2.0 TINGKATAN 2 Nota Praktis DSKP Aktiviti PAK-21 Praktis Bab CIRI EKSKLUSIF GEOGRAFI UASA Rizky Abd Jalil Jadual Pentaksiran Kerja Lapangan Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan KOD QR Peta Topografi Berwarna Disediakan BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) ii KANDUNGAN KEMAHIRAN GEOGRAFI BAB 1 SKALA DAN JARAK 1 BAB 2 PETA TOPOGRAFI 12 GEOGRAFI FIZIKAL: Cuaca dan Iklim BAB 3 PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM 25 BAB 4 CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA 35 GEOGRAFI MANUSIA: Pengangkutan dan Telekomunikasi BAB 5 PENGANGKUTAN DI MALAYSIA 47 BAB 6 TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA 58 GEOGRAFI KAWASAN: Asia BAB 7 KEPELBAGAIAN IKLIM DAN PENGARUHNYA TERHADAP KEGIATAN MANUSIA DI ASIA 66 BAB 8 JENIS DAN KEMAJUAN PENGANGKUTAN DI ASIA 78 ISU DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR BAB 9 PEMANASAN GLOBAL 87 BAB 10 TEKNOLOGI HIJAU 96 KERJA LAPANGAN BAB 11 PANDUAN KERJA LAPANGAN 106 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK JAWAPAN Jadual Pentaksiran
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 35 NOTA 4.1 Jenis dan Ciri Iklim di Malaysia Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun kerana terletak di antara garisan lintang 0o hingga 10o U dan 0o hingga 10o S Garisan Khatulistiwa. Ciri Iklim di Malaysia Suhu 1 Malaysia mengalami suhu yang tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun. 2 Min suhu tahunan adalah tinggi, iaitu 27o C. 3 Julat suhu tahunan pula ialah antara 1o C hingga 3o C kerana: (a) Dikelilingi laut (b) Menerima hujan lebat sepanjang tahun (c) Langit sentiasa diliputi awan (d) Udara yang sentiasa lembap (e) Diliputi oleh tumbuh-tumbuhan semula jadi 4 Julat suhu harian pula besar mengikut kedudukan: (a) Stesen berhampiran pantai antara 5o C hingga 10o C. (b) Stesen di kawasan pedalaman antara 8o C hingga 12o C. Hujan 1 Malaysia menerima hujan sepanjang tahun dengan jumlah hujan tahunan kira-kira 2 600 mm. 2 Taburan hujan tidak sekata kerana dipengaruhi oleh faktor: (a) Bentuk muka bumi (b) Tiupan angin monsun 3 Malaysia menerima hujan maksimum semasa peralihan monsun, iaitu: (a) Pada hujung bulan Mac hingga awal Mei (b) Pada Oktober hingga pertengahan November 4 Malaysia menerima dua jenis hujan, iaitu hujan perolakan dan hujan bukit. (a) Hujan perolakan • Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari. • Air yang tersejat dan membentuk menjadi wap air. • Udara panas bersama-sama wap air naik ke atmosfera sehingga sampai di paras yang tinggi. • Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan kumulonimbus. • Hujan lebat turun pada lewat petang atau lewat malam disertai kilat dan petir. Awan kumulonimbus Petir Udara panas naik Hujan Udara panas naik Permukaan bumi Rajah 4.1 Pembentukan hujan perolakan (b) Hujan bukit • Turun di kawasan tanah tinggi yang menghadap udara lembap. • Udara lembap dari laut dipaksa naik ke cerun bukit kerana dihalang oleh tanah tinggi. • Udara menjadi sejuk dan wap air mengalami pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan. • Hujan lebat turun di bahagian cerun bukit yang menghadap udara lembap. • Bahagian cerun yang terlindung menerima hujan yang sedikit dan dikenali sebagai kawasan lindungan hujan. Rajah 4.2 Pembentukan hujan bukit BAB 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia Kerja Lapangan Tema: Geografi Fizikal: Cuaca dan Iklim
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 37 BAB 4 6 Angin tempatan (a) Bayu laut (b) Bayu darat Waktu siang Bayu laut Darat Laut Tekanan tinggi Tekanan rendah ➤ ➤ ➤ ➤ Rajah 4.3(a) Bayu laut Waktu malam Bayu darat Darat Laut Tekanan rendah Tekanan tinggi ➤ ➤ ➤ ➤ Rajah 4.3(b) Bayu darat • Angin tempatan yang berlaku pada waktu siang di kawasan berhampiran pantai. • Berlaku kerana tekanan udara di permukaan laut adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di daratan. • Udara bergerak dari laut yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah. • Angin tempatan yang berlaku pada waktu malam di kawasan berhampiran pantai. • Berlaku kerana tekanan udara di daratan adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di permukaan laut. • Udara bergerak dari daratan yang bertekanan tinggi ke laut yang bertekanan rendah. 4.2 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia Pertanian 1 Tanaman utama yang ditanam termasuklah: (a) Padi – ditanam secara komersial di Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kelantan. (b) Kelapa sawit – Segi Tiga Jengka (Pahang) dan Lahad Datu (Sabah. (c) Lada hitam – sekitar Kuching dan Sri Aman (Sarawak. 2 Di kawasan tanah tinggi yang mengalami suhu sekitar 18o C hingga 21o C sesuai untuk penanaman sayur-sayuran, bunga-bungaan dan buah-buahan hawa sederhana, contohnya: (a) Cameron Highlands di Pahang (b) Kundasang di Sabah Pembalakan 1 Suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang banyak di Malaysia menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika seperti di: (a) Pedalaman Semenanjung Malaysia (b) Pedalaman Sarawak (c) Pedalaman Sabah 2 Hutan hujan tropika kaya dengan pokok kayu keras seperti meranti, cengal, keruing dan nyatuh telah menggalakkan aktiviti pembalakan. Perikanan 1 Pada musim tengkujuh, iaitu semasa tiupan angin Monsun Timur Laut, nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia tidak dapat turun ke laut kerana keadaan Laut China Selatan yang bergelora. 2 Oleh sebab itu, mereka melakukan pelbagai aktiviti di darat seperti membaiki jala, pukat dan bot yang rosak. 3 Nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat melakukan aktiviti menangkap ikan sepanjang tahun. 4 Ini kerana kawasan perairan Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin kecang semasa: (a) Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa. (b) Monsun Barat Daya oleh Sumatera, Indonesia. 5 Aktiviti menjemur ikan dan sotong dilakukan di kawasan pinggir pantai ketika cuaca panas. Pelancongan 1 Kawasan tanah tinggi yang bersuhu sederhana dan berudara nyaman telah menarik kedatangan pelancong, contohnya: (a) Cameron Highlands (Pahang) (b) Kundasang (Sabah) (c) Bukit Larut (Perak)
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 38 BAB 4 2 Selain itu, suhu air laut antara 20o C hingga 30o C telah menggalakkan pertumbuhan terumbu karang dan aktiviti menyelam skuba, contohnya: (a) Pulau Redang (Terengganu) (b) Pantai Damai (Sarawak) (c) Pulau Sipadan (Sabah) 4.3 Kesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia Kesan Rumah Hijau 1 Kesan rumah hijau merujuk kepada fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi. 2 Sesetengah daripada haba dipantulkan ke angkasa lepas. 3 Gas rumah hijau penting untuk mengekalkan suhu bumi, tetapi aktiviti manusia menyebabkan pelepasan gas ini semakin meningkat. 4 Punca-punca peningkatan pelepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera: (a) Kegiatan pembalakan (b) Pelupusan sampah sarap (c) Pembakaran bahan api fosil (d) Pembakaran sisa pertanian (e) Pembakaran hutan secara besar-besaran Pulau Haba 1 Pulau haba merujuk kepada fenomena suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya. 2 Punca-punca berlakunya fenomena pulau haba ialah: (a) Kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku bagi menyederhanakan suhu. (b) Kesesakan di jalan raya menyebabkan pelepasan asap dan haba yang tinggi oleh kenderaan. (c) Bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan banyak bahang matahari. (d) Debu dan habuk yang banyak dibebaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang banyak memerangkap haba. 3 Bahan konkrit, simen, besi dan batu bata mempunyai keupayaan menyerap haba yang tinggi. 4 Kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan kadar evaporasi rendah di kawasan bandar. Hujan Asid 1 Hujan asid ialah hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6. 2 Hujan ini berlaku apabila udara di sesuatu kawasan tercemar, terutamanya di kawasan perindustrian. 3 Pembebasan gas sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida yang banyak di atmosfera berpunca daripada pembakaran bahan api fosil, iaitu: (a) Arang batu dan petroleum oleh kilang (b) Stesen jana kuasa elektrik (c) Kenderaan bermotor 4 Gas-gas tersebut akan terlarut dalam wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. 5 Wap air yang mengandungi asid ini akan membentuk awan dan apabila terpeluwap, hujan akan turun sebagai hujan asid. 6 Kesan-kesan hujan asid termasuklah: (a) Kualiti air terjejas (b) Hidupan akuatik terancam dan mati (c) Memusnahkan tanaman dan tumbuhtumbuhan (d) Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan (e) Mengancam kesihatan manusia Jerebu 1 Jerebu berlaku disebabkan zarah-zarah halus seperti debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara. 2 Punca-punca berlakunya jerebu di atmosfera ialah: (a) Pembakaran hutan secara berleluasa (b) Pembakaran bahan api fosil (kenderaan dan kilang) (c) Letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiran (d) Pembakaran terbuka seperti sampah sarap dan sisa pertanian 3 Kejadian jerebu memberi kesan terhadap alam sekitar seperti: (a) Mengurangkan jarak penglihatan (b) Menjejaskan aktiviti pengangkutan (c) Mengganggu pertumbuhan tanaman (d) Masalah kesihatan seperti radang kulit, asma dan sakit mata 4.4 Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia Fenomena El Nino 1 El Nino berasal daripada perkataan Sepanyol bermaksud “anak lelaki”. 2 Kesan fenomena El Nino ialah kejadian kemarau yang panjang. 3 El Nino menyebabkan peningkatan suhu antara 0.5o C hingga 2o C berbanding dengan keadaan biasa.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 39 BAB 4 4 El Nino lazimnya berlaku dalam tempoh 6 hingga 18 bulan. 5 El Nino terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. 6 Kejadian El Nino dikaitkan dengan pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa. 7 Kepanasan ini menyebabkan berlaku perubahan: (a) Tekanan udara (b) Pola tiupan angin 8 Lazimnya, angin Timuran yang biasanya bertiup dari timur Lautan Pasifik ke barat Lautan Pasifik akan membawa hujan lebat ke Asia Tenggara, Australia dan Papua New Guinea. 9 Walau bagaimanapun, semasa El Nino tiupan angin Timuran menjadi lemah disebabkan tekanan udara yang rendah. 10 Angin Timuran digantikan oleh angin Baratan yang bertiup ke timur Lautan Pasifik. 11 Kesannya, negara-negara di barat Lautan Pasifik termasuk Malaysia mengalami kemarau walaupun sepatutnya menerima hujan lebat. 12 Negara-negara di timur Lautan Pasifik pula mengalami keadaan hujan lebat, walaupun sepatutnya mengalami musim kemarau. Fenomena La Nina 1 La Nina juga berasal daripada perkataan Sepanyol bermaksud “anak gadis” atau “kanak-kanak perempuan”. 2 Gangguan atmosfera yang dikaitkan dengan La Nina ialah kejadian banjir besar. 3 La Nina dikaitkan dengan kesan gangguan iklim yang disebabkan oleh penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik. 4 Penurunan suhu adalah lebih rendah daripada normal berbanding dengan kawasan sekitarnya. 5 La Nina akan mengakibatkan: (a) Pembentukan awan yang tebal (b) Hujan lebat yang luar biasa (c) Berlaku banjir besar yang tidak dijangka 6 Di Malaysia, ketika monsun Timur Laut bertiup, La Nina lazimnya akan memberi kesan kepada: (a) Negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia (b) Sarawak (c) Sabah 7 Fenomena ini akan meningkatkan jumlah hujan yang turun di kawasan-kawasan ini yang berakhir dengan kejadian banjir besar. Peta 4.4 Keadaan normal El Nino Peta 4.5 Keadaan semasa El Nino Peta 4.6 Keadaan normal La Nina Peta 4.7 Keadaan semasa La Nina Permukaan lautan yang sejuk Angin Baratan
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 40 BAB 4 PRAKTIS DSKP 4.1 Jenis dan Ciri Iklim di Malaysia Buku Teks m.s. 50–54 1 Berdasarkan peta di bawah, Malaysia terletak di zon panas dunia. SP 2.2.1 TP 1 U 10oU 0o 10oS Kawasan iklim Khatulistiwa ➊ ➋ ➌ ➍ ➎ ➏ ➐ PETUNJUK ➊ Colombia ➋ Brazil ➌ Ghana ➍ Nigeria ➎ Zaire (Congo) ➏ Malaysia ➐ Indonesia (a) Namakan jenis iklim di Malaysia. Iklim Khatulistiwa (b) Apakah keistimewaan yang dialami oleh negara kita kerana mengalami iklim di atas? Mengalami panas dan lembap sepanjang tahun kerana terletak berhampiran garisan Khatulistiwa. (c) Di antara garisan lintang, manakah negara-negara di dunia termasuk Malaysia mengalam iklim jenis di atas? Negara-negara yang terletak di antara garisan lintang 0o U dan 0o S garisan Khatulistiwa (d) Berikan contoh dua buah negara yang mengalami iklim sama dengan Malaysia. (i) Brazil (ii) Ghana (Pilih mana-mana dua negara sahaja berdasarkan peta diberi) TP 1 Menyatakan iklim di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 41 BAB 4 TP 2 Menerangkan ciri iklim Khatulistiwa di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai 2 Isi tempat-tempat kosong di bawah tentang ciri iklim di Malaysia. SP 2.2.2 TP 2 bayu laut 27o C ‘skual’ Hujan bukit tiupan angin monsun bayu darat bentuk muka bumi enam jam 2 600 mm Hujan perolakan Benua Australia 1o C – 3o C (a) Min suhu tahunan di Malaysia adalah tinggi, kira-kira 27o C . (b) Negara kita menerima hujan sepanjang tahun dengan jumlah hujan tahunan kira-kira 2 600 mm . (c) Malaysia menerima hujan tahunan yang tidak sekata kerana dipengaruhi oleh faktor bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun . (d) Julat suhu tahunan Malaysia adalah kecil, iaitu 1o C – 3o C . (e) Hujan perolakan terbentuk apabila permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari pada waktu siang. (f) Selain menerima pengaruh angin Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya, Malaysia juga menerima pengaruh angin tempatan, iaitu bayu laut dan bayu darat . (g) Angin Sumatera yang berasal dari Sumatera, Indonesia, juga dikenali sebagai ‘skual’ . (h) Angin Monsun Barat Daya berasal dari Benua Australia . (i) Secara purata, Malaysia menerima sebanyak enam jam sinaran matahari sehari. (j) Hujan bukit turun di kawasan tanah tinggi yang menghadap udara lembap.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 42 BAB 4 4.2 Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia Buku Teks m.s. 55–57 1 Berdasarkan foto di bawah, terangkan tentang pengaruh cuaca setempat di Malaysia terhadap aktiviti harian manusia. SP 2.2.3 TP 3 (a) Pertanian • Iklim yang panas dan lembap menggalakkan penanaman pelbagai jenis tanaman seperti getah dan kelapa sawit. • Suhu antara 18o C hingga 21o C di kawasan tanah tinggi menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh dan sayur-sayuran hawa sederhana, contohnya di Cameron Highlands. (b) Pembalakan • Suhu yang tinggi dan hujan yang lebat menggalakkan pertumbuhan hutan hujan topika. • Pelbagai jenis pokok kayu keras seperti cengal dan meranti dalam hutan ini menggalakkan kegiatan pembalakan. (c) Perikanan • Pada musim tengkujuh, secara tiupan angin Monsun Timur Laut, nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia tidak dapat turun ke laut kerana laut bergelora. • Nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia boleh menjalankan aktiviti perikanan sepanjang tahun kerana keadaan laut yang sentiasa tenang. (d) Pelancongan • Keadaan iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menarik kedatangan pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia. • Tanah tinggi yang bersuhu sederhana dan udara nyaman menarik kedatangan pelancong. TP 3 Menyesuaikan pengaruh cuaca setempat di Malaysia dengan aktiviti harian manusia. Menguasai Belum Menguasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 44 BAB 4 4.4 Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia Buku Teks m.s. 58–61 3 Lengkapkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan perubahan cuaca dan iklim di Malaysia dalam rajah di bawah. SP 2.2.5 TP 6 KBAT Menilai TP 6 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan perubahan cuaca dan iklim di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai (Jawapan cadangan) (Jawapan lain yang munasabah di terima) Langkah-langkah untuk Mengurangkan Kesan Perubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia (a) Kitar semula bahan buangan. (b) Menggunakan pengangkutan awam. (d) Menggunakan minyak tanpa plumbum. (d) Denda maksimum kepada sesiapa yang melakukan pembakaran terbuka. (c) Berkongsi kereta. Guru Internet Rakan Buku Teks
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 45 BAB 4 1 Apakah min suhu tahunan yang dialami di Malaysia? A 25°C C 27°C B 26°C D 30°C 2 Rajah 1 berkaitan dengan pembentukan hujan di Malaysia. Awan kumulonimbus Petir Udara panas naik Hujan Udara panas naik Permukaan bumi Rajah 1 Apakah ciri-ciri rajah tersebut? I Berlaku di kawasan cerun bukit II Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari III Turun pada lewat petang yang disertai kilat dan petir IV Udara lembap dari laut dipaksa naik ke cerun bukit kerana halangan tanah tinggi A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri angin Monsun Timur Laut? I Bermula dari pedalaman benua Asia II Membawa hujan sederhana lebat ke Malaysia III Bertiup merentasi Lautan Hindi sebelum sampai Malaysia IV Bertiup dari awal bulan November hingga Mac A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4 Apakah jenis angin yang dikaitkan dengan pernyataan di bawah? Udara bergerak dari laut yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah. A Bayu laut B Bayu darat C Angin Sumatera D Angin Monsun Timur Laut 5 Apakah faktor yang menyebabkan penanaman teh sesuai ditanam di Cameron Highlands di Pahang? A Panas dan lembap sepanjang tahun B Pengaruh tiupan bayu laut dan bayu darat C Suhu sederhana sejuk antara 18°C – 21°C D Bahagian cerun menghadap udara lembap menerima hujan lebat 6 Nelayan di kawasan manakah yang dikaitkan dengan aktiviti berikut pada musim tengkujuh? • Membaiki pukat yang rosak • Membaiki bot A Klang C Pulau Ketam B Bachok D Pulau Pangkor 7 Apakah kepentingan gas rumah hijau? A Mengekalkan suhu bumi B Mengawal keseimbangan ekologi C Menyederhanakan suhu persekitaran D Memerangkap zarah-zarah halus di atmosfera 8 Bangunan konkrit dan permukaan berturap yang mampu menyerap dan menyimpan bahang matahari dikaitkan dengan fenomena . A jerebu C pulau haba B hujan asid D kesan rumah hijau Bahagian A: Soalan Objektif Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Praktis Bab
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 46 BAB 4 Bahagian B: Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Soalan 1 berdasarkan Rajah 2 yang menunjukkan pembentukan angin tempatan. Waktu siang Darat Laut Tekanan tinggi Tekanan rendah ➤ ➤ ➤ ➤ Waktu malam Darat Laut Tekanan rendah Tekanan tinggi ➤ ➤ ➤ ➤ P Q Rajah 2 1 (a) Berdasarkan Rajah 2, namakan tiupan angin tempatan berikut. P: Bayu laut Q: Bayu darat [2 markah] (b) Terangkan tentang pembentukan angin tempatan bertanda P. • Bayu laut berlaku pada waktu siang berhampiran pantai. • Berlaku apabila tekanan udara di permukaan laut lebih tinggi. • Pada masa yang sama tekanan udara di daratan adalah rendah. • Udara bergerak dari laut yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah. [4 markah] (c) Terangkan pula tentang pembentukan angin tempatan bertanda Q. • Bayu darat berlaku pada waktu malam berhampiran pantai. • Berlaku apabila tekanan udara di daratan laut lebih tinggi. • Pada masa yang sama tekanan udara di laut adalah rendah. • Udara bergerak dari daratan yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah. [4 markah] Bahagian C: Soalan Esei 2 Maklumat berikut berkaitan dengan kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim. Pulau haba merujuk fenomena suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya. (b) Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah bandaraya Kuala Lumpur sering berlaku fenomena pulau haba? [6 markah] (c) Cadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan fenomena pulau haba. KBAT Menganalisis [4 markah]
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 66 NOTA 7.1 Kepelbagaian Iklim di Asia 1 Benua Asia boleh dibahagikan kepada empat zon iklim, iaitu: (a) Zon sejuk (c) Zon panas sederhana (b) Zon sejuk sederhana (d) Zon panas 7.2 Ciri Iklim Mengikut Zon di Asia Zon Iklim Ciri ciri Iklim Contoh Negara Zon Sejuk Tundra • Suhu musim panas: tidak melebihi 10°C • Suhu musim sejuk: di bawah takat beku, –28°C • Hujan tahunan: 250 mm • Kerpasan – salji Rusia (utara) Zon Sejuk Sederhana Siberia • Suhu musim panas: 15°C hingga 20°C • Suhu musim sejuk: –17°C hingga –5°C • Hujan tahunan: kira-kira 500 mm • Kerpasan – salji (turun dalam musim sejuk) Kawasan Siberia di Rusia Laurentia • Suhu musim panas: 20°C hingga 27°C • Suhu musim sejuk: –6°C hingga 10°C di mana boleh mencapai takat beku • Hujan tahunan: 500 mm hingga 1 000 mm • Kerpasan – salji (turun dalam musim sejuk) China (utara), Korea Utara dan Jepun (utara) Zon Panas Sederhana Mediterranean • Suhu musim panas – sederhana panas, 20°C hingga 24°C • Suhu musim sejuk – sederhana sejuk, 6°C hingga 10°C • Hujan tahunan – 275 mm hingga 900 mm Turki, Lubnan dan Syria Steppe • Suhu musim panas: 21°C • Suhu musim sejuk: –10°C hingga 0°C • Hujan tahunan: 500 mm • Kejadian ribut salji dalam musim sejuk Rusia (selatan) dan Mongolia China • Suhu musim panas – sederhana panas, 28°C • Suhu musim sejuk – sederhana sejuk, 5°C • Hujan tahunan: 500 mm hingga 1 500 mm China (tengah dan selatan), Korea Selatan, Jepun (selatan) dan Taiwan (utara) Zon Panas Khatulistiwa • Panas dan lembap sepanjang tahun • Min suhu tahunan: 27°C • Hujan tahunan: melebihi 2 600 mm Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam BAB Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia 7 Tema:Geografi Kawasan: Asia
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 67 BAB 7 Zon Iklim Ciri ciri Iklim Contoh Negara Panas Gurun Panas • Suhu musim panas – sangat panas, 32°C hingga 38°C • Suhu musim sejuk – sederhana sejuk, 16°C • Julat suhu harian – tinggi, kira-kira 25°C • Hujan tahunan: < 250 mm Arab Saudi, Iraq dan Oman Monsun Tropika • Mengalami satu musim kering dan musim lembap yang nyata • Min suhu tahunan: 24°C hingga 27°C • Hujan tahunan: 1 000 mm hingga 2 000 mm Thailand, Myanmar, Laos dan India 7.3 Zon Iklim Sejuk Iklim Tundra 1 Iklim ini mengalami musim sejuk yang panjang dan melampau. 2 Ciri-cirinya ialah: Ciri-ciri Keterangan (a) Kawasan Sepanjang pantai utara Asia, contohnya pantai utara Siberia yang terletak dalam lingkungan Garisan Artik. (b) Suhu • Min suhu tahunan: –14°C • Suhu musim panas: jangka masa pendek, Mei hingga Ogos, sederhana sejuk dengan suhu kurang daripada 10°C • Suhu musim sejuk: panjang, iaitu selama 8 bulan, sangat sejuk dengan suhu –32°C hingga –5°C • Julat suhu tahunan: 42°C (c) Angin • Angin Baratan: membawa hujan yang maksimum dalam musim panas • Ribut salji: sering berlaku dengan kelajuan kira-kira 200 km sejam (d) Hujan • Kerpasan: sedikit, iaitu antara 250 mm hingga 300 mm • Hujan: hujan perolakan, kebanyakan turun dalam musim panas • Musim sejuk: sentiasa diliputi salji (e) Pengaruh iklim Tundra terhadap kegiatan manusia (i) Perikanan • Ikan ditangkap untuk keperluan sendiri dan sumber protein utama. • Ditangkap di sekitar utara Siberia. • Pada musim panas, kegiatan menangkap ikan paus, kod dan salmon giat dijalankan. • Ikan paus ditangkap menggunakan sejenis lembing dipanggil harpoon. (ii) Pemburuan • Dijalankan di sekitar utara Siberia. • Hasil buruan membekalkan daging (makanan) dan kulit (membuat pakaian, khemah dan kayak). • Tulang pula dijadikan rangka khemah. • Lemak dijadikan bahan api menyalakan pelita dan memanaskan iglu dalam musim sejuk. • Pada musim sejuk – aktiviti memburu binatang seperti walrus (anjing laut), singa laut, serigala dan rusa kutub (karibu) dijalankan. • Musim panas – aktiviti menjerat binatang. 7.4 Zon Iklim Sejuk Sederhana Iklim Laurentia 1 Dikenali juga dengan nama iklim sejuk sederhana pantai timur atau iklim monsun sejuk sederhana.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 68 BAB 7 2 Dialami di negara-negara yang mengalami empat musim (bunga, panas, luruh dan sejuk). 3 Ciri-cirinya ialah: Ciri-ciri Keterangan (a) Kawasan China (utara), Korea Utara dan Jepun (utara) (b) Suhu • Min suhu tahunan: 9°C hingga 17°C • Suhu musim panas: sederhana panas dan singkat, 21°C hingga 26°C • Suhu musim sejuk: sangat sejuk, panjang dan kering dengan suhu –6°C hingga 10°C • Julat suhu tahunan: 20°C hingga 30°C (c) Angin • Arus sejuk merendahkan suhu di kawasan pantai China, Korea Utara, Jepun dan Siberia • Musim dingin kering kerana angin Monsun Barat Laut bertiup dari darat (d) Hujan • Hujan tahunan: 500 mm hingga 1 000 mm • Turun sepanjang tahun terutama pada musim panas yang dibawa oleh Monsun Tenggara • Salji: turun pada musim sejuk (e) Pengaruh iklim Laurentia terhadap kegiatan manusia (i) Pertanian • Pengeluaran makanan untuk penduduk setempat, contohnya di Hokaido, Jepun, Dataran Manchuria, China dan Korea Utara. • Suhu musim panas yang sederhana, 20°C dan musim sejuk, 10°C, menggalakkan penanaman kentang, gandum, sayur-sayuran dan buah-buahan. • Selain itu, jumlah hujan tahunan 1 000 mm menggalakkan pertumbuhan tanaman. (ii) Perikanan • Ikan yang ditangkap untuk pasaran dalam negara dan luar negara. • Dijalankan di sepanjang pantai negara Jepun. • Pelabuhan perikanan utama – Hakodate, Wakkanai dan Kushiro. • Pantai Jepun terletak di persimpangan arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio yang menggalakkan pertumbuhan plankton (makanan ikan). • Laut di sekeliling Jepun amat kaya dengan hasil laut. • Dijalankan pada musim bunga dan musim panas. 7.5 Zon Iklim Panas Sederhana Iklim China 1 Dikenali juga dengan nama iklim monsun panas sederhana atau iklim panas sederhana pantai timur. 2 Dialami di negara-negara yang mengalami empat musim (bunga, panas, luruh dan sejuk). Ciri-ciri Keterangan (a) Kawasan China (tengah dan selatan), Korea Selatan, Jepun (selatan) dan Taiwan (utara) (b) Suhu • Min suhu tahunan: 15°C • Suhu musim panas: sederhana panas, 28°C (Mei hingga September) • Suhu musim sejuk: sederhana sejuk dan kering dengan suhu 5°C (Oktober hingga April) • Julat suhu tahunan: melebihi 25°C (c) Angin • Arus Monsun Tenggara – bertiup ke kawasan tekanan rendah pada musim panas, bawa hujan lebat • Siklon tropika – bertiup dari Lautan Pasifik pada akhir musim panas di China (selatan), Hong Kong dan Taiwan (d) Hujan • Hujan tahunan: 508 mm hingga 1 520 mm • Hujan siklon: jenis hujan yang banyak turun
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 70 BAB 7 PRAKTIS DSKP 7.1 Kepelbagaian Iklim di Asia Buku Teks m.s. 106 1 Berdasarkan rajah di bawah, senaraikan enam jenis iklim di Asia. SP 4.1.1 TP 1 TP 1 Menyatakan sekurang-kurangnya dua jenis iklim di Asia. Menguasai Belum Menguasai 2 Suaikan jenis iklim di Asia dengan zon iklim yang sesuai. SP 4.1.1 TP 1 Jenis-jenis Iklim di Asia (a) Iklim Tundra (b) Iklim Steppe (c) Iklim China (d) Iklim Gurun Panas (e) Iklim Laurentia (f) Iklim Khatulistiwa (a) Iklim Siberia (b) Iklim China (c) Iklim Tundra (d) Iklim Khatulistiwa (e) Iklim Steppe (f) Iklim Monsun Tropika Zon Sejuk Zon Sejuk Sederhana Zon Panas Sederhana Zon Panas ▶ ▶ ▶ ▶ ▶ ▶ ◀ ◀ ◀ ◀
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 72 BAB 7 7.3 Zon Iklim Sejuk Buku Teks m.s. 110–111 7.4 Zon Iklim Sejuk Sederhana Buku Teks m.s. 112–113 7.5 Zon Iklim Panas Sederhana Buku Teks m.s. 114–115 7.6 Zon Iklim Panas Buku Teks m.s. 116–117 1 Namakan kegiatan manusia yang dijalankan berdasarkan pernyataan yang diberi. SP 4.1.3 TP 3 Pernyataan Kegiatan Manusia (a) Kegiatan ini dijalankan pada musim panas, iaitu Mei hingga Ogos oleh penduduk Eskimo di Siberia (utara). Kegiatan menangkap ikan (b) Kegiatan ini dijalankan di Hokaido (Jepun), Dataran Manchuria (China) dan Korea Utara kerana suhu musim panas yang sederhana, iaitu 20°C dan suhu musim sejuk 10°C. Penanaman gandum, kentang, sayursayuran dan buah-buahan (c) Dijalankan di sepanjang pantai Jepun kerana terletak di persimpangan arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio yang menggalakkan pertumbuhan plankton. Penangkapan ikan (d) Tanaman ini ditanam di lembangan Chang Jiang dan Dataran China Tengah kerana suhu sederhana panas, iaitu antara 16°C hingga 18°C. Tanaman gandum dan teh (e) Aktiviti ini dijalankan di kaki bukit di Shanghai Bright dan Inner Mongolia Yili kerana suhunya lebih sejuk. Penternakan lembu daging dan tenusu (f) Ditanam di wilayah Qasim, Arab Saudi kerana terdapat kawasan oasis dan keadaan suhu yang sesuai, iaitu 7o C hingga 40o C. Penanaman pokok kurma (g) Aktiviti ini dijalankan di Hudaibiyah, Arab Saudi kerana jumlah hujan yang kurang 250 mm telah menggalakkan rumput dan semak samun tumbuh renek. Penternakan lembu, kambing dan unta TP 3 Menyesuaikan kepelbagaian iklim dengan kegiatan manusia di Asia. Menguasai Belum Menguasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 73 BAB 7 2 Lengkapkan peta minda di bawah tentang ciri-ciri iklim serta kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan zon-zon iklim yang berikut. SP 4.1.3 TP 4 Ciri iklim: (a) Nyatakan tiga ciri kawasan tersebut: (i) Min suhu tahunan: –14o C (ii) Julat suhu tahunan: 42o C (iii) Hujan tahunan: 250 mm – 300 mm Zon Iklim Sejuk Kegiatan ekonomi: (a) Kegiatan menangkap ikan paus , kod dan salmon . (b) Pada musim sejuk, orang Eskimo juga memburu binatang seperti walrus , serigala dan karibu. Kawasan: Pantai Utara Siberia Ciri iklim: (a) Nyatakan tiga ciri kawasan tersebut: (i) Min suhu tahunan: 9o C – 17o C (ii) Julat suhu tahunan: 20o C – 30o C (iii) Hujan tahunan: 500 mm – 1 000 mm Zon Sejuk Sederhana Kegiatan ekonomi: (a) Kegiatan penanaman gandum , kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan. (b) Kegiatan perikanan dijalankan pada musim bunga dan musim panas. Kawasan: Jepun (utara) Ciri iklim: (a) Nyatakan tiga ciri kawasan tersebut: (i) Min suhu tahunan: 15o C (ii) Julat suhu tahunan: melebihi 25o C (iii) Hujan tahunan: 508 mm – 1 520 mm Zon Iklim Panas Sederhana Kegiatan ekonomi: (a) Kegiatan menanam padi dijalankan pada musim hujan . (b) Padi ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze. . Kawasan: China (tengah dan selatan) TP 4 Menjelaskan melalui contoh kegiatan manusia di mana-mana negara Asia berdasarkan kepelbagaian iklim. Menguasai Belum Menguasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 74 BAB 7 TP 5 Menentukan kegiatan manusia yang boleh dijalankan di empat buah negara Asia di zon iklim yang berbeza. Menguasai Belum Menguasai 3 Isi tempat kosong tentang kegiatan manusia yang dijalankan di empat buah negara di Asia di zon iklim yang berbeza dalam jadual di bawah. SP 4.1.3 TP 5 Zon Negara Kegiatan Manusia (a) Zon Iklim Panas Arab Saudi (i) (ii) (iii) Pokok kurma ditanam di kawasan oasis secara ladang, contohnya di wilayah Qasim Arab Saudi. Pokok ini ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya . Unta, kambing, biri-biri dan lembu diternak untuk mendapatkan daging , susu, kulit dan bulu. (b) Zon Iklim Panas Sederhana China (tengah dan selatan) (i) (ii) (iii) Penanaman padi dan gandum sebagai sumber makanan. China menjadi pengeluar dan pengguna hasil ternakan utama dunia. Permintaan tinggi terhadap produk berasaskan daging dan susu segar kerana kerajaan China menggalakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat. (c) Zon Iklim Sejuk Siberia (utara) (i) (ii) (iii) Ikan paus, kod dan salmon ditangkap untuk keperluan sendiri . Hasil buruan membekalkan daging sebagai sumber makanan, kulit untuk membuat kayak, khemah dan pakaian. Tulang digunakan untuk membuat rangka khemah dan lemak untuk menyalakan pelita serta memanaskan iglu. (d) Zon Iklim Sejuk Sederhana Jepun (utara) (i) (ii) (iii) Pengeluaran makanan untuk penduduk setempat seperti penanaman gandum, kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pantai Jepun terletak di persimpangan arus panas Kurashio dan arus sejuk Oyashio menggalakkan pertumbuhan plankton yang menjadi makanan ikan. Aktiviti perikanan untuk pasaran tempatan dan luar negara dijalankan pada musim bunga dan musim panas.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 75 BAB 7 4 Jalankan tugasan di bawah. SP 4.1.4 TP 6 KBAT Menganalisis PAK-21 Persembahan Tajuk Pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di Asia. Objektif Untuk mengkaji pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di salah sebuah negara Asia. Alatan Komputer serta bahan rujukan yang berkaitan. Langkah-langkah (a) Bahagikan kelas kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan. (b) Setiap kumpulan dikehendaki mencari dan mengumpul maklumat tentang pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di salah sebuah negara Asia secara terperinci. (c) Negara-negara yang dicadangkan termasuklah China, Jepun, Arab Saudi atau Siberia Utara. Tetapi anda boleh juga memilih negara-negara Asia yang lain jika sesuai. (d) Gunakan pelbagai sumber untuk mencari maklumat seperti majalah, surat khabar, buku atau Internet. (e) Setelah setiap kumpulan selesai mengumpul maklumat, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu persembahan multimedia mengikut kreativiti, contohnya menggunakan Slaid Power Point atau perisian animasi “PowToon” di https://www.powtoon.com/ (f) Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan hasil kerja setiap kumpulan di hadapan kelas untuk dinilai oleh guru mata pelajaran anda. Arab Saudi Siberia Utara TP 6 Menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif berkaitan pengaruh iklim terhadap kegiatan manusia di salah sebuah negara Asia. Menguasai Belum Menguasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 77 BAB 7 Bahagian B: Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Soalan 1 berdasarkan Foto 1 yang menunjukkan satu kawasan iklim di dunia. Foto 1 1 (a) Apakah jenis iklim yang berkaitan dengan kawasan dalam Foto 1? Iklim Gurun Panas [1 markah] (b) Jelaskan faktor kawasan tersebut mengalami julat suhu hari yang sangat besar. • Kekurangan litupan awan/pancaran matahari terus ke permukaan bumi/suhu amat panas pada waktu siang/40o C. • Langit tidak berawan/haba dibalikkan ke atmosfera dengan cepat/suhu berubah menjadi sangat sejuk pada waktu malam/5o C. • Julat suhu tahunan/harian adalah besar antara 17o C hingga 20o C. [3 markah] (c) Terangkan bagaimanakah faktor iklim mempengaruhi kegiatan manusia yang tinggal di kawasan tersebut? • Aktiviti pertanian • Penanaman pokok kurma di oasis kerana mampu tumbuh pada suhu 7o C hingga 40o C. • Aktiviti penternakan • Haiwan yang dibela ialah unta/kambing/biri-biri/lembu. • Jumlah hujan kurang 250 mm menyebabkan rumput dan semak samun tumbuh renek/jarang. • Menjadi makanan utama ternakan tersebut. [6 markah] Bahagian C: Soalan Esei 2 (a) Jelaskan ciri-ciri iklim di kawasan yang mengalami iklim Tundra. [4 markah] (b) Berdasarkan pengetahuan anda, terangkan cara hidup orang Eskimo atau Inuit pada musim sejuk di sepanjang pantai utara Siberia. KBAT Menganalisis [6 markah]
TINGKATAN 2 GEOGRAFI MODULE PERFECT 2.0 2.0 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21, peta pemikiran dan STEM akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM8.90 : RM9.80 9 786294 850101 ISBN 978-629-485-010-1 MGF2