Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 3 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM4.50 Sabah & Sarawak : RM4.90 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Bahasa Melayu Tahun 4 Md. Ramli Sabran 4 TAHUN 3 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan disediakan Bahasa Melayu Judul-judul dalam siri ini: Judul/Tahun 4 5 6 Bahasa Melayu • • • Bahasa Inggeris • • • Matematik (Dwibahasa) • • • Sains (Dwibahasa) • • • Sejarah • • • Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 UJIAN AKHIR UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SESI AKADEMIK UJIAN AKHIR UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SESI AKADEMIK 9 789670 089805 ISBN 978-967-0089-80-5 GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 4 SET 1 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 11 4 jam 1 jam 15 minit JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas ujian ini mengandungi 8 halaman bercetak. Nama : _______________________________________________ Kelas : _______________________________________________ Sekolah : _______________________________________________ UASA BM Thn 4 Global (SET 1).indd 1 30/3/2023 1:53:38 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 1-2 Ujian Akhir Sesi Akademik Set 1 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Baju sekolah Jaswinder Singh ________ kerana terkena cat air ketika menyertai aktiviti mewarnakan poster. A buruk C kotor B wangi D segak 2 Danish sedang _______ rawatan di hospital kerana mengalami keracunan makanan. A diterima C penerima B menerima D penerimaan Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 I Anis dan keluarganya pulang ke kampung dengan menaiki keretapi. II Cermin mata kakak bergenang ketika menonton filem yang sedih itu. III Jalan raya yang rosak akibat hakisan tanah telah dibaiki petang semalam. IV Puan Suraya menghidangkan sepinggan pisang goreng kepada ahli keluarganya. A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SUNGAI PETANI – Pentadbir Sekolah Kebangsaan Taman Merbok (SKTM) telah menyumbangkan sebuah basikal kepada seorang murid yang mencatat kehadiran penuh sebagai tanda penghargaan. Dalam perhimpunan kelmarin, murid tahun empat, Nur Yasmira Abas menerima hadiah sebuah basikal yang disampaikan oleh Guru Besar SKTM, Tuan Haji Abdul Manaf Hassan bagi menghargai kerajinannya ke sekolah tanpa ponteng sepanjang sesi persekolahan. Tuan Haji Abdul Manaf Hassan turut menjelaskan bahawa Nur Yasmira Abas dan 65 orang murid sekolah tersebut telah mencatat kehadiran penuh. Namun, mereka perlu melalui cabutan bertuah untuk memperoleh hadiah basikal yang berharga RM550.00 yang menjadi rebutan murid-murid berkenaan. 4 Berapakah jumlah murid yang telah mencatat kehadiran penuh? A 65 orang C 67 orang B 66 orang D 68 orang Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Thn 4 Global (SET 1).indd 2 30/3/2023 1:53:38 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 4 SET 2 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 11 4 jam 1 jam 15 minit JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas ujian ini mengandungi 8 halaman bercetak. Nama : _______________________________________________ Kelas : _______________________________________________ Sekolah : _______________________________________________ UASA BM Thn 4 Global (SET 2).indd 1 30/3/2023 1:53:45 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 2-2 Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Keluarga Pak Alang telah mendiami rumah pusaka di kampung itu __________ sepuluh tahun yang lalu. A oleh C antara B sejak D dalam 2 Suhaila berjalan _______ sambil menikmati pemandangan dan menghirup udara segar di taman bunga itu. A lambat C lewat B segera D lama Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 I Semua hari minggu, Asraf dan Mikail bermain badminton. II Di belakang rumah saya ada banyak pokok kelapa pandan. III Sebilangan kecil murid sedang berhimpun di dewan sekolah. IV Pada hari ini, Encik Abdul Rani bekerja kebanyakan hari sahaja. A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Taman Permai telah melancarkan Program Bijak Bahasa. Tujuan program ini adalah untuk melahirkan murid yang dapat memperkasakan bahasa Melayu dalam proses pembelajaran dan pergaulan. Matlamat Program Bijak Bahasa: Untuk melahirkan murid yang bijak berbahasa serta cinta akan bahasa Melayu. Objektif Program Bijak Bahasa: 1. Supaya murid dapat menguasai kemahiran asas dalam bahasa Melayu. 2. Murid boleh menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 3. Dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang berhemah, fasih dan lancar. 4. Dapat membudayakan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis sesama rakan sebaya. 5. Meningkatkan keyakinan diri ketika bertutur, bercerita atau berpidato dalam bahasa Melayu. Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Thn 4 Global (SET 2).indd 2 30/3/2023 1:53:45 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
SET 2-3 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 4 Siapakah yang melancarkan Program Bijak Bahasa tersebut? A Murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Permai B Panitia Bahasa Sekolah Kebangsaan Taman Permai C Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Taman Permai D Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Permai 5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut. A Program Bijak Bahasa dilaksanakan semasa mata pelajaran Bahasa Melayu. B Matlamat Program Bijak Bahasa untuk melahirkan murid yang bijak pandai. C Program Bijak Bahasa merangkumi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. D Program Bijak Bahasa diadakan supaya murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa Melayu. 6 Berikut merupakan objektif Program Bijak Bahasa berdasarkan petikan, kecuali A meningkatkan kebolehan mengarang cerita dan pidato dalam bahasa Melayu. B dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan berhemah, fasih dan lancar. C dapat membudayakan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis sesama kawan. D murid dapat menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1 Encik Azlan berhasrat mengajak isterinya untuk mengunjungi Pesta Jualan Buah Naga yang diadakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Encik Azlan memberitahu isterinya bahawa buah naga yang dijual di pesta itu ialah hasil pertanian yang diusahakan oleh usahawan tani desa. Di tapak pesta, terdapat banyak gerai jualan yang memasarkan pelbagai jenis buah naga yang segar dan hasil pertanian yang lain. Buah-buahan dan jus buah-buahan dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Selain itu, diskaun juga diberikan kepada pengunjung bagi setiap barangan yang dibeli. Isteri Encik Azlan begitu teruja untuk ke sana. Bahan 2 JUALAN BUAH NAGA SEGAR DARI LADANG Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan Tarikh : 4 hingga 6 Mac 202_ (3 hari) Masa : 10.00 pagi hingga 6.30 petang • Segar • Sedap • Berkualiti • Harga berpatutan Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati buah naga yang segar. Diskaun sehingga 50% UASA BM Thn 4 Global (SET 2).indd 3 30/3/2023 1:53:45 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 2-4 Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 7 Buah naga yang dijual di Pesta Jualan Buah Naga diusahakan oleh A pengunjung. C pembeli buah naga. B isteri Encik Azlan. D usahawan tani desa. 8 Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati buah naga yang segar. Imbuhan bagi perkataan bergaris di atas ialah A imbuhan awalan. C imbuhan apitan. B imbuhan akhiran. D imbuhan sisipan. 9 Perkataan diskaun dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A potongan harga. C beri percuma. B harga termurah. D harga sebenar. 10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Jualan buah naga diadakan di ladang buah naga. B Hasil pertanian dijual dengan harga yang berpatutan. C Potongan harga diberikan kepada pengunjung yang bertuah. D Jualan buah naga segar terhad kepada penduduk Teluk Intan sahaja. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Obu merupakan seekor kucing yang sangat comel dan manja. Obu ialah kucing kesayangan Azmia dan keluarganya. Pada setiap hari, Azmia akan bermain dengan Obu untuk mengisi masa lapangnya. Azmia sentiasa menjaga kesihatan Obu. Dia memberikan makanan yang sihat dan terbaik kepada Obu. Keluarga Azmia juga selalu membawa Obu ke klinik haiwan untuk pemeriksaan kesihatan. Kawan-kawan Azmia selalu datang ke rumahnya untuk bermain dengan Obu. Mereka sungguh terhibur apabila bermain-main dengan Obu. 1 (a) Azmia memiliki seekor kucing yang sangat comel dan _____________. [1 markah] Bahagian B [10 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Thn 4 Global (SET 2).indd 4 30/3/2023 1:53:45 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 4 SET 3 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 11 4 jam 1 jam 15 minit JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas ujian ini mengandungi 8 halaman bercetak. Nama : _______________________________________________ Kelas : _______________________________________________ Sekolah : _______________________________________________ UASA BM Thn 4 Global (SET 3).indd 1 30/3/2023 1:53:52 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 3-2 Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Anim berasa sangat _________ kerana ibunya menggoreng keropok ikan tamban kegemarannya. A gembira C segan B rindu D marah 2 Hasnida belajar ________ songket dengan neneknya semasa dia pulang ke kampungnya di Terengganu. A menekat C menyulam B menenun D menganyam Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 I Ibu mereneh ubi kayu yang baru dibelinya di pasar tani pagi tadi. II Nurul sudah pandai menjerang nasi sejak berumur sepuluh tahun. III Yasmin sedang merebus beberapa tongkol jagung untuk adik-adiknya. IV Puan Hanna membeli pisang goreng semas pulang dari tempat kerjanya. A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Taman Sentosa mengadakan pertandingan deklamasi sajak sempena sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah. Pertandingan itu terbuka kepada murid tahap dua dan penyertaannya pula secara berkumpulan. Liza, Rani dan Swee Mei amat berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Mereka bertemu dengan Cikgu Mila untuk mendapatkan maklumat tentang pertandingan deklamasi sajak itu. Liza, Rani dan Swee Mei berlatih dengan bersungguh-sungguh. Mereka bertekad untuk menjuarai pertandingan deklamasi sajak itu. Semasa hari pertandingan Liza, Rani dan Swee Mei dapat mendeklamasikan sajak dengan begitu baik dan penuh penghayatan. Justeru, mereka telah diumumkan sebagai juara dan menerima hadiah berupa wang tunai serta sijil penghargaan. Bahagian A [10 markah] Jawab semua soalan. UASA BM Thn 4 Global (SET 3).indd 2 30/3/2023 1:53:52 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) J3 SET 2 Bahagian A 1 B 2 A 3 B 4 C 5 D 6 A 7 D 8 B 9 A 10 B Bahagian B 1 (a) manja (b) Pada masa lapang, Azmia bermain dengan kucing kesayangannya, Obu. (c) membawa (d) Obu bermain dengan kawan-kawan Azmia yang selalu datang ke rumahnya. 2 Sebagai anak Encik Kamarul saya akan menyokong cadangan ayah saya. Selain itu, saya akan membantu ayah membersihkan halaman belakang rumah. Selepas itu, saya juga akan membantu ayah menanam pokok-pokok sayur. Bahagian C Idea/ Isi: – hidup berjiran perlu harmoni – bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran – saling bertukar makanan – membantu jiran yang berpindah rumah – mengundang jiran semasa hari perayaan (Terima idea lain yang sesuai) Bahagian D Pendahuluan: – murid-murid berada di kantin pada waktu rehat Idea/ Isi: – beratur ketika membeli makanan – duduk dan makan di meja yang disediakan – meletakkan pinggan ke dalam besen selepas makan – membuang sampah ke dalam tong sampah – pekerja kantin mengemop lantai supaya tidak licin – pekerja mengelap meja supaya bersih – guru memantau murid Penutup: – tertib ketika berada di kantin – dapat mengelakkan kemalangan (Terima idea lain yang sesuai) JAWAPAN BM Thn 4 GLOBAL UASA.indd 3 30/3/2023 3:07:47 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
J4 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 3 Bahagian A 1 A 2 B 3 C 4 D 5 B 6 B 7 D 8 D 9 C 10 A Bahagian B 1 (a) pengurus (b) Teknik dan kaedah moden untuk menghasilkan pelbagai jenis kain batik yang cantik dan berkualiti dapat dilihat di bahagian pengeluaran kain batik di kilang tersebut. (c) dan/ yang (d) Peluang diberikan kepada mereka untuk melukis corak batik dengan cara mencanting. 2 Saya akan menolak ajakan lelaki yang tidak dikenali itu. Saya juga akan menasihati kawan-kawan supaya menjauhi lelaki itu. Kemudian, saya akan pulang segera ke rumah dan memberitahu kejadian tersebut kepada ibu bapa saya. Bahagian C Idea/ Isi: – masa lapang diisi dengan perkara bermanfaat – ibu bapa dan anak-anak membaca buku – membersihkan kawasan rumah – berkelah di kawasan perkelahan – beriadah/ bersenam di taman rekreasi (Terima idea lain yang sesuai) Bahagian D Pendahuluan: – pasar tani menjual pelbagai hasil pertanian termasuk makanan Idea/ Isi: – ramai pengunjung datang ke pasar tani – ada banyak gerai yang menjual hasil tani – ada banyak pilihan – membeli ikan, ayam dan daging – membeli sayur-sayuran yang segar – membeli buah-buahan – harga berpatutan Penutup: – meningkatkan pendapatan petani – menyokong produk tempatan (Terima idea lain yang sesuai) JAWAPAN BM Thn 4 GLOBAL UASA.indd 4 30/3/2023 3:07:47 PM GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.
Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 3 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Semenanjung Malaysia : RM4.50 Sabah & Sarawak : RM4.90 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Bahasa Melayu Tahun 4 Md. Ramli Sabran 4 TAHUN 3 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan disediakan Bahasa Melayu Judul-judul dalam siri ini: Judul/Tahun 4 5 6 Bahasa Melayu • • • Bahasa Inggeris • • • Matematik (Dwibahasa) • • • Sains (Dwibahasa) • • • Sejarah • • • Menepati Piawaian Format Terkini Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023 UJIAN AKHIR UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SESI AKADEMIK UJIAN AKHIR UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SESI AKADEMIK 9 789670 089805 ISBN 978-967-0089-80-5 GLOBAL MEDIASTREET SDN. BHD.