2.0 TINGKATAN 1 Nota Praktis DSKP Aktiviti PAK-21 Praktis Bab CIRI EKSKLUSIF GEOGRAFI UASA Rizky Abd Jalil Jadual Pentaksiran Kerja Lapangan Ujian Akhir Sesi Akademik Jawapan KOD QR BONUS GURU Suplemen Guru e-RPH
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) ii KANDUNGAN KEMAHIRAN GEOGRAFI BAB 1 ARAH 1 BAB 2 KEDUDUKAN 12 BAB 3 PETA LAKAR 21 BAB 4 LAKARAN PETA MALAYSIA 30 GEOGRAFI FIZIKAL: Bentuk Muka Bumi dan Saliran BAB 5 BUMI 36 BAB 6 BENTUK MUKA BUMI 49 BAB 7 SALIRAN 64 GEOGRAFI MANUSIA: Penduduk dan Petempatan BAB 8 PENDUDUK DI MALAYSIA 75 BAB 9 PETEMPATAN DI MALAYSIA 85 GEOGRAFI KAWASAN BAB 10 BENTUK MUKA BUMI DAN SALIRAN DI ASIA TENGGARA 94 BAB 11 PENDUDUK DAN PETEMPATAN DI ASIA TENGGARA 103 ISU DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR BAB 12 SUMBER AIR 110 BAB 13 SISA DOMESTIK 118 KERJA LAPANGAN BAB 14 PANDUAN KERJA LAPANGAN 125 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK JAWAPAN Jadual Pentaksiran
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 21 Tema: Kemahiran Geografi BAB 3 Peta Lakar NOTA 3.1 Ciri-ciri Peta Lakar 1 Peta lakar ialah gambaran permukaan bumi yang dilukis dari pandangan atas. 2 Peta lakar mewakili kawasan lingkungan yang berskala besar bagi menggambarkan ciri-ciri pandang darat fizikal dan ciri-ciri pandang darat budaya di sesuatu kawasan. 3 Peta lakar dilukis dengan menggunakan simbol atau singkatan perkataan untuk menggantikan ciri yang sebenar. U 2 Pemidang 3 Arah mata angin 4 Simbol 1 Tajuk 5 Petunjuk Peta Lakar Kampung Langsat Sek. Jalan raya Petempatan Masjid Kilang Sek. Sekolah Jambatan Sawah padi Kelapa Sungai Tasik Kontur Paya bakau Petunjuk Rajah 3.1 Ciri-ciri peta lakar 3.2 Simbol-simbol dalam Peta Lakar 1 Simbol merupakan lambang yang mewakili ciri-ciri dalam peta lakar. 2 Terdapat empat simbol dalam peta lakar, iaitu: 3 Contoh bagi simbol dan singkatan perkataan: (a) Simbol Kawasan Hutan Getah Nipah Paya bakau Kelapa Rumput Kelapa sawit Kontur (b) Simbol Titik Masjid 65.31 Tanda aras Kuil 25 Tanda tinggi Gereja Stesen trigonometri Tokong (c) Simbol Garisan Sungai Lorong jalan kaki Jalan raya Jambatan Jalan kereta api Sempadan Tali air Benteng
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 23 BAB 3 3.1 Ciri-ciri Peta Lakar Buku Teks m.s. 26 1 Nyatakan ciri-ciri pada peta lakar. SP 1.3.1 TP 1 (a) Tajuk (d) Simbol (b) Arah mata angin (e) Petunjuk (c) Pemidang 2 Labelkan ciri-ciri peta lakar di bawah. SP 1.3.1 TP 1 3.4 Langkah-langkah Melukis Peta Lakar THINK Sek. Jalan raya Petempatan Masjid Kilang Sek. Sekolah Jambatan Sawah padi Kelapa Sungai Tasik Kontur Paya bakau U Peta Lakar Kampung Pasir Petunjuk (a) Tajuk (b) Pemidang (c) Arah mata angin (d) Simbol (e) Petunjuk TP 1 Menyatakan ciri-ciri peta lakar. Menguasai Belum Menguasai PRAKTIS DSKP
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 24 BAB 3 3.2 Simbol-simbol dalam Peta Lakar Buku Teks m.s. 27 1 Lukis simbol peta lakar mengikut kategori berikut. SP 1.3.2 TP 2 (a) Simbol kawasan (i) Hutan (iv) Kelapa sawit (ii) Paya Bakau (v) Getah (iii) Sawah padi (vi) Kontur (b) Simbol garisan (i) Sungai (iv) Lorong jalan kaki (ii) Tali air (v) Jambatan (iii) Pantai (vi) Benteng (c) Simbol titik (i) Masjid (iv) Tokong (ii) Gereja (v) Tanda tinggi 65.31 (iii) Kuil (vi) Tanda aras 25 (d) Singkatan perkataan (i) Rumah Rehat R.R. (iv) Parit Pt. (ii) Hospital Hosp. (v) Alur A. (iii) Sungai Sg. (vi) Pulau P. TP 2 Memberi contoh simbol yang terdapat dalam peta lakar. Menguasai Belum Menguasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 25 BAB 3 TP 3 Mengenal pasti simbol pandang darat fizikal dan pandang darat budaya. Menguasai Belum Menguasai 3.3 Pandang Darat Fizikal dan Pandang Darat Budaya Buku Teks m.s. 28 1 Lengkapkan jadual tentang pandang darat budaya dan pandang darat fizikal yang terdapat pada peta lakar. SP 1.3.3 TP 3 Pandang Darat Fizikal (a) Pergunungan (b) Tanah tinggi (c) Tanah beralun (d) Tanah rendah (e) Saliran sungai (f) Tasik (g) Laut (h) Tumbuhan semula jadi (i) Hutan simpan (j) Paya bakau (k) Paya nipah (a) Petempatan (b) Getah, kelapa sawit, kelapa, sawah padi (c) Jalan raya (d) Jambatan (e) Kilang (f) Masjid (g) Kuil (h) Tokong (i) Gereja (j) Sekolah (k) Balai polis Pandang Darat Budaya Pandang Darat 2 Nyatakan pandang darat berdasarkan simbol di bawah. SP 1.3.3 TP 3 (a) Fizikal (f) Budaya (b) Budaya (g) Fizikal (c) Budaya (h) Sek. Budaya (d) Fizikal (i) Fizikal (e) Budaya (j) Budaya
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 26 BAB 3 TP 4 Melakar peta dengan ciri-ciri dan peta simbol yang lengkap. Menguasai Belum Menguasai 3.4 Langkah-langkah Melukis Peta Lakar Buku Teks m.s. 29 1 Berdasarkan pandang darat Kampung Jeram, lukis sebuah peta lakar yang lengkap menggunakan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya. SP 1.3.4 TP 4 Peta Lakar Kampung Jeram B.P. P.P. Sek. C Sungai Kolam Kelapa sawit Padi Jalan raya Petempatan Jambatan Pejabat Pos Masjid Sekolah B.P. Balai Polis PETUNJUK C P.P. Sek. U
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 27 BAB 3 2 Lukis peta lakar kawasan persekitaran sekolah mengikut tempat tinggal anda dengan menggunakan simbol peta lakar yang sesuai. SP 1.3.4 TP 5 TP 6 KBAT Mencipta PAK-21 Persembahan Tajuk: (Jawapan murid) TP 5 Melakar peta kawasan persekitaran sekolah yang lengkap dengan ciri-ciri peta, simbol pandang darat fizikal serta pandang darat budaya. Menguasai Belum Menguasai TP 6 Melakar peta kawasan persekitaran sekolah yang lengkap dengan ciri-ciri peta, simbol pandang darat fizikal serta pandang darat budaya dan persembahkannya.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 28 BAB 3 Bahagian A: Soalan Objektif Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1 Antara berikut, manakah simbol fizikal? I III II IV A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 2 Antara berikut, manakah simbol budaya? I III II IV A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3 Manakah simbol singkatan perkataan yang betul? I B.P. – Bilik Pengguna II Kg. – Kampung III Sg. – Sungai IV Pt. – Petang A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4 Antara berikut, manakah simbol tanaman getah? A C B D 5 Antara berikut, manakah simbol petempatan pada peta lakar? A B.P. C B D 6 Antara berikut, manakah kegunaan simbol pada peta lakar? A Memudahkan tafsiran peta B Memudahkan langkah melukis peta C Memudahkan ukuran jarak dan luas D Menyelesaikan masalah melukis peta 7 Simbol singkatan perkataan di bawah merujuk kepada B.P. A Balai Polis. B Bilik Penjara. C Bank Pertanian. D stesen minyak B.P. Praktis Bab
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 49 Tema: Geografi Fizikal: Bentuk Muka Bumi dan Saliran BAB 6 Bentuk Muka Bumi NOTA 6.1 Bentuk Muka Bumi di Malaysia Tanah Tinggi 1 Merujuk kepada kawasan ketinggian melebihi 180 m dari aras laut merangkumi banjaran gunung dan dataran tinggi. 2 Banjaran gunung di Malaysia terjadi akibat daripada proses lipatan. 3 Banjaran Titiwangsa tinggi di bahagian utara dan semakin rendah ke Semenanjung Malaysia. 4 Banjaran terbentuk di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, pedalaman Sarawak dan di barat serta tengah negeri Sabah. 5 Mempunyai suhu yang rendah. Contohnya, purata suhu di Cameron Highlands ialah 19o C berbanding Kuala Lumpur 27o C. Tanah Pamah 1 Merupakan kawasan yang rendah dan ketinggian tidak melebihi 180 m dari aras laut. 2 Terdapat di lembangan sungai, dataran, delta dan dataran pantai. 3 Contohnya, Dataran Kelantan, Dataran KedahPerlis, Delta Rajang dan Delta Segama. Pinggir Laut 1 Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km. 2 Pelbagai bentuk muka bumi pinggir laut seperti pulau, teluk, tanjung dan lagun. 3 Malaysia dikelilingi laut cetek yang terletak atas pentas benua dikenali sebagai Pentas Sunda. 4 Di pinggir pantai terdapat ciri fizikal seperti pantai, tebing tinggi, tanjung, teluk, gerbang laut, batu tunggul dan batu sisa. Saliran 1 Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik. 2 Sungai berpunca dari kawasan tadahan hujan di tanah tinggi. 3 Selain sungai, terdapat tasik semula jadi dan tasik buatan manusia di Malaysia. Kerja Lapangan
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 50 BAB 6 6.2 Lokasi Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia Tanah Tinggi Tanah Tinggi di Semenanjung Malaysia 1 Tanah tinggi di Semenanjung Malaysia berpunca dari Dataran Tinggi Yunan di pedalaman negara China yang merentasi Thailand dan menganjur dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia. 2 Banjaran gunung di Semenanjung Malaysia merupakan gunung lipat tua yang stabil. 3 Banjaran Titiwangsa tinggi di utara dan menganjur semakin rendah ke selatan. 4 Banjaran Titiwangsa merupakan ‘tulang belakang’ Semenanjung Malaysia. Tanah Tinggi di Sarawak dan Sabah 1 Kawasan tanah tinggi terletak di pedalaman Sarawak dan Sabah. 2 Terdapat beberapa banjaran dan gunung di Sarawak dan Sabah. 3 Gunung Kinabalu yang terletak di Banjaran Crocker merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia. Petunjuk: Banjaran Kawasan tanah tinggi Gunung U B1 G2 G1 B2 B3 B4 B8 B6 B10 G5 G3 B5 B7 B9 G4 Banjaran di Semenanjung Malaysia Banjaran di Sabah Banjaran di Sarawak B1 Banjaran Titiwangsa B4 Banjaran Crocker B7 Banjaran Tama Abu B2 Banjaran Tahan B5 Banjaran Trus Madi B8 Pergunungan Iran B3 Banjaran Benom B6 Banjaran Brassey B9 Pergunungan Hose Gunung di Semenanjung Malaysia Gunung di Sabah B10 Banjaran Kapuas Hulu G1 Gunung Korbu (2 182 m) G3 Gunung Kinabalu (4 095 m) Gunung di Sarawak G2 Gunung Tahan (2 187 m) G4 Gunung Trus Madi (2 642 m) G5 Gunung Mulu (2 376 m) Peta 6.1 Tanah tinggi di Malaysia
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 51 BAB 6 Tanah Pamah Tanah Pamah di Semenanjung Malaysia 1 Terletak di bahagian pantai barat dan pantai timur Dataran Kedah-Perlis, Dataran Hulu Sungai Perak, Dataran Kelantan dan sebagainya. 2 Antara kawasan tanah pamah yang utama ialah: (a) Dataran Kedah – Perlis • Bermula dari utara, iaitu di negeri Perlis seterusnya hingga ke selatan negeri Kedah. • Kawasan tanah pamah yang rata terdiri daripada tanih aluvium. • Sesuai untuk penanaman padi. (b) Dataran Kelantan • Tanah pamah rendah dan rata. • Diliputi tanih jenis aluvium. • Kawasan yang subur untuk kegiatan pertanian. (c) Dataran Hilir Sungai Perak • Sambungan jaluran tanah pamah dari utara ke selatan negeri Perak. • Kawasan tanah pamahnya luas. • Kawasan tanah pamah sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi. Tanah Pamah di Sarawak dan Sabah 1 Kawasan tanah pamah terletak di pantai timur dan pantai barat negeri Sabah. 2 Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat. 3 Dataran di sepanjang pantai barat negeri Sarawak merupakan tanah pamah yang luas. 4 Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat negeri Sarawak. (a) Dataran Pantai Timur Sabah • Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat. • Kawasan tanah pamah lebih lebar. • Terdapat banyak kawasan berpaya. • Sesuai untuk kegiatan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, getah dan koko. (b) Dataran Pantai Barat Sabah • Tanah pamah agak sempit dan terputus-putus. • Terbentuk di kaki Banjaran Crocker. • Sesuai untuk kegiatan perindustrian seperti di Likas dan Kepayan. (c) Dataran Pantai Barat Sarawak • Dataran yang luas dan terdiri daripada tanih yang subur untuk kegiatan pertanian seperti lada hitam, padi dan nanas. • Sesuai sebagai pusat petempatan dan pentadbiran. Pinggir Laut di Malaysia Tebing tinggi Teluk Batu sisa Gerbang laut Gua Batu tunggul Laut Tanjung Pulau Rajah 6.1 Bentuk muka bumi pinggir laut 1 Tebing tinggi terbentuk akibat hakisan ombak semasa air pasang. 2 Gua merupakan kesan lekukan yang terbentuk akibat tindakan ombak terhadap tebing tinggi. 3 Gerbang laut terbentuk disebabkan hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding gua laut.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 52 BAB 6 4 Batu tunggul hasil daripada runtuhnya gerbang laut. 5 Tanjung terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut. Batuan keras yang kekal akan menganjur membentuk tanjung. Contoh tanjung di Malaysia ialah: (a) Tanjung Datu (Sarawak) (b) Tanjung Bungah (Pulau Pinang) (c) Tanjung Piai (Johor) 6 Teluk terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut di pinggir pantai. Contoh teluk di Malaysia ialah: (a) Teluk Batik (Perak) (b) Teluk Kemang (Negeri Sembilan) (c) Teluk Darvel (Sabah) (d) Teluk Chempedak (Pahang) 7 Pulau ialah daratan yang dikelilingi oleh laut. Contohnya: (a) Pulau Langkawi (Kedah) (b) Pulau Redang (Terengganu) (c) Pulau Sipadan (Sabah) (d) Pulau Tatagan, Semporna (Sabah) Saliran di Malaysia Petunjuk U Sungai Tasik Sg. Limbang Sg. Muar Sg. Selangor S1 S2 T1 T2 S4 T3 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S5 S3 PETUNJUK S1 Sungai Muda S2 Sungai Perak S3 Sungai Kelantan S4 Sungai Bernam S5 Sungai Pahang S6 Sungai Endau S7 Sungai Sugut S8 Sungai Padas S9 Sungai Kinabatangan S10 Sungai Baram S11 Sungai Rajang S12 Sungai Batang Lupar T1 Tasik Kenyir T2 Tasik Chini T3 Tasik Bera Peta 6.2 Sungai dan tasik utama di Malaysia 6.3 Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia Kepentingan Tanah Tinggi Kepentingan Pernyataan Pelancongan • Kawasan tanah tinggi yang mempunyai pemandangan yang menarik sesuai untuk aktiviti pelancongan. • Contohnya, Cameron Highlands (Pahang), Bukit Bendera (Pulau Pinang) dan Gunung Kinabalu (Sabah). Pertanian • Kawasan tanah tinggi yang mengalami suhu sederhana sejuk kira-kira 19°C sesuai untuk penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaannya. • Contohnya, Cameron Highlands (Pahang) dan Tanah Tinggi Kundasang (Sarawak). Jana Kuasa Hidroelektrik • Kawasan tanah tinggi (hulu sungai) yang menerima hujan yang banyak sesuai untuk penjanaan kuasa hidroelektrik. • Contohnya, Empangan Temenggor dan Empangan Chenderoh (Perak), Empangan Kenyir (Terengganu), Empangan Bakun dan Empangan Batang Ai (Sarawak) dan Empangan Tenom Pangi (Sabah).
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 53 BAB 6 Kepentingan Tanah Pamah Kepentingan Pernyataan Pertanian • Kawasan tanah pamah yang luas, rata dan subur sesuai untuk aktiviti pertanian. • Padi ditanam di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang. • Getah, kelapa sawit dan nanas ditanam di Dataran Johor. Petempatan • Kawasan tanah pamah yang rata dan mempunyai struktur tanah yang stabil sesuai untuk membina kawasan petempatan. • Contohnya, sekitar Alor Setar (Kedah), Kuala Lumpur, Johor Bahru (Johor), Kuching (Sarawak), Sandakan (Sabah). Perhubungan dan Pengangkutan • Kawasan tanah pamah yang luas dan rata boleh dibina jaringan jalan raya, landasan kereta api dan lapangan terbang. • Contohnya, Lebuh raya Utara-Selatan, landasan kereta api Laluan Pantai Barat, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Perindustrian dan Perdagangan • Kawasan tanah pamah yang luas dan dilengkapi infrastruktur asas sesuai dijadikan kawasan perindustrian dan perdagangan. • Contohnya, kawasan perindustrian Perai (Pulau Pinang), kawasan perindustrian Shah Alam (Selangor), kawasan perindustrian Kamunting (Perak). Kepentingan Saliran Kepentingan Pernyataan Perikanan • Sungai dan tasik penting untuk kegiatan penternakan dan penangkapan ikan air tawar. Contohnya, Sungai Endau (Johor), Sungai Pahang (Pahang), Sungai Rajang (Sarawak) dan Tasik Kenyir (Terengganu). Sempadan • Berfungsi sebagai sempadan antarabangsa. Contohnya, Sungai Golok – sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand. • Berfungsi sebagai sempadan negeri. Contohnya, Bernam – sempadan negeri antara Perak dengan Selangor. Pengairan dan Penjanaan Hidroelektrik • Hulu sungai dibina empangan untuk tujuan penjanaan kuasa hidroelektrik. • Contohnya, Empangan Kenering (Perak), Empangan Pergau (Kelantan), Empangan Murum (Sarawak) dan Empangan Tenom Pangi (Sabah). Perhubungan dan Pengangkutan • Digunakan untuk mengangkut kayu balak dari kawasan pedalaman. • Kayu balak akan diproses di kilang yang terletak di hilir sungai. • Mengangkut penumpang dari kawasan pedalaman ke bandar berdekatan. • Contohnya, Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan. Kepentingan Pinggir Laut Kepentingan Pernyataan Perikanan • Pinggir laut penting untuk kegiatan penangkapan ikan air masin. • Contohnya, Kuala Selangor (Selangor), Kuala Muda (Kedah) dan Sandakan (Sabah). Pelancongan • Kawasan pinggir laut mempunyai pelbagai ciri fizikal yang mampu menarik kedatangan pelancong. • Contohnya, Pulau Pangkor (Perak), Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau Sipadan (Sabah). Perlombongan • Kawasan pesisir pantai kaya dengan sumber mineral seperti petroleum dan gas asli. • Contohnya, luar kawasan pesisir pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah. Pelabuhan • Kawasan pinggir laut berteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang sesuai dijadikan tapak pelabuhan. • Contohnya, Pelabuhan Klang (Selangor) dan Pelabuhan Pasir Gudang (Johor).
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 54 BAB 6 PRAKTIS DSKP 6.1 Bentuk Muka Bumi di Malaysia Buku Teks m.s. 58-59 1 Senaraikan empat bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia. SP 2.2.1 TP 1 (a) Tanah tinggi (c) Pinggir laut (b) Tanah pamah (d) Saliran 2 Terangkan ciri-ciri bentuk muka bumi di bawah. SP 2.2.1 TP 1 (a) Tanah tinggi (i) (ii) (iii) (iv) (b) Tanah pamah (i) (ii) (c) Pinggir laut (i) (ii) (iii) (d) Saliran (i) (ii) TP 1 Menyatakan empat bentuk muka bumi di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang kira-kira 4 800 km. Malaysia dikelilingi Laut China Selatan, Laut Sulu dan Selat Melaka. Terdapat pelbagai bentuk muka bumi pinggir laut seperti pulau, teluk, tanjung dan lagun. Kawasan ketinggian melebihi 180 meter dari aras laut. Banjaran gunung terbentuk akibat daripada proses lipatan. Banjaran Titiwangsa tinggi di bahagian utara dan semakin rendah ke selatan Semenanjung Malaysia. Kebanyakan banjaran terbentuk di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, pedalaman Sarawak dan di barat serta tengah Sabah. Kawasan yang rendah dan ketinggian tidak melebihi 180 m dari aras laut. Terdapat di lembaran sungai, dataran, delta dan dataran pantai. Merujuk kepada sungai dan tasik di mana kebanyakan sungai berpunca dari kawasan tadahan hujan di tanah tinggi. Tasik terdiri daripada tasik semula jadi dan tasik buatan manusia.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 57 BAB 6 4 Namakan sungai dan tasik utama pada Peta 4. SP 2.2.2 TP 2 Petunjuk U Sungai Tasik Sg. Limbang Sg. Muar Sg. Selangor S1 S2 T1 T2 S4 T3 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S5 S3 Peta 4 Sungai S1 Sungai Muda S9 Sungai Kinabatangan S2 Sungai Perak S10 Sungai Baram S3 Sungai Kelantan S11 Sungai Rajang S4 Sungai Bernam S12 Sungai Batang Lupar S5 Sungai Pahang Tasik S6 Sungai Endau T1 Tasik Kenyir S7 Sungai Sugut T2 Tasik Bera S8 Sungai Padas T3 Tasik Chini TP 2 Memberi contoh pelbagai bentuk muka bumi berdasarkan peta Malaysia. Menguasai Belum Menguasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 58 BAB 6 6.3 Kepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia Buku Teks m.s. 68-71 1 Nyatakan kepentingan bentuk muka bumi berikut. SP 2.2.3 TP 3 TP 4 (a) Tanah tinggi Kepentingan Kawasan Pelancongan • Bukit Bendera, Pulau Pinang • Gunung Kinabalu, Sabah • Cameron Highlands, Pahang (i) Pertanian • Tanah Tinggi Kundasang, Sabah • Cameron Highlands, Pahang (ii) Jana kuasa hidroelektrik • Empangan Kenyir, Terengganu • Empangan Batang Ai, Sarawak • Empangan Chenderoh, Perak • Empangan Tenom Pangi, Sabah • Empangan Bakun, Sarawak • Empangan Temenggor, Perak (b) Tanah pamah Kepentingan Contoh Petempatan • Kuala Lumpur • Alor Setar, Kedah • Kuantan, Pahang • Sandakan, Sabah • Johor Bahru, Johor (i) Perindustrian dan perdagangan • Kawasan perindustrian Perai, Pulau Pinang • Kawasan perindustrian Kamunting, Perak • Kawasan perindustrian Shah Alam, Selangor (ii) Perhubungan dan pengangkutan • Lebuhraya Utara-Selatan • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) • Landasan kereta api laluan Pantai Barat (iii) Pertanian • Dataran Kedah-Perlis • Dataran Kelantan, Kelantan • Delta Rajang, Sarawak • Dataran Johor, Johor
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 59 BAB 6 (c) Pinggir laut Kepentingan Contoh Perikanan • Kuala Selangor, Selangor • Kuala Muda, Kedah • Sandakan, Sabah (i) Pelancongan • Pulau Pangkor, Perak • Pulau Sipadan, Sabah • Pulau Tioman, Pahang • Pulau Langkawi, Kedah (ii) Perlombongan Pesisir pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah (iii) Pelabuhan • Pelabuhan Klang, Selangor • Pelabuhan Pasir Gudang, Johor (d) Saliran Kepentingan Contoh Sempadan • Sungai Bernam sempadan Perak dengan Selangor • Sungai Golok sempadan Malaysia dengan Thailand (i) Perikanan • Sungai Beruas • Sungai Kinabatangan • Sungai Endau (ii) Perhubungan dan pengangkutan Sungai Rajang hingga ke Kapit dan Sungai Kinabatangan (iii) Pengairan dan penjanaan hidroelektrik • Empangan Tenom Pangi, Sabah • Empangan Kenering, Perak • Empangan Murum, Sarawak • Empangan Pergau, Kelantan • Empangan Pelagus, Sarawak TP 3 Mengenal pasti kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai TP 4 Menghuraikan dengan contoh kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 60 BAB 6 2 Murid dikehendaki membandingkan kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia. SP 2.2.3 TP 5 KBAT Menganalisis PAK-21 Three Stray One Stay Tajuk: Perbandingan kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia. Langkah-langkah: (a) Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima orang murid. (b) Kemudian, kumpul maklumat dan foto tentang kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia melalui pelbagai media massa. (c) Murid perlu membina jadual untuk mencatatkan maklumat yang diperoleh: Bentuk Muka Bumi Contoh Kawasan Kepentingan (i) Tanah tinggi (ii) Tanah pamah (iii) Pinggir laut (iv) Saliran (d) Setelah selesai, tiga ahli kumpulan akan pergi melihat kumpulan lain. (e) Seorang wakil kumpulan tinggal di stesen kumpulan untuk menyambut kedatangan rakan lain dan membentangkan hasil kerja kumpulan ahli kumpulan lain. (f) Setelah selesai, murid 2 pula tinggal dan ahli lain pergi melihat hasil kumpulan yang seterusnya sehingga selesai melihat hasil kerja semua kumpulan. (Jawapan murid) TP 5 Membandingkan kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia. Menguasai Belum Menguasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 61 BAB 6 3 Murid dikehendaki menjana idea tentang potensi pelbagai bentuk muka bumi di persekitaran atau manamana kawasan di Malaysia dengan menggunakan pelbagai media. SP 2.2.3 TP 6 KBAT Menganalisis PAK-21 Persembahan Tajuk: Potensi pelbagai bentuk muka bumi di persekitaran tempat tinggal. Langkah-langkah: (a) Dalam kumpulan kecil, murid perlu membuat pemerhatian di kawasan kajian untuk mengenal pasti bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan yang dikaji. (b) Setelah pemerhatian dilakukan, hasilkan laporan ringkas tentang potensi pelbagai bentuk muka bumi di kawasan kajian pada masa kini. (c) Seterusnya, murid dikehendaki menjana idea tentang potensi pelbagai bentuk muka bumi di kawasan kajian kepada penduduk setempat. (d) Setiap kumpulan digalakkan menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat/ data dan idea. (e) Persembahkan hasil kajian kumpulan anda menggunakan perisian MS Powerpoint. (f) Akhir sekali, bandingkan kepentingan dan potensi pelbagai bentuk muka bumi di kawasan kajian pada masa kini dan masa hadapan. (g) Hasil tugasan setiap kumpulan akan dinilai oleh guru geografi anda. Contoh bentuk muka bumi di Malaysia: Tanah tinggi Tanah pamah Pinggir laut Saliran (Jawapan murid) TP 6 Menjana idea tentang potensi pelbagai bentuk muka bumi di persekitaran atau mana-mana kawasan di Malaysia dengan menggunakan pelbagai media. Menguasai Belum Menguasai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (Co. No. 762284-U) 63 BAB 6 Bahagian B: Soalan Subjektif Arahan: Jawab semua soalan. Soalan 1 berdasarkan Peta 2 yang menunjukkan kawasan tanah pamah di Malaysia. Peta 2 MALAYSIA 1 (a) Berdasarkan Peta 2, namakan kawasan tanah pamah yang berikut. P: Dataran Kedah-Perlis S: Delta Rajang Q: Dataran Hilir Sungai Perak T: Dataran Pantai Timur Sabah R: Dataran Kelantan [5 markah] (b) Apakah kegiatan ekonomi utama yang dijalankan di kawasan bertanda S? Aktiviti pertanian [1 markah] (c) Terangkan kepentingan kawasan di 1(a). • Kawasan yang rata dan luas sesuai dibina petempatan. • Kawasan tanah pamah yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur sesuai menjalankan aktiviti perindustrian dan perdagangan. • Tanah pamah sesuai dibina jalan pengangkutan dan perhubungan. • Kawasan tanah pamah yang subur sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. [4 markah] Bahagian C: Soalan Esei 2 (a) Jelaskan tentang kepentingan saliran di Malaysia. [6 markah] (b) Cadangkan cara untuk mengurangkan pencemaran saliran di Malaysia. KBAT Mencipta [4 markah]
TINGKATAN 1 GEOGRAFI MODULE PERFECT 2.0 2.0 15, Jalan 9/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 7783 6309 Faks : +603 7783 9089 E-mel: [email protected] www.mediastreet.com.my Siri MODULE PERFECT 2.0 dihasilkan sesuai untuk kegunaan guru dan murid di dalam kelas atau di rumah. Kandungan buku ini adalah mesra murid dan mudah untuk digunakan. Latihan dan aktiviti yang ditulis berdasarkan buku teks dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini. Latihan dan aktiviti yang pelbagai bentuk membolehkan murid menguasai sepenuhnya kemahiran dalam topik yang dipelajari. Selain itu, penerapan soalan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21, peta pemikiran dan STEM akan dapat meningkatkan daya pemikiran murid secara tidak langsung. Terdapat juga bahan-bahan yang dimuatkan dalam kod QR bertujuan sebagai rujukan tambahan untuk murid. Subjek 1 2 3 4 5 Tingkatan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Geografi Semenanjung Malaysia (WM) Sabah & Sarawak (EM) : RM8.90 : RM9.80 9 786294 850095 ISBN 978-629-485-009-5 MGF1