The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-07-06 05:22:21

Kertas Ramalan SPM Sejarah

Kertas Ramalan SPM Sejarah

Semenanjung Malaysia: RM5.90 Sabah & Sarawak : RM6.50 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] Ridzuan Hasan Sejarah Sejarah Siri Kertas Ramalan SPM disediakan sebagai latihan untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kertas model ini ditulis mengikut format dan piawaian SPM sebenar untuk membantu murid membuat persediaan awal agar dapat mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar. 4 Set Kertas Model Jawapan Lengkap Sejarah KERTAS RAMALAN SPM (1249/1 & 1249/2) WM RM5.90 EM RM6.50 SUBJEK 9 789670 045726 ISBN 978-967-0045-72-6


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 1 [Lihat halaman sebelah Kertas soalan ini terdiri daripada 40 soalan. Jawab semua soalan. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1 Gambar berikut berkaitan inskripsi Telaga Batu dalam kerajaan Srivijaya. Apakah kepentingan upacara meminum air sumpah yang dituang melalui inskripsi tersebut? A Keistimewaan identiti bangsa B Kewibawaan wilayah pengaruh C Kesetiaan rakyat kepada pemerintah D Kedaulatan undang-undang kerajaan 2 Petikan berikut merupakan perjanjian antara Sang Sapurba mewakili golongan pemerintah dengan Demang Lebar Daun mewakili golongan diperintah. Titah Sang Sapurba, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan ke bawah kaki ke atas.” Maka sembah Demang Lebar Daun,“Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya.” Mengapakah perjanjian tersebut dibuat? I Meluaskan wilayah pengaruh II Mengukuhkan kerajaan III Menjamin kesejahteraan IV Melambangkan kebesaran pemerintah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3 Maklumat berikut berkaitan pertubuhan yang menggerakkan nasionalisme di India. Tarikh Pertubuhan 1885 Kongres Kebangsaan India 1906 Liga Muslim Apakah kesan perjuangan pertubuhan tersebut? A Pembahagian negara B Penentangan secara militant C Pembentukan permuafakatan politik D Pemodenan negara mengikut model Barat 4 Bagaimanakah tokoh berikut menggerakkan nasionalisme di Filipina? Jose Rizal A Mengadakan revolusi B Melaksanakan pemulihan agama C Mempelopori gerakan propaganda D Menjalankan permuafakatan parti politik KERTAS 1 KERTAS MODEL SPM 1 Masa : 1 jam 15 minit 40 KR SPM Sejarah-Set 1.indd 1 15/05/2023 10:13 AM


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2 5 Maklumat berikut berkaitan perjanjian Jerman dengan Pakatan Bertiga selepas tamat Perang Dunia Pertama. Perjanjian Versailles 28 Jun 1919 Antara syarat perjanjian: • Jerman membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga • Jerman menyerahkan wilayah kepada Pakatan Bertiga Apakah kesan perjanjian tersebut? A Kewujudan krisis di rantau Balkan B Kejayaan Perjanjian Pelucutan Senjata C Pembentukan pakatan ketenteraan di Eropah D Kemunculan gerakan nazisme pimpinan Adolf Hitler 6 Jadual berikut berkaitan serangan Jepun di negara kita. Tarikh Peristiwa 8 Disember 1941 Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu 16 Disember 1941 Tentera Jepun mendarat di Kuching 27 Disember 1941 Tentera Jepun menawan Sibu 19 Januari 1942 Tentera Jepun menduduki Sandakan 15 Februari 1942 Tentera Jepun menawan seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura Mengapakah Jepun menyerang negara kita? I Mengeksploitasi kekayaan bahan mentah II Menyebarkan ideologi III Melaksanakan sekatan ekonomi IV Memenuhi keperluan strategik ketenteraan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 7 Antara berikut, siapakah yang digelar “Harimau Malaya” dalam memimpin gerakan menentang pendudukan Jepun di negara kita? A C Lim Boo Seng Tengku Mahmood Mahyideen B D Gurchan Singh Albert Kwok 8 Garis masa berikut berkaitan keadaan di negara kita sejurus selepas kekalahan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Tarikh Perkara 5 Ogos 1945 3 September 1945 Maharaja Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah. Berlaku kekosongan politik dalam tempoh 14 hari. Tentera British mula mendarat di Tanah Melayu. Apakah yang berlaku dalam tempoh kekosongan politik tersebut? A Pengenalan Pentadbiran Tentera British B Penguasaan Bintang Tiga MPAJA C Operasi Zipper tentera Bersekutu D Pemberontakan Double Tenth 9 Jadual berikut berkaitan peristiwa orang Melayu menentang Malayan Union. Tarikh 1–4 Mac 1946 Peristiwa Kongres Melayu Tempat Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur Apakah kepentingan peristiwa tersebut? A Persetujuan penubuhan UMNO B Kemenangan perjuangan orang Melayu C Peletakan jawatan-jawatan dalam kerajaan D Pemulauan majlis perasmian Malayan Union KR SPM Sejarah-Set 1.indd 2 15/05/2023 10:13 AM


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 5 [Lihat halaman sebelah Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Persekutuan Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan X Apakah X? A Islam menjadi asas pemerintahan negara B Kewarganegaraan berasaskan jus soli kepada semua orang asing C Parlimen mengandungi dua dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat D Majlis Raja-raja dibentuk sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong 20 Pernyataan berikut berkaitan dengan pengertian kemerdekaan. Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Siapakah tokoh yang mengutarakan pernyataan tersebut? A Mahatma Gandhi B Nelson Mandela C Rashid Rida D Soekarno 21 Jadual berikut berkaitan perbandingan kedaulatan tradisional dan moden. Kedaulatan Tradisional Kedaulatan Moden Wujud sejak tamadun awal manusia Selepas Revolusi Keagungan Pemerintahan berkuasa mutlak X Apakah X? A Aristokrasi B Semangat patriotik C Sistem Jemaah Menteri D Kerajaan berperlembagaan 22 Apakah kepentingan penubuhan institusi berikut? Istana Kehakiman A Menjamin keadilan B Memperkuat pertahanan C Mengukuhkan perpaduan D Memantapkan pentadbiran 23 Maklumat berikut berkaitan undang-undang yang diperkenalkan di Sarawak dan Sabah. • Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 • Sabah Application of Laws Ordinance 1951 Apakah asas yang membentuk undang-undang tersebut? A Charter of Justice B The Common Law of England C The Law of the Federated Malay States D Acts and Ordinance of Straits Settlements 24 Antara berikut, perkara apakah terlibat dalam pindaan Perlembagaan 1963? I Struktur Mahkamah Atasan II Jawatan Yang di-Pertua Negeri III Kedudukan bahasa kebangsaan IV Pilihan raya Persekutuan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV KR SPM Sejarah-Set 1.indd 5 15/05/2023 10:13 AM


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 6 25 Mengapakah dikatakan perjanjian Raja-raja Melayu dengan British sebelum Perang Dunia Kedua tidak memindahkan kedaulatan negeri kepada British? A Amalan sistem Raja Berperlembagaan B Raja Melayu mengesahkan undang-undang C Raja Melayu di bawah pengawasan Gabenor D Pesuruhjaya Tinggi sebagai penasihat Raja Melayu 26 Rajah berikut berkaitan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara. Yang di-Pertuan Agong Majlis Raja-Raja Badan Perundangan Badan Kehakiman X Apakah peranan badan X? A Mentafsir perlembagaan B Menggubal dasar negara C Meluluskan undang-undang D Mengesahkan perbelanjaan kerajaan 27 Jadual berikut berkaitan perkembangan sistem pentadbiran Persekutuan di negara kita. Tahun Pentadbiran 1896 Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1927 Penstrukturan Majlis Perundangan Persekutuan 1946 Penubuhan Malayan Union Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut? A Menjamin kepentingan British B Melaksanakan dasar dekolonisasi C Memenuhi desakan pemimpin tempatan D Mengukuhkan kedudukan Raja-raja Melayu 28 Bagaimanakah cara mengatasi masalah berikut berdasarkan Perlembagaan Persekutuan? Masalah Undang-undang Negeri tidak selaras dengan Undang-undang Persekutuan. A Undang-undang baharu perlu digubal B Undang-undang di bawah Senarai Bersama dirujuk C Undang-undang yang digubal Parlimen diguna pakai D Undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri dikuatkuasa 29 Rajah berikut berkaitan reaksi terhadap rancangan pembentukan Malaysia Reaksi Negara Jiran Indonesia Dr Hatta dan Dr Subandrio mengalualukan pembentukan Malaysia Thailand Kerajaan memberi reaksi positif pembentukan Malaysia Filipina Presiden Macapagal menentang pembentukan Malaysia Mengapakah Filipina memberi reaksi sedemikian? A Menuntut wilayah Sabah B Mengancam keamanan serantau C Membantah dasar neokolonialisme D Menjejaskan pembentukan Kesatuan Negeri Borneo 30 Jadual berikut berkaitan perjanjian ditandatangani antara Indonesia dan Malaysia. Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia Tarikh 11 Ogos 1966 Tempat Jakarta, Indonesia Wakil Malaysia Tun Abdul Razak Wakil Indonesia Adam Malik KR SPM Sejarah-Set 1.indd 6 15/05/2023 10:13 AM


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 7 [Lihat halaman sebelah Apakah kepentingan persetujuan tersebut? A Menamatkan dasar konfrontasi B Memulakan hubungan diplomatik C Meningkatkan kerjasama ekonomi D Mengadakan latihan ketenteraan bersama 31 Maklumat berikut berkaitan cabaran politik selepas pembentukan Malaysia. Krisis Perlembagaan Sarawak 1966 Ahli Council Negeri tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak. Bagaimanakah kerajaan Malaysia menyelesaikan krisis tersebut? A Mengisytiharkan darurat B Memecat Gabenor Sarawak C Mengadakan pilihan semula D Mengusulkan undi tidak percaya 32 Apakah persamaan kejayaan perjanjian berikut? Tarikh Perjanjian Oktober 1990 Perjanjian di Sri Aman, Sarawak Disember 1989 Perjanjian di Hat Yai, Thailand A Menyelaras aktiviti perang saraf B Menamatkan keganasan komunis C Membentuk kerjasama ketenteraan D Meningkatkan rondaan di sempadan negeri 33 Bagaimanakah dasar berikut dapat memantapkan perpaduan kaum? • Dasar Ekonomi Baru (DEB) • Dasar Pembangunan Nasional (DPN) A Mengurangkan hak milik asing B Menggiatkan usaha penyelidikan C Menyeragamkan sistem kewangan D Mengagihkan kemakmuran negara dengan saksama 34 Logo berikut berkaitan sambutan 50 tahun Rukun Negara diperkenalkan. Mengapakah perkara tersebut perlu sentiasa diingati? I Kepentingan mengeratkan perpaduan kaum II Kepentingan mengamalkan nilai kenegaraan III Kepentingan mengekalkan warisan budaya bangsa IV Kepentingan kebijaksanaan mengurus cabaran luar A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 35 Rajah berikut berkaitan strategi serampang dua mata untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Ekonomi Baru Membasmi kemiskinan X Apakah X? A Membangunkan wilayah B Memupuk perpaduan kaum C Menyusun semula masyarakat D Merapatkan jurang antara negeri 36 Maklumat berikut berkaitan kesan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Pembentukan Kawasan Perindustrian Baru • Estet Perindustrian • Taman Teknologi Perindustrian • Zon Perindustrian Bebas KR SPM Sejarah-Set 1.indd 7 15/05/2023 10:13 AM


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 8 Apakah rasional pembentukan kawasan tersebut? I Keadaan iklim yang sesuai II Bekalan buruh yang mencukupi III Berdekatan sumber bahan mentah IV Berhampiran pusat kewangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 37 Maklumat berikut berkaitan dasar luar negara kita selepas merdeka. Awal Merdeka Selepas 1970 Dasar Probarat X Apakah X? A Dasar Pandang ke Timur B Dasar antikomunis C Dasar berkecuali D Dasar memihak 38 Senarai berikut berkaitan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Negara Sumbangan Malaysia Congo United Nations Operation in the Congo (UNOC) Lubnan United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) Bosnia dan Herzegorvenia United Nations Protection Force (UNPROFOR) Timur Leste International Force in East Timor (INTERFET) Apakah sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tersebut? A Memberi bantuan pendidikan B Menyertai misi pegawai pemerhati C Menjayakan misi tentera pengaman D Menandatangai Konvensyen Status Pelarian 39 Rajah berikut menggambarkan tuntutan bertindih negara berkaitan terhadap Pulau Spratly. Pulau Spratly Malaysia China Vietnam Brunei Filipina Taiwan Bagaimanakah Malaysia menangani tuntutan bertindih tersebut? A Menempatkan pangkalan tentera B Mewujudkan Zon Ekonomi Ekslusif C Membincangkan dalam Forum ASEANChina D Membawa kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa 40 Logo berikut berkaitan anugerah yang diperkenalkan berdasarkan Deklarasi Langkawi bersempena Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1989. Mengapakah anugerah berikut diperkenalkan? A Kesungguhan membanteras pemerdagangan manusia B Komitmen dalam pemuliharaan alam sekitar C Kecekalan membasmi penyalahgunaan dadah D Keperihatinan dalam misi kemanusiaan KR SPM Sejarah-Set 1.indd 8 15/05/2023 10:13 AM


1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 11 [Lihat halaman sebelah (a) Nyatakan ciri pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka. [2 markah] (b) Bandingkan kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union 1946 dengan kedudukan Raja-raja Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948. [4 markah] (c) Bagaimanakah pemerintahan beraja selepas merdeka mengukuhkan kedaulatan bangsa dan negara? [4 markah] 4 Petikan akhbar berikut berkaitan pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kota Kinabalu: Tarikh 16 September 1963 adalah detik bersejarah yang menyaksikan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara baharu bernama Malaysia. Sumber: Berita Harian, 16 September 2018 (a) Apakah faktor yang mendorong penyatuan wilayah tersebut? [2 markah] (b) “Dengan penggabungan ini, lahirlah sebuah negara pelbagai bangsa dengan nama Malaysia yang gah dan masyhur dengan ekonomi yang kukuh dan politik yang sukar ditandingi ...” Sumber: UMP News, 15 September 2020 KR SPM Sejarah-Set 1.indd 11 15/05/2023 10:13 AM


1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 12 Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaskan manfaat yang diperoleh Malaysia hasil penggabungan tersebut. [4 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah cabaran yang perlu dihadapi oleh Malaysia bagi mengekalkan kemakmurannya? [4 markah] Bahagian B [60 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini. 5 Peta berikut berkaitan lokasi dan negara yang terlibat Perang Dunia Kedua di Eropah (1939–1945). LAUTAN ATLANTIK NORWAY SWEDEN FINLAND Leningrad ESTONIA RUSIA LATVIA LITHUNIA DENMARK Moscow BRITAIN IRELAND Liverpool Nuli Manchester London Southampton BELANDA Rotterdam JERMAN Munich POLAND AUSTRIA HUNGARY CZECHOSLOVAKIA Belgrade ROMANIA BELGIUM PERANCIS SWITZERLAND ITALI Stallperad BULGARIA YUGOSLAVIA SEPANYOL PORTUGAL TURKI ALBANIA GREECE TUNISIA LAUT MEDITERRANEAN MAGHRIBI ALGERIA U KR SPM Sejarah-Set 1.indd 12 15/05/2023 10:13 AM


1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 13 [Lihat halaman sebelah (a) Mengapakah berlaku peperangan antara negara-negara tersebut? [6 markah] (b) Bagaimanakah peperangan tersebut berakhir? [6 markah] (c) Sebagai generasi muda yang cintakan keamanan, apakah mesej yang boleh anda sampaikan kepada pemimpin dunia pada hari ini untuk mengelakkan peperangan pada masa hadapan? [8 markah] 6 Jadual berikut berkaitan portfolio dalam Sistem Ahli sebelum merdeka dan sebahagian daripada portfolio Sistem Kabinet Malaysia pada masa kini. Sistem Ahli Persekutuan Tanah Melayu 1951 Sistem Kabinet Malaysia 2021 Ahli Dalam Negeri Menteri Dalam Negeri Ahli Hal Ehwal Ekonomi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Ahli Kesihatan Menteri Kesihatan Ahli Pelajaran Menteri Pendidikan Ahli Perumahan dan Kerja Raya Mentcri Kerja Raya Ahli Pertanian dan Perhutanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (a) Apakah kepentingan pembentukan Sistem Ahli kepada penduduk tempatan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu? [4 markah] (b) Jika anda sebagai seorang ahli dalam Sistem Ahli, bagaimanakah anda memanfaatkan peluang tersebut untuk memajukan bangsa dan negara? Beri penjelasan anda. [8 markah] (c) Apakah cabaran yang perlu dihadapi untuk memperkukuh sistem kabinet negara kita pada masa kini? [8 markah] 7 Petikan berikut berkaitan pelaksanaan Sistem Persekutuan di negara kita. Dalam perspektif pentadbiran, Malaysia mengamalkan Sistem Persekutuan. Ia menjelaskan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Dari segi struktur pentadbiran, sistem pentadbiran disusun secara sistematik. Sumber: news.utm.my (a) Bagaimanakah prinsip “Keluhuran Perlembagaan” mengukuhkan sistem pentadbiran tersebut? [6 markah] (b) Jelaskan penyelarasan yang dilakukan untuk mengukuhkan Sistem Persekutuan di negara kita. [6 markah] (c) Sistem Persekutuan yang diamalkan sejak merdeka telah menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Beri ulasan anda. [8 markah] KR SPM Sejarah-Set 1.indd 13 15/05/2023 10:13 AM


1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 14 8 Jadual berikut berkaitan usaha mengukuhkan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tahun Nama Jawatankuasa Tujuan/Fungsi 1960 Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (Laporan Rahman Talib) Menyemak semula Dasar Pendidikan Kebangsaan mengukuhkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Penyata Razak) 1974 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji semula pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan (a) Apakah teras sistem pendidikan kebangsaan yang dikekalkan dalam Laporan Rahman Talib untuk memupuk perpaduan dan integrasi? [4 markah] (b) Jelaskan hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 untuk mengukuhkan perpaduan dalam sistem pendidikan kebangsaan. [8 markah] (c) Pernyataan berikut berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sejauh manakah pendidikan pada hari ini berjaya memenuhi hasrat falsafah tersebut? Beri ulasan anda. [8 markah] 9 Rajah berikut berkaitan perkembangan dasar luar selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Tahap Dasar Luar Awal kemerdekaan (Pentadbiran Tunku Abdul Rahman) Probarat dan antikomunis Selepas tahun 1970-an (Pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein) Bersikap tidak memihak dan menjalin hubungan dengan negara lain tanpa mengira ideologi (a) Apakah matlamat dasar luar negara kita selepas mencapai kemerdekaan? [4 markah] (b) Sejauh manakah faktor berikut mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia? • Ikatan sejarah • Keperluan nasional • Kepimpinan negara Berikan penjelasan anda. [8 markah] (c) Perkembangan di peringkat antarabangsa dalam politik, ekonomi dan sosial menjadi cabaran dalam mengukuhkan hubungan luar negara kita sejak tahun 1970-an. Beri ulasan anda. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT KR SPM Sejarah-Set 1.indd 14 15/05/2023 10:13 AM


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 31 [Lihat halaman sebelah 10 Jadual berikut berkaitan Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan untuk merangka perjanjian baharu menggantikan Malayan Union. Nama Jawatankuasa Jawatankuasa Kerja Tarikh Penubuhan 25 Julai 1946 Ahli • Wakil Kerajaan British • Wakil Raja-raja Melayu • Wakil UMNO Andaikan anda mewakili UMNO dalam jawatankuasa tersebut, apakah tuntutan anda? A Kewarganegaran yang sama bagi semua B Kedudukan istimewa Melayu dipelihara C Tanah Melayu disatukan dengan Singapura D Bendera kebangsaan berlatar belakang warna merah 11 Keratan akhbar berikut menerangkan tindakan yang dilakukan oleh gabungan PUTERAAMCJA pada 20 September 1947. Mengapakah tindakan sedemikian dilakukan? A Pilihan raya dibatalkan B Malayan Union dibubarkan C Perlembagaan Rakyat ditolak D Kuasa Raja-raja Melayu dimansuhkan 12 Maklumat berikut berkaitan perisytiharan darurat di Tanah Melayu. Tarikh Perisytiharan Darurat 7 Jun 1948 Undang-undang Darurat diisytiharkan bagi seluruh Perak dan Johor. 8 Jun 1948 Undang-undang Darurat dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu. Apakah peristiwa yang membawa kepada perisytiharan darurat tersebut? A Sabotaj terhadap landasan kereta api B Serangan terhadap balai polis di Bukit Kepong C Pembunuhan pengurus ladang Eropah di Sungai Siput D Kematian Sir Henry Gurney, Persuruhjaya Tinggi British di Bukit Frasier 13 Berdasarkan monolog berikut, bagaimanakah Sir Gerald Templer menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh British? Sir Gerald Templer “Pengunaan senjata semata-mata tidak mencukupi untuk membanteras keganasan komunis. Hati dan fikiran rakyat mesti dimenangi.” I Mewujudkan kampung baharu II Memperkenalkan kad pengenalan III Melonggarkan syarat kewarganegaraan IV Menawarkan hadiah kepada pemberi maklumat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 14 Pernyataan manakah betul tentang parti politk dan idea negara merdeka? Parti Politik Idea Negara Merdeka A Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) “Merdeka dengan Darah” B Independence of Malayan Party (IMP) “Tanah Melayu untuk Malayan” C Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) “Melayu Raya” D Angkatan Pemuda Insaf (API) “Negara Islam” KR SPM Sejarah-Set 3.indd 31 18/04/2023 9:15 AM


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 32 15 Rajah berikut berkaitan sistem persekolahan daripada cadangan Laporan Barnes 1951. Sistem Persekolahan Baharu Cadangan Barnes Sekolah Rendah Sekolah Menengah Inggeris Inggeris + Melayu Apakah implikasi daripada cadangan laporan tersebut? A Memenuhi hasrat semua kaum B Menjadi Ordinan Pelajaran 1957 C Mendapat bantahan masyarakat Cina D Menjadi asas sistem pendidikan kebangsaan 16 Proses penamaan calon dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 ditetapkan pada 15 Jun 1955. Jika Encik Ahmad bertanding dalam pilihan raya tersebut, apakah syarat yang telah dipenuhi? I Warganegara Persekutuan Tanah Melayu II Bebas daripada hutang III Berumur melebihi 30 tahun IV Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan Inggeris A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 17 Gambar berikut berkaitan persetujuan yang ditandatangani di London pada tahun 1956. Perjanjian Kemerdekaan 8 Februari 1956 Apakah yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut? A Penubuhan Majlis Raja-Raja B Pembentukan Kabinet pertama C Pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan D Pengenalan jawatan Yang di-Pertuan Agong 18 Pernyataan berikut berkaitan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah 1957. • Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen • Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain • Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Apakah nilai patriotisme dalam kejayaan perjanjian tersebut? I Cerminan sikap permuafakatan II Tolak ansur pelbagai pihak III Tegas mengekalkan warisan budaya IV Mengutamakan kepentingan kaum A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 19 Apakah kepentingan lambang-lambang berikut? A Simbol kehebatan B Identiti kenegaraan C Semangat berdikari D Mercu tanda negara KR SPM Sejarah-Set 3.indd 32 18/04/2023 9:15 AM


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 33 [Lihat halaman sebelah 20 Mengapakah negara kita memeterai perjanjian berikut? Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) pada tahun 1957 A Ekonomi belum kukuh B Pendidikan belum maju C Pertahanan belum mantap D Masyarakat belum bersatu 21 Rajah berikut berkaitan dengan jenis kedaulatan. Jenis Kedaulatan Kedaulatan tradisional X Kedaulatan moden Kedaulatan undangundang Apakah X? A Kedaulatan rakyat B Kedaulatan kerajaan C Kedaulatan sempadan D Kedaulatan antarabangsa 22 Maklumat berikut berkaitan usaha mempertahankan kedaulatan negara kita. • Kestabilan politik • Kemakmuran ekonomi Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapai perkara tersebut? I Memodenkan aset ketenteraan II Meningkatkan kecekapan pentadbiran III Mengagihkan kekayaan negara secara adil IV Mewujudkan lambang kebesaran negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 23 Pilih pasangan betul berkaitan badan dan penggubalan undang-undang. Badan Penggubal Undang-undang Digubal A Majlis Negeri Negeri-negeri Selat B Majlis Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu C Majlis Undangan Negeri Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu D Majlis Tertinggi Negeri Sabah 24 Rajah berikut menerangkan ciri utama Perlembagaan Persekutuan. Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan Ciri Tradisional X Ciri Moden Y Apakah ciri X? I Pemerintahan beraja II Kewarganegaraan III Demokrasi Berparlimen IV Kedudukan istmewa bumiputera A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 25 Gambar berikut berkaitan dengan cap Mohor Besar Raja-Raja. KR SPM Sejarah-Set 3.indd 33 18/04/2023 9:15 AM


1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 34 Apakah kepentingan cap mohor tersebut? A Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat B Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri C Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu D Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen 26 Pernyataan berikut berkaitan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan. Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak? A Tertakluk kepada Akta Parlimen B Mendapat kelulusan Dewan Rakyat C Memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong D Tapisan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 27 Negara kita mengamalkan Sistem Persekutuan. Apakah ciri sistem tersebut? I Penggabungan negeri II Pembahagian kuasa III Pemusatan pentadbiran IV Pembentukan satu kerajaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 28 Mengapakah kawasan keselamatan khas berikut diwujudkan di Sarawak? Pemerintahan Keselamatan Daerah Rajang (RASCOM) A Membanteras ancaman komumis B Membendung aktiviti penyeludupan C Menyekat kebanjiran pendatang asing D Membasmi kegiatan jenayah rentas sempadan 29 Jadual berikut berkaitan reaksi terhadap pembentukan Malaysia. Reaksi Brunei terhadap Pembentukan Malaysia Sultan Omar Ali Saifudin, Sultan Brunei A.M. Azahari, pemimpin Parti Rakyat Brunei Menyokong Menentang Mengapakah wujud perbezaan reaksi tersebut? A Kebimbangan lewat mencapai kemerdekaan B Kebimbangan tercetus pemberontakan rakyat C Keinginan menuntut hak ke atas wilayah Sabah D Keinginan membentuk Kesatuan Negerinegeri Borneo 30 Jadual berikut berkaitan suruhanjaya yang ditubuhkan berkaitan pembentukan Malaysia. Pengerusi Lord Cobbold Ahli • Sir Anthony Abell • Sir David Watherson • Muhammad Ghazali Shafie • Wong Pow Nee Apakah peranan suruhanjaya tersebut? A Menamatkan konfrontasi Indonesia B Menyelesaikan bantahan negara Filipina C Merangka Perlembagaan Persekutuan D Meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah 31 Jadual berikut berkaitan langkah kerajaan Malaysia menangani ancaman dalam negeri selepas pembentukan Malaysia. Tarikh Langkah Julai 1965 Operasi Hammer Ogos 1970 Operasi Jala Raja Mac 1972 Operasi di bawah RASCOM Oktober 1973 Operasi Sri Aman KR SPM Sejarah-Set 3.indd 34 18/04/2023 9:15 AM


1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 38 (c) Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa serangan Jepun terhadap negara kita semasa Perang Dunia Kedua. [4 markah] 2 Jadual berikut berkaitan keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Parti Bertanding Bilangan Calon Kerusi Dimenangi Perikatan 52 51 Parti Negara 30 0 Parti Islam Se-Tanah Melayu 11 1 Parti Kebangsaan Perak 9 0 Liga Melayu Perak 3 0 Parti Progresif Perak 2 0 Parti Buruh 4 0 Calon Bebas 18 0 (a) Namakan dua parti politik yang membentuk Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut. [2 markah] (b) Mengapakah Parti Perikatan berjaya memperolehi kemenangan besar dalam pilihan raya tersebut? [4 markah] KR SPM Sejarah-Set 3.indd 38 18/04/2023 9:15 AM


1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 39 [Lihat halaman sebelah (c) Jelaskan kepentingan pilihan raya tersebut ke arah berkerajaan sendiri bagi Persekutuan Tanah Melayu. [4 markah] 3 Rajah berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan Perlembagaan 1963 • Melibatkan struktur Mahkamah Atasan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Pindaan Perlembagaan 1965 • Melibatkan perkara berkaitan Singapura (a) Apakah sebab berlaku pindaan perlembagaan pada tahun 1963 dan 1965? [2 markah] (b) Jelaskan perkara yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963. [4 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah perlembagaan perlu dipinda dari semasa ke semasa? Berikan penjelasan anda. [4 markah] KR SPM Sejarah-Set 3.indd 39 18/04/2023 9:15 AM


1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 40 4 Logo berikut berkaitan sumbangan Malaysia dalam mengekalkan kelestarian global. Anugerah Langkawi Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (a) Mengapakah Anugerah Langkawi diwujudkan mulai tahun 1991? [2 markah] (b) Jelaskan sumbangan Malaysia berkaitan isu Antartika. [4 markah] (c) Isu pencemaran alam sekitar mencetuskan Sidang Kemuncak Bumi anjuran Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Penyertaan Malaysia dalam sidang tersebut membuktikan kesungguhan dalam pemuliharaan alam sekitar. Bagaimanakah anda boleh berperanan untuk membuktikan kesungguhan negara kita dalam sidang tersebut? [4 markah] KR SPM Sejarah-Set 3.indd 40 18/04/2023 9:15 AM


1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 43 [Lihat halaman sebelah 8 Rajah berikut berkaitan cabaran dalaman selepas pembetukan Malaysia 1965. Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia Cabaran pembangunan dan sosioekonomi Cabaran politik Cabaran perpaduan kaum (a) Nyatakan cabaran mewujudkan perpaduan selepas penubuhan Malaysia. [4 markah] (b) Jelaskan cabaran pembangunan dan sosioekonomi selepas penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia. [8 markah] (c) Petikan berikut berkaitan Dasar Kemakmuran Bersama 2030. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Iltizam ini akan diteruskan ke arah mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa. Cadangkan langkah untuk mencapai iltizam tersebut. [8 markah] 9 Logo berikut berkaitan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia. Pergerakan Negara-Negara Tanpa Pihak (NAM) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) (a) Mengapakah Malaysia menyertai pertubuhan-pertubuhan tersebut? [4 markah] (b) Jelaskan peranan Malaysia dalam pertubuhan berikut: (i) NAM [4 markah] (ii) OIC [4 markah] (c) Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan tersebut telah mengangkat imej negara kita di mata dunia. Beri ulasan anda. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT KR SPM Sejarah-Set 3.indd 43 18/04/2023 9:15 AM


Semenanjung Malaysia: RM5.90 Sabah & Sarawak : RM6.50 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] Ridzuan Hasan Sejarah Sejarah Siri Kertas Ramalan SPM disediakan sebagai latihan untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Kertas model ini ditulis mengikut format dan piawaian SPM sebenar untuk membantu murid membuat persediaan awal agar dapat mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar. 4 Set Kertas Model Jawapan Lengkap Sejarah KERTAS RAMALAN SPM (1249/1 & 1249/2) WM RM5.90 EM RM6.50 SUBJEK 9 789670 045726 ISBN 978-967-0045-72-6


Click to View FlipBook Version