EKONOMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 2 Set Kertas Peperiksaan Progresif Sijil Pelajaran Malaysia 3 Set Kertas Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2021, 2022 dan 2023 Digubal oleh PANEL AKRAM Negeri Terengganu Format SPM TERKINI Skema Pemarkahan Disediakan dalam KOD QR Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia HAK CIPTA EKSKLUSIF KERTAS PERCUBAAN SPM TERENGGANU MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN PENERBIT MAHIR SDN BHD
Format Instrumen Peperiksaan SPM Ekonomi iv Peperiksaan Percubaan SPM AKRAM Tahun 2023 Kertas 1 1 – 6 Kertas 2 7 - 16 Peperiksaan Percubaan SPM AKRAM Tahun 2022 Kertas 1 17 – 22 Kertas 2 23 – 32 Peperiksaan Percubaan SPM AKRAM Tahun 2021 Kertas 1 33 – 38 Kertas 2 39 – 48 Peperiksaan Progresif Sijil Pelajaran Malaysia Set 1 Kertas 1 49 – 56 Kertas 2 57 – 66 Peperiksaan Progresif Sijil Pelajaran Malaysia Set 2 Kertas 1 67 – 74 Kertas 2 75 – 84 SKEMA PEMARKAHAN rb.gy/iqwkbw PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 5 3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/1 23 Apakah kos sosial yang timbul akibat pembinaan landasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Tepoh, Kuala Nerus? A Menjimatkan masa perjalanan B Kos rawatan pekerja bertambah C Belanja kerajaan semakin meningkat D Penduduk kampung hadapi kesesakan lalu lintas 24 Antara berikut, yang manakah betul tentang peranan kerajaan dalam ekonomi? I Mengawal selia pengeluar II Mencapai guna tenaga penuh III Menetapkan harga dan kuantiti keseimbangan IV Mengeluarkan barang ekonomi dan barang awam A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 25 Kerajaan mengawal kesan luaran negatif dengan A mengenakan kawalan harga keluaran firma B menggubal akta dan undang-undang C menggunakan dasar kewangan D melaksanakan dasar fiskal 26 Maklumat berikut berkaitan dengan kadar inflasi di Malaysia. Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan kepada 3.3 peratus pada 2022 berbanding 2.5 peratus tahun 2021 dengan mata Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 127.2 berbanding 123.1 pada 2021. Keadaan tersebut menunjukkan peningkatan A harga barang import B taraf hidup C nilai wang D kos hidup 27 Jadual berikut menunjukkan KDNK bagi Malaysia pada tahun 2019 hingga 2022. Tahun KDNK (RM juta) 2019 370.60 2020 290.10 2021 336.20 2022 360.20 Berdasarkan jadual tersebut, negara Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang paling rendah pada tahun A 2022 B 2021 C 2020 D 2019 28 Dengan menggunakan dasar fiskal, kerajaan mengurangkan perbelanjaan untuk A menambahkan penawaran wang B menurunkan kadar bunga C menambahkan cukai D menurunkan inflasi 29 Tujuan kerajaan mengamalkan cukai progresif adalah untuk A merapatkan jurang pendapatan masyarakat B mengurangkan kesan luaran negatif C mewujudkan pertumbuhan ekonomi D menstabilkan ekonomi negara 30 Maklumat berikut menunjukkan tindakan bank pusat melalui dasar kewangan mengawal satu keadaan ketidakstabilan ekonomi. Keperluan rizab berkanun dinaikkan tiga kali ganda sebagai langkah awal mengurus peningkatan masalah tunai berlebihan yang membawa kepada peningkatan harga barangan. Apakah tindakan lain yang boleh dilakukan oleh bank pusat untuk mengawal keadaan tersebut? A Kadar faedah pinjaman direndahkan B Tempoh bayaran balik dipanjangkan C Nisbah rizab tunai diturunkan D Surat jaminan kerajaan dijual 31 Apakah maksud imbangan dagangan kurangan? A Nilai eksport tak nampak melebihi nilai import tak nampak B Nilai import nampak melebihi nilai eksport tak nampak C Nilai import nampak melebihi nilai eksport nampak D Nilai eksport nampak melebihi nilai import nampak PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 12 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 3767/2 (ii) Pada buruh ke berapakah berlakunya tahap pengeluaran yang paling cekap? Jelaskan. [3 markah] (d) Jelaskan konsep kos sosial. [4 markah] 3 (a) Peningkatan kadar inflasi memberi implikasi terhadap kadar faedah. Jelaskan. [4 markah] (b) Terangkan dua elemen yang terlibat dalam perbelanjaan mengurus. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 13 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/2 (c) Jadual 4 berkaitan imbangan akaun semasa pada suku kedua tahun 2023. Butiran RM (bilion) Akaun barangan 29.5 Akaun perkhidmatan - 11.3 Pendapatan primer - 6.3 Pendapatan sekunder - 2.8 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia Jadual 4 (i) Tentukan jenis imbangan akaun tersebut. [2 markah] (ii) Jelaskan kesan imbangan akaun semasa di (c)(i) terhadap ekonomi negara. [5 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 19 3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/1 Pilih pernyataan yang betul tentang jadual tersebut. A Kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawar sebanyak 80 unit pada tingkat harga RM25 B Lebihan permintaan sebanyak 50 unit pada tingkat harga RM10 C Harga keseimbangan pasaran ialah RM15 D Harga cenderung naik pada tingkat RM5 8 Padanan yang manakah betul? Perubahan dalam Kuantiti Ditawar Perubahan Penawaran A Penentu ialah faktor harga barang lain Penentu ialah harga barang itu sendiri B Melibatkan dua keluk penawaran Melibatkan satu keluk penawaran sahaja C Apabila harga tetap, kuantiti ditawar berubah Apabila harga berubah, kuantiti ditawar berubah D Berlaku pergerakan titik di sepanjang keluk penawaran Berlaku peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri 9 Rajah berikut menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan. 0 Q1 Q0 D1 D1 P1 P0 D0 S0 E1 E0 S0 D0 Harga (RM) Kuantiti (unit) Antara berikut, pernyataan yang manakah betul menerangkan rajah tersebut? I Perubahan keluk permintaan D0 ke D1 menyebabkan penurunan kuantiti keseimbangan II Harga barang penggenap turun menyebabkan perubahan keluk D0 ke D1 III Peralihan keluk D0 ke D1 menyebabkan wujudnya lebihan permintaan IV Keseimbangan baharu dicapai pada tingkat harga yang lebih rendah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10 Jadual berikut menunjukkan harga dan kuantiti diminta suatu barang di pasaran. Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit) 2 20 4 X Berapakah nilai X jika nilai keanjalan harga permintaan ialah 0.5? A 10 unit B 20 unit C 30 unit D 60 unit 11 Jadual berikut menunjukkan pekali keanjalan harga permintaan dua jenis barang. Barang X Barang Y 1.4 0.3 Pernyataan yang manakah betul? A Naikkan harga barang Y untuk meningkatkan jumlah hasil B Barang Y sangat responsif terhadap perubahan harga C Nilai pekali barang X adalah tak anjal D Contoh barang X ialah pakaian 12 Sesuatu barang cenderung menjadi keanjalan harga penawaran anjal jika A penawaran dalam jangka masa pendek B bilangan firma dalam pasaran adalah sedikit C tambahan kos pengeluaran yang sangat besar D faktor pengeluaran sukar diperoleh dan ditambahkan 13 Perbualan berikut antara Pak Hassan dengan juruwang di kaunter sebuah pasar raya. Pak Hassan: Berapa jumlah semua barang ni? Juruwang: Jumlah semua RM550, pak cik. Pak Hassan: Ok. Pak cik tidak cukup tunai sekarang ni. Boleh pak cik bayar menggunakan kad debit? Juruwang: Boleh pak cik. Apakah fungsi wang dalam perbualan tersebut? A Alat ukuran nilai B Alat simpanan nilai C Alat bayaran tertunda D Alat perantaraan pertukaran PENERBIT MAHIR SDN BHD
3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram. EKONOMI Kertas 1 3767/1 1 Jam 15 minit Satu jam lima belas minit PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM AKRAM TAHUN 2021 PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 34 3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 3767/1 1 Masalah utama ekonomi berlaku disebabkan oleh A sumber ekonomi yang terhad dengan kehendak yang terhad B sumber ekonomi yang tidak terhad dan kehendak yang terhad C sumber ekonomi yang terhad dengan kehendak yang tidak terhad D sumber ekonomi yang tidak terhad dengan kehendak yang tidak terhad 2 Rajah berikut menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang digunakan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan. Buruh Usahawan A Modal Faktor-faktor pengeluaran Apakah ganjaran yang diterima oleh A? A Upah C Faedah B Sewa D Untung 3 Jadual berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran bagi barang perkilangan dan barang pertanian dalam sebuah ekonomi. Kombinasi A B C D E Barang perkilangan (unit) 0 1 2 3 4 Barang pertanian (unit) 37 30 25 10 0 Berapakah kos lepas apabila kombinasi pengeluaran bertukar dari B ke C? A 1 unit barang perkilangan B 4 unit barang perkilangan C 5 unit barang pertanian D 7 unit brang pertanian 4 Situasi berikut berkaitan dengan masalah ekonomi. Syarikat NAZZ mempunyai modal RM190 000 dan ingin mengeluarkan majalah dengan kos sebanyak RM190 000 dan novel yang memerlukan kos RM200 000. Syarikat NAZZ akhirnya membuat keputusan mengeluarkan majalah dengan kos RM190 000. Jawab semua soalan. Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat tersebut? A Kekurangan pendapatan B Kekurangan sumber hasil C Pilihan yang dibuat berdasarkan kepuasan maksimum dan kos yang minimum D Kos lepas yang dihadapi ialah keluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan 5 Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi. 15 16 13 9 0 3 4 S T V Y U R 5 Komputer (ribu unit) Pakaian (ribu helai) Pernyataan yang manakah betul? A Titik V menunjukkan masalah ketidakupayaan ekonomi terhadap komputer dan pakaian B Titik U menunjukkan berlaku kos lepas terhadap komputer sebanyak 9 000 unit C Titik R, S, T dan U menunjukkan kombinasi ketidakcekapan ekonomi D Titik Y merupakan titik kecekapan ekonomi 6 Maklumat berikut berkaitan dengan Firma A. Firma A akan mengeluarkan baju melayu sempena musim perayaan dan telah menambah 5 orang pekerja dalam operasi pengeluarannya memandangkan permintaan yang tinggi menjelang musim tersebut. Apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Firma A tersebut? A Apa yang hendak dikeluarkan B Bagaimana hendak dikeluarkan C Untuk siapa hendak dikeluarkan D Berapa yang hendak dikeluarkan PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 40 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 3767/2 Bahagian A [60 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Gambar 1 menunjukkan aktiviti pengeluaran Firma A. Gambar 1 Terangkan faktor pengeluaran tersebut. [4 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri sistem ekonomi negara Z. • Harga barang ditentukan oleh mekanisme harga • Kerajaan mengawal melalui cukai dan subsidi (i) Tentukan sistem ekonomi negara Z. [1 markah] (ii) Selain daripada mengawal harga barang, nyatakan campur tangan kerajaan yang lain dalam ekonomi. [3 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 41 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/2 (c) Jelaskan kesan setiap situasi yang berikut terhadap pasaran kereta Axia. (i) Puan Aisah telah dinaikkan pangkat dan upahnya telah bertambah sebanyak RM400. [2 markah] (ii) Kerajaan telah memberikan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM150 bilion kepada pengeluar. [2 markah] (iii) Harga kereta import telah turun sebanyak 10 peratus. [2 markah] (d) Rajah di bawah menunjukkan penawaran terhadap sesuatu barang. 0 P Q0 S0 S0 S1 S1 Q1 Harga (RM) Kuantiti (unit) Terangkan tiga penentu yang menyebabkan peralihan keluk penawaran dari S0 S0 ke S1 S1 . [6 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 55 3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/1 28 Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi produktiviti? I Tenaga kerja II Struktur organisasi III Kepuasan pengguna IV Tingkat agihan pendapatan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 29 Eksternaliti negatif merujuk kepada A tindakan firma untuk mengurangkan penggunaan sumber ekonomi B kesan luaran yang dihadapi oleh pihak ketiga daripada aktiviti ekonomi C tindakan kerajaan ke atas aktiviti pengeluaran yang menjejaskan alam sekitar D kesan luaran yang dihadapi oleh pengguna apabila menggunakan sesuatu barang atau perkhidmatan 30 Antara berikut, yang manakah faedah sampingan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kakitangan awam? I Caruman KWSP II Elaun perumahan III Bantuan sara hidup IV Pencen selepas bersara A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 31 lnflasi tolakan kos merujuk kepada kenaikan A harga barang dan perkhidmatan B permintaan pasaran C kos pengeluaran D barang import 32 Antara berikut, yang manakah kesan jika kadar inflasi meningkat dari 4% ke 5%? I Peluang pekerjaan menurun II Kuasa beli masyarakat meningkat III Pendapatan benar masyarakat menurun IV Nilai mata wang yang dipegang oleh isi rumah merosot A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 33 Jadual berikut menunjukkan sebahagian daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2016. Butiran RM juta Pertanian 89 465 Perdagangan borong 75 134 Pembuatan 254 725 Perlombongan dan kuari 97 563 Pembinaan 50 103 Berapakah sumbangan sektor utama pada tahun tersebut? A RM164 599 juta B RM187 028 juta C RM304 828 juta D RM379 962 juta 34 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis cukai. Beban cukai boleh dipindahkan kepada orang lain Cukai yang manakah merujuk kepada maklumat di atas? A Cukai tanah B Cukai keuntungan hartanah C Cukai pendapatan petroleum D Cukai jualan dan perkhidmatan 35 Tujuan dasar fiskal mengembang adalah untuk A meningkatkan permintaan agregat B mengurangkan permintaan agregat C meningkatkan bekalan wang D mengurangkan bekalan wang PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 61 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/2 2 (a) Rajah 4 dan Rajah 5 menunjukkan keanjalan harga penawaran bagi barang R dan S. 7% 25% 0 P0 Q0 Q1 D D P1 Harga (RM) Kuantiti (unit) 9% 13% 0 P0 Q0 Q1 D D P1 Harga (RM) Kuantiti (unit) Rajah 4: Barang R Rajah 5: Barang S (i) Hitung keanjalan harga penawaran bagi barang R. [3 markah] (ii) Tafsirkan pekali keanjalan bagi barang S. [3 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan peralihan kerjaya Azian. Luar bandar (Januari 2019 - Disember 2021) Kerani akaun Kilang Kelapa Sawit, Setiu. Jumlah gaji RM1 200 Bandar (Januari 2022 - Sekarang) Penyelia Kilang Kilang Ais, Gong Badak, Kuala Nerus, Jumlah gaji RM3 500 PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 62 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 3767/2 Terangkan faktor yang mempengaruhi Azira memilih pekerjaan tersebut. [6 markah] (c) Maklumat berikut berkaitan dengan perkhidmatan pembayaran elektronik. SHAH ALAM: Penggunaan perkhidmatan platform pembayaran elektronik (e-pay) seperti Touch 'n Go, e-wallet, Boost dan GrabPay sedikit sebanyak menyumbang rasa selamat kepada pekerja kedai dan pelanggan. Sumber: diubahsuai daripada https://www.bharian.com.my, 18 Januari 2020 Jelaskan kebaikan penggunaan perkhidmatan pembayaran tersebut terhadap pengguna. [4 markah] (d) Jelaskan kepentingan belanjawan peribadi. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 68 3767/1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 3767/1 1 Kajian tentang ilmu ekonomi merujuk kepada A bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas B bagaimana manusia memperuntukkan sumber ekonomi C tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang terhad D tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber 2 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Ayein. Encik Ayein memiliki sebuah bengkel kereta di Marang, Terengganu. Dia membuat pinjaman bank untuk mengembangkan perniagaannya di Kemaman. Sumber ekonomi yang terlibat ialah I tanah II buruh III modal IV usahawan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 3 Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Ali. Teknik Pengeluaran Baju Melayu (pasang) Baju Kurung (pasang) A B 1 500 1 000 3 300 4 200 Jika Syarikat Ali menukar teknik pengeluaran dari B ke A, berapakah kos lepas? A 500 pasang baju melayu B 900 pasang baju kurung C 1 500 pasang baju melayu D 3 300 pasang baju kurung Jawab semua soalan. 4 Maklumat berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi. Membina stadium lumba basikal di Kuala Terengganu yang berharga RM3 juta. Antara berikut, yang manakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan dalam usaha membina stadium tersebut? I Persaingan daripada syarikat swasta II Masalah kekurangan tenaga buruh asing III Mengurus sumber kewangan yang terhad IV Stadium bola sepak yang tidak dapat dibina dengan kos yang sama A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 5 Rajah berikut menunjukkan sebuah keluk kemungkinan pengeluaran. 0 Barang X Barang Y D C Pilih pernyataan yang tepat apabila kombinasi pengeluaran beralih dari titik C ke D. A Barang X dikeluarkan dengan banyak dalam ekonomi B Semakin banyak barang Y dikeluarkan dalam ekonomi C Kadar pengangguran adalah tinggi dalam ekonomi D Berlaku kemajuan tingkat teknologi pengeluaran PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 82 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 3767/2 (d) Belanjawan lebihan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ketidakstabilan ekonomi. Jelaskan. [5 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 83 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) [Lihat halaman sebelah] SULIT 3767/2 Bahagian B [40 markah] Jawab dua solan sahaja dalam bahagian ini 4 Maklumat berikut berkaitan dengan pengagihan BR1M di Malaysia. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata ”bantuan itu akan dimasukkan dalam akaun penerima secara berperingkat. Kami jangka sekitar 80 hingga 90 peratus penerima BR1M akan menerima wang masing-masing Jumaat ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sumber: diubah suai daripada http://www.bharian.com.my, 28 Februari 2018 (a) Jelaskan kesan maklumat tersebut terhadap pengguna. [4 markah] (b) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan maklumat tersebut terhadap pasaran barang. [7 markah] (c) Penglibatan kerajaan dalam ekonomi di negara tersebut dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas? Kemukakan alasan anda. [9 markahj 5 Maklumat berikut berkaitan dengan eksternaliti. PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menjalankan siasatan pencemaran sungai di Kampung Perigi Aceh, Pasir Gudang, Johor. Air Sungai Daing dan Sungai Kopak di kampung itu bertukar menjadi kehitaman, malah turut mengeluarkan bau yang meloyakan, dengan mata penduduk turut mengalami kepedihan setiap kali berada berhampiran sungai. Sumber: diubah suai daripada https//www.bharian.com.my, 03 Julai 2021 (a) Jelaskan konsep eksternaliti [5 markah] (b) Cadangkan tindakan yang perlu anda laksanakan untuk menangani masalah di atas. [6 markah] (c) Pencemaran tersebut memberi kesan terhadap ekonomi negara. Bincangkan. [9 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 84 3767/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT 3767/2 6 Maklumat berikut berkaitan tindakan kerajaan bagi mengawal ketidakstabilan ekonomi. Kadar Faedah Dijangka Turun Lagi Tahun Ini KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tahun ini dijangka sekali lagi menurunkan kadar faedah pinjaman tempatan, bagi terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara akibat terkesan teruk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perintah berkurung di negara lain bagi membendung penularan COVID-19. Sumber: diubah suai daripada https://www.bharian.com.my, 15 Januari 2021 (a) Jelaskan ketidakstabilan ekonomi yang akan berlaku. [5 markah] (b) Bagaimanakah dasar kewangan dapat mengawal keadaan di 6(a)? [6 markah] (c) Tindakan kerajaan bagi mengatasi keadaan ekonomi tersebut dapat mempengaruhi taraf hidup rakyat. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas? Kemukakan alasan anda. [9 markah] 7 Maklumat berikut berkaitan dengan satu dasar kerajaan. KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal menampung subsidi minyak dan minyak masak sehingga RM8 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada RM3.78 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini. Usaha ini juga bagi menampung kekurangan bekalan minyak masak tempatan dalam negara. Tengku Zafrul berkata, susulan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi kerajaan bagi produk pefroleum petrol RON95, diesel dan Liquified Petroleum Gas (LPG) serta minyak masak bersubsidi dijangka meningkat dengan mendadak. Sumber: diubah suai daripada https://www.astroawani.com.my, 3 Julai 2021 (a) Jelaskan kesan tindakan di atas terhadap pasaran minyak masak tempatan. [5 markah] (b) Jelaskan kesan keadaan pada 7(a) kepada firma. [6 markah] (c) Setujukah anda sekiranya kerajaan mengimport bekalan minyak masak dari luar negara untuk menampung kekurangan bekalan dalam pasaran minyak masak tempatan? Beri alasan anda. [9 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT PENERBIT MAHIR SDN BHD
KERTAS PERCUBAAN SPM TERENGGANU AKRAM EKONOMI Dengan Kerjasama: Semenanjung Malaysia : RM8.50 Sabah & Sarawak : RM8.90 Siri Kertas Percubaan SPM Terengganu AKRAM digubal oleh ahli panel AKRAM Negeri Terengganu. AKRAM ialah singkatan kepada Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan murid khususnya di negeri Terengganu dengan menyediakan soalan-soalan latih tubi untuk digunakan oleh murid. Hasil daripada usaha AKRAM, Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai pencapaian terbaik dalam peperiksaan di sekolah mahupun peperiksaan awam. Kertas Percubaan SPM Terengganu yang dihasilkan ini digubal berdasarkan format SPM terkini dengan menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) supaya murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Kertas Percubaan SPM ini diharap dapat membantu murid di seluruh negara untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Matematik Tambahan Sains Fizik Kimia Biologi Sejarah Geografi Pendidikan Moral Pendidikan Islam Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Bahasa Arab Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan Judul-judul dalam siri ini: KERTAS PERCUBAAN SPM TERENGGANU MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia 9 786294 711617 ISBN 978-629-471-161-7 PENERBIT MAHIR SDN BHD