The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-07-06 05:20:42

Kertas Ramalan SPM Bahasa Melayu

Kertas Ramalan SPM Bahasa Melayu

Semenanjung Malaysia: RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.40 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] Hanijah Selamat Bahasa Melayu Bahasa Melayu Siri Kertas Ramalan SPM disediakan sebagai latihan untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kertas model ini ditulis mengikut format dan piawaian SPM sebenar untuk membantu murid membuat persediaan awal agar dapat mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar. 4 Set Kertas Model Jawapan Lengkap Bahasa Melayu KERTAS RAMALAN SPM (1103/1 & 1103/2) WM RM4.90 EM RM5.40 SUBJEK 9 789670 045696 ISBN 978-967-0045-69-6


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 1 [Lihat halaman sebelah BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan kesan perkembangan bidang perindustrian. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan perkembangan bidang perindustrian. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. KERTAS 1 KERTAS MODEL SPM 1 Masa : 2 jam 100 Pembangunan perindustrian yang pesat turut membawa impak negatif terhadap persekitaran. Antara masalah persekitaran yang kerap dialami ialah pencemaran udara dari kilang-kilang perindustrian, pencemaran bunyi bising, pencemaran daripada pembuangan sisa pepejal, peningkatan kejadian banjir kilat dan kenaikan suhu. Jika tidak dibendung, pencemaran ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap kesejahteraan dan kesihatan masyarakat. Selain itu, kepesatan pembangunan industri terutama di kawasan bandar turut mengundang peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat dan keluarga seperti keruntuhan moral dan jenayah. Dipetik dan diubah suai daripada “Mengungkap Makna dan Aspirasi Pembangunan dalam Konteks Kemampanan Persekitaran”, oleh Haliza Abdul Rahman, Asian Journal of Environment, History and Heritage, Jun 2018 Pencemaran alam Kemusnahan alam IMPAK NEGATIF PERKEMBANGAN BIDANG PERINDUSTRIAN KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 1 6/1/23 11:06 AM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Pakar Perubatan Kesihatan Awam, International Islamic University Malaysia (IIUM), Dr. Nor Faiza Mohd Tohit berkata bahawa dengan mempunyai hobi, seseorang itu akan cuba untuk menjayakan perkara yang digemarinya seterusnya menjadikan diri lebih penyabar, tidak berputus asa dan membentuk sikap ingin belajar dan mencuba. Hobi juga dapat memberikan perspektif dan pengalaman berbeza daripada tugasan harian lantas membentuk semangat baharu dan lebih berdaya saing apabila kembali menjalankan tugasan hariannya. Dipetik dan diubah suai daripada, “Hobi Mampu Hilang Tekanan”, oleh Muhamaad Razis Ismail, www.hmetro.com.my, 15 Jun 2022 Petikan di atas menyatakan tentang kelebihan jika seseorang itu mempunyai hobi yang boleh dilakukan pada masa lapang. Huraikan kepentingan memiliki hobi kepada generasi muda. 2 Penyakit kanser atau barah boleh berpunca daripada mutasi genetik, gaya hidup, faktor persekitaran dan jangkitan beberapa jenis virus ataupun mikroorganisma tertentu. Sebagai contoh, individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghidap kanser. Selain itu, individu yang mengamalkan tabiat merokok, makan makanan ringan, minum minuman beralkohol dan pada masa yang sama menjalani gaya hidup yang tidak aktif lebih berisiko untuk menghidap kanser. Dipetik dan diubah suai daripada, “Masih Kurang Faham Mengenai Penyakit Kanser?”, oleh Fatin Zahra, hellodoktor.com, 19 Oktober 2022 Petikan di atas menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab penyakit kanser. Huraikan langkah-langkah yang harus anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada terkena penyakit kanser. KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 2 6/1/23 11:06 AM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 3 [Lihat halaman sebelah 3 Dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan murid, sukatan pelajaran diperkenalkan dengan topik-topik bertemakan perpaduan masyarakat majmuk. Selain pendekatan dalam bilik darjah, penerapan nilai-nilai perpaduan boleh diperkukuh melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum. Malahan, pendekatan melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang berkonsepkan pembelajaran pengalaman dipercayai lebih berkesan daripada pembelajaran di dalam bilik darjah. Pendidikan bukan formal pula berperanan memupuk perpaduan nasional melalui interaksi dan aktiviti antara komuniti dan keterlibatan dalam kerja-kerja sukarela melalui badan-badan bukan kerajaan (NGO). Dipetik dan diubah suai daripada, “Memupuk Perpaduan Melalui Pendidikan”, oleh Badlishah Sham Baharin, ikram.org.my, 22 Disember 2020 Perpaduan kaum sangat penting kepada negara. Perpaduan perlu dipupuk sejak awal dengan pelbagai kaedah termasuklah pendidikan dan perlu dilakukan oleh semua pihak. Huraikan peranan pelbagai pihak dalam usaha memupuk perpaduan kaum di negara ini. 4 Permintaan pekerjaan berintensifkan tenaga buruh dijangka akan menurun pada masa hadapan kerana peningkatan permintaan untuk pekerjaan yang menjurus kepada penggunaan teknologi dan kemahiran baharu. Jenis pekerjaan yang dijangka meningkat pada masa hadapan termasuklah Penganalisis dan Saintis Data, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), Pemasaran dan Strategi Digital, dan Pengkhususan Proses Automasi. Corak permintaan pekerjaan pada masa hadapan juga akan terarah kepada pekerjaan yang memerlukan pengkhususan kepelbagaian bidang dan tidak lagi cenderung kepada satu-satu bidang pengkhususan. Dipetik dan diubah suai daripada, “Mendepani Landskap Pekerjaan di Masa Hadapan”, oleh Noraniza Azmi, www.bharian.com.my, 24 Mac, 2021 Perkembangan dunia menuntut perubahan corak pekerjaan ke arah yang lebih bernilai tinggi dan berasaskan pengetahuan, selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Huraikan langkah yang harus dilakukan untuk bersaing dengan perubahan dunia yang semakin mencabar ini supaya tidak ketinggalan dalam persaingan mencari pekerjaan. KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 3 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 4 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata ganda. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Kini muncul bidang pekerjaan baharu yang dinamakan sebagai kolar baharu. Majikan mencari-cari pekerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus untuk memenuhi keperluan industri dan pasaran. Secara umumnya, pekerja kolar baharu ialah individu yang memajukan diri dengan kemahiran teknikal dan insaniah dalam pekerjaan teknologi dan kemahiran. Di Malaysia, usahausaha untuk meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir giat dilaksanakan sekali gus mengurangkan kebergantungan negara pada pekerja-pekerja asing. Dalam hubungan proses kemajuan, negara tidak lagi bergantung pada modal insan berpengetahuan tinggi semata-mata, tetapi juga berkemahiran tinggi. Dipetik dan diubah suai daripada, “Bidang Kolar Baharu Sedia Peluang untuk Diteroka”, oleh Ismail Hashim Yahaya, www.bharian.com.my, 25 Ferbruari, 2020 [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan subjek dan predikat yang lengkap bagi ayat yang bergaris seperti yang berikut. Subjek : Predikat: KUANTAN: Kenaikan harga barangan kebelakangan ini memberikan kesan kepada para pengguna. Keadaan ini memaksa kerajaan melakukan sesuatu yang konkrit supaya kenaikan harga itu dapat dikawal. Kebanyakan pengguna cemas dengan kenaikan harga barangan keperluan harian. Walaupun harga ayam sudah turun, tetapi masih dianggap tinggi kerana kos potong ayam pula diambil kira. Begitu juga dengan harga barangan lain seperti ikan, tepung, gula, minyak masak dan sayuran turut naik mendadak. Keadaan ini pasti membebankan pengguna, terutama golongan B40. Pengguna yang bijak harus membeli barangan secara berhemah dan mengamalkan gaya hidup berjimat cermat. Dipetik dan diubah suai daripada, “Rakyat Semakin Tersepit dengan Kenaikan Harga Barang”, oleh Ainal Marhaton Abd Ghani, www.bharian.com.my, 17 Jun, 2022 [6 markah] Kertas ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. KERTAS 2 Masa : 2 Jam 30 minit 100 KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 4 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 5 [Lihat halaman sebelah 3 Petikan di bawah mengandungi sebelas kesahalan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Di sebalik semua janji-janji yang ditebarkan untuk mengambil langkah perubahan, dunia dilihat kian tenat dan masih menuju kepada tahap merbahaya. Berdasarkan kepada penilaian terkini oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pakar yang mengkaji mengenai perubahan iklim yang melibatkan lebih 100 negara telah merumuskan bahawa dunia menuju ke arah yang salah. Untuk mengelakkan kesan buruk daripada cuaca yang lebih panas, perlepasan karbon pada peringkat global perlu dikurangi sebanyak 45 peratus menjelang 2030. Namun, analisis terkini menunjukkan bahawa pelepasan karbon tersebut meningkat sebanyak 16 peratus di dalam tempoh tersebut. Keadaan ini menyebabkan kenaikkan suhu sebanyak 2.7 darjah Celcius jauh melebihi had yang ditetapkan oleh komuniti antarabangsa. Dipetik dan diubah suai daripada, “Perubahan Iklim: Dunia Kian Tenat”, www.utusan.com.my, 19 September 2021 [11 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.” Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.” Maka, titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?” Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Encik Hashim seorang pengusaha kraf tangan berasaskan tembaga. Beliau mewarisi perusahaan ini daripada ayahnya yang diusahakan secara kecil-kecilan. Bagi beliau alang-alang berdakwat biar hitam. Beliau mendapatkan nasihat dan bantuan daripada Jabatan Kraftangan Malaysia untuk membesarkan perusahaannya. Beliau yakin bahawa kraf tangan berasaskan tembaga ini tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Walaupun perlu bersusah payah, beliau tetap akan meneruskan perusahaan kraf tangannya kerana jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagunya. [6 markah] KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 5 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 6 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Seni bina rumah limas Johor banyak dipengaruhi oleh budaya luar ekoran penjajahan Belanda dan British di Tanah Melayu, serta pengaruh kemasukan agama Islam dan seni bina rumah Indonesia. Limas atau “bumbung lima” ini bentuk asasnya sama dan dibina dengan ketinggian sederhana. Rumah ini juga bertangga seperti rumah Melayu tradisional yang lain. Rumah limas Johor boleh dikenali melalui bumbungnya yang ada perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas. Rumah limas Johor juga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu depan, tengah dan belakang. Pengasingan ruangan ini untuk menjaga privasi tuan rumah tetapi tidak meminggirkan tetamu. Misalnya, bahagian depan dikhususkan untuk melayan tetamu, marhaban dan mempamerkan kemakmuran kehidupan tuan rumah. Dipetik dan diubah suai daripada, “5 Rumah Melayu Tradisional yang Boleh Dijadikan Inspirasi”, oleh Tramizi Hussin, www.propertyguru.com.my, 8 Mei 2021 Bahan 2 Kebudayaan luar khususnya dari Kepulauan Melayu seperti Patani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi seni bina dan reka bentuk rumah Melayu tradisional. Oleh sebab itu, wujudnya rumah berbentuk Minangkabau, Bugis dan sebagainya. Namun, kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris telah menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya. Boleh dikatakan rumah Melayu tradisional di setiap negeri terdiri daripada rumah bumbung panjang tetapi selepas kedatangan penjajah Barat bentuknya berubah kepada bentuk limas atau bumbung Belanda. Dipetik dan diubah suai daripada, “Seni Bina Rumah Melayu Tradisional”, bicarasenivisual.blogspot.com, 15 September 2014 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga privasi. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu tradisional. [3 markah] (iii) Pembinaan rumah Melayu tradisional mempunyai banyak keistimewaannya. Pada pendapat anda, bagaimanakah hendak mempopularkan rumah Melayu tradisional? [3 markah] (iv) Rumah datuk anda sudah semakin reput dan usang. Rumah itu memberikan banyak kenangan kerana anda pernah membesar di dalam rumah itu. Sebagai cucu, cadangkan cara-cara yang boleh anda lakukan agar rumah itu boleh didiami dan tahan lama. [4 markah] KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 6 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 7 [Lihat halaman sebelah 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah warga kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota. Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan kepentingan diri masing-masing. Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing, bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri. Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Bahan 2 Gurindam Anak Kota Oleh Mohd Sukri bin Salleh Jikalau kota bangunannya tinggi, Tiada tentu menjunjung jati. Di kota itu duduknya musibah, Akal manusia sentiasa berubah. Andai anak kota jiwanya meledak, Wang disaku tiada turuti kehendak. Jikalau bijak memilih kawan, Bonda di desa tiadalah rawan. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mengundang resah. [2 markah] (ii) Dengan merujuk kedua-dua bahan, nyatakan perkara-perkara negatif yang berlaku di kota. [3 markah] (iii) Golongan muda di luar bandar mempunyai impian untuk tinggal di kota besar yang penuh dengan pancaroba kehidupan. Pada pendapat anda, apakah persediaan yang harus ada pada golongan muda di luar bandar sebelum mengambil keputusan untuk tinggal di kota? [3 markah] (iv) Bapa saudara anda mengajak anda untuk membantunya mengusahakan gerai menjual burger di sebuah bandar raya. Anda belum mempunyai keyakinan untuk tinggal di bandar besar. Huraikan alasan-alasan yang akan anda berikan kepada bapa saudara anda untuk menolak ajakan tersebut. [4 markah] KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 7 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 8 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sewaktu ayahnya meninggal dunia kira-kira tujuh tahun yang lalu, dia tidak dapat mengikut umi dan walid menziarahinya. Ketika itu dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Dia masih ingat lagi tangannya menggigil dan matanya basah semasa menjawab soalan sehingga terpaksa ditenteramkan oleh pengawas peperiksaan yang bertugas. Dia merayu-rayu kepada umi agar dapat ikut pulang ke Johor untuk menziarahi jenazah ayahnya. Sekurang-kurangnya untuk dia menatap wajah ayah kandungnya buat kali terakhir. Mungkin juga itulah nanti kenangan yang boleh disimpan hingga akhir hayat. Umi langsung tidak memberikannya ruang. Perkara yang mampu dilakukannya ketika itu hanyalah menangis. Sedih hatinya bukan kepalang. Dia tahu peperiksaan itu penting, tetapi bukankah memberi penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting? Sesuatu yang tidak akan terulang sampai bila-bila. Dipetik daripada novel Silir Daksina, karya Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia Mengapakah “dia” merayu untuk mengikut umi dan walid menziarahi jenazah bapanya? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (f) Tirani karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina karya Nizar Parman Konflik sengaja digarap oleh seseorang penulis untuk menjadikan karya novelnya itu lebih menarik. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang memaparkan konflik yang dihadapi oleh masyarakat dan cara konflik tersebut diselesaikan. [6 markah] KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 8 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 9 [Lihat halaman sebelah BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Malaysia memiliki lebih 15 000 spesies tumbuh-tumbuhan dengan 2000 daripadanya dilaporkan mempunyai nilai perubatan yang masih belum diterokai sepenuhnya. Setiap tumbuhan ini berpotensi dibangunkan, dipelbagaikan kegunaan dan dibuat produk bernilai tinggi yang berkesan, selamat serta berkualiti. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sentiasa memberikan fokus kepada aspek penyelidikan, pembangunan, pengkormersialan dan inovasi sumber biodiversiti negara. FRIM membangunkan kepakaran untuk mengenal pasti, menghasilkan bukti saintifik dan formulasi serta mendokumentasi sumber semula jadi dari hutan di Malaysia ke arah penghasilan ramuan aktif dan produk yang dapat dikomersialkan. FRIM juga berperanan membantu industri herba untuk menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan bahan mentah serta produk herba. Kajian yang dijalankan di FRIM merangkumi peringkat huluan dan hiliran. Penyelidik FRIM umpamanya membuktikan tongkat ali yang dihasilkan daripada kaedah pengekstrakan khas boleh membunuh sel barah ovari dan kini sedang dalam proses pengiktirafan paten. Kajian berkenaan masih perlu dilengkapkan pada peringkat praklinikal dan klinikal jika ingin digunakan serta dipasarkan sebagai ubatan antibarah. Bagi kacip fatimah pula, usaha untuk menghasilkan klon elit (dari segi pertumbuhan dan penghasilan bahan bioaktif) juga menampakkan hasil yang positif. Ketum juga antara spesies yang perlu diberi perhatian walaupun spesies ini tersenarai bawah Akta Racun 1952 kerana penggunaannya sering disalahgunakan. Secara tradisi, ketum boleh digunakan untuk mengatasi masalah keletihan dan meningkatkan produktiviti kerja. Oleh itu, kajian dan penyelidikan yang menyeluruh sangat diperlukan supaya kegunaan spesies ketum dapat dimanfaat sepenuhnya. Dipetik dan diubah suai daripada “Teroka Manfaat Herba” oleh Mohamad Hussin, www.hmetro.com.my, 26 Oktober 2018 KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 9 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 10 Bahan 2 Kelebihan Herba Perasa masakan semula jadi 1 Kaya dengan antioksidan 3 Bersifat antiradang 4 Membantu meningkatkan imuniti badan 5 Pengawet semula jadi 2 KR SPM BM 2023_Set 1 3rd.indd 10 6/1/23 11:06 AM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 21 [Lihat halaman sebelah BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan panduan membuat kertas cadangan. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis kertas cadangan untuk projek perusahaan kuih tradisional. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Panduan Membuat Kertas Cadangan Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4, hlm. 53 1 Tajuk Jangka masa Anggaran belanjawan 4 6 Latar belakang 2 3 Objektif 5 Sasaran pasaran KERTAS 1 KERTAS MODEL SPM 3 Masa : 2 jam 100 KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 21 6/1/23 11:06 AM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 22 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Batu Gajah, Perak, Noraini Mohamad Nor mengatakan bahawa industri jahitan pada masa ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini mendorong banyak pihak mengambil peluang menjadikan industri ini sebagai lubuk rezeki berbekalkan kemahiran dalam bidang jahitan. “Mungkin ada yang beranggapan bahawa kemahiran menjahit hanyalah untuk membantu membaiki kelangsungan hidup diri atau keluarga. Namun, bagi yang memiliki matlamat dan iltizam, kemahiran menjahit yang dipelajari itu sebenarnya mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Lubuk Rezeki Pereka Fesyen”, oleh Fazurawati Che Lah, Harian Metro, 2 September 2019 Maklumat di atas berkaitan dengan kerjaya dalam bidang fesyen dan jahitan yang sedang berkembang pesat di negara ini. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang harus dilakukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam bidang fesyen. 2 Golongan gelandangan merupakan kelompok masyarakat yang tiada tempat tinggal dan mereka biasanya ada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kewujudan golongan ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak, antaranya kemiskinan bandar, disisihkan keluarga, bekas banduan, gangguan mental, dan penagih arak atau dadah. Di Malaysia, isu ini juga diletakkan dalam laporan statistik negara. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM, 2012) melalui pembentangan di Parlimen menunjukkan jumlah golongan gelandangan di Malaysia yang telah diselamatkan oleh JKM bagi tahun 2007 hingga tahun 2011 seramai 7 833 orang. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Gelandangan Oh Gelandangan”, oleh Johari Yap, Sinar Harian, 18 Mei 2020 Berdasarkan petikan berita di atas, masalah golongan gelandangan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu golongan gelandangan. KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 22 6/1/23 11:06 AM


1103/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 23 [Lihat halaman sebelah 3 Kesan keciciran murid dalam pelajaran amat besar kepada negara dan akan memberikan masalah terutamanya bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja yang berkualiti pada masa akan datang. Masalah keciciran ini juga akan turut memberi kesan terhadap punca pendapatan rakyat. Malah, jurang antara rakyat yang berpendidikan dengan mereka yang keciciran akan bertambah luas, sekali gus menyukarkan rancangan kerajaan yang mahukan semua rakyat mendapat peluang sama rata bagi membangunkan diri, keluarga dan masyarakat. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Jangan Biar Lebih Ramai Pelajar Tercicir”, oleh Muhammad Zakwan Nazaraly, Sinar Harian, 8 Disember 2021 Pelbagai perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 telah banyak mengganggu sistem pendidikan. Masalah keciciran murid sangat ketara. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah keciciran pelajaran dalam kalangan murid sekolah. 4 Antara binatang yang sedang diancam kepupusan tahap kritikal di Malaysia ialah harimau Malaya, badak Sumatera, tenggiling, penyu, orang utan, gajah Borneo, dan tapir. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 2018, kematian hidupan liar dari tahun ke tahun menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 7 451 ekor pada tahun 2017, berbanding dengan 6 767 ekor pada tahun 2016 dan 6 258 ekor pada tahun 2015. Baru-baru ini, Malaysia telah kehilangan badak Sumatera terakhir yang ada di negara ini. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Punca-punca Kepupusan Haiwan”, www.majalahsains.com, 8 Disember 2019 Petikan di atas menunjukkan maklumat tentang pelbagai spesies hidupan liar yang sedang diancam kepupusan di Malaysia. Huraikan peranan setiap pihak bagi menangani masalah ini. KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 23 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 24 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan awalan dan dua kata terbitan akhiran. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Penerjun kelahiran Kampung Jugan, Sarawak ini merupakan atlet terjun Malaysia pertama yang berjaya memenangi pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London menerusi acara 10 meter platform individu wanita. Pandelela juga berjaya meraih pingat perak dalam platform seirama 10 meter bersama-sama Cheong Jun Hoong di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, sekali gus menjadi pasukan wanita negara pertama memenangi pingat perak di gelanggang Sukan Olimpik. Beliau merupakan penerima Anugerah Ikon Belia Sukan sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2016 serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya. Dipetik dan diubah suai daripada “10 Atlet Kebangsaan Mengharumkan Nama Malaysia di Persada Dunia!”, www.jobstore.com, 6 Ogos 2019 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. Menurut satu kajian di Australia, orang yang memelihara kucing memiliki kesihatan psikologi yang lebih baik daripada mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup, juga lebih tenang menghadapi masalah. Mengusap kucing yang berbaring di atas pangkuan ternyata dapat menghilangkan stres. Ketika berdepan masalah, kucing dapat membuatkan pemiliknya menjadi lebih tenang. Secara psikologi, pemilik kucing juga lebih mudah pulih daripada tekanan. Situasi ini berlaku kerana kucing mampu memahami hati pemiliknya. Dipetik dan diubah suai daripada “Kucing Boleh ‘Baca’ Hati Tuannya? Ketahui Kelebihan Pelihara Haiwan Ini dari Sudut Psikologi, Kesihatan”, www.mstar.com.my, 9 Mei 2019 [6 markah] Kertas ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. KERTAS 2 Masa : 2 Jam 30 minit 100 KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 24 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 25 [Lihat halaman sebelah 3 Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Tulisan Jawi melambangkan kesenian dan identity masyarakat Melayu yang beragama Islam. Tulisan Jawi sebenarnya merupakan sstem ejaan atau tulisan yang tersendiri yang ditulis dengan cepat dan tepat. Pada masa kini, tulisan Jawi telah menjadi sebahagian dari seni atau kemahiran menghasilkan tulisan demografi yang paling cantik sekali. Tulisan Jawi haruslah dikembangkan kerana tulisan ini mempunyai nilai aestetika yang tinggi, klasik dan unik. Walau bagaimana pun, tulisan ini makin tidak difahami oleh gulungan muda kini kerana kelemahan mereka dalam mempelajarinya. Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Tulisan Jawi”, tulisanjawikus.blogspot.com, 11 November 2011 [9 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.” Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.” Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Menjadi nelayan bukanlah kerjaya pilihan sesiapa pun. Cabarannya sangat getir. Ayah masih terus berjuang sejak zaman remajanya, demi kelangsungan hidup aku dan mak. Dan aku tidak akan selamanya membiarkan ayah menyatu dengan alam ganas di dada laut yang tidak punya kasihan belas. Mak, ayah, di kamar kecil inilah perjuanganku untuk hari depan kita. Tunggulah saatnya mak dan ayah. Lembaran buku mula kuselak perlahan, sambil membayangkan kelas dalam talian yang mungkin tidak dapat dihadiri pagi ini. Mungkin kerana cuaca kurang cantik, mungkin kerana data Internet yang kian perlahan. [6 markah] KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 25 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 26 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Rumah bumbung panjang di Perak dikenali sebagai rumah kutai atau “kotai” bagi sebutan penduduk tempatan. Secara umumnya rumah kutai mempunyai dua jenis, iaitu bertiang 12 dan bertiang 16. Kedua-duanya mempunyai struktur yang sama. Rumah kutai ini banyak terdapat di kawasan berhampiran dengan tebing sungai Perak iaitu di daerah Perak Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar. Seni bina warisan rumah kutai ini boleh didapati di negeri Perak sahaja. Rumah kutai juga merupakan satu-satunya jenis rumah Melayu tradisional di Perak yang masih didiami oleh penduduk tempatan sejak lebih 200 tahun dahulu sehingga kini. Namun begitu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa kebanyakan penduduk tempatan Perak terutama generasi muda tidak mengetahui adanya rumah kutai ini, apatah lagi bagi orang-orang luar dari negeri Perak. Dipetik dan diubah suai daripada “Pameran Maya: Rumah Kutai”, perak.library.uitm.edu.my, 4 Februari 2021 Bahan 2 Rumah limas terdapat di negeri Selangor, Terengganu, dan Johor. Rumah limas yang banyak terdapat di negeri Johor pula merupakan campuran warisan daripada tradisi rumah masyarakat Jawa, Bugis, Banjar, Palembang dan keturunan lain daripada rumpun bangsa Melayu di Kepulauan Melayu. Elias Robani, seorang tukang ukir kayu di Muar yang mewarisi seni itu daripada bapanya menyatakan bahawa setiap rumah Melayu tradisional mempunyai identitinya yang tersendiri. Identiti rumah limas Johor terletak pada bumbungnya, iaitu satu perabung terus mendatar bersambung dengan lima perabung menurun ke cucur atap dengan kayu berceracak di atap yang dikenali sebagai “tunjuk langit”. Kebanyakan rumah limas Johor dibuat daripada kayu dengan tiga ruangan utama; serambi, ruang tamu utama dikenali sebagai “rumah ibu” dan dapur di belakang. Tetamu lelaki biasanya akan berkumpul dan dilayan di serambi, manakala orang perempuan pula di rumah ibu dan dapur. Dipetik dan diubah suai daripada “Memelihara Warisan Rumah Limas Johor”, www.themalaysianinsight.com, 6 Mac 2022 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rumpun bangsa. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan keunikan-keunikan rumah Melayu tradisional. [3 markah] (iii) Rumah Melayu tradisional yang sangat tinggi nilai seninya perlu dipulihara dan dipelihara. Pada pendapat anda, apakah kepentingan rumah tradisional kepada generasi akan datang? [3 markah] (iv) Sebuah projek perumahan akan dibangunkan berhampiran dengan kampung anda. Projek perumahan ini akan merobohkan rumah-rumah tradisional yang telah dibina selama ratusan tahun dahulu termasuklah rumah datuk anda. Anda berasa sangat terkilan dengan keadaan ini dan ingin melakukan sesuatu. Apakah yang boleh anda lakukan bagi memastikan projek perumahan tersebut dibatalkan? [4 markah] KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 26 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 27 [Lihat halaman sebelah 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kini, Hatiku terguris kesedihan Ketika terucapnya salam perpisahan Walau air mataku tak berlinang Bukan bererti suatu kerelaan Saat langkah kaki terayun Jarak kita pun semakin membentang Akankah semuanya jadi terkenang? Atau hanyut terbawa gelombang? Bahkan mungkin, terkubur oleh waktu dan keadaan Sahabat, Dalam hatiku ini Akan tetap membekas suatu kenangan Kau sungguh baik Yang mengenalimu pasti akan merindu Namun untukku janganlah kaubiarkan Aku terkulai lemas dalam kehampaan Kerana rasa rinduku yang tak kauharapkan Dipetik dan diubah suai daripada puisi “Salam Perpisahan” oleh Doni Andeskap changdoni9.blogspot.com, 24 Februari 2014 Bahan 2 Dia menaikkan wajahku, “Dengarkan aku Cha. Aku ada untukmu, untuk menjagamu. Aku ada untukmu, untuk melindungimu. Kamu tak akan kehilanganku Cha. Aku ada di dalam hatimu, aku selalu ada di sana. Aku menjagamu dari sana. Zaman sudah canggih, kamu boleh menghubungiku nanti. Pasti, aku pasti kembali ke sini, ke hadapanmu Cha. Aku ingatkan, kamu harus terus bermimpi untuk meraih cita-citamu walau aku tak ada di sampingmu pada saat itu. Aku di sana juga akan berusaha meraih cita-citaku. Kamu boleh, aku boleh, kita boleh! Satu lagi, jangan pernah terlintas di fikiranmu, bahawa aku akan melupakanmu dan mendapatkan sahabat yang lebih baik darimu. Aku yakinkan, tak ada! Ingat, lapan tahun kita bersama, kamu tahu kelemahanku, kelebihanku, begitu juga sebaliknya. Sejak kecil kita bersama, mengawasi hari bersama. Kamulah sahabat terbaik yang pernah ada.” Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Kau Aku dan Hati” oleh Beertlhie cerpenmu.com, 13 Mac 2015 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata hatiku terguris. [2 markah] KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 27 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 28 (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, apakah perkara yang diharapkan apabila berlaku perpisahan antara sahabat? [3 markah] (iii) Setiap orang pasti mempunyai sahabat yang akan berkongsi susah dan senang ketika menjalani kehidupan. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk persahabatan supaya kekal selamalamanya? [4 markah] (iv) Dalam kejadian banjir di Hulu Langat baru-baru ini, sahabat baik anda telah mengalami musibah yang sangat besar. Keseluruhan rumahnya tenggelam dan peralatan rumah tidak dapat diselamatkan. Sebagai sahabat sejati, apakah tindakan yang wajar anda lakukan untuk membantunya? [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku benar-benar bimbang akan Haziq dan Rafiq, meskipun kedua-duanya tidak pernah aku kenali. Aku takut jika orang kampung terlalu marah, dua beradik itu akan mati dipukul atau dibunuh oleh ibu bapa mereka sendiri. Kemudian suami isteri itu pula yang saling berbunuhan, orang kampung hanya ketawa. Akan tetapi, andaian tentang kematian ngeri itu tidak akan berlaku sebab datuk mengheret Rafiq dan Haziq di halaman rumah, sambil dibantu oleh dua orang pemuda. Di belakang mereka, orang kampung masih marah, menuduh, dan memaki. “Pulanglah, solat Subuh. Pukul 10:00 nanti datang ke balai raya, kita akan bermesyuarat!” teriak datuk. “Biar budak berdua ini saya simpan di sini,” sambung datuk lagi. Kedua-duanya kelihatan lemah, ada kesan dibelasah. Wajah Haziq lebam, hidung Rafiq pula berdarah. Aku bersimpati melihat keadaan mereka. Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah kebimbangan yang dirasai oleh Lili terhadap masalah yang menimpa Haziq dan Rafiq? [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab pengakhiran cerita dalam novel tersebut menyentuh hati anda. [6 markah] KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 28 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 29 [Lihat halaman sebelah BAHAGIAN C : RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Sebenarnya penggunaan dron atau Kenderaan Udara Tanpa Kawalan (UAV) dalam aplikasi komersial berpotensi untuk mengubah beberapa industri. Contohnya, penggunaan dron untuk tujuan penggambaran dari udara atau perfileman telah lama diketahui umum. Dron juga digunakan untuk melakukan kerja mengukur, mencerap, memeriksa dan pencitraan imej serta pembangunan teknologi. Namun, jika dron digunakan dengan niat dan tujuan untuk menyerang, membunuh atau berperang, maka penggunaannya telah mengancam keselamatan negara. Selain itu, tindakan menerbangkan dron juga boleh mengancam keselamatan awam, membahayakan operasi penerbangan dan keselamatan. Perbuatan ini juga melanggar privasi orang ramai melalui pencerobohan ruang udara. Banyak pihak khuatir kerana dron boleh membawa kamera perakam atau barang yang tidak diingini dan diterbangkan di tempat larangan, tempat-tempat sulit seperti kawasan rumah pemimpin negara, penjara atau di sekitar kawasan fasiliti kerajaan yang akhirnya boleh menggugat keselamatan orang awam. Malah, penyalahgunaan dron juga mampu menjurus kepada berlakunya situasi pencerobohan terhadap hak privasi apabila pengguna merakam video atau gambar tanpa kebenaran. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mewajibkan setiap pemilik dron yang ingin menerbangkannya agar memohon kebenaran supaya penerbangan dron itu dapat dipantau dari segi jarak dan ketinggian agar tidak membahayakan ruang udara. Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat banyak kebaikan yang diperoleh daripada penggunaan pesawat kawalan jauh ini terutamanya ketika banjir. Dipetik dan diubah suai daripada “Dron: Faedah atau Padah” oleh Dr. Ismail Sulaiman, Sinar Harian, 9 Februari 2020 KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 29 6/1/23 11:06 AM


1103/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 30 Bahan 2 ➯ Tidak semua kawasan sesuai untuk penggambaran menggunakan dron seperti di dalam bangunan, di bawah khemah dan di kawasan yang banyak pokok. ➯ Penggunaan dron mengeluarkan bunyi yang mungkin tidak disenangi sesetengah tetamu. ➯ Pastikan mempunyai masa yang cukup untuk sesi penggambaran pengantin kerana memakan masa untuk mendapatkan gambar yang baik. ➯ Sediakan bateri secukupnya. RAKAMAN VIDEO MAJLIS PERKAHWINAN Bayaran: RM 4 000 hingga RM 6 500 Dron KR SPM BM 2023_Set 3 3rd.indd 30 6/1/23 11:06 AM


Semenanjung Malaysia: RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.40 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] Hanijah Selamat Bahasa Melayu Bahasa Melayu Siri Kertas Ramalan SPM disediakan sebagai latihan untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kertas model ini ditulis mengikut format dan piawaian SPM sebenar untuk membantu murid membuat persediaan awal agar dapat mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar. 4 Set Kertas Model Jawapan Lengkap Bahasa Melayu KERTAS RAMALAN SPM (1103/1 & 1103/2) WM RM4.90 EM RM5.40 SUBJEK 9 789670 045696 ISBN 978-967-0045-69-6


Click to View FlipBook Version