The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-09-26 00:42:30

Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM Bahasa Melayu

Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM Bahasa Melayu

Digubal oleh PANEL AKRAM Negeri Terengganu Format SPM TERKINI Skema Pemarkahan Disediakan dalam KOD QR 2 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM 2021 dan 2022 2 Set Kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021 dan 2022 PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN KERTAS PERCUBAAN SPM MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia BAHASA MELAYU HAK CIPTA EKSKLUSIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu


FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU iv Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 Set 1 Kertas 1 1 – 4 Kertas 2 5 - 12 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021 Set 2 Kertas 1 13 – 16 Kertas 2 17 – 24 Peperiksaan Percubaan SPM 2022 Set 3 Kertas 1 25 – 28 Kertas 2 29 – 36 Peperiksaan Percubaan SPM 2021 Set 4 Kertas 1 37 – 40 Kertas 2 41 – 48 SKEMA PEMARKAHAN


1103/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 2 Jam Dua jam PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022 SET 1 Kertas peperiksaan ini mengandungi 12 halaman bercetak


1103/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 2 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Gambar dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan pelancongan di Malaysia. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sepucuk surat kepada rakan anda di luar negara tentang aktiviti pelancongan di Malaysia. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Apakah yang menarik minat anda untuk bercuti di Malaysia? Kemudahan pengangkutan awam Mempunyai pelbagai budaya Bajet yang murah Mempunyai lokasi yang cantik dan menarik 13% 35% 35% 17% TAHUN MELAWAT MALAYSIA


1103/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 4 1103/1 3 Ilmu merupakan teras untuk menjalani kehidupan seharian. Antara kepentingan ilmu adalah untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih luas. Selain itu, penguasaan ilmu pengetahuan juga penting untuk melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang. Ilmu yang dimiliki boleh menjamin masa depan seseorang. Dipetik dan diubah suai daripada “Terlalu Pilih Lokasi Kerja antara Punca Siswazah Menganggur” Sinar Harian, 15 September 2022 Petikan di atas jelas menunjukkan bahawa manusia memerlukan ilmu untuk mendapatkan kehidupan yang baik pada masa hadapan. Huraikan kepentingan-kepentingan ilmu kepada manusia. 4 Analisis awal mendapati rakyat secara amnya berpuas hati dengan sektor perkhidmatan kesihatan awam sedia ada yang dilihat semakin berkualiti. Walau bagaimanapun, ada yang melahirkan kebimbangan terhadap tempoh menunggu yang lama untuk mendapatkan rawatan, kekurangan petugas perubatan dan kemudahan yang tidak mencukupi. Selain itu, ada juga yang menyatakan kesukaran mendapatkan rawatan terutama dalam kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman. Rakyat juga bersuara tentang kos perkhidmatan yang tinggi di hospital atau klinik swasta. Dipetik dan diubah suai daripada “Meningkatkan Sektor Perubatan Berkualiti”, Fokus SPM, Mac 2014 Berdasarkan petikan di atas, kelemahan perkhidmatan kesihatan awam amat memberikan kesan kepada rakyat. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. BAHASA MELAYU Kertas 2 1103/2 2 1 2 Jam Dua jam tiga puluh minit PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022 SET 1


SULIT 6 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata nama terbitan berapitan. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama terbitan berapitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Harga bahan binaan yang semakin tinggi dijangka akan memberikan kesan langsung kepada kenaikan harga rumah sehingga 20 peratus, seterusnya menyebabkan harga purata rumah kediaman kekal tinggi dan di luar kemampuan rakyat. Hal ini berlaku kerana kontraktor juga terpaksa menyerap peningkatan kos pembinaan yang memberikan kesan negatif kepada keuntungan operasi mereka. Perkara ini sememangnya tidak dapat dielakkan sehingga memberikan kesan kepada pengguna akhir, iaitu rakyat. Dipetik dan diubah suai daripada “Harga Rumah Dijangka Naik 20 Peratus” oleh Nurfarahih dan Shafiqah Shukor, Utusan Malaysia, 11 Jun 2022 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Berdasarkan kajian, apabila hujan turun, permukaan jalan menjadi sangat licin dalam tempoh 10 hingga 30 minit pertama. Keadaan ini berlaku kerana minyak daripada turapan jalan akan naik ke permukaan dan mewujudkan lapisan licin di atas air yang bergenang di jalan raya. Laluan yang basah akan mengurangkan geseran antara jalan dengan tayar kenderaan. Apabila kurang geseran, permukaan jalan menjadi licin dan menyebabkan pemandu lebih sukar untuk memberhentikan kenderaan dengan selamat ketika berlaku kecemasan. Oleh itu, kita perlu mematuhi had laju yang ditetapkan ketika memandu dalam keadaan hujan lebat dan ribut petir. Kita seharusnya memandu lebih perlahan daripada kebiasaannya. Dipetik dan diubah suai daripada “Patuhi Had Laju, Waspada Memandu Ketika Hujan” oleh Prof Madya Dr Nur Izzi Md Yusoff, Berita Harian, 1 Jun 2022 [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Penganjuran sukan yang bertaraf antara bangsa akan mempromosikan negara kita. Setiap kejohanan yang dianjurkan biasanya diterbitkan secara langsung melalui siaran televisyen di seluruh dunia. Oleh sebab itu, rakyat negara lain yang juga peminat setia sesuatu jenis sukan boleh mengetahui berbagai keunikan dan keistimewaan negara kita. Selain daripada itu, pihak penganjur juga turut diadakan promosi untuk menarik kehadiran penonton. Dipetik dan diubah suai daripada “Bersama Tangani Bencana”, Utusan Malaysia, 1 Jun 2022 [5 markah]


SULIT 7 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT Bahan 2 CARA MEMOHON: Pemohon yang menguasai syarat yang ditetapkan dan berminat boleh menghantar resume dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut: Pengurus, Kedai Sukan Akram Sdn. Bhd. Jalan Taman Melur, 23000 Dungun, Terengganu atau melalui e-mail: [email protected] Taraf jawatan: Sambilan Jawatan: Pembantu Pemasaran Syarat lantikan: Sekurang-kurangnya memiliki kelulusan SPM atau kelulusan yang kerajaan iktiraf Tarikh tutup permohonan: 2 oktober 2022 Kedai Sukan Akram mempelawa warganegara yang berkelayakkan dan berumur tidak kurang daripada 21 tahun untuk memohon jawatan seperti berikut: KEDAI SUKAN AKRAM SDN. BHD. Untuk maklumat lanjut, sila hubung: Cik Sofia: 019-9997788 [6 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.” Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka Raja duduk pada tempat bendahara. Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalinkan hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan hasrat ini menjadi realiti. Selain itu, semua pihak perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan dalam semua bidang sama ada bidang akademik mahupun kokurikulum kerana usaha yang bersungguh-sungguh mampu merealisasikan impian. Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan dalam memastikan kecemerlangan murid-murid tanpa perlu berdolak-dalik dengan pelbagai alasan seperti kekangan waktu dan wang. [4 markah]


SULIT 8 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum. Perkara ini bukanlah satu retorik tetapi satu realiti yang telah berlaku. Biarpun berlainan fahaman politik, perbezaan agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan. Sebagai contoh, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberikan fokus sepenuhnya terhadap kemenangan. Sukan memainkan peranan penting sebagai agen perpaduan yang terbukti dapat menyatukan rakyat. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan silaturahim dan pada masa yang sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, melalui sukan kita diajar untuk menghormati kaum lain dan menanam rasa cinta akan negara. Selain itu, sukan juga berfungsi sebagai alat komunikasi yang berkesan ketika aktiviti sukan dijalankan antara pelbagai lapisan masyarakat. Dipetik dan diubah suai daripada “Sukan Mampu Pupuk Perpaduan Kaum”, oleh Merak Jalanan, Sinar Harian, Disember 2019 Bahan 2 Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Raja Mohamed Firhad, sukan bukan sahaja menjadi lambang kebanggaan kepada negara apabila atlet negara mencipta nama pada peringkat dunia namun mampu menyatukan masyarakat majmuk dan menjadi agen perpaduan di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan sukan sejak dulu sehingga hari ini tidak didominasi oleh sesuatu kaum sahaja. Semua kaum ada dalam sesebuah pasukan sebagai pemain, jurulatih mahupun pengurus. Mereka bersatu hati untuk menaikkan nama negara dalam sukan yang diceburi tanpa mengira kaum dan agama. Menurutnya lagi, penyatuan semua kaum juga dapat dilihat ketika mereka memberikan sokongan kepada pasukan negara dalam sesuatu pertandingan. Mereka datang daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan sebagainya untuk memberikan sokongan. Suasana ini secara tidak langsung akan meningkatkan integrasi kaum melalui aktiviti sukan. Dipetik dan diubah suai daripada “Sukan Wadah Erat Perpaduan Kaum”, oleh Siti Sarah Md Noor, Sinar Harian, 27 November 2019 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud lambang kebanggaan. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan peranan sukan dalam memupuk perpaduan kaum di negara kita. [3 markah] (iii) Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum, perpaduan merupakan perkara penting dan harus dikekalkan. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya tidak wujud perpaduan di negara kita? [3 markah] (iv) Ketika waktu rehat di sekolah, anda melihat seorang rakan berbangsa lain sedang termenung di dalam kelas. Anda bertanyakan sebab dia berkeadaan sedemikian. Dia memberitahu bahawa keluarganya menghadapi masalah kewangan yang serius selepas kematian ayahnya. Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat menyelesaikan masalah tersebut? [4 markah]


SULIT 9 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bangkitlah Anakku Termenung mengenang sejarah lalu masa keris dan lembing tak dapat membenteng kemaraan orang-orang Portugis menghujani kota Melaka dengan peluru dan memaksa sultan lari ke hulu. Belajar dari sejarah wahai anakku! yang mengajar kita keberanian pejuang dahulu berani bertempur tanpa mengira musuh berani menentang biar nyawa jadi taruhan. Wahai anakku! sejarah itu kenangan silam yang penuh iktibar jadilah panduan masa mendatang hargailah tokoh pejuang tanpa mereka tiadalah kebebasan tanpa mereka tiadalah kemajuan yang kau kecapi sekarang. Ayuh bangkitlah anakku jangan dibiar lenamu berpanjangan. Kasnurin Huda Dewan Siswa, Bil.3/ 2018 Bahan 2 Para wartawan mengerumuni Haikal dan rakan-rakannya menanyakan perkara yang menjadi inti pati dan inspirasi pemuda berusia 18 tahun itu untuk menjadi penyelamat negara. Haikal dengan selamba memberitahu bahawa semangat kepahlawanan Dol Said yang mengalir dalam dirinya menjadi faktor kejayaannya menyelamatkan negara. Seterusnya, Haikal digelar ‘Prof. Dol’ kerana kebijaksanaannya menemukan penawar tersebut dengan bertunjangkan semangat pahlawan Dol Said. Keempat-empat rakan Haikal turut diberikan pengiktirafan oleh kerajaan. Dol Said menasihatkan para pemuda supaya jangan membelakangkan sejarah yang menjadi tunjang keagungan bangsa. Dia juga meminta bangsa Malaysia bersatu padu dan berdiri tegak di bawah pemimpin semasa. Haikal menyanjungi sumbangan Dol Said dan turut menghayati perjuangan pemimpin-pemimpin negara yang terpaksa mengharungi pelbagai liku cabaran dalam tugas mereka demi menjaga keamanan negara dan ketenteraman bangsa Malaysia. Dipetik daripada cerpen Prof Dol, oleh Nur Hamisha Mohamed Bakarudeen, Dewan Siswa, April 2021


SULIT 11 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari, karya Sri Rohayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina, karya Nizar Parman Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepentingan amalan kerjasama dalam kalangan masyarakat. [6 markah] BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Sejak akhir-akhir ini, timbul banyak isu berkaitan dengan integriti khususnya dalam kalangan penjawat awam. Integriti menurut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud kejujuran, ketelusan, nama baik atau bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan. Keruntuhan integriti tersebut akan menyebabkan peningkatan amalan rasuah dan pecah amanah. Di samping itu, individu yang tidak memiliki integriti akan sentiasa mencari peluang melakukan penyelewengan demi kepentingan peribadi tanpa memikirkan implikasi terhadap imej organisasi. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan bahawa fokus utama beliau dalam memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah untuk memastikan semua anggota PDRM berintegriti. Hal ini dikatakan demikian kerana isu integriti dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi perkara utama yang akan diberikan perhatian dan tumpuan bagi memastikan pasukan itu bebas daripada ancaman rasuah. Untuk memastikan perkara itu dicapai, PDRM menganjurkan kursus integriti kepada semua anggota secara berkala. Ketiadaan integriti dalam diri setiap individu bakal mengancam keselamatan negara. Selain itu, pemimpin masyarakat pula perlu menjadi contoh kepada generasi kini dalam usaha membudayakan integriti. Negara masih mempunyai peluang dan ruang untuk membanteras rasuah sekiranya semua pihak memberikan keutamaan kepada aspek integriti dalam memastikan negara ini terus maju kehadapan. Seterusnya, penjawat awam perlu menerapkan prinsip dan nilai-nilai murni dalam melaksanakan tugas agar citra perkhidmatan awam sentiasa dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Oleh itu, budaya integriti yang kita amalkan akan menjadi cerminan kepada sahsiah yang terpuji. Dipetik dan diubah suai daripada “Perkasa Sikap Integriti” oleh Muhd Afiq Al-Hafiz Mat Yusof, Kosmo, 8 Mei 2021


SULIT 12 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL 202_ PERINGKAT NEGERI Integriti Pemangkin Keluarga Malaysia Bahan 2 Bahan 3 Pantun Integriti Di atas para subur menjalar, Dipetik Melati petola hutan; Imej negara musnah tercalar, Andai integriti diabai watan. Meliar di hutan denak serama, Mati berbelas terkena panah; Marilah watan bersama-sama, Jujur dan ikhlas tunaikan amanah. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT Seminar Kebangsaan “Pemupukan Integriti dalam Pendidikan” Tarikh : 11 November 202_ Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Tempat : Auditorium INTEGRITI, Menara INTEGRITI, Institut Integriti Malaysia Majlis Perasmian Disempurnakan oleh: Menteri Pendidikan Malaysia


1103/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. BAHASA MELAYU Kertas 1 1103/1 2 Jam Dua jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2022 SET 3 Kertas peperiksaan ini mengandungi 12 halaman bercetak


1103/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 26 1103/1 Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel tersebut. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada: [email protected] Kepada: [email protected] Subjek: Ciri-ciri Sekolah Selamat Kamal, Apa khabar? Sudah lama saya tidak mendengar khabar sejak awak berpindah ke sekolah baharu. Harap awak gembira di sana. Sebenarnya, saya ingin mendapatkan sedikit pandangan daripada awak. Saya telah diminta oleh guru pengawas sekolah saya supaya mendapatkan maklumat tentang sekolah selamat. Saya ditugaskan untuk berucap dalam perhimpunan tentang ciri-ciri sekolah selamat. Sehubungan dengan itu, saya berharap awak dapat memberitahu saya tentang ciri-ciri sekolah selamat. Semoga bantuan daripada awak nanti dapat membantu saya menyediakan teks ucapan dengan lengkap. Saya berharap awak dapat membalas e-mel saya ini. Jumpa lagi pada kesempatan lain. Sahabatmu, Yusof E-mel 2 Daripada: [email protected] Kepada: [email protected] Subjek: Keselamatan di Luar Bilik Darjah Salam hormat Ramona, Apa khabar? Maaf kerana sudah lama tidak menghantar e-mel kepada awak. Pasca-COVID-19 membolehkan murid melakukan aktiviti di luar bilik darjah. Namun begitu, kemalangan di padang atau gelanggang sekolah sering sahaja terjadi. Hal ini menyebabkan murid-murid berisiko untuk mendapat kemalangan ketika melakukan aktiviti tersebut. Oleh itu, saya ingin meminta pandangan awak tentang langkah-langkah keselamatan ketika berada di luar bilik darjah apabila murid-murid melakukan aktiviti riadah atau sukan. Saya menantikan respons daripada awak. Salam hormat, Syarifah


1103/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 27 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan sahaja. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Malaysia masih ketinggalan untuk menembusi pasaran global bagi buah-buahan tempatan jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Vietnam dan Filipina. Hal ini berlaku kerana negara kita masih ketinggalan dalam bidang pertanian berbanding dengan negara berkenaan. Pendekatan yang agresif diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran dan pemasaran buah-buahan tempatan yang lain disamping meningkatkan kebolehsaingan negara pada peringkat antarabangsa. Dipetik dan diubah suai daripada “Buah-buahan: Ke Arah Memperkasakan Industri Pertanian Negara” buah.mardi.gov.my Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, huraikan pendekatan yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut. 2 Cuti sekolah bukanlah tiket bagi seseorang murid untuk mengabaikan akademik dan menghabiskan masa sepenuhnya untuk berseronok. Oleh itu, murid boleh memanfaatkan masa cuti sekolah dengan menyertai pelbagai kem motivasi. Banyak agensi yang menganjurkan kem motivasi pada setiap kali cuti sekolah. Dipetik dan diubah suai daripada berita.mediacorp, November 2021 Selain saranan yang dinyatakan di atas, huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh seseorang murid untuk memanfaatkan cuti sekolah.


1103/1 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT SULIT 28 1103/1 3 Menabung merupakan satu amalan yang baik dan perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak kecil lagi. Amalan menabung secara tidak langsung dapat memupuk sifat berjimat cermat dan tidak boros. Rasa tanggungjawab untuk menabung pasti akan membuatkan individu membelanjakan wangnya dengan penuh berhemah. Amalan menabung merupakan amalan mulia dan perlu diterapkan kepada anak-anak agar mereka mempunyai simpanan kewangan pada usia yang masih kecil lagi. Dipetik dan diubah suai daripada “Amalan Menabung”, kowaja.com.my, 9 Ogos 2021 Huraikan manfaat yang dinyatakan dalam petikan beserta manfaat-manfaat lain yang diperoleh daripada amalan tersebut. 4 Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Persediaan tersebut termasuklah melakukan kajian untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kursus yang diminati, menguasai kemahiran berbahasa asing serta persediaan dari segi mental dan fizikal. Dipetik dan diubah suai daripada Sinarharian.com.my Petikan di atas menyatakan bahawa murid perlu menyediakan diri dengan persiapan yang baik sebelum melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Bincangkan. KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


SULIT 31 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT Bahan 2 Setiap warga negara bertanggungjawab memelihara keutuhan negara ini sebagai negara yang menentang segala bentuk penjajahan, ekploitasi, diskriminasi serta pelanggaran hak asasi manusia. Ketika tanah air ini dijajah mulai tahun 1511 oleh Portugis sehingga merdeka dari penjajah British pada tahun 1957, pengertian merdeka dalam kalangan golongan tua sangat bermakna. Lantaran itu, generasi muda perlu dididik agar faham makna kemerdekaan yang hakiki. Minda dan pandangan hidup merdeka hanya dapat diselami apabila erti penjajahan dapat difahami oleh mereka. Dalam hal ini, generasi muda perlu menyemai dengan nilai-nilai patriotisme sejak kecil. [6 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Sudah berkali-kali Halimah menegur dan menasihati kawannya, Rohaya. Segala nasihatnya tidak mendatangkan kesan, seperti (i) . Namun begitu, Halimah berpendirian (ii) , begitulah hati seorang perempuan, jka dipujuk tentu akan lembut juga. Halimah tidak mahu temannya itu berputus asa dalam mengejar cita-cita. Biarpun sukar, jika sabar dan bersungguh-sungguh kerana (iii) , kelak pasti akan berjaya. [6 markah]


SULIT 32 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Terdapat lebih 200 penyakit yang boleh diklasifikasikan sebagai penyakit mental termasuklah kemurungan. Kemurungan merupakan salah satu tanda kerisauan apabila emosi seseorang itu berubah, sama ada dirinya berasa tidak puas hati, sedih, bimbang, terasa kehilangan, tertekan dan sebagainya yang membolehkan emosinya terganggu. Dalam hal ini, semua manusia pernah dan akan mengalaminya. Apa-apa yang membezakannya ialah ketidakstabilan emosi yang dialami oleh penghidapnya sama ada untuk tempoh jangka pendek atau berlarutan hingga tempoh yang lebih lama, iaitu melebihi tempoh dua minggu. Kemurungan merupakan penyakit psikologi serius yang boleh memberikan kesan terhadap fikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Keadaan ini turut mengganggu rutin harian sama ada di rumah atau di pejabat. Secara saintifiknya, kemurungan terjadi kerana ketidakseimbangan atau kekurangan neurotransmitter yang penting dalam fungsi otak dan saraf. Selain itu, hal ini juga berkait rapat dengan ketidakseimbangan regulasi hormon seperti hormon kortisol dan tiroid selain faktor genetik. Dipetik dan diubah suai daripada “Jangan Biarkan Mental Membunuh!”, oleh Asmat Fikri, Dewan Masyarakat, Bil. 06/2021 Bahan 2 KADAR KERISAUAN PEKERJA & MAJIKAN SEPANJANG KRISIS PANDEMIK COVID-19 FASA PKP PKPB/ PKPP PKPP (Ogos 2020 hingga kini) EMOSI – Takut – Bimbang – Sunyi – Tertekan – Kebimbangan berkurangan – Mula yakin – Kembali bersemangat – Kembali bimbang – Marah/ geram – Tidak puas hati – Tertekan – Ketidakpastian – Murung PERKEMBANGAN/ AKIBAT – Perkhidmatan penting (masih bekerja) – Pekerja dari rumah (BDR) – Peniaga/ bekerja sendiri (terjejas) – Ekonomi negara (terjejas) – Pembukaan semula sektor perniagaan – Kes menurun – Ekonomi mula pulih – Rakyat patuh SOP – Kes melonjak naik – Tamat tempoh moratorium – PKPD/ PKPB kembali – Pekerja dan majikan terkesan – Penutupan operasi (tinggi risiko dibuang kerja) – Tekanan hidup Dipetik dan diubah suai daripada “Gelombang Ketiga COVID-19, Apa Cerita Kesihatan Mental Pekerja, Majikan?”, oleh Erda Khursyiah Basir, Bernama, 14 Oktober 2020 Bahan 3 Di Malaysia, gelombang ketiga COVID-19 kini melanda negara dan pada 1 Jun lalu, kerajaan bertindak mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh bagi melindungi sistem kesihatan negara. Dalam kesibukan kita memikirkan aspek kesihatan fizikal, banyak pihak lupa tentang kesihatan mental yang turut terjejas akibat pandemik ini. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan setengah juta atau 2.3 peratus rakyat Malaysia mengalami simptom tekanan atau kemurungan. Umum mengetahui bahawa banyak perniagaan yang dikategorikan sebagai tidak mustahak diarahkan untuk tidak beroperasi sepanjang PKP. Oleh itu, banyak pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja sekali gus


SULIT 33 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT mengakibatkan mereka hilang punca pendapatan. Dalam hal ini, orang yang menganggur akan rasa terbeban, sekali gus mendedahkan mereka kepada kemurungan atau kegelisahan. Kemurungan yang tidak terkawal menyebabkan mereka berasa tidak yakin dan tidak selamat. Selain itu, kemurungan yang berpanjangan akan menjejaskan kesihatan mental pesakit tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada “Apa Khabar Mental Kita?”, oleh Siti Rahayu Abd Samad, Dewan Masyarakat, Bil. 08/ 2021 (i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua persamaan emosi mereka yang sedang dilanda kemurungan. [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 3, apakah kesan yang terjadi kepada individu yang mengalami kemurungan? [3 markah] (iii) Setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan, wajah murid-murid yang tidak cemerlang begitu sugul dan murung. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan untuk memulihkan semangat anak-anak. Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak yang menghadapi situasi tersebut? [4 markah] (iv) Murid-murid di seluruh negara sangat gembira apabila mereka dibenarkan hadir ke sekolah secara bersemuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Namun begitu, rakan baik anda selalu ponteng kelas kerana dia berasa tertekan akibat ketinggalan dalam pelajaran semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Selain berjumpa dengan guru kelas, nyatakan tindakan-tindakan anda untuk membantu rakan anda tersebut. [4 markah] 7 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Erti Hidup Bererti Aku selalu didatangi Malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi Keheningan tasik kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan. Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia


SULIT 34 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu SULIT Bahan 2 Meskipun bapa sudah tiada lagi menjadi kaki burung ketitir, bapa sudah agak tua dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bapa hanya berada di rumah makan dan tidur saja. Sikit-sikit boleh juga jaga cucu dan picitpicit tubuh ibu, tetapi bapa sebenarnya sudah dimakan tua waktu itu. Bapa tidak dapat ampu ibu lagi. Pasti juga tidak boleh angkat ibu ke tandas lagi. Mujurlah yang lumpuh, cuma ibu seorang. Kalau bapa juga lumpuh, entahlah. Aku tidak dapat membayangkan masalahnya. Suatu hari, entah bagaimana, aku menjerit kuat sedikit sewaktu ibu sedang berak kerana lama sangat najisnya tidak terbit-terbit. Aku sudah naik kejang kaki tangan kerana lama ampu ibu. Dan aku lihat pipi ibu basah kerana air mata meleleh turun. Isteriku menerpa dan apabila melihat air mata ibu sedang mengalir melalui retak-retak di pipi ibu yang kendur hodoh itu, dia mengambil tempatku. Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper, antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sudah dimakan tua. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan sikap negatif anak-anak terhadap ibu bapa. [3 markah] (iii) Ibu bapa merupakan insan yang banyak berkorban untuk membesarkan anak-anak. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa ibu bapa? [3 markah] (iv) Ketika anda berjalan bersama-sama kawan-kawan di kota, anda terlihat seorang gelandangan warga emas yang sedang meminta sedekah. Anda berasa kasihan melihat keadaan warga emas tersebut. Sebagai warga yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang dapat anda lakukan untuk membantu warga emas tersebut. [4 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Akan tetapi, nenek berkata dengan mulutnya yang bising, adalah tidak selamat untuk aku berjumpa dengan mana-mana manusia kampung ini, tidak buat masa ini. Kata nenek perkara yang patut aku lakukan; menyiram pokok bunga atau menyudahkan kerja-kerja di bangsal di belakang rumah yakni memindahkan susunan kayu api yang pada mata nenek telah salah disusun oleh Abang Rashid atau duduk di pangkin kayu menikmati pagi yang indah; melihat burung-burung terbang, ayam-ayam memagut cacing, kucingkucing berkejaran atau membantu nenek dengan cara memerhatikannya. Akan tetapi, aku ingin keluar. “Nek, ada dua jenis manusia. Pertama, yang duduk di rumah dan hidup dengan dirinya sendiri dan kedua yang hidup dengan manusia lain supaya dia tak menjadi gila kerana bercakap seorang diri.” Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan tindakan-tindakan yang patut aku lakukan seperti yang disuruh oleh nenek. [4 markah]


SULIT 35 1103/2 1103/2 © Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia Terengganu [Lihat halaman sebelah] SULIT (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari, karya Sri Rohayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina, karya Nizar Parman Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan sikap keprihatinan masyarakat dalam novelnovel tersebut. [6 markah] BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 Sistem e-pembayaran merupakan kaedah melakukan transaksi barangan dan perkhidmatan melalui sistem pembayaran elektronik atau transaksi secara dalam talian. Sistem pembayaran elektronik telah berkembang sejak sedekad yang lalu disebabkan oleh kepesatan dalam sektor perbankan dan peningkatan pembelian melalui Internet. Kaedah pembayaran tanpa tunai dilihat semakin popular sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dalam negara. Hal ini sejajar dengan hasrat kerajaan menggalakkan penggunaan transaksi tanpa sentuhan kerana kaedah ini lebih menjimatkan masa pengguna. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan program e-PENJANA bagi menggalakkan masyarakat menggunakan e-pembayaran. Menurut Menteri Kewangan, inisiatif dengan peruntukan bernilai RM750 juta itu memberikan manfaat kepada kirakira 15 juta rakyat. Sementara itu, kempen Pembayaran Tanpa Tunai turut diperkenalkan di beberapa agensi kerajaan bagi membiasakan pelanggan berurusan menggunakan kemudahan teknologi terkini. Rata-rata pengguna berpuas hati dan selesa dengan kaedah pembayaran tanpa tunai. Tambahan pula, hampir semua institusi perbankan telah menyediakan perkhidmatan e-pembayaran untuk semua urusan perbankan. Kaedah ini membolehkan pengguna memantau rekod pembayaran dan kewangan mereka secara sistematik. Selain itu, pengguna tidak perlu menanggung risiko membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana pembayaran dapat dilakukan terus menerusi platform perbankan pilihan pelanggan. Transaksi boleh dibuat melalui Internet atau perbankan mudah alih menggunakan wang daripada akaun simpanan, akaun semasa atau kad kredit daripada 42 buah bank di Malaysia. Lebih menarik, pengguna juga boleh mendapatkan ganjaran untuk setiap transaksi dengan berpeluang untuk membawa pulang hadiah bulanan lumayan menerusi pelbagai peraduan yang dianjurkan oleh setiap syarikat. Pendigitalan ekonomi dan transformasi teknologi yang pesat terus menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara dan sudah pasti Malaysia juga tidak terkecuali daripada perkembangan itu. Menuju ke arah itu, kerajaan berusaha untuk menyediakan capaian teknologi 5G bagi menggalakkan rakyat membudayakan sistem e-pembayaran supaya menjadi sebahagian daripada kehidupan harian. Dipetik dan diubah suai daripada “Bayaran Tanpa Tunai” oleh Norzamira Che Noh, Metro Online, 9 Jun 2021


KERTAS PERCUBAAN SPM TERENGGANU AKRAM BAHASA MELAYU Semenanjung Malaysia : RM7.90 Sabah & Sarawak : RM8.60 Dengan Kerjasama: KERTAS PERCUBAAN SPM MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia 9 786294 710184 ISBN 978-629-471-018-4 Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Matematik Matematik Tambahan Sejarah Geografi Pendidikan Islam Fizik Kimia Biologi Bahasa Arab Ekonomi Prinsip Perakaunan Perniagaan Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Pendidikan Moral Siri Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM digubal oleh ahli panel AKRAM Negeri Terengganu. AKRAM ialah singkatan kepada Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan murid khususnya di negeri Terengganu dengan menyediakan soalansoalan latih tubi untuk digunakan oleh murid. Hasil daripada usaha AKRAM, Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai pencapaian terbaik dalam peperiksaan di sekolah mahupun peperiksaan awam. Kertas Percubaan SPM Terengganu yang dihasilkan ini digubal berdasarkan format SPM terkini dengan menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Kertas Percubaan SPM ini diharap dapat membantu murid di seluruh negara untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.


Click to View FlipBook Version