The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ujian Akhir Sesi Akademik Sejarah Tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-05-26 23:41:06

Ujian Akhir Sesi Akademik Sejarah Tingkatan 3

Ujian Akhir Sesi Akademik Sejarah Tingkatan 3

Sejarah 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Rosle bin Yasin Tingkatan KSSM 3 Format Terkini UASA UJIAN AKHIR


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SET 2 -1 SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 2 NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 3 Sejarah 2 jam Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 - 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 2 -2 SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. 1 Mengapakah kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan kuasa ke Alam Melayu? A Meningkatkan taraf hidup C Memajukan pentadbiran B Membangunkan prasarana D Kepentingan ekonomi 2 Bagi timbangan emas dan perak orang Melayu menggunakan ukuran saga, mayam, bungkal dan kati. Ukuran timbangan ini diambil dari A pedagang Arab. C pedagang China. B pedagang India. D pedagang Portugal. 3 British mengambil kesempatan dalam peristiwa tentang isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau untuk menguasai Singapura. Apakah strategi yang digunakan oleh British? A Pajakan C Perjanjian B Pakatan D Serangan fizikal 4 Jadual berikut berkaitan dengan kewujudan pelabuhan di negara kita. Pelabuhan Pernyataan X Pelabuhan awal yang dibuka di Pulau Pinang. Pelabuhan X tersebut ialah A Batu Upih. C Pantai Batam. B Batu Uban. D Pantai Acheh. 5 Ilustrasi berikut menggambarkan pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1786. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut? A Kesabaran dalam tindakan B Kesetiaan kepada pemerintah C Kebijaksanaan mengelak penjajahan D Keberanian dalam menghadapi cabaran


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SET 2 -3 SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 6 Apakah peristiwa yang dimanipulasikan oleh Stamford Raffles untuk membolehkan beliau menduduki Singapura? A Kemerosotan Johor C Kedudukan Singapura B Kelemahan Belanda D Perwarisan takhta Johor 7 Senarai berikut merujuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu. • Negeri Perak • Negeri Selangor • Negeri Sembilan • Negeri Pahang Apakah peranan sultan di negeri-negeri tersebut? I Menguruskan tanah II Mengetuai adat istiadat III Mengetuai pentadbiran Islam IV Menggubal perlembagaan negeri A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8 Maklumat berikut merupakan kawasan perlombongan emas yang diusahakan pada abad ke-16. • Raub • Tersang • X X ialah A Larut. C Belanja. B Jugra. D Hulu Dong. 9 Peranan penggawa atau penghulu dalam pentadbiran Kesultanan Melayu ialah A menjaga keamanan. B menyediakan tenaga kerja. C melaksanakan perintah sultan. D perantara antara pembesar dan rakyat. 10 Baginda mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan sehingga Johor mengalami zaman pemodenan pada zaman baginda. Siapakah tokoh yang dimaksudkan? A Maharaja Abu Bakar B Sultan Mahmud Shah C Temenggung Daeng Ibrahim D Sultan Alauddin Riaayat Shah 11 Sistem Kedatuan merupakan sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Pusat pemerintahannya terletak di A sekitar Sungai Rajang. B sekitar Sungai Kuching. C sekitar Sungai Sarawak. D sekitar Sungai Batang Lupar.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 2 -4 SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 12 Apakah kesan penting daripada peristiwa pembunuhan beberapa peniaga Sarawak oleh orang Murut di kawasan di Sungai Trusan? A Perintah berkurung C Penyelesaian masalah B Penyerahan kawasan D Pembayaran pampasan 13 Matlamat British memperkenalkan sistem ekonomi moden di Tanah Melayu ialah A menggalakkan pelaburan. C mementingkan keuntungan. B memajukan pengangkutan. D memperbanyakkan pekerjaan. 14 Mengapakah Hospital Raja Brooke Memorial dibina di Sarawak? A Tapak penempatan kusta C Mengawal penyakit berjangkit B Pusat penyelidikan kesihatan D Mengurangkan kadar kematian 15 Apakah bukti yang menunjukkan Dato’ Siamang Gagap berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan maruah bangsa? A Menyokong Yamtuan Antah B Tegas dalam membuat keputusan C Menentang askar British di Bukit Putus D Bersetuju Yamtuan Antah berdamai dengan British 16 Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831? A Mempunyai tentera terlatih B Menggunakan askar upahan C Membina kubu pertahanan yang kukuh D Mendapatkan sokongan pembesar tempatan 17 Hj. Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British. Mengapakah penentangan itu dilakukan? A Pengenalan peraturan tanah B Perlucutan jawatan pembesar C Pengenalan pendidikan sekular D Pembunuhan penduduk tempatan 18 Kemunculan ekonomi di Sarawak dan Sabah telah mewujudkan pelabuhan seperti Kota Batu, Santubung, Banjarmasin dan Sambas. Apakah kegiatan utama penduduk ketika itu? A Pertanian C Pembalakan B Perikanan D Perdagangan 19 Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909. Mengapakah baginda berbuat demikian? I Tidak dibawa berunding II Kedaulatan negeri tergugat III Bercanggah dengan janji British IV Dipaksa menghantar bunga emas A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 20 Apakah sumbangan Wan Mat Saman sebagai Perdana Menteri Kedah yang pertama? A Membina terusan B Menentang penjajahan C Melukis peta negeri Kedah D Memperkenalkan pentadbiran moden


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SET 2 -5 SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1 Kuasa Barat berusaha untuk memantapkan pentadbiran mereka di Sarawak dan Sabah. (a) Apakah yang dilakukan oleh kuasa Barat untuk memantapkan pentadbiran mereka? [3 markah] (b) Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Dinasti Brooke bagi menyusun semula pentadbiran di Sarawak. [3 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah kuasa barat ingin memantapkan pentadbiran mereka di Sarawak dan Sabah? [4 markah] 2 Kuasa Barat mengekalkan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran mereka di Sarawak dan Sabah. (a) Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Brooke untuk mengekalkan pembesar tempatan dalam sistem pentadbirannya di Sarawak. [3 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 2 -6 SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 (b) Jelaskan pengekalan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran di negeri Sabah. [3 markah] (c) Pada pandangan anda, mengapakah kuasa Barat mengekalkan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran mereka? [4 markah] 3 Kepesatan kegiatan ekonomi menyebabkan perkembangan dan kemunculan bandar-bandar baru di negara kita. (a) Senaraikan bandar-bandar baharu yang muncul sebagai pusat perniagaan, pusat kewangan, pusat pendidikan dan pusat pentadbiran di negara kita. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Jelaskan tentang perkembangan bandar di Sarawak. [3 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya proses perbandaran semasa penjajahan British? [4 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SET 2 -7 SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 4 Kebijaksanaan berdiplomasi, ketinggian peribadi dan semangat patriotik seperti yang dipamerkan oleh pemerintah Kesultanan Johor membuktikan kesungguhan raja-raja Melayu dalam menghadapi cabaran peluasan kuasa Barat. (a) Apakah tindakan Sultan Abu Bakar menangani tekanan British terhadap negeri Johor ? [3 markah] (b) Senaraikan kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor bagi mengelakkan penguasaan kuasa terhadap negeri Johor. [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor? [4 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SET 2 -8 SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 Bahagian C [20 markah] Jawab satu soalan sahaja. 5 Peluasan kuasa oleh SBUB di Sabah bermatlamat mengaut keuntungan daripada eksploitasi terhadap sumber hasil dan kuasa politik mereka. (a) Bagaimanakah SBUB memantapkan pentadbirannya di Sabah? [6 markah] (b) Jelaskan cara SBUB mengekalkan pemerintahan tempatan di Sabah, [6 markah] (c) Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin, bagaimanakah anda boleh mengelakkan penguasaan kuasa asing ke atas negara kita sekali lagi? [8 markah] 6 Raja-raja Melayu menggunakan pelbagai strategi bagi melindungi kepentingan bangsa dan kedaulatan negeri dalam menghadapi cabaran peluasan kuasa Barat. (a) Apakah tuntutan Raja Melayu sepanjang Durbar diadakan dari tahun 1903 hingga 1939? [6 markah] (b) Nyatakan kebijaksanaan diplomasi dan sikap patriotik Sultan Zainal Abidin III sehingga dapat menyekat kemasukan Penasihat British di Terengganu sehingga tahun 1919. [6 markah] (c) Berikan cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka dapat menjadi warganegara yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara. [8 markah]


ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, kelas dan sekolah anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 3 NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 3 Sejarah 2 jam Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 - 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U)


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-2 1 Bagi timbangan emas dan perak, orang Melayu menggunakan ukuran saga, mayam, bungkal dan kati. Daripada siapakah timbangan ini diambil? A Pedagang Arab C Pedagang China B Pedagang India D Pedagang Portugal 2 Istana berperanan sebagai tempat pendidikan formal dalam masyarakat Melayu. Apakah yang diajar di istana? A Hal pentadbiran negara C Mentaati raja dan pembesar B Ilmu falsafah dan agama D Ilmu berkaitan agama Islam 3 Tindakan mengatur sesuatu dengan cara bijaksana, mengambil kesempatan sesuatu perkara, sehingga dapat mencapai tujuan yang dikehendaki. Apakah strategi yang dimaksudkan dalam dasar perluasan kuasa? A Desakan C Tipu helah B Ugutan D Manipulasi 4 Pada tahun 1786, Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang. Mengapakah Sultan Abdullah bertindak demikian? A Mengatasi masalah kewangan C Memajukan bidang perdagangan B Menghapuskan ancaman lanun D Mendapatkan bantuan ketenteraan 5 Apakah kesan perjanjian yang ditandatangani antara Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada bulan Januari 1819 terhadap Singapura? A Masalah kewangan selesai C Pertapakan pengaruh British B Kuasa pembesar dimansuh D Pelaksanaan Sistem Residen 6 Perjanjian berikut telah ditandatangani pada tahun 1795 antara Raja Belanda dengan kerajaan British. Surat Kew Apakah kesan daripada perjanjian tersebut? A Perang Napoleon tamat B Perancis menguasai Belanda C British menduduki jajahan Belanda di timur D British memonopoli perdagangan di Kepulauan Melayu 7 Apakah kekayaan hasil bumi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menarik minat British menguasai negara kita? I Bijih timah II Arang batu III Bijih besi IV Emas A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8 Pada tahun 1873, berlaku serangan ke atas kapal dagang British di Kuala Langat, Selangor. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? A Pembinaan rumah api C Menerima perlindungan British B Pembinaan kubu pertahanan D Meletus peperangan dengan lanun Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-3 9 Jadual berikut merujuk kepada masalah yang membuka peluang campur tangan British di negeri-negeri Melayu pada kurun ke-19. Negeri Masalah Perak X Selangor Perang Klang Pahang Pembunuhan pedagang Apakah X? A Perebutan takhta C Pertikaian hak kutipan cukai B Perselisihan sempadan D Peristiwa serangan kapal dagang 10 Apakah yang menyebabkan Raja-raja Melayu tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Sistem Residen? I Raja dipaksa menerima nasihat Residen II Residen mengamalkan sikap pilih kasih III Residen berkuasa menggubal undang-undang IV Raja hanya berkuasa dalam agama dan istiadat A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 11 Siapakah pembesar kerajaan yang bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan Sultan Johor? A Dato’ Seri Amar Diraja C Dato’ Paduka Raja B Dato’ Bentara D Dato’ Setia Diraja 12 Rajah berikut menunjukkan siri Perjanjian British-Siam yang melibatkan Negeri-negeri Melayu Utara. X Perjanjian Bangkok Perjanjian Sulit 1897 Perjanjian 1902 Apakah X? A Perjanjian Burney C Perjanjian British-Kedah B Perjanjian Sempadan D Perjanjian Pengisytiharan Kedah 13 Mengapakah berlakunya penentangan Datuk Patinggi Ali terhadap wakil Kesultanan Brunei di Sarawak pada tahun 1837? A Pelaksanaan sistem serah C Perebutan kawasan perlombongan B Pencerobohan kawasan pertanian D Pengenalan cukai yang tinggi 14 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan Piagam Diraja yang dianugerahkan oleh kerajaan British kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah? A Menjalinkan hubungan B Menjamin keselamatan C Mendapat kuasa mentadbir D Menambah modal perniagaan 15 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis tanaman tradisional di negeri Sarawak. • Giat diusahakan oleh masyarakat Melanau • Ditanam di Sungai Igan, Mukah dan Bintulu Apakah tanaman tersebut? A Sagu C Gambir B Kelapa D Tembakau


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-4 16 Apakah tujuan pembinaan landasan kereta api pada tahun 1900 yang menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan Tenom? A Membawa penumpang ke pedalaman B Perkembangan perusahaan antimoni C Sistem jalan raya yang tidak baik D Pembukaan ladang getah 17 Apakah bukti yang menunjukkan Dato’ Siamang Gagap berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan maruah bangsa? A Menyokong Yamtuan Antah B Tegas dalam membuat keputusan C Menentang askar British di Bukit Putus D Bersetuju Yamtuan Antah berdamai dengan British 18 Mengapakah Tok Janggut, seorang tokoh pejuang tempatan menentang British di Kelantan? A Pemecatan pembesar B Pengenalan cukai tanah C Pengambilan buruh paksa D Penangkapan pengikut setia 19 Apakah moto pasukan Rejimen Askar Melayu? A Taat Setia B Bersatu Bersetia C Bersetia Berkhimat D Bersekutu Bertambah Mutu 20 Maklumat berikut tentang cara Kedah menghadapi pengaruh British. Tokoh Peristiwa Tunku Mahmud • Cuti umum hari Jumaat • Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi • Penggunaan kalendar Hijrah • Mengutamakan perlantikan orang Melayu dalam pentadbiran Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan peristiwa di atas? A Berhemah C Toleransi B Diplomasi D Jati diri


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-5 1 Selepas serangan Portugis, Belanda berusaha meluaskan kuasanya di negara kita. (a) Senaraikan strategi yang digunakan oleh Belanda untuk menguasai negara kita. (i) (ii) [2 markah] (b) Huraikan strategi yang digunakan oleh Belanda dalam 1 (a). [4 markah] (c) Sebagai seorang pemimpin negara, apakah langkah-langkah dapat anda lakukan bagi menghadapi ancaman kuasa asing yang berusaha untuk menguasai negara kita? [4 markah] 2 British menggunakan strategi perjanjian untuk memastikan kejayaannya menguasai Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. (a) Senaraikan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh British dengan Siam sehingga menguasai Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Mengapakah British menggunakan strategi perjanjian untuk meluaskan kuasanya di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu? [3 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-6 (c) Pada pendapat anda, mengapakah raja-raja di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak menerima Perjanjian 1909 antara British dengan Siam? [4 markah] 3 Rajah berikut menunjukkan carta organisasi pentadbiran Sarawak. X Y Daerah Kampung Raja Majlis Tertinggi Majlis Negeri (a) Nyatakan: X: Y: [2 markah] (b) Apakah langkah yang diambil oleh Dinasti Brooke di Sarawak bagi membolehkan pentadbiran berjalan dengan berkesan? [4 markah] Carta Organisasi Pentadbiran Sarawak


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-7 (c) Pada pendapat anda, apakah usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah untuk memantapkan sistem pentadbiran mereka? [4 markah] 4 Gerakan kebangkitan menentang kuasa Barat di negara kita merupakan kesan cetusan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terhadap hak mereka. (a) Nyatakan cara penentangan mereka terhadap pentadbiran British di negara kita. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Jelaskan matlamat perjuangan masyarakat tempatan menentang kuasa British di negara kita. [3 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada sejarah perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan kuasa asing? [4 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 3 SET 3-8 Bahagian C [20 markah] Jawab satu soalan sahaja. 5 Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kita pada zaman British. (a) Berdasarkan sumber di atas, jelaskan sistem pendidikan di negara kita pada zaman British. [8 markah] (b) Apakah tujuan British menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905 dan Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim pada tahun 1922? [6 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampu memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu? [6 markah] 6 Para pembesar negeri berusaha bergandingan dengan pemerintah negeri dalam proses pembangunan dan pemodenan demi kesejahteraan rakyat tempatan. (a) Jelaskan pembangunan sosioekonomi yang dilakukan oleh Long Jaafar dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim. [8 markah] (b) Huraikan tentang kepimpinan Datuk Hakim Imam Abang Haji Murshidi di Sarawak. [6 markah] (c) Andaikan anda seorang pemimpin, cadangkan cara untuk mewujudkan sistem pentadbiran negara Malaysia yang lebih cemerlang. [6 markah] SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN BRITISH • Sekolah Vernakular Melayu • Sekolah Vernakular Cina • Sekolah Vernakular Tamil • Sekolah Inggeris


Semenanjung Malaysia : RM4.90 Sabah & Sarawak : RM5.40 Sejarah Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SEJARAH Tingkatan 3 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Geografi Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Islam Judul-judul dalam siri ini: 1 2 3 Judul / Tingkatan UJIAN AKHIR 9 786294 852877 ISBN 978-629-485-287-7


Click to View FlipBook Version