri Melayu. [3 markah] (b) Huraikan peranan pembesar di jajahan atau daerah dan penghulu di mukim dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. [3 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah kita dapat mempertahankan warisan institusi beraja? [4 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-8 Bahagian C [20 markah] Jawab satu soalan sahaja. 1 Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan sistem perundangan yang mantap. Hal ini demikian telah melonjakkan Kesultanan Melayu Melaka ke arah kegemilangan. (a) Jelaskan undang-undang yang diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melayu. [6 markah] (b) Huraikan undang-undang adat yang diamalkan dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. [6 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara? [8 markah] 2 Masyarakat di Sabah mempunyai sistem pemerintahan tempatan berdasarkan lokasi tertentu. Masyarakat di kawasan pedalaman Sabah membentuk kepimpinan kesukuan manakala di kawasan lembah sungai, pentadbiran kerajaan diketuai oleh wakil raja dan ketua bebas. (a) Jelaskan sistem kepimpinan kesukuan di Sabah. [6 markah] (b) Jelaskan peranan Ketua Bebas dalam sistem kepimpinan lembah sungai di Sabah. [6 markah] (c) Andaikan anda dilantik sebagai ketua masyarakat, apakah yang anda akan lakukan bagi mewujudkan pemerintahan yang sistematik dan teratur? [8 markah]


ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C. 5. Jawapan Bahagian B dan Bahagian C hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 3 TINGKATAN 2 Sejarah 2 jam NAMA: KELAS: SEKOLAH:


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-2 1 Siapakah pemerintah Angkor yang berjaya meluaskan empayar Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar? A Jayavarman VII B Suryavarman II C Indravarman I D Jayavarman II 2 Champa menghantar utusan ke China pada abad ketiga bertujuan memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China. Apakah sekutu China yang dimaksudkan? A Funan C Vietnam B Dai Viet D Vietkong 3 Gambar berikut menunjukkan inskripsi pada Telaga Batu. Inskripsi tersebut merujuk kepada sistem pemerintahan A kerajaan Gangga Nagara. B kerajaan Majapahit. C kerajaan Srivijaya. D kerajaan Angkor. 4 Antara berikut, masyarakat manakah yang mahir dalam pembuatan barangan tembikar? A Funan C Champa B Angkor D Majapahit 5 Tulisan orang Funan berasaskan daripada tulisan orang A Hu. C Champa. B China. D Vietnam. 6 Mengapakah kerajaan Angkor membina candi Angkor Wat? A Tempat untuk beribadat B Menjadi pusat pentadbiran C Sebagai pusat perdagangan D Memperkukuhkan pertahanan negara 7 Siapakah yang mengambil peranan besar terhadap perkembangan agama Buddha dalam pemerintahan kerajaan Funan? A Indravarman C Suryavarman B Go Chai Thi D Fan Shih-man Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-3 8 Gambar berikut menunjukkan Gunung Jerai di Kedah. Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua? A Simbol penguasaan alam semesta B Lambang kekuatan pemerintah C Benteng pertahanan negeri D Sebagai penanda arah 9 Parameswara bijak memanfaatkan lokasi yang strategik dan alam semula jadi sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah pelabuhan yang maju. Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan tindakan Parameswara? A Bekerjasama C Sifat kepimpinan B Berwawasan D Berfikiran terbuka 10 Kesultanan Melayu Melaka menggunakan undang-undang Adat Temenggung. Apakah ciri dalam Adat Temenggung? A Pelantikan ketua adat B Nasab keturunan bapa C Perkahwinan luar suku D Perempuan mewarisi harta 11 Mengapakah Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama pada tahun 1540? A Kedudukannya yang strategik B Strategi pertahanan C Serangan Portugis D Kawasan berbukit 12 Mengapakah Sultan Alauddin Riayat Shah II (1597-1615) menjalinkan hubungan dengan Belanda? A Memajukan pelabuhan Johor Riau B Menghadapi ancaman Bugis Lima Bersaudara C Menarik kedatangan pedagang Eropah ke Johor D Melindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh 13 Raja Muzaffar berangkat ke Perak bersama-sama alat kebesaran untuk ditabalkan menjadi Sultan Perak. Di manakah baginda mendirikan pusat pemerintahannya? A Kampar B Chemor C Tanah Abang D Kuala Kangsar


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-4 14 Rajah berikut menunjukkan sistem pewarisan takhta negeri Perak. Raja/Sultan Raja Muda Raja Di Hilir Raja Kecil Besar Mengapakah sistem pewarisan tersebut berbentuk sedemikian? A Mengikut keturunan B Mengamalkan penggiliran C Mementingkan pengalaman D Mengutamakan kewibawaan 15 Bagaimanakah tradisi melantik pemerintah dari Minangkabau untuk menjadi raja di Negeri Sembilan berakhir? A Kemangkatan Yamtuan Radin B Kemangkatan Yamtuan Antah C Kemangkatan Yamtuan Muda D Kemangkatan Yamtuan Lenggang 16 Antara berikut, kerajaan manakah yang memberikan bantuan ketenteraan kepada Long Yunus dalam usahanya menyatukan Kelantan? I Siam II Kedah III Reman IV Terengganu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 17 Mek Mulung merupakan teater tradisional yang terkenal hingga kini di negeri A Perlis. C Kelantan. B Kedah. D Terengganu. 18 Lembaga merupakan Ketua Suku dan dilantik oleh Buapak. Apakah peranan Lembaga? A Memilih Undang C Menjadi rujukan anak buah B Memilih Buapak D Menjadi ketua adat istiadat 19 Masyarakat Kadazandusun merupakan antara suku kaum yang terbesar di Sabah dan kebanyakannya mendiami kawasan A Sugut. C Kalabakan. B Tenom. D Penampang. 20 Upacara miring semasa perayaan Gawai diraikan oleh masyarakat Iban Sarawak pada bulan Jun setiap tahun. Apakah tujuan upacara ini diadakan? A Hari pemujaan C Permulaan tahun baru B Rasa terima kasih D Permulaan mencari rezeki


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-5 1 Hubungan diplomatik merupakan hubungan politik antara dua kerajaan. Kerajaan Alam Melayu telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan India. (a) Apakah tujuan kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China? [3 markah] (b) Senaraikan kerajaan Alam Melayu yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan India. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar? [4 markah] 2 Seni bina merupakan suatu seni mereka bentuk sesebuah binaan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Kecemerlangan masyarakat kerajaan Alam Melayu dapat dilihat melalui hasil seni bina mereka. (a) Nyatakan hasil seni bina kerajaan Funan. [3 markah] (b) Jelaskan seni bina kerajaan Angkor yang berkaitan dengan aktiviti pertanian. [3 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-6 (c) Andaikan anda seorang pemimpin sebuah negara, bagaimanakah anda memajukan sektor pertanian negara? [4 markah] 3 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511. Peristiwa ini penting kerana tahun tersebut menandakan bermulanya serangan Portugis dan penaklukan ke atas Melaka. (a) Senaraikan faktor dalaman yang membawa kepada pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Apakah strategi Melaka bagi menghadapi serangan Portugis? [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada kekalahan Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis? [4 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-7 4 Jadual berikut menunjukkan hierarki dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan. (a) Nyatakan peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Jelaskan keistimewaan kedudukan wanita dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan. [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah keunikan sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan? [4 markah] Hierarki Pemerintahan di Negeri Sembilan Undang Lembaga Buapak Anak Buah dan Ibu Soko Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-8 Bahagian C [20 markah] Jawab satu soalan sahaja. 1 Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan pantai timur Sumatera. Empayar ini terdiri daripada tanah jajahan dan naungan. (a) Huraikan cara pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka. [6 markah] (b) Nyatakan kepentingan pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka. [6 markah] (c) Pada pandangan anda, mengapakah dasar perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini? [8 markah] 2 Sejarah kegiatan ekonomi masyarakat di Sarawak berkembang di kawasan pedalaman, lembah sungai dan pesisir pantai. (a) Jelaskan kegiatan ekonomi masyarakat Sarawak. [6 markah] (b) Nyatakan latar belakang suku kaum yang terdapat di Sarawak. [6 markah] (c) Sungai menjadi nadi kehidupan utama di Sarawak. Jelaskan. [8 markah]


Semenanjung Malaysia : RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.40 Sejarah Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SEJARAH Tingkatan 2 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Geografi Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Islam Judul-judul dalam siri ini: 1 2 3 Judul / Tingkatan UJIAN AKHIR 9 786294 852860 ISBN 978-629-485-286-0


Click to View FlipBook Version