STUDY Sejarah Tingkatan studymaniaRujukan lengkap Ringkas . Padat . Komprehensif MANIASPM SEJARAHdr. MAHDI SHUID Berwarna! Halaman 4&5 Tikt4&5
iii 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat 1–2 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka 2–3 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang 3–7 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat 8–9 2.1 Maksud Nasionalisme 10–11 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat 11–13 2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia 14–16 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara 16–19 2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita 19–20 2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme 21–22 2.7 Perkembangan Nasionalisme 23–28 2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme 28–29 3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia 30 3.2 Latar Belakang Perang Dunia 30–33 3.3 Perang Dunia Kedua 33–36 3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik 36–39 3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita 39–41 3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita 41–43 3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun 44–47 3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun 47–49 3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun 49–51 4.1 British Military Administration 52 4.2 Gagasan Malayan Union 53–55 4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union 55–60 4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British 60–61 4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak 61–65 4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British 65–66 4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah 66–67 5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 68–71 5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 71–72 5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 73–74 5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 74
68 BAB 5 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 5.1 1 Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 2 Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946. 3 Sebuah Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Jawatankuasa Kerja 1 Jawatankuasa Kerja ditubuhkan untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. 2 Jawatankuasa Kerja terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, wakil UMNO dan pegawai kanan British. JAWATANKUASA KERJA 1948 Wakil Kerajaan British Wakil Raja-raja Melayu Wakil UMNO A.T. Newboult − Ketua Setiausaha Malayan Union Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur − Raja Kecil Tengah Perak Dato’ Onn Jaafar K.K. O’ Connor − Peguam Negara Malayan Union Dato Hamzah Abdullah − Orang Kaya Menteri Besar Selangor Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin W.D. Godsall − Setiausaha Kewangan Haji Mohamad Sheriff Osman − Setiausaha Kerajaan Kedah Haji Megat Yunus Dr. W. Linehan − MCS Dato Nik Ahmad Kamil Mahmud − Dato Seri Setia Raja Kelantan − A. Williams − MCS − − D.C. Watherston – Setiausaha − −
71 BAB 5 Kandungan Perlembagaan Rakyat (a) Tanah Melayu disatukan dengan Singapura. (b) Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh Tanah Melayu. (c) Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi. (d) Raja-raja Melayu sebagai RajaBerperlembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima nasihat melalui Majlis Mesyuarat. (e) Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas. (f) Perhatian khas hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu. (g) Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Tanah Melayu. (h) Hal ehwal luar negeri dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British. (i) Kewarganegaraan Malaya haruslah dinamakan Melayu. (j) Warna merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu. 8 Hartal ialah tindakan tutup kedai dan memberhentikan semua kegiatan ekonomi oleh peniaga. 10 Protes tanpa keganasan ini telah diadakan dengan cara menutup semua premis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah, pejabat dan ladang. 11 Tarikh 20 Oktober 1947 merupakan tarikh yang dipilih untuk Hari Hartal Se-Malaya. Menerusi sokongan Dewan Perniagaan Cina, hartal dilaksanakan di bandar utama di Tanah Melayu. Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 5.2 1 Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. 2 Penubuhannya didorong oleh beberapa faktor seperti penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO serta sokongan pentadbir British. 3 Bantahan daripada orang Melayu terhadap Malayan Union dan cadangan Raja-raja Melayu supaya Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu mendapat perhatian dan simpati daripada pentadbir British. 4 Bantahan tersebut menyedarkan kerajaan British bahawa Malayan Union telah ditolak oleh penduduk tempatan di Tanah Melayu. Piagam Atlantik Piagam Atlantik telah diisytiharkan pada bulan Ogos 1941. Piagam ini dirangka oleh Britain dan Amerika Syarikat. Prinsip piagaan ini berkaitan dengan matlamat pelan tindakan untuk dunia selepas berlakunya peperangan supaya tiada lagi peluasan wilayah. INFO
75 BAB 5 Kronologi Ancaman Komunis di Tanah Melayu 6.0 i-THINK 1948 Peristiwa • Perisytiharan Darurat • Pengharaman PKM • Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan 1951 Pembunuhan Sir Henry Gurney 1952 • Pelaksanaan Perang Saraf • Penubuhan Parti Perikatan 1955 Perundingan Baling 1960 Perisytiharan Penamatan Darurat 1949 Penubuhan MCA 1950 Pelaksanaan Rancangan Briggs Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita 6.1 1 Kedua-dua tokoh berikut merupakan pengasas ideologi komunisme. Karl Marx Friedrich Engels 2 Mereka menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital. 3 Istilah komunis membawa maksud orang yang menganut fahaman komunis. 4 Komunisme ialah suatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai hak milik negara. 5 Fahaman komunis juga tidak mengakui kewujudan Tuhan. 6 Percubaan untuk menyebarkan ideologi komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an. 7 Pada masa itu, terdapat dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman komunis, iaitu China dan Indonesia. 8 Kini, beberapa negara di Asia mengamalkan ideologi komunis, iaitu China, Korea Utara dan Vietnam. Kemasukan Pengaruh Komunis dari China 1 Sejak awal tahun 1920-an, ideologi komunis menyusup masuk ke negara kita melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China.
76 BAB 6 2 KMT telah menubuhkan cawangan pada hampir setiap bandar di negeri-negeri Melayu bagi menyebarkan pengaruh komunis menjelang tahun 1924. Antara bandar tersebut termasuklah Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani. 3 Selain parti KMT, sebuah lagi pertubuhan, iaitu Main School telah bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China (PKC). 4 Perpecahan berlaku antara Parti KMT dengan PKC Pada tahun 1927. The Communist International (Comintern) yang berpusat di Moscow mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun 1928. 5 Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamatnya. Keadaan ini menyebabkan Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM). Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia 1 Sekitar tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh menyebarkan fahaman komunis di beberapa tempat, iaitu Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah. 2 Pemimpin-pemimpin tersebut berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu ekoran kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa pada tahun 1926. 3 Bagaimanapun, usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka. Penubuhan Parti Komunis Malaya 1 Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tahun 1930. 2 PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah Cina. Seterusnya, PKM menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh mereka. 3 Pada zaman pendudukan Jepun (1941–1945), PKM cuba menjalinkan kerjasama dengan British dalam usaha memerangi Jepun. 4 PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga pada tahun 1942. 5 MPAJA menerima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan daripada pihak British. 6 Selepas Jepun menyerah kalah, kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu ekoran kelewatan British kembali ke Tanah Melayu. Keadaan ini memberikan ruang kepada PKM untuk melebarkan pengaruhnya. 7 PKM melalui MPAJA keluar dari hutan dan melakukan kekacauan. Mereka melakukan kekejaman dan pembunuhan terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah menyokong Jepun. 8 Setelah Pentadbiran Tentera British (BMA) mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu, MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945. 9 Meskipun begitu, PKM diberikan kebebasan bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang sah di Tanah Melayu. Keadaan ini memberikan peluang kepada PKM untuk mempengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan ideologi komunis. 10 PKM cuba menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja, iaitu Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU).
77 BAB 6 11 Menjelang bulan Mei 1948, komunis berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA. 12 Perkembangan ini dianggap oleh British sebagai mengancam ekonomi dan keselamatan negara. British bertindak meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948. 13 Ordinan ini menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya pihak British mengharamkan PKM. Ancaman Komunis di Negara Kita 6.2 1 Pada tahun 1948, Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, India. 2 Persidangan pertama ialah Persidangan Kongres Belia Asia manakala kedua pula Persidangan Parti Komunis India. 3 Dalam persidangan tersebut, PKM turut menghantar wakil ke persidangan tersebut. Melalui persidangan ini, para pemimpin komunis di negara yang dijajah digesa supaya memperhebat perjuangan menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia. 4 Sehubungan itu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM telah mengambil keputusan untuk melancarkan perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. 5 Tindakan komunis melancarkan perjuangan bersenjata di Tanah Melayu menyebabkan pihak British mengisytiharkan darurat. 6 PKM meneruskan tindakan melumpuhkan ekonomi dan infrastruktur serta mengancam keselamatan rakyat. Perisytiharan Darurat 1 Komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948. 2 Pengurus ladang tersebut ialah Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil, John Allison, pengurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian. 3 Ekoran peristiwa tersebut, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu mengisytiharkan darurat. 4 Undang-Undang Darurat telah dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri Perak seperti di Ipoh dan Sungai Siput serta di Johor yang melibatkan daerah Muar, Kluang, Kulai dan Plentong. 5 Undang-Undang Darurat ini diperluas meliputi keseluruhan negeri Perak dan Johor. 6 Undang-undang ini dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Bermulalah usaha membanteras ancaman komunis di Persekutuan Tanah Melayu. Tindakan Komunis 1 Meskipun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu, komunis tetap meneruskan aktiviti menggugat keamanan dan kestabilan negara. 2 Pihak komunis telah mencetuskan huru-hara di seluruh negara agar penduduk hilang keyakinan terhadap British. 3 Mereka melakukan pelbagai tindakan untuk melumpuhkan ekonomi, merosakkan infrastruktur, mengancam keselamatan penduduk dan pasukan keselamatan.
78 BAB 6 4 Salah satu kejayaan pihak komunis ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. 5 Pada 16 Oktober 1951, Sir Henry Gurney menjadi mangsa serang hendap komunis di Jalan Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan ke Bukit Fraser. 6 Pihak komunis cuba mewujudkan sebuah kerajaan republik komunis di Tanah Melayu. 7 Bagi merealisasikan hasrat mereka, pelbagai tindakan dilakukan bertujuan mengancam keamanan negara. 8 Keadaan ini menyebabkan rakyat dan kerajaan bekerjasama membanteras ancaman komunis. Sir Henry Gurney 9 Komunis menyerang pasukan keselamatan seperti berikut: 17 Jun 1948 (Choh, Johor) – Komunis menyerang Balai Polis Kampung Jeram. 26 Jun 1948 (Temerloh, Pahang) – Komunis menyerang Balai Polis Kuala Krau. 28 Jun 1948 (Jerantut, Pahang) – Komunis membakar balai polis. 17 Julai 1948 (Gua Musang, Kelantan) – Komunis menyerang Balai Polis Gua Musang. 8 Mac 1949 (Kajang, Selangor) – Komunis menyerang jip tentera. 28 Jun 1950 (Kota Tinggi, Johor) – Komunis menyerang Balai Polis Kambau. 18 Oktober 1954 (Pontian, Johor) – Komunis menyerang Balai Polis Chuan Seng. 22 Februari 1950 (Muar, Johor) – Komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong. 24 Mac 1950 (Ulu Semur, Kelantan) – Komunis menyerang hendap pasukan askar Melayu. 21 Februari 1952 (Taiping, Perak) – Komunis menyerang kenderaan polis. 28 Mei 1954 (Kedah) – Komunis membunuh Ketua Polis Kedah. i-THINK
84 BAB 6 Perang Saraf Menawarkan Hadiah Wang Tunai • Ganjaran wang tunai turut ditawarka kepada penduduk yang dapat menangkap atau memberikan maklumat tentang gerila komunis. • Contohnya, sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng, pemimpin PKM sama ada hidup atau mati akan diberikan hadiah sebanyak $250 ribu. Memenangi Kepercayaan Orang Asli • Templer mendirikan 14 kubu untuk mendapatkan sokongan Orang Asli. • Kubu ini menyediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlindungan. Memperkenalkan Kawasan Hitam dan Kawasan Putih • Kerajaan memperkenalkan konsep “kawasan hitam” dan “kawasan putih”. • Kawasan hitam ialah kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung. • Kawasan putih ialah kawasan yang bebas daripada ancaman komunis. • Sehingga tahun 1954, Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan diisytiharkan sebagai kawasan putih. Rundingan Baling • Tunku Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah, pada 28 Disember 1955. • Pertemuan ini melibatkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM. • Wakil Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman yang ditemani oleh Tan Cheng Lock dan David Marshall. • Wakil PKM pula ialah Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. • Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletakkan senjata dan menyerah diri. • Chin Peng pula menetapkan syarat, iaitu peletakan senjata dan penyerahan diri akan dibuat sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah. • Tunku Abdul Rahman tidak menerima syarat tersebut menyebabkan rundingan itu tidak berjaya. Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita 6.4 Darurat memberikan kesan jangka panjang terhadap negara kita dari aspek politik dan sosioekonomi. Aspek Politik Kesan Politik Peningkatan Jumlah Warganegara • Pada tahun 1952 kerajaan telah melonggarkan syarat kewarganegaraan. • Lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India memperoleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu. • Kelonggaran syarat ini membuktikan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan penduduk Tanah Melayu.
85 BAB 6 Kesan Politik Mempercepat Kemerdekaan • Pihak British sedar bahawa mereka tidak boleh menamatkan darurat melalui strategi ketenteraan semata-mata. • Darurat menjadi pendorong untuk mempercepat kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. • Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum bahawa mereka boleh berkongsi kepentingan dan hala tuju yang sama melalui penubuhan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC). • Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955, memberikan keyakinan kepada British bahawa Persekutuan Tanah Melayu dapat menewaskan komunis melalui perpaduan penduduk berbilang kaum. • Dalam suasana inilah, British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) • Sir Henry Gurney mengambil langkah menawan hati penduduk Cina ke arah penubuhan parti politik. • Masyarakat Cina yang diketuai Tan Cheng Lock membentuk MCA di Kuala Lumpur pada bulan Februari 1949. • Penubuhan MCA meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis. • MCA juga bersedia bekerjasama dengan kerajaan memerangi komunis. • Sehingga bulan Februari 1953, MCA mempunyai 250 ribu orang ahli. • MCA membantu kerajaan dari segi kewangan dan menempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke Kampung Baru. • MCA juga menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan loteri tersebut didermakan kepada penduduk di Kampung Baru. • Sehingga tahun 1953, MCA berjaya mengumpulkan sejumlah $2.5 juta bagi menjaga kebajikan penduduk Cina di Kampung Baru. Aspek Sosioekonomi Zaman darurat menyebabkan kerugian harta benda, penderitaan rakyat, hubungan kaum terbatas dan meningkatkan jumlah kematian. Kesan Sosioekonomi Menyebabkan Penderitaan dan Kesengsaraan kepada Rakyat • Kawasan ladang dan lombong menjadi sasaran serangan komunis menyebabkan kegiatan ekonomi negara terjejas. • Pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan menyebabkan harga barang makanan dan keperluan harian meningkat. • Golongan peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan pelombong mengalami kesukaran kerana mereka merupakan sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan wang dan bekalan makanan. • Penduduk juga menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan keperluan kerana terpaksa mematuhi pelbagai peraturan yang dikenakan oleh kerajaan. • Catuan bekalan makanan yang dikenakan oleh kerajaan menyebabkan mereka bergantung pada makanan seperti ubi kayu, keledek dan jagung.
185 7 3 Pembangunan masyarakat luar bandar dan wilayah turut diberikan tumpuan menerusi rancangan pembangunan tanah yang mampu menambah pendapatan rakyat sekali gus membasmi kemiskinan. 4 Zon Perindustrian Bebas diperkenalkan seperti yang terdapat di Bayan Lepas, Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang untuk memajukan bidang perindustrian serta perdagangan. 5 Berlakunya penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar kerana peluang pekerjaan yang disediakan dan hal itu mempercepatkan lagi proses integrasi. 6 Bagi membuka peluang kepada rakyat pelbagai kaum bersaing secara adil dalam ekonomi, kerajaan mengintegrasikan ekonomi melalui pembangunan ekonomi wilayah termasuklah di Sabah dan Sarawak. Sosial 1 Penambahbaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang sedia ada melalui Akta Pendidikan 1996 untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan integrasi nasional. 2 Sistem pendidikan kebangsaan dikukuhkan menerusi pelaksanaan dasar pendidikan seperti Laporan Rahman Talib, Laporan Jawatankuasa Kabinet dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat melahirkan rakyat yang patriotik dan mempunyai semangat patriotisme. 3 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperkasakan melalui pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai satu identiti bahasa yang sama. 4 Membentuk identiti bangsa Malaysia yang bersatu padu dengan menggalakkan pengamalan satu kebudayaan kebangsaan. 5 Galakan penglibatan sukan sebagai langkah untuk mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan kaum. 6 Rukun Negara menjadi tunjang kesetiaan rakyat berbilang kaum terhadap bangsa dan negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan 7.2 Latar Belakang Dasar Pendidikan Kebangsaan 1 Pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan melalui Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau Penyata Razak 1956 yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 adalah bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum. 2 Namun begitu, semua dasar pendidikan yang sedia ada disemak semula pada tahun 1960 dan terhasillah Laporan Rahman Talib dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. 3 Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah seperti carta di muka surat 186. Laporan Rahman Talib 1 Dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. 2 Menyemak semula dan mengukuhkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. 3 Menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 dan penyemakan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4 Masih mengekalkan teras sistem pendidikan kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. 5 Menyeragamkan penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat pendidikan untuk membentuk perpaduan.
186 7 6 Memupuk semangat cinta akan negara dengan mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan negara kita untuk semua jenis sekolah. 7 Mencadangkan beberapa cadangan tambahan kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 dengan tujuan untuk mengukuhkan semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan murid pelbagai kaum. Kajian Aminuddin Baki 1 Penambahbaikan terhadap Laporan Rahman Talib dilakukan dan Kajian Aminuddin Baki diperkenalkan. 2 Kajian tersebut memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan bagi menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik. 3 Kursus kemahiran turut diperkenalkan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang melibatkan pelbagai kaum serta persediaan memenuhi permintaan pasaran kerja. 4 Semua kaum digabungkan dengan mewujudkan sekolah kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1 Ditubuhkan pada bulanSeptember 1974 untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan dan laporan ini diumumkan pada tahun 1979 oleh Menteri Pelajaran. 2 Mempunyai matlamat untuk mengukuhkan perpaduan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan awam. 3 Pendidikan kerohanian diberikan penegasan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. 4 Aktiviti kokurikulum turut diberikan penekanan dalam laporan tersebut dengan melibatkan semua kaum dalam unit beruniform, sukan, permainan dan persatuan. 5 Laporan Jawatankuasa Kabinet seterusnya memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 dan penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1998. Menyatupadukan rakyat. Menyediakan tenaga kerja mahir daripada pelbagai kaum. Mengadakan sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara. Menggalakkan perkembangan kebudayaan, ekonomi, sosial dan politik. Melahirkan rakyat yang berilmu, seimbang dan harmoni. Melahirkan rakyat yang menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
187 7 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) • Dilaksanakan sepenuhnya kepada murid Tahun 1 bermula pada tahun 2011 di semua sekolah. • Mempunyai matlamat untuk menguasai dan menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta sebagai alat perpaduan. • Menguasai tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan bidang perkembangan diri individu. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) • Dilaksanakan di sekolah bermula pada tahun 1989 yang digubal berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Matlamat tersebut termasuklah melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan bersatu padu. • Mulai tahun 2017, KBSM digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang diselaraskan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–2015) Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1 Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1988 adalah bertujuan untuk memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara ke arah perpaduan. 2 FPN ditukar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Penekanan terhadap pendidikan diberikan perhatian sepenuhnya secara menyeluruh serta bersatu padu yang berfungsi untuk membentuk pelajar yang seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek. Akta Pendidikan 1996 1 Melalui Akta Pendidikan 1996, kedudukan bahasa kebangsaan dikukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan. 2 Bahasa Melayu turut dijadikan sebagai mata pelajaran wajib diajarkan di semua sekolah dan institusi pendidikan. 3 Institusi pendidikan swasta pula perlu mengadakan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral bagi memupuk semangat cinta akan negara. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan 7.3 Langkah Memartabatkan Bahasa Melayu Akta Bahasa Kebangsaan 1 Bahasa rasmi adalah bahasa Melayu yang menjadi alat memupuk perpaduan kaum. 2 Memartabatkan kedudukan bahasa Melayu melalui penggubalan undangundang yang dikenali sebagai Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967. 3 Akta ini dikuatkuasakan pada 1 Julai 1971 setelah digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bahasa Rasmi Pentadbiran 1 Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu menjadi unsur penggerak jentera pentadbiran negara. 2 Alat komunikasi rasmi dalam pelbagai urusan di kementerian dan jabatan kerajaan. 3 Dalam urusan mahkamah, bahasa Melayu digunakan sepenuhnya pada tahun 1990. Memperkasakan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan 1 Sekolah menengah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan dipergiatkan di seluruh negara.
193 7 Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara 7.6 1 Ideologi negara kita ialah Rukun Negara yang menjadi prinsip hidup masyarakat. 2 Nilai kenegaraan, serta norma sosial yang meliputi aspek kehidupan bernegara seperti politik, ekonomi, agama, budaya dan perundangan merupakan antara prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. 3 Rukun Negara menjadi ikrar untuk penghayatan warganegara Malaysia dan juga sebagai falsafah hidup rakyat. Sejarah Pembentukan 1 Pembentukan Rukun Negara berpunca daripada peristiwa 13 Mei 1969 Bulan dan bintang menjadi lambang kepercayaan kepada Tuhan. Lima jalur menjadi simbolik lima prinsip Rukun Negara. Warna biru menjadi lambang perpaduan serta kesopanan dan kesusilaan. Angka 50 merujuk kepada sambutan ulang tahun Rukun Negara. Tengkolok berkerawang bulan dan bintang menjadi simbol prinsip kesetiaan kepada raja dan negara. Ia juga melambangkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. serta terhasil daripada perbincangan dan pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dibentuk oleh MAGERAN pada 29 Januari 1970. 2 Yang di-Pertuan Agong IV seterusnya mengisytiharkan Rukun Negara secara rasmi pada 31 Ogos 1970 bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-13. Matlamat ke Arah Kesejahteraan 1 Pembentukan Rukun Negara bertujuan untuk mendukung cita-cita bagi mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. 2 Matlamat-matlamat itu seterusnya akan melahirkan sebuah negara dengan rakyatnya yang hidup bersatu padu, aman dan sejahtera. i-THINK
194 7 Negara Bersatu • Mendukung citacita untuk mencipta satu bangsa dan negara yang saling bersatu padu. • Setiap ahli masyarakat dianggap sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan latar belakang. • Rakyat juga perlu memiliki kesetiaan dan semangat cinta akan negara. Masyarakat Adil • Satu masyarakat yang adil dapat dicipta apabila semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama dalam menikmati kekayaan negara. • Menyokong serta membantu pihak yang lemah dan berkurangan agar mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dan bebas daripada penindasan. Masyarakat Demokratik • Rakyat bertindak melalui Parlimen yang dilantik oleh perlembagaan merupakan cara memelihara hidup demokratik. • Kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan berpolitik selagi tidak melanggar undangundang dijamin melalui perlembagaan negara. • Masyarakat demokratik perlu mementingkan negara melebih kepentingan sesuatu kaum. Masyarakat Liberal • Memelihara satu masyarakat yang liberal yang bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masingmasing selagi bersesuaian dengan kepentingan negara. • Masyarakat liberal adalah masyarakat yang boleh menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara. Masyarakat Progresif • Mendukung cita-cita dengan menegakkan satu masyarakat yang progresif mengikut kemajuan sains dan teknologi, di samping mengamalkan nilainilai ketuhanan. • Masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan perubahan dan kemajuan masa kini merupakan antara ciri masyarakat progresif yang perlu dilahirkan. Matlamat Rukun Negara Prinsip Rukun Negara 1 Rakyat Malaysia perlu menghayati Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip, iaitu: Prinsip Penerangan Kepercayaan kepada Tuhan • Prinsip ini meletakkan agama sebagai panduan hidup untuk membentuk keperibadian yang baik dan landasan dalam membina keharmonian kaum. • Dalam Perlembagaan Malaysia juga ditetapkan bahawa agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan, manakala agama serta kepercayaan lain boleh diamalkan secara aman dan tenteram. • Oleh itu, rakyat perlu saling memahami, menghormati dan bertoleransi dalam soal keagamaan.
195 7 Prinsip Penerangan Kesetiaan kepada Raja dan Negara • Prinsip ini menerangkan bahawa sistem Raja Berperlembagaan diamalkan di negara kita yang meletakkan raja sebagai simbol penyatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum. • Prinsip ini perlu diamalkan agar dapat melahirkan rakyat yang menghormati simbol kedaulatan negara, mematuhi undangundang, berusaha meningkatkan imej negara, berani mempertahankan kedaulatan negara dan mempunyai ciri patriotisme yang kukuh. Keluhuran Perlembagaan • Keluhuran Perlembagaan membawa maksud ketertinggian dan keagungan perlembagaan atau undang-undang. • Fungsi wujudnya perlembagaan adalah untuk memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat dalam negara. • Prinsip ketiga ini turut menekankan agar rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan. Kedaulatan Undang-undang • Setiap rakyat dituntut agar menghormati undang-undang, tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang dan berusaha untuk menyokong penguatkuasaannya melalui prinsip Rukun Negara yang keempat ini. • Rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan serta memelihara kedaulatan undang-undang daripada dicabar oleh mana-mana pihak demi mengekalkan kehidupan yang aman dan harmoni. Kesopanan dan Kesusilaan • Prinsip ini memastikan bahawa setiap rakyat harus sentiasa bersopan santun, saling hormat-menghormati dan berakhlak mulia. • Melalui kesopanan dan kesusilaan, hubungan baik sesama kaum dapat dijamin agar terus kekal terpelihara. • Prinsip kelima ini juga menjadi garis panduan yang perlu diamalkan dan disemai dalam diri masyarakat Malaysia. • Rakyat yang menghayati nilai murni pula akan dapat melahirkan suasana yang harmoni dan saling bertolak ansur. Wakil Majlis Perundingan Negara • MAGERAN • Kerajaan negeri • Parti politik • Wakil Sarawak dan Sabah • Kumpulan agama • Badan profesional • Perkhidmatan awam • Kesatuan sekerja dan persatuan majikan • Akhbar • Guru-guru • Kumpulan minoriti INFO
199 8 3 FELDA turut menjalin hubungan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk tugas meneroka pembukaan tanah baharu untuk kegiatan pertanian. 4 Contoh pembukaan FELDA Wilayah Sahabat (Lahad Datu) dan FELDA Umas (Tawau) yang terhasil daripada kerjasama antara FELDA dengan Yayasan Sabah. Di Sarawak, wujud Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) untuk pembukaan ladang kelapa sawit. 5 Pelibatan kaum Cina dan India sebagai peneroka boleh dilihat di FELDA Lurah Bilut (Pahang), FELDA Keratong (Pahang), dan FELDA Sendayan (Negeri Sembilan). FELDA Lurah Bilut di Bentong, Pahang telah dipilih sebagai rancangan pembangunan tanah secara berkelompok yang pertama. 6 Bilangan peneroka Melayu terdiri daripada 400 orang, kaum Cina 169 orang, dan kaum India seramai 47 orang pada peringkat awal. 7 Aktiviti bergotong-royong diadakan untuk melakukan kerja pembinaan rumah dan penanaman getah. Pembangunan Wilayah 1 Ia bertujuan untuk memajukan industri getah dan kelapa sawit dengan cara membuka tanah baharu. 2 Contoh agensi yang terlibat ialah: (i) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) (ii) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) (iii) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) (iv) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) 3 Penubuhan Urban Development Authority (UDA) atau Perbadanan Pembangunan Bandar pada tahun 1971 bertujuan untuk membangunkan sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baharu. 4 Contoh bandar baharu yang muncul selepas tertubuhnya UDA ialah Bandar Tun Hussein Onn (Cheras) dan Bandar Baru Uda (Skudai). Pemilikan Modal Saham 1 Perbezaan taraf hidup dan jumlah pendapatan antara penduduk bumiputera dan bukan bumiputera adalah kerana kaum bumiputera yang agak ketinggalan dalam pemilikan saham syarikat perdagangan. 2 Berikut merupakan antara strategi yang dijalankan oleh kerajaan bagi menyamakan kedudukan golongan bumiputera dan bukan bumiputera. (i) Mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 1978 yang bertujuan untuk menambah pemilikan modal saham kaum bumiputera. (ii) Melancarkan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk memberi peluang kepada kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad. ASN
200 8 ASB (iii) Memperkenalkan Amanah Saham Malaysia untuk menarik penyertaan kaum bukan bumiputera dalam pemilikan modal saham. Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 1 IKS merupakan industri penghasilan produk menggunakan barangan yang bermodal kecil dan bilangan tenaga kerja yang tidak ramai. 2 Rakyat disarankan untuk menyertai IKS bagi menambah sumber pendapatan mereka. Malah, kesan daripada pemasaran hasil IKS dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat selain daripada menambah daya pengeluaran. 3 Produk kraf tangan, makanan, pakaian, dan inap desa tergolong sebagai produk IKS. 4 Antara bank dan program yang memberi khidmat pinjaman, insentif, dan nasihat ialah: (i) Bank Bumiputra (1965) (ii) Perbadanan Nasional Berhad (1969) (iii) Bank Pertanian Malaysia (1969) - kini dikenali sebagai Agrobank (iv) Skim Pinjaman Khas Pertanian (1970) (v) Amanah Ikhtiar Malaysia (1987) 5 Contoh IKS yang berjaya ialah Best Farm Co., Nurul Food Industry Enterprise, Faiza Marketing Sendirian Berhad, dan Ramly Food Processing Sendirian Berhad. Pendidikan Tenaga Kerja Mahir 1 Untuk menampung keperluan tenaga dalam bidang pertanian dan perindustrian, khidmat tenaga kerja mahir amat diperlukan. 2 Asas kepada latihan kemahiran ini diajar kepada pelajar melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup. 3 Pada peringkat menengah atas, ia terbahagi kepada dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional. 4 Contoh institusi pendidikan untuk melahirkan tenaga kerja mahir ialah sekolah teknik dan vokasional, Maktab Perguruan Teknik, politeknik, Universiti Teknologi Malaysia, dan Universiti Teknologi MARA. 5 Untuk menampung permintaan terhadap tenaga kerja mahir, kursus kemahiran telah ditawarkan oleh kerajaan. Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 8.3 1 Sepanjang tempoh pelaksanaan DEB dari tahun 1970 sehingga tahun 1990, ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesat. 2 Pelaksanaan DEB yang berakhir pada tahun 1990-an telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Latar Belakang Pembentukan 1 DPN telah diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.
206 8 Kawasan Perindustrian Baharu • Beberapa kawasan perindustrian diwujudkan seperti estet perindustrian, zon perindustrian bebas, dan taman teknologi industri. • Penubuhan kawasan perindustrian ini adalah berdekatan dengan sumber bahan mentah, kemudahan asas, dan bekalan buruh yang mencukupi. • Kawasan ini turut membantu perkembangan ekonomi di kawasan sekitar yang kurang maju serta menambahkan pelaburan modal dari dalam dan luar negara. Kawasan Perindustrian Baharu Peranan Estet Perindustrian • Dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah dan pihak swasta. • Dijadikan sebagai bandar terancang yang merangkumi kawasan perumahan, pusat perniagaan dan perindustrian serta pusat rekreasi. Taman Teknologi Perindustrian • Sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan industri. • Dikendalikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. • Kementerian ini berperanan dalam menjalankan penyelidikan dan inovasi bagi membangunkan teknologi perindustrian. Zon Perindustrian Bebas • Kawasan perdagangan yang bebas cukai atau tarif sebagai insentif. • Bertujuan untuk menarik pelabur dan merangsang ekonomi kawasan sekitar. • Digunakan oleh syarikat multinasional seperti Sime Darby Berhad, Axiata Group Berhad, dan Proton Holdings Berhad untuk tujuan perdagangan dan perniagaan. Kenderaan Buatan Malaysia • Pertumbuhan pesat dalam industri kereta dan motosikal buatan negara adalah berikutan penubuhan HICOM dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia pada tahun 1983. • PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dan PERODUA (Perusahaan Otomobil Kedua) pada tahun 1993 berperanan dalam menerajui industri kereta tempatan. • MODENAS (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.) adalah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai jenis model motosikal kecil 200 cc untuk tujuan pemasaran tempatan dan antarabangsa. • Perusahaan kereta dan motosikal nasional ini telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan, meningkatkan sumber pendapatan, dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.
Semenanjung Malaysia: RM18.90 Sabah & Sarawak : RM19.90 STUDY Sejarah study mania MANIA SPM 9 786294 852006 ISBN 978-629-485-200-6 SEJARAH Nota Ringkas, Padat & Komprehensif Mesra Murid & Guru Kandungan Berdasarkan DSKP & Buku Teks KSSM Rujukan Lengkap & Pantas Tingkatan 4 & 5