2.0 Hanijah Selamat BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 TINGKATAN5BAHASAMELAYUMODULEPERFECT20Maklumat Tambahan Pengetahuan Am Jawapan KOD QR Nota Latihan & Aktiviti PBD Peta Pemikiran KBAT Kertas Model SPM CIRI EKSKLUSIF BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH
iii Jadual Pentaksiran Murid Bahasa Melayu Tingkatan 5 vii TEMA 1 Anda Bersih, Anda Sihat 1 – 6 Cergaskan Dirimu 1 Kawal Sebelum Tular 2 Seni Memberikan Erti 4 Bersih Itu Indah 5 Kebersihan Jadi Amalan 6 TEMA 2 Sukan dan Rekreasi 7 – 14 Seni Gimrama 7 Sama tetapi Tidak Serupa 9 Gerakkan Kakimu 11 Dari Petak ke Petak 12 Mencadat Sotong 14 TEMA 3 Kerjaya Meniti Jaya 15 – 21 Suka-Suka Menjadi Kerjaya 15 Tuah di Sebalik Bungkusan 16 Berkhidmat untuk Negara 17 Ajaibnya Kuasa Tangan 19 Dunia Kerjaya 21 TEMA 4 Bersatu Kita Teguh 22 – 28 Bulat Air kerana Pembetung 22 Wisma Putra 23 Aman Makmur Malaysia 25 Uniknya Rakyat Malaysia 27 Tak Kenal maka Tak Cinta 28 KANDUNGAN
xvii © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Tajuk Kemahiran Standard Pembelajaran Tahap Penguasaan Tema 16: Integriti Indahnya Kejujuran Mendengar dan Bertutur 1.8.2 Merumus dan menilai kekuatan dan kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat yang gramatis. Seni Bahasa 4.4.3 Mempersembahkan sedutan novel secara langsung dengan kreatif dan menarik. Kronisme, Nepotisme, Kleptokrasi Membaca 2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai. Pengurusan Integriti Menulis 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa berbudaya. Untung tetapi Rugi Membaca 2.3.5 Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai. Tatabahasa 5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks. Keperibadian Penjawat Awam Menulis 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks.
25 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Berdasarkan rangka karangan pada halaman 46 dan 47 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, huraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif. AMAN MAKMUR MALAYSIA - Menulis Langkah Memupuk Perpaduan Isi 1 Peranan individu dan masyarakat – mematuhi peraturan dan undang-undang – taat kepada raja dan negara Isi 2 Peranan sekolah – kegiatan sukan, persatuan, dan kelab Isi 3 Peranan swasta – media massa, syarikat, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Isi 4 Peranan kerajaan – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Isi 5 Peranan ibu bapa – suri teladan kepada anak-anak Perenggan Isi 1 Berdasarkan jawapan murid Perenggan Isi 2 Berdasarkan jawapan murid
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 26 SP 3.4.2 Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif dengan menggunakan bahasa yang gramatis. TP Perenggan Isi 3 Berdasarkan jawapan murid Perenggan Isi 4 Berdasarkan jawapan murid Perenggan Isi 5 Berdasarkan jawapan murid
27 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Berdasarkan jawapan murid SP 1.4.2 Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan secara bertatasusila. TP Rujuk bahan pada halaman 48 dan 49 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5. Kemudian, kemukakan pendapat dan debatkan dengan rakan di dalam kelas tentang bersatu dalam kepelbagaian. KBAT UNIKNYA RAKYAT MALAYSIA - Mendengar & Bertutur IMBAS SAYA Kepelbagaian kaum, agama, adat dan budaya di dalam negara kita pasti akan menimbulkan ketegangan jika rakyat tidak memahami dan menghargai kepelbagaian ini. Untuk mengatasinya, semangat muhibah perlu dipupuk dalam kalangan rakyat negara kita. Bersetujukan anda? Menerusi aktiviti sukan Menerusi aktiviti rumah terbuka Menerusi aktiviti kokurikulum Menerusi program komuniti Menerusi amalan kejiranan Sokong/Bantah
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 32 SP 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa berbudaya. TP SP 4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan, madah pujangga dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks.
33 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) DEMI MASA HADAPAN SP 1.5.2 Bersoal jawab dalam pelbagai situasi untuk mengemukakan idea baharu bagi meningkatkan kebolehpasaran diri secara bertatasusila. TP Berdasarkan bahan pada halaman 62 dan 63 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5. Bincangkan dan bersoal jawab dalam kumpulan tentang hala laju selepas tamat persekolahan tingkatan 5. KBAT - Mendengar & Bertutur ❉ Ke manakah hala tuju anda selepas tamat tingkatan 5? ❉ Apakah yang anda minat? ❉ Apakah bakat dan kemahiran anda? ❉ Bagaimanakah anda hendak mencapai cita-cita dan kerjaya idaman anda? ❉ Apakah laluan yang perlu anda tempuhi untuk menceburi bidang kerjaya yang anda mahukan? Bekerja Tingkatan 6 Sijil kemahiran Asasi Matrikulasi Diploma Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kemahiran menggunakan komputer Menguasai lebih daripada satu bahasa Boleh bekerja secara berkumpulan Aktif dalam kegiatan kokurikulum Kemahiran berkomunikasi Kemahiran keusahawanan
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 34 Baca bahan-bahan pada halaman 64 dan 65 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 menggunakan teknik REAP. Kemudian, rumuskan pandangan penulis tentang isu yang dikemukakan. PENDIDIKAN ASAS KEMAJUAN - Membaca Petikan Gred A Bukan Ukuran Idea yang disampaikan oleh penulis Rumuskan pandangan penulis ✓ Ahli akademik mengukur kecemerlangan menerusi jumlah gred A yang diperoleh dalam peperiksaan. ✓ Kecemerlangan pelajar bagi pihak industri pula bukan hanya tertumpu pada jumlah gred A tetapi mengutamakan kemahiran insaniah pelajar. ✓ Perbezaan persepsi ini menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan meningkat. ✓ Ramai graduan kurang memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan walaupun cemerlang dalam akademik. ✓ Pelajar perlu memiliki keseimbangan antara dua kompenan tersebut untuk bersaing dalam pasaran kerja. Berdasarkan jawapan murid. Petikan Kolar Biru Bukan Kelas Rendah Idea yang disampaikan oleh penulis Rumuskan pandangan penulis • Tiada perbezaan antara sistem pendidikan teknikal dan vokasional dengan akademik arus perdana. • Kerajaan memberikan penekanan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET) untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran. • Penjenamaan semula sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional. • Melatih pelajar yang berpotensi menjadi tenaga kerja profesional dan separa profesional dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. • Menekankan pendidikan keusahawanan supaya pelajar mampu membina kerjaya sendiri. Berdasarkan jawapan murid. TP SP 2.3.5 Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
39 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) HAKIKAT POKOK PISANG A B Huraikan proses penghasilan kultur tisu pisang berdasarkan bahan pada halaman 81 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 dengan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Tulis skrip drama berdasarkan bahan pada halaman 80 dan 81 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5. Watak Danial dan Hakim Latar Tempat Di beranda rumah, ada meja dan bangku Danial berkunjung ke rumah Hakim pada waktu petang. Mereka berbual-bual di beranda rumah sambil menikmati pisang goreng dan kopi panas. Danial: Saya bercadang mengusahakan tanaman pokok pisang secara komersial. Apakah pendapat awak? Hakim: Wah, idea yang bagus! Saya cadangkan awak menggunakan anak pokok pisang yang dihasilkan menerusi kaedah kultur tisu pisang. Danial: Kaedah kultur tisu pisang? Boleh awak jelaskan? Hakim: Kaedah kultur tisu pisang dilakukan di dalam makmal. Pihak MARDI dan Jabatan Pertanian ada melakukannya. Prosesnya bermula dengan mengambil tisu pemula daripada sulur yang baik dirapikan dan dibasmi kuman. Selepas itu, tisu pemula dimasukkan ke dalam medium permulaan. Apabila tunas dan akar akan tumbuh, pindahkan ke medium baharu untuk penggandaan dan pengakaran. - Menulis - Seni Bahasa Tisu pemula diambil daripada sulur yang baik. Selepas itu, sulur tersebut dirapikan dan dibasmi kuman. Kemudian, tisu pemula dimasukkan ke dalam medium permulaan. Selepas itu tisu pemula akan tumbuh menjadi tunas. Pada peringkat ini, penggandaan tunas dan penghasilan akar berlaku. Tunas akan dipindahkan ke medium baharu yang sesuai untuk penggandaan dan pengakaran. Selepas empat hingga enam minggu, anak pokok akan dipindahkan ke dalam polibeg.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 40 SP 3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. TP SP 4.3.1 Menghasilkan skrip drama dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan menarik. Selepas empat hingga enam minggu, anak pokok sudah boleh dipindahkan ke dalam polibeg. Danial: Apakah kebaikan kultur tisu pisang? Hakim: Kaedah ini menghasilkan benih yang bebas daripada penyakit. Pembiakan boleh dilakukan secara besar-besaran dan boleh mengatasi masalah kekurangan benih. Selain itu, pokok akan tumbuh seragam. Di samping itu, tempoh penanaman lebih singkat dan hasil boleh dituai dua atau tiga bulan lebih awal. Buahnya pula berkualiti dan boleh dieksport. Menarik bukan? Danial: Saya agak bimbang tentang masalah yang bakal dihadapi seperti ancaman penyakit. Bolehkah awak terangkan? Hakim: Ancaman penyakit memang ada. Antara penyakit tanaman pisang ialah penyakit layu fusarium dan penyakit moko. Jangan risau, kaedah kultur ini akan membantu mengatasi masalah penyakit pokok pisang. Danial: Terima kasih atas penerangan awak itu. Saya akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Hakim: Sama-sama.
121 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Pemahaman Petikan Umum A Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia berkata, isu rakyat kurang menyimpan bukanlah disebabkan faktor pandemik semata-mata, sebaliknya kos sara hidup jelas menjadi faktor utama menyukarkan pengguna untuk membuat tabungan. Sehubungan dengan itu, pengguna sendiri perlu mengubah cara hidup. Pengguna tidak boleh lagi berbelanja terlalu mewah sebaliknya mengamalkan konsep kesederhanaan. Faktor gaji tinggi atau rendah tidak bermakna kita langsung tidak boleh menyimpan. Andainya gaji bulanan kita RM2 000.00, tidak bermakna kita perlu menyimpan RM1 000.00 setiap bulan. Simpanan sekecil RM30.00 sebulan sudah memadai dan dalam setahun jumlah terkumpul sebanyak RM360.00. Pada masa yang sama, beliau menasihati pengguna supaya berusaha mengurangkan perbelanjaan kurang perlu dan memberikan keutamaan pada perkara penting seperti pendidikan anak-anak, keperluan kesihatan dan seumpamanya. Dipetik dan diubah suai daripada “Gaji Rendah, Kos Sara Hidup Tinggi Sukarkan Pengguna Menabung”, oleh Ahmad Suhael Adnan, Berita Harian, 2 Februari 2023 Bahan 2 Isu kos sara hidup (KSH) sebenarnya amat terikat dengan gaji. Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan KSH menyebabkan masyarakat dibelenggu masalah kewangan. Memandangkan KSH ini meliputi perbelanjaan keperluan asas, maka jika terdapat kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan keperluan asas, maka ia akan menyebabkan kenaikan KSH. Di sisi lain, kenaikan KSH yang tidak disertai peningkatan pendapatan individu atau keluarga akan menyebabkan taraf hidup semakin merosot. Keadaan ini amat dirasai ketika pandemik COVID-19 apabila ramai kehilangan punca pendapatan atau potongan gaji. Sementara itu, rakyat selaku pengguna perlu bijak berbelanja, mula belajar tidak bermewah dalam perbelanjaan makan minum seharian, dan bijak membeli barang pada harga murah menerusi kaedah membandingkan harga barang di premis berbeza. Sedikit sebanyak perkara ini dapat mengurangkan KSH rakyat. Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Tingkat Komunikasi, Pemahaman Rakyat Hadapi Kenaikan Sara Hidup”, oleh Prof. Madya Dr. SS Doris Padmini, Berita Harian, 31 Disember 2022 1 Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata membuat tabungan. Rangkai kata membuat tabungan bermaksud melakukan simpanan. 2 Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kemukakan beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pengguna untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup. Cara yang boleh dilakukan berdasarkan Bahan 1 ialah pengguna perlu mengubah cara hidup dengan mengamalkan konsep keserdahanaan. Pengguna perlu menyimpan sebahagian daripada gaji dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Berdasarkan Bahan 2, pengguna perlu bijak berbelanja dan
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 126 D Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Berikutan krisis kemanusiaan yang meruncing di Afghanistan, Malaysia menghantar sebanyak lima tan barangan keperluan asas ke negara itu menerusi misi bantuan kemanusiaan. Misi bantuan ini adalah dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan swasta. Selain itu, Malaysia turut bersedia menghulurkan bantuan, terutamanya dalam penubuhan sistem perbankan dan kewangan Islam berdasarkan perundangan Syariah. Pihak swasta, korporat dan institusi juga bersedia menawarkan kepakaran dan pengetahuan mereka dalam membantu membina dan membangunkan semula Afghanistan. Antaranya bantuan dalam pembangunan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, perlombongan sumber mineral, telekomunikasi dan tenaga baharu. Misi bantuan kemanusiaan ini mempamerkan solidariti rakyat Malaysia dengan rakyat Afghanistan bertepatan dengan budaya prihatin masyarakat majmuk tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Dipetik dan diubah suai daripada “Malaysia Sumbang Lima Tan Barang Keperluan Asas ke Afghanistan”, berita.rtm.gov.my, 22 Februari 2022 Bahan 2 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dana bantuan kemanusiaan Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria kini sudah mencapai RM50 juta. Menurut Perdana Menteri ketika menyampaikan penerangan di Dewan Rakyat, RM40 juta akan disumbangkan ke Turkiye, manakala RM10 juta kepada Syria. Semalam, Perdana Menteri telah berlepas ke Turkiye bagi menyatakan sokongan moral kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi pada awal minggu lepas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa. Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau juga memberikan persetujuan agar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang sepatutnya berada hanya dua minggu di sana (Turkiye) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka atas permintaan Erdogan. Dipetik dan diubah suai daripada “Dana Bantuan Kemanusiaan Malaysia kepada Turkiye, Syria Cecah RM50 Juta”, oleh Zanariah Abd Mutalib, Berita Harian, 16 Februari 2023 1 Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata mempamerkan solidariti. Rangkai kata mempamerkan solidariti bermaksud menunjukkan perpaduan. 2 Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kemukakan beberapa bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Malaysia kepada negara yang dilanda krisis atau bencana. Bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Malaysia berdasarkan Bahan 1 ialah misi bantuan kemanusiaan ke Afghanistan. Selain itu, menawarkan kepakaran dan pengetahuan untuk membina dan membangunkan semula Afghanistan termasuklah membantu menubuhkan sistem perbankan dan kewangan Islam. Berdasarkan Bahan 2, dana misi bantuan kemanusiaan sebanyak RM 50 juta untuk Turkiye dan Syiria serta menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). Selain itu, Perdana Menteri turut ke Turkiye untuk menyatakan sokongan moral.
127 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 3 Sikap suka membantu perlu disemai dalam diri seseorang itu sejak kecil sama ada di rumah mahupun di sekolah. Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan pihak sekolah untuk menyemai sikap suka membantu dalam diri murid-murid? Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu selalu mengadakan aktiviti gotong-royong untuk menyemarakkan sikap kerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan murid-murid. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum yang berbentuk khidmat masyarakat. Seterusnya, guru-guru perlu sentiasa menerapkan nilai tolong-menolong dalam pembelajaran di dalam kelas supaya nilai murni ini terserap masuk dalam hati murid-murid. 4 Rumah rakan anda telah musnah dalam kejadian kebakaran beberapa hari lalu. Kejadian berlaku pada waktu awal pagi ketika dia sekeluarga sedang tidur menyebabkan mereka hanya tinggal sehelai sepinggang dan tidak sempat menyelamat barangan lain. Sebagai rakan yang prihatin, nyatakan bentuk bantuan yang boleh anda berikan kepada rakan anda sekeluarga. Bantuan yang akan saya berikan ialah sokongan moral agar dia tabah menghadapi dugaan tersebut. Selain itu, saya juga akan memberikan bantuan dari segi barangan seperti pakaian, barangan sekolah dan alat tulis supaya dia dapat ke sekolah seperti biasa. Seterusnya, saya juga akan menyumbangkan tenaga untuk membina rumah mereka semula secara gotong-royong. E Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pada hari ini masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram telah mengakibatkan ketidakseimbangan alam. Malah pengeluaran gas karbon sama ada daripada kenderaan, kilang dan pembakaran terbuka telah menyumbang kepada perubahan iklim dan cuaca. Pengurusan alam sekitar yang terbaik bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia adalah dengan mengamalkan pengurusan pembangunan dalam persekitaran sosioekonomi. Bagi memenuhi kriteria ini, projek pembangunan dalam ekonomi tidak boleh mencemarkan alam dan mengurangkan taraf kehidupan atau pendapatan sosial di sesebuah kawasan. Kedua, penilaian impak persekitaran dan kesan ekonomi yang dibangunkan ke atas penduduk tempatan perlu dijalankan oleh sesebuah badan perunding swasta dan agensi kerajaan dalam projek tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada “Kecelaruan Iklim Glogal ke Atas Pembangunan Ekosistem Mampan”, oleh Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah, Dewan Masyarakat, Februari 2023 Bahan 2 Penguatkuasaan tegas perlu diambil oleh semua agensi yang berkaitan bagi melindungi alam sekitar di negara kita. Isu pencemaran alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak kerana kesan negatif yang berpanjangan boleh menjejaskan kehidupan manusia dan juga haiwan. Antara undang-undang perlindungan alam sekitar yang perlu digunakan secara tegas untuk menghukum pihak yang melakukan pencemaran alam ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 128 Selain peruntukan undang-undang, proses penguatkuasaan juga memainkan peranan yang cukup penting. Tanpa adanya proses penguatkuasaan yang mantap, sebarang jenis peruntukan undang-undang akan menjadi sia-sia belaka. Memandangkan keadaan muka bumi negara kita yang luas, pihak kerajaan perlu memastikan agensi penguatkuasaan memiliki jumlah pegawai penguat kuasa yang mencukupi bagi memudahkan mereka menjalankan segala fungsi dan peranan mereka. Dipetik dan diubah suai daripada “Penguatkuasaan Tegas Perlu Diambil Lindungi Alam Sekitar”, oleh Muzaffar Syah Mallow, Astro Awani, 14 Mac 2019 1 Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata dipandang ringan. Rangkai kata dipandang ringan bermaksud dilihat remeh. 2 Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kemukakan beberapa langkah yang dilakukan untuk melindungi alam sekitar daripada tercemar. Langkah yang dilakukan untuk melindungi alam sekitar berdasarkan Bahan 1 adalah dengan mengamalkan pengurusan pembangunan dalam persekitaran sosioekonomi. Selain itu, penilaian impak persekitaran perlu dijalankan oleh badan perunding dalam projek tersebut. Berdasarkan Bahan 2 pula adalah dengan menghukum pihak yang melakukan pencemaran alam menerusi Akta Kualiti Alam Sekeliling. Seterusnya, penguatkuasaan yang mantap perlu dilakukan dengan jumlah penguat kuasa yang mencukupi. 3 Apabila hujan lebat turun selama beberapa jam, banjir kilat kerap kali berlaku terutamanya di kawasan bandar. Antara punca banjir kilat ialah sungai yang semakin cetek akibat pencemaran. Pada pendapat anda, apakah peranan masyarakat untuk memastikan sungai terpelihara? Pada pendapat saya, masyarakat tidak boleh membuang sampah ke dalam sungai atau melakukan apaapa aktiviti yang boleh mencemarkan sungai. Selain itu, masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kesalahan pihak yang mencemarkan sungai. Seterusnya, masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai perlulah selalu mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai agar sentiasa terpelihara. 4 Anda mendapati ada sebahagian daripada penduduk di kawasan perumahan anda membuang sampah di tepi simpang jalan utama. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut tercemar dan berbau busuk serta terdapat banyak haiwan perosak. Sebagai penduduk yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda hendak menyedarkan penduduk di situ supaya membuang sampah di tempat yang sepatutnya? Saya akan berbincang dengan jawatankuasa penduduk agar diadakan mesyuarat bagi mencari penyelesaian yang terbaik. Selain itu, saya akan menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk memohon agar disediakan tong sampah besar supaya penduduk senang membuang sampah. Seterusnya, saya akan melaporkan kesalahan penduduk yang membuang sampah di merata-rata kepada pihak berkuasa.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 136 Novel A Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Bagi peluang! Dengan orang Jepun kelak tak boleh tertawa sebab mereka main anggukangguk.” Tertawa yang mula reda tercetus lagi. Itu peristiwa malam tadi. Gelak ketawa mengisi malam sambil mereka membuat beberapa lagi gubahan. Sekarang? Mengapa kegembiraan sudah hilang? Hati, tabahlah. Rianglah sepenuhnya. Orang ingin bertunang sepatutnya gembira, usahlah berduka memang sepatutnya bergembira. Tetapi bagaimana ingin ria? Jika petang ini aku akan berangkat ke Kuala Lumpur dan esok memulakan hidup baharu selama enam bulan sebagai warga kota. “Dah siap, Lia?” tanya Nek Kiah yang tiba-tiba masuk ke bilik. Dipetik daripada Novel Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Apakah dilema perasaan yang dihadapi oleh Lia semasa hari pertunangannya? Dilema perasaan yang dihadapi oleh Lia ialah dia sepatutnya berasa gembira seperti malam sebelumnya kerana akan bertunang tetapi dia juga berasa sedih kerana pada keesokan harinya dia akan berangkat ke Kuala Lumpur untuk tinggal di sana selama enam bulan. “Lihat itu,” Muhammad Taufik berkata perlahan sambil menunjuk ke arah pucuk pokok berembang. Kini lebih banyak kelip-kelip masuk dalam ruang pandangan mata Nurul Hafsa. Kelip-kelip atau nama saintifiknya pteroptyx tener menghasilkan cahaya yang tidak mempunyai sebarang frekuensi ultraungu. Keadaan ini dipanggil cahaya sejuk kerana cahaya yang dihasilkan oleh alatan elektrik menghasilkan 90 peratus haba bagi setiap satu peratus cahaya, manakala cahaya kelip-kelip ialah 100 peratus cahaya tanpa haba. Jika kelip-kelip ini robot, pasti sudah terbakar. Cahaya kelip-kelip yang mempunyai gelombang daripada 510 sehingga 670 nanometer dihasilkan secara kimia dari bahagian bawah badannya. Terdapat lebih daripada dua ribu spesies kelip-kelip di dunia. Sehingga kini, manusia dihantui misteri untuk menghasilkan cahaya tanpa menghasilkan haba. Dipetik daripada Novel Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop Kementerian Pendidikan Malaysia 2 Nyatakan ciri-ciri cahaya pada kelip-kelip. Ciri-ciri cahaya kelip-kelip ialah cahayanya tidak mempunyai sebarang frekuensi ultraungu. Cahaya kelip-kelip juga dipanggil cahaya sejuk kerana 100 peratus cahaya tanpa haba. Selain itu, cahaya kelipkelip mengandungi gelombang daripada 510 sehingga 670 nanometer yang dihasilkan secara kimia dari bahagian bawah badannya.
137 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Matanya memandang ke bumbung zink warung Wak Min yang diterangi cahaya kalimantang. Wak Arif sedang menikmati nasi goreng kampung yang baru dihantar oleh Mak Menah. Kampung ini tidaklah terlalu mundur jika dilihat dari segi fizikalnya. Lampu kuning juga dipasang berselang tiga tiang elektrik. Jalannya sudah berturap malah rasanya jauh lebih baik daripada sesetengah tempat. Lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa. Ada pula sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian. Di hadapan kampung ini ada papan tanda besar menunjukkan arah ke bangunan-bangunan ini. Terpampang juga logo Gerakan Daya Wawasan. Jika diukur berdasarkan itu, kampung ini memang tidak ada kurangnya. “Sudah lamakah kumpulan zapin di kampung ni tak aktif, Pak Cik Bakar?”Haiqal memberanikan diri untuk bertanya. Dipetik daripada Novel Silir Daksina Karya Nizar Parman Kementerian Pendidikan Malaysia 3 Apakah kemajuan yang terdapat di kampung tersebut? Kemajuan yang terdapat di kampung tersebut ialah terdapatnya lampu kuning yang dipasang berselang tiga tiang elektrik, jalan sudah berturap, terdapatnya sekolah, balai raya dan klinik desa. Selain itu, terdapat sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian dan juga papan tanda besar yang menunjukkan arah ke bangunan-bangunan tersebut. Malam ketiga dan malam terakhir amat bermakna bagi Waheeda. Selain bergaul dengan kumpulan elit serta pengunjung profesional, perjumpaan dan pergaulan di Flamingo membuahkan satu kebetulan yang amat manis. Perjumpaan dan perpisahan semuanya takdir Tuhan. Waheeda amat mensyukuri pertemuan dengan orang daripada pelbagai latar kehidupan sepanjang berada di Singapura. Di sini, banyak pula dia mempelajari cara pengurusan pusat peranginan yang kelasnya berbintang-bintang begini. Selain itu, brosur serta pelbagai cara promosi begitu menarik sekali, khususnya bagi menarik pelancong pelbagai kategori; daripada aktiviti santai hingga aktiviti lasak. Kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa malah warga emas pun mempunyai tempat masingmasing di Flamingo. Waheeda mengagumi kepelbagaian itu dan bercadang mengklonkan idea yang baik sekembalinya ke Tajau Emas nanti. Waheeda sudah pun memasang tekad. Dipetik daripada Novel Tirani Karya Beb Sabariah Kementerian Pendidikan Malaysia 4 Apakah keistimewaan percutian di Flamingo bagi Waheeda? Keistimewaan percutian di Flamingo ialah Waheeda mempelajari cara pengurusan pusat peranginan yang kelasnya berbintang-bintang. Waheeda juga dapat bergaul dengan kumpulan elit dan pengunjung profesional. Selain itu, brosur serta pelbagai cara promosi pusat peranginan tersebut begitu menarik sekali daripada aktiviti santai hingga aktiviti lasak. Seterusnya, kanak-kanak, remaja, belia, orang dewasa dan warga emas mempunyai tempat masing-masing di situ.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 138 B Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (b) Tirani, karya Beb Sabariah (c) Silir Daksina, karya Nizar Parman (d) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop 1 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan ketabahan wanita dalam novel tersebut. Novel yang saya pelajari ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Dua peristiwa yang menggambarkan ketabahan wanita ialah ketabahan Dahlia menuntut ilmu. Dahlia menghadapi pelbagai cabaran untuk menuntut ilmu. Dahlia terpaksa meninggalkan asrama untuk menjaga adik-adiknya. Dahlia juga terpaksa mengulang kaji pelajaran di balai raya semasa kampungnya dilanda banjir. Selain itu, ketabahan Dahlia menghadapi sikap neneknya. Dahlia tetap melayani neneknya dengan baik walaupun neneknya tidak menyukai dia dan keluarga. Dia juga tetap bersabar dengan hinaan dan cercaan daripada neneknya. 2 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang mencemaskan dalam novel tersebut. Novel yang saya pelajari ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Dua peristiwa yang mencemaskan dalam novel ini ialah peristiwa Dahlia cuba menyelamatkan seorang budak yang lemas. Dahlia terus terjun ke sungai yang berarus deras apabila diberitahu bahawa Said telah tenggelam oleh kawan-kawannya. Pembaca tertanya-tanya sama ada Said berjaya diselamatkan atau tidak. Akhir Dahlia berjaya menemukan jasad Said tetapi dia sudah tidak bernyawa. Selain itu, peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah. Embong telah membunuh seekor ular sawa di dalam kebun getahnya dan membawa balik ular tersebut. Pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong hanya ingin membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut.
139 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 3 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran yang boleh diperoleh dalam novel tersebut. Novel yang saya pelajari ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Dua pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Sebagai contoh, kasih sayang ibu bapa terhadap anak seperti Embong dan Saleha sangat menyayangi anak-anak dan menaruh harapan yang tinggi agar mereka berjaya dalam pelajaran. Selain itu, kita haruslah berani menghadapi cabaran. Sebagai contoh, Dahlia berani pergi seorang diri ke Hospital Permai dari Batu Pahat semata-mata untuk menziarahi ibunya yang menerima rawatan di situ. 4 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua citra masyarakat yang digambarkan dalam novel tersebut. Novel yang saya pelajari ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Dua citra masyarakat dalam novel tersebut ialah masyarakat yang penyayang. Sebagai contoh, Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah, Embong sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung anak-anaknya yang ramai serta isterinya yang sakit. Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup meninggalkan asrama semata-mata untuk menjaga adik-adiknya ketika emaknya dimasukkan ke hospital. Selain itu, masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu. Sebagai contoh, Dahlia, Kavita dan Seri Wangi digambarkan sebagai masyarakat yang tekun dan rajin belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang bakal diduduki.
15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM11.90 : RM12.90 Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 dan peta pemikiran akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. 2.0 Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi TINGKATAN 5 BAHASA MELAYU MODULE PERFECT 2.0 9 786297 573830 ISBN 978-629-7573-83-0 MGF5