The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Latihan & Aktiviti PBD Bahasa Melayu Tahun 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2023-11-05 22:39:29

Modul Latihan & Aktiviti PBD Bahasa Melayu Tahun 6

Modul Latihan & Aktiviti PBD Bahasa Melayu Tahun 6

LATIHAN & AKTIVITI PBD BAHASA MELAYU Haslinda Tahir Aida Mahelen KSSR 6 Menepati buku teks & DSKP terkini Latihan & aktiviti PBD pelbagai bentuk Uiian Formatif, Uiian Pertengahan Tahun & Uiian Akhir Sesi Akademik (UASA)


JADUAL PENTAKSIRAN MURID v-x BAHASA MELAYU TAHUN 6 TEMA 1 Kekeluargaan T1-1 TEMA 2 Kesihatan dan Kebersihan T2-10 TEMA 3 Keselamatan T3-18 UJIAN FORMATIF 1 F1-27 TEMA 4 Perpaduan T4-31 TEMA 5 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika T5-40 KANDUNGAN


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T1–2 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Baca dan fahami petikan. Kemudian, lengkapkan peta pemikiran di bawah. SP 2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera. UNIT 1: SALING MENYAYANGI Tema 1: Kekeluargaan PBD 2 Membaca Anis tinggal di Kampung Pantai Pimping. Dia tinggal dengan datuk dan neneknya setelah ibu bapanya meninggal dunia. Datuk dan neneknya telah menjaga Anis dengan penuh kasih sayang. Setiap petang, Anis membantu neneknya menganyam tikar mengkuang. Tikar mengkuang itu dijual di kedai kraf tangan Puan Mona. Hasil jualan tikar mengkuang dapat menampung perbelanjaan seharian mereka. Datuknya pula seorang nelayan. Anis seorang yang ringan tulang membantu datuknya menjual ikan. Anis akan menjaja ikan-ikan segar dengan menggunakan basikal. Sebaik sahaja selesai menjaja ikan, datuknya akan memberikan upah kepada Anis. Anis menerima dengan hati yang girang. Upah yang diterimanya setiap hari akan disimpan di dalam tabung buluh. Anis berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Oleh itu, Anis berusaha menabung sejak kecil. 15 tahun kemudian, Anis telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Kini, Anis bertugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu di kampung halamannya. Kepulangan Anis ibarat sirih pulang ke gagang. Anis Latar belakang Sikap Anis Pengajaran Glosari menjaja – menjual gagang – bahagian pangkal daun


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T1–5 Baca maklumat pada risalah pelancongan di bawah. Kemudian, tulis dalam perenggan untuk menyatakan pilihan pakej pelancongan yang disukai berserta alasannya. UNIT 2: KE SANA KE SINI Tema 1: Kekeluargaan PBD 5 Menulis PAKEJ A SEJARAH BUMI KENYALANG 2 Hari 1 Malam 2 – 4 orang: RM550 5 – 8 orang: RM500 Lebih 9 orang: RM450 Lokasi bersejarah: Astana Kuching dan Square Tower Aktiviti: – Melihat peninggalan sejarah penjajahan British – Menikmati hidangan masakan barat di Square Tower PAKEJ C RIADAH DI SARAWAK 2 Hari 1 Malam 2 – 4 orang: RM650 5 – 8 orang: RM600 Lebih 9 orang: RM550 Lokasi: Borneo Happy Farm Aktiviti: Stesen Arowana – Melihat ikan besar – Memberi ikan makan Stesen Bunny Farm – Arnab dan tikus belanda – Boleh menyentuh dan memberi makan Longeivity Village – Melihat kura-kura gunung, labi-labi hutan PAKEJ B KENALI TAMAN SEMULA JADI 2 Hari 1 Malam 2 – 4 orang: RM750 5 – 8 orang: RM700 Lebih 9 orang: RM650 Lokasi: Taman Negara Bako Aktiviti: – Melihat hidupan liar (monyet belanda) – Aktiviti riadah di kawasan pantai, laut, dan air terjun – Trek-trek khas untuk anak muda


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T1–9 Persembahkan sajak di bawah dengan penuh penghayatan. Ayah Pahlawanku UNIT 3: CERITA PERTEMUAN Tema 1: Kekeluargaan PBD 8 Seni Bahasa SP 4.2.2 Mepersembahkan puisi dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa. Ayah Setiap titis keringatmu Setiap hembus nafas lelahmu Penuh kasih sayang yang luar biasa Ayah Demi aku engkau rela Berkeringat di bawah terik mentari Dibasahi tempias hujan Untuk aku anakmu Ayah Tanpa mengenal jemu Terus berusaha mengubah hidup Bergantung harap sebuah doa Pada Tuhan berserah harapan Ayah Akan aku taat pesananmu Setiap nafasku dan jiwa Akan aku hangatkan namamu Di persada dunia Ayah Akan kupacu usaha gigih Akan kutawan cita-citamu Hanya untuk menikmati senyummu Di ufuk senjamu Ayah. Markah Persembahan 5 Penghayatan 5


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T2–12 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Senaman untuk Kesihatan Senaman merupakan aktiviti yang bagus untuk kesihatan. Kita dapat melihat ramai orang yang meluangkan masa pada setiap pagi atau petang untuk bersenam. Ada yang bersenam sendirian, bersama dengan keluarga ataupun rakan-rakan. Terdapat banyak cara untuk bersenam seperti berjoging, berenang, berbasikal dan senamrobik. Apa-apa sahaja cara bersenam, aktiviti itu pastinya mendatangkan kebaikan kepada kesihatan diri. Senaman memberikan banyak kebaikan, antaranya meningkatkan kecergasan fizikal, meningkatkan kecerdasan mental, membantu mengurangkan lemak agar dapat mengawal berat badan dan menguatkan tulang. Selain itu, senaman dapat mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung. Catat maklumat berdasarkan petikan di bawah. UNIT 4: KESIHATAN TANGGUNGJAWAB KITA Tema 2: Kesihatan dan Kebersihan PBD 3 Menulis SP 3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan. Aktiviti Senaman Waktu yang sesuai Jenis senaman Kebaikan senaman


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T3–21 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan SP 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan. UNIT 8: SENTIASA BERHATI-HATI Tema 3: Keselamatan PBD 4 Membaca Baca cerpen di bawah, kemudian buat analisis menggunakan peta pemikiran. Tragedi Kuih Tepung Pelita Jam dinding menunjukkan baru pukul 6.00 petang. Saliha meletakkan kuih tepung pelita yang baru dibelinya di bazar Ramadan di atas meja. Tidak beberapa lama lagi akan masuk waktu berbuka puasa. Jadi, Saliha mengambil peluang untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Tiba-tiba, Saliha terdengar suara adiknya, Saliza yang menjerit kesakitan. Saliha melulu keluar dari biliknya. Saliza sedang menangis teresak-esak. Saliza menghulurkan separuh kuih tepung pelita dari tapak tangannya. Saliha berasa sangat terkejut. Saliha segera menelefon ibunya. Ibunya masih dalam perjalanan pulang dari pejabat. Ayahnya pula berada di luar kawasan atas urusan kerja. Saliha semakin risau dan gelisah. Tanpa membuang masa, Saliha berlari ke dapur. Nota-nota penting yang ditampal pada papan info dibaca dengan teliti. Saliha menjumpai nombor telefon kecemasan. Saliha segara mendail 999. Selang beberapa minit, sebuah ambulans tiba di rumah. Saliza telah dibawa ke unit rawatan kecemasan. Setelah diperiksa, Saliza termakan dawai kokot. Dawai kokot itu terdapat pada acuan kuih pelita. Mujurlah Saliza segera dibawa ke hospital. 1 Saliha meletakkan kuih tepung pelita di atas meja. 4 2 5 6 Saliza termakan dawai kokot pada acuan kuih pelita. 3


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T3–22 Tulis karangan laporan berpandukan kerangka karangan di bawah. Kembara Mendaki Bukit Bendera UNIT 8: SENTIASA BERHATI-HATI Tema 3: Keselamatan PBD 5 Menulis Pendahuluan Tarikh: 21 Mac Tempat: Bukit Bendera Masa: 6.30 pagi Peserta: Ibu bapa dan murid Anjuran: PIBG Isi 3 Taklimat keselamatan • Pakaian sukan • Peralatan mendaki • Kotak kecemasan Isi 1 Tujuan program • Jati diri • Ketahanan fizikal dan mental • Memupuk kerjasama • Menghargai alam sekitar Isi 4 Kembara bermula • Para peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan • Setiap kumpulan ada ketua • Anggota rela turut membantu Isi 2 Pendaftaran peserta • Isi borang • Berkumpul di dewan • Ucapan guru besar • Perasmian program Penutup • Berkumpul di sekolah • Harapan • Penyampaian sijil penyertaan


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T3–24 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Tanah Runtuh Punca Kesan SP 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan. UNIT 9: WASPADA FENOMENA ALAM Tema 3: Keselamatan PBD 6 Membaca Lereng bukit yang curam Cerun yang curam akan terdedah kepada keruntuhan tanah. Penebangan hutan Cerun yang terdedah dalam tempoh masa yang panjang membolehkan air mengalir atau meresap ke dalam tanah menyebabkan cerun tidak stabil. Di permukaan cerun, air hujan menyebabkan perangkap air dan akhirnya menyebabkan hakisan dan tanah runtuh. Pembangunan runtuhan di bawah cerun Lambakan tanah longgar di cerun tanpa pemampatan mencipta cerun yang terdedah kepada kegagalan. Saliran yang tidak mencukupi Bahagian longkang yang hilang atau pecah membolehkan air meresap ke dalam tanah menyebabkan cerun menjadi tepu. Baca maklumat di bawah dan lengkapkan peta pemikiran. Tanah Runtuh


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T3–26 Sebut dan tulis huruf tunggal di bawah mengikut tulisan jawi. UNIT 8: SENTIASA BERHATI-HATI Tema 3: Keselamatan PBD 8 Seni Bahasa SP 4.4.1 Mengenal, mengecam, menyebut, dan menulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan jawi dalam kata-kata hikmat dan mempersembahkannya. pandu cermat jiwa selamat


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T4–32 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Baca dan analisis cerita di bawah untuk membuat ramalan. SP 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan. UNIT 10: LANGKAH PERPADUAN Tema 4: Perpaduan PBD 2 Membaca Di sebuah kebun yang terletak di tepi sungai, tinggal dua komuniti siput. Pada suatu hari, sungai mengalami air pasang besar hingga memusnahkan hampir 90 peratus kebun itu. Kelihatan sekumpulan Siput Kebun sedang menangis teresak-esak. “Wahai Siput Kebun, mengapakah kalian bersedih?” tanya Siput Belitung. “Ketika kejadian air pasang tadi, kami berada di luar kawasan. Kami terlupa berpesan kepada semua ahli keluarga agar sentiasa berada di tempat tinggi. Sekarang, hampir semua ahli keluarga kami telah terkorban,” kata Siput Kebun dengan iringan air mata. “Sabarlah sahabat. Kalau kalian tidak keberatan, marilah kita bekerjasama untuk menjaga keselamatan komuniti kita,” ajak Siput Belitung. “Apakah maksud kamu?” soal Siput Kebun. “Begini, setiap kali air sungai akan pasang, saya dan seluruh kerabat di tepi sungai akan mengeluarkan satu bunyi. Bunyi itu sebagai petanda supaya komuniti kamu harus segera berpindah.” Siput Kebun mengangguk-angguk tanda faham. “Apakah pula yang boleh kami lakukan untuk kamu?” soal Siput Kebun. “Kalian hanya perlu membuat bunyi yang sama jika ada manusia yang datang, agar saya dan komuniti saya boleh bersembunyi di tempat yang selamat,” jawab Siput Belitung. “Baiklah. Mulai hari ini, kita sama-sama melindungi antara satu sama lain,” kata Siput Kebun penuh semangat. Sejak hari tersebut, Siput Kebun dan Siput Belitung berkawan baik. Mereka saling bekerjasama dalam menjaga keselamatan. Kisah Dua Komuniti Siput Sebab Terlupa berpesan kepada ahli keluarga. Membuat bunyi sebagai petanda. (1) (2) Glosari kerabat – saudara-mara petanda – tanda atau alamat


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T4–36 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan SP 2.3.2 Membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera, dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk. UNIT 12: SEMARAK PERPADUAN Tema 4: Perpaduan PBD 6 Membaca Baca teks dan nyatakan ilmu serta nilai daripada teks. Bola Sepak Eratkan Perpaduan Bola sepak merupakan sukan yang paling popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Sukan bola sepak ini juga dilihat sebagai cara yang paling berkesan untuk mengeratkan perpaduan antara rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Sukan bola sepak dapat mewujudkan rasa cinta akan negara sama ada kepada pemain ataupun penyokong. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas setiap kali pasukan Harimau Malaya beraksi pada setiap perlawanan. Ramai penyokong yang sanggup berkorban masa dan wang untuk menyaksikan perlawanan semata-mata untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara. Penyokong yang tidak dapat hadir ke stadium pula akan menyaksikan perlawanan menerusi televisyen sama ada di rumah ataupun di kedai makan. Melalui sukan bola sepak ini juga kita dapat melatih diri agar saling menghormati antara kaum. Bukan semua orang mempunyai pandangan dan cita rasa yang sama. Oleh itu, apa-apa sahaja pandangan tentang pasukan kegemaran masing-masing, kita harus menerimanya dengan hati terbuka. Ilmu Nilai


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T5–40 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan UNIT 13: WARISAN BUDAYA KEKAL TERPELIHARA Tema 5: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika PBD 1 Mendengar dan Bertutur SP 1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai. Arahan: Guru meminta dua orang murid membacakan petikan di bawah. Bahan-bahan 1 500g tepung beras 2 1.5 liter santan 3 1 sudu teh garam 4 Gula apong 5 Daun pandan 6 Daun pucuk nipah berserta lidi 1 Bentukkan daun pucuk nipah menjadi segi empat tepat atau memanjang dan cantumkannya menggunakan lidi. 2 Cairkan gula apong dan ketepikan. 3 Campurkan tepung beras dan garam ke dalam santan yang telah diperah dan kacau hingga sebati. 4 Masukkan daun pandan dan masak adunan dengan api yang sangat perlahan. 5 Terus kacau adunan hingga nampak likat. 6 Sudukan sedikit gula apong ke dalam acuan daun nipah. 7 Tuangkan secukupnya campuran tepung beras dan santan di atasnya. 8 Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Amani dan Afeeya ingin membuat kuih takir. Kuih ini merupakan kuih tradisional di negeri Sarawak. Amani menghubungi ibu saudaranya, Puan Faridah yang mahir membuat kuih takir. Puan Faridah telah berkongsi resipi mudah membuat kuih takir. 1. Mula-mula… 4. Langkah seterusnya… 2. Seterusnya… 5. Akhir sekali… 3. Kemudian… Ceritakan cara-cara memasak kuih takir yang didengar dan dibaca dengan menggunakan perkataan di bawah.


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T5–41 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Hassan sedang membelek-belek wau yang diberi oleh ayahnya sambil menunggu rakannya, Syafiq. Hassan tidak sabar untuk belajar bermain wau. Syafiq sudah berjanji untuk mengajar Hassan bermain wau. Syafiq : Saya minta maaf sebab terlambat sampai. Saya menolong ayah di rumah. Hassan: Tidak mengapalah, Syafiq. Jom, kita pergi sekarang! Hassan dan Syafiq pun menuju ke kawasan lapang di hujung kampungnya. Syafiq : Baiklah, sekarang kamu harus berdiri membelakangkan angin. Pegang badan wau dengan sebelah tangan kamu dan hadapkan ke arah angin. Sebelah tangan lagi, pegang gelung tali itu. Kamu kena lepaskan tali wau ini perlahan-lahan. Hassan: Aduh, wau saya tidak naik tinggi! Kenapa? Syafiq : Mungkin angin tidak bertiup dengan kuat. Kamu cubalah lagi, Hassan. Hassan: Baiklah, saya tidak boleh mengalah. Tiba-tiba, angin bertiup kuat di kawasan itu. Hassan: Syafiq, lihat! Wau saya sudah naik dengan tinggi. Syafiq : Wah, bagusnya! Tahniah Hassan, kamu sudah berjaya! Baca teks dengan nada dan intonasi yang sesuai. Kemudian, lengkapkan perwatakan untuk setiap watak di bawah. UNIT 13: WARISAN BUDAYA KEKAL TERPELIHARA Tema 5: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika PBD 2 Membaca SP 2.1.1 Membaca, memahami, dan mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera. Watak Perwatakan Hassan Syafiq


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T5–44 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Tulis urutan langkah yang betul, kemudian catat semula maklumat mengikut susunan dalam peta pemikiran di bawah. Langkah-langkah Urutan Kemudian, bina rangka layang-layang menggunakan dua batang lidi. Seterusnya, lekatkan kertas minyak pada rangka layang-layang yang telah siap dibina. Sediakan bahan-bahan untuk membuat layang-layang seperti lidi, kertas minyak, kertas warna, gam, tali dan gunting. Akhir sekali, ikat tali pada bahagian tengah badan layang-layang. Selepas itu, hias layang-layang dengan menggunakan kertas warna mengikut kreativiti masing-masing. UNIT 14: PERSADA SENI LAMBANG JATI DIRI Tema 5: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika PBD 5 Menulis SP 3.2.3 Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan.


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T6–48 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Baca petikan di bawah dengan teliti. Tandakan (✓) bagi pernyataan yang betul. SP 2.2.1 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia untuk membuat rumusan, dan ramalan. UNIT 16: INDAHNYA SAINS Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi PBD 2 Membaca Kitaran Hidup Nyamuk Aedes Kitaran hidup nyamuk Aedes hanya mengambil masa selama tujuh hari bermula daripada telur sehingga menjadi seekor nyamuk dewasa. Selepas mengawan, nyamuk jantan hanya hidup beberapa hari sebelum mati. Nyamuk betina pula memerlukan satu hingga tiga gigitan darah untuk memastikan telur yang dihasilkan menjadi matang. Nyamuk betina boleh menghasilkan sehingga 200 telur dan mampu bertelur lima kali sepanjang hayatnya. Pada peringkat permulaan, telur akan berubah menjadi hitam berkilat dan akan menetas menjadi jentik-jentik. Jentik-jentik hidup dengan memakan alga dan mikroorganisma yang terdapat pada permukaan air. Jentik-jentik melalui beberapa fasa untuk menjadi nyamuk dewasa yang matang. Nyamuk mengambil masa dua hari untuk matang sepenuhnya. Pada masa inilah, nyamuk akan mula mempunyai kaki, sayap, mata dan bahagian mulut yang digunakan untuk menghisap darah. 1 Mengapakah kita perlu memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes? (a) Kerana nyamuk Aedes boleh membiak dengan cepat selama sebulan sahaja. (b) Kerana nyamuk betina boleh menghasilkan sehingga 200 telur. (c) Kerana nyamuk betina yang bertelur akan menggigit manusia untuk mendapatkan darah. 2 Bagaimanakah cara untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes? (a) Membersihkan kawasan sekitar supaya tiada tempat air bertakung seperti tayar terpakai dan tin kosong. (b) Menggunakan kelambu ketika tidur pada waktu malam agar tidak digigit nyamuk. (c) Menyembur racun di kawasan yang terdapat nyamuk Aedes dan jentik-jentik.


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T6–50 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan SP 2.3.1 Membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan. UNIT 17: TEKNOLOGI MEMBANTU KITA Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi PBD 4 Membaca Teknologi hijau merupakan pembangunan produk, peralatan dan sistem dengan matlamat untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi. Antara ciri-ciri produk teknologi hijau ialah berinovatif, selamat, sesuai dan mudah digunakan, menjimatkan wang, boleh dikitar semula dan meminimumkan kerosakan alam sekitar. Terdapat pelbagai produk yang berteraskan teknologi hijau seperti kereta hibrid, kenderaan elektrik, baja kompos, industri solar fotovolta dan bekas makanan mesra alam. Penggunaan teknologi hijau secara rancak dan meluas dapat mendatangkan banyak kepentingan kepada negara. Teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, melindungi sumber semula jadi dan melindungi ekosistem serta kepelbagaian hidupan. Antara amalan teknologi hijau yang boleh dilakukan ialah amalan kitar semula, penjimatan tenaga dan air, zon bebas asap rokok, penggunaan pengangkutan awam, pengurangan sisa dan perkhidmatan makanan. Baca petikan di bawah, kemudian lengkapkan peta pemikiran untuk membuat ramalan. TEKNOLOGI HIJAU Manfaat Ramalan Meningkatkan kualiti hidup Meningkatkan kualiti udara dan air Melindungi ekosistem Manusia hidup lebih selesa dan sihat. Glosari solar fotovolta – teknologi yang menukarkan sinar matahari kepada arus elektrik


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T6–53 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Baca petikan di bawah. Kemudian, nyatakan ilmu dan nilai yang diperoleh. UNIT 18: INOVASI KREATIF Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi PBD 6 Membaca SP 2.3.2 Membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera, dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk. Alat Penyiram Automatik Alat penyiram automatik dapat membantu mereka yang mempunyai kekangan masa untuk menguruskan tanaman. Penghasilannya tidak menelan kos yang tinggi dan terbukti sangat mudah untuk digunakan. Bahan-bahan yang diperlukan: botol plastik, paku Cara penyediaan: 1. Lubang ditebuk pada penutup botol plastik dengan menggunakan paku. 2. Isi botol plastik dengan air sehingga penuh. Tutup botol dengan penutup yang telah ditebuk tadi. 3. Tanam botol plastik (bahagian yang ada penutup) pada sebelah pokok. Pastikan botol stabil dan tidak goyang. Kaedah ini membolehkan air di dalam botol mengalir sedikit demi sedikit sekali gus dapat menjimatkan masa dan penggunaan air secara tidak langsung. Selain itu, penggunaan semula botol plastik dapat menyelamatkan alam daripada tercemar. Ilmu Nilai Imbas Saya


Nama: __________________ Kelas: _____________________ Tarikh: ________________ T6–54 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang Tahap Penguasaan Edit dan murnikan penggunaan frasa yang berhuruf tebal dalam teks. UNIT 18: INOVASI KREATIF Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi PBD 7 Menulis SP 3.3.2 Mengedit dan memurnikan teks. Masalah beg sekolah berat membelenggu murid-murid di negara Kita. Pakar kesihatan menggariskan berat maksima bagi beg sekolah yang digalas sebanyak 10 peratus dan beg yang ditarik pula sebanyak 20 peratus berbanding dengan berat badan murid. Jika berat badan murid 20 kilogram maka had berat maksimum beg yang digalas mestilah kurang dari dua kilogram, sementara berat beg yang ditarik pula kurang daripada empat kilogram. Beg yang berat boleh menjejaskan perkembangan tumbesaran dan kesihatan murid-murid jika mereka membawanya untuk yang lama tempoh. Beberapa inisiatif telah diambil bagi mengatasi masalah ini. Antaranya: Kemudahan lokar atau laci agar murid dapat menyimpan buku dekat sekolah. Penggunaan digital buku teks yang boleh diakses mengunakan pelbagai peranti seperti komputer, tablet dan telefon pintar. Pihak sekolah menyediakan jadual anjal untuk mengelakkan murid membawa buku yang banyak. Kesalahan frasa Pembetulan 1 berat maksima bagi beg sekolah 2 mestilah kurang dari dua kilogram 3 jika mereka membawanya untuk yang lama tempoh 4 murid dapat menyimpan buku dekat sekolah 5 Penggunaan digital buku teks


LATIHAN & AKTIVITI PBD Semenanjung Malaysia: RM7.90 Sabah & Sarawak : RM8.50 : +603 7772 7800 : +603 7785 1800 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1 /2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. PENERBIT MAHIR SDN. BHD. (183897-P) Tel Fax [email protected] bahasa melayu 6 PBD LATIHAN & AKTIVITI Siri Modul Latihan & Aktiviti PBD ini digubal berdasarkan kandungan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Latihan & aktiviti di dalam buku ini terdiri daripada soalan-soalan PBD pelbagai bentuk supaya murid dapat menguasai semua kemahiran pembelajaran dalam topik yang dipelajari. Pelbagai elemen seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan latihan berpandukan peta pemikiran turut diterapkan selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini. Matlamat penghasilan buku ini agar muridmurid dapat menguasai sepenuhnya kemahiran pembelajaran melalui kaedah PBD dan seterusnya menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Judul-judul dalam siri ini SUBJEK TAHUN 1 2 3 4 5 6 Matematik Sejarah Sains Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Moral Tilawah Al-Quran Pendidikan Islam Bahasa Arab Jawi Bahasa Melayu 9 786294 710894 ISBN 978-629-471-089-4


Click to View FlipBook Version