The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2024-03-05 22:27:26

Praktis ECO Bahasa Melayu Tingkatan 1

Praktis ECO Bahasa Melayu Tingkatan 1

Latihan Topikal Berdasarkan Format DSKP Terkini TAN SIEW HWA PRAKTIS EM RM4.90 WM RM4.50 BERBALOI! JIMAT ! 1 Tingkatan KSSM Bahasa Melayu


1 Hari Sukan Negara ke Arah Negara Bersukan Meningkatkan produktiviti Mengenal bakat sukan Kesihatan Kesejahteraan menyeluruh Minda sihat Negara ceria dan bersatu Berdasarkan bahan di bawah, kenal pasti kelebihan pelancaran Hari Sukan Negara. Kemudian, ceritakan kepada rakan anda. PRAKTIS 1: TEMA 12 BAHAGIAN 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


2 Dengar petikan yang dibaca oleh seorang rakan anda dengan teliti. Kemudian, bersoal jawab dengan rakan anda berdasarkan soalan-soalan yang diberikan. Dalam zaman yang serba mencabar ini, murid-murid diseru agar meningkatkan kecemerlangan diri dalam pelbagai aspek kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, “Dunia moden ialah suatu perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Hanya yang berusaha akan mencapai kejayaan.” Oleh itu, murid-murid mestilah mengorak langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan diri agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Murid-murid haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan akademik yang cemerlang. Dengan ini, mereka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading sekali gus membanggakan ibu bapa dan guru-guru yang berjasa kepada mereka. Sebagai contohnya, mereka wajarlah memasang telinga semasa guru sedang mengajar serta membuat latih tubi di rumah kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Selain itu, murid-murid juga disarankan agar bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum untuk menimba pelbagai kemahiran dan pengetahuan baharu yang tidak diajarkan oleh guru-guru di bilik darjah. Misalnya, pengetahuan tentang pengekodan dapat ditimba oleh murid-murid melalui pelibatan dalam Kelab Komputer dan Multimedia sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Impaknya, mereka berupaya untuk meningkatkan potensi dan kebolehpasaran diri. Sebagai kesimpulannya, setiap murid pasti akan mencapai kejayaan dengan adanya usaha yang berterusan dan iltizam yang teguh kerana usaha tangga kejayaan. Janganlah mudah berputus asa walaupun mengalami kegagalan kerana kegagalan merupakan pemangkin kejayaan pada masa hadapan. Dengan ini, harapan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk murid-murid yang cemerlang pasti dapat dicapai. 1 Apakah yang harus dilakukan oleh murid-murid untuk memperoleh keputusan akademik yang cemerlang? 3 Mengapakah murid-murid disarankan agar bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum? 5 Mengapakah murid-murid tidak boleh berputus asa walaupun mengalami kegagalan? 2 Mengapakah murid-murid perlu berusaha untuk memperoleh keputusan akademik yang cemerlang? 4 Apakah pengetahuan yang dapat ditimba oleh murid-murid yang menyertai Kelab Komputer dan Multimedia di sekolah? 6 Selain perkara yang dinyatakan dalam petikan, apakah langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh seseorang murid untuk meningkatkan kecemerlangan diri? PRAKTIS 2: TEMA 14


3 Baca petikan yang disediakan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan. Awal pagi lagi, Fateh dan Rafiq telah bertolak ke Litar Formula Satu Sepang. Mereka berasa teruja. Fatih memakai kemeja-T merah manakala Rafiq berkemeja hitam. Mereka seronok kerana bakal menyaksikan perlumbaan kereta Formula Satu. Mereka gembira kerana mendapat tempat duduk yang strategik. Mereka dapat melihat litar yang bengkang-bengkok, melengkung dan lurus. Kedengaran pengumuman menyatakan bahawa perlumbaan akan dilewatkan. Mereka kecewa seketika. Semua kereta Formula Satu telah berada di litar. Sinaran matahari semakin terik. Apabila isyarat perlumbaan dibunyikan, pemandu kereta pantas mengejar kereta lawan. Persaingan antara setiap pelumba juga sangat sengit. Fateh terpegun melihat sebuah kereta keluaran baharu dipandu oleh pemandu terkenal. Badan kereta itu berkilat dan sungguh menakjubkan. Kereta hijau yang berbentuk aerodinamik itu kelihatan begitu bergaya di atas litar. Fateh dan Rafiq kagum melihat gandar kereta Formula Satu yang kukuh dan kuat. Fateh pernah membaca sebuah buku yang menyatakan bahawa kerangka utama kereta Formula Satu diperbuat daripada gentian karbon supaya tahan lasak. Maka itu, tidak hairanlah jika kereta Formula Satu mampu memecut sepuluh kali lebih pantas daripada kereta biasa. Fateh dan Rafiq menyaksikan perlumbaan itu sehingga tamat. Walaupun berpeluh-peluh kepanasan, namun mereka sangat puas kerana dapat menyaksikan perlumbaan kereta Formula Satu yang hebat. Dipetik dan diubah suai daripada “Deruman di Litar”, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, hlm. 66 Apakah pengalaman baharu yang dialami oleh Fateh dan Rafiq ketika menyaksikan perlumbaan Formula Satu di Sepang? Apakah kesan positif kepada negara apabila perlumbaan Formula Satu dianjurkan di negara kita? Ceritakan pengalaman anda ketika menyaksikan manamana acara sukan secara langsung dengan ringkas di hadapan kelas. PRAKTIS 3: TEMA 6


4 Berdasarkan infografik di bawah, huraikan kepentingan sektor pelancongan kepada pembangunan ekonomi negara. Memangkin ekonomi Menarik pelabur asing Menjadi wakil perpaduan antarabangsa Wujud kesan berganda dalam pelbagai industri Merancakkan pembangunan infrastruktur Budaya dan alam semulajadi dihargai Kepentingan Industri Pelancongan PRAKTIS 4: TEMA 10


5 Dengan petikan yang dbaca oleh rakan anda dengan telitinya. Kemudian, terangkan tentang punca-punca bahasa Melayu semakin diabaikan. Bahasa Melayu sering dipandang rendah kerana dianggap hanya digunakan di negara ini dan bukan bahasa antarabangsa, tiada nilai ekonomi serta tidak profesional. Bahasa Melayu dilihat seolah-olah sebagai bahasa umum yang perlu diketahui sahaja dan bukannya untuk dikuasai. Hal ini diburukkan lagi dengan situasi ada rakyat sendiri yang tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Mereka lebih menggemari penggunaan bahasa asing yang lain ataupun bahasa ibunda yang telah pun sebati dengan kehidupan harian mereka. Kekurangan penguatkuasaan juga turut menyebabkan penggunaan bahasa Melayu yang terhad. Hanya sektor kerajaan sahaja yang menggunakan bahasa ini dalam urusan harian manakala sektor swasta yang lain boleh memilih mana-mana bahasa yang diminati oleh mereka dalam urusan pekerjaan. Kadang-kadang kita juga dapat melihat penggunaan bahasa Melayu yang salah dalam pelbagai iklan yang digunakan di tempat-tempat awam tetapi keadaan ini dibiarkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, taraf bahasa Melayu kita semakin dipandang rendah berbanding dengan penggunaan bahasa yang lain. Bahkan ada juga masyarakat yang menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak standard dan mengagungkan bahasa Inggeris yang dilihat sebagai bahasa sedunia dan bahasa pembangunan. Para pemimpin yang juga selalu bertutur dengan menggunakan bahasa Inggeris semasa dalam persidangan di luar negara juga turut menjadi punca bahasa Melayu semakin ditolak ke tepi oleh masyarakat di negara kita sendiri. Sudah tiba masanya, pemimpin dan rakyat di negara kita bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk meningkatkan imej dan status bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu di negara kita supaya dapat menjadi bahasa kebanggaan bersama. Punca-punca Bahasa Melayu Semakin Diabaikan PRAKTIS 5: TEMA 15


6 Dengar dialog yang dibaca dengan telitinya. Kemudian, bincangkan persoalan yang dikemukan dalam dialog tersebut bersamasama rakan-rakan anda. Jia Li : Diyana, mengapakah awak kelihatan sedih sahaja? Diyana : Saya sedang memikirkan perbualan dengan ayah saya semalam. Beliau mengatakan bahawa selepas tingkatan tiga nanti, saya mesti mengikuti aliran sains supaya dapat menjadi seorang doktor pada masa akan datang. Jia Li : Bukankah itu perkara yang baik? Awak sepatutnya berasa gembira. Diyana : Saya ingin mengikuti aliran sastera. Saya sudah bercitacita untuk menjadi seorang sasterawan yang terkemuka pada suatu hari nanti. Jia Li : Wah, hebat sungguh cita-cita awak! Adakah awak sudah beritahu kepada ayah? Diyana : Sudah, Jia Li. Namun, ayah saya berpendapat kerjaya sebagai seorang doktor adalah lebih dipandang tinggi oleh masyarakat. Jia Li : Saya lihat, ramai masyarakat menganggap hanya kerjaya sebagai seorang doktor yang terbaik sedangkan banyak lagi kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan. Diyana : Saya sudah buntu, Jia Li. Saya tidak tahu lagi cara untuk meyakinkan ayah saya. Jia Li : Saya faham, Diyana. Saya harap ayah awak akan sedar bahawa aliran sastera juga membuka masa depan yang cerah dalam hidup seseorang. 1 Apakah yang seharusnya dilakukan oleh Diyana untuk meyakinkan ayahnya? (a) (b) 2 Mengapakah aliran sains menjadi pilihan utama dan aliran lain diketepikan? (a) (b) 3 Selain faktor yang dinyatakan di atas, apakah sebab-sebab lain yang menyebabkan majoriti masyarakat menganggap bidang perubatan menjanjikan kerjaya yang lebih baik? PRAKTIS 6: TEMA 16


11 Baca teks yang diberikan secara luncuran dan imbasan. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah. Permainan tradisional seperti congkak, gasing dan wau merupakan warisan budaya yang berharga. Oleh itu, permainan tradisional mestilah dipopularkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Persoalannya, apakah langkah-langkah pragmatik yang boleh diambil untuk mempopularkan permainan tradisional? Tepuk dada tanya selera. Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya menganjurkan pertandingan permainan tradisional pada peringkat sekolah. Prakarsa ini bertujuan untuk mendedahkan keunikan permainan tradisional kepada muridmurid sejak bangku sekolah lagi. Kesannya, minat murid-murid untuk bermain permainan tradisional dapat dipupuk kerana tak kenal maka tak cinta. Selain itu, pihak media seharusnya mempromosikan permainan tradisional secara berterusan kerana mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Dalam hal ini, iklan-iklan tentang kelebihan permainan tradisional perlu disebarluaskan melalui radio, televisyen dan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Impaknya, khazanah budaya ini tidak akan dipinggirkan oleh masyarakat. Di samping itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia wajarlah mengadakan pameran permainan tradisional di pusat beli-belah di seluruh negara. Untuk memastikan pameran tersebut mendapat sambutan hangat daripada masyarakat, demonstrasi dan persembahan permainan tradisional yang menarik haruslah dianjurkan. Implikasinya, warisan budaya ini tidak akan pupus ditelan zaman. Sebagai kesimpulannya , semua pihak perlu bahu-membahu bagai aur dengan tebing untuk mempopularkan permainan tradisional. Dengan ini, kegemilangan permainan tradisional dapat dihidupkan kembali. 1 Perkataan bahu-membahu dalam petikan bermaksud . 2 Berdasarkan petikan, nyatakan tiga langkah yang boleh diambil untuk mempopularkan permainan tradisional. (a) (b) (c) 3 Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang dapat diperoleh jika kita bermain permainan tradisional? PRAKTIS 3: TEMA 11


12 Baca promosi program di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA Tarikh: 22 Januari 202_ Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang Lokasi: Dewan Muafakat, Ayer Hitam, Johor 8.30 pagi Ketibaan dan pendaftran peserta dan jemputan 9.20 pagi – Pendaftaran dan taklimat ringkas media – Pameran keselamatan jalan raya 9.45 pagi Ketibaan dif-dif Kehormat 10.15 pagi Ucapan Aluan oleh YBhg. Ketua Pengarah MIROS 10.30 pagi Ucapan Perasmian Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong 10.45 pagi – Penyampaian hadiah pertandingan – Pelancaran Buku Penyiasatan dan rekonstruksi kemalangan – Pelancaran kempen keselamatan berbasikal – Pengiktirafan Malaysia Motorcycle Assessment Program (MyMAP) – Advokasi bersama penunggang motosikal 11.15 pagi – Lawatan YB Menteri ke Tapak Pameran dan demonstrasi keselamatan jalan raya 12.00 tengah hari Sidang media 1.00 petang Bersurai ATUR CARA PRAKTIS 4: TEMA 2 KESELAMATAN JALAN RAYA BERHENTI


13 Baca pantun di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. Kemudian, jelaskan maksud bagi setiap rangkap pantun. Sesekali jangan berpecah-belah, Satu kariah bahkan negara; Bersatu hati saling berhemah, Hidup bahagia negara sejahtera. Jalan seiringan berpimpin tangan, Berbicara bahagia indah di muka; Bersatu padu jadikan pegangan, Keluarga bahagia negara merdeka. Teguhkan ikatan eratkan persaudaraan, Rukun perpaduan mesti bersatu; Kuatkan hubungan jauhi persengketaan, Harmoni negara berkat berpadu. Sesekali jangan berpecah-belah, Satu kariah bahkan negara; Bersatu hati saling berhemah, Hidup bahagia negara sejahtera. PRAKTIS 5: TEMA 3 Pantun Maksud


18 Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis perenggan pendahuluan tentang kepentingan sektor perindustrian di negara Malaysia. Kepentingan Sektor Perindustrian di Negara Malaysia Mewujudkan peluang pekerjaan Meningkatkan daya saing negara Menjanakan pendapatan negara Mengurangkan pengimportan barang-barang Ayat Tema Ayat Rangsangan Ayat Arahan Pendahuluan Lengkap PRAKTIS 2: TEMA 13


19 Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis perenggan isi dan kesimpulan bagi karangan yang bertajuk “Kebaikan-kebaikan Aktiviti Sukan”. Aktiviti Bersukan Kebaikan- kebaikan Aktiviti Bersukan Menyihatkan tubuh badan Mengisi waktu senggang Meredakan stres Mengeratkan hubungan kekeluargaan PRAKTIS 3: TEMA 12


20 Perenggan Isi 1 Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penyimpul Perenggan Isi 2 Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penyimpul Perenggan Isi 3 Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penyimpul Perenggan Isi 4 Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penyimpul Kesimpulan Ayat Kesimpulan Umum Ayat Cadangan Ayat Harapan


25 Baca dan hayati rangkap sajak di bawah dengan telitinya. Kemudian berikan maksud setiap rangkap tersebut. Kunci Bahasa PRAKTIS 2: TEMA 15 Bahasa bermaruah tidak berbilur bahasa di lidah. Maksud: 1 Bahasa berbuah tidak kering bahasa dipecah. Maksud: 2 Bahasa berwasilah tidak putus jambatan ukhuwah. Maksud: 4 Bahasa bersejarah tidak luput bahasa bertingkah. Maksud: 3 Bahasa berbudi sudah tidak lokek pada ummah. Maksud: 5 Bahasa begitu indah tidak hanis berbahasa bermadah. Maksud: 6


26 Lihat gambar di bawah dengan telitinya. Kemudian, cipta sebuah karya fiksyen dengan menggunakan bahasa yang indah dan menarik. PRAKTIS 3: TEMA 2


27 Lengkapkan syair di bawah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang diberikan. (1) kita sudah merdeka, Hidup (2) setiap masa, Bagai bunga yang sedang (3) , (4) ia bersama-sama. Negara kita berbilang (5) , Berbagai (6) berbagai agama, (7) ia selama-lamanya, Janganlah nanti timbul (8) . (9) itu merdeka diri, (10) prinsip berperibadi, Jika datang (11) dan ujian, Jangan (12) jangan berganjak. (13) pedoman kita, Demi kehidupan yang (14) , Syukuri nikmat yang diberi-Nya, Hidup pasti (15) dan damai. Merdeka bangsa cabaran bencana tenteram Teguh budaya Jagalah Negara Suburkan mekar aman harmoni Rukun Negara takut PRAKTIS 4: TEMA 15


34 1 Amalan rumah terbuka dapat menyemarakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. A perasan B semangat C hasrat D kehendak 2 yang terletak di negeri Sabah merupakan destinasi pelancongan yang terkenal. A Gua Niah B Menara Berkembar Petronas C Gunung Kinabalu D Pulau Tioman 3 Perut Soon Lai makin kerana dia tidak mengamalkan diet yang seimbang. A buncit B kempis C lonjong D leper Soalan 4 hingga Soalan 6 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 4 Adik meminta ibu supaya membelikannya alat-alat tulis di kedai itu. Tiada kesalahan A B C D 5 Ah Meng masih kenyang kerana baharu bersarapan sebentar tadi. Tiada kesalahan A B C D 6 Encik Hamzah telah membeli dua buah penghawa dingin kerana cuaca belakangan ini terlalu A B C panas. Tiada kesalahan D Soalan 1 hingga Soalan 3 Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai. PRAKTIS 7: OBJEKTIF


39 Baca sajak di bawah dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. KITA UMPAMA SEHELAI DAUN Kita umpama sehelai daun bertunas segar di hujung ranting lalu melebar dan merimbun tempat bercanda unggas meriang di bawah redup bebayang mentari andai kikir jasa dan bakti di mana lagi tempat bernaung dari tusukan bahang memijar unggas kecil tidak berkudrat kita umpama sehelai daun bakal kering sampai waktunya usahlah angkuh keupayaan diri sehingga lupa makhluk duafa ingin bernaung mencari hidup jadilah sehelai daun hijau menunas menyegar mata kering gugur menjadi baja SMahadzir Antologi Kuingin Berterima Kasih 1 Apakah unsur alam yang tidak dinyatakan dalam sajak di atas? A Tanah B Ranting C Unggas D Daun 2 Pernyataan yang berikut merupakan nasihat yang ingin disampaikan oleh penyajak, kecuali A hidup hendaklah berbakti B elakkan bersikap sombong C menyenangkan hidup orang lain D menganggap diri lebih sempurna 3 Sebagai remaja berwawasan, apakah sumbangan yang dapat anda berikan kepada negara? A Memajukan ekonomi negara. B Menghabiskan masa berbual kosong dengan jiran. C Membaja pokok di halaman rumah. D Menyegarkan mata dengan melihat kehijauan alam. PRAKTIS 3: OBJEKTIF


40 Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Hatta, maka pada suatu waktu kedua-dua orang suami isteri itu meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang anaknya itu yang masih kecil. Kedua-dua orang anak yatim piatu itu belum dapat mencari nafkahnya sendiri kerana mereka masih terlalu kecil. Segala ternakan dan harta benda peninggalan orang tuanya habis diambil oleh orang-orang jahat, sehingga kedua-dua orang anak yatim piatu itu melarat hidupnya. Hanya sebuah kolam ikan yang digali dan dibuat sendiri oleh ayahnya sahaja yang masih tinggal dan tidak dapat dicuri atau diambil oleh orang-orang jahat itu. Pusaka satu-satunya yang tinggal itulah yang selalu dijaga siang dan malam oleh kedua-dua orang anak yang malang itu. Anak sulung sudah agak besar, akan tetapi sayang sekali anak itu cacat. Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang. Dipetik daripada “Asal Padi”, dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Orang tua kedua-dua orang anak yatim piatu itu telah meninggal dunia dan segala ternakan dan harta benda peninggalan orang tua mereka pula habis diambil oleh orang-orang jahat. Keadaan mereka umpama A malang tidak berbau B nasi sudah menjadi bubur C sudah jatuh ditimpa tangga D sudah terhantuk baru terngadah 2 Yang manakah ialah harta peninggalan kedua-dua orang suami isteri itu yang tidak dapat dicuri oleh orangorang jahat? A ternakan B emas C kolam ikan D barang kemas 3 Pusaka satu-satunya yang tinggal itulah yang selalu dijaga siang dan malam oleh kedua-dua orang anak yang malang itu. Apakah nilai yang dapat dikenal pasti daripada ayat di atas? A kasih sayang B ketaatan C tanggungjawab D ketabahan 4 Yang berikut merupakan kecacatan yang dialami oleh anak sulung, kecuali A kedua-dua tumitnya berlubang B jari-jari kakinya tumbuh melekat antara satu dengan yang lain C kakinya kerekot D badannya bongkok PRAKTIS 4: OBJEKTIF


41 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Oren juga selama berada di rumahnya seperti tetamu yang selalu menjaga sikapnya. Kebersihan dirinya juga sering diurus sendiri. Oren tidak membuang najisnya di dalam rumah. Oren sentiasa ke tandas atau ke longkang jika ingin membuang najisnya. Tabiat Oren seperti kucing yang telah dididik sebelum dia memungutnya. Namun, dia tidak dapat memulangkan Oren kepada tuan asalnya kerana dia tidak tahu tuannya siapa. Dia juga tidak sanggup membiarkan Oren begitu sahaja kerana dia telah menyebabkan kematian ibu Oren. Kelabu pada awalnya selalu juga membuang najisnya di merata-rata tempat, tidak terkecuali di dalam rumah sehingga rimas mereka untuk mengajar Kelabu supaya mengikut cara Oren. Dipetik daripada “Oren”, dalam antologi Kuingin Berterima Kasih, Kementerian Pendidikan Malaysia 1 Oren dan Kelabu seperti yang dijelaskan dalam petikan cerpen tersebut ialah dua ekor A anjing. B kucing. C kuda. D ayam. 2 Mengapakah dia tidak dapat memulangkan Oren kepada tuan asalnya? A Dia terlalu sayang akan Oren. B Dia tidak mengetahui identiti tuan asal Oren. C Dia ingin memelihara Oren di rumahnya. D Dia mahu menjual Oren kepada orang lain. 3 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. A Kelabu sentiasa mengutamakan kebersihan diri. B Ibu Oren masih hidup lagi. C Oren pernah membuang najis di dalam rumah. D Oren membuang najis di tandas ataupun di longkang. 4. Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam petikan tersebut, kecuali A Kita hendaklah bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan. B Kita hendaklah mementingkan kebersihan diri pada setiap masa. C Kita hendaklah menyayangi haiwan peliharaan. D Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup. 5 Apakah peleraian cerpen Oren? A Oren telah kembali ke pangkuan tuan asalnya. B Oren sudah tidak bernyawa lagi. C Oren telah pulang ke rumah dia. D Oren dibela oleh orang lain. PRAKTIS 5: OBJEKTIF


46 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia (ii) Destinasi Impian karya Mohd. Ismail Sarbini (iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman (iv) Sejambak Bakti karya Rejab F.I Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama. BAHAGIAN 7 Novel PRAKTIS 1


BAHASA MELAYU PRAKTIS ECO TINGKATAN 1 KSSM Siri Praktis ECO mengandungi pelbagai soalan dan aktiviti bagi mengukuhkan pemahaman murid-murid serta kemahiran dalam setiap subjek yang dipelajari. Judul-judul dalam siri ini: BAHASA MELAYU ENGLISH MATEMATIK SAINS SUBJEK TINGKATAN 1 2 3 4 5 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak : RM4.50 : RM4.90 PRAKTIS Bahasa Melayu 9 786294 851856 ISBN 978-629-485-185-6


Click to View FlipBook Version