The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-12-13 23:28:18

06_Module Perfect BM Ting 1_Tema 6

06_Module Perfect BM Ting 1_Tema 6

49 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 1.5.3 Bersoal jawab dalam perbualan menggunakan soalan bertumpu dan mengemukakan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila TP Kemahiran Mendengar dan Bertutur UNIT 11 SINAR MASA DEPAN TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Rujuk halaman 62 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Lengkapkan dialog di bawah, kemudian lakonkan temu bual. Rozita : Terima kasih Encik Isa kerana sudi ditemu ramah. Sebelum kita mulakan, bolehkah Encik Isa memperkenalkan diri? Encik Isa : Sama-sama, Rozita. Saya ialah pegawai di Jabatan Meteorologi Malaysia. Antara cabang tugas saya ialah melakukan proses pembenihan awan. Rozita : Berapakah kaedah yang digunakan untuk melakukan pembenihan awan? Encik Isa : Ada dua kaedah yang digunakan untuk (1) melakukan pembenihan awan iaitu kaedah basah dan kering . Rozita : Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan dalam proses pembenihan awan? Encik Isa : Proses pembenihan awan dimulakan dengan (2) mengesan lokasi pembentukan awan kumulus menara dan kandungan wap air yang berpotensi menghasilkan hujan. . Rozita : Saya difahamkan pembenihan awan ini menggunakan larutan garam. Bagaimanakah penyediaan larutan garam itu dibuat? Encik Isa : Penyediaan larutan garam memerlukan (3) 200 kilogram garam bagi setiap 1500 liter air . Kemudian, larutan itu dimasukkan ke dalam tangki khas. Rozita : Apakah tindakan seterusnya? Encik Isa : Tangki-tangki itu akan dimasukkan ke dalam pesawat udara. Kemudian, larutan garam akan disembur (4) ke dalam awan pada altitud ketinggian 1500 meter hingga 2500 meter dari permukaan bumi . Rozita : Encik Isa, ini soalan terakhir. Apakah yang berlaku setelah larutan garam disembur ke dalam awan? Encik Isa : Larutan garam akan (5) bertindak balas dengan wap air di dalam awan . Selepas itu hujan pun turun. Rozita : Baiklah Encik Isa, sampai di sini sahaja temu ramah kita. Terima kasih. Encik Isa : Sama-sama. Module Perfect BM Ting 1_Tema 6 4th.indd 49 11/23/22 12:58 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 50 Hasilkan skrip cerita Acik dan Demok berdasarkan bahan pada halaman 64 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. KBAT SP 3.2.1 Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang betul, tepat dan gramatis TP Kemahiran Menulis Demok: Miau…miau (Demok berpusing-pusing di kaki Acik) Acik : Saya Acik. Ini kucing saya, Demok. Mari sini, Demok. (Acik mendukung dan memeluk Demok) Adegan 1 (Acik memegang tonik herba di dalam makmal) Acik : Tonik herba ini sudah hampir siap sepenuhnya. Tinggal sedikit sahaja lagi ujian yang perlu dilakukan. (Acik berkata dalam suara yang perlahan) Demok: Miau…miau (Demok masuk melalui pintu yang terbuka sedikit) Adegan 2 (Demok melompat ke atas meja) Acik : (Acik terkejut.) Demok!! Apa yang awak buat ni? (bikar sampel terlepas dari tangan Acik. Herba tumpah) Habislah projek saya, Demok. Adegan 3 (Demok menjilat-jilat tumpahan tonik) Acik : Demok, jangan jilat. Jangan jilat! (Acik menjerit dan cuba Adegan 4 menghalang Demok daripada menjilat tumpahan tonik itu.) (Acik menghalau Demok dari meja makmal.) Acik : Demok, pergi dari sini! (Demok berubah sedikit demi sedikit menjadi besar di atas lantai) Demok!!! Demok!!! (Acik terkejut) Adegan 5 Skrip cerita Module Perfect BM Ting 1_Tema 6 4th.indd 50 11/23/22 12:58 PM


51 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam dalam komunikasi dan penulisan dengan betul, tepat dan mengikut konteks A B Senaraikan perbandingan semacam yang terdapat dalam petikan pada halaman 65 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Nyatakan perbandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar. 1 Nipis seperti kertas 4 Busuk macam bangkai 2 Adil seperti hakim 5 Rajin macam semut 3 Bebas seperti burung 6 Garang macam harimau Perbandingan Semacam seperti 1 Malas seperti keldai 2 Berputar ligat seperti gasing 3 Lambat seperti siput 4 Jernih seperti cermin 5 Gagah seperti gergasi macam 6 Besar macam gajah 7 Berat macam batu Aspek Seni Bahasa Module Perfect BM Ting 1_Tema 6 4th.indd 51 11/23/22 12:58 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 52 SP 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna, bentuk, perasaan dan waktu dengan betul mengikut konteks A B Senaraikan kata adjektif warna, bentuk, perasaan, dan waktu yang terdapat dalam petikan pada halaman 66 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong. Aspek Tatabahasa 1 Setelah menunggu, akhirnya Encik Samad berjaya menangkap seekor ikan yang besar. pantas suntuk lama 2 “Glob itu berbentuk ,” kata Puan Hanani kepada murid-murid tadika itu. sfera bujur leper 3 Anak-anak Encik Syamil berasa sangat apabila mereka dibawa ke taman tema air. kagum cemas seronok 4 “Epal itu berasa masam tidak seperti epal merah yang manis,” kata Suhaili kepada adiknya. hitam hijau oren 5 Puan Aina berasa sangat apabila suaminya masih belum pulang ke rumah walaupun sudah pukul 2.00 pagi. risau senang duka Kata Adjektif Warna • merah • hitam • hijau Kata Adjektif Bentuk • bengkang-bengkok • melengkung • lurus • aerodinamik Kata Adjektif Perasaan • teruja • seronok • gembira • kecewa • kagum • puas Kata Adjektif Waktu • awal • seketika • baharu Module Perfect BM Ting 1_Tema 6 4th.indd 52 11/23/22 12:58 PM


53 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.6.1 Menyampaikan isi dan fakta tentang sesuatu perkara dengan betul dan jelas menggunakan ayat yang gramatis TP UNIT 12 SAINS MERENTAS KEHIDUPAN Terangkan cara membeli buku secara dalam talian berdasarkan bahan pada halaman 67 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. TEMA 6: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Klik pada pautan http://bukudbp.com Klik pada buku yang hendak dibeli Sahkan maklumat Pilih kategori buku Sahkan buku yang dipilih Buat pembayaran Pilih jenis buku Isikan maklumat dan alamat Mula-mula kita perlu klik pada Berdasarkan jawapan murid Saya ingin membeli sebuah buku terbitan DBP tetapi tidak ada dijual di kedai buku. Mahu meminjam di perpustakaan ini juga tiada buku itu. Awak boleh beli buku itu secara dalam talian. Mudah sahaja. Nanti saya terangkan kepada awak. Bagaimana caranya? Beli sahaja di kedai buku DBP tetapi jauhlah dari tempat kita ini. Module Perfect BM Ting 1_Tema 6 4th.indd 53 11/23/22 12:58 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 54 SP 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai bahan prosa dengan betul dan tepat secara luncuran dan imbasan TP Kemahiran Membaca Baca dan fahami petikan pada halaman 68 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah. 1 Apakah maksud rangkai kata bahan terbuang? Maksud rangkai kata bahan terbuang ialah barang yang tidak digunakan lagi. 2 Apakah kelebihan filem X-ray dalam pembuatan kompang? Kelebihan filem X-ray dalam pembuatan kompang ialah filem ini sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca, kompang yang menggunakan filem ini tidak perlu dikeringkan jika terkena air dan tidak perlu disedak dengan rotan apabila kendur. 3 Bagaimanakah Encik Suman mendapat ilham untuk mencipta kompang X-ray? Encik Suman mendapat ilham untuk mencipta kompang X-ray apabila beliau ingin membantu persatuan kompang di kampungnya membaik pulih kompang yang rosak. 4 Pada pendapat anda, apakah lagi inovasi yang boleh dibuat menggunakan filem X-ray? KBAT Berdasarkan jawapan murid. 5 Gambar di bawah merupakan bahan yang sering kali dibuang. Botol minuman yang dibuat daripada plastik boleh merosakkan alam kerana mengambil masa yang lama untuk dilupuskan dan terurai. Nyatakan tiga inovasi yang boleh dibuat menggunakan botol minuman plastik. KBAT Berdasarkan jawapan murid Berdasarkan jawapan murid Berdasarkan jawapan murid Module Perfect BM Ting 1_Tema 6 4th.indd 54 11/23/22 12:58 PM


55 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut konteks TP Kemahiran Menulis A B Tulis makna perkataan di bawah dengan merujuk kamus, berdasarkan bahan pada halaman 69 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Bina ayat dengan menggunakan perkataan yang diberi. Perkataan Maksud 1 oftalmologi kajian tentang mata dan penyakit mata 2 astigmatisme kekaburan penglihatan akibat ketakseragaman lengkungan pada kanta mata atau kornea 3 kornea selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mata 4 laser alat untuk menerbitkan dan menguatkan gelombang-gelombang cahaya menjadi pancaran cahaya yang amat kuat dan tertumpu pada satu hala 5 rabun kurang terang atau kurang jelas penglihatannya 6 tumbesaran tumbuh dan membesar 7 diabetes kencing manis 8 sihat tidak menghidap sebarang penyakit; sembuh daripada sakit 9 hormon bahan kimia yang dikeluarkan dalam kelenjar endokrin dan mempunyai kesan ke atas kegiatan organ-organ lain 1 kornea Pemakaian kanta sentuh dengan cara yang tidak betul boleh menyebabkan kornea mata terluka. 2 rabun Datuk saya membaca surat khabar begitu hampir dengan mukanya kerana dia rabun dekat. 3 diabetes Encik Razak menghidap diabetes kerana dia gemar makan makanan yang manis-manis. 4 sihat Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya diri kita terhindar daripada pelbagai penyakit kronik. Module Perfect BM Ting 1_Tema 6 4th.indd 55 11/23/22 12:58 PM


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 56 SP 4.3.1 Menghasilkan karya fiksyen dengan mengaplikasikan kerangka penulisan sastera secara terancang dan tertib menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik Aspek Seni Bahasa Berdasarkan kerangka penulisan pada halaman 70 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, tulis sebuah karya fiksyen. KBAT Tiba-tiba Ojan merasa keranjang bakul yang dinaikinya bergegar. Ojan mendapati bahawa belon panas yang membawa keranjang bakul itu ditarik oleh satu objek besar. Tarikan itu sungguh laju. Ojan memegang keranjang itu dengan kuat supaya tidak terjatuh. Dia telah dibawa ke satu daerah yang asing. Tidak lama kemudian, keranjang yang dinaikinya telah berada di atas tanah. Ojan mendapati dia berada di suatu tempat yang asing. Ojan berasa sukar untuk bernafas di situ. Tiba-tiba seekor burung datang menghampiri dan memperkenalkan diri sebagai Oxzar. Ojan diberikan ubat agar dapat bernafas di Planet Nuto iaitu tempat tinggal Oxzar. Ojan memakan ubat itu. Ojan berasa susah hati kerana tidak tahu akan cara untuk pulang ke bumi. Belon panasnya telah rosak teruk. Oxzar menyuruh Ojan naik ke atas badannya. Oxzar membawa Ojan terbang menuju ke Benua Axi. Namun, mereka telah diserang oleh Doizer, sejenis raksasa yang ganas. Dalam pertempuran itu, Oxzar berjaya menyelamatkan Ojan. Akhirnya, Oxzar menghantar Ojan kembali ke bumi. Ojan mengucapkan terima kasih kepada Oxzar kerana telah menyelamatkan nyawanya. Module Perfect BM Ting 1_Tema 6 4th.indd 56 11/23/22 12:58 PM


57 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Aspek Tatabahasa SP 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat dengan betul mengikut konteks A B Kenal pasti ayat yang mengandungi kata pembenar dan kata pangkal ayat dalam petikan pada halaman 71 Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1. Kemudian salin ayat itu semula. Jawab soalan di bawah. KBAT Ayat yang mengandungi kata pembenar 1 Benar, tuanku. 2 Ya, tuanku. 3 “Ya, boleh, tuanku,” sembah tukang Lancang Jita. Ayat yang mengandungi kata pangkal ayat 1 Alkisah bermula dengan Raja Rawa yang memiliki kerajaan yang mewah dan terkaya di benua itu. 2 Syahadan, sedang baginda duduk-duduk sambil memerhatikan ombak, maka terlintas dalam fikiran baginda mahu meneroka samudera pula. 3 Kalakian, pertandingan membina pesawat yang boleh menyelam ke dasar laut telah diadakan. 4 Sebermula itu, ramailah cerdik pandai membina bermacam-macam bentuk kapal selam. 5 Hatta, sampai masa pemilihan kapal selam, baginda telah memilih kapal yang diberi nama Lancang Jita. 6 Adapun, kapal ini berbentuk ikan bagi memudahkan pergerakan. 7 Kalakian, Lancang Jita baginda mula menyelam ke dasar laut. 8 Syahadan, Raja Rawa menggunakan teropong untuk melihat pemandangan yang lebih jauh. “Adakah binaan ini membolehkan beta melihat pemandangan di bawah air? “Ya, boleh, tuanku,” sembah tukang Lancang Jita. …. Syahadan, Raja Rawa menggunakan teropong untuk melihat pemandangan yang lebih jauh. Kagum benar baginda melihatnya. Pada pendapat anda, apakah kepentingan teropong kepada kapal selam selain melihat pemandangan? Berdasarkan jawapan murid. Module Perfect BM Ting 1_Tema 6 4th.indd 57 11/23/22 12:58 PM


Click to View FlipBook Version