The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2022-12-04 22:10:23

MySOLUSI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

MySOLUSI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

MySOLUSI

GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
BAHASA MELAYU

2 SET UJIAN AKHIR

SESI AKADEMIK
(UASA)

BONUS GURU Tingkatan

Suplemen Guru 1

TEMAN SEIRING BUKU TEKS KSSM
BERTERASKAN DSKP
PRAKTIS MUDAH LULUS (MULUS) MemPuddaPhckan
NOTA KOMSAS LENGKAP
AKTIVITI PAK21

Audio Kemahiran Kumpulan Guru Berprestasi Tinggi

Mendengar KHAIRUDDIN AYIP
& Bertutur HAFIZUDDIN HUSSIN
FARIDAH M.LAJIS

KANDUNGAN

Bahagian 1 Sistem Bahasa .............................................................................................................. 1
Bahagian 2 Petikan Teks ............................................................................................................... 44
Bahagian 3 KOMSAS Antologi Kuingin Berterima Kasih ........................................................... 56
Bahagian 4 Novel .......................................................................................................................... 83
Bahagian 5 Ulasan ......................................................................................................................... 91
Bahagian 6 Ringkasan dan Rumusan .......................................................................................... 104
Bahagian 7 Karangan Respons Terhad ........................................................................................ 121
Bahagian 8 Karangan Respons Terbuka ...................................................................................... 128
Kemahiran Mendengar, Bertutur dan Membaca ......................................................................... 151
GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
Ujian Akhir Jawapan
Sesi Akademik

BAHAGIAN 1 SISTEM BAHASA

DSKP Tingkatan 1: Kertas 1 Kertas 1
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas yang tunggal
Bahagian A Bahagian B
dan yang mengalami pemajmukan dengan betul mengikut konteks. [Soalan 1]
15
5
Markah/%
Markah/%

KATA NAMA AM

Kata nama am merujuk manusia, benda, haiwan, tempat dan konsep secara umum sama ada bernyawa atau tidak
bernyawa.

GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.Kata Nama Am Hidup Manusia
Tak Hidup Bukan Manusia

Institusi
Bukan Institusi

Kata Nama Am Contoh
guru, ketua, datuk, buruh, peguam
Kata Nama Am Hidup Manusia kampung, gajah, jin, pokok, ubi kayu
sekolah, universiti, persatuan
Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia rumah, hospital, istana, mahkamah
senyuman, rancangan, pendapat, fikiran
Kata Nama Am Tak Hidup Institusi
iklim, kecantikan, roh, kebangkitan
Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Konkrit

Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak
Berbilang

Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Tak
Berbilang

Praktis MuLus

(a) Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata nama am yang sesuai.

surat khabar     penternak     banjir kilat
telur ayam     asing     syarikat

1 Hujan lebat selama sejam pada petang tadi merupakan punca banjir kilat di sekitar kawasan
Subang Jaya.

2 Majikan syarikat itu memberikan bonus sebanyak dua bulan gaji kepada semua pekerjanya.

3 Pekerja asing di Malaysia diingatkan agar berkelakuan baik dan tidak melibatkan diri

dengan kegiatan negatif.

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 1

4 Saya melanggan surat khabar berbahasa Inggeris setiap hari untuk meningkatkan penguasaan

dalam bahasa tersebut.

5 Ayah saya seorang penternak ayam kampung secara organik sejak lima tahun lalu.

6 Beberapa biji telur ayam yang tidak menetas di dalam sangkar itu telah tembelang.

(b) Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.

1 Semenjak ada kemudahan e-mel , jarang-jarang orang mengirim surat menggunakan pos.

2 Pak Dollah menebang pokok betik yang telah mati itu dengan menggunakan kapak .

3 Kenaikan harga tambang bas sekolah membebankan ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang
bersekolah.

4 Kambing yang memakan daun pokok bunga di halaman rumah itu mengembek apabila dihalau
oleh ayah.
GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
5 Pagi-pagi lagi, ibu dan kakak telah pergi ke pasar tani untuk membeli sayur-sayur yang segar di
situ.

6 Amirul, Ah Meng dan Muthu merupakan pemain bola sepak sekolah bawah 15 tahun.

7 Pak Cik Rosli berjaya menembak seekor rusa dengan selaras senapang ketika berburu di
hutan.

8 Kapal terbang itu berjaya mendarat dengan selamat walaupun tayar hadapannya gagal berfungsi.

9 Kepadatan penduduk di kawasan bandar menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

10 Kecantikan wajah setiap orang pasti akan pudar dan berkedut juga apabila kita semakin tua.

(c) Bina lima ayat berdasarkan gambar dan kata nama am yang diberikan.

pokok bunga
Puan Sharmila menyiram pokok bunga yang ditanam di halaman rumah.

bakul
Beberapa orang pekerja memasukkan sayur yang telah dituai ke dalam
bakul.

penyapu lidi
Datuk dan nenek menyapu sampah di halaman rumah menggunakan
penyapu lidi.

2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

BAHAGIAN 2 PETIKAN TEKS Kertas 1

Bahagian B

[Soalan 2]

DSKP Tingkatan 1: 10
Markah/%
3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang

betul, tepat dan gramatis.

3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat.

3.6.1 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk prosa bentuk puisi dan bentuk ilustrasi dengan

menggunakan bahasa yang betul dan tafsiran yang tepat.

3.6.2 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik kepada perenggan dan bahan prosa atau puisi kepada bahan

ilustrasi menggunakan ayat yang gramatis.

Format Pentaksiran

1 Calon akan diberikan beberapa petikan atau gambar yang mempunyai tema yang sama.
2 Petikan akan diambil daripada:

(a) KOMSAS
(b) bahan
(c) grafik
(d) teks rencana
(e) poster

Panduan Menjawab

1 Calon akan diajukan tiga soalan yang membawa 10 markah dengan pecahan 3 markah, 3 markah dan 4 markah.
2 Calon diminta membaca petikan dan membuat perbandingan sebelum menjawab soalan yang diajukan.
3 Calon perlu melihat markah untuk menentukan jumlah isi yang patut disertakan.

(a) Sekiranya 3 markah, perlu kemukakan dua isi.
(b) Sekiranya 4 markah, perlu kemukakan empat isi atau 2 isi (dengan huraian).
(c) Huraian yang baik perlu menyatakan SUKA (supaya/ untuk/ kerana/ agar).

Pemarkahan

1 Markah isi dan bahasa akan dinilai secara impression.
GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.

44 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

MODEL PETIKAN TEKS Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sivik Kebersihan Fizikal dan Mental

Bahan 1

Turun ke pantai cari pepahat, Pantun Gaya Hidup Sihat
Enak rasanya dimasak kari;
Amalkan gaya hidup sihat, Burung serindit hinggap di ranting,
Dalam kehidupan sehari-hari. Sayang sekali patah rantingnya;
Buah dan sayur amat penting,
Jangan dilupa air secukupnya.

Pergi ke pasar membawa raga, Pergi ke kebun sambil berjalan,
Hendak membeli buah-buahan; Hendak mengambil daun palas;
Pemakanan juga hendaklah dijaga, Beriadah bersukan jadi amalan,
Sihat dan seimbang jadi pilihan. Bersenam selalu janganlah malas.
GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
Bahan 2 Bahan 3

Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanannya yang lazat
daripada hidangan lauk-pauk, masakan panas, kuih-muih
hinggalah pencuci mulut. Hal ini menjadi satu cabaran buat orang
ramai untuk memilih makanan yang sihat dan seimbang dalam
diet seharian di samping amalan gaya hidup aktif.
Pemakanan seimbang merangkumi pelbagai jenis kumpulan
zat makanan termasuklah sayur dan buah dalam jumlah yang
bersesuaian untuk keperluan tubuh badan. Amalan pemakanan
yang sihat seharusnya dipupuk dari rumah sejak peringkat awal
usia kanak-kanak supaya menjadi tabiat dalam hidup mereka.
Secara tidak langsung, memberikan peluang kepada generasi
muda mendapat pendedahan awal mengenai amalan gaya hidup
sihat serta pemakanan seimbang.

1 Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cara pemakanan yang perlu diamalkan. Bahan hanya sebagai
Cara pemakanan yang perlu diamalkan adalah dengan makan makanan yang sihat dan panduan. Tulis dua
seimbang. Selain itu, sayur dan buah-buahan juga penting untuk diambil dalam diet isi dengan ayat yang
seharian. lengkap.
[3 markah]

2 Berdasarkan Bahan 2, nyatakan cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tulis dua isi dengan
Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah dengan mengambil makanan yang ayat yang lengkap.
sihat dan seimbang dalam diet seharian. Seterusnya, makanan seimbang merangkumi
pelbagai jenis kumpulan zat makanan dalam jumlah yang bersesuaian untuk keperluan
tubuh badan.
[3 markah]

3 Bahan 3 berkaitan dengan aktiviti riadah yang perlu dilakukan untuk kekal sihat. Tulis dua isi dengan
KBAT Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kurang gemar beriadah walaupun tahu ayat yang lengkap.

mengetahui kepentingannya?
Masyarakat kurang gemar beriadah kerana terlalu sibuk dengan urusan seharian
sehingga mereka merasakan tiada masa untuk beriadah. Seterusnya, mereka
menganggap tubuh sudah sihat dengan hanya memakan vitamin dan banyak bergerak.

[4 markah]

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 45

BAHAGIAN 3 KOMSAS ANTOLOGI KUINGIN

BERTERIMA KASIH Kertas 1

Bahagian B

DSKP Tingkatan 1: 5
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan memberikan respons peribadi tentang sinopsis,
Markah/%

tema dan persoalan dengan betul, rasional dan penuh penghayatan.

4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons peribadi tentang bentuk, huraian maksud dengan

betul, rasional dan penuh penghayatan.

4.1.3 Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi dari aspek pengulangan kata dan

singkatan kata dengan betul dan penuh penghayatan.

4.2 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan madah pujangga, dan bahasa

berirama dalam komunikasi dan penulisan.

4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam dalam komunikasi dan penulisan dengan betul, tepat dan

mengikut konteks.

4.3 Menghasilkan karya fiksyen dan puisi secara terancang.
GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
4.3.1 Menghasilkan karya fiksyen dengan mengaplikasikan kerangka penulisan sastera secara terancang dan tertib menggunakan

idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik.

4.3.2 Menghasilkan syair secara terancang dan tertib, menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik.

4.4.1 Mempersembahkan pengacaraan menggunakan sebutan, intonasi, nada, gaya dan bahasa badan yang sesuai melalui

teknik yang menarik dan berkesan.

Aspek Sastera 4 Dalam drama, watak berperanan mengembangkan
tema dan persoalan, serta plot karya menerusi dialog.
Tema
Perwatakan
1 Tema ialah persoalan utama atau persoalan pokok
yang dikemukakan dalam sesebuah karya. 1 Perwatakan ialah cara pengarang melukiskan watak,
contohnya baik hati, jujur, dan rajin. Watak dan
2 Tema tidak dinyatakan secara langsung, tetapi perwatakan dalam sesebuah cereka dapat dihuraikan
tergambar menerusi unsur-unsur yang membentuk dengan melihat sifat-sifat luaran dan dalaman
karya tersebut. watak.

3 Antara tema yang sering dikemukakan dalam 2 Pelukisan watak boleh digambarkan menerusi
sesebuah karya termasuklah kasih sayang, kegigihan, bentuk, paras rupa, dan tingkah laku, atau secara
patriotisme, pembangunan, dan pengorbanan. jasmaniah seperti perasaan, sikap, dan pemikiran.

4 Dalam sesebuah cerita, terdapat beberapa persoalan, 3 Kebiasaannya setiap watak digambarkan mempunyai
tetapi hanya ada satu tema. sikap yang berbeza dan bertentangan untuk
melahirkan konflik dalam sesebuah cerita.
Persoalan
4 Istilah yang berkaitan dengan watak dan perwatakan
1 Persoalan merupakan perkara-perkara kecil dalam adalah seperti berikut:
sesebuah karya yang ada kaitannya dengan tema. Watak utama: Watak penting yang menggerakkan
cerita.
2 Persoalan yang dilahirkan untuk memperkukuhkan Watak sampingan: Watak pembantu yang
tema yang ingin disampaikan oleh pengarang. peranannya lebih kecil berbanding dengan watak
utama.
Watak Watak hitam: Watak jahat/ buruk atau watak
antagonis.
1 Watak ialah tokoh yang mendukung sesebuah Watak putih: Watak yang mempunyai nilai-nilai
cereka. murni dan sentiasa melakukan kebaikan.
Watak bundar: Watak yang mempunyai sifat
2 Watak boleh terdiri daripada manusia dan bukan kompleks.
manusia. Biasanya yang disentuh ialah usia, Watak pipih: Watak yang tidak kompleks dan tidak
pendidikan, dan latar belakang. difokuskan dalam sesebuah karya.

3 Sesuatu watak akan diberikan sifat tertentu
termasuklah perangai dan pemikiran yang dikenali
menerusi dialog yang dituturkan dan tindakan yang
diambil.

56 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

Watak dinamik: Berkembang dan berubah dari segi GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD. Peleraian: Berakhirnya konflik yang memberikan
aksi, emosi, dan fikiran. kesan kepada pembaca.
Watak statik: Watak yang tidak berkembang dari 2 Penyusunan plot melibatkan sesuatu peristiwa
awal hingga akhir cerita. dengan peristiwa yang lain boleh bermula dengan
Watak kodi: Watak yang selalu terdapat dalam bahagian tengah atau akhir, kemudian pengarang
cerita rakyat. Kebiasaannya berperanan sebagai menggunakan teknik imbas kembali.
ketua kumpulan orang-orang jahat (atau budak- 3 Setiap cerpen kebiasaannya mempunyai satu plot
budak nakal.) yang merupakan plot utama kerana jumlah perkataan
yang terhad.
Latar 4 Bagi novel pula, selain mempunyai plot utama,
terdapat juga subplot atau plot sampingan.
1 Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan masa,
tempat, dan masyarakat. Teknik Plot
(a) Latar masa menunjukkan tempoh berlakunya 1 Teknik plot ialah cara seseorang pengarang
sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam
sesebuah cerita, contohnya waktu pagi, mengembangkan plot ceritanya supaya dapat
tengah hari, petang, atau malam. Masa juga menarik perhatian pembaca.
menggambarkan tempoh cerita itu berlaku. 2 Teknik plot boleh dibahagikan kepada beberapa
(b) Latar tempat menunjukkan tempat berlakunya jenis, iaitu:
sesuatu peristiwa dalam cerita seperti di tepi Dialog: Pertuturan antara dua watak atau lebih.
pantai, kedai, atau hutan. Menerusi dialog, tergambar sikap dan fikiran
(c) Latar masyarakat menggambarkan keadaan watak.
masyarakat sesuatu peristiwa itu yang Monolog: Pengucapan watak secara bersendirian
merangkumi agama, kepercayaan, pekerjaan, untuk meluahkan perasaan atau menyampaikan
dan nilai. Antaranya masyarakat nelayan, fikiran. Luahan perasaan atau pernyataan fikiran
masyarakat kota, dan keluarga penyayang. boleh dilahirkan dalam bentuk doa, ratapan, keluh
kesah, dan rayuan.
2 Bagi drama, latar dimaksudkan dengan gambaran Monolog dalaman: Kata hati atau pengucapan
yang tersedia di belakang prop yang diwujudkan. batin sesuatu watak. Teknik ini digunakan untuk
merakamkan isi hati, pergolakan batin, dan fikiran
3 Latar berperanan untuk mengembangkan watak dan watak yang tidak terucap dalam bentuk dialog.
perwatakan, selain mengembangkan tema, persoalan, Imbas kembali: Teknik ini bertujuan mengenang
dan plot. semula peristiwa yang pernah dialami. Peristiwa itu
boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang,
4 Dalam drama, latar memainkan peranan untuk khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman.
menerangkan tempat dan masa kejadian itu berlaku Imbas muka: Cara pengarang memberikan
serta peristiwa dalam drama itu terjadi. gambaran awal atau ramalan akan kemungkinan
terjadinya sesuatu peristiwa. Memberikan keyakinan
Plot dan pertanyaan dalam kalangan pembaca terhadap
berlakunya sesuatu kejadian.
1 Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa dalam Saspens: Peristiwa yang menimbulkan perasaan
sesuatu cereka sebagaimana yang digambarkan oleh tertanya-tanya kepada pembaca. Memberikan impak
seseorang pengarang. kepada pembaca untuk terus membaca.
Konflik: Pertentangan dua pihak dalam satu urutan
2 Perkembangan plot ini berdasarkan hukum sebab plot. Konflik juga boleh berlaku dalam jiwa watak
dan akibat. ketika membuat sesuatu keputusan. Konflik boleh
digambarkan melalui perbezaan pendapat.
3 Perkembangan plot melalui beberapa peringkat, Kejutan: Perubahan sesuatu peristiwa secara tiba-
iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks tiba tanpa diduga oleh pembaca. Kebiasaannya
(puncak), dan peleraian. berlaku kerana sesuatu peristiwa itu berbeza dengan
ramalan pembaca.
4 Plot mungkin disusun secara kronologi atau tidak
mengikut kronologi. Gaya Bahasa

Binaan Plot 1 Gaya bahasa dikenali juga sebagai cara penggunaan
1 Binaan plot terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu: bahasa yang digunakan oleh pengarang, terutama
dalam melahirkan sajak.
Permulaan: Bahagian untuk memperkenalkan
watak dan latar. 2 Gaya bahasa digunakan sebagai alat untuk
Perkembangan: Cerita terus dikembangkan untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap
menarik perhatian pembaca. persoalan yang dikemukakan.
Perumitan: Pengarang akan mewujudkan konflik
antara watak.
Klimaks: Kemuncak cerita yang memberikan
kejutan kepada pembaca.

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 57

BAHAGIAN 4 NOVEL Kertas 1

DSKP Tingkatan 1: Bahagian B
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan memberikan respons peribadi tentang sinopsis, [Soalan 3]

tema dan persoalan dengan betul, rasional dan penuh penghayatan. 10

Markah/%

Pengenalan 5 Jumlah isi berdasarkan kehendak soalan. Jika
tidak dinyatakan jumlah isi, anda dicadangkan
1 Soalan terdiri daripada satu soalan sahaja. mengemukakan tiga isi berserta contoh.
2 Soalan berbentuk esei dan wajib dijawab.
3 Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dikaji dan Cadangan Pemarkahan
GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
markah yang diperuntukkan ialah 10 markah. 1 Kriteria markah isi [6 markah]:
(a) Maksimum 3 isi [3 markah]
Keperluan Soalan (b) Bukti yang relevan dan contoh peristiwa yang
sesuai [2 markah]
1 Dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga, calon akan (c) Bukti yang relevan tanpa contoh peristiwa yang
mengkaji tiga buah novel. Kesilapan calon apabila sesuai [2 markah]
memberikan tumpuan terhadap satu-satu novel
sahaja. 2 Kriteria markah bahasa [4 markah]:

2 Perlu diingat, kemungkinan novel yang disoal dari Markah Keterangan
satu-satu tingkatan sahaja. Sebagai contohnya,
kemungkinan novel dari tingkatan dua sahaja. Cemerlang • Bahasa yang digunakan baik
Kemungkinan juga soalan dari tingkatan satu dengan 04 dan lancar.
tingkatan dua, tingkatan dua dengan tingkatan tiga,
atau tingkatan satu dengan tingkatan tiga. Baik • Penggunaan ayat yang
02 – 03 gramatis.
3 Soalan perbandingan antara dua buah novel dari
tingkatan yang berlainan juga boleh disoal. Oleh Penguasaan • Tiada kesalahan ejaan dan
itu, calon perlu mengkaji dengan mendalami setiap Minimum tanda baca.
novel dalam satu-satu tingkatan.
01 • Baik
Teknik Menulis Jawapan
• Penggunaan bahasa masih
1 Baca soalan yang dikemukakan dengan teliti dan baik dan lancar.
fahami kehendak soalan.
• Penggunaan ayat masih
2 Garis kata kunci dalam soalan yang secara jelas gramatis tetapi mempunyai
menunjukkan aspek-aspek penting. kesalahan yang minimum.

3 Senaraikan isi penting secara kasar sebelum anda • Terdapat kesalahan ejaan
menulisnya dalam bentuk esei. dan penggunaan tanda baca
tetapi agak minimum.
4 Setiap isi jawapan perlu dikemukakan dengan contoh
yang tepat. • Bahasa yang cekap.
• Ayat tidak gramatis.
• Kesalahan ejaan dan tanda

baca yang ketara.

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 83

Praktis MuLus Novel

Berdasarkan DSKP, calon perlu memberikan penekanan aspek sinopsis, tema dan persoalan sahaja.

Isi tempat kosong dengan ayat, frasa atau bukti yang sesuai.

(i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(ii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.

Zon 1 Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia)

Sinopsis GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.

Novel Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul, seorang murid

(1) tingkatan lima yang berbakat dalam sukan olahraga. Kamarul menjadi popular dalam sekelip mata
setelah memenangi beberapa butir pingat dalam kejohanan yang disertainya menerusi kejohanan peringkat MSSM
dan Sukan SEA di Brunei. Di sebalik kejayaan yang diraih, sikap Kamarul mulai berubah. Dia jarang-jarang berbual
dengan rakan-rakan di sekolah dan menunjukkan sikap kurang senang apabila ditegur oleh guru-guru di sekolahnya.

Malah, Kamarul memarahi Saridah yang menasihatinya supaya tidak bersikap (2) sombong . Lebih

memburukkan keadaan, Kamarul enggan menjalani latihan (3) kecergasan bawah bimbingan Encik

Kadir kerana dia merasakan latihan tersebut sama sahaja dan amat membosankan. Kamarul tidak mematuhi jadual

latihan dan kerap ponteng tanpa sebarang sebab. Kamarul lebih gemar berlatih sendirian. Rupa-rupanya, ada seorang

pelari yang lain yang sedang berusaha dengan gigih untuk mengatasinya, iaitu Sures Menon.

Dalam pemilihan ke Sukan SEA di Bangkok, Sures Menon berjaya mengalahkan Kamarul. Kemudian Encik Kadir

menasihatinya, namun Kamarul tidak (4) menghiraukan nasihat itu malah bersikap kasar terhadap Encik

Kadir dengan melemparkan pingat yang diberikan sebagai pembakar semangat oleh jurulatihnya itu. Kamarul amat

runsing. Persahabatannya dengan Saridah semakin renggang. Hubungannya dengan Encik Kadir dan kawan-kawan

sekolah sudah pun renggang menyebabkan perasaan Kamarul amat tertekan. Tanpa memandang ke kiri jalan yang

sibuk, Kamarul terus (5) melintas jalan lalu dilanggar kereta. Kamarul mengalami kecederaan

pada bahagian lutut, muka dan mata. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul.

Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadi titik keinsafan bagi Kamarul dan dia mulai

berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani latihan semula dengan bimbingan Encik

Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Semasa Kamarul, Sures dan Rajip diuji, ternyata

Kamarul tercicir di (6) belakang . Kamarul bimbang akan kecederaannya tetapi Encik Kadir

menasihatinya agar bersabar. Hasrat Kamarul untuk mewakili negara telah direstui oleh pihak sekolah. Kamarul dan

kontinjen Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan Sukan SEA ke-14.

Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan bertemu dengan (7) De Wega , pelari dari

Filipina yang amat dikagumi. Dia mengiktiraf Kamarul sebagai pelari yang mampu memberikan cabaran serta

menasihati Kamarul supaya menjadi seorang atlet yang berdisiplin, mematuhi arahan jurulatih, tidak mudah putus

asa dan sentiasa menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan sekiranya mahu menjadi atlet negara yang dikagumi.

Kemudian, Kamarul dan Sures bertanding dalam acara 100 meter dan (8) 400 meter . Mereka akan

ditentang oleh pelari dari Filipina, Indonesia, Singapura, dan Thailand di Stadium Nasional, Bangkok. Berita kejayaan

Kamarul sebagai atlet Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Encik Kadir sempat memberikan pingat yang

pernah dilemparkan oleh Kamarul dulu dan meminta Kamarul mengikat pingat itu di pinggangnya. Kamarul merasai

satu resapan semangat baharu ketika memegang pingat itu. Dalam kedua-dua acara tersebut Kamarul berjaya meraih

pingat (9) emas . Kamarul telah berjaya mencipta rekod baharu Sukan SEA dan negara dalam

acara 100 meter pecut.

Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong

kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk (10) bersara

84 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

BAHAGIAN 5 ULASAN Kertas 1

Bahagian C
[Soalan 1]

Pilihan

DSKP Tingkatan 1: 15
3.4.4 Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita menggunakan ejaan yang betul dan
Markah/%

bahasa yang tepat, indah serta menarik.

3.6.2 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik kepada perenggan dan bahan prosa atau puisi kepada bahan

ilustrasi menggunakan ayat yang gramatis.

Mengenal Bentuk Ulasan Panduan Mengira Perkataan

1 Soalan dalam pelbagai bentuk seperti iklan, 1 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
ilustrasi, graf, gambar foto, jadual, poster, gambar GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
mengandungi frasa idea. (a) Tarikh

2 Panjang ulasan antara 80 hingga 100 patah perkataan. (b) Gelaran

Cara Menjawab (c) Angka yang ditulis dengan nombor atau

1 Baca kata kunci soalan untuk mengetahui kehendak perkataan
soalan.
(d) Penggunaan kata depan “di” dan “ke” tidak
2 Calon dicadangkan menulis sekurang-kurangnya
empat idea yang mengandungi tersurat dan tersirat. dikira satu perkataan

3 Pendahuluan dan penutup tidak perlu, namun jika Panduan Permarkahan untuk Guru
calon menulisnya tidak menjadi kesalahan.
1 Pemeriksa akan memberikan penekanan terhadap
4 Lebih mudah dan tepat jika mengembangkan idea idea yang ditulis oleh calon.
tersirat berdasarkan contoh atau kesan daripada fakta
idea tersurat. 2 Ulasan yang ditulis akan dinilai secara tanggapan
(impression) berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
5 Digalakkan meletakkan peribahasa atau kata-kata
hikmat untuk menunjukkan keindahan bahasa. 3 Pemeriksa akan menandakan kesalahan bahasa
seperti penandaan jawapan karangan.

Markah Idea Bahasa
Cemerlang
[13 hingga 15 markah] • Idea tersurat dan tersirat yang • Ayat masih gramatis
bersesuaian dengan bahan • Kosa kata luas
Baik • Ejaan dan tanda baca masih betul
[09 hingga 12 markah] • Ulasan idea yang jelas • Penandaan wacana masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum
Penguasaan Minimum
[01 hingga 04] • Idea tersurat dan tersirat yang • Ayat masih gramatis
bersesuaian dengan bahan • Kosa kata luas
• Ejaan dan tanda baca masih betul
• Ulasan idea yang kurang jelas • Penandaan wacana masih betul
• Kesalahan bahasa yang masih minimum

Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap

Cara Penandaan dan Pemberian Markah Ulasan

1 Pemeriksa dikehendaki menandakan (✓) apabila terjumpa idea.
2 Baca dan periksa setakat 100 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
3 Buat satu garisan panjang selepas 100 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 91

Cara Mudah Menulis Ulasan

TEKNIK I+C/K Sivik Kebersihan Fizikal dan Mental

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Antara sarapan yang berkhasiat: SARAPAN BERKHASIAT
3  Roti gandum
3  Bijirin •  Sarapan penting untuk kesihatan
3  Telur •  Membekalkan tenaga sepanjang pagi

GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.Pendahuluan

Setiap pagi, kita perlu bersarapan dengan makanan yang berkhasiat dan seimbang sebelum ke
sekolah.

Isi Tersurat Isi Tersirat
[Berdasarkan Bahan Rangsangan] [Menghuraikan Lebih Lanjut Isi
Tersurat Berdasarkan CONTOH atau

KESAN]

1 Antara sarapan yang berkhasiat ialah roti 1 [Kesan] Makanan tersebut mengandungi ⎫

gandum. serat dan karbohidrat yang tinggi.

2 Kita juga elok memakan bijirin yang 2 [Kesan] Walaupun sarapan ini ringkas ⎪ Boleh semua
mudah disediakan. namun bijirin mengandungi zat besi, serat ⎪ contoh, semua
dan kalsium. ⎬ kesan, atau kedua-
⎪ duanya sekali.
3 Telur rebus juga elok dijadikan sarapan. 3 [Kesan] Telur mengandungi protein, ⎪

asid lemak dan omega 3 yang baik untuk ⎪
tubuh kita. ⎭

Penutup [KBAT/Pendapat sudut berbeza]

Sarapan menjadi alas perut untuk memastikan kita bertenaga ketika menghadapi sesi
pembelajaran di dalam kelas.

92 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

BAHAGIAN 6 RINGKASAN & RUMUSAN

DSKP Tingkatan 1: Kertas 1
3.5.1 Menulis isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.
Bahagian C
[Nota: Walaupun rumusan tiada dalam DSKP, tetapi disertakan juga latihan untuk membiasakan murid [Soalan 2]
menghadapi PT3]
Pilihan

15

Markah/%

Format Pentaksiran GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD. 2 Jika tanpa kata kunci, kehendak soalan biasanya
diperoleh dalam perenggan yang pertama.
1 Calon akan diberikan sebuah petikan sekitar 250
hingga 300 patah perkataan. 3 Calon perlu menulis pendahuluan dan penutup.
4 Calon digalakkan menjawab dalam tiga perenggan;
2 Calon diminta meringkaskan petikan tidak melebihi
100 patah perkataan. pendahuluan, isi dan penutup.
5 Pendahuluan menulis kata kunci soalan.
Panduan Menulis Ringkasan 6 Penutup cadangan berbeza (isi tersirat).
7 Elakkan daripada memberikan isi sendiri (kecuali
1 Calon diminta menggaris kata kunci yang diberikan
dan fahami maksud kata kunci tersebut. Biasanya dalam penutup).
kata kunci berbunyi “sebab-sebab”, “faedah-faedah”,
“keistimewaan”, “cara-cara”, dan “faktor-faktor”. Tip Menjawab Ringkasan dan Rumusan

2 Kemudian calon perlu membaca sekurang-kurangnya 1 Kebiasaannya setiap petikan mengandungi 8 hingga
dua kali. Jika menemui isi berdasarkan kata kunci 10 isi. Calon digalakkan menulis seberapa banyak
yang diberikan dalam setiap pembacaan, sila garis isi yang ditemui, asal sahaja tidak melebihi had
ayat tersebut. perkataan yang ditetapkan.

3 Kemudian calon diminta menulis ringkasan dalam 2 Calon tidak boleh melebihi 100 patah perkataan
satu perenggan sahaja. dan kebiasaannya hanya 103 patah dibenarkan (had
tersebut boleh bertukar).
4 Elakkan daripada memberikan isi sendiri.
5 Calon tidak perlu menyertakan pendahuluan dan 3 Selepas selesai meringkaskan atau merumuskan
petikan dan mengira jumlah perkataan, calon
penutup. hendaklah membaca sekali lalu untuk memastikan
tiada kesalahan ejaan.
Panduan Menulis Rumusan
4 Akhir sekali, catatkan jumlah perkataan di bahagian
1 Calon akan diberikan sebuah petikan tanpa kata bawah di sudut kanan.
kunci atau kemungkinan ada kata kunci.

Cadangan Pemarkahan

MARKAH ISI RINGKASAN

ISI BILANGAN ISI MARKAH

Idea Utama 5 5 (1 isi × 2 markah)

Tip: Jumlah isi yang diperlukan akan berubah mengikut ketetapan LPM. Oleh itu, tulislah seberapa banyak isi.

ISI MARKAH ISI RUMUSAN MARKAH
Idea Utama BILANGAN ISI 2 (1 isi × 2 markah)
Idea Sokongan 1 6 (6 isi × 1 markah)
Kesimpulan 6 2 (1 isi × 2 markah)
1
104
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

MARKAH BAHASA RINGKASAN DAN RUMUSAN

Peringkat Markah Bahasa Huraian Bahasa
Cemerlang
04 – 05 • Kesinambungan isi begitu baik
Baik • Struktur ayat/ tatabahasa baik
• Kosa kata yang luas
Penguasaan Minimum • Tanda baca/ ejaan betul

02 – 03 • Kesinambungan isi masih lagi baik
• Struktur ayat/ tatabahasa masih baik
• Kosa kata masih memuaskan
• Tanda baca/ ejaan juga memuaskan

00 – 01 • Pada keseluruhannya serba kekurangan

Perkataan Dikira Sebagai Satu Perkataan

Nama khas Kementerian Pendidikan Malaysia

Kata majmuk atur cara

Kata depan “di” dan “ke”GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.di belakang/ ke rumah

Tarikh 10 Julai 2021

Kata ganda bertiga-tiga

Angka yang ditulis dalam perkataan enam ratus tujuh puluh dua

Gelaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Model Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah
amalan gotong-royong. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sivik Kebersihan Fizikal dan Mental

Amalan gotong-royong biasanya dikaitkan dengan masyarakat desa. Sebenarnya, gotong-royong ini
perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat sama ada di kampung atau di bandar. Amalan ini
mampu memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Gotong-royong juga dapat mengeratkan S1
hubungan antara golongan muda dengan golongan tua. Aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua S2
5 ahli masyarakat pelbagai kaum sudah tentunya membuka ruang untuk saling mengenali secara harmoni S3
tanpa mengira latar belakang.

Selain itu, menerusi amalan gotong-royong juga kita dapat menjamin persekitaran yang bersih, S4
sekali gus menjadikan masyarakat berada dalam keadaan sihat. Kebiasaannya amalan gotong-royong S5
ini dilakukan oleh orang lelaki. Mereka akan membahagikan tugas sebelum aktiviti gotong-royong
10 diadakan. Setiap peserta tahu tanggungjawab mereka untuk membawa peralatan yang diperlukan bagi
menjalankan gotong-royong. Suasana ini dapat menimbulkan toleransi dan persefahaman dalam kalangan S6
masyarakat. Kerja-kerja yang dibahagikan itu biasanya mengikut kemampuan para peserta. Orang muda
dan bertenaga akan membuat kerja-kerja berat manakala golongan tua dan kanak-kanak membuat kerja-
kerja mudah. Hal ini sesuai dengan peribahasa “ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” yang menjadi
15 amalan masyarakat Malaysia.

Menerusi aktiviti ini, semua kerja dapat dijalankan dengan mudah dan cepat daripada dilakukan S7
secara bersendirian. Melalui amalan gotong-royong ini juga kita dapat menerapkan sikap hormat- S8
menghormati antara ahli masyarakat. Golongan tua dan muda akan dapat mengeratkan kasih sayang.
Jika kaum lelaki berperanan untuk membuat kerja-kerja yang berat, maka kaum wanita pula biasanya
20 berperanan untuk menyediakan makanan dan minuman.

Juadah yang disediakan oleh wanita itu bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga malah
mengurangkan kepenatan mereka yang bergotong-royong. Amalan gotong-royong ini secara tidak
langsung berjaya memupuk perpaduan masyarakat yang pelbagai kaum untuk sama-sama memerah S9
keringat bagi membersihkan persekitaran. Sesungguhnya, jika gotong-royong terus diamalkan, budaya S10
25 menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan.

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 105

BAHAGIAN 7 KARANGAN RESPONS TERHAD

KARANGAN PENDEK Kertas 2

Bahagian A

DSKP Tingkatan 1: 10
3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang sesuai secara terancang dan kemas
Markah/%

menggunakan bahasa yang tepat.

3.4.4 Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah

serta menarik.

Kedudukan Soalan Karangan Cadangan Pemarkahan

1 Soalan ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu calon Kriteria Markah Bahasa [4 Markah]
akan diberikan beberapa perkataan/ frasa dan GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
beberapa idea. Markah Keterangan

2 Berdasarkan perkataan/ frasa tersebut, calon diminta Cemerlang • Bahasa yang digunakan baik dan
membina beberapa ayat. 04 lancar.

3 Berdasarkan idea, calon mengembangkannya • Penggunaan ayat yang gramatis.
menjadi sebuah ayat yang lengkap. • Tiada kesalahan ejaan dan tanda

4 Calon perlu menulis karangan antara 50 hingga 80 baca.
patah perkataan.
Baik • Penggunaan bahasa masih baik dan
5 Masa yang dicadangkan selama 15 minit. 02 – 03 lancar.

Cara Menulis • Penggunaan ayat masih gramatis
tetapi mempunyai kesalahan yang
1 Calon diminta mengembangkan frasa atau idea minimum.
menjadi ayat yang lengkap.
• Terdapat kesalahan ejaan dan
2 Frasa atau idea yang diberikan WAJIB ditulis. penggunaan tanda baca tetapi agak
3 Calon boleh menulis dalam satu perenggan atau minimum.

beberapa perenggan. Penguasaan • Bahasa yang cekap.
4 Calon perlu menulis pendahuluan dan penutup. Minimum • Ayat tidak gramatis.
5 Cara paling mudah, calon perlu mengira jumlah frasa
01 • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang
atau idea. Setiap frasa atau idea perlu dikembangkan ketara.
dalam satu ayat. Sekiranya diberi lima frasa/
idea, calon akan memperoleh lima ayat. Tambah Kriteria Markah Isi [6 Markah]
pendahuluan dan penutup akan menjadi tujuh
ayat. Sekiranya setiap ayat mengandungi sepuluh Peringkat Markah
patah perkataan, bermakna calon berjaya
menulis 70 patah perkataan. Calon hanya perlu Cemerlang 08 – 10
menambah satu ayat lagi untuk mencukupkan
menjadi 80 patah perkataan. Baik 06 – 07
6 Calon boleh menulis melebihi 80 patah perkataan,
tetapi jangan melebihi masa yang ditetapkan kerana Penguasaan Minimum 03 – 05
boleh mengurangkan masa untuk menulis Karangan
Bahagian B. Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum 00 – 02

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 121

Model Karangan Pendek Tema 1 Amalan Gaya Hidup Sihat

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah

perkataan. Sivik Kebersihan Fizikal dan Mental

beriadah merehatkan minda

senaman menggerakkan Beriadah di Tepi peluh akan membasahi
anggota badan Tasik baju

berjoging mengelilingi tasik bertegur sapa pengunjung yang lain

GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
Pada hari minggu, saya dan abang saya akan berjoging di tepi tasik yang tidak jauh dari rumah.
Kami beriadah untuk merehatkan minda setelah seminggu sibuk menghadapi pelajaran. Biasanya, setelah habis
satu pusingan, kami akan melakukan senaman menggerakkan anggota badan. Ketika itu, peluh akan membasahi
baju dan badan pula berasa segar. Walaupun badan sudah letih, kami akan berjoging mengelilingi tasik sekali lagi.
Sambil berlari-lari anak, kami akan bertegur sapa dengan pengunjung yang lain.
Sekitar pukul 8.30 pagi, kami akan berbasikal pulang ke rumah dengan perasaan yang puas.

PRAKTIS 1 Mulus Tema 2: Beringat Supaya Selamat

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah

perkataan. Berdasarkan Frasa

Sivik Hormat-menghormati

Pentingnya Mematuhi Lampu Isyarat

warna kuning – warna merah – warna hijau – ingin cepat sampai – berlakunya kemalangan – kemalangan akan
menyusahkan pengguna – kesesakan di jalan raya

Praktis MuLus: Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Mematuhi warna lampu isyarat amat penting ketika (1) berada di jalan raya.

Pemandu perlu bersedia untuk berhenti apabila warna kuning menyala. Ketika warna merah, pemandu mesti

(2) berhenti . Apabila lampu warna hijau menyala, barulah kenderaan boleh (3) bergerak .

Sesetengah pemandu tidak menghiraukan lampu isyarat kerana ingin cepat sampai. Kegagalan mematuhi lampu

isyarat boleh (4) menyebabkan berlakunya kemalangan. Sesungguhnya, kemalangan akan menyusahkan

pengguna lain. Kesesakan di jalan raya boleh memberikan tekanan (5) perasaan kepada pengguna

jalan raya. mengikut peraturan yang ditetapkan di jalan raya.
Oleh itu, kita perlu (6)

122 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

BAHAGIAN 8 KARANGAN RESPONS TERBUKA

KARANGAN UMUM Kertas 2

Bahagian B

DSKP Tingkatan 1: 30
3.4.1 Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang sesuai secara terancang dan kemas
Markah/%

menggunakan bahasa yang tepat.

3.4.2 Menulis perenggan pendahuluan dengan membina ayat tema, ayat rangsangan dan ayat arahan secara terancang, tertib

dan kemas menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

3.4.3 Menulis perenggan isi dan kesimpulan yang kemas menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat.

3.4.4 Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah

serta menarik.

Kedudukan Soalan Karangan GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD. (c) Setiap kata kunci yang ditemui, perlu digaris
agar kehendak soalan difahami.
1 Sebuah bahan grafik atau gambar akan diajukan
sebagai bahan rangsangan. 2 Menyediakan Rangka Karangan
(a) Bahan yang diperoleh jangan terus ditulis.
2 Sebanyak tiga tajuk diberikan dan calon diminta Catatkan dalam kertas, kemudian susun; idea
memilih salah satu daripada tajuk tersebut. yang penting didahulukan, kemudian cari
contoh yang berkaitan bagi memantapkan idea
3 Calon diminta menulis sebuah karangan yang tersebut.
panjangnya tidak kurang daripada 180 patah (b) Aspek bahasa perlu diberi perhatian, termasuklah
perkataan dalam tempoh sekitar 45 minit. aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca, perenggan,
dan pemilihan kata yang tepat.
Mengenal Bentuk dan Jenis Karangan
3 Perenggan Pendahuluan
1 Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan, iaitu: (a) Perenggan pendahuluan mestilah berdasarkan
(a) Karangan berformat khusus rangka pendahuluan yang disediakan.
(b) Karangan berformat umum (b) Perenggan pendahuluan amat penting untuk
menarik perhatian pemeriksa untuk terus
2 Karangan berformat khusus seperti surat kiriman membacanya.
rasmi, surat kiriman tidak rasmi, laporan, ucapan/
syarahan/ ceramah/ peribahasa, wawancara, ulasan, 4 Perenggan Idea
dan rencana. Jika tidak mematuhi format yang (a) Setiap idea perlu ditulis dalam sebuah
ditetapkan, calon akan kehilangan tiga markah. perenggan. Untuk memantapkan idea, perlu ada
huraian dan contoh yang bersesuaian. Faktor
Persediaan Awal Sebelum Menulis lain seperti maklumat tambahan, ulasan, dan
Karangan memberi kesimpulan boleh dimasukkan dalam
perenggan idea.
1 Sebagai persediaan awal, calon perlu (b) Setiap idea perlu ada wacana yang bersesuaian
mengemaskinikan pengetahuan tentang isu-isu agar keterangan setiap idea tidak terputus dan
semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, dapat memperlihatkan kesatuan idea yang
televisyen, mahupun Internet. mantap.

2 Calon juga perlu menguasai asas-asas penulisan 5 Perenggan Penutup
supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang (a) Penutup perenggan berupa kesimpulan, di
kukuh dan terlihat akan kematangan menulis. samping pendirian tentang sesuatu tajuk.
(b) Kesimpulan mestilah padat dan sama panjangnya
Strategi Menulis Karangan dengan pendahuluan dan idea.

1 Memilih Soalan yang Tepat Menyemak Karangan
(a) Soalan yang hendak ditulis bersesuaian dengan
pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan calon 1 Sebelum menyerahkan karangan kepada pemeriksa,
agar karangan yang ditulis tepat, padat, dan calon perlulah menyemak karangan tersebut terlebih
bernas. dahulu.
(b) Calon perlu memahami kehendak soalan
dengan mencari kata kunci pada setiap soalan, 2 Pastikan tiada idea penting tertinggal dan penggunaan
contohnya: penanda wacana yang bersesuaian.

bincangkan, bahaskan, berikan pendapat, 3 Semak aspek bahasa yang meliputi tatabahasa, ejaan,
ceritakan, gambarkan, huraikan, dan ulaskan tanda baca, dan penggunaan kata yang tepat.

128 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

Kriteria Menilai Kemahiran Menulis

Bahasa Idea Pengolahan
(a) Kegramatisan (a) Idea berkembang (a) Pengolahan
(b) Kata (Morfologi) (b) Huraian idea (b) Pemerengganan
(c) Ayat (Sintaksis) (c) Contoh (c) Format
(d) Ejaan dan tanda baca (d) Unsur keindahan bahasa/ ungkapan menarik
(e) Kosa kata
(peribahasa, kata-kata hikmat, hadis, puisi)

Kriteria Penskoran

Peringkat/ Markah/Ciri-ciri Karangan

Cemerlang [26 – 30] Kepujian [20 – 25]

Idea Idea

(a) Idea relevan dengan tugasan (a) Idea relevan dengan tugasan
GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
(b) Huraian idea jelas, menarik dan matang (b) Huraian idea jelas dan menarik

(c) Contoh yang sesuai (c) Contoh yang sesuai

Bahasa Bahasa

(a) Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis (a) Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis

(b) Penggunaan kosa kata luas dan tepat (b) Penggunaan kosa kata luas

(c) Ejaan dan tanda baca betul (c) Ejaan dan tanda baca yang betul

(d) Kesalahan bahasa minimum (d) Kesalahan bahasa minimum

Pengolahan Pengolahan

(a) Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan (a) Pengolahan menarik dan berkesan dengan

pemerengganan yang sesuai pemerengganan yang sesuai

(b) Format menepati kehendak tugasan (b) Format menepati kehendak tugasan

(c) Penggunaan penanda wacana tepat (c) Penggunaan penanda wacana sesuai

(d) Penggunaan ungkapan menarik tepat dan berkesan (d) Penggunaan ungkapan menarik sesuai dan berkesan

seperti peribahasa/ pantun/ cogan kata/ frasa yang seperti peribahasa/ pantun/ cogan kata/ frasa yang

menarik menarik

Baik [15 – 19] Kurang Memuaskan [10 – 14]

Idea masih Idea
(a) Idea masih relevan dengan tugasan (a) Idea kurang relevan dengan tugasan
(b) Huraian idea masih jelas dan masih menarik (b) Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik
(c) Contoh yang masih sesuai (c) Tiada contoh atau contoh kurang sesuai
Bahasa Bahasa
(a) Penggunaan ayat masih bervariasi dan (a) Penggunaan ayat kurang bervariasi dan kurang

gramatis gramatis
(b) Penggunaan kosa kata masih luas (b) Penggunaan kosa kata terhad
(c) Ejaan dan tanda baca masih betul (c) Kesalahan bahasa ketara
(d) Kesalahan bahasa masih minimum

Pengolahan Pengolahan

(a) Pengolahan masih menarik, dan masih berkesan (a) Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan

dengan pemerengganan yang masih sesuai pemerengganan yang kurang sesuai

(b) Format masih menepati kehendak tugasan (b) Format kurang menepati kehendak tugasan

(c) Penggunaan penanda wacana masih sesuai (c) Penggunaan penanda wacana kurang sesuai

Penguasaan Minimum [01 – 09]

(a) Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah
(b) Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan/ terpesong

© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 129

KEMAHIRAN 1.0 MENDENGAR DAN BERTUTUR
2.0 MEMBACA

Tema 4 Seni Bersendikan Budaya

Praktis 1 Mendengar dan Bertutur

1.3.1 Mendengar dan memahami maklumat, fakta dan idea dalam pelbagai wacana dengan memberikan
respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna.

Arahan: Guru mengimbas kod QR dan memperdengarkan rakaman audio petikan kepada Audio 1
murid-murid dengan menggunakan peralatan audio.

Dengar audio petikan dan fahami maklumat yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan respons secara
lisan di dalam kelas tentang maklumat tersebut.
GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
KOMPANG

Kompang dipalu pengantin baru,
Duduk bersanding tersipu malu,
Kompang dipalu pengantin malu,
Moga bahagia hingga anak cucu.

Kompang ialah sejenis alat muzik yang
berasal dari negara Timur Tengah. Alat muzik
kompang dibawa oleh pedagang Arab yang
datang berdagang ke Nusantara. Kompang mula
diperkenalkan di Tanah Melayu oleh pedagang
Arab sekitar abad ke-13 Masihi. Mereka
menggunakan kompang sebagai salah satu cara
untuk menarik perhatian pelanggan.

⎧ Asal usul kompang di Malaysia
⎪ Sebab kompang dimainkan
⎨Berikan respons
Cara kompang dimainkan
tentang: Bilakah kompang dimainkan?




Tahap 1234 5 6
Penguasaan
151
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U)

MySOLUSI MySOLUSI BAHASA MELAYU Tingkatan 1 KSSM

MySOLUSI ialah buku latihan khusus untuk membantu murid mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran. Praktis dalam buku ini disediakan untuk
memudahkan murid menguasai kemahiran Bahasa Melayu secara
menyeluruh.

Nota dan latihan disediakan oleh guru-guru yang mempunyai kepakaran
dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), serta berpengalaman
sebagai penulis, penceramah dan penggubal soalan.
GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
CIRI-CIRI ISTIMEWA

Praktis berteraskan DSKP Praktis MuLus turut
dan tema buku teks disediakan

2 set Ujian Akhir Sesi Soalan KBAT untuk menguji
Akademik (UASA) kefahaman murid

Aktiviti PAK21 untuk menjana kemahiran berfikir
secara kritis dalam suasana yang kreatif

15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, MGT4
Batu 6 1/2,Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Semenanjung Malaysia : RM11.90
Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 Sabah & Sarawak : RM12.90
E-mel: [email protected]
www.mediastreet.com.my ISBN 978-967-0089-24-9

9 789670 089249


Click to View FlipBook Version