The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-06-19 04:35:07

Kertas Model SPM Bahasa Melayu 2024

Kertas Model SPM Bahasa Melayu 2024

5 set Kertas Model SPM Format Instrumen Peperiksaan SPM Bahasa Melayu Jawapan Lengkap WM RM6.90 EM RM7.60 KSSM SPM KERTAS MODEL Mohamad Jalil bin Mohamad Yunus Hanijah binti Selamat Bahasa Melayu FORMAT Terkini SPM Kertas 1 (1103/1) & Kertas 2 (1103/2)


1103/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–1 [Lihat halaman sebelah Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024 BAHASA MELAYU 1103/1 Kertas 1 2 jam Dua jam 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN KERTAS MODEL SET 4


1103/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–2 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Maklumat di bawah berkaitan dengan bidang perindustrian di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang bidang perindustrian di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kemerosotan Komoditi hasil pertanian dan pembalakan Dasar/ Polisi Kerajaan promosi dan taraf perintis Buruh tenaga buruh tempatan murah Modal dana tempatan pinjaman kerajaan/ swasta Teknologi pemindahan teknologi, pembangunan, dan penyelidikan Pasaran saiz pasaran dan kuasa beli pengguna Faktor Perkembangan Pesat Perindustrian Sumber: Diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, halaman 205. Manfaatkan semua peluang, sentiasa kreatif Peluang pada era Industri 4.0 umpama emas yang bertaburan di jalanan, hanya menunggu sesiapa yang datang mengutipnya. Misalnya, Industri 4.0 menekankan aspek pembuatan pintar maka sumber manusia yang bakal mengisinya mestilah bijak merebut peluang, kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan cadangan dan berani mengambil risiko. Sumber: Diubah suai daripada “Industri 4.0 Ubah Cara Kerja, Hidup”, oleh Prof. Madya. Dr. Afandi Ahmad, www.bharian.com.my, 11 Jun 2017


1103/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–3 [Lihat halaman sebelah 1 Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah di hujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Namun begitu, ada juga yang menafikan kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan terhadap kesan bidang ini sama ada membawa kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat untuk pelbagai bidang seperti telekomunikasi, pengangkutan dan pertanian.  Dipetik dan diubah suai daripada “Sains dan Teknologi: Suatu Kelebihan atau Kemudaratan”, oleh Karmala binti Awang, www.ikim.gov.my, 9 Februari 2006 Berdasarkan maklumat di atas, huraikan pendapat anda tentang kepentingan bidang sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakat kita. 2 Sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan menerusi proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, ‘scinetia’ yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses bagi memperoleh maklumat lain, sains bermula dengan pengalaman, diikuti mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Hal ini menjadi faktor ramai murid beranggapan mata pelajaran Sains itu sesuatu yang sukar dipelajari hingga ada yang mengelakkan diri daripada mengikuti aliran sains dan lebih memilih untuk mengikuti aliran sastera. Dipetik dan diubah suai daripada “Sains Dianggap Susah, Punca Pelajar Kurang Minat... Betul-betul Sukarkah?”, oleh Azimah Ghazali, www.gpsbestari.com, 11 Oktober 2016 Berdasarkan petikan di atas, bincangkan punca-punca murid kurang meminati bidang sains berbanding dengan kelas aliran lain. BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.


1103/1 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–4 3 Sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuang persepsi negatif terhadap produk tempatan yang sering dilabel tidak setanding dengan produk import. Produk tempatan kini semakin mendapat tempat di hati pengguna kerana barangan tempatan setanding dengan produk luar negara, malah ada yang lebih baik sebenarnya. Hal ini terbukti apabila pengusaha tempatan boleh menjual produk mereka walaupun secara dalam talian. Begitu juga dengan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia sentiasa dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Dipetik dan diubah suai daripada “Produk Kita Setanding Produk Luar Negara”, oleh Nozina Yahaya, www.sinarharian.com.my, 10 September 2020 Jelaskan langkah-langkah untuk menarik minat masyarakat di negara kita untuk memilih barangan tempatan. 4 Sering kali kita mendengar masalah lepasan universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Ada yang menunggu peluang pekerjaan sehingga bertahun-tahun lamanya. Kadangkadang masalah tersebut bukan datang daripada diri mereka sendiri. Namun begitu, ada juga yang terlepas pandang dengan perkara-perkara yang perlu dimanfaatkan ketika sedang belajar seperti tidak mendapat pendedahan tentang pemilihan kerjaya yang tepat. Keadaan ini menjadi sebab graduan muda sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Dipetik dan diubah suai daripada “Ini Antara Sebab Graduan Muda Sukar Dapat Kerja” www.infopelajar2u.com, 17 Disember 2016 Sebagai respons kepada petikan di atas, huraikan cara-cara yang boleh dilakukan untuk memilih kerjaya yang tepat dalam diri seseorang. KERTAS SOALAN TAMAT


1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–5 [Lihat halaman sebelah Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024 BAHASA MELAYU 1103/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit 1. Kertas ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN KERTAS MODEL SET 4


1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–6 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat akronim. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pelbagai aktiviti menarik yang sarat dengan ilmu turut diadakan di Karnival Kerjaya. Antaranya termasuklah acara senamrobik, program bual bicara bersama-sama panel jemputan, serta uji bakat kerjaya dalam bidang penyiaran bersama dengan RTM, BERNAMA, dan Radio IKIM. Selain itu, karnival ini turut menyediakan ruang niaga untuk 30 buah gerai makanan, pakaian, barangan digital pelbagai jenama, dan kaunter kesihatan Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan percuma. Di samping itu, para pengunjung juga boleh menonjolkan bakat kreatif dalam pertandingan melukis komik adaptasi daripada cerpen terpilih. Dipetik dan diubah suai daripada “Alam Kerjaya Terbentang Luas” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hal: 37 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong. Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS) ialah diorama dasar laut yang sangat indah. AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. Kompleks AMUMS yang mempunyai panorama yang sungguh mengagumkan terletak di kawasan pinggir laut. Hidupan marin yang indah dan berwarna-warni memeriahkan kompleks AMUMS. Pembinaan AMUMS ini adalah untuk menginspirasikan pemuliharaan hidupan laut. Pemuliharaan ini dilakukan melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi, dan penerokaan. AMUMS dibuka untuk lawatan. Orang awam, murid sekolah dan para penyelidik yang hadir diberikan tawaran harga. Dipetik dan diubah suai daripada “Akuarium dan Muzium Marin” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hal: 180 [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Langkawi yang merupakan Pulau Sebelas Gelaran rupa-rupanya menyimpan sejarah negara yang panjang. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli geologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia telah bertemu kewujudan batuan purba termasuk batu jatuh glazier yang berusia satu bilion tahun. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pembentukan muka bumi negara kita bermula dari langkawi. Dipetik dan diubah suai daripada “Taman Georimba Langkawi” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, hal: 182 [5 markah] BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah]


1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–7 [Lihat halaman sebelah Bahan 2 Lembah Lenggong terletak di Hulu Perak, kira 80 kilometer dari bandar Ipoh. Lembah Lenggong telah diishytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 30 jun 2012 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga mengenali sebagai United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Dipetik dan diubah suai daripada “Arkeopelancongan di Lembah Lenggong” Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hal: 104 [4 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahawat dan Keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Setelah kematian Mak Esah dan suaminya, anak-anak mereka tetap meneruskan kehidupan walaupun terpaksa meminta bantuan daripada orang ramai. Doktor Salman yang merawat Mak Esah dahulu sering bertanya khabar anak-anaknya. Walaupun sudah hampir 10 tahun, sikap Doktor Salman langsung tidak pernah berubah. Kini, beliau sudah berjawatan tinggi. Beliau juga sentiasa merendah diri ketika berinteraksi dengan orang bawahannya. Tingkah laku ini berbeza sekali dengan Amat, adiknya yang hanya akan melakukan sesuatu tugas apabila disuruh. [6 markah]


1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–8 BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Ternyata matahari tidak selamanya cerah. Faktor persaingan yang sengit pula menghimpitku. Di negeriku sahaja sudah terdapat 300 buah rumah burung walit yang diusahakan oleh warganegara dan dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebanyak 70 peratus pengusaha rumah burung walit di negeri ini berakhir dengan kegagalan. Aku juga mengalami masalah komunikasi. Pengedar atau pembeli pula tidak tertarik untuk mempercayai kebaikan dan kelebihan sarang burung walit ini. Produk yang baik gagal dipromosikan jika tidak melalui komunikasi yang berkesan. Tanpa komunikasi, kerjasama tidak terjalin. Keputusan untuk mengedarkan produk kepada seorang dua pengedar sahaja kerana takut menanggung risiko apabila berurusan dengan pihak lain juga telah menjejaskan pendapatanku. Mendung terus menyelubungi hidupku apabila pengedar itu tidak bertanggungjawab dan menarik diri secara sukarela. Aku mendongak mencari sinar harapan. Dalam apa-apa perniagaan, pencarian ilmu harus didahulukan. Dipetik dan diubah suai daripada “Saudagar Burung Walit”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, hal: 120 Bahan 2 “Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan kerana jauh dari kawasan perumahan. Tetapi ada masalah lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini. Jalan itu tidak berturap dan becak pada musim hujan. Pernah lori tersangkut dalam selut. Aku sudah menulis surat memohon jalan itu dinaik taraf. Aku sudah berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yang berpengaruh, tetapi jawapan tiada peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini. Aku dicaci maki oleh orang kampung kerana kemasukan lori-lori itu memburukkan lagi keadaan jalan.” Azam menggeleng-geleng, “Bagaimanakah hasil jualan ayam?” Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang. Aku berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan syarikat RAJA. Mereka menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak, mereka menghantar ubat-ubatan. Semua itu akan dipotong daripada hasil jualanku.” Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja”, karya Zurinah Hassan, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menanggung risiko. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cabaran-cabaran dalam mencari rezeki. [3 markah] (iii) Seseorang yang ingin berjaya dalam kerjaya memerlukan usaha yang berterusan. Kemahiran menggunakan teknologi menjadi kayu ukur dalam menjanakan pendapatan seseorang. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengukuhkan kemahiran teknologi bagi menjanakan pendapatan seseorang? [4 markah] (iv) Rakan anda, Arif mempunyai keinginan untuk mengusahakan perniagaan sarang burung walit. Namun begitu, perniagaan itu seakan-akan tidak memberikan pulangan yang baik dan kurang mendapat sambutan. Arif berada dalam dilema sama ada hendak meneruskan hasratnya atau tidak. Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu Arif untuk menyelesaikan masalahnya? [4 markah]


1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–9 [Lihat halaman sebelah 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pantun Kepentingan Ilmu Ternak itik di paya mendatar, Angsa serati menyusup lari; Anak dididik supaya pintar, Dewasa nanti hidup berdikari. Kerang diramu sedap rasanya, Gula celagi dicampurkan lagi; Orang berilmu senang hidupnya, Ke mana pergi dipandang tinggi. Cempedak dijamu makan bertiga, Sedap dikata jangan tertelan; Tidak berilmu bagaikan buta, Gelap gelita sepanjang jalan. Kala merindu bulan tiada, Menanti bintang setiap ruang; Pabila ilmu penuh di dada, Dihormati orang tidak terbuang. Celup intan taburan perada, Lengan dan baju diambil ibu; Hidup insan putaran roda, Dengan ilmu stabil hidupnya. Sabariah Nor Salleh, Dewan Siswa, Bil. 4, 2018.


1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–10 Bahan 2 SYAIR KELEBIHAN ILMU Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, Ialah kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuas tekak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat saujana, Tepinya ajal sempadannya fana. Za’ba Antologi Kerusi Kemeterian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata sinarnya cerah. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kepentingan-kepentingan ilmu. [3 markah] (iii) Jika kita mempunyai ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara yang mengikut bidang kepakaran kita, sudah pastinya kita akan dihormati. Bukan untuk sesuatu ilmu sahaja, malah asalkan kita berilmu, hidup kita pasti akan senang. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika seseorang itu berilmu selain dirinya dihormati? [3 markah] (iv) Pada suatu petang, anda sedang menuju ke kedai. Tiba-tiba kelihatan dua orang individu yang sedang berbual menggunakan bahasa yang agak kasar dan kesat sesama sendiri. Keadaan ini membuatkan anda berasa malu. Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk menasihati mereka agar menggunakan bahasa yang lebih baik? [4 markah]


1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–11 [Lihat halaman sebelah 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Janganlah banyak soal. Ikut saja perintah kami,” tegas Leftenan Renya Mutuguchi. Kemudian dia menyuruh orang-orangnya membawa Pak Saidi ke dalam trak yang terletak di tepi jalan. Pak Saidi dengan tenang berjalan menuju ke trak. Dia diapit dua orang tentera Jepun yang bersenjata. Tiba-tiba Pak Saidi menyelak baju Melayu yang dipakainya lalu mencabut keris yang tersisip pada pinggangnya. Dengan pantas dia menikam tentera Jepun yang berjalan di sebelah kirinya. Kemudian dengan pantas keris yang sama menikam tentera Jepun di sebelah kanannya. Kedua-dua tentera Jepun itu tersungkur sambil mengerang kesakitan. Leftenan Renya Mutuguchi yang berjalan di belakang Pak Saidi terkejut dengan tindakan pantas orang tua itu. Dia mengeluarkan pistol hendak menembak Pak Saidi. Tetapi dengan pantas orang tua itu menghayunkan keris di tangannya lalu mencederakan lengan Leftenan Renya Mutuguchi. Dipetik daripada Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan reaksi Leftenan Renya Mutuguchi setelah melihat dua orang tenteranya ditikam. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan watak utama dalam menangani konflik. [6 markah]


1103/2 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) S4–12 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. KERTAS SOALAN TAMAT Mengapakah kemerdekaan penting kepada negara? ➢ Individu – menjadi insan yang dihormati ➢ Masyarakat – mewujudkan perpaduan kaum ➢ Pelancong – berasa seronok berada di sini ➢ Pemimpin – mudah didampingi rakyat Bahan 1 Setiap tahun, sambutan kemerdekaan diadakan dengan meriah supaya rakyat Malaysia mengenang jasajasa pejuang kemerdekaan dan meningkatkan rasa cinta akan negara. Di sebalik kemakmuran dan kejayaan yang dicapai, para remaja harus menyedari kepentingan menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar agar kemerdekaan negara dijaga dan dihormati. Di samping itu, remaja juga seharusnya merenung dan menghayati hakikat kemerdekaan itu sendiri. Kemodenan dan kesenangan yang dimiliki tidak akan bermakna jika anak-anak semakin tidak menghormati ibu bapa, murid tidak menghormati guru, atau ajaran agama ditinggalkan. Hal ini merupakan satu pengajaran buat kita dalam usaha mencapai kemajuan. Kita masih boleh maju, namun remaja perlu mempunyai acuan tersendiri untuk maju tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang kita miliki. Nilai murni tidak diabaikan di samping remaja perlu melengkapkan diri dengan nilai patriotisme yang tinggi. Dalam menikmati kebebasan, para remaja tidak boleh lalai untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan keterampilan. Remaja haruslah sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia untuk memajukan diri dan negara. Apabila negara mengecapi kemerdekaan dan terus maju dalam keseimbangan, kesannya negara akan lebih disegani dan dihormati oleh negara lain. Negara yang merdeka juga akan terus maju dari aspek pembangunan fizikal dan rohaniah sekali gus nama negara akan terus dimartabatkan di persada dunia. Sememangnya setiap sambutan ulang tahun kemerdekaan itu menyediakan peluang untuk remaja bergembira atau bersuka ria. Namun begitu, remaja harus bijak memilih agar tidak terjebak dengan perkara-perkara yang membawa remaja ke arah perkara negatif. Selain itu, pegangan agama yang kukuh amat penting dalam diri kerana remaja berperanan dalam menghayati erti kemerdekaan. Hal yang menyedihkan ialah kita sering mendengar kisah remaja yang terlibat dengan gejala negatif pada malam sambutan kemerdekaan, seperti meminum arak, penyalahgunaan dadah, kegiatan lumba haram dan pergaulan bebas. Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Menghormati Kemerdekaan Negara”, oleh Mohd Farid Md. Alias, Utusan Malaysia, 23 Ogos 2007 Bahan 2 Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu, KSSM Tingkatan 4, hal. 127


Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM6.90 : RM7.60 Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu (Kertas 1 & Kertas 2) Bahasa Inggeris (Kertas 1, Kertas 2, Kertas 3 & Kertas 4) Matematik (Kertas 1) Matematik (Kertas 2) Matematik Tambahan (Kertas 1) Matematik Tambahan (Kertas 2) Sains (Kertas 1) Sains (Kertas 2) Fizik (Kertas 1) Fizik (Kertas 2 & Kertas 3) Kimia (Kertas 1) Kimia (Kertas 2 & Kertas 3) Biologi (Kertas 1) Biologi (Kertas 2 & Kertas 3) Sejarah (Kertas 1) Sejarah (Kertas 2) Geografi (Kertas 1) Geografi (Kertas 2) Pendidikan Islam (Kertas 1 & Kertas 2) KSSM SPM KERTAS MODEL Siri Kertas Model SPM ditulis berdasarkan Format Instrumen Peperiksaan SPM terkini yang memenuhi piawaian daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) & Kertas 2 (1103/2) Bahasa Melayu Kertas Model SPM Kertas 1 & Kertas 2 9 786294 852983 ISBN 978-629-485-298-3


Click to View FlipBook Version