The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM Ekonomi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-10-04 00:04:23

Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM Ekonomi

Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM Ekonomi

Digubal oleh PANEL AKRAM Negeri Terengganu Format SPM TERKINI Skema Pemarkahan Disediakan dalam KOD QR 2 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dan 2022 2 Set Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021 dan 2022 PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN KERTAS PERCUBAAN SPM MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia EKONOMI HAK CIPTA EKSKLUSIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu


FORMAT INSTRUMENT PEPERIKSAAN SPM EKONOMI iv Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 Set 1 1 – 8 9 – 18 Kertas 1 Kertas 2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021 Set 2 19 – 26 27 – 36 Kertas 1 Kertas 2 Peperiksaan Percubaan SPM 2022 Set 3 37 – 42 43 – 52 Kertas 1 Kertas 2 Peperiksaan Percubaan SPM 2021 Set 4 Kertas 1 53 – 58 Kertas 2 59 – 68 SKEMA PEMARKAHAN


3767/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram. EKONOMI Kertas 1 3767/1 1 Jam 15 minit Satu jam lima belas minit PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022 SET 1 Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.


SULIT 6 25 Jadual berikut menunjukkan kos pengeluaran bagi Syarikat Choko. Butiran RM Upah pekerja Bil utiliti Sewa kedai 5 000 3 000 3 500 Berapakah jumlah untung yang diperoleh Syarikat Choko jika berjaya menjual 3 000 helai pakaian dengan harga RM12 sehelai? A RM11 500 B RM24 500 C RM36 000 D RM47 500 26 Pernyataan yang manakah merupakan kos implisit? A Gaji pekerja B Bayar bonus pekerja C Tapak premis pemilik perniagaan D Ansuran pinjaman belian barang modal 27 Pernyataan yang manakah benar mengenai konsep hukum pulangan berkurangan? A Input tetap adalah homogen B Tahap yang paling cekap adalah Tahap I C Terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap D Tingkat teknologi pengeluaran sentiasa berubah 28 Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi produktiviti? I Tenaga kerja II Struktur organisasi III Kepuasan pengguna IV Tingkat agihan pendapatan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 29 Eksternaliti negatif merujuk kepada A tindakan firma untuk mengurangkan penggunaan sumber ekonomi B kesan luaran yang dihadapi oleh pihak ketiga daripada aktiviti ekonomi C tindakan kerajaan ke atas aktiviti pengeluaran yang menjejaskan alam sekitar D kesan luaran yang dihadapi oleh pengguna apabila menggunakan sesuatu barang atau perkhidmatan 30 Antara berikut, yang manakah faedah sampingan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kakitangan awam? I Caruman KWSP II Elaun perumahan III Bantuan sara hidup IV Pencen selepas bersara A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 31 lnflasi tolakan kos merujuk kepada kenaikan A harga barang dan perkhidmatan B permintaan pasaran C kos pengeluaran D barang import 32 Antara berikut, yang manakah kesan jika kadar inflasi meningkat dari 4% ke 5%? I Peluang pekerjaan menurun II Kuasa beli masyarakat meningkat III Pendapatan benar masyarakat menurun IV Nilai mata wang yang dipegang oleh isi rumah merosot A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 33 Jadual berikut menunjukkan sebahagian daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2016. Butiran RM juta Pertanian 89 465 Perdagangan borong 75 134 Pembuatan 254 725 Perlombongan dan kuari 97 563 Pembinaan 50 103 Berapakah sumbangan sektor utama pada tahun tersebut? A RM164 599 juta B RM187 028 juta C RM304 828 juta D RM379 962 juta


SULIT 7 3767/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/1 34 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis cukai. Beban cukai boleh dipindahkan kepada orang lain Cukai yang manakah merujuk kepada maklumat di atas? A Cukai tanah B Cukai keuntungan hartanah C Cukai pendapatan petroleum D Cukai jualan dan perkhidmatan 35 Tujuan dasar fiskal mengembang adalah untuk A meningkatkan permintaan agregat B mengurangkan permintaan agregat C meningkatkan bekalan wang D mengurangkan bekalan wang Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan seperti dalam jadual di bawah. Pilihan Pernyataan I Pernyataan II A Betul Salah B Salah Betul C Betul Betul D Salah Salah 36 I Firma menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. II Kekurangan firma mewujudkan pilihan yang memaksimumkan keuntungan. 37 I Hukum permintaan digambarkan dengan keluk yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan. II Hukum permintaan menyatakan apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan meningkat. 38 I Belanjawan peribadi ialah perbelanjaan berdasarkan pendapatan boleh guna seseorang individu untuk tempoh tertentu. II Belanjawan peribadi dapat mengelakkan inflasi. 39 I Faedah sosial merupakan eksternaliti negatif yang ditanggung oleh pihak ketiga. II Contoh faedah sosial ialah kesan pencemaran sungai kepada masyarakat akibat aktiviti pembuangan sisa toksik. 40 I Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan semasa kerajaan berulang pada setiap tahun. II Emolumen merupakan perbelanjaan mengurus kerajaan yang paling kecil. KERTAS SOALAN TAMAT


SULIT 10 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 3767/2 Bahagian A [60 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran suatu firma. S Q P R 0 Barang M Barang N Rajah 1 Berdasarkan gambar rajah tersebut, jelaskan pengeluaran bagi titik R. [3 markah] (b) Mengapakah zakat penting dalam sistem ekonomi Islam? [4 markah]


SULIT 11 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/2 (c) Rajah 2 dan Rajah 3 menunjukkan keluk-keluk penawaran bagi suatu barang. 5 S S 10 20 10 c a b 30 0 15 Harga (RM) Kuantiti (unit) 20 ba 0 5 S0 S0 S1 S1 10 15 Harga (RM) Kuantiti (unit) Rajah 2 Rajah 3 Bezakan antara Rajah 2 dengan Rajah 3. [6 markah] (d) Jadual 1 menunjukkan permintaan pasaran dan penawaran pasaran bagi suatu barang. Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Penawaran Pasaran (Unit) Ali Siti 5 30 30 10 10 21 19 20 15 11 9 35 25 5 5 45 Jadual 1 (i) Berdasarkan jadual tersebut, hitung jumlah permintaan pasaran pada setiap tingkat harga. [3 markah]


SULIT 12 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 3767/2 (ii) Dengan menggunakan kertas graf yang disediakan, lukis keluk keseimbangan pasaran. [4 markah]


SULIT 18 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 3767/2 6 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan kerajaan bagi mengawal ketidaksetabilan ekonomi. Tangani Masalah Pengangguran Belia Pelaburan Masa Depan KUALA LUMPUR: Menurut statistik, pasaran buruh negara mula menunjukkan trend pemulihan dengan kadar pengangguran lebih rendah, iaitu 4.3 peratus pada Oktober tahun lalu dengan jumlah 705 000 penganggur. Belia khususnya graduan muda, antara tulang belakang utama pembangunan negara. Belia dalam usia perdana akan menjadi antara penyumbang utama aktiviti ekonomi. Sumber: diubah suai daripada https://www.bharian.com.my, 3 Januari 2022 (a) Jelaskan kesan ketidakstabilan ekonomi yang akan berlaku jika tindakan tidak diambil. [6 markah] (b) Bagaimanakah Belanjawan Negara kerajaan dapat mengawal keadaan di 6 (a)? [5 markah] (c) Tindakan kerajaan bagi mengatasi keadaan ekonomi di atas akan mempengaruhi belia sebagai pelaburan masa depan. Setujukah anda dengan penyataan tersebut? [9 markah] 7 Maklumat berikut berkaitan dengan satu situasi dalam ekonomi. KUALA TERENGGANU: Harga ayam meningkat sebanyak RM1.60 sekilogram sekali gus melebihi harga siling ditetapkan kerajaan, iaitu RM8.90 sekilogram. Tinjauan di Pasar Bandar Jertih, di sini, mendapati harga ayam segar dijual pada harga RM10.50 sekilogram. Sebelum ini, ayam segar dijual pada harga RM9.50 pada minggu lalu dan mula meningkat kepada RM10.50 sekilogram sejak Ahad lalu. Sumber: diubah suai daripada https://www.hmetro.com.my, 6 April 2022 (a) Jelaskan kesan tindakan di atas terhadap pasaran ikan tempatan. [5 markah] (b) Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh pengeluar bagi meningkatkan jumlah hasil berdasarkan jenis keanjalan harga jika peratus perubahan kuantiti permintaan ialah 9.5%. [6 markah] (c) Setujukah anda sekiranya kerajaan mengimport bekalan ayam dari luar negara untuk menampung kekurangan bekalan dalam pasaran ayam tempatan? Beri alasan anda. [9 markah] KERTAS SOALAN TAMAT


3767/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram. EKONOMI Kertas 1 3767/1 1 Jam 15 minit Satu jam lima belas minit PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021 SET 2 Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.


3767/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram. EKONOMI Kertas 1 3767/1 1 Jam 15 minit Satu jam lima belas minit PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2022 SET 3 Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak.


SULIT 38 3767/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 3767/1 1 Pernyataan yang manakah betul tentang faktor pengeluaran? A Tanah merupakan sumber yang penawarannya tidak terhad B Modal merupakan alat ciptaan manusia yang mempunyai mobiliti tinggi C Usahawan adalah individu yang menyumbang tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran D Buruh merupakan individu yang menggabungkan sumber ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan 2 Jadual berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran bagi barang perkilangan dan barang pertanian dalam sebuah ekonomi. Kombinasi A B C D E Barang perkilangan (unit) 0 1 2 3 4 Barang pertanian (unit) 37 30 25 10 0 Berapakah kos lepas apabila kombinasi pengeluaran bertukar dari kombinasi C ke D? A 1 unit barang perkilangan B 3 unit barang perkilangan C 10 unit barang pertanian D 15 unit barang pertanian 3 Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat PAQ. Syarikat PAQ akan mengeluarkan permainan kanak-kanak sempena musim perayaan yang akan tiba pada bulan Disember nanti. Syarikat PAQ telah menambah 10 orang pekerja dalam operasi pengeluarannya memandangkan permintaan yang tinggi menjelang musim tersebut. Apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Syarikat PAQ? A Apa yang hendak dikeluarkan B Bagaimana hendak dikeluarkan C Untuk siapa hendak dikeluarkan D Berapa yang hendak dikeluarkan 4 Pilih pernyataan yang betul tentang sistem ekonomi pasaran bebas. A Pilihan pengguna terbatas B Harga ditentukan oleh kuasa pasaran C Persaingan wujud antara firma tetapi dikawal oleh kerajaan D Motif pengeluaran adalah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat Jawab semua soalan. 5 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang. 0 D0 D0 D1 D1 Harga (RM) Kuantiti (kg) Pernyataan yang manakah menyebabkan berlaku peralihan keluk dari D0 D0 ke D1 D1 ? A Kadar cukai pendapatan jatuh B Harga barang pengganti menurun C Bantuan sara hidup oleh kerajaan naik D Jangkaan harga barang akan naik pada masa depan 6 Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran mesin basuh jenama A. 0 Q0 Q1 S0 S0 P0 S1 S1 Harga (RM) Kuantiti (kg) Apakah penentu yang menyebabkan peralihan keluk tersebut? A Teknologi moden digunakan B Harga faktor pengeluaran meningkat C Jangkaan harga pada masa depan meningkat D Cukai eksais terhadap barang tempatan oleh kerajaan meningkat 7 Jadual berikut menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran suatu barang. Harga (RM) Kuantiti permintaan (unit) Kuantiti penawaran (unit) 5 10 15 20 25 140 130 120 110 100 120 130 140 160 180


SULIT 40 3767/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 3767/1 14 Bagaimanakah cara bank pusat mengawal kestabilan nilai mata wang? A Mengawal inflasi dengan menggunakan alat dasar kewangan B Menyediakan akaun penjelasan antara bank C Mengeluarkan mata wang D Mentadbir akaun negara 15 Pernyataan yang manakah betul tentang kelebihan pemegang akaun simpanan semasa? A Dikenakan caj perkhidmatan B Menerima faedah yang tinggi C Boleh mengeluarkan wang melebihi baki simpanan D Mendapat sijil simpanan yang boleh digunakan untuk mendapatkan pinjaman bank 16 “Pada tahun 1990-an, kerajaan telah melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)”. Antara berikut, yang manakah kesan pelancaran tersebut kepada trend pekerjaan rakyat Malaysia? I Tumpuan kepada sektor pertanian dan perlombongan II Ekonomi berasaskan pengetahuan mementingkan inovasi dan pengetahuan III Menambahkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara IV Pemilihan pekerjaan masyarakat tertumpu di sektor perkilangan dan pembuatan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 17 Rajah berikut berkaitan dengan penyediaan belanjawan peribadi. Mengenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib Mencatat semua perbelanjaan X Mengimbangkan anggaran pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan Pernyataan yang manakah betul tentang X? A Mengelaskan perbelanjaan mengikut perbelanjaan tetap, harian dan luar jangka B Mengutamakan perbelanjaan yang diperlukan dahulu C Memastikan ada baki untuk tabungan D Menjumlahkan semua perbelanjaan 18 Situasi yang manakah menunjukkan pendapatan tidak produktif? A Encik Sabri menerima bayaran tuisyen daripada pelajarnya B Puan Faridah menerima wang perbelanjaan bulanan daripada anaknya C Puan Kartini menerima wang kerana menjaga anak-anak jiran di rumahnya D Encik Shamsul menerima bayaran dividen setiap tahun kerana membuat simpanan di koperasi Koguru 19 Antara berikut, yang manakah dapat meningkatkan pendapatan boleh guna? I Berlaku penurunan kadar caruman KWSP II Kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan individu III Bayaran PERKESO dinaikkan dari 4% ke 5% IV Menambahkan bayaran zakat dari RM200 ke RM230 sebulan A I dan II C II dan IV B II dan III D III dan IV 20 Pasangan yang manakah betul berkaitan dengan input pengeluaran? Input Berubah Input Tetap A Bayaran ke atas input dikenali sebagai kos tetap Pembayaran ke atas input dikenali sebagai kos berubah B Wujud pada tingkat keluaran sifar Tidak wujud pada tingkat keluaran sifar C Berubah secara langsung dengan perubahan output Tidak berubah mengikut perubahan output D Contoh input ialah tapak perniagaan Contoh input ialah juruteknik mesin 21 Jadual berikut menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran. Keluaran (unit) Jumlah kos (RM) 0 210 2 000 360 4 000 480 6 000 770 8 000 900


SULIT 47 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/2 (b) Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pekerjaan dalam satu sektor ekonomi. Usia muda bukan penghalang buat seorang remaja berusia 19 tahun, Muhammad Iqmal Haikal Ab Mueei dari Kampung Banggol menceburkan diri dalam bidang pertanian apabila menjadi peserta program tanaman ubi vitato secara berkelompok di Kampung Banggol di sini. Sumber: diubah suai daripada https://www.sinarharian.com.my, 14 Julai 2021 (i) Jelaskan sektor ekonomi yang terlibat dalam petikan tersebut. [2 markah] (ii) Mengapakah kerjaya di 2(b)(i) menjadi pilihan? [3 markah] (c) Encik Danish telah memulakan perusahaan ternakan kambing setelah meletak jawatan sebagai juruteknik kilang dengan gaji bulanan sebanyak RM1 800. Beliau memulakan perusahaan ternakan kambing dengan wang simpanan di bank RM10 000 dengan kadar faedah 4% setahun. Butiran hasil dan kos untuk perusahaan ternakan ikan adalah seperti berikut: Kambing Makanan kambing Peralatan Sewa tapak Jumlah hasil RM3 000 RM3 000 RM1 000 RM2 000 RM20 000 Berdasarkan maklumat di atas: (i) Hitung jumlah untung ekonomi Encik Danish. [2 markah]


SULIT 48 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 3767/2 (ii) Setujukah anda dengan keputusan Encik Danish apabila meletak jawatan dalam situasi tersebut? Kemukakan alasan anda. [4 markah] (d) Terangkan dua input dalam pengeluaran jangka pendek. [4 markah]


SULIT 49 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/2 3 (a) Terangkan peranan kerajaan sebagai pengeluar. [4 markah] (b) Jelaskan konsep pengangguran geseran. [4 markah] (c) Terangkan dua kepentingan pelaburan langsung asing kepada ekonomi. [4 markah]


SULIT 50 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 3767/2 (d) Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) bagi tahun 2022. Bulan Kadar Pertukaran Asing Februari Ogos 1 USD = RM4.1780 1 USD = RM4.4740 (i) Pada bulan Februari, Malaysia mengimport barang sebanyak USD20 000.00 daripada Amerika Syarikat dan mengeksport barang bernilai RM250 000.00 kepada Amerika Syarikat pada bulan Ogos. Hitung nilai eksport dalam sebutan Dolar Amerika Syarikat (USD) dan nilai import dalam sebutan Ringgit Malaysia (RM). [4 markah] (ii) Jelaskan kesan perubahan nilai Ringgit Malaysia (RM) dalam tempoh tersebut ke atas imbangan dagangan Malaysia. [4 markah]


SULIT 51 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/2 Bahagian B [40 markah] Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. 4 Maklumat berikut berkaitan dengan satu keputusan kerajaan dalam ekonomi. KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran negara tidak akan diapungkan kerana harga siling akan diumumkan. Tindakan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan supaya rakyat tidak dibebani tekanan yang berpunca daripada kenaikan kos sara hidup ketika ini. Sumber: diubah suai daripada https://www.bharian.com.my, 24 Jun 2022 (a) Terangkan ciri-ciri sistem ekonomi negara tersebut. [6 markah] (b) Mengapakah kerajaan membuat keputusan tersebut? [5 markah] (c) Keputusan yang ditentukan oleh kerajaan itu lebih menguntungkan pengguna. Bersetujukah anda dengan penyataan di atas? Kemukakan hujah anda. [9 markah] 5 Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk urus niaga dalam ekonomi. KUALA LUMPUR: Meskipun ia bukanlah rahsia lagi bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terkesan akibat pandemik COVID-19 dan disusuli Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lepas, namun banyak PKS berjaya bertahan dengan mengendalikan perniagaan mereka secara dalam talian. Malahan dalam tempoh sebulan selepas PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac tahun lepas, aktiviti perniagaan dalam talian meningkat 28.9 peratus, demikian menurut laporan berita. Banyak PKS termasuk restoran, kedai runcit, pasar raya dan peniaga menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan kepada pengguna, yang boleh diperoleh menerusi dalam talian yang membolehkan mereka akses kepada pasaran yang lebih besar dan luas. Sumber: diubah suai daripada https://www.hmetro.com.my, 15 Januari 2021 (a) Jelaskan jenis pendapatan yang diperoleh dengan urus niaga tersebut. [4 markah] (b) Dengan bantuan rajah, jelaskan kesan urus niaga tersebut terhadap pasaran barang. [7 markah] (c) Saluran perniagaan ini turut membantu meningkatkan imej ekonomi negara ini. Jelaskan. [9 markah]


SULIT 58 3767/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT 3767/1 29 Apakah cara yang paling berkesan untuk mengehadkan kuantiti barang diimport? A Tarif B Kuota C Embargo D Kawalan pertukaran asing 30 Rajah berikut menunjukkan maklumat berkaitan perdagangan antarabangsa. PERDAGANGAN ANTARABANGSA Eksport Import X X ialah A Syarikat S menjual barang kepada Syarikat N B Syarikat R memproses barangan dan menghantar kepada Syarikat D C Syarikat H menghasilkan barangan dan menjualnya kepada Syarikat A D Syarikat N membeli barangan daripada Syarikat S dan menjualnya kepada Syarikat D 31 Maklumat berikut adalah tentang perdagangan antarabangsa. Zuliana dan Fauziah bercuti ke Vietnam dan membeli koleksi cenderamata untuk keluarganya di Malaysia. Antara berikut, yang manakah merupakan komposisi perdagangan yang terlibat? I Import barang nampak II Eksport barang nampak III Import barang tak nampak IV Eksport barang tak nampak A I dan II C I dan IV B I dan Ill D Ill dan IV 32 Pernyataan yang manakah merupakan kesan positif daripada blok ekonomi? A Tiada mobiliti buruh B Wujud kegawatan ekonomi negara C Peningkatan modal dan tenaga kerja D Tidak wujud perkongsian teknologi moden 33 Antara berikut, yang manakah import Malaysia? I Komoditi utama II Barangan pengantara III Barangan modal IV Barangan pembuatan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 34 Antara berikut, yang manakah akan menyebabkan nilai Ringgit Malaysia jatuh? I Malaysia meningkatkan import daging lembu dari Australia II Petronas menambahkan pelaburan di negeri China III Malaysia menjadi destinasi yang semakin diminati pelancong asing IV Syarikat Perkapalan Malaysia (MISC) mendapat lebih banyak kontrak pengangkutan daripada firma asing A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 35 Kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dan Baht Thailand ialah RM1 = 10 Baht Thai pada satu tarikh tertentu. Jika seorang pengimport Thailand telah mengimport barang dari Malaysia bernilai 2 750 000 Baht, berapakah nilai yang perlu dibayar oleh Thailand? A RM275 000 C RM27 500 000 B 27 500 000 Baht D 27 500 000 Baht Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jawapan dalam jadual berikut: Pilihan Pernyataan I Pernyataan II A Betul Salah B Salah Betul C Salah Salah D Betul Betul 36 I Keluk kemungkinan yang cembung menunjukkan kos lepas semakin menurun. II Analisis keluk kemungkinan pengeluaran mengandaikan teknologi adalah tetap. 37 I Penurunan kadar caruman KWSP pekerja akan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri. II Peningkatan cukai pendapatan individu menyebabkan permintaan meningkat. 38 I Risiko pelaburan ialah kemungkinan menghadapi sesuatu yang tidak pasti pada masa akan datang. II Pelaburan dalam saham syarikat mempunyai risiko yang rendah tetapi mendapat pulangan yang tinggi. 39 I Eksternaliti ialah kos atau faedah yang diambil kira dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. II Kos Sosial = Kos peribadi + Kos luaran. 40 I Pertambahan barang eksport berubah secara langsung dengan nilai mata wang. II Peningkatan nilai eksport menyebabkan nilai mata wang menaik. KERTAS SOALAN TAMAT


SULIT 59 3767/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/2 JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian daripada pengawas peperiksaan. EKONOMI Kertas 2 3767/2 2 jam Dua jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2021 SET 4 Kertas peperiksaan ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.


SULIT 66 Bahagian B [40 markah] Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. 4 Maklumat berikut berkaitan dengan pekerja asing di Malaysia. Kerajaan Tangani Kebanjiran Pekerja Asing Sempena dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pematuhan (PKPP), kawalan di sempadan Sarawak-Kalimantan terus diperketatkan bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI). Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, sekatan jalan raya juga masih dijalankan di beberapa daerah bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19 dari negara jiran ke Sarawak. Sumber: diubah suai daripada https://www.astroawani.com,16 Jun 2020 (a) Mengapakah berlakunya senario sedemikian? [5 markah] (b) Jelaskan kesan situasi tersebut terhadap ekonomi negara. [6 markah] (c) Tindakan kerajaan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan kebajikan masyarakat. Bincangkan. [9 markah] 5 Maklumat berikut berkaitan dengan penangguhan bayaran pinjaman di Malaysia. Manfaat Moratorium Perkukuh Upaya Tunai Peribadi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) memberi nafas lega kepada masyarakat yang terkesan secara langsung atau tidak langsung terhadap penularan COVID-19. la sewajarnya dimanfaatkan dalam memantapkan pengurusan kewangan peribadi, khususnya dalam merancang kewangan diri dan keluarga untuk tempoh jangka pendek ini. Banyak penjimatan dan peningkatan dalam tabungan peribadi boleh dilakukan jika benar-benar memanfaatkan bantuan kewangan digariskan. Sebagai contoh, moratorium pinjaman, yang mana penangguhan bayaran pinjaman diberi untuk enam bulan. Sumber: diubah suai daripada https://www.bharian.com.my, 6 April 2020 (a) Dengan bantuan yang diberikan, bagaimanakah masyarakat dapat merancang pengurusan kewangan peribadi? [5 markah] (b) Berdasarkan maklumat tersebut, cadangkan tindakan yang perlu anda laksanakan untuk meningkatkan jumlah pendapatan. [6 markah] (c) Penangguhan bayaran pinjaman tersebut memberi kesan positif terhadap ekonomi negara. Jelaskan. [9 markah]


Dengan Kerjasama: KERTAS PERCUBAAN SPM MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Semenanjung Malaysia : RM8.90 Sabah & Sarawak : RM9.80 KERTAS PERCUBAAN SPM TERENGGANU AKRAM EKONOMI 9 786294 710306 ISBN 978-629-471-030-6 Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Matematik Matematik Tambahan Sejarah Geografi Pendidikan Islam Fizik Kimia Biologi Bahasa Arab Ekonomi Prinsip Perakaunan Perniagaan Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Moral Siri Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM digubal oleh ahli panel AKRAM Negeri Terengganu. AKRAM ialah singkatan kepada Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan murid khususnya di negeri Terengganu dengan menyediakan soalansoalan latih tubi untuk digunakan oleh murid. Hasil daripada usaha AKRAM, Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai pencapaian terbaik dalam peperiksaan di sekolah mahupun peperiksaan awam. Kertas Percubaan SPM Terengganu yang dihasilkan ini digubal berdasarkan format SPM terkini dengan menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Kertas Percubaan SPM ini diharap dapat membantu murid di seluruh negara untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.


Click to View FlipBook Version