Digubal oleh Panel Guru Pakar dan Guru Cemerlang mata pelajaran SBP EKSKLUSIF dengan izin Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia Kertas Percubaan SPM TERBAHARU 2023 PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN SPM KOLEKSI KERTAS SBP SEKOLAH BERASRAMA PENUH kssm PERCUBAAN FORMAT SPM TERKINI SEJARAH 3 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2023, 2022 & 2021 (SEBENAR) 2 Set Kertas Model Peperiksaan SPM SBP Teknik Menjawab Peperiksaan SPM SKEMA PEMARKAHAN LENGKAP KOD QR KOD QR PENERBIT MAHIR SDN BHD
iii Format Instrumen Peperiksaan SPM Sejarah iv Teknik Menjawab Peperiksaan SPM Sejarah v Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 Kertas 1 1 – 6 Kertas 2 7 – 16 Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 Kertas 1 17 – 24 Kertas 2 25 – 34 Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 Kertas 1 35 – 42 Kertas 2 43 – 52 Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 1 Kertas 1 53 – 58 Kertas 2 59 – 70 Kertas Model Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Set 2 Kertas 1 71 – 76 Kertas 2 75 – 88 SKEMA PEMARKAHAN JAWAPAN rb.gy/7v8jl7 PENERBIT MAHIR SDN BHD
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan: 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. SEJARAH 1249/1 Kertas 1 1 jam Satu jam PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023 SULIT Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak. PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 8 1249/2 1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1 Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran, iaitu di Eropah dan Asia Pasifik. Perang tersebut telah menyebabkan terbentuknya pakatan ketenteraan. (a) Senaraikan dua pakatan tersebut. (i) (ii) [2 markah] (b) Mengapakah peperangan tersebut berlaku? [4 markah] (c) Beri cadangan anda supaya keamanan dunia dapat dikekalkan tanpa peperangan. [4 markah] 2 Upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang dinantikan setelah melalui perjalanan yang panjang menuju kemerdekaan. (a) Nyatakan dua jawatankuasa yang terlibat dalam sambutan tersebut. (i) (ii) [2 markah] (b) Jelaskan persediaan yang telah dilakukan oleh jawatankuasa tersebut. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 9 1249/2 1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT (c) Baca pernyataan berikut. Peristiwa kemerdekaan negara perlu dihayati oleh generasi masa kini supaya kedaulatan negara terus terpelihara dan dinikmati generasi akan datang. Sumber: https://www.bharian.com.my Mengapakah peristiwa yang berlaku pada 31 Ogos 1957 perlu dihayati? [4 markah] 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras dalam sistem pemerintahan negara. (a) Jelaskan keanggotaan Majlis Raja-Raja selepas merdeka. [3 markah] (b) Jelaskan ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan tersebut. [3 markah] (c) Bersetujukah anda Perlembagaan Persekutuan boleh menjamin kesejahteraan hidup rakyat? Beri penjelasan anda. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 22 1249/1 1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 25 Gambar berikut menunjukkan salah satu proses dalam pilihan raya. Mengundi Apakah hak rakyat dalam situasi ini? A Mengadakan perhimpunan B Mendapat perlindungan C Membentuk persatuan D Memilih pemimpin 26 Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Mengapakah Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang lebih banyak berbanding dengan peringkat lain? A Mengawal kuasa Ahli Dewan Undangan Negeri B Mengelak permasalahan dalam negeri C Memastikan parti politik kekal stabil D Mewujudkan kerajaan yang kuat 27 Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi pembentukan Malaysia. Barisan Sosialis menolak penyertaan Singapura dalam pembentukan Malaysia. Apakah alasan yang membawa kepada tindakan tersebut? A Singapura hilang taraf pelabuhan bebas B Penerusan bentuk penjajahan baharu C Melambatkan proses kemerdekaan D Komunisme semakin meluas 28 Maklumat berikut berkaitan dengan langkah pembentukan Malaysia. Pada 12 Ogos 1963, Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu mengumumkan sebuah jawatankuasa, iaitu United Nations Malaysia Mission (UNMM) ditubuhkan dengan diketuai oleh Laurence Michelmore. Mengapakah jawatankuasa tersebut dibentuk? A Melakukan tinjauan di Sarawak dan Sabah B Menyiapkan laporan konfrontasi C Merangka perlembagaan baharu D Memeterai Perjanjian Malaysia 29 Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pemisahan Singapura ke dalam Parlimen Malaysia. Apakah punca beliau bertindak sedemikian? A Masalah pembahagian wilayah B Kelewatan pembayaran cukai C Krisis kepimpinan Malaysia D Isu perkauman 30 Rajah berikut berkaitan dengan isu pembangunan ekonomi pada awal pembentukan Malaysia. Isu: Terlalu bergantung kepada eksport getah dan bijih timah Langkah mengatasi: • Mempelbagaikan kegiatan ekonomi • X Apakah X? A Menggalakkan perniagaan dalam talian B Menubuhkan pusat latihan vokasional C Mendapatkan bantuan Bank Dunia D Mencari pasaran baru 31 Bagaimanakah kerenggangan hubungan antara kaum berlaku semasa zaman pentadbiran British? I Pemisahan petempatan II Peningkatan sekolah agama III Politik berasaskan kenegerian IV Perbezaan kegiatan ekonomi A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 23 1249/1 1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 32 Institusi berikut bermatlamat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bagaimanakah institusi tersebut berusaha mencapai matlamatnya? A Menubuhkan Institut Alam dan Tamadun Melayu B Menggesa penubuhan sekolah beraliran Melayu C Menerbitkan buku dan majalah D Menggubal Akta Bahasa 1967 33 Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan membasmi kemiskinan semasa Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diwujudkan bagi membantu penduduk miskin. Bagaimanakah FELDA menjayakan matlamat tersebut? A Pemberian tanah untuk diusahakan B Pembukaan kawasan industri C Pemasaran hasil tempatan D Penyeliaan harga padi 34 Maklumat berikut menunjukkan antara tokoh korporat di negara kita. Tokoh Korporat Tan Sri Mustapha Kamal Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary Bagaimanakah tokoh tersebut menyumbang kepada peningkatan hidup golongan miskin? A Memberi khidmat guaman percuma B Mengurus kemudahan kesihatan C Menyediakan perbankan Islam D Membuka peluang pekerjaan 35 Rajah menunjukkan perubahan dasar luar negara di bawah kepimpinan dua mantan Perdana Menteri. Tun Abdul Razak Hussein Bebas dan berkecuali Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Probarat dan antikomunis Mengapakah perubahan tersebut berlaku? A Desakan rakyat B Kepentingan keamanan C Perubahan pemimpin dunia D Arahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 36 Maklumat berikut menunjukkan pendirian Malaysia dalam hubungan luar melalui Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. • Hormat-menghormati kedaulatan wilayah lain • Tidak campur tangan urusan negara lain Mengapakah Malaysia berpendirian sedemikian? A Mematuhi arahan Polis Antarabangsa B Memenuhi manifesto pilihan raya negara C Menjaga kepentingan anggota Majlis Keselamatan D Mendukung Piagam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu 37 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyarankan “hidup bersama secara aman”. Apakah usaha yang menunjukkan komitmen Malaysia untuk menjayakan saranan tersebut? A Mengetuai UN-Habitat B Menyokong Piagam PBB C Memelihara tapak warisan dunia D Menandatangani Perjanjian Pertahanan Lima Negara PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 29 1249/2 1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. 5 Perkembangan nasionalisme di negara kita meninggalkan kesan dari aspek politik dan sosial. (a) Jelaskan maksud nasionalisme. [4 markah] (b) Terangkan kesan perkembangan nasionalisme dari aspek berikut: (i) Politik [4 markah] (ii) Sosial [4 markah] (c) Manfaatkan idea dan kepakaran intelektual demi kemajuan negara. Sumber: Berita Harian Online, 20 Februari 2021 Beri pandangan anda terhadap pernyataan tersebut. [8 markah] 6 Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan peristiwa yang penuh bererti kepada negara kita dan kekal sehingga kini. (a) Jelaskan pengertian kemerdekaan. [6 markah] (b) Kemerdekaan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara. Buktikan. [6 markah] (c) Teliti logo berikut. LOGO HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2022 KEDUDUKAN BERSELANG-SELI Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama. JALUR BIRU MERAH & KUNING Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni. TITIK MERAH Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. MAKSUD Huraikan mesej yang terkandung dalam logo tersebut. [8 markah] 7 Perlembagaan merupakan panduan penting dalam sistem pemerintahan negara. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan tersebut mengalami pindaan pada tahun 1963 dan 1965. (a) Mengapakah pindaan perlembagaan dilaksanakan pada tahun tersebut? [4 markah] (b) Terdapat tiga perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963, iaitu struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertua Negeri. Terangkan perkara tersebut. [8 markah] (c) Perlembagaan negara kita perlu dipinda dari semasa ke semasa. Beri ulasan anda. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 30 1249/2 1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 8 Persidangan Dewan Rakyat pada 18 Oktober 1961 telah meluluskan usul pelaksanaan konsep Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman. Sumber: Diubah suai daripada Arkib Negara Malaysia (a) Bagaimanakah langkah berikut dapat menjayakan pembentukan Malaysia? (i) Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia [4 markah] (ii) Suruhanjaya Cobbold [4 markah] (iii) Jawatankuasa Antara Kerajaan [4 markah] (b) Baca maklumat dalam petikan berikut. Kini, selepas lebih lima dekad penubuhannya, Malaysia semakin dikenali di persada dunia, malah menjadi contoh kepada negara membangun lain dalam pelbagai bidang. Mendepani cabaran khususnya selepas dunia bergelumang dengan wabak COVID-19, Malaysia sama seperti negara lain di dunia yang kini bertungkus lumus untuk ‘membina semula’ negara. Impak kesihatan global itu menyebabkan ramai yang ‘tersungkur’, malah ada yang hampir berputus asa dalam menempuh cabaran baharu ini. Dalam kemelut politik yang masih belum dilihat akan reda, kerajaan kini tetap efisien memberikan pelbagai bantuan untuk memastikan Malaysia kembali ke landasan asal sekali gus kembali menyerlah. Kesepakatan dan toleransi yang tinggi dalam kalangan rakyat menjadi konsep Keluarga Malaysia tepat pada masanya untuk kita bangkit sebagai sebuah negara yang disegani. Sumber: Harian Metro Online, 16 September 2022 Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut serta kepentingan kesepakatan dalam menjamin kestabilan negara. [8 markah] 9 Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan keamanan dalam pertubuhan antarabangsa. Isu Palestin, Syria dan Acheh merupakan antara isu yang menonjolkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan tersebut. (a) Mengapakah Malaysia terlibat dalam isu tersebut. [6 markah] (b) Huraikan peranan Malaysia dalam isu kemanusiaan di negara terlibat. [6 markah] (c) Baca maklumat dalam petikan tersebut. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya Rohingya yang telah lama berlarutan tanpa sebarang jalan penyelesaian. Perkara tersebut telah dibangkitkan beliau dalam pertemuan dua hala dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sewaktu ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-77. Jelas Perdana Menteri, beliau turut menegaskan kegagalan tersebut disebabkan oleh veto kuasa besar dan menegaskan bahawa kuasa veto perlu dihapuskan, selain PBB perlu tegas dalam isu-isu yang tertunggak seperti isu Palestin dan Myanmar. Sumber: https://www.kosmo.com.my, 26 September 2022 Mengapakah konflik tersebut masih berlarutan serta kesannya jika konflik ini gagal diatasi? [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 37 1249/1 1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 8 Slogan berikut berkaitan dengan usaha Jepun menjayakan misi mereka ke negara kita. “Asia untuk Orang Asia” Apakah muslihat Jepun menggunakan slogan tersebut? A Menyelamatkan negara Asia B Menonjolkan kehebatan kuasa Barat C Memenuhi hasrat penduduk tempatan D Menaikkan imej sebagai pembela Asia 9 Semasa pendudukan tentera Jepun, beberapa jawatan tinggi diberikan kepada penduduk peribumi Sarawak. Apakah kesan daripada tindakan tersebut? A Semangat berkerajaan sendiri semakin meningkat B Orde baharu Asia Timur mula diwujudkan C Slogan “Asia Untuk Asia” dilaksanakan D Imperialis Barat hilang pengaruh 10 Maklumat berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British selepas Perang Dunia Kedua di negara kita. Mengapakah British melaksanakan perubahan tersebut? I Melicinkan pentadbiran II Meningkatkan pelaburan III Mengukuhkan sistem beraja IV Membentuk perpaduan kaum A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 11 Ilustrasi menunjukkan demonstrasi penduduk berkaitan penyerahan Sarawak kepada British selepas Perang Dunia Kedua. British Military Administration Malayan Union Mengapakah poster mereka mencatatkan “We Do Not Want To Be Colonised” dan “Leburkan Koloni”? A Memprotes hukuman terhadap anggota Rukun 13 B Bertentangan dengan Perlembagaan 1941 C British menindas penduduk tempatan D Vyner Brooke tua dan uzur 12 Maklumat berikut menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu. Apakah sebab berlaku perubahan tersebut? A Tuntutan pelabur asing B Sokongan bukan Melayu C Cadangan Raja-raja Melayu D Desakan Parti Komunis Malaya 13 Gambar menunjukkan tindakan sabotaj oleh komunis di Tanah Melayu. Mengapakah komunis bertindak sedemikian? A Melumpuhkan ekonomi British B Melengahkan kemaraan tentera C Memecah belahkan perpaduan D Membuktikan kekuatan 1946 Malayan Union 1948 Persekutuan Tanah Melayu PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 43 1249/2 1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nama dan tingkatan anda pada ruang yang disediakan. 2. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 3. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B. 4. Jawapan bagi Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan. 5. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan. SEJARAH 1249/2 Kertas 2 2 1 2 jam Dua jam tiga puluh minit PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021 NAMA MURID TINGKATAN SULIT Untuk Kegunaan Pemeriksa Kod Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 2 10 3 10 4 10 B 5 20 6 20 7 20 8 20 9 20 Jumlah 100 PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 44 1249/2 1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1 Rajah berikut berkaitan dengan faktor kemunculan gerakan nasionalisme pada abad ke-20 di negara kita. Peranan agama Kemunculan golongan intelektual X Y Penulisan kreatif Sistem pendidikan Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme (a) Nyatakan faktor berikut : X: Y: [2 markah] (b) Bagaimanakah faktor penulisan kreatif dan sistem pendidikan dapat menyemarakkan nasionalisme di negara kita? [4 markah] (c) Pernyataan berikut berkaitan pandangan masyarakat terhadap semangat kemerdekaan di negara kita. Segelintir masyarakat kurang senang dan mendakwa semangat kemerdekaan dalam kalangan orang muda semakin pudar. Sumber: Harian Metro, 27 Ogos 2018 Mengapakah keadaan sedemikian boleh berlaku? Beri komen anda. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 57 1249/1 1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 28 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan Majlis Negara untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Apakah majlis yang dimaksudkan? A Majlis Air Negara B Majlis Tanah Negara C Majlis Perumahan Negara D Majlis Keselamatan Negara 29 Mengapakah Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari menentang cadangan pembentukan Malaysia? A Menggabungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan B Mahu berada di bawah pentadbiran British C Ingin merdeka terlebih dahulu D Jarak yang jauh 30 Maklumat di bawah berkaitan dengan Barisan Bersatu di Borneo. Barisan Bersatu dibentuk kerana kebimbangan para pemimpin Borneo terhadap pembentukan Malaysia. Siapakah yang menganggotai Barisan Bersatu? I Ong Kee Hui II Temenggung Jugah III Koo Siek Chiew IV A.M. Azahari A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 31 Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia. Apakah faktor politik yang menyebabkan pemisahan tersebut? A Kempen Malaysian Malaysia B Semangat kenegerian yang menebal C Pemimpin Singapura tidak dilantik menjadi menteri D Ahli politik Singapura dihalang bertanding dalam pilihan raya 32 Apakah tujuan operasi di bawah dilaksanakan? • Operasi Hammer • Operasi Harapan • Operasi Letter Box A Menghapuskan pendatang asing B Membanteras komunis C Menentang British D Menentang Jepun 33 Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi yang berikut? • Dewan Bahasa dan Pustaka • Universiti Kebangsaan Malaysia A Meningkatkan kadar celik huruf B Menggalakkan kemasukan pelajar asing C Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa D Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan 34 Mengapakah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970? A Menyusun semula masyarakat B Meningkatkan kesetiaan rakyat C Memperkukuh perpaduan rakyat D Meningkatkan taraf hidup rakyat 35 Sewaktu melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Buku Hijau. Apakah tumpuan rancangan ini? A Peningkatan teknologi pertanian B Penggunaan tanah sepenuhnya C Pemberian bantuan kewangan D Pelaporan program pertanian 36 Maklumat di bawah berkaitan dengan program pembangunan wilayah. • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh program tersebut? A Kopi dan teh B Kelapa dan koko C Nanas dan tembakau D Kelapa sawit dan getah PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 58 1249/1 1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT KERTAS SOALAN TAMAT 37 Apakah matlamat penggubalan dasar luar Malaysia? I Mempertahankan kemerdekaan negara II Mencampuri urusan negara lain III Berpihak kepada negara tertentu IV Melindungi kepentingan nasional A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 38 Penglibatan Malaysia yang aktif dalam agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan beberapa tapak warisan dan pelancongan Malaysia diiktiraf sebagai tapak warisan dunia. Agensi PBB yang manakah memberikan pengiktirafan tersebut? A WHO C UNHCR B FAO D UNESCO 39 Apakah kepentingan Rancangan Colombo kepada negara anggota Komanwel? A Khidmat nasihat teknikal dan pertanian B Menunjukkan kecekapan pertahanan C Menggalakkan aktiviti pelancongan D Meningkatkan perdagangan 40 Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan manusia ke negara lain? A Kelonggaran syarat imigresen B Undang-undang tidak ketat C Kelemahan pertahanan D Kedudukan strategik PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 64 1249/2 1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. 5 Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946. “Setelah hampir tiga bulan pentadbiran Malayan Union dilaksanakan, sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil-wakil pihak British, Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk pada 25 Julai 1946. Ia bertujuan untuk menyelesaikan krisis perlembagaan yang bertambah tegang dan merangka satu Perlembagaan baharu yang bersesuaian dengan tuntutan politik oleh orang Melayu dan kepentingan pihak British di Tanah Melayu”. Malayan Union dan Persekutuan 1948, Dr. Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus Sumber: http://eprints.um.edu.my (a) Terangkan peranan Jawatankuasa Kerja dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [6 markah] (b) Mengapakah jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil Raja-raja Melayu dan wakil UMNO? [6 markah] (c) Raja dan rakyat berpisah tiada. Berikan pendapat anda. [8 markah] 6 Sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan detik yang sangat bermakna bagi negara dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu. (a) Bagaimanakah penubuhan Jawatankuasa Persediaan Fizikal menepati makna kemerdekaan tersebut? [6 markah] (b) Kemerdekaan yang diperoleh telah memberikan kesan kepada negara kita di peringkat antarabangsa. Ulaskan pernyataan ini. [6 markah] (c) Jelaskan cabaran dalam mengekalkan kemerdekaan negara pada hari ini. [8 markah] 7 Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka dan mempunyai identiti kedaulatan tersendiri. • Mempunyai pemerintahan • Mempunyai rakyat (a) Bagaimanakah ciri tersebut membuktikan kedaulatan negara? [6 markah] (b) Mengapakah pentadbiran yang berkesan penting dalam mewujudkan negara berdaulat? [6 markah] (c) Sebagai generasi muda, apakah sumbangan anda untuk mengekalkan kedaulatan negara? [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan: 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. SEJARAH 1249/1 Kertas 1 1 jam Satu jam SULIT PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SEKOLAH BERASRAMA PENUH KERTAS MODEL PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SET 2 SULIT Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak. PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 72 1249/1 1249/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 1 Apakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka? A Budaya B Pembesar C Agama Islam D Lambang kebesaran 2 Antara berikut, yang manakah tugas seorang Bendahara dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka? I Pemangku sultan II Ketua pentadbir III Menguruskan perbendaharaan IV Panglima angkatan laut A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV 3 Apakah kesan gerakan dalam senarai berikut? • Gerakan Pan-Islamisme • Gerakan Islah A Kebangkitan nasionalisme B Kepentingan persaudaraan C Pembentukan negara Islam D Pengislaman rakyat tempatan 4 Antara berikut, akhbar berbahasa Inggeris yang manakah memuatkan idea nasionalisme dalam penulisannya? I The Strait Times II The Malay Mail III The Malaya Tribune IV The Daily Express A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5 Mengapakah Jepun melaksanakan dasar perluasan kuasa di rantau Asia Pasifik? A Galakan maharaja B Keperluan ekonomi C Menjadi penyelamat D Menandingi kuasa Barat 6 Maklumat berikut berkaitan dengan Persidangan Damai Paris. Persidangan Damai telah diadakan pada 18 Januari 1919. Apakah kesan persidangan tersebut? A Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson B Penamatan sistem beraja di Eropah C Pembentukan Liga Bangsa-Bangsa D Pemeteraian Perjanjian Versailles 7 Mengapakah Raja-raja Melayu membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England? A Desakan orang Melayu B Nasihat Pegawai Tinggi British C Tandatangan diturunkan secara tidak sah D Bertentangan dengan Undang-undang Tubuh 8 Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak, Sir Duncan Stewart telah mati dibunuh. Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut? A Brooke melepaskan kuasa pemerintahan B Pengaruh golongan radikal meningkat C Pentadbiran British menjadi lemah D Rosli Dhobi dihukum gantung 9 Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948? A Memenuhi desakan orang dagang B Kekuatan perpaduan orang Melayu C Pertambahan bilangan kaum imigran D Akur dengan tuntutan golongan radikal 10 PUTERA-AMCJA telah mengadakan hartal pada 20 September 1947. Apakah tindakan yang diambil semasa hartal berlangsung? A Mogok lapar B Demonstrasi aman C Peniaga menutup kedai D Berlakunya rusuhan kaum 11 Maklumat berikut berkaitan dengan Gerakan Komunis Antarabangsa. • Persidangan Kongres Belia Asia • Persidangan Parti Komunis India PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 78 1249/2 1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1 Slogan berikut merupakan propaganda Jepun dalam menjayakan misi menawan Tanah Melayu. • Semangat Asia • Asia untuk Orang Asia (a) Apakah kesan propaganda tersebut terhadap masyarakat di Tanah Melayu? [2 markah] (b) Pembaharuan Meiji berteraskan perindustrian telah memberikan kesan kepada Tanah Melayu. Jelaskan pernyataan ini. [4 markah] (c) Huraikan kesan sekiranya sektor perindustrian negara mengalami kemerosotan. [4 markah] 2 Pembentukan kabinet pertama selepas Pilihan Raya Umum 1955 membuktikan bahawa Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai status berkerajaan sendiri. (a) Namakan menteri yang dilantik memegang portfolio yang berikut: (i) Menteri Pelajaran: (ii) Menteri Kesihatan: [2 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 79 1249/2 1249/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT (b) Jelaskan peranan yang telah dimainkan oleh kabinet tersebut. [4 markah] (c) Gambar berikut menunjukkan barisan kabinet di negara kita pada tahun 2023. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan pada hari ini untuk memperkukuh sistem kabinet Malaysia? [4 markah] 3 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perumahan bagi rakyat Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri. (a) Apakah program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam usaha menyediakan kemudahan perumahan kepada rakyat? [3 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SEJARAH SPM KOLEKSI KERTAS SBP SEKOLAH BERASRAMA PENUH kssm PERCUBAAN FORMAT SPM TERKINI Imbas kod QR untuk mendapatkan Skema Pemarkahan Semenanjung Malaysia : RM9.50 Sabah & Sarawak : RM9.90 Kelebihan Siri Ini: Soalan digubal oleh panel guru pakar dan guru cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh Soalan digubal berdasarkan format peperiksaan SPM terkini Digunakan di sekolah-sekolah yang menghasilkan keputusan yang cemerlang Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Skema pemarkahan lengkap disediakan untuk penskoran A+ Judul-judul dalam siri ini: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik (Dwibahasa) Matematik Tambahan (Dwibahasa) Fizik (Dwibahasa) Kimia (Dwibahasa) Biologi (Dwibahasa) Sejarah Pendidikan Islam Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Ekonomi Prinsip Perakaunan Ujian Amali Fizik (Dwibahasa) Ujian Amali Kimia (Dwibahasa) Ujian Amali Biologi (Dwibahasa) 9 786294 711716 ISBN 978-629-471-171-6 KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SPM SBP SEJARAH PENERBIT MAHIR SDN BHD