The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Smart Practice Bahasa Melayu Tingkatan 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-04-25 05:12:32

Smart Practice Bahasa Melayu Tingkatan 5

Smart Practice Bahasa Melayu Tingkatan 5

LATIHAN TOPIKAL TINGKATAN KSSM BAHASA MELAYU 5 format terkini spm Hanijah selamat DSKP Terkini Praktis Mengikut Tema dan Kemahiran Jawapan Lengkap


BAHAGIAN 1 MENDENGAR DAN BERTUTUR 1 BAHAGIAN 2 MEMBACA 5 BAHAGIAN 3 MENULIS 20 BAHAGIAN 4 SENI BAHASA 52 BAHAGIAN 5 SISTEM BAHASA 63 JAWAPAN J1–J24 KERTAS MODEL KANDUNGAN


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 1 BAHAGIAN Mendengar dan Bertutur 1 Praktis 1 Tema 2 Nyatakan perbezaan maksud perkataan yang didengar dan dibaca, kemudian bina ayat menggunakan perkataan tersebut. Taman Tasik Taiping terletak di kaki Bukit Larut dan dari jauh kita boleh melihat Bukit Larut nan menghijau, saujana mata memandang. Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Tasik Taiping selain berjoging dan bersenam. Pusat Rekreasi Dayung yang terdapat di taman tasik ini menjadi tumpuan pengunjung yang mahu melakukan aktiviti mengayuh dan mendayung bot. Ada beberapa jenis bot yang boleh disewa dan harganya berbeza-beza untuk setiap jenis bot. Waktu servis pusat ini dari pukul 10:00 pagi hingga 7:00 malam. Selain itu, Zoo Taiping juga terletak di dalam kawasan Taman Tasik Taiping. Pengunjung boleh merasai pengalaman Safari Malam kerana ada binatang yang hanya aktif pada waktu malam, tetapi tidak aktif pada waktu siang. Pak Belang kelihatan seperti puteri beradu pada waktu siang. Dipetik dan diubah suai daripada “7 Aktiviti yang Boleh Dilakukan di Sekitar Taman Tasik Taiping” www.n-sabrinaa.com, 20 Februari 2017 Beradu Perbezaan Maksud Ayat 1 Tidur 1 Tuan Puteri Ratna sedang beradu di kamarnya. 2 Berlawan 2 Dua orang petinju itu sedang beradu kekuatan di gelanggang. Servis Perbezaan Maksud Ayat 1 2 Mata Perbezaan Maksud Ayat 1 2 Kaki Perbezaan Maksud Ayat 1 2 Audio


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 6 Praktis 2 Tema 7 Baca dan kenal pasti masalah yang terkandung dalam bahan. Kemudian, cadangkan penyelesaiannya. KUALA LUMPUR: Kekurangan bekalan telur ayam berpunca daripada anak ayam yang terkena penyakit dan juga wabak. Menurut Setiausaha Persatuan Penternak Unggas Johor, bekalan telur ayam mengambil masa yang lebih lama untuk kembali stabil dalam pasaran. Seekor ayam boleh mula bertelur apabila mencecah usia 20 minggu, apabila banyak anak ayam yang mati, bilangan telur yang dihasilkan juga berkurang. Selain itu, kekurangan bekalan telur juga berpunca daripada jumlah subsidi yang tidak dapat menampung perbelanjaan bagi menjaga ayam. Walaupun subsidi bagi satu biji telur ayam dinaikkan kepada 8 sen, tetapi jumlah ini masih lagi tidak dapat menampung kos bagi penjagaan ayam seperti jagung dan dedak. Penternak kecil dan sederhana memerlukan kos yang lebih banyak bagi menternak ayam berbanding dengan penternak yang besar. Lebih banyak ayam yang diternak, kos yang diperlukan menjadi lebih murah kerana mereka dapat membeli makanan ayam dengan harga yang lebih murah. Orang ramai terpaksa bersabar sehingga ayam berusia 20 minggu untuk mendapatkan bekalan telur ayam. “Buat masa sekarang jumlah anak ayam yang boleh dibeli juga terhad. Jika kami memesan 50 000 ekor anak ayam, kami cuma menerimanya dalam anggaran sebanyak 35 000 ekor sahaja,” katanya. Dipetik dan diubah suai daripada “Anak Ayam Berpenyakit, Wabak Punca Kekurangan Bekalan Telur Ayam” oleh Azhar Shahrulnizam, www.hmetro.com.my, 24 Oktober 2022 Masalah Kekurangan Telur dalam Pasaran Cadangan Penyelesaian Masalah 1 2 3 4


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 7 Praktis 3 Tema 4 Baca bahan di bawah dengan teknik bacaan yang sesuai, kemudian buat satu kesimpulan. Langkah Pertama Seluruh rakyat mesti menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Langkah Keempat Menyebarkan mesej positif tentang kepentingan perpaduan menerusi media massa. Langkah Kedua • Meraikan hari perayaan kaum bersama-sama. • Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. • Mengeratkan hubungan antara kaum. • Memahami perbezaan dan menghormati perayaan pelbagai kaum. Langkah Ketiga Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan. MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 8 Praktis 4 Tema 5 Baca dan fahami bahan di bawah. Kemudian, berikan analogi yang sesuai berdasarkan pernyataan yang diberikan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama yang digabungkan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan dan perhatian terhadap PdP yang dijalankan. Tanpa kehadiran muzik atau irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti PdP itu menjadi hambar dan murid akan berasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dijalankan akan menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti tersebut dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan berasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik yang merdu. Aplikasi muzik dalam PdP sebenarnya memberikan peluang kepada murid untuk meneroka alam sekeliling mereka yang luas, iaitu perkara yang didengari, pergerakan dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh mereka. Secara tidak langsung, cara ini dapat mengajar murid untuk menangani dan mengurus sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanakkanak di sekolah rendah dapat belajar dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara aktif, meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindak balas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang didengari oleh mereka. Pembelajaran secara aktif yang melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Dipetik dan diubah suai daripada “Maksud Pendidikan Melalui Muzik”, pendidikanmelaluimuzik.blogspot.com, 15 Disember 2019 Pernyataan Analogi 1 Tanpa kehadiran muzik atau irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti PdP itu menjadi hambar dan murid akan berasa cepat bosan. 2 Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dijalankan akan menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti tersebut dengan lebih seronok dan bersemangat. 3 Kanak-kanak akan berasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik yang merdu. 4 Aplikasi muzik dalam PdP sebenarnya memberikan peluang kepada murid untuk meneroka alam sekeliling mereka yang luas, iaitu perkara yang didengari, pergerakan dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh mereka.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 13 Bahan 2 Masalah badan berbau atau bromhidrosis berlaku apabila seseorang itu akil baligh kerana berlaku proses peningkatan hormon androgen di dalam badan. Hormon ini tidak aktif sehinggalah seseorang mencapai tempoh kematangan atau akil baligh. Oleh sebab itu juga, masalah badan berbau jarang berlaku pada kanakkanak. Bau badan sebenarnya terhasil apabila bakteria memecahkan protein keratin pada permukaan kulit. Ketika anda melakukan apa-apa aktiviti pergerakan fizikal yang cenderung menyebabkan terhasilnya peluh, atau anda lebih banyak terdedah kepada keadaan panas mahupun cahaya matahari, badan anda akan menghasilkan peluh. Keadaan berpeluh ini berlaku untuk membantu mengawal suhu badan. Peluh yang bertemu dengan bakteria pada permukaan kulit akan menyebabkan wujudnya bau. Berbeza dengan individu dewasa yang mengalaminya disebabkan perubahan hormon, masalah badan berbau yang dihadapi oleh kanak-kanak pula biasanya disebabkan oleh masalah kesihatan atau keadaan perubatan. Dipetik dan diubah suai daripada “5 Cara Hilangkan Busuk Bawah Lengan”, oleh Asyikin Md Isa, hellodoktor.com, 18 Julai 2023 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rutin harian. (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca-punca terjadinya bau badan pada diri seseorang. (iii) Kebersihan sangat penting bagi menjaga imej seseorang. Pada pendapat anda, apakah kepentingan menjaga kebersihan diri? (iv) Rakan sebilik anda di asrama merupakan anak orang kaya yang tidak tahu cara untuk mengurus kehidupan tanpa bantuan pembantu rumah. Sebagai rakan yang prihatin, nyatakan cara-cara anda untuk membantu rakan anda itu mengurus kehidupannya di asrama.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 14 Praktis 9 FORMAT SPM Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Isu gangguan seksual wajar diperjuangkan kerana salah laku jenayah ini meninggalkan kesan yang mendalam serta menjejaskan perkembangan psikologi dan fizikal mangsa, sekali gus mencemarkan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, apa-apa sahaja bentuk gangguan seksual sama sekali tidak boleh dinormalisasikan, malah masyarakat sewajarnya tidak bertolak ansur terhadap sebarang isyarat atau perkataan yang menjurus kepada tindakan keji itu. Kelulusan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual (RUU AGS) 2021, menjadi langkah pertama yang signifikan untuk membendung kes gangguan seksual secara tuntas kerana dilihat semakin membarah dalam kehidupan masyarakat. Mangsa boleh mendapatkan keadilan menerusi saluran yang betul dengan melaporkan kejadian itu. Secara keseluruhannya, RRU AGS bertujuan meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat mengenai perlakuan gangguan seksual, sekali gus memastikan persekitaran selamat dan kondusif dapat diwujudkan, selain isyarat serius bahawa negara mahu menangani sebarang bentuk diskriminasi atau keganasan berasaskan gender. Dipetik dan diubah suai daripada “Tingkat Penjelasan Definisi, Implikasi Gangguan Seksual”, oleh Jami’ah Sokri, www.bharian.com.my, 4 Ogos 2022 Bahan 2 Gangguan seksual ialah perbuatan jelek dan tidak boleh diterima mana-mana individu. Terdapat beberapa situasi yang diklasifikasikan sebagai tingkah laku gangguan seksual seperti perbualan berunsur lucah oleh pelaku, pandangan pelaku ke arah tubuh, menghantar nota, e-mel, mesej, gambar, poster, objek atau bahan bacaan berunsur seksual, pelaku cuba merapati secara seksual, mendorong, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksualnya sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang peralatan komunikasi. Malah, mangsa juga berhadapan dengan pelaku gangguan seksual dengan cara sentuhan yang disengajakan seperti memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa tidak selesa. Apakah yang perlu dilakukan dan cara untuk berdepan, melindungi atau mempertahankan diri sekiranya berlaku gangguan seksual? Terdapat beberapa cara mencegah atau melindungi diri daripada gangguan seksual seperti memberikan amaran kepada pelaku, cuba mengubah cara kerja dan elak daripada berhadapan dengan pelaku. Mangsa perlu melaporkan kesalahan tersebut kepada pihak majikan atau pihak sekolah jika pelaku berulang kali melakukan tingkah laku seksual. Dipetik dan diubah suai daripada “Menghindari dan Menangani”, oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Johor, www.hmetro.com.my, 11 Ogos 2022 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud semakin membarah. (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cara untuk mengelakkan gangguan seksual.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 15 (iii) Gangguan seksual merupakan masalah yang semakin membimbangkan masyarakat. Pada pendapat anda, apakah peranan masyarakat untuk mengurangkan gejala ini? (iv) Sejak akhir-akhir ini, rakan anda sering menerima mesej berbaur lucah menerusi telefon pintarnya daripada orang yang tidak dikenali. Keadaan ini membuatkan sahabat anda berasa takut dan bimbang. Dia meminta pandangan anda tentang perkara yang harus dilakukan. Sebagai rakan yang prihatin, terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh rakan anda itu. Praktis 10 FORMAT SPM Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Ibu, tanah di baruh sudah dijual Pak Cik Leman. Begitu juga tanah di lembah. Pak Tih, Lebai Talib, Mak Busu dan Pak Andak Pian semua sudah mengira duit yang mereka dapat.” Pujukan ucu itu terasa sungguh menyakitkan bagi ibu. Seperti belati yang menghiris hati. Ibu bukan seperti mereka! Sungguh sayang sekali apabila ucu tak faham perasaan ibu. Ibu sayang tanah ini. Biarpun apa-apa yang ditanam tak menjadi, apa-apa yang ditaji tak berhasil, walaupun ibu tahu sememangnya tanah ini keras dan berpasir. Ibu tak kisah! Hati ibu memberontak. Bagaimanalah ibu sanggup menyerahkan tanah ini sedangkan di sinilah kasih ibu bertunas, bercambah dan subur mengharum. Di atas tanah inilah, ibu dan arwah melahirkan serta membesarkan anak-anak. Di dalam tanah inilah juga ibu semadikan uri anak-anak ibu, dengan harapan anak-anak ibu akan turut mencintai tanah tumpah darah mereka ini dan tak melupakan jasa tanah sekangkang kera itu. Dipetik dan diubah suai daripada “Air Mata di Putrajaya”, oleh Asnidar Shafie, Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 20 BAHAGIAN Menulis 3 Praktis 1 Tema 9 Berdasarkan bahan, tulis maklumat tentang cabaran dalam perusahaan kecil dan sederhana. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan teknologi banyak mempengaruhi kejayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan memberikan perubahan yang besar terhadap produktiviti PKS. Pengusaha PKS di luar bandar juga perlu didedahkan dengan bidang teknologi moden supaya perusahaan mereka dapat dibesarkan dan produk-produk yang dihasilkan boleh dipasarkan sehingga luar negara. Selain itu, industri ini menghadapi cabaran dari segi modal. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada institusi kewangan kerana syarat-syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha PKS juga menghadapi masalah aliran modal kerana mereka hanya mendapat kredit selepas jualan. Oleh hal yang demikian, amat sukar untuk mengembangkan industri ini. Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini. Ruang atau skop juga yang terhad kerana kebanyakan produk terutama produk makanan tidak tahan lama untuk disimpan. Selain itu, pasaran industri ini lebih bersifat setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Oleh itu, pasaran PKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja. Dipetik dan diubah suai daripada “Halangan dan Cabaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Luar Bandar”, uumasaskeusahawanan.blogspot.com, 16 September 2015 Cabaran yang Dihadapi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana 1 2 3 4 5


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 21 Praktis 2 Tema 7 Lengkapkan peta pemikiran di bawah dengan maklumat yang terdapat dalam petikan. Lalat Askar Hitam Lalat askar hitam betina akan mencari tempat yang strategik dan terdapat bahan-bahan busuk untuk bertelur. Seekor lalat askar hitam betina boleh bertelur sehingga 500 butir selama hayatnya seminggu. Telur akan menetas dalam masa empat hari atau lebih. Selepas menetas larva akan merangkak ke tempat gelap dan busuk untuk mencari makanan. Larva bergantung pada makanan yang ada dan akan membesar sehingga setengah inci. Anggaran tempoh hayat seekor lalat askar hitam adalah terpanjang semasa peringkat larva. Larva boleh matang dalam tempoh 20 hari bergantung pada cuaca dan makanan yang mencukupi. Larva yang matang berwarna hitam bersaiz sekitar 0.7 inci. Namun, larva boleh hidup sehingga enam bulan sekiranya makanan masih tidak mencukupi. Selepas itu, larva akan segera keluar dari tempat gelap dan busuk untuk mencari tanah. Larva akan masuk ke dalam tanah dan akan berubah menjadi pupa selepas beberapa hari. Tempoh pupa lalat askar hitam ialah seminggu dan akan menetaskan lalat askar hitam dewasa. Lalat askar hitam dewasa berukuran 7 - 10 mm menyerupai penyengat kecil. Lalat ini berwarna hitam dan keperang-perangan. Ada juga spesies yang berwarna biru. Tempoh hidup seekor lalat askar hitam dewasa sekitar lima hingga tujuh hari sahaja dan ia tidak mempunyai mulut. Tugas bersama-sama pasangannya hanyalah untuk mengawan dan bertelur. Oleh sebab itu, lalat askar hitam tidaklah boleh dijadikan penyebab pembawa penyakit. Larva lalat askar hitam ini boleh dijadikan makanan utama untuk industri perikanan dan penternakan ayam. Dipetik dan diubah suai daripada “Usaha Menternak Lalat Hitam”, oleh M Anem, animhosnan.blogspot.com, 30 Ogos 2021 Lalat askar hitam betina bertelur 1 3 Larva yang matang keluar mencari tanah Dalam masa empat hari atau lebih Tempoh pupa selama seminggu 2 4 Matang dalam tempoh 20 hari hingga enam bulan Tempoh hidup sekitar lima hingga tujuh hari


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 22 Praktis 3 Tema 14 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, buat justifikasi anda tentang budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia meluangkan masa untuk membaca tidak lebih daripada tiga jam seminggu berbanding dengan rakyat India yang mencatatkan angka tertinggi iaitu melebihi 10 jam dalam tempoh yang sama. Kajian profil membaca yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 pula mendapati rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku setahun. Genre buku yang menjadi pilihan pembaca Malaysia ialah genre fiksyen (76 peratus), hobi dan minat (53 peratus), bukan fiksyen (36 peratus), perniagaan (18 peratus), ulasan saintifik dan buku teks (18 peratus) dan sains popular sebanyak 15 peratus. Pembacaan yang banyak dapat meningkatkan kecerdasan emosi dan tahap kecerdasan intelektual seseorang. Kedua-dua unsur kecerdasan ini amat penting bagi membolehkan seseorang itu menguasai pelbagai keadaan dan merebut peluang yang ada demi pembangunan diri dan masyarakat. Walaupun buku bercetak masih mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat, namun sumber bacaan dalam medium digital juga semakin diminati ramai terutamanya golongan muda kerana ia mudah diperoleh dan boleh dibaca pada bilabila masa dan di mana-mana sahaja. Dipetik dan diubah suai daripada “Rakyat Malaysia Membaca Tidak Lebih 3 Jam Seminggu”, oleh Laupa Junus, www.utusan.com.my, 13 Oktober 2021 Pernyataan Justifikasi 1 Rakyat Malaysia membaca tiga jam seminggu dan dua naskhah buku setahun. 2 Rakyat Malaysia gemar membaca buku bergenre fiksyen. 3 Membaca dapat meningkatkan kecerdasan emosi. 4 Sumber bahan bacaan digital semakin diminati ramai.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 27 Praktis 7 Tema 11 Berdasarkan bahan di bawah, tulis satu karangan yang lengkap tentang sistem e-dompet dengan menggunakan bahasa berbudaya. Maksud Sebarang objek elektronik atau perkhidmatan dalam talian yang digunakan untuk tujuan transaksi dalam talian Risiko Kegagalan E-Dompet – Gangguan internet – Kerosakan pada telefon pintar – Tidak boleh meneruskan pembayaran – Kehilangan telefon – Kehabisan bateri Lagi Banyak E-Dompet, Lagi Banyak Berbelanja – Boleh memerangkap pengguna tanpa disedari – Leka dan tidak sedar jika wang semakin berkurangan – E-dompet boleh menyebabkan pengguna berbelanja secara berlebihan Lebih Selamat Berbanding dengan Wang Tunai – Mengurangkan risiko penipuan – Transaksi boleh dijejak dengan mudah – Pengesahan perlu dilakukan sebelum membuat pembayaran Tidak Dapat Digunakan di Semua Tempat – Berada di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan perbankan atau mod pembayaran e-dompet – Ada kedai yang tidak mempunyai sistem pembayaran tanpa ciri sentuhan – Ada aplikasi e-dompet di Malaysia yang tidak boleh digunakan di negara lain Membantu Mengawal Perbelanjaan – Setiap transaksi direkod – Mudah untuk mengawal setiap perbelanjaan – Membantu pengguna mengisi penyata cukai Besar periuk besarlah keraknya Ukur baju di badan sendiri


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 41 2 Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada isu pencemaran sungai. Huraikan pendapat anda tentang isu pencemaran sungai. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Menjejaskan tahap kesihatan manusia disebabkan oleh persekitaran sumber air yang tercemar. Penutupan operasi loji rawatan air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada pengguna. Memberikan impak terhadap hidupan akuatik dan kesejahteraan alam di persekitrannya. TIGA KESAN PENCEMARAN SUNGAI TAHUKAH ANDA? AIR UNTUK SEMUA


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 43 Penyelamat Kucing PKP KUANTAN – Keprihatinan yang begitu menebal mendorong dua orang adik-beradik menjadi sukarelawan untuk membela nasib kucing jalanan yang kini semakin bertambah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Selain menyediakan makanan secara berjadual, kucing jalanan yang mengalami masalah kesihatan dan kecederaan diberikan rawatan serta ditempatkan di pusat perlindungan. Dipetik dan diubah suai daripada “Penyelamat Kucing PKP”, oleh Mohd Rafi Mamat, www.hmetro.com.my, 8 Ogos 2021 Andai ada tempatku Berikanku sedikit ruang Untukku lelapkan mataku Menunggu hari esok yang muram dan sepi Aku hanya ada untuk malam ini Menghembus nafas lelahku Malam esok aku tiada di sini Mungkin tiada di alam ini Kerana aku sudah letih berlari Kita ini hamba Kau dan aku menumpang Di bawah langit Tuhan Hanya kerana kamu khalifah Tuhan Sedangkan aku makhluk kerdil Jangan singkirkan aku di sudut dunia Kerana aku juga ciptaan Sang Esa RAYUAN MAKANAN UNTUK HAIWAN TERBIAR 3 Grafik dan petikan di bawah menunjukkan sebahagian daripada perlindungan haiwan terbiar. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang melindungi haiwan terbiar di negara ini. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. JOM KITA BANTU Kempen ini dilaksanakan untuk membeli makanan haiwan terbiar seperti kucing dan anjing yang juga memerlukan pembelaan dan perhatian kita semua.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 55 Praktis 4 Tema 16 Berdasarkan bahan, hasilkan skrip drama yang bertemakan integriti. Tema/Pemikiran: Integriti Peristiwa: Seorang ketua pengawas berhadapan dengan situasi seorang rakan sekelasnya yang sedang membuli seorang murid lain.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 57 Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Wak Arif sedang menikmati nasi goreng kampung yang baru dihantar oleh Mak Menah. Kampung ini tidaklah terlalu mundur jika dilihat dari segi fizikalnya. Lampu kuning juga dipasang berselang tiga tiang elektrik. Jalannya sudah berturap malah rasanya jauh lebih baik daripada sesetengah tempat. Lengkap dengan sekolah, balai raya dan klinik desa. Ada pula sebuah bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian. Di hadapan kampung ini ada papan tanda besar menunjukkan arah ke bangunan-bangunan ini. Terpampang juga logo Gerakan Daya Wawasan. Jika diukur berdasarkan itu, kampung ini memang tidak ada kurangnya. “Sudah lamakah kumpulan zapin di kampung ni tak aktif, Pak Cik Bakar?” Haiqal memberanikan diri untuk bertanya. Dipetik daripada novel Silir Daksina, oleh Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah kemajuan-kemajuan yang terdapat di kampung tersebut? 2 Bulan Ogos adalah bulan yang kukira sangat menyesakkan. Selain Seri Purnama dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim, dalam bulan ini juga program Berkampung Bersama Puisi akan dilancarkan, iaitu seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. Surat siaran telah diedarkan dan aku mampu menarik nafas lega apabila ramai penduduk di sekitar kawasan DUN ini berminat untuk menyertainya. Yang Berhormat sendiri telah menyatakan persetujuannya untuk mendeklamasikan puisi pada malam perasmiannya nanti. Beliau juga amat teruja apabila menerima undangan sebagai perasmi. Begitulah berita yang disampaikan oleh Haji Kemat kepadaku. Belakangan ini juga aku semakin sibuk di balai raya. Persiapan untuk kedua-dua acara besar itu perlu dibuat dengan rapi. Tidaklah nanti dikatakan orang, buat program seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Latihan kompang dan zapin juga semakin kerap diadakan. Adakalanya dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling juga giat berlatih untuk memantapkan persembahannya. Dua orang pelajar perempuan yang telah bersekolah menengah dari kampung ini juga akan turut mendeklamasikan puisi pada malam itu. Dipetik daripada novel Silir Daksina, oleh Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia Apakah persiapan yang sedang dilaksanakan bagi menjayakan program Berkampung Bersama Puisi? Praktis 5 FORMAT SPM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 62 6 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan kepincangan dalam masyarakat. 7 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang membuatkan anda kagum dengan watak utama dalam novel tersebut. 8 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggalakkan sikap bertanggungjawab dalam kehidupan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 70 Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) 2 Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Setengah majikan di negara sedang membangun menggunakan tenaga buruh di dalam kalangan remaja di bawah umur. Hal ini demikian kerana mereka boleh dikerah berkerja tanpa rehat dan dibayar gaji yang sedikit. Oleh itu, kita tidak mahu Malaysia dilebel sebagai negara yang membenarkan buruh kanak-kanak. Dalam usaha menjadikan sebuah negara itu maju dan berpendapatan tinggi, salah satu syaratnya adalah negara tersebut mestilah berjaya memberikan pendidikan kepada semua rakyatnya dari pra-sekolah sehingga peringkat universiti. Kerajaan perlu berbuat sesuatu agar semua lepasan-lepasan SPM ini lebih berminat menyambung pelajaran. Dipetik dan diubah suai daripada “Lepasan SPM Berpotensi Jadi Hamba”, Abdul Hamid, www.utusan.com.my, 6 Ogos 2022 Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) 3 Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Pajeri Terung Bahan-bahan: 3 biji terong panjang yang dipotong 3 sudu besar minyak Sesetengah cawan santan pekat 3 sudu besar rempah kari daging 1 sudu besar kerisek Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga Bahan untuk dikisar halus: 3 biji bawang putih 2 ulas bawang merah 1 sudu besar udang kering Halia sebesar ibu jari Cara persediaan: Panaskan minyak masak dalam periuk. Kemudian, tumis bahan kisar dengan kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan rempah kari yang dibancoh dengan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan terung dan kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Tambah garam dan gula secukup-cukup rasa. Lebihkan gula sedikit kerana pajeri adalah kari terung yang berkuahkan lemak manis.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 71 Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) 4 Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Suruhan Jaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan kerosakan infastruktur bekalan air akibat banjir bagi memastikan bekalan air penguna tidak terjejas sepanjang bencana melanda. Antara tindakan yang diambil sebelum apa-apa situasi banjir berlaku ialah dengan meninggikan kedudukan rumah pam di kawasan perumahan yang dikenalpasti berisiko tinggi mengalami banjir berdasarkan data yang diperolehi daripada pihak Jabatan Penggairan dan Saliran. SPAN akan memastikan pengendali bekalan air di kawasan masing-masing mengemas kini pelan kesiapsiagaan secara berkala, berdasarkan kejadian banjir yang berkemungkinan berbeza dari situasi tahun lepas. Dipetik dan diubah suai daripada “SPAN Pantau Infrastruktur Bekalan Air Rosak Akibat Banjir” www.bharian.com.my, 3 Januari 2024 Kesalahan Bahasa Pembetulan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) 5 Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Adakah anda seseorang pengguna pengangkutan awam di Malaysia? Sistem pengangkutan awam di Malaysia telah bertambah maju dari tahun ke setahun sesuai dengan peredaran masa. Terdapat pelbagai-bagai jenis pengangkutan awam di Malaysia terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Antara contoh pengangkutan awam adalah bas, teksi, komuter, monorel dan LRT dan MRT. Namun disebalik semua sistem pengangkutan yang telah disediakan, masih terdapat kekurangan yang boleh diperbaiki untuk memudahkan pengguna di masa akan datang. Oleh kerana beberapa masalah inilah kadar pengguna pengangkutan awam menurun. Dipetik dan diubah suai daripada “Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia”, www.permohonan.my


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 76 2 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai dalam dialog di bawah. Aisyah : Wah, ramai sungguh orang berhimpun di Dataran Merdeka pada pagi ini! Meriah sungguh! Danial : Betul. Mereka ingin menyatakan sokongan terhadap kempen kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan. Tetapi ada orang beranggapan kempen ini seperti (i) . Mereka berpendapat penganjur mempunyai agenda tersembunyi. Aisyah : Tidak baik bersangka buruk begitu. Danial : Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersatu padu seperti peribahasa (ii) . Perhimpunan begini boleh menyatukan kaum. Aisyah : Ya, kita tidak harus menjadi (iii) kepada hasrat kerajaan kerana kerajaan sukar hendak menyatukan rakyat jika ada pihak yang berprasangka buruk. 3 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Isu kekurangan telur menyukarkan penjual nasi lemak seperti saya. Hal ini demikian kerana telur merupakan pelengkap kepada juadah nasi lemak. Perniagaan nasi lemak saya sangat menggalakkan, namun adakalanya saya didatangi cabaran. Dugaan datang bersilih ganti. Adakalanya saya berasa putus asa, namun lamakelamaan saya sudah terbiasa dengan masalah ini. Saya cuba memohon bantuan daripada pihak berwajib, namun sehingga kini belum berjaya. Kadangkala saya berasa seperti tidak dihargai kerana rayuan saya tidak mendapat perhatian mereka. (i) (ii) (iii) 4 Kenal pasti tiga peribahasa dalam petikan di bawah, kemudian bina satu ayat bagi setiap peribahasa tersebut. Hubungan Naquib dengan kakaknya, Najwa sudah lama retak. Hal ini berpunca daripada isu harta pusaka peninggalan orang tua mereka. Naquib dianggap seperti kacang lupakan kulit oleh kakaknya itu kerana tidak mahu pulang ke kampung sejak peristiwa tersebut. Namun begitu, Naquib tidak mahu memanjangkan sengketa tersebut dan cuba untuk berbaik-baik semula. Minggu lepas, dia mengunjungi kakaknya dan membawa sedikit buah tangan untuknya. Naquib beranggapan bahawa dialah yang harus menjernihkan keadaan semula kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. (i) (ii) (iii)


15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Siri Smart Practice merupakan sumber praktis terbaik yang ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pelbagai bentuk soalan dalam buku ini disusun mengikut topik dan kemahiran serta berdasarkan tema buku teks bagi membantu murid-murid mengukuhkan pemahaman dalam subjek yang dipelajari dengan lebih mudah dan berkesan. LATIHAN TOPIKAL JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Fizik Kimia Biologi Pendidikan Moral Tingkatan Subjek 1 2 3 4 5 BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 LATIHAN TOPIKAL BAHASA MELAYU 9 786294 850651 ISBN 978-629-485-065-1 Semenanjung Malaysia: Sabah & Sarawak: RM7.50 RM7.90


Click to View FlipBook Version