The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Intervensi Pembelajaran SPM Terengganu AKRAM Ekonomi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-04-19 05:11:38

Modul Intervensi Pembelajaran SPM Terengganu AKRAM Ekonomi

Modul Intervensi Pembelajaran SPM Terengganu AKRAM Ekonomi

Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia TERENGGANU MODUL INTERVENSI PEMBELAJARAN Nota Ringkas Rumus Penting Soalan Mengikut Topik-topik Tingkatan 4 dan 5 CIRI EKSKLUSIF EKONOMI SKEMA PEMARKAHAN DISEDIAKAN DALAM KOD QR MENEPATI DSKP TERKINI Digubal oleh PANEL AKRAM Negeri Terengganu HAK CIPTA EKSKLUSIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu SPM PENERBIT MAHIR SDN BHD


Format Instrumen Peperiksaan SPM Ekonomi iv Rumus-rumus Penting v TINGKATAN 4 BAB 1 Pengenalan kepada Ekonomi Nota 1 Soalan Objektif 4 Soalan Esei 10 BAB 2 Pasaran Nota 25 Soalan Objektif 28 Soalan Esei 37 BAB 3 Wang dan Bank Pendapatan Individu Nota 50 Soalan Objektif 57 Soalan Esei 62 BAB 4 Pengeluaran Nota 69 Soalan Objektif 71 Soalan Esei 76 TINGKATAN 5 BAB 1 Ekonomi dan Kerajaan Nota 82 Soalan Objektif 91 Soalan Esei 96 BAB 2 Malaysia dan Ekonomi Global Nota 103 Soalan Objektif 110 Soalan Esei 114 Soalan Rubrik Contoh 122 Latihan 123 KANDUNGAN JAWAPAN rb.gy/5cnd4l iii © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) PENERBIT MAHIR SDN BHD


BAB 4: Pengeluaran Keluaran dan Kos Jumlah keluaran (TP) = Keluaran purata (AP) × Input berubah (L) Keluaran purata (AP) = Jumlah keluaran (TP) Input berubah (L) Keluaran sut (MP) = Perubahan jumlah keluaran (ΔTP) Perubahan Jumlah Input berubah (ΔL) Jumlah kos (TC) = Kos tetap (FC) + Kos berubah (VC) Kos tetap (FC) = Jumlah kos (TC) – Kos berubah (VC) Kos berubah (VC) = Jumlah kos (TC) – Kos Tetap (FC) Kos Purata = Jumlah kos (TC) Output Kos sut / Kos Marginal (MC) = Perubahan jumlah kos (ΔTC) Perubahan output (ΔTP) atau Perubahan kos berubah (ΔVC) Perubahan output (ΔTP) Keuntungan Firma Untung = Jumlah hasil – Jumlah Kos Untung ekonomi = Jumlah hasil – Jumlah kos (Kos eksplisit + Kos Implisit) TINGKATAN 5 BAB 2: Malaysia dan Ekonomi Akaun Semasa Akaun Dagangan + Akaun Perkhidmatan + Akaun Pendapatan + Akaun Pindahan Semasa Bersih Imbangan Dagangan Eksport barang nampak – Import barang nampak Imbangan Perkhidmatan Ekport barang tak nampak – Import barang tak nampak (Eksport perjalanan + Pengangkutan + Urus niaga kerajaan + Perkhidmatan lain ) – (Import perjalanan + Pengangkutan + Urus niaga kerajaan + Perkhidmatan lain) Imbangan Akaun Semasa Imbangan dagangan + Imbangan perkhidmatan + Imbangan pendapatan + Pindahan semasa Imbangan Keseluruhan Imbangan akaun semasa + Akaun modal + Kesilapan dan ketinggalan © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) vi PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 50 NOTA WANG 1. Wang ialah sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan. 2. Wang memainkan fungsi utama dalam ekonomi, iaitu: FUNGSI WANG Alat Bayaran Tertunda • Barang boleh dibayar secara ansuran Alat Ukuran Nilai • Membolehkan nilai sesuatu barang dinyatakan dalam harga Alat Perantaraan Pertukaran • Melicinkan dan memudahkan aktiviti jual beli Alat Simpanan Nilai • Mempunyai nilai yang stabil FUNGSI BANK PUSAT 1. Mengeluarkan Mata Wang (a) Mengeluarkan duit syiling dan wang kertas untuk memastikan jumlah penawaran wang sentiasa mencukupi dan sesuai dengan keperluan ekonomi semasa. 2. Mengawal Kestabilan Nilai Mata Wang (a) Merupakan badan rasmi bertanggungjawab mengawal kestabilan mata wang negara. (b) Mengawal nilai mata wang melalui beberapa cara, iaitu: (i) Mewujudkan sandaran minimum • Sandaran minimum sebanyak 80.59% untuk setiap unit mata wang dalam bentuk rizab antarabangsa. • Terdiri daripada stok emas, pertukaran asing, hak pengeluaran istimewa Tabung Kewangan Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF) dan kedudukan rizab di IMF. (ii) Campur tangan dalam pasaran pertukaran asing • Bertindak membeli dan menjual pertukaran asing bagi mempengaruhi nilai Ringgit Malaysia di pasaran pertukaran asing. (iii) Mengawal inflasi • Bank pusat mengawal kadar inflasi supaya berada pada paras terkawal dengan menggunakan alat dasar kewangan. 3. Jurubank kepada Kerajaan (a) Menyediakan perkhidmatan kewangan kepada kerajaan. (b) Mentadbir akaun kerajaan dengan membuat dan menerima pembayaran bagi pihak kerajaan serta menguruskan sumber dan pembayaran hutang negara. 4. Jurubank kepada Bank Perdagangan (a) Menyimpan dan mengawal rizab tunai dan rizab berkanun bank-bank perdagangan. (b) Menyediakan akaun penjelasan cek serta menjadi sumber pinjaman terakhir jika bank perdagangan mengalami masalah kewangan. 3 BAB Wang dan Bank Pendapatan Individu TINGKATAN 4 PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 52 (b) Pinjaman Pinjaman Pinjaman peribadi Pinjaman kenderaan (sewa beli) Mendiskaunkan bil pertukaran Pinjaman bercagar Pinjaman kad kredit (i) Pinjaman Peribadi • Boleh dimohon oleh individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai sumber pendapatan yang tetap. • Merupakan pinjaman jangka pendek untuk membiayai kos pendidikan, pembelian barang tahan lama seperti perabot dan komputer. • Tidak memerlukan cagaran tetapi memerlukan seorang penjamin. • Kadar faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman yang diluluskan. (ii) Pinjaman Bercagar • Pinjaman untuk membeli aset tetap atau hartanah seperti rumah dan tanah. • Merupakan pinjaman jangka panjang. • Peminjam diminta mencagarkan hartanya kepada pihak bank untuk memperoleh pinjaman tersebut. • Kadar faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman yang diluluskan. • Kegagalan membayar balik pinjaman akan mengakibatkan harta yang dicagarkan akan dilelong. (iii) Pinjaman Kenderaan (kemudahan sewa-beli) • Kemudahan ini digunakan untuk membiayai pembelian kenderaan baharu dan kenderaan terpakai. • Bank menawarkan pinjaman sehingga 90% harga kereta dan tempoh bayaran balik sehingga 9 tahun. • Peminjam dikenakan faedah dan boleh membayar balik secara ansuran. (iv) Pinjaman melalui Kad Kredit • Membeli barang atau perkhidmatan secara kredit. • Bank akan membuat bayaran bagi pihak pengeluar kad kredit dan seterusnya bank akan menuntut bayaran daripada pemilik kad kredit. • Bayaran akan dibuat secara sepenuhnnya atau secara ansuran setiap bulan oleh pemegang kad kredit. • Kadar faedah dikenakan ke atas jumlah yang belum diselesaikan. (v) Mendiskaunkan Bil Pertukaran • Bil pertukaran ialah perjanjian yang dilakukan oleh penghutang kepada pemberi hutang. • Bank membeli bil pertukaran pada harga yang lebih rendah daripada harga muka. • Apabila pemberi hutang memerlukan wang sebelum bil pertukaran matang, pemberi hutang boleh mendapatkan pinjaman daripada bank perdagangan. • Bank akan memberikan pinjaman kepada pemberi hutang dengan mendiskaunkan bil pertukaran tersebut. • Jumlah diskaun ke atas bil pertukaran merupakan kadar faedah yang dikenakan. PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 53 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 3. Menerima dan Membuat Bayaran Kemudahan Pembayaran Sistem cek Arahan kepada bank Perintah sedia ada Debit langsung Pindahan kredit Kad kredit Draf bank Kad ATM SISTEM CEK • Pemegang akaun semasa. • Digunakan oleh peniaga untuk membayar gaji pekerja dan pembelian stok. • Bank bertindak sebagai ejen pembayar dan penerima. ARAHAN KEPADA BANK Debit langsung • Pelanggan boleh mengarahkan bank membuat bayaran yang tidak tetap jumlahnya pada tarikh tertentu. • Bank akan memindahkan wang daripada akaun pelanggan untuk membayar kepada agensi yang diminta. • Contohnya: TNB, Maxis dan ASTRO. Pindahan kredit • Pihak pengurusan syarikat mengunakan pindahan kredit untuk membuat bayaran terus ke akaun penerima (bayar gaji pekerja). Perintah sedia ada • Digunakan oleh pemegang akaun tabungan atau akaun semasa. • Membuat bayaran tetap dan berulang pada tarikh yang ditetapkan. • Contoh: bayaran sewa, premium insurans, ansuran sewa beli. Draf bank • Cek yang dikeluarkan oleh bank apabila diminta oleh pelanggan. • Membuat bayaran kepada pihak tertentu. • Dikenakan caj perkhidmatan. • Contoh: kiriman wang ke dalam atau luar negara, melanggani saham baharu. Kad juruwang elektronik (kad ATM) • Urus niaga bank secara layan diri. • Contoh: membuat simpanan dan mengeluarkan wang, membuat bayaran, semak baki, pindahan wang, tambah nilai perkhidmatan Touch ‘n Go, perkhidmatan telefon mudah alih. • Kad debit – pembelian barang dan perkhidmatan di pasar raya, stesen minyak atau urus niaga melalui e-dagang. Kad kredit • Membeli barang dan perkhidmatan secara kredit. • Bayaran balik secara ansuran. • Pelanggan yang gagal membayar balik mengikut tempoh yang telah ditetapkan akan dikenakan faedah yang tinggi. • Ada juga sesetengah bank yang mengenakan yuran tahunan. PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 54 4. Perkhidmatan Lain Perkhidmatan Keterangan Perbankan Internet • Buat transaksi perbankan menggunakan komputer, telefon pintar, peranti mudah alih. • Perlukan sambungan Internet. • Contoh: bayaran bil, semak baki, pindahan akaun, buat belian, cetak penyata. Perkhidmatan lain • Pelaburan emas, urus niaga saham, unit amanah, penulisan wasiat, perkhidmatan insurans, urusan bayaran eksport dan import. 5. Prinsip Perbankan Islam Prinsip Wadiah (Pemegang Amanah) Mudharabah (Perkongsian Untung) Bai Bithaman Ajil (Jualan Secara Ansuran) Takjiri (Pindah Milik Harta Sewa) Maksud • Menjaga harta pelanggan. • Bank sebagai pemegang amanah. • Bank tidak membayar sebarang pulangan. • Pelanggan menerima hadiah/ hibah daripada bank. • Bank bertindak sebagai usahawan dan melabur wang pelanggan (pemodal) dalam bidang pelaburan yang menguntungkan. • Untung dibahagikan di antara bank dan pelanggan mengikut nisbah tertentu. • Bank menjual barang kepada pelanggan dengan bayaran tertangguh. • Harga tertentu, untung yang dipersetujui. • Pelanggan membayar secara ansuran berdasarkan syarat yang ditetapkan. • Bank membeli aset yang diperlukan oleh pelanggan. • Pelanggan membayar sewa untuk tempoh tertentu. • Setelah tamat tempoh, aset akan dipindah milik kepada pelanggan. Perkhidmatan yang Berkaitan • Akaun semasa • Akaun simpanan • Akaun pelaburan am • Akaun pelaburan khas • Pembiayaan perumahan • Instrumen deposit boleh niaga • Pembiayaan kad kredit • Pembiayaan umrah • Pembelian kenderaan, mesin atau bon JENIS-JENIS PENDAPATAN INDIVIDU 1. Pendapatan Produktif • Ganjaran yang diterima oleh buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. • Diterima oleh individu yang bekerja dengan orang lain atau majikan. Upah wang • Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal kerana kesanggupan menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang dan kesanggupan menghadapi risiko. Faedah PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 55 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) • Ganjaran kepada pemilik harta kerana memberi hak penggunaan harta kepada orang lain yang penawarannya terhad. Sewa Untung • Ganjaranyang diterima oleh usahawanyang menggabungkanfaktor-faktorpengeluaran. • Sebahagian daripada keuntungan syarikat yang dibayar kepada pemegang saham, • Contoh: dividen ASB, dividen KWSP. Dividen 2. Pendapatan Tidak Produktif • Bayaran yang diterima oleh seseorang individu tanpa menyumbangkan apa-apa terhadap proses pengeluaran. • Contoh: bayaran pencen, biasiswa, hadiah, bantuan kebajikan. Bayaran pindahan PERBEZAAN ANTARA KEPERLUAN DAN KEHENDAK Perkara Keperluan Kehendak Takrif Barangan yang diperlukan untuk manusia hidup. Barangan yang diingini oleh manusia untuk keselesaan hidup. Jenis barang Contoh: makanan, pakaian Contoh: kereta, pakej pelancongan Harga barang Harga lebih stabil kerana dikawal oleh kerajaan. Harga tidak stabil kerana ditentukan oleh pasaran. Penghidupan Manusia tidak boleh hidup tanpa keperluan asas. Manusia boleh meneruskan kehidupan tanpa kehendak. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CORAK PERBELANJAAN PENGGUNA 1. Pendapatan – pendapatan tinggi, kuasa beli tinggi. 2. Harga – harga murah, permintaan dan perbelanjaan tinggi. 3. Pengiklanan dan pemasaran – pengguna akan membeli barang yang diiklankan dan mudah diperoleh dalam pasaran. 4. Barang pengganti – pengguna beralih kepada barang pengganti yang lain sekiranya harga barang meningkat. 5. Cita rasa dan segmen pasaran – maklumat produk boleh mempengaruhi perbelanjaan pengguna. PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 56 TINGKATAN 4 BAB 3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 56 BELANJAWAN PERIBADI Membolehkan individu mendahulukan perkara yang penting – terutamanya barang keperluan Membantu individu menabung – sebahagian daripada pendapatan untuk tujuan kecemasan Membantu menyelaraskan perbelanjaan mengikut pendapatan – tidak membazir serta boros Mengelakkan hutang – kerana tidak berbelanja melebihi pendapatan Mengelakkan kenaikan harga barang (inflasi) – membolehkan individu mengawal perbelanjaan Kepentingan Belanjawan Peribadi PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 57 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Soalan Objektif 1 Pak Muiz menjual hasil pertaniannya di sebuah pasar. 5% daripada hasil jualan disimpan ke dalam akaun simpanan Lembaga Tabung Haji. Fungsi wang tersebut adalah sebagi alat A perantaraan pertukaran. B bayaran tertunda. C simpanan nilai. D ukuran nilai. 2 Situasi yang manakah betul menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai? A Cik Asma membeli kereta baharu berharga RM88 000 secara tunai B Cik Auni membayar RM160 setiap bulan untuk motosikalnya selama 5 tahun C Puan Noni menyimpan wang sebanyak RM400 ke dalam Amanah Saham Nasional setiap bulan D Puan Zizah mengunjungi lebih daripada lima kedai komputer untuk membandingkan harga mesin pencetak sebelum membeli 3 Logo berikut menunjukkan sebuah institusi kewangan di Malaysia. Fungsi yang manakah betul berkaitan dengan logo tersebut? A Menyediakan rumah penjelasan B Memberi pinjaman kepada peniaga C Menerima deposit daripada orang ramai D Mengeluarkan mata wang syiling, wang kertas dan deposit semasa 4 Maklumat berikut menerangkan peranan bank pusat. • Memberi nasihat pelaburan • Mengurus pertukaran asing • Memberi pendahuluan sementara Berdasarkan maklumat tersebut, bank pusat bertindak sebagai A jurubank kepada kerajaan. B mengawal kestabilan ekonomi. C jurubank kepada bank perdagangan. D mengawal kestabilan nilai mata wang. 5 Rajah berikut menunjukkan logo sebuah institusi kewangan di Malaysia. Pernyataan yang manakah betul tentang institusi kewangan tersebut? A Matlamatnya untuk mendapatkan keuntungan B Mengeluarkan mata wang negara C Mengawal kestabilan mata wang D Menguruskan akaun kerajaan 6 Gambar berikut merupakan suatu kemudahan deposit bank perdagangan. Antara berikut, ciri-ciri yang manakah tepat berkaitan dengan deposit tersebut? I Pemegang akaun boleh memohon kemudahan overdraf II Pendeposit tidak boleh memohon kad juruwang elektronik (ATM) III Hanya boleh mengeluarkan simpanan apabila sampai tempoh matang IV Hanya pemegang akaun semasa sahaja diberi keistimewaan menggunakannya A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7 Maklumat berikut berkaitan dengan kesan sejenis pinjaman yang ditawarkan oleh bank perdagangan. Kegagalan membayar balik pinjaman akan mengakibatkan aset yang dicagar dilelong. Jenis pinjaman tersebut ialah pinjaman A overdraf. B kenderaan. C bercagar. D peribadi. PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 59 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 17 Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pendapatan individu. Pendapatan individu = Upah + Sewa + Faedah + Dividen + Untung + X Situasi yang manakah betul menerangkan X? A Cik Ayu menerima Bantuan Prihatin Rakyat bernilai RM250 B Encik Alias menerima RM6 000 atas penggunaan rumah kedai miliknya C Puan Salmah memperoleh RM380 sebulan daripada perniagaan kerepek ubinya D Encik Salleh menerima RM5 600 setahun bagi akaun Amanah Saham Bumiputera 18 Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Rosnah. Puan Rosnah memiliki sebuah kedai dua tingkat dan tiga buah rumah. Beliau bekerja sebagai kerani kewangan dengan gaji RM2 000 sebulan. Beliau menyewakan tiga buah rumah yang dimilikinya sebanyak RM400 sebuah rumah bagi setiap bulan. Suaminya menguruskan perniagaan sendiri dan memperoleh keuntungan sebanyak RM5 700 sebulan. Puan Rosnah membayar polisi insurans nyawa untuk dirinya sebanyak RM450 pada setiap bulan. Berapakah pendapatan bulanan yang diterima oleh keluarga Puan Rosnah? A RM6 900 B RM8 450 C RM8 900 D RM9 350 19 Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan individu. Pendapatan diterima tanpa memberi apa-apa sumbangan dalam ekonomi. Antara berikut, pendapatan yang manakah betul berkaitan dengan pernyataan tersebut? I Pencen pesara kerajaan II Keuntungan perniagaan III Biasiswa IV Upah A I dan II C II dan III B I dan III D III dan IV 20 Apakah yang akan berlaku jika kerajaan menaikkan kadar cukai pendapatan individu? A Kuasa beli pengguna meningkat B Tabungan individu akan merosot C Pendapatan boleh guna akan meningkat D Individu mempunyai lebihan pendapatan 21 Maksud pendapatan boleh guna ialah A pendapatan sebenar yang boleh digunakan setelah ditolak potongan wajib. B baki pendapatan yang boleh digunakan setelah ditolak jumlah perbelanjaan. C jumlah perbelanjaan dan jumlah pendapatan sebenar yang boleh digunakan untuk membayar potongan wajib. D jumlah pendapatan yang digunakan untuk membuat perbelanjaan penggunaan sahaja. 22 Jadual berikut menunjukkan perbelanjaan dan potongan wajib Encik Fuad. Butiran RM Zakat 150 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 200 Cukai pendapatan 55 Insurans nyawa 60 Sewa 400 Berapakah jumlah potongan wajib? A RM405 C RM455 B RM410 D RM465 23 Jadual berikut menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh Puan Aisyah. Butiran RM Gaji sebulan 5 000 Tabungan 150 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 70 Cukai Pendapatan 60 Bayar sewa rumah 800 Zakat (Setahun) 1 200 Berapakah pendapatan boleh guna Puan Aisyah untuk sebulan? A RM2 720 B RM3 020 C RM3 670 D RM4 770 24 Maklumat berikut adalah mengenai Encik Zaki. Pendapatan tahunan Encik Zaki ialah RM68 000. Daripada jumlah ini, sebanyak RM7 480 dicarumkan dalam KWSP, RM750 potongan cukai pendapatan dan RM800 untuk bayaran zakat. Berapakah perbelanjaan penggunaan Encik Zaki jika tabungan adalah RM11 000? A RM47 970 C RM69 970 B RM58 970 D RM88 970 PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 60 25 Perbezaan yang manakah betul? Makanan Rumah Banglo A Pelbagai pilihan barangan Pilihan barangan terhad B Tidak mempunyai unsur kemestian Mempunyai unsur kemestian C Dipengaruhi oleh pendapatan Tidak dipengaruhi oleh pendapatan D Harga barang dikawal oleh kerajaan Harga barang tidak dikawal oleh kerajaan 26 Rajah berikut menunjukkan sebahagian langkah penyediaan belanjawan peribadi. Mencatat semua perbelanjaan tetap, perbelanjaan harian dan perbelanjaan di luar jangka. X Apakah langkah X? A Menabung baki pendapatan boleh guna B Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan C Mengenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib D Memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan boleh guna 27 Maklumat berikut berkaitan dengan satu kaedah pembayaran. Puan Azlin telah membeli set sofa untuk rumahnya dengan pembayaran secara tunai. Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan kaedah pembayaran tersebut? I Memperoleh harga barangan yang lebih murah II Mempunyai perkhidmatan selepas jualan III Meringankan beban kewangan IV Menikmati diskaun harga A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 28 Apakah kelemahan menggunakan tunai dalam sesuatu urus niaga? A Diterima secara meluas dalam urus niaga B Kurang sesuai membeli barang yang mahal seperti kereta C Memperoleh diskaun tunai mengikut syarat yang ditentukan D Menikmati harga yang murah kerana tidak melibatkan faedah 29 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri barang keperluan? I Tidak dipengaruhi oleh saiz pendapatan II Mempunyai pilihan barang yang pelbagai jenis III Dimiliki untuk mengamalkan gaya hidup masa kini IV Wujud campur tangan kerajaan dalam penentuan harga barang A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 30 Apakah kebaikan pembelian secara kredit? A Menikmati tingkat harga yang lebih murah B Menggalakkan perancangan perbelanjaan bulanan C Menambahkan beban kewangan bulanan pengguna D Meningkatkan corak perbelanjaan secara terkawal 31 Poster berikut menunjukkan iklan kereta tempatan. Hubungi Aiman: 011-976 xxxx Syarikat Laju Ligat menawarkan pembelian kereta secara kredit Harga: RM55 000 Tempoh pembayaran: 9 tahun Kadar faedah: 3% setahun Jika Puan Aina membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10%, berapakah ansuran bulanan kereta yang perlu dibayar mengikut syarat-syarat tersebut? A RM407.40 B RM582.08 C RM633.10 D RM646.76 32 Pernyataan yang manakah menunjukkan Puan Hasnita membuat pelaburan? A Membeli insuran nyawa B Membuat sekuriti pinjaman C Membeli rumah untuk didiami D Membuat simpanan dalam akaun semasa PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 61 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 33 Gambar berikut menunjukkan salah satu bentuk pelaburan yang terdapat dalam pasaran. Padanan yang manakah betul mengenai pulangan pelaburan tersebut? Tahap Risiko Pulangan Kecairan A Bebas Risiko Rendah Tinggi B Rendah Tinggi Rendah C Sederhana Tinggi Rendah D Tinggi Tinggi Rendah Pilihan jawapan bagi Soalan 34 hingga Soalan 44 berdasarkan jadual berikut. Pilihan Pernyataan I Pernyataan II A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul 34 I Wang dapat berfungsi sebagai alat bayaran tertunda kerana tahan lama. II Wang terdiri daripada wang kertas, wang syiling dan deposit semasa. 35 I Bank perdagangan menawarkan tiga jenis bentuk simpanan, iaitu akaun tabungan, akaun simpanan tetap dan akaun semasa. II Hanya pendeposit akaun semasa sahaja boleh menggunakan perkhidmatan overdraf. 36 I Sektor ketiga merupakan aktiviti menukar barang separuh siap menjadi barang siap. II Sektor ketiga juga dikenali sebagai sektor sekunder. 37 I Pendapatan faktor produktif terdiri daripada faedah, dividen, untung dan bayaran pindahan. II Untung ialah ganjaran kerana sanggup menangggung risiko. 38 I Pendapatan boleh guna diperoleh dengan mendapatkan jumlah pendapatan tahunan ditolak dengan potongan wajib. II Potongan wajib terdiri daripada bayaran insurans, pelaburan dalam Amanah Saham Nasional dan zakat. 39 I Pendapatan boleh guna boleh digunakan untuk membeli barang tahan lama. II Barang tahan lama melibatkan perbelanjaan yang kecil. 40 I Potongan wajib akan mengurangkan pendapatan semasa individu. II Contoh potongan wajib ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ditubuhkan untuk mengurus kewangan dan perbelanjaan pesara. 41 I Kepentingan belanjawan peribadi ialah mengelakkan kenaikan harga barang atau inflasi. II Inflasi akan menyebabkan kuasa beli individu menurun. 42 I Kehendak adalah sesuatu yang dipenuhi terlebih dahulu. II Contoh kehendak ialah pakej pelancongan. 43 I Pelaburan hartanah mempunyai tahap risiko yang tinggi. II Individu akan menerima pendapatan berbentuk dividen melalui pelaburan hartanah. 44 I Bayaran secara kredit menggalakkan pembeli berbelanja secara berhemat. II Bayaran secara kredit menyukarkan pembeli mendapat perkhidmatan selepas jualan. PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 62 1 Poster berikut menunjukkan iklan pakej pelancongan ke luar negara. (a) Terangkan fungsi wang yang terdapat pada iklan tersebut. [6 markah] (b) Terangkan tiga fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan. [6 markah] Soalan Esei PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 63 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2 (a) Terangkan bagaimana bank pusat mengawal kestabilan nilai mata wang. [6 markah] (b) Bandingkan antara overdraf dengan pinjaman peribadi. [6 markah] 3 Logo berikut merujuk kepada sebuah institusi kewangan bank di Malaysia. Huraikan dua perkhidmatan simpanan yang disediakan oleh bank tersebut. [6 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 64 4 Gambar berikut menunjukkan kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggannya. Jelaskan kelebihan kaedah pembayaran tersebut. [6 markah] 5 Jadual berikut berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Rosli pada suatu bulan tertentu. Butiran RM Gaji 6 000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 660 Cukai pendapatan 90 Insurans nyawa 130 Faedah simpanan 100 Zakat 70 (a) Hitung pendapatan boleh guna Encik Rosli pada bulan tersebut. [2 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 66 7 Maklumat berikut merupakan jenis kemudahan deposit bank perdagangan. • Akaun simpanan • Akaun simpanan tetap Huraikan jenis simpanan yang disediakan oleh bank perdagangan selain daripada yang terdapat dalam maklumat tersebut. [4 markah] 8 Terangkan faktor yang boleh meningkatkan perbelanjaan pengguna. [6 markah] 9 Kemajuan teknologi dan perkembangan sistem perbankan pada masa kini telah banyak membantu isi rumah dalam pengurusan pembayaran. Berikan pendapat anda secara terperinci. [6 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 67 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 10 Maklumat berikut menunjukkan suatu iklan pekerjaan. Jawatan: Kerani Pejabat • Gaji dan elaun RM2 300 • Cuti tahunan 12 hari • Pejabat berpenyaman udara • Perubatan percuma • Latihan diberikan • Peluang kenaikan pangkat • Bertugas di Kuala Lumpur • Minimum lulus SPM Jelaskan lima faktor yang mungkin menjadi tarikan untuk memohon jawatan tersebut. [5 markah] 11 Pekerjaan dalam sektor awam memberikan jaminan kerja yang tinggi. Berikan pendapat anda. [5 markah] 12 Jelaskan kepentingan belanjawan peribadi. [5 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


TINGKATAN 4 BAB 3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 68 13 Terangkan dua fitur ekonomi dalam pembelian kredit. [4 markah] 14 Huraikan sektor-sektor ekonomi dalam pekerjaan. [6 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


Semenanjung Malaysia : RM13.90 Sabah & Sarawak : RM14.90 EKONOMI Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia MODUL INTERVENSI PEMBELAJARAN MODUL INTERVENSI PEMBELAJARAN SPM TERENGGANU AKRAM EKONOMI 9 786294 711112 ISBN 978-629-471-111-2 TERENGGANU Kimia Biologi Bahasa Arab Ekonomi Prinsip Perakaunan Perniagaan Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Moral Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Matematik Matematik Tambahan Sejarah Geografi Pendidikan Islam Fizik Judul-judul dalam siri ini: Siri Modul Intervensi Pembelajaran SPM ini digubal oleh ahli panel AKRAM Negeri Terengganu. AKRAM ialah singkatan kepada Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan murid khususnya di negeri Terengganu dengan menyediakan soalan-soalan latih tubi untuk digunakan oleh murid. Hasil daripada usaha AKRAM, Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai pencapaian terbaik dalam peperiksaan di sekolah mahupun peperiksaan awam. Modul Intervensi Pembelajaran SPM ini digubal berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini yang mengandungi latihan untuk meningkatkan tahap kemahiran murid dalam topik yang dipelajari. Modul ini diharap dapat membantu murid di seluruh negara untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. SPM PENERBIT MAHIR SDN BHD


Click to View FlipBook Version