SEJARAH Ditulis oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang Mata Pelajaran SBP KSSM 5 TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN Video Jawapan Bahan digital KOD QR 2.0 SEKOLAH BERASRAMA PENUH MODUL & AKTIVITI PdPc Abad Ke-21 Konsep PBD Objektif Pentaksiran Nota Efektif Peta Pemikiran Sudut KBAT Kertas Model SPM
iii Rekod Pentaksiran Murid iii Objektif Pentaksiran ix 1 BAB Kedaulatan Negara 1 1.1 Konsep Kedaulatan 5 1.2 Ciri Negara yang Berdaulat 6 1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat 7 1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan 8 Sudut KBAT 10 Aktiviti PAK-21 12 Praktis Sumatif 14 2 BAB Perlembagaan Persekutuan 19 2.1 Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan 23 2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 23 2.3 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan 24 2.4 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965 25 Sudut KBAT 26 Aktiviti PAK-21 28 Praktis Sumatif 30 3 BAB Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen 33 3.1 Latar Belakang Sistem Pemerintahan Perlembagaan Persekutuan dan Demokrasi Berparlimen 40 3.2 Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja 41 3.3 Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan 42 3.4 Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa 43 3.5 Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita 44 Sudut KBAT 46 Aktiviti PAK-21 48 Praktis Sumatif 49 4 BAB Sistem Persekutuan 54 4.1 Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita 60 4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 61 4.3 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 62 4.4 Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan 64 Sudut KBAT 65 Aktiviti PAK-21 67 Praktis Sumatif 69 5 BAB Pembentukan Malaysia 73 5.1 Konsep Gagasan Malaysia 79 5.2 Perkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia 80 5.3 Reaksi Tempatan dan Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia 81 5.4 Langkah Pembentukan Malaysia 82 5.5 Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia 84 5.6 Konfrontasi dan Usaha Menangani 86 Sudut KBAT 86 Aktiviti PAK-21 89 Praktis Sumatif 91 6 BAB Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia 96 6.1 Cabaran Dalaman Malaysia 101 6.2 Pemisahan Singapura 102 6.3 Menangani Ancaman Komunis 103 6.4 Isu Pembangunan dan Ekonomi 106 6.5 Tragedi Hubungan antara Kaum 107 Sudut KBAT 108 Aktiviti PAK-21 110 Praktis Sumatif 111 KANDUNGAN
1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 1 BAB Kedaulatan Negara NOTA EFEKTIF 1.1 Konsep Kedaulatan Takrif Kedaulatan 1 Secara umum: • Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara. • Kedaulatan negara kita sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. • Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 mengukuhkan serta memantapkan negara bangsa kita yang bebas dan berdaulat. • Kesimpulannya, kedaulatan merujuk kuasa tertinggi sesebuah kerajaan bagi menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka. 2 Takrif dalam bahasa Yunani: • Supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi. • Perkataan ini merujuk negara yang bebas dan merdeka. 3 Takrif dalam bahasa Inggeris: • Sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan. 4 Takrif dalam bahasa Arab: • Perkataan kedaulatan dalam Bahasa Arab berasal daripada kata daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan. 5 Takrif dalam bahasa Melayu: • Kedaulatan merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara. Pandangan Tokoh tentang Tafsiran Kedaulatan 1 Aristotle (Ahli Falsafah Yunani): • Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. • Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang. 2 Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam): • Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya. • Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama. 3 Jean Bodin (Ahli Falsafah Perancis): • Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. • Kedaulatan mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya. 4 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama): • Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. 5 Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara): • Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing. 6 Secara umum: • Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara merdeka untuk menjalankan pemerintahan serta melaksanakan undang-undang. • Kedaulatan penting demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. • Kedaulatan ini diterima dan diiktiraf oleh negara lain.
5 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 1.1 Konsep Kedaulatan Buku Teks: m.s 4-7 1 Nyatakan konsep kedaulatan. TP OP 1 Takrif Kedaulatan (a) Bahasa (b) Bahasa (c) Bahasa (d) Bahasa atau yang bermaksud atau tertinggi • Perkataan ini merujuk negara yang bebas dan merdeka yang bermaksud negara mempunyai kuasa terhadap pemerintahan • Perkataan kedaulatan dalam bahasa Arab berasal dari kata yang bermaksud kuasa sesebuah kerajaan • Kedaulatan merujuk perkataan yang bermaksud kekuasaan terhadap pemerintahan negara 2 Nyatakan pandangan tokoh tentang konsep kedaulatan. TP OP 1 (a) Aristotle • Kedaulatan merupakan kuasa dalam sistem pemerintahan sesebuah negara • Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh (b) Ibnu Khaldun • Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat bangsanya Pandangan Tokoh Tamadun Yunani merujuk Tamadun Greek. Tamadun ini berkembang antara tahun 1000 Sebelum Masihi hingga 800 Sebelum Masihi. Greek merupakan wilayah Greece ketika itu. INFO
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 8 Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat (b) Kemakmuran ekonomi • Kedaulatan penting bagi melaksanakan • Pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan (c) Kesejahteraan sosial • Kedaulatan penting untuk negara • Negara dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui (d) Kecemerlangan hubungan luar negara • Kedaulatan penting bagi memberikan hak kepada negara untuk • Hubungan ini dibentuk melalui 1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan Buku Teks: m.s 12-15 1 Huraikan tentang langkah yang perlu dilakukan bagi mempertahankan kedaulatan negara. TP OP 2 Langkah Mempertahankan Kedaulatan (a) Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi Peranan pemerintah ialah: • Melaksanakan pentadbiran dengan cekap Peranan rakyat ialah: • Memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan semua usaha dan program yang dilaksanakan oleh pemerintah
9 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Langkah Mempertahankan Kedaulatan (b) Mengekalkan perpaduan kaum Peranan pemerintah ialah: • Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional Peranan rakyat ialah: • Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara yang dapat menjamin perpaduan kaum (c) Memupuk patriotisme Peranan pemerintah ialah: • Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan negara Peranan rakyat ialah: • Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku
11 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 (c) Berikut adalah prinsip keempat Rukun Negara kita. KBAT Kedaulatan Undang-Undang Pada pandangan anda, mengapakah perkara tersebut dijadikan prinsip Rukun Negara? [4 markah] 2 (a) Jelaskan ciri negara yang berdaulat. [4 markah] (b) Huraikan langkah kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara. [8 markah] (c) Baca maklumat dalam petikan berikut. KBAT “Sebagairakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik, adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan. Apa yang Malaysia perlukan hari ini bukan wira etnik tetapi pembina jambatan etnik dan duta kedamaian yang dapat membantu memupuk semangat muhibah, saling menghormati, kedamaian dan keharmonian. Setiap orang mempunyai peranan masing-masing untuk menyatukan Malaysia berdasarkan nilai murni yang diajar semua agama dan kaum dan bukannya mengamalkan dan mengeksploitasi sentimen etnik.” Sumber: Berita Harian, 9 September, 2019
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 12 Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesan terhadap negara sekiranya konflik dan sentimen etnik tidak diatasi. [8 markah] bit.ly/3rqukXM SOVEREIGNTY bit.ly/3E7U5DO KEDAULATAN UNDANGUNDANG bit.ly/3CrtwYO HUKUM KANUN MELAKA bit.ly/3SOOGWf VIDEO AKTIVITI PAK-21 Soalan: Jelaskan konsep kedaulatan dalam Bahasa Yunani, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu serta pandangan Aristotle, Ibnu Khaldun, Jean Bodin, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan un Dr. Mohamed Salleh Abas. Jawapan:
17 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 2 Gambar berikut berkaitan pasukan keselamatan negara. Sumber: hmetro.com.my (a) Mengapakah pasukan keselamatan tersebut perlu ditubuhkan? [3 markah] (b) Semangat patriotisme perlu dipupuk untuk mempertahankan kedaulatan negara. Beri penjelasan anda. [3 markah] (c) Bersetujukah anda sedia berkorban tanpa mengira kaum adalah identiti rakyat Malaysia yang sejati? [4 markah]
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 18 Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Soalan Esei 3 Sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai ciri tertentu dalam menentukan kedaulatannya. (a) Nyatakan ciri-ciri negara yang berdaulat. [6 markah] (b) Peta berikut menunjukkan sempadan Malaysia dengan negara jiran di Asia Tenggara. THAILAND LAUT CHINA SELATAN BRUNEI DARUSSALAM M A L A Y S I A I N D O N E S I A SINGAPURA FILIPINA Mengapakah hubungan baik Malaysia dengan negara jiran perlu dipertahankan? [6 markah] (c) Jelaskan kepentingan mengekalkan kedaulatan negara Malaysia yang merdeka. [8 markah] 4 Kedaulatan negara penting bagi mewujudkan keberkesanan dan kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan. (a) Nyatakan kepentingan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat. [6 markah] (b) Gambar berikut berkaitan dengan kemakmuran ekonomi negara. Mengapakah pemimpin perlu memakmurkan ekonomi negara? [6 markah] (c) Bersetujukah anda, kemajuan Malaysia pada hari ini disebabkan negara kita yang berdaulat? [8 markah] 5 Semua lapisan masyarakat perlu bekerjasama dalam menjayakan langkah mempertahankan kedaulatan negara. (a) Jelaskan langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara. [6 markah] (b) Pemerintah dan rakyat perlu memainkan peranan untuk mengekalkan perpaduan kaum. Berikan ulasan anda. [6 markah] (c) Sejauh manakah warga Malaysia menghormati kepelbagaian budaya dan agama? [8 markah]
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 62 Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 4.3 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Buku Teks: m.s 72-79 1 Huraikan bentuk kerjasama sosioekonomi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. TP OP 2 Kerjasama Sosioekonomi Kerajaan Persekutuan dan Negeri (a) Pembangunan tanah • FELCRA atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (b) Pembangunan dan wilayah • Sabah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) (c) Pembangunan koridor wilayah (d) Khazanah negara • Taman Negara: • Taman Laut: (e) Perumahan rakyat • Perumahan mampu milik 2014: PR1MA dan Rumah Mesra Rakyat
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 64 Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 4.4 Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan Buku Teks: m.s 80-81 1 Buat rumusan anda, bagaimanakah keluhuran perlembagaan dan penyelarasan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri boleh mengukuhkan sistem persekutuan? TP OP 2 (a) Keluhuran perlembagaan (b) Penyelarasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
67 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 AKTIVITI PAK-21 Soalan: Jelaskan kuasa Kerajaan Persekutuan, kuasa Kerajaan Negeri, Senarai Bersama dan peranan Kerajaan Tempatan. Jawapan:
71 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 (b) Peta berlorek berikut merupakan Persekutuan 1896. Senaraikan dua persekutuan selepas Persekutuan 1896 tersebut. [2 markah] (c) Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963 telah mengubah negara kita. Jelaskan pernyataan tersebut. [3 markah] (d) Kepentingan bermusyawarah dalam membuat keputusan dititikberatkan dalam membentuk Persekutuan Malaysia 1963. Berikan ulasan anda. [3 markah]
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 72 Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Soalan Esei 2 Pentadbiran Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. (a) Nyatakan prinsip pembahagian kuasa yang diamalkan di negara kita. [4 markah] (b) Jelaskan kuasa di peringkat kerajaan berikut: (i) Kerajaan Persekutuan [3 markah] (ii) Kerajaan Negeri [3 markah] (iii) Senarai Bersama [3 markah] (iv) Kerajaan Tempatan [3 markah] (c) Kerajaan negeri Sarawak dan Sabah diberi peruntukan tambahan apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Beri ulasan anda. [4 markah] 3 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membawa kepada kemakmuran negara dan rakyat dalam semua bidang. (a) Jelaskan kerjasama pembangunan sosioekonomi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. [6 markah] (b) Kerjasama pemuliharaan khazanah negara perlu melibatkan kerajaan pada setiap peringkat. Berikan ulasan anda. [6 markah] (c) Sejauh manakah kerjasama dalam penyediaan perumahan rakyat telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan? [8 markah] 4 Aspek keselamatan dan pertahanan negara di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun kerjasama Kerajaan Negeri diperlukan untuk mencapai kejayaan yang diharapkan. (a) Bagaimanakah aspek keselamatan dan pertahanan negara diselaraskan di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri? [6 markah] (b) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pernah berhadapan dengan masalah komunis di Sarawak dan pencerobohan pengganas Sulu di Sabah. Berikan ulasan anda. [6 markah] (c) Sejauh manakah sikap kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting dalam membangunkan negara? [8 markah] 5 Kekukuhan sistem persekutuan yang diamalkan di negara kita berkait rapat dengan keluhuran perlembagaan persekutuan. (a) Jelaskan tentang konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan. [4 markah] (b) Terangkan faktor yang mengukuhkan sistem persekutuan di negara kita. [8 markah] (c) Huraikan kepentingan memahami tanggungjawab rakyat dan pemimpin dalam membangunkan negara kita. [8 markah]
137 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 8 BAB Membina Kemakmuran Negara NOTA EFEKTIF 8.1 Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) • DEB dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula tahun 1970 hingga tahun 1990 sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara. • DEB dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang merangkumi empat Rancangan Pembangunan 5 Tahun. • Dasar ini bertujuan memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, antara wilayah dan antara kawasan dalam wilayah yang sama. 1 Latar belakang pembentukan DEB: • MAPEN ditubuhkan pada Januari 1970, dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tujuan ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat. • Hasilnya, terbentuklah DEB. • Beberapa pakar diamanahkan untuk merancang dan merangka DEB, iaitu Dr. Rais Saniman (Malaysia), Dr. Just Faaland (Norway), Dr. Jack R. Parkinson (Britain). • DEB dijalankan dalam Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima. 2 Matlamat dan strategi DEB: (a) Matlamat DEB: • Mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan menggunakan strategi bersifat serampang dua mata. (b) Strategi DEB: • Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang kerajaan kepada rakyat tanpa mengira kaum. • Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. (c) Isu sosioekonomi: • Jurang sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera. • Jurang sosioekonomi antara pantai timur dengan pantai barat. • Jurang sosioekonomi antara masyarakat desa dengan bandar. • Jurang sosioekonomi antara negeri. 8.2 Pelaksanaan DEB • DEB bertujuan melahirkan masyarakat bersatu padu melalui agihan ekonomi seimbang. Beberapa langkah dilaksanakan antaranya; 1 Meningkatkan taraf hidup rakyat: (a) Luar bandar: • Tumpuan diberikan kepada penduduk miskin yang terdiri daripada petani, pekebun getah dan kelapa, nelayan, buruh dan penduduk kampung baharu. • Usaha pembangunan dilakukan menerusi kegiatan Gerakan Koperasi yang sedia ada di luar bandar. • Program yang dilaksanakan seperti penerokaan tanah baharu, bantuan alat pertanian, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit dan pemasaran. (b) Bandar: • Penduduk di bandar menghadapi kemiskinan disebabkan pendapatan yang rendah dan masalah perumahan. • Usaha dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan perindustrian dan perniagaan yang membuka peluang pekerjaan lebih banyak dan meningkatkan pendapatan golongan miskin pelbagai kaum. • Kemudahan asas disediakan seperti air, elektrik, jalan raya dan pendidikan. 2 Rancangan Buku Hijau Kebangsaan: • Rancangan ini dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1974.
© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 152 Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Soalan Esei 4 Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan melahirkan masyarakat bersatu padu melalui agihan ekonomiseimbang. Beberapa langkah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai hasrat tersebut. (a) Jelaskan langkah meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan berikut: (i) Luar bandar [4 markah] (ii) Bandar [4 markah] (b) Terangkan usaha kerajaan dalam memenuhi hasrat DEB berikut: (i) Rancangan Buku Hijau [3 markah] (ii) Kegiatan agensi kerajaan [3 markah] (c) Bersetujukah anda, penubuhan agensi kerajaan seperti FELDA dan agensi pembangunan wilayah telah berjaya memenuhi hasrat DEB? Beri alasan anda. [6 markah] 5 Kaum bumiputera ketinggalan dalam pemilikan saham dan bidang perindustrian sejak awal kemerdekaan lagi. (a) Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengatasi masalah jurang perbezaan pemilikan modal saham bumiputera dan bukan bumiputera. [6 markah] (b) Bagaimanakah kerajaan memajukan Indusri Kecil dan Sederhana (IKS)? [6 markah] (c) Kerajaan berusaha mengembangkan pendidikan tenaga kerja mahir. Beri ulasan anda. [8 markah] 6 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. DPN merupakan usaha untuk menjadikan Malaysia negara maju berdasarkan Wawasan 2020. (a) Apakah matlamat dan objektif Dasar Pembangunan Nasional? [6 markah] (b) Jelaskan strategi Dasar Pembangunan Nasional. [6 markah] (c) Mengapakah pelibatan rakyat penting dalam pembangunan negara? [8 markah] 7 Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah berjaya membawa kepada perubahan ekonomi dan taraf hidup penduduk. (a) Jelaskan pencapaian DEB dan DPN dalam aspek sosial. [6 markah] (b) Bagaimanakah DEB dan DPN berjaya membawa perubahan kepada perkembangan sektor perindustrian dan perdagangan? [8 markah] (c) Kemajuan perindustrian tetap mengutamakan kelestarian alam sekitar. Berikan ulasan anda. [6 markah]
9 Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM13.90 : RM14.90 MODUL & AKTIVITI SUPERB 2.0 SBP SEJARAH TINGKATAN 5 Siri SUPERB 2.0 SBP (Sekolah Berasrama Penuh) ialah buku yang berformatkan modul dan aktiviti yang digubal oleh kumpulan Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP. Kandungan modul ini ditulis selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melalui kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Latihan dan aktiviti yang dihasilkan selaras dengan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengandungi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Abad Ke-21 dan peta pemikiran. Semua elemen ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran murid menguasai setiap topik yang dipelajari. Kandungan modul ini turut dilengkapi dengan bahan-bahan yang dimuat naik dalam kod QR seperti video, audio, bahan interaktif serta jawapan. Siri ini dapat memberikan manfaat kepada murid sebagai pemangkin kecemerlangan pada masa hadapan. SEJARAH 2.0 SEKOLAH BERASRAMA PENUH MODUL & AKTIVITI SUBJEK TINGKATAN TINGKATAN Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu English Matematik Sejarah Pendidikan Islam Fizik Kimia Biologi 9 786294 710801 ISBN 978-629-471-080-1