The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-05-26 23:33:30

Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tingkatan 3

Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu Tingkatan 3

Bahasa Melayu 4 Set Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan Disediakan Jasni Majed Kaleeswary A/P T. Nagarajan Tingkatan KSSM 3 Format Terkini UASA UJIAN AKHIR


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 1 - 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 2 NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 3 Bahasa Melayu Kertas 1 1 jam 30 minit


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-2 Soalan 1 Lengkapkan ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Pasukan kesihatan sekolah sedang menjalankan kesihatan ke atas murid-murid tahun satu. A pemeriksaan B pembedahan C penyiasatan D pengajian Soalan 2 dan 3 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 2 Wayang kulit merupakan seni teater tradisional berasal daripada negeri Kelantan yang mesti dipelihara. A B C Tiada kesalahan. D 3 Ibu bapa boleh galakkan anak-anak untuk membaca buku cerita sebelum tidur. Tiada kesalahan. A B C D Soalan 4 dan 5 Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 4 I Kakak berasa sedih kerana gula-gula yang dibelinya habis dimakan oleh adik. II Disebabkan terlalu boros berbelanja, habis sudah wang yang diberikan oleh ayah. III Sebahagian daripada duitnya habis digunakan untuk mengubah suai bilik darjah. IV Najwa berfikir habis untuk menyelesaikan konflik antara abang dan rakan baiknya. A I dan II B II dan IV C I, II dan III D II, III dan IV 5 I Teera suka kotor tempat tidurnya dengan meletakkan buku-buku di atas tilam. II Lelaki itu gemar mengucapkan kata-kata kotor ketika marah. III Syazriel membasuh kasut sekolahnya yang kotor pada setiap hujung minggu. IV Lantai yang telah dicuci oleh pekerja itu masih kotor. A I dan II B II dan IV C I, II dan III D II, III dan IV Bahagian A [15 markah] Jawab semua soalan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-3 Soalan 6 dan 7 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 6 Berbagai juadah dibawa oleh murid-murid untuk jamuan kelas yang diadakan pada hari Jumaat lepas. A Berbagai-bagai juadah dibawa B Pelbagai juadah dibawakan C Pelbagai juadah-juadah dibawa D Berbagai juadah dibawa 7 Amira dan Aziz bercadang untuk berkahwin pada cuti sekolah bulan Disember nanti. A cadang untuk berkahwin B mencadangkan untuk kahwin C mencadang untuk kahwin D bercadang untuk berkahwin Soalan 8 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 8 Ibu bapa perlu memupuk semangat cinta akan negara terhadap anak-anak sejak kecil. A Anak-anak perlu memupuk semangat cinta akan ibu bapa di negara ini sejak kecil. B Ibu bapa perlu memupuk semangat cinta akan anak-anak di negara ini sejak kecil. C Semangat cinta akan negara perlu dipupuk oleh ibu bapa terhadap anak-anak sejak kecil. D Semangat cinta akan negara terhadap ibu bapa perlu dipupuk oleh anak-anak sejak kecil. Soalan 9 Pilih ayat-ayat yang betul. 9 I Minit mesyuarat paling penting sekali untuk setiap mesyuarat yang berlangsung di sekolah. II Amira berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan baiknya selepas enam bulan. III Iswarya seorang yang peka dengan tugasan yang telah diberikan kepadanya. IV Ah Chong mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Matematik. A I dan II B II dan III C I, II dan III D II, III dan IV Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. Kita digalakkan untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan hospital agar dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti virus COVID-19. 10 Peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut ialah A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. B sudah terhantuk baru tengadah. C mencegah lebih baik daripada mengubati. D kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan.


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-4 Soalan 11 hingga 15 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kijang yang Lelah Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Dia tidak lagi mampu menobat takhta Mengorak telapak di tanah menghijau. Saat itu Sebak menyentap dahan kalbu Dedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbang Akarnya menguncup di perdu harap. Hari ini Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menghambat waktu yang bersisa Walau dalam jera lelah Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga. Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang lebih berhati-hati menapak Meski dalam peribadi yang keruh Diredah belantara yang mula teduh Nun jauh di batas nuraninya Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemah dengan akal dan hati dia tidak lagi gundah menyusun gerak dan langkah. Wan Marzuki Wan Ramli Antologi Bintang Hati Kementerian Pendidikan Malaysia 11 Berdasarkan sajak di atas, rangkai kata tidak lagi gundah membawa maksud A tidak lagi bimbang. C sentiasa risau. B terlalu lemah. D menerima kenyataan. 12 Apakah maksud rangkap kedua dalam sajak di atas? A Sang Kijang yang sudah tua berasa sangat sedih dan risau kerana kekuatannya sudah tiada. B Kehidupan Sang Kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan berasa dipinggirkan. C Sang Kijang ingin meneruskan perjalanan walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan. D Sang Kijang berazam untuk menyelesaikan semua masalah dengan akal fikirannya. Dedaun resah mula berguguran. 13 Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atas? A Metafora B Repetisi C Epifora D Inversi 14 Nilai yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak ‘Kijang yang Lelah’ ialah A keberanian. B baik hati. C kesedaran. D kekuatan. 15 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang petikan bentuk sajak tersebut? A Terdapat empat rangkap B Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama C Berbentuk terikat D Perkataan terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-5 Bahagian B [30 markah] Jawab semua soalan. 1 Dalam iklan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. GOTONG-ROYONG PENDUDUK TAMAN MUHIBAH Persatuan penduduk Taman Muhibah telah merancang untuk mengadakan gotong royong bagi membersihkan Dewan Orang Ramai Taman Muhibah. Butiran aktiviti seperti berikut: Tarikh: 21 Oktober 202_ (Sabtu) Masa: 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari Tempat: Dewan Orang Ramai Taman Muhibah Semua penduduk diminta untuk membawa alat pembersihan sendiri. Sarapan pagi turut disediakan. Salah Betul (i) (ii) [2 markah] 2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Hana menghadiahi ibunya sebuah rantai emas sempena dengan hari jadinya. Salah Betul (ii) Wesdon menghantar borang rayuannya pada pengarah Kolej Vokasional Bukit Katil. Salah Betul [2 markah] 3 Tukarkan ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif tanpa mengubah maksud ayat. (i) Kasut sukan itu dibeli oleh Emera untuk adiknya kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-6 (ii) Air sirap itu saya bancuh untuk tetamu yang hadir di majlis pertunangan abang saya. [4 markah] 4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah] 5 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bahan 1 Kita ada ibu ibu kita satu pesanannya beribu-ribu. Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini jangan begitu bacalah buku selalu kukuhkan diri dengan ilmu pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri pilihlah kawan yang punya petunjuk tolaklah kawan bertabiat buruk.” Ibu yang satu menyekat kita di pintu bertanya ke mana arah tuju “Jagalah diri selalu di luar sana mungkin bencana menunggu.” Kita menjadi jemu mendengar pesanan beribu-ribu tapi ibu tetap ibu pesanan bertambah satu dan satu “Jangan dibiar kepala berkutu carilah ubat jerawat batu.” Suatu senja seorang temanku merintih kerana kehilangan kekasih kini baru disedarinya pilihan musang berbulu arnab biarpun menyamar cekap ada masa termasuk perangkap Si Bedul sudah ditangkap Si Bedul di dalam lokap. Dia menyatakan kesalnya kerana dia alpa ibunya berpesan sejak dulu “Pilihlah kawan yang bermutu Jangan dipilih kawan berhantu.” Mengenangkan nasib temanku itu aku merindui pesanan ibu. Ya, pesanan ibu. Ibu, kuyakini kau mengenali yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya berilah pesanan beribu-ribu malah berpuluh ribu aku tidak akan jemu ini janjiku kerana aku tahu Sempurna seorang ibu dengan pesanan beribu-ribu. Rahman Shaari Antologi Bintang Hati Kementerian Pendidikan Malaysia Pesan Ibu Beribu-ribu


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-7 Bahan 2 Dunia Pergaulan Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. Dipetik daripada Kalung Bunga Za’ba, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [3 markah] (ii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah] (iii) Ibu merupakan individu yang akan sentiasa berada di samping kita untuk memberikan sokongan dan semangat dalam setiap perkara yang dilakukan. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk menghargai jasa seorang ibu? [4 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-8 6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (ii) Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim (iii) Chot, karya Azizi Haji Abdullah (iv) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar Novel Nilai Tawanan Komander Caucasus Nilai keberanian Hempasan Ombak Nilai kegigihan Chot Nilai kasih sayang Justeru Impian di Jaring Nilai rasional Nilai merupakan unsur sastera yang diterapkan oleh pengarang bertujuan mendidik para pembaca. Ia digambarkan menerusi sesuatu peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya tersebut. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan satu peristiwa yang sesuai dengan nilai yang diberikan. Kemudian, kemukakan dua nilai lain berserta peristiwa yang bersesuaian dengan nilai tersebut. [10 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) [Lihat halaman sebelah] SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-9 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesankesan pendedahan bahan pencemar udara. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur didapati meningkat hampir setiap tahun. Hal ini menyebabkan fungsi paru-paru mengalami halangan dan gangguan pernafasan apabila bahan pencemar ini terperangkap dalam sistem pernafasan. Polis trafik merupakan antara golongan yang paling terdedah dengan kandungan pencemaran yang tinggi kerana salah satu daripada tanggungjawab mereka adalah untuk menjaga lalu lintas pada waktu puncak. Kajian menunjukkan fungsi pulmonari polis trafik rendah dan majoritinya mengalami tahap tekanan yang tinggi akibat terdedah dengan pelbagai bahan pencemar semasa menjalankan tugas. Pendedahan kepada bahan pencemar yang dilepaskan oleh kenderaan seperti karbon monoksida, hidrokarbon dan plumbum dalam jangka masa panjang menjadi punca perkara ini berlaku. Sementara itu, penyakit seperti asma, aterosklerosis, kanser paru-paru, dan kardiovaskular adalah antara kesan pencemaran udara terhadap kesihatan. Selain itu, hampir 50 peratus daripada polis trafik mempunyai masalah berat badan berlebihan. Majoriti daripada mereka juga mempunyai masalah hipertensi. Oleh sebab itu, ujian fungsi paru-paru dengan pengesanan kandungan dan aminolevuklinik (ALA) terhadap polis trafik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terdedah kepada pencemaran udara telah dilakukan. Tindakan ini untuk membantu mencari penanda biologi bagi pencemaran udara di kawasan tersebut. Kajian menunjukkan bahan pencemar yang dilepaskan ke udara berpunca daripada kenderaan bermotor, aktiviti perkilangan dan pembakaran secara terbuka. Namun begitu, polis trafik yang bertugas di kawasan pusat bandar masih mempunyai fungsi paru-paru dan tahap ALA yang normal. Walau bagaimanapun, pemakaian kelengkapan perlindungan diri seperti pelitup muka disarankan dalam kalangan polis trafik agar dapat meminimumkan pendedahan terhadap bahan pencemar udara semasa bertugas. Dipetik dan diubah suai daripada “Kesan Pendedahan Bahan Pencemar Udara kepada Fungsi Pulmonori Polis trafik”, oleh Normah Awang, Asmah Hamid, Nurdiana Farhana Buang, Nurul Farahana Kamaludin, Dewan Kosmik, 26 Mac 2024 Bahagian C [15 markah]


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama pemeriksa: Soalan Markah penuh Markah diperoleh A 10 B 30 Jumlah 40 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SET 2 NAMA: KELAS: SEKOLAH: TINGKATAN 3 Bahasa Melayu Kertas 2 1 jam


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-12 Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. TIP KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN INTERNET Tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali Berhati-hati dengan kuiz dalam media sosial Semak kebenaran aplikasi untuk mengakses fail media


© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SULIT Ujian Akhir Sesi Akademik Set 2 SET 2-14 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1 Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia. Bincangkan cara-cara memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia. 2 Sebagai setiausaha Kelab Bahasa Melayu, anda diminta untuk menulis surat kepada Dewan Bahasa Pustaka (DBP) untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Tulis surat anda selengkapnya. 3 Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Cabaran-cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu” untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis rencana anda selengkapnya.


Semenanjung Malaysia : RM6.90 Sabah & Sarawak : RM7.60 Bahasa Melayu Siri Ujian Akhir Sesi Akademik ini dihasilkan bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan pentaksiran sumatif yang bertujuan memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap murid-murid di dalam kelas. 4 set ujian yang disediakan dalam buku ini menepati format terkini Ujian Akhir Sesi Akademik yang telah diselaraskan. Jawapan turut disediakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Geografi Matematik (Dwibahasa) Sains (Dwibahasa) Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Islam Judul-judul dalam siri ini: 1 2 3 Judul / Tingkatan UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK BAHASA MELAYU Tingkatan 3 UJIAN AKHIR 9 786294 852761 ISBN 978-629-485-276-1


Click to View FlipBook Version