Bahasa Melayu 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Hanijah Selamat Tingkatan KSSM 1 Format Terkini UASA UJIAN AKHIR
ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 4 NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 2 Bahasa Melayu Kertas 1 1 jam 30 minit © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-2 Bahagian A [15 markah] Jawab semua soalan. Soalan 1 Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Tugas Alia sebagai memerlukannya untuk sentiasa memastikan keselesaan dan kebersihan pesakitnya. A wartawan B jururawat C juruhebah D pensyarah Soalan 2 dan 3 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 2 Kedudukan syarikat Puan Rahimah semakin tegap sejak anak-anaknya membantu menguruskannya. A B C Tiada kesalahan. D 3 Setiap pekerja mempunyai berkeupayaan untuk membantu memajukan syarikat. Tiada kesalahan. A B C D Soalan 4 dan 5 Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 4 I Mereka yang mempunyai gejala COVID-19 akan segera dibawa ke hospital supaya tidak berjangkit. II Aizat mereka cerita bahawa dia tidak dijemput ke majlis jiran sebelah rumahnya. III Mereka-mereka yang terlibat dalam penyediaan majlis itu dikehendaki hadir dua jam lebih awal. IV Fatimah mereka pakaian yang akan diperagakan di majlis jamuan makan malam minggu hadapan. A I, II dan IV B I, III dan IV C II, III dan IV D I, II, III dan IV
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-3 5 I Sesiapa yang cuba memburuk-burukkan ibu bapa akan saya tentang habis-habisan. II Berita tentang kehilangan nelayan tersebut mendapat perhatian daripada pemimpin negara. III Saya tentang perkara tersebut tidak begitu mengetahui dan tidak mengambil berat. IV Saya tidak tentang pendapatnya tetapi hanya ingin membetulkannya sahaja. A I dan II B III dan IV C I, II dan IV D II, III dan IV Soalan 6 dan 7 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 6 Falisya membeli beberapa bentuk mutiara semasa melancong ke Sabah baru-baru ini. A beberapa butir-butir mutiara B beberapa bentuk mutiara-mutiara C beberapa butir mutiara D beberapa bentuk mutiara 7 Aton menghidangi emaknya sepinggan mi goreng yang dibeli di pasar malam. A menghidangi kepada emaknya B menghidangkan emaknya C menghidangkan kepada emaknya D menghidangi emaknya Soalan 8 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 8 Cikgu berharap awak semua akan memperoleh kejayaan dalam kehidupan selepas meninggalkan alam persekolahan. A Cikgu mendoakan murid-muridnya berjaya dalam kehidupan jika meninggalkan alam persekolahan. B Alam persekolahan akan ditinggalkan dengan kejayaan jika mendengar harapan cikgu. C Cikgu mendoakan murid-muridnya berjaya dalam kehidupan setelah meninggalkan alam persekolahan. D Alam persekolahan yang ditinggalkan oleh murid akan memberikannya kehidupan yang berjaya. Soalan 9 Pilih ayat-ayat yang betul. 9 I Mak Jah memimpin basikalnya yang rosak itu untuk dibaiki di kedai. II Pak Lah menjunjung seikat kayu di atas bahunya untuk dibakar di tepi kandang lembunya. III Pihak pentadbiran akan membuat saringan terhadap borang-borang permohonan jawatan kosong yang diterima minggu ini. IV Ainul berasa gugup ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh pentaksir ujian lisan sebentar tadi. A I dan II B III dan IV C I, II dan IV D II, III dan IV
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-4 Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. Syafik selalu memarahi adik-adiknya tanpa usul periksa. Kadangkala mereka hanya melakukan kesalahan kecil. Sikapnya itu dibenci oleh adik-adiknya. 10 Peribahasa manakah yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas? A Garang macam harimau B Licin macam belut C Bodoh macam keldai D Ligat macam gasing Soalan 11 hingga 15 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. HAYATI : Di sekolah pun Yati sudah memberitahu Guru Besar, tuk. Beliau telah berjanji untuk menolong Yati. PAK MAIL : Baguslah, Yati. Moga-moga Tuhan akan menolong kita. FAUZIAH : Pergilah masuk, Yati. Tukar pakaian itu. Kalau engkau lapar, nasi ada di dapur. HAYATI : Mak dan datuk sudah makan? FAUZIAH : Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan makan kemudian. ARAHAN : (HAYATI masuk membawa begnya ke dalam.) PAK MAIL : Beginilah hidup kita di dunia, Fauziah. Segala-galanya dalam kuasa Tuhan. Ada isteri yang kehilangan suami. Ada anak yang kehilangan bapa. Kita menganggap bahawa kitalah orang yang paling malang di dunia tetapi yang sebenarnya ada orang yang lebih malang daripada kita. FAUZIAH : (Sedih) Entahlah, ayah. Saya ... saya tidak tahu apa nak buat lagi. PAK MAIL : Kematian Akhbar menyebabkan engkau kehilangan suami. Aku kehilangan menantu. Hayati dan Farid pula kehilangan bapa. Akhbar tidak sempat melihat anaknya yang bongsu, Farid tetapi kita harus berbangga kerana kematiannya itu sebagai seorang pahlawan. Sekarang, kita haruslah berani mewarisi kehidupan yang ditinggalkannya. Dipetik daripada “Hadiah” oleh Aripin Said, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia 11 Apakah maksud rangkai kata mewarisi kehidupan dalam petikan di atas? A Meneruskan cita-citanya B Menuruti kehendaknya C Memastikan selamat D Mengikuti arahannya PAK MAIL: Kita menganggap bahawa kitalah orang yang paling malang di dunia. 12 Berikut merupakan sebab Pak Mail mengatakan dialog di atas, kecuali A Bapa kehilangan anak B Menantu kehilangan bapa mentua C Isteri kehilangan suami D Anak-anak kehilangan bapa
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-5 FAUZIAH: Datuk kamu sudah makan tadi. Kalau kamu nak makan, makanlah dulu. Mak akan makan kemudian. 13 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah latar tempat yang sesuai dengan dialog di atas? A Ruang tamu B Dapur C Bilik tidur D Tepi jalan 14 Berikut merupakan perkara-perkara yang menyedihkan berlaku dalam keluarga Hayati, kecuali A mereka tidak mempunyai makanan. B Akhbar meninggal dunia. C Akhbar tidak sempat melihat anaknya yang bongsu, Farid. D Hayati mengalami masalah kekurangan wang perbelanjaan sekolah. 15 Antara berikut, yang manakah benar tentang petikan drama tersebut? A Pak Mail dan Fauziah telah makan sebelum Hayati pulang ke rumah B Akhbar meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa khabar berita C Farid dapat bertemu dengan ayahnya sebelum ayahnya meninggal dunia D Kesedihan keluarga mereka tidak pernah dialami oleh orang lain
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-6 1 Dalam iklan di bawah terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula. PERATURAN DI DALAM KELAS 1. Bersedia sebelum kelas bermula 2. Angkat tangan sebelum bercakap 3. Mempunyai kenyakinan untuk bertukar-tukar pedapat 4. Menghormati dan mendengar pendapat rakan sekelas 5. Pastikan kelas setiasa dalam keadaan bersih Salah Betul (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Dompet Anis yang hilang ada dekat simpanan Mak Tok. Salah Betul (ii) Guru saya gemar menceritakan tentang kisah hidupnya sebelum berjaya bergelar guru. Salah Betul [2 markah] 3 Tukarkan ayat di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud ayat. (i) Ramli bekerja dengan gigih setiap hari kerana anak-anaknya sedang membesar. (ii) Para penonton merempuh masuk ke dalam stadium sebaik sahaja konsert kumpulan muzik popular itu bermula. [4 markah] Bahagian B [30 markah] Jawab semua soalan.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-7 4 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1 Pantun Dua Kerat Nasihat Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. Dipetik daripada “Pantun Dua Kerat (Nasihat)” oleh Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-8 Bahan 2 Apakah perbezaan antara orang yang sombong dengan orang yang yakin? Orang yang berkeyakinan tinggi selalunya suka memberikan inspirasi kepada orang lain, manakala orang sombong pula sering merasakan diri mereka lebih bagus daripada orang lain. Orang yang bersikap sombong selalunya tidak disukai oleh orang lain dan jika wujud di sekeliling kita, orang begini akan mewujudkan keadaan tidak selesa dengan keberadaan mereka. Orang yang berfikiran negatif akan selalu mematahkan idea, semangat dan impian orang lain dengan kata-kata negatif yang keluar dari mulut mereka. Mereka sukar untuk memberikan sokongan dan galakan. Setiap perkara akan dilihat dari sudut negatif. Mereka akan sentiasa mencari kemungkinan sesuatu usaha itu supaya gagal. Mereka tidak melihat potensi dalam sesuatu perkara itu. Dipetik dan diubah suai daripada “Awas! 8 Sikap Negatif Manusia yang Anda Perlu Kenali”, richworks.com/awas:-sikap-negatif-manusia-perlu-kenali./ (i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan sifat-sifat negatif manusia. [2 markah] (ii) Nyatakan dua pengajaran daripada Bahan 2. [4 markah] (iii) Sifat-sifat negatif manusia menyukarkan kehidupan seseorang untuk maju. Pada pendapat anda, bagaimanakah hendak menyingkirkan sikap negatif dalam diri manusia? [4 markah]
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-9 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini (ii) Sejambak Bakti, karya Rejab FI (iii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia (iv) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman Sesebuah novel harus mempunyai pengajaran supaya dapat dijadikan teladan dalam kehidupan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran. [10 markah] Bahagian C [15 markah] Mutakhir ini, sama ada kita sedar atau tidak, masyarakat dilihat semakin mengabaikan hasil pertanian negara sendiri kerana lebih mempercayai khasiat buah-buahan import. Antara usaha yang wajar dilakukan bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan adalah dengan menyakinkan masyarakat akan khasiat buah-buahan tempatan. Menurut kajian oleh saintis Malaysia, buah-buahan tempatan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi dan kaya dengan serat. Sebagai contoh, buah durian mempunyai fiber yang tinggi, vitamin C dan vitamin A. Selanjutnya, usaha yang perlu dilakukan adalah dengan menjalankan kempen secara berterusan. Kempen yang dilakukan ini boleh memberikan impak positif sekali gus menggalakkan semakin ramai rakyat Malaysia untuk menggemari buah-buahan tempatan. Bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan, buah-buahan tersebut perlulah disajikan bersama dengan menu harian. Di samping itu, usaha lain yang boleh dilakukan adalah dengan menghidangkannya dalam pelbagai bentuk. Sebagai analoginya, terdapat masakan Melayu yang mengandungi buah seperti nangka masak lemak, gulai tempoyak cili api, rojak buah dan sebagainya. Dari penjuru kiri dunia iaitu barat, mereka juga telah memperkenalkan makanan seperti koktel buah sebagai pencuci mulut. Oleh itu, diharapkan usaha-usaha yang dilakukan ini dapat menyedarkan rakyat Malaysia supaya sentiasa menyokong kerajaan dengan membeli barangan buatan Malaysia dan hasil tempatan. Dipetik dan diubah suai daripada “Karangan Terbaik Pilihan Cikgu”, oleh Muhammad Syazwan, one.lbgwan.blogspot.com, 25 Mac 2013 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Bahagian Markah penuh Markah diperoleh A 10 B 30 ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 4 NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 1 Bahasa Melayu Kertas 2 1 jam
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-12 Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KEPENTINGAN JIRAN TETANGGA • Membantu ketika dalam kesusahan • Menjamin keselamatan persekitaran kediaman • Memupuk semangat perpaduan • Memudahkan aktiviti kawasan kediaman
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 4 SET 4-14 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1 Pantai merupakan tempat untuk merehatkan minda bagi sesetengah orang. Namun begitu, sejak kebelakangan ini pantai di negara kita kian tercemar. Huraikan kesan-kesan pencemaran pantai kepada negara. 2 Anda telah menyertai aktiviti membersihkan pantai yang dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda sepanjang menyertai aktiviti tersebut. 3 Pantai mempunyai peranan penting bagi memastikan keseimbangan alam. Huraikan kepentingan pantai kepada manusia.
Semenanjung Malaysia : RM6.90 Sabah & Sarawak : RM7.60 Bahasa Melayu Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Geografi Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Islam Judul-judul dalam siri ini: 1 2 3 Judul / Tingkatan UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU Tingkatan 1 UJIAN AKHIR 9 786294 852747 ISBN 978-629-485-274-7