Cover Naskhah Contoh SBP SPM BM New.pdf 1 30/5/2023 2:14:49 PM
SENARAI KEDUDUKAN 10 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TERBAIK SPM 2021 Kedudukan Nama Sekolah GPS 2021 1 Sekolah Tun Fatimah (STF) 0.84 2 Sekolah Sri Puteri (SSP) 0.97 3 SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB) 1.06 4 Kolej Tunku Kurshiah (TKC) 1.09 5 Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 1.16 6 The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 1.21 7 Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS) 1.37 8 Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) 1.40 9 Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) 1.47 10 Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) 1.49 SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) SELURUH MALAYSIA PERLIS MELAKA SM Sains Tuanku Syed Putra SM Sains Muzaffar Syah KEDAH SBP Integrasi Selandar SM Sains Sultan Abdul Halim JOHOR SM Sains Pokok Sena SM Sains Muar SM Sains Sultan Muhammad Jiwa SM Sains Johor SBP Integrasi Kubang Pasu Sekolah Tun Fatimah SM Sains Kubang Pasu SM Sains Sembrong Akademi Sains Pendang SM Sains Kota Tinggi PULAU PINANG SM Sains Sultan Iskandar SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin SM Sains Batu Pahat SM Sains Kepala Batas PAHANG PERAK SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah SM Sains Raja Tun Azlan Shah SM Sains Tengku Abdullah Sekolah Tuanku Abdul Rahman Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah The Malay College Kuala Kangsar SMA Persekutuan Bentong SM Sains Teluk Intan SBP Integrasi Tun Abdul Razak SM Sains Bagan Datoh SBP Integrasi Kuantan SM Sains Tapah SBP Integrasi Temerloh SBP Integrasi Gopeng TERENGGANU WILAYAH PERSEKUTUAN SM Sains Sultan Mahmud SM Sains Alam Shah SM Sains Kuala Terengganu SM Sains Seri Puteri SM Sains Dungun SM Sains Selangor SM Sains Setiu SELANGOR SBP Integrasi Batu Rakit Kolej Islam Sultan Alam Shah SM Sains Hulu Terengganu SBP Integrasi Gombak KELANTAN SM Sains Kuala Selangor SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra SM Sains Hulu Selangor SM Sains Machang SMA Persekutuan Kajang SM Sains Pasir Puteh SBP Integrasi Rawang SM Sains Gua Musang SBP Integrasi Sabak Bernam SM Sains Jeli SM Sains Banting SABAH NEGERI SEMBILAN SM Sains Sabah SM Agama Persekutuan Labu SM Sains Lahad Datu Kolej Tunku Kurshiah SM Sains Labuan SM Sains Tuanku Aishah Rohani SARAWAK Sekolah Dato’ Abdul Razak SM Sains Kuching SM Sains Tuanku Munawir SM Sains Miri SM Sains Tuanku Jaafar SM Sains Kuching Utara SBP Integrasi Jempol PUTRAJAYA & CYBERJAYA SM Sains Rembau Sekolah Sultan Alam Shah Sekolah Seri Puteri Naskhah Contoh SBP SPM BM (IFC).indd 1 29/5/2023 11:15:54 AM
1 KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SPM SBP 72 muka surat 112 muka surat 72 muka surat 48 muka surat 176 muka surat 136 muka surat 184 muka surat 160 muka surat 168 muka surat 56 muka surat 56 muka surat 88 muka surat 96 muka surat 80 muka surat 72 muka surat 96 muka surat Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 1 30/5/2023 1:59:46 PM
2 • Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris • Sejarah • Pendidikan Islam • Matematik (Dwibahasa) • Matematik Tambahan (Dwibahasa) • Fizik (Dwibahasa) • Kimia (Dwibahasa) • Biologi (Dwibahasa) • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah • Pendidikan Syariah Islamiah • Prinsip Perakaunan • Ekonomi • Ujian Amali Fizik (Dwibahasa) • Ujian Amali Kimia (Dwibahasa) • Ujian Amali Biologi (Dwibahasa) Judul-judul dalam siri ini Digubal oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang Mata Pelajaran SBP dengan Izin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia EKSKLUSIF CI RI -CIRI ISTI MEWA BU KU Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 2 30/5/2023 1:59:47 PM
3 Menepati Format Instrumen Peperiksaan SPM 2021 FORMAT Buku ini mengandungi • 1 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2022 (SEBENAR) • 1 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2021 (SEBENAR) • 3 Set Kertas Model Peperiksaan SPM SBP • Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Disediakan dalam Kod QR di: • Halaman Kandungan • Belakang Kulit Buku SKEMA PEMARKAHAN CI RI -CIRI ISTI MEWA BU KU Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 3 30/5/2023 1:59:48 PM
4 Format Instrumen Peperiksaan SPM Bahasa Melayu iii Teknik Menjawab Kertas Peperiksaan SPM Bahasa Melayu iv Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 Kertas 1 1 – 4 Kertas 2 5 – 12 Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Kertas 1 13 – 16 Kertas 2 17 – 24 Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 1 Kertas 1 25 – 28 Kertas 2 29 – 36 Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 2 Kertas 1 37 – 40 Kertas 2 41 – 48 Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 3 Kertas 1 49 – 52 Kertas 2 53 – 60 SKEMA PEMARKAHAN KANDUNGAN 00_KKP SPM SBP BM (pre)2nd.indd 2 4/10/23 3:10 PM KANDUNGAN Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 4 30/5/2023 1:59:49 PM
5 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) iii Kertas Bahasa Melayu SPM KSSM mengandungi: 1 Kertas 1 (1103/1) Kemahiran Menulis – Jumlah Markah [100 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertulis Jenis Item Subjektif Respons Terhad Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan Bahagian A: 1 soalan – kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan (30 markah) Bahagian B: 4 soalan (Jawab 1 soalan) – (70 markah) Tempoh Ujian 2 jam 2 Kertas 2 (1103/2) Kemahiran Membaca – Jumlah Markah [100 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertulis Jenis Item Subjektif Respons Terhad Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan (9 soalan) Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa – 5 soalan (35 markah) Bahagian B: Pemahaman – 3 soalan (70 markah) Bahagian C: Rumusan – 1 soalan (30 markah) Tempoh Ujian 2 jam 30 minit 3 Kertas 3 (1103/3) Kemahiran Bertutur – Jumlah Markah [70 markah] Jenis Instrumen Ujian Bertutur Jenis Item Subjektif Respons Terhad Subjektif Respons Terbuka Bilangan Soalan Bahagian A: Individu (40 markah) 1 petikan/ bahan rangsangan Bersoal jawab dengan pentaksir Bahagian B: Kumpulan (30 markah) 1 tajuk daripada 8 tema umum untuk perbincangan Perbincangan dalam kumpulan Tempoh Ujian Individu : 3 - 5 minit Kumpulan : 12 -15 minit 4 Kertas 4 (1103/4) Kemahiran Mendengar – Jumlah Markah [30 markah] Jenis Instrumen Ujian Mendengar (Pentaksiran Pusat) Jenis Item Objektif Aneka Pilihan Objektif Pelbagai Bentuk Subjektif Respons Terhad Bilangan Soalan 4 – 6 petikan Mengandungi 20 – 25 soalan Jawab semua soalan (30 markah) Tempoh Ujian 30 minit Format Instrumen Kertas Peperiksaan SPM Bahasa Melayu Mulai Tahun 2021 00_KMP SPM SBP BM (pre)2nd.indd 3 4/13/22 10:22 AM FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM BAHASA MELAYU Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 5 30/5/2023 1:59:50 PM
6 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) iv PANDUAN UMUM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN (KARANGAN A) 1 Semua bahan yang diberikan terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada jadual, grafik, teks/ petikan, dan bahan-bahan ini perlulah digunakan dalam penulisan. 2 Tema untuk semua bahan perlu dikenal pasti dengan tepat. 3 Calon perlu memahami tugasan soalan yang diberikan. 4 Calon dikehendaki menulis tidak kurang daripada 150 patah perkataan dan tidak lebih daripada 200 patah perkataan. 5 Dalam konstruk kemahiran menulis, calon perlu mengaplikasi, menganalisis dan menilai setiap bahan yang diberikan (sama ada 2 bahan atau lebih bergantung pada tugasan) PANDUAN UMUM KARANGAN RESPONS TERBUKA (KARANGAN B) 1 Karangan Bahagian B ialah karangan respons terbuka. Bahagian ini memperuntukkan 70 markah dengan peruntukan masa selama 90 minit. Panjang karangan Bahagian B antara 350 hingga 500 patah perkataan. 2 Calon diberikan empat pilihan soalan dan dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. 3 Terdapat empat domain dikemukakan iaitu domain awam, domain peribadi, domain pendidikan dan domain kerjaya. 4 Terdapat dua bentuk soalan iaitu soalan berformat dan soalan tidak berformat. 5 Kenal pasti tema yang telah diberikan. 6 Calon perlu memahami tugasan soalan yang diberi berdasarkan stimulus bahan dan soalan yang dikemukakan. TEKNIK PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN Memilih Soalan untuk Dijawab 1 Pemilihan soalan karangan yang tepat akan membolehkan calon menghasilkan karangan yang baik. 2 Pilihlah satu tajuk karangan yang tepat dan sesuai dengan pengetahuan dan pengalaman calon. 3 Fahami kehendak soalan betul-betul untuk mengelakkan karangan yang dihasilkan terpesong isi atau tafsiran yang boleh menjejaskan pemberian markah. 4 Pastikan calon memahami jenis-jenis karangan dan kehendak soalan. Calon perlu memastikan soalan yang dipilih itu karangan berformat ataupun karangan tidak berformat. 5 Sekiranya calon memilih karangan berformat, calon mesti mematuhi format yang ditetapkan. 6 Karangan berformat yang dibuat tanpa mengikut format yang ditetapkan akan menjejaskan markah. Rangka Karangan 1 Langkah awal dalam proses penulisan karangan adalah dengan membuat rangka karangan. 2 Rangka karangan ialah calon menyenaraikan sebanyak mungkin isi untuk menjawab soalan karangan itu. 3 Selepas memperoleh semua isi, calon perlu menyusun isi mengikut keutamaan. Hal ini dikatakan demikian kerana isi yang paling penting perlu menjadi isi utama semasa menulis karangan nanti. Kemudian, diikuti oleh isi-isi lain. 4 Rangka karangan boleh dibuat dalam bentuk peta minda ataupun sekadar menyenaraikan isi mengikut urutan nombor. 5 Rangka karangan ini biasanya sekadar menyenaraikan poin isi sahaja tanpa disertakan huraian atau contoh. Namun begitu, sekiranya terdapat huraian atau contoh yang terlintas di fikiran calon ketika itu, calon boleh mencatatkannya pada isi yang berkaitan. 6 Rangka karangan dapat membantu calon mengelak daripada menghasilkan karangan yang terpesong sehingga menjejaskan markah. Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Bahasa Melayu 00_KMP SPM SBP BM (pre)2nd.indd 4 4/13/22 10:22 AM TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN SPM Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 6 30/5/2023 1:59:50 PM
7 KERTAS PERCUBAAN SPM SBP 2022 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 2 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang penjagaan alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK 2021-2025 Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah Oleh Magendran Rajagopal PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyiapkan kertas cadangan bagi memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar dari peringkat tadika, sekolah rendah hingga menengah. Pihak kementerian akan mengadakan perbincangan terperinci dengan Kementerian Pendidikan sebelum memuktamadkan cadangan dan kaedah pelaksanaannya. Pendekatan ini untuk memastikan generasi yang bakal mewarisi negara ini diterapkan dengan tanggungjawab dan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar serta tahu cara menjaga atau melindungi sumber alam semula jadi negara. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah”, oleh Magendran Rajagopal, Berita Harian, 2 November 2017 Tema: Penghijaun Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita Denda RM10 Juta Menanti Pelaku Jenayah Alam Sekitar “Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) mencadangkan untuk mewujudkan denda minimum tidak kurang daripada RM5000 dan denda maksimum tidak lebih RM10 juta kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar.” 01_KMP SPM SBP BM (2022)3rd.indd 2 4/10/23 3:10 PM Kertas 1 Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 7 30/5/2023 1:59:50 PM
8 KERTAS PERCUBAAN SPM SBP 2022 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 3 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Aktiviti kemasyarakatan seperti sukan, gotong-royong dan rumah terbuka perlu dipergiat bagi mengelakkan anak muda daripada terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Datuk Mazlan Aliman menyeru masyarakat agar menghidupkan program berkenaan di kawasan kediaman masing-masing untuk membendung masalah ini daripada terus menjadi lebih serius. Sumber: Dewan Masyarakat, Bil.10/2020 Selain kepentingan yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan kepentingan-kepentingan aktiviti kemasyarakatan yang lain. 2 Menurut Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor, sektor penternakan merekodkan pengeluaran berjumlah lebih RM20 bilion bagi tahun 2021. Pencapaian ini berkait rapat dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti mengubah persepsi golongan muda terhadap bidang penternakan, mengadakan kursus penternakan dan memberikan pinjaman modal kepada para siswazah yang ingin menceburi bidang ini. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Sektor Penternakan Rekod Pengeluaran Lebih RM20 Bilion”, oleh Mohd Amin Jalil, Berita Harian, 25 Januari 2022 Petikan di atas menyatakan bahawa bidang penternakan boleh dimajukan dengan pelbagai usaha. Bincangkan. 01_KMP SPM SBP BM (2022)3rd.indd 3 4/10/23 3:10 PM Kertas 1 Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 8 30/5/2023 1:59:50 PM
9 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 6 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata nama terbitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Hutang seperti pinjaman dan pembiayaan peribadi, kereta, rumah, barangan dan sebagainya boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan. Jika individu bijak menguruskan kewangan dengan teliti dan sistematik, hutang boleh membantunya untuk memenuhi kehendak dan keperluan peribadi. Individu juga perlu mempunyai pengetahuan kewangan untuk membantu pengurusan kredit yang berhemat dan tingkah laku kewangan yang positif. Oleh itu, dengan merancang perbelanjaan dan kewangan, tidak mustahil anda juga boleh mencapai kebebasan kewangan. Dipetik dan diubah suai daripada “Pengurusan Kewangan Bijak”, oleh Mahanum Abdullah, Dewan Masyarakat, Bil. 7/2017 [8 markah] 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti tiga ayat aktif, kemudian tukarkan ayat-ayat aktif tersebut menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Pihak kerajaan telah mengisytiharkan 31 Ogos sebagai cuti umum pada setiap tahun sempena Hari Kebangsaan. Pelbagai persembahan dirancang bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan. Pihak penganjur turut membabitkan lebih 20 ribu orang peserta dalam acara perarakan. Penyertaan daripada semua lapisan masyarakat amat menggalakkan dalam perarakan tersebut. Pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma untuk orang awam bagi kemudahan rakyat yang ingin menyaksikan sambutan tersebut. Sambutan Hari Kebangsaan ini menjadi manifestasi perpaduan kaum daripada masyarakat pelbagai latar belakang di Malaysia. Dipetik dan diubah suai daripada “Kehadiran Rakyat Rai Hari Kebangsaan 2022 Luar Biasa”, Ahmad Suhael Adnan dan Fahmy Azril Rosli, Berita Harian Online, 31 Ogos 2022 [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut semula. Bahan 1 Laporan Kegiatan Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Delima, Jerteh, Terengganu Persatuan Matematik dan Sains ditubuhkan pada tahun 2012. Ahli persatuan ini berjumlah 55 orang. Mereka terdiri daripada murid tingkatan satu hingga tingkatan enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2021. Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang dijalankan adalah pertandingan menulis esei tentang sains. Sambutan yang diberikan terhadap pertandingan ini adalah sangat menggalakkan. Kami juga menganjurkan ceramah tentang inovasi dan aeroangkasa. Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Selain daripada itu, kami turut mengadakan gotongroyong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindah kawasan lanskap di hadapan pejabat sekolah dengan menanam berbagai-bagai jenis pokok bunga dan melabelkan pokok-pokok tersebut mengikut istilah sains. 01_KMP SPM SBP BM (2022)3rd.indd 6 4/10/23 3:10 PM Kertas 2 KERTAS PERCUBAAN SPM SBP 2022 Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 9 30/5/2023 1:59:51 PM
10 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 11 1103/2 BAHAGIAN C: RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Pengangkutan awam merupakan kemudahan yang disediakan untuk sampai ke destinasi terutamanya di kota-kota besar. Namun begitu, sering terdengar pelbagai rungutan tentang sistem pengangkutan awam di negara kita. Hal ini akan menyebabkan sistem tersebut kurang digunakan oleh orang ramai kerana mereka beranggapan bahawa pengangkutan awam disediakan hanya untuk golongan yang kurang mampu. Oleh hal yang demikian, sistem pengangkutan awam menjadi kurang popular dalam kalangan rakyat di negara ini. Situasi ini berbeza dengan sistem pengangkutan awam di negara-negara maju yang efisien dan terbukti membantu pertumbuhan ekonomi. Di negara-negara maju, pengangkutan awam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyatnya. Senario seumpama ini belum wujud sepenuhnya di negara kita. Sebahagian daripada masyarakat kita melihat mutu pengangkutan awam di Malaysia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan mutu pengangkutan awam di negara-negara lain. Lantaran itu, langkah yang perlu diambil ialah aspek kemudahan yang moden dan terkini perlu disediakan dalam setiap pengangkutan awam. Keadaan bertambah serius apabila terdapat perkhidmatan teksi dan bas yang dijadikan pengangkutan awam sudah uzur dan tidak layak bergerak di atas jalan raya. Perkara ini boleh diatasi apabila syarikat pengangkutan awam menggantikan kenderaan yang lama dengan kenderaan yang lebih moden. Seperkara lagi, kesulitan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam pada waktu puncak sudah berlarutan beberapa lama dan perkara ini melemahkan semangat mereka untuk menggunakan pengangkutan awam. Lantaran itu, langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara lain, syarikat pengangkutan awam wajar menyediakan insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka dengan memberikan potongan harga bagi perjalanan jangka masa panjang. Syarikat pengangkutan awam diharapkan tidak hanya mementingkan imej syarikat dan keuntungan sematamata tanpa melakukan pembaharuan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembaharuan dalam Sistem Pengangkutan Awam’ oleh Julia Hani binti Muslim, Dewan Siswa, Bil. 9 / 2019 (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor (c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip (f) Tirani karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd. Yusop (h) Silir Daksina karya Nizar Parman Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup kepada pembaca. 01_KMP SPM SBP BM (2022)3rd.indd 11 4/10/23 3:10 PM Kertas 2 KERTAS PERCUBAAN SPM SBP 2022 Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 10 30/5/2023 1:59:51 PM
11 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 14 1103/1 BAHAGIAN A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Maklumat di bawah berkaitan dengan sukan paralimpik. Huraikan pendapat anda tentang sukan paralimpik. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Untuk memperkasakan sukan paralimpik di Malaysia, kerajaan telah membina Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Para atlet juga berpeluang menjalani latihan yang sistematik bersama dengan jurulatih yang dilantik. Selain itu, setiap atlet paralimpik yang meraih pingat emas, perak atau gangsa akan ditawarkan insentif dan ganjaran melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). ATLET PARALIMPIK YANG MEMPEROLEH PINGAT DALAM SUKAN PARALIMPIK TOKYO 2020 ATLET CEMERLANG NEGARA TERBILANG Harum kemboja di hujung pekan, Tepi halaman tumbuh melati; Semangat waja di medan sukan, Sedia berkorban menabur bakti. Pohon akasia berdaun lebat, Berdahan keras tumbuh di hutan; Atlet Malaysia cekal dan hebat, Perak dan emas jadi rebutan. Jong Yee Khie Cheah Liek Hou Pingat emas dan perak acara angkat berat Pingat emas acara badminton Pingat emas acara olahraga Pingat perak acara boccia Bonnie Bunyau Gustin Abdul Latif Romly Chew Wei Lun 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 14 4/10/23 3:10 PM Kertas 1 KERTAS PERCUBAAN SPM SBP 2021 Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 11 30/5/2023 1:59:51 PM
12 1103/1 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT SULIT 15 1103/1 BAHAGIAN B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Pandemik COVID-19 bukan sahaja telah mengubah landskap global malah turut menjejaskan ekonomi negara serta meninggalkan kesan mendalam bagi kehidupan masyarakat di Malaysia. Situasi ini amat merisaukan terutamanya kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan akibat pengurangan gaji atau pemberhentian kerja. Pengetahuan kewangan yang dimiliki membantu individu menguruskan kewangan masing-masing dengan lebih baik pada waktu sukar ini. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Pandemik Ajar Kepentingan Urus Kewangan” oleh Suraya Zainudin, Berita Harian, 24 September 2020 Petikan di atas menyatakan bahawa pengurusan kewangan yang sistematik sangat penting dalam situasi pandemik COVID-19. Lantaran itu, setiap individu perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk pengurusan kewangan yang bijak. Bincangkan langkah-langkah tersebut. 2 Penyelidik dan Pakar Sosiologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nur Hafeeza Ahmad Pazil berpendapat bahawa pemilihan sahabat sangat penting bagi pembentukan sahsiah diri. Beliau turut menyatakan bahawa kejujuran dalam persahabatan dan sentiasa berfikiran terbuka juga antara elemen utama dalam pemilihan sahabat. Namun begitu, remaja pada hari ini didapati sukar untuk memilih sahabat yang baik. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Individu Tiada Sahabat Mungkin Ada Masalah” oleh Halina Mohd Noor, Berita Harian, 3 Julai 2019 Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa sahabat amat penting dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, setiap individu perlu bijak memilih sahabat agar tidak terlibat dengan perkara-perkara yang negatif. Huraikan ciri-ciri sahabat pilihan anda. 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 15 4/10/23 3:10 PM Kertas 1 KERTAS PERCUBAAN SPM SBP 2021 Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 12 30/5/2023 1:59:51 PM
13 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 18 1103/2 BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata kerja terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membabitkan semua negara menunjukkan bahawa Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat daripada kemalangan jalan raya. Berdasarkan 25 kes kematian bagi setiap 100 ribu orang penduduk pada tahun 2017, kadar kematian kerana kemalangan di Malaysia adalah tinggi berbanding dengan Singapura, Sweden dan Belanda. Oleh itu, jika pemanduan rakyat di negara ini masih tidak berubah dan masih banyak pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya, tidak mustahil kita akan menyaksikan lebih banyak kes kemalangan dan kematian dicatatkan. Dipetik dan diubah suai daripada “Nahas Jalan Raya Meningkat: Salah Siapa?” oleh Suraya Samsuddin Dewan Masyarakat, Bil 9/2018 [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang bergaris. Subjek : Predikat : Sebagai usaha berterusan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan program dan aktiviti kesedaran serta pendidikan alam sekitar dan penyebaran maklumat untuk pelbagai peringkat masyarakat. JAS telah meningkatkan perkongsian pintar dan strategik dalam pelaksanaan program kesedaran alam sekitar. Perkongsian pintar ini merupakan satu langkah proaktif untuk menangani masalah alam sekitar mulai tahun 2018. Program atau aktiviti yang dianjurkan oleh JAS dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar melibatkan agensi kerajaan dan sektor swasta. Selain itu, JAS telah mengadakan pelbagai program berkaitan dengan alam sekitar yang meliputi pelbagai kumpulan sasaran. Dipetik dan diubah suai daripada “Pemulihan Ekosistem Tanggungjawab Bersama”, oleh Zuraini Ahmad Tajudin dan Shazana Mohd. Ibrahim, Dewan Kosmik, Bil. 07/2021 [6 markah] 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 18 4/10/23 3:10 PM Kertas 2 KERTAS PERCUBAAN SPM SBP 2021 Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 13 30/5/2023 1:59:52 PM
14 1103/2 © Penerbit Mahir Sdn Bhd (183897-P) SULIT SULIT 22 1103/2 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata ditimpa musibah. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cabaran atau dugaan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupan. [4 markah] (iii) Seseorang akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang gagal untuk menghadapi cabaran dan dugaan tersebut? [4 markah] (iv) Sekolah anda terletak di kawasan pedalaman yang serba kekurangan dan terdapat ramai murid yang kurang berkemampuan. Sekolah anda telah mengadakan kegiatan amal untuk membantu murid yang kurang berkemampuan. Anda berhasrat untuk membantu pihak sekolah menjayakan aktiviti tersebut. Selaku ketua tingkatan di sekolah, nyatakan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu pihak sekolah anda menjayakan aktiviti tersebut. [3 markah] 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Walaupun ada sedikit perasaan gemuruh dalam dirinya tetapi Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik sekali. Setiap kali dia mengambil tempat di hadapan pentas itu, tepukan yang gemuruh bergema malah ada beberapa orang tua yang menyaksikan Haiqal menari itu dengan linangan air mata. Lazim turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa dipapah oleh rakan-rakannya. Dia juga sentiasa bersorak memberikan kata-kata perangsang kepada Haiqal dan See Hwa. Ketika lagu Anak Ayam dimainkan, Haiqal dan See Hwa sekali lagi menari berpasangan atas permintaan YB Datuk Saiful Azizi sendiri. Beliau begitu terpesona melihat kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, mata Haiqal terpandang tiga susuk manusia yang cukup dikenalinya. Mereka berdiri di bahagian belakang balai tempat duduk penonton sambil tersenyum. Kehadiran tetamu istimewa itu langsung tidak pernah diduganya. Dipetik daripada Novel Silir Daksina oleh Nizar Parman, Kementerian Pendidikan Malaysia Nyatakan reaksi penonton yang menyaksikan persembahan tarian zapin secara berpasangan oleh Haiqal dan See Hwa. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Silir Daksina, karya Nizar Parman (h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop Berdasarkan dua novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menjadi panduan hidup kepada pembaca. [6 markah] 02_KKP SPM SBP BM (2021)3rd.indd 22 4/10/23 3:10 PM Kertas 2 KERTAS PERCUBAAN SPM SBP 2021 Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 14 30/5/2023 1:59:52 PM
15 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) J1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022 KERTAS 1 BAHAGIAN A (30 markah) Kehendak/ tugasan soalan: 1 Calon dikehendaki menghuraikan penjagaan alam sekitar dengan menyentuh semua bahan yang diberikan. 2 Calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberikan seperti di bawah: – Kempen penanaman semula pokok – Pendidikan Alam Sekitar di sekolah – Penguatkuasaan undang-undang (Akta Kualiti Alam Sekitar) 3 Calon perlu menyentuh semua bahan sama ada sebagai idea utama, idea sampingan atau contoh. 4 Sekiranya calon menyentuh semua bahan dan menambah idea lain berkaitan dengan penjagaan alam sekitar – diterima dan disemak seperti biasa. 5 Jika calon tidak menyentuh semua bahan – maksimum peringkat KEPUJIAN. 6 Calon yang menulis melebihi 210 patah perkataan atau hingga ayat itu berakhir – maksimum peringkat KEPUJIAN. 7 Sekiranya calon menulis kurang daripada 140 patah perkataan – maksimum peringkat MEMUASKAN. 8 Contoh cara-cara penjagaan alam sekitar (gambar): – Kempen Penanaman 100 juta pokok – Pendidikan Alam Sekitar di sekolah – Penguatkuasaan undang-undang/ Akta Alam Sekitar BAHAGIAN B (70 markah) Soalan 1 Format: Tiada Kehendak/ tugasan soalan: • Calon dikehendaki menghuraikan kepentingan-kepentingan aktiviti kemasyarakatan yang tidak terdapat dalam petikan. Kemungkinan jawapan: • Calon menghuraikan idea daripada petikan sahaja – maksimum peringkat KEPUJIAN • Calon menghuraikan idea dalam dan luar petikan – terima seperti biasa Cadangan Isi/ Idea: • Dapat bertemu dan berkenalan dengan ahli komuniti sekali gus merapatkan hubungan/ mengeratkan perpaduan. • Membudayakan penjagaan kebersihan. • Membolehkan penduduk setempat hidup dengan selesa dan harmoni. • Dapat belajar menghargai dan menghayati budaya dan tradisi rakyat berbilang kaum di Malaysia. • Meringankan beban jika ada ahli komuniti yang ditimpa masalah. • Memupuk kerjasama dan memudahkan tugas. • Membentuk perasaan simpati dan empati individu. • Menjimatkan perbelanjaan atau kos penyelenggaraan. Soalan 2 Kehendak/ tugasan soalan: • Calon dikehendaki membincangkan pelbagai usaha yang terdapat dalam petikan. • Mengubah persepsi golongan muda terhadap bidang penternakan • Mengadakan kursus penternakan • Memberikan pinjaman modal kepada para siswazah Kemungkinan jawapan: • Calon menghuraikan idea dalam dan luar petikan – terima seperti biasa. • Calon mengemukakan idea luar petikan tanpa menyentuh idea dalam petikan – maksimum KEPUJIAN. Soalan 3 Format: Tiada Kehendak/ tugasan soalan: Calon dikehendaki menghuraikan tindakantindakan yang boleh dilakukan sekiranya dia ditipu oleh golongan penipu siber. Kemungkinan jawapan: Calon menghuraikan tindakan orang lain – maksimum peringkat KEPUJIAN Cadangan Idea/ Isi: • Membuat laporan polis/ agensi penguatkuasaan yang terlibat • Menyimpan semua rekod atau dokumen penting sebagai bahan bukti • Membuat semakan kesahihan nombor akaun bank menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia • Bertenang/ tidak panik ketika menghadapi situasi • Sekat nombor telefon yang tidak dikenali melalui aplikasi-aplikasi khusus (Contoh: true caller) 06_KKP SPM SBP BM (Jaw)4th.indd 1 4/10/23 3:11 PM SKEMA PEMARKAHAN Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 15 30/5/2023 1:59:52 PM
16 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) J2 Soalan 4 Kehendak/ tugasan soalan: Calon dikehendaki menulis syarahan tentang peranan (tanggungjawab/ tugas) PIBG untuk membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan sesebuah sekolah. Kemungkinan jawapan: Calon menghuraikan kebaikan/ faedah PIBG – maksimum peringkat KEPUJIAN Format: Syarahan • Kata alu-aluan • Kata sapaan • Penutup Cadangan Isi/ Idea: • Sebagai orang tengah antara guru dengan ibu bapa. Dengan inisiatif PIBG, semua bentuk salah faham atau sesuatu isu ini boleh diselesaikan. • Boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para murid yang kurang berkemampuan di sesebuah sekolah. • Sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan program sekolah. • Membantu membiayai program-program kecemerlangan akdemik, hal ehwal murid dan kokurikulum. • Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat. KERTAS 2 BAHAGIAN A: SISTEM APLIKASI BAHASA (35 Markah) Soalan 1 1 pinjaman − apa-apa yang dipinjam atau dipinjamkan − hutang 1 m Encik Hairil membuat pinjaman wang di Agrobank untuk membeli jentera pertanian. 1 m 2 pembiayaan − perihal membiayakan atau membiayai 1 m Beberapa buah bank tempatan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan muda. 1 m 3 barangan − benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan 1 m Kebanyakan harga barangan keperluan di pasaran meningkat semasa musim perayaan. 1 m 4 kebiasaan − hal yang biasa dilakukan, adatnya, biasanya 1 m Sudah menjadi kebiasaan Pak Hamid akan minum kopi dan membaca surat khabar sebelum turun ke sawah. 1 m 5 kewangan − perihal wang (keadaan atau urusan wang) − segala sesuatu yang berkaitan dengan wang 1 m Anak muda perlu bijak mengurus kewangan dan tidak boros ketika berbelanja. 1 m 6 kehendak − hajat hati − keinginan − kemahuan yang keras 1 m Puan Hasnah tidak akan mengikut semua kehendak anak-anaknya terutama dalam hal kewangan. 1 m 06_KKP SPM SBP BM (Jaw)4th.indd 2 4/10/23 3:11 PM SKEMA PEMARKAHAN Naskhah Contoh SBP SPM BM.indd 16 30/5/2023 1:59:52 PM
Nama: _____________________________________________ No. Telefon: ________________________________________ Nama Sekolah: ______________________________________ Poskod: ____________________________________________ Daerah: ____________________________________________ E-mel: _____________________________________________ PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 ½, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7772 7800 Faks: +603 7785 1800 E-mel: [email protected] Penerbit Mahir Sdn. Bhd. NO ISBN JUDUL HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH WM HARGA (RM) SM 1 978-967-0045-87-0 BAHASA MELAYU 8.90 9.80 2 978-629-471-002-3 BAHASA INGGERIS 9.90 10.90 3 978-967-0045-88-7 SEJARAH 8.90 9.80 4 978-967-0045-89-4 PENDIDIKAN ISLAM 6.90 7.60 5 978-967-0045-90-0 MATEMATIK (Dwibahasa) 15.90 17.50 6 978-967-0045-91-7 MATEMATIK TAMBAHAN (Dwibahasa) 14.90 16.40 7 978-967-0045-92-4 FIZIK (Dwibahasa) 15.90 17.50 8 978-967-0045-93-1 KIMIA (Dwibahasa) 15.90 17.50 9 978-967-0045-94-8 BIOLOGI (Dwibahasa) 15.90 17.50 10 978-967-0045-95-5 PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH 6.90 7.60 11 978-967-0045-96-2 PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH 6.90 7.60 12 978-967-0045-97-9 PRINSIP PERAKAUNAN 9.50 9.90 13 978-967-0045-98-6 EKONOMI 9.50 9.90 14 978-629-471-006-1 UJIAN AMALI FIZIK 8.50 8.90 15 978-967-0045-99-3 UJIAN AMALI KIMIA 8.50 8.90 16 978-629-471-000-9 UJIAN AMALI BIOLOGI 8.50 8.90 Cop & Nama Ejen Jualan: BORANG PESANAN KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SPM SBP PESANAN MELALUI DALAM TALIAN Imbas Kod QR ini Naskhah Contoh SBP SPM BM (IBC).indd 1 25/5/2023 5:32:12 PM
Cover Naskhah Contoh SBP SPM BM New.pdf 1 30/5/2023 2:14:49 PM