The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-10-02 21:44:29

Smart Practice Sejarah Tingkatan 4

Smart Practice Sejarah Tingkatan 4

LATIHAN TOPIKAL TINGKATAN KSSM sutha subramaniam huong yu hie sejarah DSKP Terkini Praktis Mengikut Topik Penilaian Akhir Tahun Jawapan Lengkap format terkini spm 4


45 BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA 1 BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME 6 BAB 3 KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA 13 BAB 4 ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA 21 BAB 5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 29 BAB 6 ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT 35 BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN 42 BAB 8 PILIHAN RAYA 48 BAB 9 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957 54 BAB 10 PEMASYHURAN KEMERDEKAAN 60 PENILAIAN AKHIR TAHUN 66 JAWAPAN J1 - J43 KANDUNGAN iii


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 6 2.1 Maksud Nasionalisme 1 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan tafsiran nasionalisme. Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya. Siapakah tokoh yang telah memberikan tafsiran tersebut? A Hans Kohn B Dato’ Onn Jaafar C Dr. R. Suntharalingam D Dr. Burhanuddin al-Helmi 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat 2 Apakah kesan ke atas Raja James II akibat daripada Revolusi Keagungan 1688 di England? A Diberi pampasan B Diturunkan takhta C Melarikan diri ke Perancis D Menyokong kuasa parlimen 3 Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 disebabkan ketidakpuasan hati rakyat Amerika terhadap penjajahan British. Mengapakah berlakunya keadaan sedemikian? I Menuntut perwakilan II Menggugat keamanan III Memperjuang kebebasan IV Menentang pembayaran cukai A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV KERTAS KERTAS 11 Soalan Objektif 4 Gambar 1 menunjukkan tokoh pemikir Perancis. Gambar 1: Jean Jacques Rousseau Tokoh pemikir tersebut telah memperjuangkan idea nasionalisme yang berteraskan I keadilan. II keamanan. III persamaan. IV persaudaraan. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia 5 Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan nasionalisme di India. • Brahmo Samaj • Arya Samaj Apakah persamaan dalam kedua-dua pertubuhan tersebut? A Menekankan isu sosioagama B Menggunakan pendekatan radikal C Memperoleh sokongan rakyat India D Mengamalkan dasar tidak bekerjasama TP Buku Teks 22 TP Buku Teks 24 TP Buku Teks 25 TP Buku Teks 25 TP Buku Teks 26 BAB Kebangkitan Nasionalisme 2 Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat bagi tiap-tiap soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 7 6 Kelemahan pemerintahan kerajaan Manchu merupakan faktor kemunculan nasionalisme di China. Apakah kelemahan tersebut? I Cukai yang tinggi II Kehilangan mandat III Dianggap orang luar IV Raja berkuasa mutlak A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 7 Maklumat berikut menunjukkan gerakan yang berlaku dalam Empayar Uthmaniyah dan Mesir. Empayar Gerakan Mesir Gerakan Islah Empayar Uthmaniyah Gerakan Pan-Islamisme Kedua-dua gerakan tersebut memperjuangkan I agama Islam. II pengajian Islam. III kemerdekaan negara. IV sistem pemerintahan Islam. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara 8 Maklumat berikut menunjukkan perubahan pucuk kepimpinan yang berlaku di Filipina dalam perkembangan nasionalisme di negara tersebut. Mengapakah berlaku perubahan tersebut? KBAT A Permintaan rakyat B Keputusan penjajah C Konflik perebutan kuasa D Perjuangan tidak berkesan 9 Maklumat berikut menunjukkan perjuangan awal yang berlaku di Burma. Persatuan Belia Buddha 1906 Sekiranya anda ialah salah seorang pejuang persatuan tersebut, apakah yang menjadi isu perjuangan anda? KBAT A Mengekalkan tradisi agama B Menentang penjajahan British C Menuntut hak mengutip cukai D Mengembalikan kuasa raja dan pembesar 10 Bagaimanakah kuasa Perancis menangani tentangan daripada pemimpin parti Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) di Vietnam? A Menjatuhkan hukuman bunuh B Mengharamkan parti tersebut C Mengubah pucuk kepimpinan parti D Memberikan pencen seumur hidup 11 Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan yang dilakukan di Indonesia. Sumpah Pemuda Apakah tujuan sumpah tersebut diadakan? A Menuntut kemerdekaan negara B Menghalang penindasan ekonomi C Menuntut bela terhadap kekejaman D Mewujudkan keutuhan negara bangsa 12 Apakah tindakan yang dilakukan oleh Raja Mongkut dalam perkembangan nasionalisme di Thailand? I Berbaik-baik dengan kuasa Barat II Membawa masuk penasihat Barat III Menggalakkan penubuhan parti politik IV Menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita 13 Pernyataan berikut merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah telah berusaha untuk mendapatkan Melaka kembali dengan melakukan tiga kali serangan. Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada peristiwa tersebut? KBAT A Kegigihan dalam perjuangan B Cinta kepada negara dan bangsa C Berkorban demi negara dan bangsa D Bertanggungjawab dalam kepimpinan TP Buku Teks 28 TP Buku Teks 29 TP Buku Teks 29 TP Buku Teks 30 TP Buku Teks 31 TP Buku Teks 32 TP Buku Teks 26 TP Buku Teks 27 Jose Rizal • Andres Bonifacio • Emilio Aguinaldo


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 8 2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme 14 Apakah matlamat perjuangan Gerakan Islah? I Melahirkan cendekiawan Islam II Melahirkan pemimpin negara Islam III Menentang penjajahan kuasa Barat IV Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15 Maklumat berikut berkaitan dengan media cetak yang digunakan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu. Jawi Peranakan Apakah isu-isu yang dibincangkan dalam akhbar tersebut? I Penggunaan bahasa Melayu II Kepentingan menuntut ilmu III Memuatkan idea-idea pembaharuan IV Menegur campur tangan British dalam soal agama A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 16 Apakah tujuan asal penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang ditubuhkan pada tahun 1905? A Melahirkan tokoh nasionalis B Menggerakkan perjuangan radikal C Melakukan tafsiran baru dalam Islam D Melatih anak bangsawan dalam pentadbiran 17 Maklumat di bawah menunjukkan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Penulis Karya Abdullah Sidek Mari Kita Berjuang Apakah mesej yang disampaikan dalam penulisan novel tersebut? A Meningkatkan ekonomi B Semangat cintakan tanah air C Hak dan keistimewaan peribumi D Kepentingan mempelajari bahasa Melayu 18 Penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada tahun 1926 adalah untuk A menentang kemasukan buruh luar. B membangkitkan semangat anti-British. C menggalakkan persaudaran orang Melayu. D meningkatkan penglibatan politik orang Melayu. 19 Apakah kesan daripada penubuhan persatuan tersebut terhadap masyarakat India di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua? Central India Association of Malaya (CIAM) A Memperoleh kerakyatan B Menjaga kebajikan masyarakat C Meluaskan peluang pendidikan D Memudahkan permintaan pinjaman 2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme 20 Gambar 2 merujuk kepada seorang tokoh tempatan di Tanah Melayu. Gambar 2: Ibu Zain Apakah sumbangan beliau dalam perkembangan nasionalisme tempatan? A Menjaga kebajikan masyarakat B Menubuhkan persatuan Melayu C Menggalakkan pendidikan kaum wanita D Menjalankan kegiatan dakwah Islamiah TP Buku Teks 37 TP Buku Teks 39 TP Buku Teks 41 TP Buku Teks 43 TP Buku Teks 40 TP Buku Teks 34 TP Buku Teks 34 2.7 Perkembangan Nasionalisme


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 9 1 Rajah 1 menunjukkan peristiwa perkembangan nasionalisme yang telah berlaku di Barat sejak abad ke-17. Rajah 1 (a) Namakan peristiwa perkembangan nasionalisme X dan Y. (i) X : (ii) Y : [2 markah] (b) Huraikan sebab berlakunya kedua-dua peristiwa di 1(a). [4 markah] (c) Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perkembangan nasionalisme di Eropah? [4 markah] TP Buku Teks 24-25 KERTAS KERTAS 22 Bahagian A: Soalan Struktur 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat Bersifat Antiraja X Y


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 10 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara 2 Perkembangan nasionalisme yang berlaku di Filipina adalah berbentuk penentangan terhadap penjajahan kuasa Sepanyol dan Amerika Syarikat yang melibatkan perjuangan beberapa orang tokoh nasionalis pada pelbagai peringkat penentangan. (a) Namakan tokoh-tokoh nasionalis di Filipina. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Jelaskan perkembangan nasionalisme yang telah berlaku di peringkat awal. [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin nasionalisme dalam menghadapi ancaman kuasa asing? [4 markah] 2.7 Perkembangan Nasionalisme 3 Penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1905 memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme. (a) Perihalkan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar. [3 markah] (b) Terangkan sumbangan pelajar lepasan MCKK dalam perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. [3 markah] TP Buku Teks 37 TP Buku Teks 28


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 11 (c) Mengapakah penguasaan ilmu pengetahuan menjadi elemen penting dalam kepimpinan? [4 markah] 2.1 Maksud Nasionalisme 4 Kesedaran perkembangan nasionalisme di negara kita telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. (a) Berikan maksud nasionalisme. [6 markah] (b) Huraikan pendapat tokoh-tokoh berkaitan dengan nasionalisme. [6 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan pengamalan nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia? [8 markah] 2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia 5 Kebangkitan nasionalisme yang berlaku di Asia merupakan satu bentuk perjuangan yang bersifat cinta akan tanah air, agama serta penentangan terhadap penjajahan kuasa asing. (a) Huraikan perkembangan nasionalisme bersifat menentang penjajahan di India. [6 markah] (b) Perkembangan nasionalisme di empayar Uthmaniyah dan Mesir adalah bagi mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam. Terangkan. [6 markah] (c) Apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada perjuangan nasionalisme yang telah berlaku di negaranegara Asia? [8 markah] KERTAS Bahagian B: Soalan Esei KERTAS 22 TP Buku Teks 22-23 TP Buku Teks 26-27


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 12 2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme 6 Rajah 2 menunjukkan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di negara kita pada awal abad ke-20. Rajah 2 (a) Huraikan faktor kemunculan nasionalisme X dan Y [6 markah] (b) Jelaskan sumbangan golongan intelektual dalam perkembangan kesedaran kebangsaan. [6 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan melahirkan golongan berpendidikan tinggi dalam kalangan generasi muda bagi memperkukuh semangat nasionalisme di negara kita? [8 markah] Media cetak Y X Pengaruh luar dan serantau Peranan agama Penulisan kreatif Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme TP Buku Teks 34-35


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 44 15 Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 merupakan asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan. Ia berhasrat memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum melalui I bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. II mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur. III memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah. IV kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16 Mengapakah sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam serta menggunakan bahasa pengantar yang sama menjadi perkara penting dalam pendidikan negara kita? I Keadilan II Keberadaan III Identiti sepunya IV Semangat perpaduan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 7.5 Penubuhan Parti Politik 17 Selepas Perang Dunia Kedua, penubuhan parti politik di Tanah Melayu tumbuh umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Mengapakah keadaan ini berlaku? A Pengaruh agama B Sistem pendidikan C Perkembangan nasionalisme D Sistem pengangkutan dan perhubungan 18 Berikut merupakan tokoh yang telah menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf pada tahun 1946. Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut? A Menentang penjajahan British B Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum C Bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan D Menggembleng tenaga pemuda sebagai penggerak untuk membuat perubahan politik 19 Pemimpin di bawah ialah Dato’ Onn Jaafar. Demi menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu, beliau mencadangkan supaya A membentuk Parti Perikatan. B menganjurkan Persidangan Kebangsaan. C menubuhkan Jawatankuasa Antara Kaum. D mewujudkan kerjasama dengan kaum lain dalam satu parti. 20 Berikut merupakan parti politik yang muncul selepas Perang Dunia Kedua. • Independence of Malayan Party (IMP) • Malayan Indian Congress (MIC) Kedua-dua parti mempunyai persamaan, iaitu I penerimaan satu kewarganegaraan. II mencadangkan pemerintahan sendiri. III menghadiri Persidangan Kebangsaan. IV menuntut pilihan raya Persekutuan diadakan. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV TP Buku Teks 183 TP Buku Teks 184-185 TP Buku Teks 184 TP Buku Teks 184-185 TP Buku Teks 184-185 TP Buku Teks 182 KBAT


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 45 1 Sistem Ahli telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada bulan Januari 1951 dan mula dilaksanakan pada bulan Mac tahun yang sama. (a) Senaraikan ciri-ciri Sistem Ahli. [3 markah] (b) Nyatakan tiga agensi yang terletak di bawah tanggungjawab Dato’ Onn Jaafar. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah nilai-nilai murni yang boleh dicontohi daripada peristiwa pelaksanaan Sistem Ahli? KBAT [4 markah] 7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan 2 Terdapat beberapa jenis sekolah vernakular wujud di Tanah Melayu semasa British mentadbir Tanah Melayu. (a) Nyatakan tiga jenis sekolah vernakular yang terdapat di Tanah Melayu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Jelaskan kesan kewujudan sekolah vernakular di negara kita yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum. [3 markah] KERTAS KERTAS 22 Bahagian A: Soalan Struktur 7.3 Sistem Ahli TP Buku Teks 178-179 TP Buku Teks 180-183


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 46 (c) Sejauh manakah sistem Pendidikan Kebangsaan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan remaja? Jelaskan. KBAT [4 markah] 7.5 Penubuhan Parti Politik 3 Pada bulan Oktober 1954, Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan tiga buah parti telah dibentuk di Tanah Melayu. (a) Siapakah anggota dalam Parti Perikatan? [3 markah] (b) Jelaskan logo Parti Perikatan dan maksudnya. [3 markah] (c) Sejauh manakah Parti Perikatan memainkan peranan yang penting dalam negara kita yang menjurus ke arah kemerdekaan? KBAT [4 markah] 7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 4 Pada mulanya Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina sahaja. (a) Jelaskan tentang Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) . [6 markah] (b) Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum telah memaparkan kerjasama tiga kaum utama di Tanah Melayu. Buktikan. KBAT [6 markah] TP Buku Teks 184-187 KERTAS Bahagian B: Soalan Esei KERTAS 22 TP Buku Teks 174-177


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 47 (c) Bincangkan nilai yang perlu dimiliki oleh masyarakat kini dalam mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat kita. KBAT [8 markah] 7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan 5 Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 juga dikenali sebagai Penyata Razak 1956 dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1957. (a) Huraikan cadangan Penyata Razak 1956. [6 markah] (b) Penyata Razak merupakan asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan. Buktikan. KBAT [6 markah] (c) Sebagai seorang remaja yang berilmu pengetahuan, jelaskan usaha anda untuk mewujudkan perpaduan dalam masyarakat. KBAT [8 markah] 7.5 Penubuhan Parti Politik 6 Pelbagai parti politik telah wujud di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. (a) Jelaskan faktor-faktor penubuhan parti politik di Tanah Melayu. [4 markah] (b) Bincangkan pembentukan parti berikut: (i) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) [4 markah] (ii) Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) [4 markah] (c) Mengapakah pertubuhan parti penting bagi sesebuah negara dalam memperjuangkan kemerdekaan? [8 markah] TP Buku Teks 188 TP Buku Teks 184-187 KBAT


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 48 KERTAS KERTAS 11 Soalan Objektif 8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu 1 Berikut merupakan peringkat pilihan raya yang dilaksanakan di negara kita, KECUALI A peringkat negeri. B Majlis Persekutuan. C Majlis Perbandaran. D Majlis Perundangan Persekutuan. 2 Parti politik yang menyertai Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town pada tahun 1951 ialah I IMP. II MCA. III Parti Buruh. IV Parti Radikal. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3 Siapakah yang melantik ahli dalam Majlis Perbandaran di George Town, Pulau Pinang? A Parlimen British B Tunku Abdul Rahman C Gabenor Negeri-negeri Selat D Yang di-Pertua Pulau Pinang 4 Dalam pilihan raya negeri pada tahun 1954, Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan. Keputusan ini telah menyampaikan satu mesej yang penting bahawa penduduk Persekutuan Tanah Melayu A gemar mengundi. B sudah mahir mengundi. C tidak kedekut memberikan undi. D dapat menerima kerjasama kaum dalam parti negara. 5 Apakah kesan pilihan raya peringkat awal ini kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu? KBAT I Persediaan ke arah berkerajaan sendiri II Rakyat berpengalaman mengendalikan pilihan raya III Rakyat sudah bangkit untuk menuntut kemerdekaan IV Kesedaran rakyat menyertai parti politik untuk membela nasib A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama 6 Jawatankuasa Pilihan Raya telah mengeluarkan dua bentuk penyata susunan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang dinamakan Bentuk A dan Bentuk B. Antara pernyataan berikut, pasangan manakah yang menghuraikan dua bentuk ini dengan tepat? Bentuk A Bentuk B A Empat puluh orang yang dipilih melalui pilihan raya Empat puluh empat orang yang dipilih melalui pilihan raya. B Dua puluh orang yang dilantik mewakili kepentingan tertentu Dua puluh orang yang dilantik mewakili golongan minoriti C Pilihan raya perlu diadakan tidak lewat dari bulan November 1954 Pilihan raya perlu diadakan tidak lewat dari bulan Ogos 1954 D Dua orang ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi) Dua orang ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Politik) TP Buku Teks 196 TP Buku Teks 197, 243 TP Buku Teks 197 TP Buku Teks 197 TP Buku Teks 197 BAB Pilihan Raya 8 TP Buku Teks 198 Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat bagi tiap-tiap soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 51 KERTAS KERTAS 22 Bahagian A: Soalan Struktur 1 Pilihan raya umum diadakan untuk memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). (a) Bagaimanakah keanggotaan dalam Majlis Perundangan Persekutuan sebelum pilihan raya 1955 dilaksanakan? [3 markah] (b) Siapakah yang layak didaftar menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955? [3 markah] (c) Pemilihan wakil yang berintegriti dan mempunyai jati diri yang teguh adalah penting untuk memastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik di negara kita. Jelaskan. KBAT [4 markah] 8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 2 Setelah berlangsungnya Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, negara kita telah melalui satu perkembangan baharu dalam sejarah demokrasi negara. (a) Senaraikan tiga bidang yang mewakili kumpulan berkepentingan dalam Majlis Perundangan Persekutuan 1955. (i) (ii) (iii) [3 markah] 8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama TP Buku Teks 198-201 TP Buku Teks 204-205


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 52 (b) Mengapakah Tunku Abdul Rahman menyifatkan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan sebagai “hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini” dalam ucapannya pada sesi pembukaan MPP pada 31 Ogos 1955? [3 markah] (c) Jelaskan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh generasi muda dalam memperkukuhkan pembinaan bangsa dan negara Malaysia. KBAT [4 markah] 8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 3 Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. (a) Siapakah Ketua Menteri dalam Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu? [1 markah] (b) Namakan tiga portfolio yang dipegang oleh pegawai British dalam Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada kejayaan pembentukan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu. KBAT [3 markah] (d) Sekiranya anda merupakan Ketua Menteri dalam Kabinet Pertama, jelaskan usaha yang akan anda lakukan untuk membentuk masyarakat Persekutuan yang cemerlang. KBAT [3 markah] TP Buku Teks 206-207


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 53 8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu 4 Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). (a) Apakah yang anda faham dengan pilihan raya? [4 markah] (b) Jelaskan latar belakang perkembangan pilihan raya di Tanah Melayu. [8 markah] (c) Pilihan raya memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat di Malaysia. Jelaskan. KBAT [8 markah] 8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 5 Pada tahun 1954, British telah menubuhkan sebuah Jawatankusa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai-pegawai tinggi British. (a) Apakah kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan? [6 markah] (b) Jelaskan perbezaan antara Majlis Perundangan Persekutuan 1948 dengan Majlis Perundangan Persekutuan 1955. KBAT [6 markah] (c) Sebagai seorang pelajar yang prihatin kepada perkembangan negara, tulis sepucuk surat kepada pemimpin negara kita dengan memberi cadangan anda dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran yang sedia ada. [8 markah] 8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 6 Pada 4 Ogos 1955, Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan kesemua Jemaah Menteri dalam Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu setelah mendapat perkenan Raja-raja Melayu. (a) Apakah yang anda faham tentang Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu? [4 markah] (b) Pada pandangan anda, apakah peranan yang dimainkan oleh Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu? [6 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah Kabinet Pertama ini berjaya dilaksanakan? Jelaskan. KBAT [10 markah] KERTAS Bahagian B: Soalan Esei KERTAS 22 TP Buku Teks 204-205 TP Buku Teks 196-197 TP Buku Teks 206-207


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 66 1 Apakah ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu? I Raja II Rakyat III Kedaulatan IV Lambang kebesaran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2 Maklumat berikut berkaitan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tulah Mengapakah konsep tersebut ditekankan dalam kalangan masyarakat pada zaman itu? A Menjamin kesetiaan rakyat B Menjaga kedaulatan negara C Mewujudkan kestabilan politik D Membangunkan ekonomi negara 3 Apakah kesan daripada peristiwa Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776? A Mengakhiri pemerintahan beraja B Memperluaskan wilayah pengaruh C Mendapatkan kemerdekaan negara D Memulakan sistem Raja Berperlembagaan 4 Pernyataan yang berikut merujuk kepada gerakan Pan-Islamisme. Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa ikatan yang kuat menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme Apakah idea Pan-Islamisme yang dimuatkan dalam akhbar tersebut? A Menumbangkan pemerintahan monarki B Berpegang kepada ajaran agama sebenar C Mengubah budaya dan tradisi kepercayaan D Persaudaraan umat Islam menentang Barat PENILAIAN AKHIR TAHUN Kertas peperiksaan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat bagi tiap-tiap soalan. 5 Jadual 1 menunjukkan tindakan yang diambil oleh pemerintah Thailand. Raja Mongkut Raja Chulalongkorn • Membuat pemodenan dalam negara • Menjalankan birokrasi Barat • Menjaga Thailand daripada campur tangan kuasa asing Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada tindakan kedua-dua pemerintah tersebut? KBAT A Kebijaksanaan pemerintah B Keagungan kuasa pemerintah C Keberkesanan sistem pentadbiran D Kerjasama antara golongan pemerintah 6 Apakah mata pelajaran yang ditekankan dalam kurikulum Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)? I Sejarah II Anyaman III Ilmu Hisab IV Bahasa Inggeris A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7 Bagaimanakah penubuhan persatuan Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di negara kita? A Menyatukan orang-orang Melayu B Melaporkan perkembangan tempatan C Membangkitkan perasaan anti-British D Memperjuangkan kepentingan orang Melayu [40 markah] [Masa dicadangkan : 1 jam] Jadual 1


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 67 8 Apakah tujuan British melaksanakan undangundang yang berikut di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua? • Publishing and Book Enactment 1915 • The Seditious Publication (Prohibition) Enactment 1919 A Menghapuskan rusuhan B Mengancam Kaum Muda C Menyekat percetakan buku D Menghalang perkembangan politik 9 Maklumat berikut berkaitan dengan krisis yang berlaku di rantau Balkan. Permusuhan antara Austria-Hungary dan Serbia Apakah punca permusuhan tersebut? A Perebutan bahan mentah B Penghasutan membebaskan diri C Persaingan membuktikan ideologi D Perlumbaan mendapatkan tanah jajahan 10 Apakah kesan daripada serangan Blitzkrieg yang dijalankan oleh negara Jerman? A Penaklukan Eropah Barat B Melemahkan tentera Jerman C Kemunculan negara baharu D Penglibatan Itali dalam perang 11 Jadual 2 berkaitan peperangan yang telah berlaku dalam kalangan negara Eropah. Fakta Perang Dunia Pertama Perang Dunia Kedua Tempoh 1914-1918 1939-1945 Pihak terlibat • Kuasa Tengah • Pakatan Bertiga • Kuasa Paksi • Kuasa Bersekutu Apakah iktibar daripada kedua-dua peperangan tersebut? A Kepentingan perdamaian B Pengukuhan negara bangsa C Mengutamakan perpaduan kaum D Semangat menaikkan imej negara 12 Gambar 1 menunjukkan mata wang Jepun yang digunakan semasa pendudukan Jepun di negara kita. Gambar 1 Apakah kesan yang wujud akibat penggunaan mata wang tersebut? A Berlaku inflasi B Peningkatan ekonomi C Sistem kewangan sistematik D Masalah kemelesetan ekonomi 13 Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu telah memberi kesedaran kepada pemimpin masyarakat dan Raja-raja Melayu tentang kepentingan perdamaian. Apakah nilai yang patut dimiliki oleh generasi muda dalam mewujudkan perdamaian masyarakat? KBAT I Toleransi II Keadilan III Keberanian IV Bersatu padu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 14 Maklumat berikut berkaitan dengan pelaksanaan pentadbiran British di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. British Military Administration (BMA) Bagaimanakah keadaan di Tanah Melayu sebelum kemasukan BMA? I Stok barangan berlebihan II Kekurangan bekalan makanan III Rakyat mengalami kesukaran hidup IV Persaingan kuasa antara negara Barat A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 15 Apakah kandungan yang terdapat dalam Kertas Putih 6274 yang diluluskan oleh Parlimen British di London pada 22 Januari 1946? I Sistem perundangan II Konsep persekutuan III Raja Berperlembagaan IV Syarat kewarganegaraan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Jadual 2 KBAT


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 70 33 Berikut ialah keputusan Pilihan Raya Umum 1955. Kemenangan yang dicapai oleh Parti Perikatan mencerminkan bahawa rakyat telah memberi satu mandat kepada Parti Perikatan. Keputusan Pilihan Raya Umum 1955 Parti Perikatan 51 kerusi Parti Islam SeMalaya 1 kerusi Apakah mandat yang dimaksudkan? A Menyaingi pengaruh parti lain B Menubuhkan pemerintahan sendiri C Menubuhkan sebuah parti yang baru D Menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 34 Kemenangan yang gemilang oleh Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 membolehkan satu kesimpulan dibuat, iaitu A dasar demokrasi sesuai dilaksanakan B pilihan raya penting kepada negara kita C dasar kerjasama antara kaum dalam politik diterima D kerjasama kaum memperkukuhkan pentadbiran politik 35 Apakah misi penting selepas Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955 bagi Parti Perikatan? A Mengkaji sistem politik B Menggubal perlembagaan C Merundingkan kemerdekaan D Membentuk kerajaan sendiri 36 Rundingan kemerdekaan yang berlangsung dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956 telah menyebabkan beberapa perkara dipersetujui antara wakil British dengan rombongan merdeka. Apakah perkara penting yang dipersetujui? I Penetapan tarikh kemerdekaan II Pengekalan pentadbiran British III Pembentukan kerajaan demokrasi IV Penghapusan jawatan Setiausaha Kewangan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 37 Apakah kepentingan Perlembagaan Merdeka terhadap penduduk tempatan di Tanah Melayu? A Mengawal tingkah laku rakyat B Hak mutlak memerintah negara C Merupakan dokumen rasmi kerajaan D Pertahanan negara bertambah kukuh 38 Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentangkan dan dibahaskan pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957 di Majlis Perundangan Persekutuan. Siapakah yang layak meluluskan draf ini? A Parti Perikatan B Parlimen British C Majlis Raja-raja Melayu D Pesuruhjaya Tinggi British 39 Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya berlangsung di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan peristiwa bersejarah ini? A Hak mutlak memerintah negara B Tamatlah darurat di Tanah Melayu C Tanah Melayu bebas daripada penjajah D Ekonomi dikuasai sepenuhnya oleh orang tempatan 40 Malaysia membuat perjanjian pertahanan dengan Britain pada tahun 1957. Perjanjian ini dinamakan Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA). Mengapa perjanjian ini perlu dibuat? A Menentang Jepun B Meluaskan wilayah C Menghapuskan ancaman komunis D Belum mempunyai kekuatan pertahanan sendiri


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 71 1 Rajah 1 berkaitan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Rajah 1 (a) Apakah X dan Y? X: Y : [2 markah] (b) Huraikan ciri-ciri X dan Y tersebut. [4 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan wilayah pengaruh kepada seseorang pemerintah? [4 markah] X Y Wilayah pengaruh Ciri-ciri Negara Bangsa kerajaan Alam Melayu Rakyat Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 72 2 Tentera Jepun menjalankan pemerintahan tersendiri di Tanah Melayu, Singapura dan Sabah serta Sarawak. (a) Berikan nama baharu bagi wilayah berikut selepas pendudukan Jepun. (i) Tanah Melayu : (ii) Singapura : [2 markah] (b) Terangkan dasar Jepun terhadap Raja-raja Melayu dan kepimpinan tempatan. [4 markah] (c) Apakah kesan daripada dasar pentadbiran Jepun terhadap perkembangan politik di negara kita selepas kekalahan Jepun? [4 markah] 3 Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha dalam membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. (a) Apakah maksud perintah berkurung? [3 markah] (b) Jelaskan tanggungjawab rakyat dalam menjayakan usaha kerajaan dalam membanteras komunis. [3 markah] (c) Apakah jenis persiapan yang boleh dilakukan untuk menghadapi ancaman baharu? [4 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 74 7 Gambar di bawah menunjukkan peristiwa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948. (a) Terangkan peranan orang Melayu, Raja-raja Melayu dan UMNO yang telah menyumbang ke arah pembentukan PTM 1948. [6 markah] (b) Apakah kesan daripada penubuhan PTM 1948? [6 markah] (c) Penubuhan PTM 1948 telah membawa perubahan dalam demografi Tanah Melayu apabila kewarganegaraan diberikan kepada orang bukan Melayu. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Tanah Melayu dalam membentuk perpaduan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu pada masa tersebut? [8 markah] 8 Fahaman komunis telah menular masuk ke Tanah Melayu sejak awal tahun 1920-an. (a) Apakah definisi komunis? [4 markah] (b) Jelaskan latar belakang kewujudan pengaruh komunis di negara kita. [8 markah] (c) Bincangkan usaha anda dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. [8 markah] 9 Pilihan raya telah membuka peluang yang adil kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam politik dan mengamalkan demokrasi di negara kita. (a) Bagaimanakah pilihan raya kecil dilaksanakan? [6 markah] (b) Jelaskan pilihan raya awal yang dijalankan di Sarawak dan Sabah. [6 markah] (c) Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan amalan demokrasi di negara kita. [8 markah] http: //ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Persekutuan_Tanah_Melayu_1948


15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia: Sabah & Sarawak: 9 786294 850842 ISBN 978-629-485-084-2 LATIHAN TOPIKAL JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Fizik Kimia Biologi Pendidikan Moral Tingkatan Subjek 1 2 3 4 5 SEJARAH TINGKATAN 4 LATIHAN TOPIKAL SEJARAH RM8.90 RM9.50 Siri Smart Practice merupakan sumber praktis terbaik yang ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Pelbagai bentuk aktiviti dalam buku ini disusun mengikut topik dan berformat SPM terkini bagi membantu murid-murid mengukuhkan pemahaman dalam subjek yang dipelajari dengan lebih mudah dan berkesan.


Click to View FlipBook Version